Dec 23, 2016
Borang Gaduh Laki Bini?
Jika laki bini bergadoh, aku cadang korang jangan bertekak
dan menjerit, aku cadang korang isi borang macam dalam gambar.
Dalam borang tu bagitahu, Laki Bini wajib isi borang ini
bila tak puas hati dengan pasangan, sebab jika bercakap dua-dua nak bertekak,
jadi tulis borang ini, hantar pada pasangan anda. Atau tampal pada peti ais,
atau snap gambar dan hantar whatsapp, Siapa hantar dulu dia disukai oleh Tuhan
kerana Tuhan suka orang berdamai, siapa yang hantar lambat masih dicintai Tuhan
kerana Tuhan suka orang berdamai dengan syarat hantar segera! Paling cepat lima
minit selepas pasangan isi borang, paling lama 24 jam, lebih tiga hari berdosa
besar.
Siapa nak borang dalam bentuk soft copy, boleh pm saya atau
email saya, dah dapat borang, print banyak banyak dan letak dekat rumah.
InsyaAllah jika korang laki bini isi borang ini bila bergaduh dan masing masing
baca tiga ruang kosong tu, akan terbukalah ilham untuk menemui titik tengah
dalam sudut pandang yang berbeza.
Amin.
Jangan kata abang keretamayat tak payung! Woha!
ps: Untuk makluman, Surat cerai dah tak ada dalam simpanan, dah hilang, rujuk sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
terbaikkk lah
😁👍👍
😁👍👍
yang pm email, semua saya dah balas, harap bermanfaat, ;)
hahahahah tak sempat nak gaduh cenggini....
sementara pikir ayat panas ati dah ilang dah
idea praktikal yg sama yg aku pernah dengar dari kakitangan mahkamah syariah baru2 ni
Post a Comment