Jul 23, 2019
Manifesto untuk Pelajar?
(The day of Human Salvation is today)
Anak duduk MRSM call nak mintak idea menulis manifesto,
sebab beliau masuk bertanding sebagai Ketua Perwakilan Pelajar.
Saya pun suruh dia buat manifesto berdasarkan kepimpinan
Saidina Umar sebab beliau adalah khalifah Islam paling luas menyebarkan
sempadan jajahan dan jajahannya kekal sampai sekarang, namanya juga tertulis
dalam 100 manusia paling berpengaruh di dunia.
Lalu saya kisahkan cerita dari Hazrat Aslam r.a, seorang
hamba kepada Saidina Umar RA menceritakan pada suatu hari, ketika mereka berdua
sedang meronda di waktu malam, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana
di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat
periuk yang dinyalakan api, apabila di tanya Umar RA kepada si ibu akan apakah
gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa?
Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan
dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk
menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘
itu masak.
Saidina Umar RA yang merupakan seorang khalifah islam pada
waktu itu terus pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan
yang dipikulnya sendiri, walaupun hambanya menawarkan diri untuk menolong, tapi
di bantah oleh khalifah dengan soalan:
“Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”
Kemudian Saidina Umar RA sendiri memasak makanan untuk
keluarga tersebut dan menurut hambanya si Aslam r.a, ketika melihat saidina
Umar memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah
janggutnya yang tebal”.
Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa
menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Pemimpin tertinggi orang Islam,
ketika keluarga itu makan, saidina umar lepak berehat sambil berkata:
“Tadi saya telah lihat mereka manangis, sekarang saya lepak
sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”
OK, tamat cerita itu kat situ, sekarang menjadi tugas
pemimpin memastikan rakyat tidak lapar, yang miskin di bantu, maka sebagai
ketua wakil pelajar, cuba buat manifesto yang dapat membantu pelajar miskin
dari segi keperluan hidup, ayah tak tahu apa masalah pelajar di sana, tapi cuba
relate dengan kisah saidina Umar dan Manifesto.
Tak dapat nak kaitkan dengan dunia pelajar? Ok, ayah bagi
modal lain,
Pada suatu malam yang lain, ketika saidina Umar r.a sedang
meronda, beliau terlihat ada seorang lelaki sedang duduk di luar kemah dan ada
suara perempuan mengerang dari dalam khemah, bila bertegur sapa tahulah beliau
bahawa perempuan itu sedang dalam posisi tersangat hampir nak beranak dan si
suami tu pulak dalam keadaan susah hati gundah gelana kerana mengalami masalah
keewangan..
Saidina Umar terus pulang ke rumah dan ajak isteri dia Ummnu
Kulthum r.anha untuk menjadi bidan terjun.., pendek cerita, bila isteri
khalifah Amirul mukminin bersedia menjadi mak bidan dan dengan segera menolong
perempuan yang nak bersalin tadi, maka selamatlah semuanya dan tahniah untuk
bapak budak itu kerana mendapat seorang baby boy.
Mula mula lelaki itu kritik kerajaan sebab tak jaga rakyat
susah macam dia, tapi bila bini Umar panggil suaminya dengan gelaran “Amirul
Mukminim” terus lelaki itu insaf kritik kerajaan sebab yang bantu bini dia
beranak adalah first lady zaman tu.
Jadi, kecirian pemimpin yang ke dua adalah!
MESTILAH MENGUTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT DIA!
Jadi cuba korang kaitkan manifesto bab utamakan kesihatan,
jika pelajar stress ada rawatan khas dan sebagainya, ayah tak tahu apa masalah
pelajar MRSM tapi korang boleh fikir dan kaji dan kaitkan dengan kempimpinan
saidina Umar.
Masih takde idea?
Mari kita Rujuk hadis lagi:
Huzaifah r.a adalah seorang sahabat Nabi SAW yang di
amanahkan sebagai penyimpan rahsia, banyak rahsia berbentuk ramalan diketahui
oleh beliau, terutamanya tentang peristiwa zaman hadapan, (teknologi wahyu) dan
antara rahsia yang glamer di ketahuinya adalah senarai nama orang munafik di
kalangan sahabat, Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah telah bertanya kepada
hanzalah r.a iatu:
Adakah orang munafik di kalangan wakil rakyat yang di lantik
oleh beliau?, Huzaifah RA menyatakan ‘ada’dan bilangannya hanyalah seorang tapi
Huzaifah r.a tidak memberitahu namanya kerana itu adalah rahsia antara dia dan
penerima wahyu (nabi Muhammad), maka saidina Umar telah memeriksa amalan wakil
rakyatnya dan jika ada yang tak kena akan di pecat.
Antara amalan orang munafik di zaman Nabi SAW adalah
meninggalkan solat jemaah, kemudian ada pulak satu hari tu Salman RA selaku
menteri bahagian pentadbiran pasar, telah tidak datang solat subuh berjemaah,
maka saidina Umar RA terus pergi ke rumah Salman dan bertanya kenapa tak datang
solat berjemaah wahai WAKIL RAKYAT?
Maka kata ibunya, Salman telah bertahajjud sepanjang malam,
dan bila dah dekat-dekat nak subuh, mengantuk telah menguasai dirinya, maka
legalah saidina umar mendengar jawapan itu kerana ternyata Salman RA bukan
seorang yang munafik, Cuma tak sengaja tinggal solat jemaah, namun Umar RA
sempat menegur salman bahawa beliau lebih baik solat subuh berjemaah daripada
bersolat tahajjud sehingga tinggal solat jemaah!
Stop cerita! Hari ini adalah tugas setiap PEMIMPIN kena
pastikan wakil rakyat atau orang bawahan dia tidak mengamalkan amalan orang
munafik, kena pastikan orang bawahan dia tidak MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH!
So boleh kaikan dengan kehidupan di MRSM? Apa, semua kat
sana dah solat berjemaah, okey kita bagi kisah lain.
Pada suatu malam yang lain pulak, ketika Saidina Umar R.a
buat rondaan malam, beliau telah terdengar suara wanita bersyair yang sungguh
sedih kerana rindukan suami, okey, cerita ni tak sesuai untuk pelajar MRSM,
kita cari idea lain.
Alkisah Hadrat umar RA, satu malam setelah penat membuat
rondaan dari pintu ke pintu, beliau telah duduk bersandar pada dinding sebuah
tembok. Tiba-tiba beliau terdengar dari sebuah rumah suara seorang ibu berkata
kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Pergi campurkan susu dalam bekas itu dengan
air.”
Lalu jawab anaknya: “Wahai ibuku! Bukankah khalifah islam
melarang mencampurkan susu dengan air.”
Kata ibunya: “Wahai anakku! campurkan sajer susu itu dengan
air kerana Saidina Umar tak nampak..”
Lalu anak gadis tersebut berkata kepada ibunya: “tapi Allah
nampak wahai ibuku!
Saidina Umat tersenyum mendegar perbualan itu dan rasa best
kerana IMAN rakyat dia berada dalam keadaan yang baik…, dan menurut riwayat,
sebenarnya si ibu kepada anak gadis tu sajer nak test power iman anak dia, dan
sebagai balasan, si ibu ini dapat berbesan dengan Khalifah apabila Saidina Umar
mengahwinkan anaknya, ‘Asim dengan gadis yang amanah ini iaitu Laila. Hasil
perkahwinan ‘Asim dengan Laila ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang
cahaya mata perempuan yang kemudiannya telah melahirkan Khalifah Umar bin Abdul
Aziz yang Lim Guan Eng pun sanggup nak jadikan idola.
Ada jugak bila saidina umar buat rondaan, sekali ternampak
seorang budak pengembala kambing, sajer beliau nak test iman rakyat dia, dia
suruh budak tu jual sekor, budak tu cakap tak boleh, tuan dia tak benarkan,
saidina Umar RA ‘suruh’ budak tu tipu tuan dia cakap kambing tu hilang ke apa,
tapi budak tu kata, Allah sedang melihat.., best bukan?
So, pendek cerita, antara TUGAS PEMIMPIN yang PALING PENTING
adalah bagaimana memastikan IMAN semua rakyat dia berada dalam keadaan yang
baik dan sempurna…
Jadi korang boleh buat Open Mic ke, Hadis korner ke, Taklim
ke, apa-apa, agar suasana di MRSM banyak ada suasana iman…
Okey, panjang juga saya cerita kat anak dalam phone, lepas
tu dia pun buat Manifesto, lepas tu dia berkempen kelas ke kelas, berceramah
dan pilihan raya pun berjalan.
Update,
Si anak menang Pilihan Raya dan menjadi ketua Perwakilan
pelajar. Tahniah anak, sebab dapat peluang belajar menjadi pemimpin di usia
muda.
Akhir kata, dari cerita ni, korang jangan kagum dengan saya
atau anak saya.
Tapi kagumlah dengan Saidina Umar.
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
The available variety of Christian Dior Bags imitations include not just handbags but also wallets and clutches made of pure leather. For the Hermes handbags ,one can choose between the following signature product categories: Gucci Handbags,The best par about buying good quality and authentic Breitling Watches of designer handbags is that you can get almost the real deal at a less price than the actual brands in the market.
Post a Comment