Mar 11, 2019

Kenapa hati rasa gelisah sangat ni?


(Ulangkaji versi 4.0: JIka hati anda gelisah, baca ini sampai habis, akan tenang dihujungnya, insyaAllah...)

Alkisahnya, Lepas Isyak ada seorang sahabat lama datang jumpa aku dan mengadu akan permasalahan yang sedang melanda hidup beliau..

"Hamka, aku ada masalah…, Aku rasa macam tak cukup kaki tangan.."

"Kenapa tak cukup kaki tangan? Kau nak jadi labah-labah kah?"

"BUKAN! aku serius ni!"

"Okey, jom serius, cer citer"

"Begini.., Aku tak tahulah kenapa lately ni aku rasa macam tak sedap hati jer, kemudian aku rasa seperti banyak benda aku nak buat, tapi rasa macam tak sempat, hati aku rasa tak sedap, aku rasa sungguh gelisah, kat tempat kerja, focus aku hilang, aku rasa masa sangat cepat dan sempit.."

"okey...."

"Sejak dua menjak ni, aku selalu bermimpi…"

"mimpi apa tu?"

"Aku mimpi langit telah turun sampai ke kepala aku, dan air telah keluar dari bumi sampai ke paras leher aku, dada aku sesak, aku rasa sukar bernafas, aku rasa macam nak mati.. Sekarang inipun, aku masih rasa sesak, rasa serba tak kena.., kau tahu tafsir mimpi?"

"Hmmmm…"

"Kau pernah alami mimpi-mimpi yang pelik tak Hamka?"

"Hmmm, Aku selalu gak alami mimpi pelik-pelik, biasa aku mimpi jumpa mayat ler, kadang-kadang mayat orang yang aku tak kenal, ada jugak mayat member baik, mayat awek lama, kadang kadang aku mimpi aku dah jadi mayat, terbaru aku mimpi jumpa mayat Nabi.., tapi tak nampak wajah, sebab terlindung dalam kain kapan, masa tu makam Nabi runtuh, aku dan beberapa orang lain yang aku tak kenal di tugaskan keluarkan mayat Nabi…"

"Kau rasa.., apa maksud mimpi aku? Aku rasa jiwa aku sangat sesak, aku rasa macam nak mati.."

"aku sebenarnya tak pandai tafsir mimpi, betul! Aku tak pandai tafsir langsung, tak belajar ilmu kemimpian…, dalam bab masalah hidup, apa yang aku belajar, kita kena selesaikan sebarang masalah dengan ugama, insyALLAH.."

"Aku setuju Hamka…, aku memang rasa nak buat amal sangat, tapi macam dah tak sempat.., sebenarnya aku ada gak jumpa bomoh, habis banyak duit aku, tapi kegelisahan hati aku tak hilang, bomoh kata aku kena buatan orang.."

"Aku rasa kau bukan kena buatan orang.., orang yang kena ‘buatan orang’ adalah wanita yang mengandung hehehhe,"

"ha ha, tak lawak.., Aku sekarang ni rasa gelisah tak tentu, takut pada banyak benda, dan rasa serba tak kena, orang tua kata ada benda buruk nak berlaku.. atau mungkin aku ni dah dekat nak mati, betul ke hamka?"

"Tak payahlah nak fikir sangat benda buruk nak berlaku’"

"habis tu macam mana?"

"Bagi aku, apa yang aku faham, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri engkau, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka masa tu hidayat ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat kau jadi gelisah.., aku selalu gak baca cerita kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, Nabi kitapun bila nak dapat wahyu, badan berpeluh, hati jadi takut, lalu isterinya meyelimutnya…, kau nak aku selimut engkau sekarang?"

****

Dia tersenyum panjang dengar aku nak selimut dia.., lalu aku teruskan berkutbah:

****

Sebenarnya, memang kau akan mati tak lama lagi, bakal jadi mayat, Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna sudah semakin sempit masa untuk kita buat usaha selamatkan diri dari azab api neraka!

Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna semakin sempit masa untuk kita buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.Peristiwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita sentiasa ke depan… Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...Menuju tempat menjadi mayat..

Apa kata kau lapangkan masa ikut aku belajar ugama di masjid esok dan lusa atau beberapa hari yang sempat.., belajar cinta Allah dan belajar buang cinta dunia? Sebelum malaikat maut datang., sebelum terlambat..

"Aku kerja esok.."

Kau cakap, kau hilang focus bila kerja, Kau ambiklah cuti rehat..

(Dia Diam.., okey aku sambung ceramah)

"Biasa orang ambik cuti rehat untuk pergi makan angin, atau untuk balik kampong, atau untuk tumpukan perhatian pada kelurga dan hobi. Jarang ada yang sanggup ambik cuti semata mata untuk belajar ugama, …, inilah cinta dunia namanya.. (aku pulak beremosi-perasan bagus..oh)

Kadang kadang bila atap rumah kita bocor atau dinding rumah kita retak, atau kereta kita rosak, maka kita akan sanggup ambik cuti untuk betulkan harta kita tu, sape lagi nak tolong hantar kereta kita ke bengkel? Kalau bukan tuan punya kereta?

Tapi bila iman kita lemah, ilmu ugama kita kurang, maka kita tak sanggup ambik cuti untuk betulkan kedudukan Allah dalam hati kita, sape lagi nak tolong rawat iman kita? Ustaz-ulamak? Mereka pun kena bagi masa buat usaha atas iman, apatah lagi kita? Iman tak boleh di warisi., kita kena tolong diri sendiri.., aku belum lagi cerita pasal korban harta dan nyawa.., Tak sanggupkah kita korbankan cuti untuk belajar agama? (aku yang tak hikmah dan cakap sedap mulut ajer..oh)

"Cuti rehat aku dah habis..(sedikit bingung)

"Kalau ambik MC?..(chech! Aku ni dah jadi macam ajen MLM pulak.., hehe he)

"Aku tak sakit.. mana boleh tipu majikan? Berdosa!(betul apa dia cakap.)

"Iyelah tu.. kau tak sakit.., kat opis hilang focus, tak boleh buat kerja, sakitlah namanya tu.., Kalau kau cerita betul-betul masalah kau kat doctor, insyAllah doctor bagi cuti rehat, doctor sendiri cakap sakit zahir datang dari sakit batin, kau sekarang sakit batin, jiwa kau sakit, iman kau sakit, kau perlukan rehat.., kau perlukan rehat untuh pulihkan iman engkau.. insyallah (aku pulak yang bersemangat)

"Aku boleh ambik cuti untuk belajar ugama, tapi aku kena ambik MC betul-betul,syarikat aku tak terima MC air liur..

"Ok, pagi esok lepas solat israq aku teman kau pergi jumpa doctor ambik MC..

*****

Esok pagi, lepas solat israq, seawal jam 8 pagi, dia dan aku pergi klinik.., ada ramai jugak orang walaupun masih pagi.., akibatnya, dia pulak tertidur di bangku menunggu..

Sementara dia tertidur., biarlah aku teruskan bercerita tentang hati yang gelisah..

Bila hati gelisah.. kita rasa macam tak best sangat, gundah gulana bertalu-talu, susah hati tanpa sebab, jiwa jadi rawan kebingungan dan sering bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku..

Baiklah!

Di sini ada satu berita baik untuk orang yang sedang resah gelisah tanpa sebab...

Sebenarnya, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri korang, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka, pada waktu itu “hidayat” terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat korang jadi gelisah.., menang kalah, pilihan korang yang menentukan dengan izin Allah..

Masa tu korang akan keliru, hati terus resah gelisah, dan mula rasa serba tak kena dan macam susah hati sangat, susah hati tanpa sebab, dan kebimbangan demi kebimbangan pada benda yang tak pasti dan sering menggambarkannya dengan imej yang buruk..

Padahal masa tu jika korang tumpukan perhatian kepada Allah, ingat pada nikmatNYa, panjangkan doa dan zikir sambil menangis.., maka penyakit hati kita akan terlebur dan dengan begitulah hidayatpun mulai masuk dan bertakhta di hati.. best bukan?

Allah berfirman: Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

Dan macam yang aku cerita kat mamat tadi, akan cerita atau kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, bila mereka tumpukan perhatian kepada Islam dan mendalaminya, akhirnya hati mereka menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Dan korang orang islam pulak bila susah hati, itu tandanya Allah nak tambah hidayat dalam diri.., dosa yang ada dalam hati menghalang tetamu Allah yang baik ini, lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang.., tumpukan perhatian kepada Allah dan belajarlah mendalami kehidupan Rasulullah SAW. insyAllah akhirnya hati korang yang terpilih itu akan menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Ketenangan hanya ada dalam ugama.., tempat lain boleh korang cari ketenangan tapi hanya bersifat sementara, ada orang yang mencari ketenangan dengan muzik misalnya, baik, cuba korang buat lagu untuk hiburkan orang yang 5 minit lagi nak kena sebat atas kesalah rogol.., cubalah buat lagu untuk orang yang 5 minit lagi nak kena hokum gantung.., nak kena lempang? Cubalah.. huh!

Dalam agama ada kebahagian, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian, kemuliaan, ketenangan, kedamaian, dan segalanya adalah tentang kesudahan yang baik (husnul kahatimah)

Siapa yang cari semua ini selain dalam ugama, mereka bukan sahaja tak jumpa, tapi mereka akhirnya bertemu dengan kedukaan, kehinaan, kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, kesempitan buat selama-lamanya..

Ada jugak orang yang bila hati gelisah, tak tahu nak buat camne, teruskan berpoya poya, minum arak, pasang muzik kuat-kuat, teruskan buat maksiat, makan pil kuda, berzina dan lain lain, yang mana akhirnya hidayat yang nak masuk itu berlalu, yang membuatkan hati mereka kembali ‘tidak gelisah* seperti dulu.., mereka sangka telah berjaya buat hati tenang dengan hiburan dunia, tapi kenapa akhirnya bunuh diri?

*(hati mereka masih gelisah, tapi tidak gelisah seperti dulu)

Maka terpulanglah kepada korang akan bagaimana caranya nak hilangkan kegelisahan yang melanda hatimu duhai sahabat…

Nabi Muhammad SAW pada mulanya bertawajuh mencari kedamaian dalam gua selepas susah hati melihat keadaan Ummat Jahilian di zamannya, pendek cerita, apabila malaikat jibril a.s datang nak bagi wahyu pertama, apa jadi? badan berpeluh, hati jadi takut, resah dan gelisah, lari terus balik rumah dan ‘bersembunyi’, lalu isterinya datang dan mententeramkannya…, kemudian bila pakcik Khatijah r.a menasihatinya., maka barulah hati Nabi SAW faham dan mulai bertawajjuh, hati kembali tenang dan faham kehendak Allah, sampai tahap Nabi pergi ke tengah-tengah padang pasir semata-mata untuk menunggu wahyu seterusnya.., dan Nabi menjadi rindu nak jumpa malaikat jibril a.s

: )

Sebenarnya kita akan masuk shurga bila kita mendapat taufik dah Hidayat dari Allah.Taufik dan Hidayat bolehlah di ibaratkan sebagai sebuah erti "kesedaran" yang Allah akan datangkan pada setiap manusia..

Apabila Hidayat ni nak datang,., maka hati akan rasa gelisah kerana berlawanannya sifat buruk dalam hati, lagi kuat perbezaan dalam hati, lagi kuat kegelisahan..

Dan hanya orang yang buat usaha atas kesedaran sahaja, (dengan cara itu) hidayat akan bertaktakta dalam hati..

Jadi untuk dapat hidayat. korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usaha atas kesedaran korang, Faham?

Sejauh mana kesedaran korang tentang pentingnya hidayat, maka sebanyak itu jugaklah pengorbanan atas usaha kesedaran dilakukan.., Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan. Maka jadilah mereka ‘tenang’ dalam dosa dan maksiat..

Seperkara lagi, orang yang beriman juga akan resah gelisah bila hidayat nak keluar dari hati, bila ujian dunia datang, orang beriman yang terperangkap dalam kesibukkan dunia.. akan rasa gundah gulana.., kerana waktu itu, kebesaran dunia dan bebannya telah datang meliputi hati dan memaksa hidayah keluar.., maka jalan yang terbaik adalah, kena patah balik kepada kehidupan berugama..

Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. (Ar- Ra'd, 13:28)

Dan ketenangan yang di perolehi melalui mengingati Allah ini, tak mampu untuk di ceritakan dengan kecantikkan bahasa, tidak mampu di suarakan dengan melodi ahlan, atau di gambarkan dalam screen jalur lebar.., ianya terlalu indah sehingga gagal di copy/paste dalam mana mana bentuk medium lain..

Ketenangan yang di perolehi dengan mengingati Allah, buat korang boleh berfalsafah tentang kematian.., boleh bergurindam dan bersyair tentang mayat, tidak takut untuk tidur berselimutkan kain kapan atau berbantalkan batu nisan, malahan tidur di dalam keranda juga menjadi mimpi indah.., kain batik mayat juga boleh buat sebagai kain basahan! Woha!

Korang juga akan suka dengan kereta mayat : )

Akhirnya kereta mayat yang sedang parking dalam halaman masjid bermadah:

Ahli dunia habiskan tenaga dan harta serta masa , demi mencari sebuah kebahagiaan.., telah banyak keringat, wang ringgit dan masa berlalu, tapi kesedihan dan kesempitan jiwa melanda, kalaulah mereka tahu, bahawa kebahagiaan itu ada di sini.., kalaulah mereka tahu, kalaulah..!

Selamat mencari ketenangan!!!

Ok, kita tamatkan cerita ini begitu sahaja.., member aku dah keluar dari bilik doctor dan dah dapat MC 3 hari!! Biar betul?

"Apa kau ‘kelentong’ doctor tu sampai dapat MC 3 hari?"

":Aku tak cakap apa-apapun.. Apa yang pastinya, aku tertidur ketika menunggu giliran, mungkin nurse dah panggil aku dua tiga kali tapi aku tak jawab, sekali di sergahnya aku terus bangkit dan tergesa gesa masuk bilik jumpa doctor, kau bayangkanlah muka orang baru bangun tidur, mata merah dan sedikit kebengingunan.., belum Synchronize lagi., bila doctor tu tengok rupa dan mata aku, terus cakap aku ada sakit mata dan bagi MC 3 hari.

Woha!

Bila mata merah, orang akan ingat kita hisap dadah atau bela jin..., eloklah tu dapat MC!

Woha sekali lagi!

Sekian…

Ps: Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang...

(dipetik dari buku Semusim di Syurga karangan Hamka keretamayat-stok masih ada)

No comments: