Petik ayat al quran sikit:
Nov 30, 2016
Pencetus Ummah- Siapa masuk neraka?
(Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat)
Petik ayat al quran sikit:
Ada orang ketuk gendang! Maka bermulalah tempoh masa berdakwah
pencetus ummah Sufi Sufian, Pencetus Ummah jemputan, duniaku, dakwahku!
Lampu pentas dipadam, pentas gelap dan hanya di sinari
cahaya suram. Lalu muncul lelaki dengan pakaian moden, baju kot bertali leher
tanpa kopiah. cahaya beransur ansur terang. Muzik sedih di mainkan, lalu PU
jemputan keluarkan sepucuk surat buat drama dengan suara sedih:
“tuan tuan, hari ini saya dapat surat dari kawan lama,
sungguh sedih surat ini, saya baca: saudara PU, Apa pendapat saudara jika saya
katakan tuhan tidak adil, kerana tuhan boleh ampunkan semua dosa kecuali dosa
syirik, saya mengaku selalu syirik dengan tuhan, maka apa gunanya saya buat
baik lagi jika taubat saya sudah tidak diterima, apa pendapat saudara PU?”
Berhenti baca surat, simpan dalam baju kot. Bukak baju kot,
sangkut pada kerusi sofa yang merupakan set prop. Pakai cermin mata hitam, dan
mood pentas bertukar kepada lampu lebih ceria, dan muzik sedih di tukar kepada
muzik semangat.
“Asalamualaikum, saya PU sufi Sufian, dan saya ada banyak terima
soalan dari kawan-kawan, dan biasanya kerana perasan sibuk, saya selalu tangguh
sampai berminggu-minggu, tapi soalan tadi, saya kena jawab terus secara
langsung di dalam rancangan Pencetus Ummah, duniaku, dakwahku!
Petik ayat al quran sikit:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik,
dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah
berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisaa : ayat 48)."
Tapi..,
Ayat di atas bukan di tuju kepada orang yang masih hidup
secera khusus, tapi ayat itu dituju kepada orang yang dah jadi MAYAT sahaja!
yang dah mati, yang dah mampus! yang dah masuk dalam kubur, yang dah masuk
dalam neraka!
Mereka yang jadi mayat dalam keadaan syirik, confirm masuk
neraka, dalam neraka, bertaubat dengan menangis air mata darahpun, Allah dah
tak ampun!
Maka, jika anda banyak dosa, tapi tak syirik, bila mati
masuk neraka, Allah masih boleh ampunkan korang setelah di azab (bagi siapa
yang dikehendaki-Nya)
Tapi, jika anda syirik, bila mati masuk neraka, Allah tak
akan ampunkan anda walaupun setelah di azab!
Allah bagi tahu, mereka yang syirik, kekal dalam neraka buat
selama lamanya di guling guling di atas bara api siang dan malam..
Mereka yang tak syirik, lepas kena azab, masuk shurga, yang
syirik(kapir) maka abadan abadalah (selama-lamanya) mereka di neraka..
Kesimpulannya, siapapun kita kat dunia ni, murtad ke, hina
ugama ke, hina Sunnah ke, bila bertaubat, maka Allah akan ampunkan dosa dengan
syarat taubat sungguh-sungguh.., dan taubat itu di buat sebelum naik keretamayat..,
walaupun dosa syirik.!
Jadi, kepada sahabat tadi, Janganlah malu untuk bertaubat
kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah
bertaubat.., faham?
Cuba renungkan, Nabi berdakwah pada orang kapir masuk islam,
maknanya Allah terima taubat mereka, dan Allah yang Maha Kaya bukan setakat
terima taubat mereka, malahan Allah ampunkan segala dosa mereka, lebih lagi,
Allah ganti dosa mereka menjadi pahala.., tapi orang kapir sombong tetap nak
sembah tuhan selain Allah, maka bila mati, masuk neraka, baru nak bertaubat,
waktu itulah ayat di atas sesuai dibaca untuk mereka.., faham?!
Bab orang murtad, zaman pemerintah islam dulu, mereka di
beri peluang bertaubat, tengok.., orang murtad buat dosa syirik besar, pun
masih boleh U turn, tapi bila orang murtad tak nak taubat dan mati dalam
syirik, kekallah mereka dalam neraka. Nauzubillah!
Tuan tuan! (muzik sedih di mainkan) NERAKA punya azab bukan
boleh banding dengan azab di dunia, bukan setakat sakit gigi, sakit telinga dan
sakit perut, tapi lebih dari itu! LEBIH DARI SAKIT GIGI, SAKIT TELINGA DAN
SAKIT PERUT!(bagi mereka yang pernah rasa tiga sakit ini)
Di sana, sakit manusia tiada limit, yang mana kat dunia,
apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban sakit, maka manusia akan
bertindak balas menjadi pengsan, dan jika sakit yang lebih dahyat lagi, maka
manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.
Tapi kat NERAKA, sakit macam manapun, sama ada gigi tercabut
atau telinga pecah atau perut meletup, manusia tidak akan pengsan dan tidak
akan jadi mayat.. malahan yang paling ringan adalah memakai terompah neraka sedang
otak mendidih.
Otak mendidih?demam 40 darjah celcius dah kecoh, belum lagi
kena demam suhu mendidih 100 darjah Celsius, oh! nak balas wasappun tak boleh
dah ,,isk..
Dalam neraka ni, kalau baca terjemahan Al quran ada cerita
bahawa mereka ni dalam keadaan nazak gitu, nyawa nyawa ikan, tidak hidup dan
tidak mati…
Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam
keadaan berdosa, maka baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan
tidak pula hidup (Tahaa: 74)
Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu
dalam keadaan cacat (Al-mukminun:104)
Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat,
maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah
azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)
(Bunyi gendang di palu-masa dah nak habis)
Jadi tuan tuan, bertaubatlah kepada Allah : Nabi pernah
bersabda:
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan
memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak
100 kali. “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar
bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan
tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di
malam hari, sehingga matahari terbit
dari barat (HR. Muslim).
Sekian, saya PU Sufi Sufian, Asalamualaikum, Wallahu’lam.
Habis.
Anda mahu komen PU jemputan Sufi sufian? Sila komen di
ruangan komen. Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
syirik :
1. Syirik dlm lisan
2. Syirik dlm ibadah ( eg : amal niat riyak)
3. Syirik dlm perbuatan/cara kehidupan
kena taubat sungguh2 beserta buat usaha utk buang syirik daripada hati....
caranya :
*Dakwahkan mafhum kalimah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) hari hari = amar maaruf nahi anil mungkar
*Jaga lisan agar tidak bercanggah dgn kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
*Belajar dan memahami asas tauhid ahli sunnah wal jamaah dgn alim ulama yg haq
*Baca/dengar dan dakwahkan janji2 ALLAH swt dan Rasul SAW hari2 = Taklim Fadail
*Baca Quran hari hari dan usaha utk memahami maknanya.
*Baca Hayatus Sahabah r.hum hari hari utk teguhkan iman dlm hati
*Doa sungguh2 pd ALLAH swt hari hari mohon ampun dan mohon agar disempurna kan Iman mcm sahabat r.hum
والله أعلمُ بالـصـواب
terima kasih pengkomen pertama, ustaz Abu Abdurahman, Taklim dan muzakarah tu penting, insyaAllah
Membunuh seorg muslim, termasuklah membunuh diri sendiri termasuk perbuatan kufur, namun begitu pelaku perbuatan kufur tidak semestinya terus menjadi kafir; jika tidak syirik, masih ada harapannya utk rahmat ampunan Allah swt.
Begitulah juga dgn perbuatan perbuatan kufur lainnya, yg mana, paling ringan antara perbuatan kufur itu adalah meninggalkan solat fardhu dgn sengaja.
Dari pembacaan aku yg konfirm masuk neraka tu org org kafir, disebut kafirin. Terdiri dr
1.org org kafir bukan Islam,
2.org org kafir murtad (asalnya muslim kemudian keluar dr Islam),
3.munafikin (mengaku Islam tp sebenarnya kafir) dan
4.kafir musyrikin.
Yg konfirm masuk syurga pulak, disebut muttaqin, terdiri dr umat Islam dgn iman yg sempurna dan berakhlak mulia.
Umat Islam yg tidak muttaqin, yg aku paham, takder jaminan syurga, tp takder ler pulak semestinya masuk neraka.
Umat Islam yg melakukan perbuatan syirik atau perbuatan kufur;
bila taubat, mk kekal Islamnya;
jika dia bersyahadah, mk dia memperbaharui keIslamannya;
jika dia bersolat, mk setiap kali bersolat ada kalimah syahadah yg dgnnya dia memperbaharui Islamnya.
Pahaman aku, unat Islam yg masuk neraka tu, yg melakukan perbuatan kufur, dan mati dlm keadaan syahadah yg telah terbatal dan tak sempat diperbaharui, yg selain syirik masih ada harapan utk keluar dr neraka.
Umat Islam yg kebnykn, yg sekurang kurangnya tidak mengabaikan solat solat fardhunya, yg tidak melakukan perbuatan kufur, tidak syirik, tp bnyk melakukan dosa, insyaAllah tak masuk neraka, yg mungkin termasuk golongan ashabul a'raaf, berapa lamanya di al a'raaf bergantung dosa dosanya masing masing.
Umat Islam yg baik, yg walau tak tergolong muttaqin, tp menyempurnakan kewajipan kewajipan beragamanya, walau seringkali berdosa tp sentiasa taubat dan istighfar, insyaAllah menyusuli saudara saudaranya para muttaqin.
Namun begitu, soleh atau tidak, semua kita terpaksa juga melalui neraka itu, sbgmn yg di Firman Allah swt dlm Surah Maryam ayat 71.
WaAllahu'alam.
“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah maha Esa)” Surah Al Baqarah :
tiada sekutu bg Allah..yg ada hanya Allah..
andainya kita berasa puas bahawa kita x sekutukan Allah dgn ubat apabila kita berjaya menolak ubat sewaktu kita sakit,maka hati2 lah dgn perasaan tu kerana ketahuiliah yg Allah memang xda sekutu juga jika walaupun kita makan ubat masa kita sakit tu..
jika kita berasa puas bahawa kita x sekutukan Allah dgn manusia bila kita berjaya menolak dari minta tolong kepada manusia disaat kita betul2 terdesak,maka hati2 la dgn perasaan tu kerana ketahuilah yg Allah memang xda sekutu juga jika walaupun kita minta tolong daripada manusia ketika tu..
tiada sekutu bg Allah..yg ada hanya Allah..
jadi bagaimana kaedah kita Ahlisunnah waljamaah merumus/pegangan perkara di antara Allah dan makhluk ni?..
bila salah rumus/pegangan tu yg ada org kata org beriman yg bertawasul,bertabaruq,beristighosah syirik..
bahkan yg lagi ganas sujud depan kaabah pun syirik..
terima kasih Muslim, dan aku bukan ustaz atas komen yang membina, kita berehat sekejap untuk pesenan penaja, woha!
:)
Selalu bukak youtube, dengar ceramah ust Wadi Anuar, kesiannya kat org org kafir, masuk neraka tak ada nas kata ada harapan keluar. Lemahnya iman kita semua, kurangnya usaha mendakwahkan mrk.
Betulkan jika silap,
Yg saya faham, yg masuk neraka tu ;
1.Org org kafir, yg sah kafirnya.
2.Org org Islam yg melakukan perbuatan kufur, mati tak taubat, tidak sempat memperbaharui syahadahnya.
Perbuatan kufur itu adalah perbuatan perbuatan yg membatalkan syahadah, paling ringan antaranya, meninggalkan solat fardhu dgn sengaja, paling berat antaranya, syirik akbar atau syirik jali (syirik terang terangan).
Yg saya faham juga, semua perbuatan perbuatan kufur itu menybbkan terhapusnya pahala segala amal baik sebelumnya.
Org org yg melakukan perbuatan kufur, tidak semestinya terus menjadi kafir, yg selain syirik, masih mungkin masuk syurga.
Org org Islam yg tidak meninggalkan solat solat fardhunya, tidak melakukan perbuatan perbuatan kufur, mati dlm syahadah yg tak terbatal, yg jika pun di azab, bukan di neraka, mungkin di kubur, di shirath, di mahsyar, ketika hisab, mizan atau pun di a'raaf.
Yg saya faham, Tuhan bukan suka nak masukkan makhluknya ke dlm neraka, kecualilah yg mmg jahat sgt, degil sgt, angkuh dan sombong.
Kalimah syahadah itu pula, lebih berat dr dunia dan segala isi isinya, yg sesiapa yg mati dgnnya, yg tidak batal syahadahnya ketika matinya, tentulah ianya akan memberatkan mizan baiknya.
Sekali lg, tolong betulkan jika salah fahaman saya tu.
Betul ke Kiamat tu jumaat 10 muharam antara zohor ngan asar, pastu takde lagi dah hari hari lain, takde dah malam malam, sampai bila bila ? Sumer sumer yang berlaku lepas kiamat tu sumer pada hari yg sama, jumaat 10 muharam antara zohor ngan asar ? jumpa dlm satu blog.
Post a Comment