Jan 21, 2019

Suami anda Caring tak?


(Mari mengumpat orang perempuan)

Ada sorang akak tu share dekat FB dan IG gambar dia dan laki pergi makan angin, tak salahpun Cuma dia ceritalah laki dia ni caring sangat, pandai ambik hati, ambik berat pasal makan, selalu bawak jalan jalan. So caring is darling katanya.

Jadi kebetulan aku kenal dengan laki dia, so nak tahulah jugak tahap caring dia ni tahap mana, kan?

Jadi aku tanya laki dia, tahun lepas ada tak bini puasa ganti pada bulan Syaaban?

Dia jawab ada.

Aku tanya berapa hari? Dia jawab tak tahu.

Dalam hati aku.., ni bukan caring ni.., ni lacking ni.., Lalu aku Tanya lagi, tahun ni punya nak isteri ganti bulan Syaaban jugak ke? Dia kata tak tahu.

Aku pun ceramahlah dia,bagitahu kita orang lelaki kena jaga hal ehwal agama bini kita, kena tahu berapa banyak dia tinggal puasa tahun lepas (sebab haid) dan selalu follow up bila dia nak ganti?

Sebab jika bertangguh sampai bulan Syaaban hadapan baru nak ganti, tak eloklah, jika terlajak kena bayar fidyah, itu jika umur panjang, jika mati awal muharam belum sempat puasa ganti macam mana? Dah mati dalam keadaan berhutang dengan Allah.

Kita jika ada hutang dengan PTPTN pun kena cepat bayar, apatah lagi dengan agama, cepat cepatlah ganti, lagi bagus bini kita bulan syawal tu dah ganti semua puasa yang lepas. Kita pulak boleh gotong royong bantu bini ganti puasa cepat cepat dengan sama sama puasa sunat, apa salahanya?, kata suami caring. Kan?

Lepas tu aku tanya bini jika Haid ada tak kejut jam 3 pagi tanya Haid dah habis ke belum?

‘Dan-dan’ dia kata aku gelojoh nak tak sabar nak bersutubuh,, adohai..

Bukan Tanya nak bersetubuh bang, Tanya sebab jika haidnya dah kering sebelum subuh bolehlah solat isyak sebab masih ada waktu, tapi jika bini terlajak tidur lepas subuh baru bangun, sempat solat subuh alhamdulillah, tapi isyak tu kenalah ganti, silap-silap, magrib pun kena ganti jika isteri tak check darah haid ada berheti ke tak sebelum isyak.

Terus si suami insaf dengan ceramah ringkas aku, terus dia mesej bini tanya puasa ada berapa hari belum ganti, bini dia jawab ada empat, diapun tazkirah bini dia tentang mati awal, kena qadar segara, nak puasa sunat sama sama.

Aku senyum jer dari jauh. Esok aku Nampak FB bini dia share kisah betapa beriman nya suami dakwah dia tentang puasa ganti dan Haid.

Aku like jer dari jauh. Benda elok, kita like lah, kan?

Sila share artikel ini sebab sharing is Caring-Woha!

Ps: So korang pulak, suami semua love and caring kan? Ada mereka ambik tahu pasal puasa ganti korang? renung renungkanlah.

Ps2: Jom hadir bengkel menulis oleh Hamka keretamayat pada 9 Feb ini di Perpustakaan Kuantan, yuran rm60 sahaja, makanan tak disediakan so boleh puasa ganti dan ajak suami sama-Woha!

Whatsapp: 0199117163

No comments: