Jun 26, 2018

Apa Akidah korang?


(Jika salah jawab boleh masuk neraka)

“hamka, apa mazhab kau?”

“Imam Syafee”

“apa nama penuh Imam Syafie?”

 “Muhammad”

“bin?”

“Idris”

“Eh?, kau tahu yer Hamka, aku ingat kau jawab nama Imam Syafie adalah Syafie”

“sebab?”

“Ramai aku tanya orang islam di Malaysia ni, siapa nama imam syafie?, jawabnya shafee jugak, padahal nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Idris”

“kau pun baru tahu aku rasa, sebab tu kau baru tanya aku”

“woha!”

“Ok, alang-alang kau tanya aku, aku nak tanya kau pulak? Kita di Malaysia ni Mazhab shafee kan?”

“alamak, risau pulak bila Hamka keretamayat nak tanya..,”

“jawab dulu, jadi.., apa akidah kita?”

“Akidah Shafee lah!”

“wah, konfidentnya…, aku bagi hint, akidah berbeza dengan fekah, Mazhab tu masuk dalam Fekah, Akidah ni bab tauhid, kita di Malaysia ahli sunnah wal jamaah, bermazhab Shafee, dan berakidah?”

“errr. Muhammad bin Idris?”

“aku bagi pilihan, dalam dunia ni ada akidah Salafiah, Muktazilah, Asya’irah, Maturidiah, Jabariah, qadariah dan banyak lagi, kau rasa?”

“Errr. Aku tak tahu…”

“Hairan yer, kau kutuk orang islam yang tak tahu nama sebenar Imam Syafee, tapi kaupun tak tahu nama imam yang menjadi ikutan akidah kita”

“maafkan kekhikafan hamba”

“ok, bagi yang tak tahu, kita di Malaysia, bermazhab Shafee, dan berakidah Asya’irah. Majoriti dunia Islam dalam golongan ahli sunnah wal jamaah, bermazhab Shafee, Hambali, Maliki, dan Hanafi, manakala Akidah pula majorotinya akidah Asya'irah dan Maturidiah. Universiti Al Azhar di Mesir pun ikut aliran Asya'irah.

Ada jugak negara lain yang amal mazhab selain empat tu, ada lebel wahabilah, atau pecinta sunnahlah, tak pasti, yang pasti negara seperti Arab Saudi, Qatar, ikut akidah aliran Salafi. Secara rasmi, negara kita di Malaysia adalah daripada aliran Asya'irah, kecuali negeri seperti Perlis yang cenderung kepada aliran Salafi. Now you know”

“terima kasih kereta mayat atas pencerahan”

“anytime”

Woha!

7 comments:

Anonymous said...

Budak sekarang tak tahu tauhid sifat 20, mesh sini pakcik cerita:

Dalil al-Quran untuk sifat 20

1. Wujud (ada) – dalilnya surah anbiya’ ayat 22

2. Qidam (wujudnya Allah sedia ada) – dalilnya surah al-Hadid ayat 3

3. Baqa'(kekal) – dalilnya surah ar-Rahman (26-27)

4. Mukhalafatuhu Ta’ala lil hawadith (berlainan dgn segala yg baharu) – dalilnya surah syuraa ayat 11

5. Qiamuhu Ta’ala binafsihi (berdiri dgn sendirinya iaitu tidak berhajat kepada lainnya) – dalilnya surah fathir ayat 15

6. Wahdaniah (esa) – dalilnya surah al-Baqarah ayat 163

7. Qudrah (berkuasa) – dalilnya surah nuur ayat 45

8. Iradah (berkehendak) – dalilnya surah yaasin ayat 82

9. Ilmu (mengetahui) – dalilnya surah al-maidah ayat 97

10. Hayat (hidup) – dalilnya surah furqan ayat 58

11. Sama'(mendengar) – surah thaha ayat 46

12. Bashar (melihat) – surah hujurat ayat 18

13 kalam (berkata-kata) – surah an-Nisaa’ ayat 164

Sedang tujuh lagi sifat2 ma’aniwiyah sama shj dalil naqlinya dgn 7 sifat ma’ani yg tersebut.

Anonymous said...

Ada satu mazhab pelik sekarang.. mazhab sunnah.. tak pernah ada tapi sekarang bermain di bibir kaum Wahhabi.. dia tu orang sunnah dia bukan orang sunnah.. bla2.. haha

Anonymous said...

Wahabbi tak terkait mana2 mazhab, dari sudut fiqh mereka mencampur adukkan mazhab ikut kehendak dan keperluan hawa nafsu mereka, sebab sesama mereka pon pegangan fekah mereka ada bercanggah. Manakala daripada sudut Aqidah pula mereka cenderung menolak kedua prinsip mazhab sama ada Asyairah ataupun Maturidi. sebab mereka menaksir ayat Al Quran secara literal dan menolak terjemahan jumhur Ulama, akhirnya fikrah mereka tak ubah seperti Mujassimah iaitu menyerupakan sifat mahkluk kepada Allah AzaWaala. Kalau kita lihat kedua konteks sama ada fekah mahupun Aqidah golongan ini menolak keperluan para Ulama dan berpegang kepada Al Quran serta Hadith semata, sedangkan orang yg bermazhab adalah org yang berpegang kepada Ulama sebagai perantaraan dalam memahami al Quran dan Hadith.

Anonymous said...

Wahabbi kat Malaysia memang ada senang nak kesan mereka.
1) kelirukan 4 mazhab dgn mencampur adukkannya.
2) Menolak terus kedua mazhab Aqidah dari sudut tauhid
3) Tak lari daripada berpegang dengan tokoh2 mereka seperti Ibnu Tamiyah, Syekh Ben Baz, pengasas mereka Muhammad bin Abdul Wahab, Ibnu Uthaimin dan Nasharudin Al Bani, kalau dok ulang2 je nama tokoh ni mmng ada lah tu.
mereka gelar diri mereka sbgi permurniaan Aqidah dan pembawa perubahan. Modus dia... ko sesat, ko buat bidaah, ini syirik, ko syiah/sufi sesat tapi bila kita sebut je Wahabbi terus melenting kata kita dok label2.

Tapi jangan risau kalau kita mengaji ilmu agama dgn berguru/bertalaqqi, mengaji ilmu asas aqidah Islam seperti sifat 20, insyaAllah kita akan terselamat daripada fitnahnya Wahabbi ini,

hamka said...

Baca sini untuk detail:

https://www.thepatriots.asia/fondasi-aqidah-feqh-tasawuf/

ustaz iqbal said...

ILMU TASAWWUF

Pandangan Ulama Empat Mazhab Tentang Tasawwuf

Imam Hanafi

Imam Hanafi telah berkata : “Jika tidak kerana dua tahun, saya sudah binasa. Kerana dua tahun saya telah duduk bersama Imam Ja’far Ss-Sadiq dan mendapatkan ilmu keruhanian yang membuat saya lebih mengenali jalan yang benar”. (Kitab Ad-Durr Al-Mukhtar)

Imam Maliki

Imam Malik telah berkata :

من تصوف و لم يتفقه فقد تزندق
و من تفقه و لم يتصوف فقد تفسق
و من جمع بينهما فقد تخقق

artinya : Barangsiapa mempelajari tasawuf sahaja tanpa mempelajari fikah maka dia telah sesat. Dan barangsiapa mempelajari fikah sahaja tanpa mempelajari tasawuf maka dia menjadi fasiq. Dan barangsiapa mempelajari kedua2nya maka sungguhnya dialah yang sebenar.” (Imam Abil-Hassan)

Imam Syafi'e

Imam Shafi’i pernah berkata :

فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح

فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح

artinya : Fiqah dan tasawwuf jangan engkau asingkan. Sungguhnya aku demi haq Allah nasihatkan akan kamu. Keraslah hati orang yang tidak merasai kemanisan taqwa. Dan bagaimana pula orang yang jahil mampu berbuat kebaikkan?

Imam Hambali

Imam Ahmad Hambal pernah berkata kepada anaknya : Wahai anakku. Engkau duduklah bersama orang sufi. Mereka boleh menambahkan ilmu dan muraqabah. Mereka orang-orang zuhud yang mempunyai cita-cita." (Kitab Kasyful Khafa)

Wallahua'lam

Anonymous said...

Mantan Mufti P. Pinang DS Hassan Hj Ahmad pernah berkata kpd saya secara personal, anta tidak perlu nak guna fatwa mazhab lain kerana semua itu sudah ada dalam pendapat kedua, ketiga atau keempat dalam mazhab Syafie. Hanya lihat balik dalil dan hujahnya... Pusing lagu mana pun, memang akan kembali kpd al-Quran, Sunnah, ijmak, qiyas dan dalil hukum lain...