Aug 6, 2019

Kenapa Tuhan tidak halang dosa?

(Jawapan ada dalam filem Barat? sila baca sampai habis takut salah faham)


Alkisahnya, ada orang salahkan Tuhan bila dia buat dosa sebab jika Tuhan tu kuat, kenapa Tuhan tak mampu halang dosa dia?

Ini semua balik kepada Takdir kerana Allahlah yang menulis semua takdir.

Contoh bila manusia ada niat, dan pilih untuk buat dosa, lalu Allah takdirkan dosa itu berlaku, tapi bukan semua dosa yang manusia niat untuk buat dibenarkan Alllah, hanya dosa yang ditakdirkan sahaja berlaku

Contonya: Berapa ramai orang kafir nak bunuh Nabi, bukan semua Nabi mati dibunuh, ada beberapa orang sahaja, itu semua takdir dan UJIAN dalam hidup masing-masing.

“kenapa Allah tak halang dosa?”

Adohai, jika korang jadi beku tiap kali nak buat dosa, dah tak gunalah pentas dunia ini sebagai UJIAN, macam exam kat sekolah, jika bila korang jawab salah terus cikgu betulkan dan bagi jawapan bocor, tak adil kepada orang yang study, begitulah hidup ini, hidup ini adalah UJIAN! Faham tak?

Firman Allah: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2

SAbda Nabi: Orang yang paling banyak mendapatkan ujian adalah Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin besar. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)

Jadi Dosa yang berlaku bukan untuk salahkan Tuhan, tapi untuk bertaubat, untuk disesali dan nasihat kepada diri agar tak ulang dan berusaha mencegah orang lain dari kemungkaran yang sama. Masuk Neraka bukan kerana buat dosa, tapi kerana tidak bertaubat dan tidak berniat nak bertaubat pun!

Ok senang macam ginilah, andai kata korang tak puas hati sebab rasa diri banyak dosa dan akan masuk neraka-korang pulak malas nak taubat dan lebih senang salahkan Allah.

Jadi korangpun mati dan masuk neraka, sebab dah takdir kata korang. Tapi ketahuilah Akhirat belum berlaku, dan pintu Taubat masih belum tertutup. Ok faham! Korang malas nak bertaubat sebab nak salahkan takdir. Ok fine! Pergi masuk neraka.

Tapi sebelum tu, korang tahu tak tentang istilah ‘Alternate ending’ atau ‘alternative ending’ atau “PILIHAN PENGAKHIRAN” yang diguna sebagai satu terma dalam dunia penceritaan yang mempunyai dua pilihan pengakhiran. Seperti hero mati ke hidup? Orang jahat terlepas ke atau kena tangkap? Awek hero kena kahwin paksa ke atau lari sama hero? Masuk Syurga ke masuk Neraka? Dan lain-lain ending.

Jadi, dalam dunia perfileman, walaupun ada karya mereka yang sudah mencapai tahap masterpieces, tapi ada setengah pengarah filem misalnya, sanggup rakam dua babak akhir yang berbeza dan akan membuat pilihan selepas di tayangkan kepada pengkritik filem atau penonton terpilih.

Antara filem terkenal yang ada dua pilihan babak pengakhiran, yang mana ending di panggung wayang adalah babak pilihan terakhir selepas diputuskan oleh penerbit atau pengarah, atau penonton terpilih. Manakala babak alternate ending ada dalam special disk of DVD. Ironinya, bila dah disiarkan babak alternate ending, ada ramai pula penonton lebih suka babak alternative, hmm, manusia tak pernah puas nafsunya, pilihan di hati masing masing. Layankan sahaja:

Antaranya:

-28 Days Later: Cerita Zombie yang boleh lari laju, dan lepas kena gigit, 20 saat dah ubah orang jadi Zombie, dalam wayang, kisahnya berakhir dengan hero selamat. Tapi dalam alternative endings, hero mati kat hospital selepas cedera selamatkan budak perempuan.

-Army of Darkness: Kisah hantu paling Rare di tahun 80-an, dalam wayang, lepas hero kembali dari zaman dulu lawan hantu, tiba-tiba ada hantu serang pasaraya dan hero kalahkannya dengan penuh bergaya, tapi dalam alternative ending, selepas hero minum ubat tidur di zaman dahulu untuk terjaga di zaman sekarang, (ala-ala kisah pemuda kahfi) sekali hero terlebih minum dan terjaga di hari kiamat. Lalu menjerit: "I slept too long!"-Woha!

-The Bourne Identity: dalam alternative ending, Bourne jatuh pengsan sewaktu mencari Marie, bila terjaga, terlihat Abbot disisi yang menawarkan Bourne kembali ke CIA.

-First Blood: Dalam wayang, Rambo berjaya di pujuk selepas mengamuk dalam balai polis akibat di hina kerana kalah dalam perang di Vietnam, tapi dalam alternative ending, Rambo tak nak menyerah, dan akhirnya mati kena tembak.

-I Am Legend: dalam wayang, hero mati letupkan diri bila dikepung oleh Zombie, dalam Alternate ending, hero berjaya berdamai dengan zombie, dan selamat pulang ke Kem tentera.

-Infernal Affairs: Dalam wayang, hero mati kena tembak, dalam Alternate ending, hero berjaya larikan diri.

-Terminator 2: Judgment Day: alternative ending menunjukkan Sarah Connor masih hidup walaupun sudah tua pada umur 2029. Anaknya John Connor pula menjadi Senator dan Skynet tidak pernah wujud.

-Titanic: Rose yang sudah tua waktu buang rantai leher ke dalam lautan, cucunya Nampak kejadian tu.

Okey, dah banyak sangat saya bagi contoh alternate ending dalam filem, ke mana arah entry saya ini sebenarnya?, ini kan page kereta mayat? Apa ke jadah saya sibuk nak cerita alternate ending dari filem barat yang lagho dan banyak adegan bukak aurat. Astarfirullah…

“kembali ke landasan yang benar”

Lantas kelihatanlah korang yang sejurus membaca tentang alternate ending, maka fikir korang, jika pengarah filem di Hollywood berusaha keras untuk hiburkan penonton dengan alternate ending, maka Tuhan yang merupakan Raja segala Pengarah sudah tentu mampu membuat Alternate ending yang jauh lebih baik dalam menggembirakan hamba ciptaanNya.

Lalu korang pun teringat satu ceramah dari Buznama, kisah alternate ending dari Allah yang Maha Pengampun, Ada satu riwayat lebih kurang cerita, satu orang yang jahat berazam nak jadi baik, maka dia berazam nak taat segala perintah Allah, belum sempat taat mana-mana perintah Allah, dah jadi mayat. Malaikat sangka dia masuk neraka!

Pendek cerita, di padang masyar kelak, berlakulah alternate ending, yang mana apabila Allah perintahkan para pendosa masuk neraka, maka, setiap manusia merasa enggang dan engkar yang membuatkan malaikat terpaksa tarik hingga manusia berjalan dengan muka (seret dengan muka ke tanah) lalu di campakkan kedalam neraka. Akan tetapi, si dia ni terus berlari untuk terjun ke dalam neraka, lalu Allah perintahkan malaikat halang dia dari terjun ke neraka dan tanya: kenapa berlari nak terjun ke neraka?, sedangkan orang lain tak nak siap kena seret muka ke tanah?

Maka kata hamba Allah ni:

Di dunia dulu, satu perintah Allah pun takde yang saya ikut, saya takde peluang, satu hari datang peluang, tapi maut menjemputku, hari ini adalah hari pertama saya berpeluang ikut perintahMu, maka saya akan buat sungguh-sungguh, walau diperintah untuk terjun ke Neraka, itu yang saya berlari tu!

Maka korang tahu apa keputusan alternate ending dari Allah Yang Maha Pengasih?

Allah masukkan dia ke dalam shurga, walaupun asalnya dia di takdirkan masuk neraka, subhanallah.

Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, kelak bila Allah suruh aku masuk neraka, aku berlari pecut 100 meter, dah tentu malaikat tak tahan, dan biarkan korang cepat terjun sebab kisah di atas, orang tu sempat rasa nak bertaubat sebelum mati, cuma tak sempat nak zahirkan sahaja, so jangan jadi bodoh bangang dan jangan nak berangan-angan! Jangan anggap keputusan Allah main main, ini cerita alternate ending untuk pelakon yang layak.

Contoh lain, ada hamba Allah yang buku catatan amal kebaikkannya tebal gila sehingga malaikat sangka dia ni confirm masuk Syurga, tapi ada alternate ending rupanya, Allah suruh dia yang ada buku tebal amal kebaikkan ini di campakkan ke dalam nereka sebab tak ikhlas! Riak! Dan syirik!

Ambik kau! Oh!

Dalil lain berkenaan Altenate Ending

Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan keluar dari Neraka sesiapa yang berkata La Ilaha illallah sedangkan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji kacang." (HR Bukhari)

Tengok! Awal awal Allah dah nak bagi happy ending walapun untuk mereka yang masuk Nereka.

Hadis lain, Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Setelah penduduk syurga masuk ke syurga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai hayat. Kemudian tubuh mereka tumbuh bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. (Sahih Bukhari)

Wow, hanya kerana dalam dada iman sebesar bijik sawi, walau sudah masuk neraka, akhirnya, ada alternate ending, masuk syurga jua, subhanAllah.

Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, bila aku masuk neraka, sebab aku ada iman sebesar biji sawi, nanti keluar balik masuk syurga!, apa? Korang ingat iman dalam dada tu betul ke sebesar biji sawi? Takut besar habuk pun tadak! Adohai…

Dalam hadis bagitahu iman ummat akhir zaman ni keluar masuk, ada yang pagi beriman, petang kafir, iman ni boleh keluar ketika berzina, ketika mencuri, ketika syirik, ketika buat dosa, sekali mati waktu iman keluar, bau syurga pun tak dapat dah, ADOHAI.., so jangan selesa dengan tahap iman kerana itu adalah tipu daya syatan. jangan jadi bodoh bangang dan jangan nak berangan-angan! Jangan anggap keputusan Allah main main, ini cerita alternate ending untuk pelakon yang layak.

Woi? Nak ke mana tu? Tegur sikit dah merajuk! adohai..

Ok abaikan mereka yang merajuk, sambung balik kepada korang yang masih sanggup baca entry kereta mayat.

Baik, Jika tadi ada kebaikkan sebesar biji kacang, kemudian biji sawi, lalu Allah ubah alternate ending mereka, sekarang, mari kita dengar hadis ini pulak, sabda Nabi:

“Ketika orang-orang mukmin selamat dari neraka, Demi jiwaku yang ada di Tangan-Nya, ada seorang di antara kalian yang paling semangat menuntut kepada Allah mendatangkan kebenaran dari kalangan orang mukmin yang masih di neraka.

Mereka mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, mereka dahulu berpuasa, solat dan haji bersama kami. Dikatakan kepada mereka, ‘Keluarkan orang yang anda kenal. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan dari neraka.

Kemudian mereka mengatakan: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan kepada kami. Lalu Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.

Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat setengah dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.

Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat zarah dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.

Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang berbuat kebaikan.”

Dan Abu Said Al-Khudri mengatakan, ‘Kalau sekiranya kamu semua tidak mempercayaiku dengan hadis ini, maka kalau mau bacalah ayat ‘Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. (QS. An-Nisaa: 40)

Maka Allah Azza Wajallah berfirman, ‘Para malaikat telah memberikan syafaat, para Nabi telah memberikan syafaat, orang-orang mukmin telah memberikan syafaat. Tidak tersisa kecuali Yang Maha memberikan kasih sayang kepada orang-orang yang dikasihani. Maka Allah ‘menggenggam’ satu genggaman dari neraka dan mengeluarkan suatu kaum yang belum pernah sama sekali melakukan kebaikan.

Maka dilemparkan ke sungai syurga yang disebut ‘Sungai kehidupan (Nahrul Hayah). Maka mereka keluar bagaikan biji-bijian yang cepat tumbuh di tanah. Mereka keluar bagaikan mutiara di leher mereka dan tanda yang penduduk ahli syurga mengetahuinya. Mereka adalah yang dimerdekakan oleh Allah.
Lalu Allah masukkan mereka ke dalam syurga tanpa amalan yang mereka lakukan dan kebaikan yang mereka persembahkan.”

Wow, baik punya alternative ending dari Allah yang MAha Pengampun., hadis lain pulak:

Dalam kitab Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusof, saya pernah jumpa hadis yang mana Allah akan keluarkan dari Neraka walaupun seorang yang tak ada pahalapun, yang ada hanya dosa dengan hujah: cukuplah sekali di dunia ia berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah.

SubhanAllah…

Alternate ending yang manakah lagi kamu dustakan?

So MORAL of the STORY: Walau masuk Neraka tetap ada peluang untuk masuk Syurga, tapi janganlah anggap siksa neraka ini ringan, Tak masuk Neraka itu jauh lebih untung, Tapi jika dan masuk neraka, tetap BerSangka baiklah pada Allah, dan jangan putus asa dengan Rahmatnya!

Senang, waktu baca artikel ini, baik bertaubat terus! Tak payah nak masuk neraka sebab Pintu Taubat masih terbuka.

Sesungguhnya, Pintu Taubat kita, tak ada siapa siapapun di dunia ini yang boleh tutup, gunakan HAK pintu itu sepenuhnya sebelum Allah tutup dengan jalan maut!

Ps: Semoga kita semua masuk syurga, jumpa di saya tingkat lapan dekat Sungai Firdaus-Woha!

8 comments:

Anonymous said...

Ada yg x tau dia sedang berada dijalan mana dalam bertauhid dan sepatutnya berada di jalan mana lalu dia terbabas dalam bab tauhid.. berpegang sama seperti Muktazilah pegang yg bunyinya dekat dan popular..

"Allah WAJIB buat perkara yg baik dan terbaik utk semua hamba2nya"..

Kita Ahlusunnah berpegang dgn sifat jaiz Allah..

Allah berkuasa mutlak buat ape saja sesuai mengikut kehendakNya

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia). (al-Qashash 68)

Katakanlah: Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engaku cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam kedalam siang dan Engkau masukan siang kedalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rizki siapa yang Engkau kehendaki tanpa batas” (Al-Imron 26-27)

Kita semua berhadapan dengan Allah iaitu dzat yg xdapat dipaksa ..subhanallah..
Semoga Allah lindungi kita dan sekeluarga seluruhnya dari sifat sombong walau sebesar biji sawi insyaAllah..

Mudah2an kita tidak sekali2 berputus asa dengan rahmat Allah Kerana Allah ialah dzat yg xdapat dipaksa oleh sesiapapun jika Allah berkehendak mahu selamatkan@ampunkan kita sekeluarga seluruhnya.. InsyaAllah..

artfazl said...

Tuan. Ada tak nnti yg Tak masuk syurga atau neraka. Atau yg Tak nak masuk mana2?...mcm bodoh je ek?

Anonymous said...

Dr 1000 org manusia hanya seorg saja yg ke syurga, selebihnya 999 ke neraka. Berapa ramai agaknya jumlah umat manusia dr awal manusia hingga kiamat ? Jika jumlah umat manusia keseluruhannya ada 1 trillion atau 1000 billion manusia, yg masuk syurga cuma 1 billion. Hari ini saja ada lbh kurang 6 billion manusia, maknanya sekurang kurangnya 5 billion manusia hari ini akan ke neraka. Yg mengaku Islam pula dah lbh 1.5 billion. Yg 1 billion tu pula termasuk umat terdahulu hinggalah tamat usia dunia, berapa saja agaknya manusia hari ini yg akan ke syurga.

Satu ketika nabi kita saw diperlihatkan dgn umatnya, dilihat ke kanan, mk terlihat sejumlah umat Bagnda saw, dan dikatakan 70 000 drnya masuk syurga tanpa hisab, ditambah lg setiap seribu membawa 70 000, mk jumlahnya menjadi 4.97 juta umat Islam masuk syurga tanpa hisab. Kemudian dgn rahmatNya, ditambah lg 3 kali ambilan, logik akal setiap ambilan 4.97 juta, mk 4.97 juta x 3 jumlahnya 14.91 juta, ditambah yg asal 4.97 juta mk jumlah keseluruhan yg masuk syurga tanpa hisab menjadi 19.88 juta umat Islam, selainnya yg masih lg termasuk golongan kanan walaupun bakal ke syurga terpaksalah melalui proses penghisaban. Berapakah jumlahnya golongan kanan ini ?

Kemudian nabi saw diperlihatkan ke kiri, mk terlihatlah pd Baginda saw umat Islam yg golongan kiri, memenuhi ruangan sejauh mata memandang. Berapakah jumlah manusia yg dpt memenuhi ruangan sejauh mata memandang itu ? Jika mata kita boleh melihat sejauh 5 km mk sejauh mata memandang yg sebelah kiri itu adalah seluas lbh kurang 1/2 x 3.2 x 5 kuasa 2, separuh luas bulatan berjejari 5 km, iaitu lbh kurang 40 km persegi, atau 40 juta meter persegi. Jika satu meter persegi boleh memuat 10 org, mk 40 juta meter persegi boleh memuat 400 juta manusia. Bayangkan jika jumlah keseluruhan umat nabi kita yg golongan kiri pun sejumlah 400 juta sahaja, jika dicampur yg golongan kanan tadi yg jumlahnya mungkin lbh kecil dr itu, berapakah agaknya jumlah keseluruhan umat nabi kita saw ? Hari ini sj, ada lbh 1 500 juta manusia yg mengaku Islam, bayangkan yg sah sbg umat nabi saw tak lbh 500 juta, maknanya, lbh sepertiga umat yg mengaku Islam hari ini sebenarnya tak termasuk nabi saw. Apatah lg yg 500 juta itu adalah jumlah umat Islam yg sah dr awal Islam hingga akhir umur dunia. Berapakah agaknya jumlah umat Islam hari ini yg sah umat nabi kita saw ?

My simple calculation ;
Umat nabi saw masuk syurga tanpa hisab, 19.88 juta.
Golongan kanan, mungkin sekitar 100 juta.
Golongan kiri, mungkin sekitar 400 juta.

Selebihnya, umat yg mengaku Islam tp nabi saw tak ngaku umatnya. Mrk inilah yg barangkali golongan yg pernah mengucap kalimah syahadah, tp tiada pahala, tiada kebaikannya yg dinilai Allah swt, kerana termasuk golongan yg nabi kita saw tak mengaku sbg umatnya.

WaAllahu"alam !

Anonymous said...

Jarak antara mekah dan madinah, 435 km. Jika 1 m boleh membariskan 4 org, 435 km boleh membariskan 435 x 1000 x 4 bersamaan 1.74 juta manusia.
Umat nabi kita saw akan berhimpun antara 2 tanah haram, mk jika dibariskan, satu barisan berjumlah lbh kurang 1.74 juta org.
Ahli syurga itu dibariskan dlm 120 barisan, 80 barisan adalah umat nabi kita saw. Jika 1 barisan 1.74 juta org, mk 80 barisan bersamaan 139.2 juta org.
My simple calculation, golongan kanan campur yg masuk syurga tanpa hisab dr klgn umat nabi kita lbh kurang antara 120 hingga 139.2 juta org.
Golongan kiri pula, jika sejauh mata memandang tu boleh melihat 5 hingga 10 km, mk jumlah yg boleh dihimpun lbh kurang 400 juta hingga 1 600 juta manusia.
Sepnjg umur umat Islam dr zaman nabi saw hingga tamat umur dunia ada entah berapa billion manusia yg mengaku sbg umat nabi kita.
Apakah nasib seramai ramai manusia yg mengaku umat nabi, tp tak diperakui sbg umat nabi saw ?
Pastikanlah, akidah, syariat, dan akhlak kita, jgn sampai terkeluar dr golongan ASWJ.
Berusahalah kita mudah mudahan tergolong umat yg masuk syurga tanpa hisab, jika tidak, mk berusahalah utk jadi golongan kanan. Jika dah mmg degil mk jadilah golongan kiri. Jgn sekali kali sampai terkeluar dr klgn umat nabi saw, dek kerana salah akidahnya, rosak syariatnya, atau sgt buruk akhlaknya, hingga nabi sendiri yg sgt pengasih orgnya tak mengaku sbg umatnya, na'uzubillah !

Anonymous said...

Qada'dan qadr.
Qada' itu apa yg dikehendaki Allah swt akan terjadinya dr sifat iradahNya.
Qadr itu hukum sbb musabab bgmn qada' itu terjadi dgn kekuasaan drNya dr sifat qudrahNya.

Di mana pula pertanggungjawaban / taklif atas kita.
Bg kita, khiyar (kuasa memilih) dan ikhtiar(kuasa utk berusaha), kuasa utk memilih dan berusaha samada utk taat atau sebaliknya. Kedua duanya adalah juga dgn iradah dan qudrah Allah swt. Atas dua perkara inilah pahala dan dosa, dan atas dua perkara inilah rahmat atau murkaNya pd kita.

Anonymous said...

Ahli syurga itu ;

Yg paling rendah derjatnya, bgnya, 7 buah istana, 72 org isteri, 70 000 pelayan, 10x kerajaan terbesar di dunia, nikmat yg disukai nafsunya, senang di matanya, bertemu Tuhan sekali seminggu.

Yg tertinggi derjatnya, bgnya kebersamaan dgn Nabi saw, dan nikmat yg tak pernah dilihat mata, tak pernah terdgr di telinga, tak terlintas di hati, dan bertemu Tuhan dua kali sehari, pg dan ptg.

"Mk brgsiapa mengharap pertemuan dgn Tuhannya, mk hendaklah dia beramal dgn amalan amalan yg soleh dan jgnlah dia syirik dlm ibadahnya terhdp Tuhannya dgn suatu apapun."

Para waliullah tidak melihat nikmat itu pd nafsunya, tp nikmat bg para waliullah adalah kebersamaan dgn Nabi saw, dan pertemuan dgn Tuhan.

Anonymous said...

Siapakah agaknya org org yg mengaku muslim, tp nabi saw tidak mengaku sbg umatnya ?

Anonymous said...

Org yg nabi saw tak ngaku umat ;

1. Org org yg melakukan perbuatan perbuatan kufur.
2. Org org yg disebut nabi saw, dlm hadis, golongan golongan yg "bukan dr klgn umatku".
3. Org org yg disebut nabi saw, "haram bgnya syurga", atau "tak mencium bau syurga", atau "tidak akan masuk syurga".
4. Org org yg melakukan amalan amalan umat terdahulu yg diutus rasul utk membenterasnya.
5. Org org yg disebut dlm Quran sbg "pendusta agama", atau "bukan dr klgn org beriman".