Dec 28, 2016

Bagaimana halau Jin merasuk?

(Baca buku kongsi ilmu, jika salah tolong bagitahu)

muka surat terakhir buku itu.
Ada sorang hamba Allah dari Kemaman bagi aku hadiah sebuah buku fotostat, tajuk buku itu adalah: “Membantu JIN keluar dari jasad manusia”

Buku tu sebahagian tulisan tangan, dan sebahagian tulisan bercetak computer, di hujung buku di tulis nama penulis iaitu: Cikgu Lah, Ahli Jemaah masjid Tok dor, Besut Terengganu.

Di situ di tulis pula tulisan tangan: Disemak oleh Ustaz Lokman Besut. Dan di bawah ada nama guru: Nik Ismail Jusoh Jakim Malaysia.

Buku ni dah koyak dan ada anak aku buat conteng bahagian belakang, jadi lepas baca aku rasa patut aku share isi dalam buku ini semoga boleh menambah ilmu korang semua atau sedikit sebanyak dapat membantu dalam masalah di ganggu jin.

Di dalam buku ada catatan ringkas kisah penulis merawat pesakit menghalau jin Hulubalang, Jin Mustafa, Jin selendang kuning, jin tok bomoh, jin Kristian, dan jin laut.

Oleh sebab panjang sangat, aku tulis isi dalam buku itu di sini dalam bentuk poin termasuk tambahan dari perbincangan dengan ustaz beberapa ilmu berkaitan jin. Semoga mendatangkan kebaikan pada manusia dan jin.

Berikut beberapa fakta tentang JIN, betulkan jika aku tersalah tulis.

  1. Allah menciptakan jin dari nyalaan api. (Ar Rahman: 15)
  2. Azazil adalah bangsa jin yang telah dilaknat kerana enggan sujud pada Nabi adam dan diberi nama Iblis.
  3. Dulu Azazil ketua malaikat, tapi sombong nak mampus. Ada dalam hadis bagitahu: Tidak masuk syurga orang yang ada sifat sombong.
  4. Ehsan Allah SWT kepada  Iblis yang pernah patuh kepada perintah-Nya dahulu, maka Allah memberi tangguh akan ajalnya si Iblis, supaya Iblis dapat hidup hingga ke hari kiamat. (rujuk Surah Al-Kahfi)
  5. Iblis bersumpah akan sesatkan anak cucu Nabi adam, maka kewujudan iblis adalah ujian kepada manusia.
  6. Dalam al quran, ciptaan Allah ada pasangan, seperti malam dan siang, langit dan bumi, manakala dari segi ciptaan untuk beribadat dan diuji, adalah jin dan manusia.
  7. Taraf Jin di bawah manusia sebab manusia sebaik baik kejadian dan dilantik sebagai khalifah atas muka bumi.
  8. Jin ada pelbagai bangsa dan pelbagai kepercayaan, seperti manusia juga. Jika manusia ada yang muslim dan ada yang kafir. Jin pun ada yang muslim dan ada yang kafir. firman Allah:“sesungguhnya golongan jin ada yang beriman dan beramal soleh dan menempuh jalan yang berbeza beza” (Surah Al-Jin: 11 )
  9. Kata Buznama, jika manusia 4 bilion, jin ada 36 bilon, jin duduk dibumi, air, dan udara. Ada macam macam bentuk. Ada yang bersayap, ada yang berbentuk seperti ular dan anjing, dan ada yang boleh bertukar bentuk dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
  10. Nabi sulaiman diberi kuasa memerintah Jin, (Al Quran, Surah Saba’: 12 )-hanya Nabi Sulaiman boleh bela jin, kita tak boleh ikut cara Sulaiman. Bomoh salah sebab ambik kerja nabi sulaiman,
  11. Syaitan pula adalah anak cucu iblis, kerjanya menhasut manusia dan jin, syaitan boleh masuk ikut saluran darah. Firman Allah SWT: Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Surah Al-Baqarah: 169)
  12. Selain menghasut, syaitan juga Memberi Janji dan Angan-angan Kosong. (Surah An-Nisa: 120)
  13. Syaitan juga adalah label. Syaitan boleh jadi jin, boleh jadi juga manusia. Yang mana jika ada jin atau manusia yang menyuruh melakukan kejahatan maka itu adalah syaitan yang nyata. (Surah Al-Baqarah: 208)
  14. Manusia pun ada yang Syaitan Juga: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan manusia dan jin, (Surah Al-Anam: 112)
  15. Jin tidak boleh melihat malaikat tapi boleh melihat manusia.
  16. Manusia tidak boleh melihat jin dan syaitan.
  17. Syaitan dan Jin tidak boleh menyamar menjadi Nabi.
  18. Allah s.w.t. menjadikan manusia dan jin untuk menyembahnya demi kebaikan manusia dan jin di dunia dan di akhirat.Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahku.”
  19. Qarin sejenis jin jahat atau syaitan yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Semua manusia mempunyal qarin sama ada nabi atau orang yang alim. Gangguan hanyalah dalam bentuk bisikan jahat.
  20. Iblis mengusai qarin, dan qarin serta nafsu menggoda manusia.
  21. Kerana itulah sebaik anak lahir,terus di azankan kerana azan adalah dakwah sempurna yang ditakuti qarin.
  22. Ifrit pula ialah nama bagi segolongan jin yang di antara mereka diberi kekuatan dan kepintaran dan pernah bekerja dengan Nabi Sulaiman.
  23. Nabi Muhamamd SAW pernah menangkap Ifrit yang cuba menggangu nabi bersolat, dan melepaskannya semula, bermakna menangkap jin dan simpan dalam botol adalah bukan Sunnah.
  24. Menjadi kesalahan dalam dunia jin jika menjelma dan ganggu manusia.
  25. Boleh bunuh jin yang menyamar menjadi Ular atau lain-lain makhluk setelah di beri peringatan atau azan tapi tidak melarikan diri.
  26. Jin yang merasuk manusia, apabila disakiti manusia itu akan turut merasa sakit.
  27. Jin tidak suka meresap dalam badan manusia, sebab terpaksa menaggung risiko, boleh merasai sakit, dan boleh di bunuh, jin merasuk kerana ada campur tangan manusia. “sesungguhnya ada segolongan lelaki manusia yang meminta pertolongan dengan segolongan jin, makan jin menambahkan kesesatan dan dosa”
  28. Jin juga akan masuk neraka macam manusia jika tidak mahu berfikir: Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi jahanam itu beberapa banyak daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti binatang-binatang ternakan bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah orang yang lalai.”
  29. Bagi yang nak halau jin merasuk, sila buat dengan niat ikram, dan khidmat, jangan harap upah.
  30. Jika pesakit sedar, Suruh pesakit baca al quran atau zikir.
  31. Sewaktu baca quran, Bila badan pesakit begegar, tanda jin tidak selsa, maka terus dakwah jin pada iman. Dakwah juga tentang perjanjian dengan nabi sulaiman.
  32. Jika jin kafir islamkan, jika jin islam, Taskil jin dakwah kaumnya dan suruh jin berjanji tak resap badan manusia lagi.
  33. Dakwah macam nabi musa dakwah firaun, dakwah lemah lembut dan hikmah. Dakwah jin pada kebesaran Allah, pada iman, dan suruh jin berdakwah pada kaumnya.
  34. Dakwah dalam masa 1 jam. Gosok ibu jari kaki kiri, azan di teliga pesakit, dan iqamat di telinga satu lagi. Jika degil, mandikan dengan air sejuk, sambil mengaji.
  35. Jika belum sembuh, buat lagi dan lagi. Pesan pesakit suruh Jaga solat Jemaah, jaga zikir 300 pagi petang, mimun air yasin, mandi sambil baca ayat kursi.
  36. Jika mampu, Pesakit baca 70 kali ayat kursi, habis baca ambil sebuku garam ,letak di lidah dan masuk dalam air, minum air itu, ulang sampai sembuh.
  37. Solat hajat 12 rakaat minta Allah sembuhkan pesakit, pesakit kena buat jika sedar.
  38. Ayat al-Kursi dan ayat di akhir surah al-Baqarah (Aamanarrasul) boleh guna sebagai pendiding dari gangguan jin jahat.
  39. Dalam al-Quran cerita jin kafir masuk islam dengar Nabi mengaji, maka orang yang dirasuk perlu didengarkan ayat Al quran.( rujuk Surah al-Jinn ayat 13 dan Surah al-Ahqaaf ayat 29)
  40. Ingatkan jin yang merasuk dengan penjanjian nabi sulaiman:“aku peringatkan kamu dan golongan kamu dengan sumpah dan janji kamu dengan Nabi sulaiman a.s itu kamu tidak boleh menzahirkan diri dan menyakitkan seseorang.
  41. Perjanjian dengan Nabi sulaiman boleh mebatalkan segala perjanjinan jin dengan bonoh, mereka boleh kembali ke alam mereka dengan aman.
  42. Jika ingkar, mengikut terma, mereka boleh dibunuh, dan dicampak ke dalam laut.
  43. Dialog yang biasa: Kamu ni nama apa? Islam ke? Cuba mengucap? Tahu janji nabi sulaiman? Keluar dari jasad ini, dan pergi belajar dakwah dengan maulana mustaqim di Nidzamudeen  india.
  44. Kita bantu jin keluar bukan nak seksa mereka, bila keluar mereka tak ganggu lagi sebab teringat perjanjian dengan nabi sulaiman.
  45. Bersyukur bila sembuh dan bersabar jika tak sembuh.
  1. Pesan ustaz, Lepas jin keluar, elok pesakit hantar ke hospital, jumpa pakar saraf dan pakar jiwa.
SEKIAN.

Ps: jika ada fakta atau ilmu tambahan, boleh share dekat komen, nanti aku update list jika bersesuaian. Terima kasih.



Dec 27, 2016

Kenapa Allah tak hantar malaikat berdakwah?

(Tazkirah pendek hujung tahun 2016)

“Abang mayat, Allah tahu tak siapa masuk neraka dan siapa masuk syurga?”

“Allah Maha Mengetahui”

“Jika Allah dah tahu, kenapa Allah tak selamatkan orang yang masuk neraka tu awal awal?”

“Allah dah hantar Nabi atau wakil Nabi. Silap sendiri tolak wakil Nabi, ada cerita dalam Al quran”

“kenapa Allah tak hantar malaikat? Senang orang nak beriman”

“soalan kenapa tak hantar malaikat pun ada dalam Al quran, ada yang mintak kitab turun terbang dari langit baru beriman, jawapannya adalah, Allah buat dunia ni untuk uji manusia, nak buktikan siapa yang baik dan jahat, bukan nak layan SYARAT BERIMAN dari semua manusia, maka, jika dah nampak malaikat semua, tak perlulah lagi jadikan dunia sebagai ujian"

“kenapa ujian Tuhan susah sangat?”

“senang macam ginilah, di sekolah cikgu bagi ujian, periksa pertengahan tahun cikgu pun dah dapat agak siapa yang boleh berjaya dan siapa yang gagal, jadi jika ada pelajar gagal cakap, kenapa ujian susah sangat? Kenapa tak bagi jawapan terus, maka tak gunalah sekolah, lagipun akhirat belum berlaku, dan mahkamah Allah sangat adil di sana, orang yang buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, jadi jangan putus asa dalam mencari Rahmat Allah kerana Dia Maha pengampun”

“bagaimana jika kefahaman kita yang salah?”

“sebab tu dalam solat, hari hari kita minta jalan yang benar, Allah yang Maha Pengasih pasti akan tunjuk jalan yang benar andai kita ikhlas dalam meminta”

“terima kasih”


Ps:  Setiap hari orang islam berdoa agar di beri jalan yang lurus, (rujuk al fatihah) tapi sayang, sewaktu memohon jalan yang lurus, hatinya lalai, lalu apabila datang jalan yang lurus, mereka berpaling daripada jalan orang yang dicintai kepada jalan orang yang dimurkai dan disesatkan. Nauzubillah.

Dec 23, 2016

Borang Gaduh Laki Bini?

Jika laki bini bergadoh, aku cadang korang jangan bertekak dan menjerit, aku cadang korang isi borang macam dalam gambar.

Dalam borang tu bagitahu, Laki Bini wajib isi borang ini bila tak puas hati dengan pasangan, sebab jika bercakap dua-dua nak bertekak, jadi tulis borang ini, hantar pada pasangan anda. Atau tampal pada peti ais, atau snap gambar dan hantar whatsapp, Siapa hantar dulu dia disukai oleh Tuhan kerana Tuhan suka orang berdamai, siapa yang hantar lambat masih dicintai Tuhan kerana Tuhan suka orang berdamai dengan syarat hantar segera! Paling cepat lima minit selepas pasangan isi borang, paling lama 24 jam, lebih tiga hari berdosa besar.

Siapa nak borang dalam bentuk soft copy, boleh pm saya atau email saya, dah dapat borang, print banyak banyak dan letak dekat rumah. InsyaAllah jika korang laki bini isi borang ini bila bergaduh dan masing masing baca tiga ruang kosong tu, akan terbukalah ilham untuk menemui titik tengah dalam sudut pandang yang berbeza.

Amin.


Jangan kata abang keretamayat tak payung! Woha!

ps: Untuk makluman, Surat cerai dah tak ada dalam simpanan, dah hilang, rujuk sini.

Dec 15, 2016

Vaksin-adakah kita termasuk berlagak tahu?

(adakah kita bercakap apa yang kita tahu, atau kita tak tahu apa yang kita cakap, tapi kita buat buat tahu, atau berlagak tahu?)

“vaksin ini sebenarnya ciptaan yahudi untuk tujuan bisnes, mereka cipta penyakit dan mereka juga yang cipta vaksin untuk cegah penyakit, macam virus dalam computer, mereka yang cipta virus dan mereka jugak yang cipta anti virus”

Kata seorang kawan yang berlagak tahu serba serbi dalam kereta sewaktu aku memandu dengannya. 
Kebetulan dalam kereta ada berita dari Kementerian Kesihatan yang mengajak orang ramai menjaga persekitaran rumah dari pembiakan nyamuk kerana vaksin untuk virus zika dan denggi belum ada. di samping itu KKM juga nasihat semua pelawat dari benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik hendaklah melaporkan diri ke Pusat Kuarantin Kesihatan atau Pejabat Kesihatan berhampiran semasa tiba di Malaysia. Terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika virus dari rantau Amerika Latin iaitu Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S. Virgin Islands, Venezuela dan Samoa. 

KKM juga menasihatkan rakyat Malaysia yang mengandung untuk tidak melakukan lawatan ke negara-negara terlibat.

Habis kawan aku cakap, aku pun berkata:

“jika betul tuduhan kamu yahudi yang cipta penyakit dan cipta vaksin untuk tujuan bisnes, kenapa negara kapir yang banyak kena virus zika? Dan kenapa sampai sekarang mereka tak jual vaksin denggi dan zika? Tentu kaya jika ada vaksin tu, sebab denggi ni dah wujud sejak tahun 1779 dan zika pula dah ada sejak tahun 1947, sekarang dah nak masuk 2017 kenapa yahudi tak jual vaksin denggi dan zika jika betul mereka handal?”

Kawan aku diam seribu Bahasa. Aku sambung lagi:

“sebab Allah yang cipta penyakit dan Allah juga yang bagi ilham pada manusia untuk jumpa penawar, yahudi tak berkuasa, Allah yang berkuasa, yahudi merangcang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik baik perancang! Apa korang ingat vaksin untuk denggi dan zika ni simple macam anti virus dalam computer yang susun nombor guna binary kod bagai? Ciptaan Allah ni Maha Hebat sehingga Allah berfrman: berkumpul semua manusia nak buat seekor lalat pun tak mampu, apatah lagi nak buat kuman? jadi pleaselah berhenti buang masa tuduh yahudi hebat sangat control dunia, lebih baik luangkan masa untuk kaji kebesaran Allah, dan ambil manafaat dari ciptaanya untuk selamatkan manusia dan selamatkan iman kita”

Kawan aku diam sejuta Bahasa, maafkan aku sebab sound direct, kita dah tua, berhentilah bercakap macam budak sekolah menengah baru dapat layan youtube dan facebook tapi berlagak macam sudah tahu semua benda tapi bila tanya apa itu Floppy Disk pun tak tahu fungsi padahal hari hari melintas depan mata.

Woha!


Ps: Tak tahu apa itu Floppy Disk? Klik save as, baru nampak, ha ha, itu belum tanya lagi apa hubungan pen dan kaset, adohai..

Ps: Akupun banyak yang tak tahu, sebab tu aku tak tulis semua benda, pesan Nabi, jika tak tahu lebih baik diam- wallahu'lam.

Baca juga: Adab sebelum viral

Dec 5, 2016

Kenapa tak boleh fikir Zat Allah?

(Semalam memandu dari rumah mertua, anak bertanya soalan KBAT, Kemahiran berfikir Aras Tinggi)

“Ayah, kenapa kita tak boleh fikir tentang zat Allah?”

“Anakku, sebab zat Allah di luar kemampuan otak kita, boleh jadi gila jika nak fikir, Allah itu satu, tidak berawal dan tidak berakhir, dan tiada satu pun yang sama dengan-nYA”

“boleh terangkan KENAPA tak boleh nak fikir?”

“Sebab otak kita tak mampu, sebagai contoh, ayah pernah di tanya orang kafir, soalannya: Boleh tak Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya?”

“boleh”

“Bolehkah Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi”

“err, boleh, tapi tak boleh, eh boleh? Eh? Mustahil. Eh?”

“itulah paradox anakku, tidak berawal dan tidak berakhir adalah cabang kepada paradox yang otak manusia tak mampu nak fikir, tidak beranak dan tidak diperanakkan adalah cabang kepada paradox yang otak manusia tak mampu nak fikir namun jika kita mahu guna otak kita, mustahil pedang dan perisai tadi dapat duduk setempat, otak kita tak ada ruang untuk wujudkan keadaan pedang paling tajam boleh potong apa sahaja dan perisai paling kuat sehingga tak boleh di potong oleh pedang tajam tadi berada setempat, jadi rupanya, pedang yang paling tajam dan perisai paling kuat rupanya adalah unsur yang sama, mereka tak boleh dipisahkan, ianya hanya ada satu sahaja, jadi cuba bayangkan bentuk pedang yang paling tajam dan  perisai yang paling kuat sebagai satu objek yang sama”

“err, tak mampu nak dibayangkan, bentuknya berubah rubah”

“tengok, nak bayangkan bentuk pedang dan bentuk perisai jika keduanya objek yang samapun tak boleh nak di bayangkan padahal kita tahu bentuk pedang dan perisai, apatah lagi nak dibayangkan zat Allah yang tidak berawal dan berakhir, tidak beranak dan diperanakkan, LAGILAH otak kita tak mampu nak bayangkan atau fikir, sebab tu Nabi larang fikit tentang zat Allah, sebab ia boleh mudaratkan otak, faham?”

“faham ayah, ada satu soalan lagi, Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat besar yang tiada seorangpun yang dapat angkat termasuk Allah?”

“anakku, jika ayah tanya, boleh tak seorang Raja yang paling berkuasa pakai mahkota yang dibuat dari tahik?”

“err, boleh tapi Raja tak akan buat”

“sebab?”

“perbuatan itu menghina Raja”

“Pandai, Jadi soalan tadi, bukan isu boleh buat atau tak sebab Allah boleh buat apa sahaja, tapi Allah tak akan buat perkara yang menghina dirinya sendiri”

“ya betul, dalam kelas ada kawan tanya, Allah boleh tak jadi dua? Pening nak jawab, sebab jika jawab boleh, nanti akan jadi dua Tuhan, jika jawab tak boleh, seolah-olah Allah itu lemah, padahal Allah Maha berkuasa, dan salah satu tanda kuasa, adalah tidak menghina dirinya sendiri, saya faham ayah jika orang tanya lepas ni, terima kasih”

“satu lagi anakkku, Apabila ada orang yang sengaja nak rosakkan akidah dengan bertanya ‘boleh’kah Allah buat perkara sekian sekian untuk tujuan menghina Allah,maka  “boleh” di dalam soalan itu telah menyamakan Allah dengan ‘boleh’nya makhluk, seperti soalan tadi, bolehkah Allah angkat batu? Boleh disitu seolah-olah meletakkan Allah sebahagian dari makhluk, maka bermakna soalan itu telah salah kerana menyandarkan kebolehan tuhan yang setara dengan makhluk...

Sedang Allah tidak sama ‘boleh’nya dengan apa yang kita fikirkan, Allah Maha Melihat, Tapi Melihatnya Allah tak sama macam apa yang kita fikir, Allah boleh melihat tanpa cahaya, dan boleh melihat masa depan, dan masa lalu, lalu kita tak akan mempu mebayangkan Maha melihatNya Allah.
Jadi dalam bab Maha mencipta, soalan bolehkah?.. sebenarnya sudah salah, kerana menyamakan kebolehan tuhan dengan makhluk, Allah punya ‘boleh’: simple: Kun Fayakkun, jika Ia berkata jadi, maka ia akan terjadi.., ini yang akal tak boleh terima. oleh sebab itu: bagaimana hendak mendapat jawapan yang betul jika soalan sudah salah? Setakat soalan salah, semua orang gila boleh tanya soalan yang salah, orang jahil apatah lagi-Woha!”

“terima kasih ayah”

“sama sama, semoga Allah bagi kita faham sampai syurga”


“Amin”

Nov 30, 2016

Pencetus Ummah- Siapa masuk neraka?

(Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat)

Ada orang ketuk gendang! Maka bermulalah tempoh masa berdakwah pencetus ummah Sufi Sufian, Pencetus Ummah jemputan, duniaku, dakwahku!

Lampu pentas dipadam, pentas gelap dan hanya di sinari cahaya suram. Lalu muncul lelaki dengan pakaian moden, baju kot bertali leher tanpa kopiah. cahaya beransur ansur terang. Muzik sedih di mainkan, lalu PU jemputan keluarkan sepucuk surat buat drama dengan suara sedih:

“tuan tuan, hari ini saya dapat surat dari kawan lama, sungguh sedih surat ini, saya baca: saudara PU, Apa pendapat saudara jika saya katakan tuhan tidak adil, kerana tuhan boleh ampunkan semua dosa kecuali dosa syirik, saya mengaku selalu syirik dengan tuhan, maka apa gunanya saya buat baik lagi jika taubat saya sudah tidak diterima, apa pendapat saudara PU?”

Berhenti baca surat, simpan dalam baju kot. Bukak baju kot, sangkut pada kerusi sofa yang merupakan set prop. Pakai cermin mata hitam, dan mood pentas bertukar kepada lampu lebih ceria, dan muzik sedih di tukar kepada muzik semangat.

“Asalamualaikum, saya PU sufi Sufian, dan saya ada banyak terima soalan dari kawan-kawan, dan biasanya kerana perasan sibuk, saya selalu tangguh sampai berminggu-minggu, tapi soalan tadi, saya kena jawab terus secara langsung di dalam rancangan Pencetus Ummah, duniaku, dakwahku!

Petik ayat al quran sikit:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisaa : ayat 48)."

Tapi..,

Ayat di atas bukan di tuju kepada orang yang masih hidup secera khusus, tapi ayat itu dituju kepada orang yang dah jadi MAYAT sahaja! yang dah mati, yang dah mampus! yang dah masuk dalam kubur, yang dah masuk dalam neraka!

Mereka yang jadi mayat dalam keadaan syirik, confirm masuk neraka, dalam neraka, bertaubat dengan menangis air mata darahpun, Allah dah tak ampun!

Maka, jika anda banyak dosa, tapi tak syirik, bila mati masuk neraka, Allah masih boleh ampunkan korang setelah di azab (bagi siapa yang dikehendaki-Nya)

Tapi, jika anda syirik, bila mati masuk neraka, Allah tak akan ampunkan anda walaupun setelah di azab!

Allah bagi tahu, mereka yang syirik, kekal dalam neraka buat selama lamanya di guling guling di atas bara api siang dan malam..

Mereka yang tak syirik, lepas kena azab, masuk shurga, yang syirik(kapir) maka abadan abadalah (selama-lamanya) mereka di neraka..

Kesimpulannya, siapapun kita kat dunia ni, murtad ke, hina ugama ke, hina Sunnah ke, bila bertaubat, maka Allah akan ampunkan dosa dengan syarat taubat sungguh-sungguh.., dan taubat itu di buat sebelum naik keretamayat.., walaupun dosa syirik.!

Jadi, kepada sahabat tadi, Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat.., faham?

Cuba renungkan, Nabi berdakwah pada orang kapir masuk islam, maknanya Allah terima taubat mereka, dan Allah yang Maha Kaya bukan setakat terima taubat mereka, malahan Allah ampunkan segala dosa mereka, lebih lagi, Allah ganti dosa mereka menjadi pahala.., tapi orang kapir sombong tetap nak sembah tuhan selain Allah, maka bila mati, masuk neraka, baru nak bertaubat, waktu itulah ayat di atas sesuai dibaca untuk mereka.., faham?!

Bab orang murtad, zaman pemerintah islam dulu, mereka di beri peluang bertaubat, tengok.., orang murtad buat dosa syirik besar, pun masih boleh U turn, tapi bila orang murtad tak nak taubat dan mati dalam syirik, kekallah mereka dalam neraka. Nauzubillah!

Tuan tuan! (muzik sedih di mainkan) NERAKA punya azab bukan boleh banding dengan azab di dunia, bukan setakat sakit gigi, sakit telinga dan sakit perut, tapi lebih dari itu! LEBIH DARI SAKIT GIGI, SAKIT TELINGA DAN SAKIT PERUT!(bagi mereka yang pernah rasa tiga sakit ini)

Di sana, sakit manusia tiada limit, yang mana kat dunia, apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban sakit, maka manusia akan bertindak balas menjadi pengsan, dan jika sakit yang lebih dahyat lagi, maka manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.

Tapi kat NERAKA, sakit macam manapun, sama ada gigi tercabut atau telinga pecah atau perut meletup, manusia tidak akan pengsan dan tidak akan jadi mayat.. malahan yang paling ringan adalah memakai terompah neraka sedang otak mendidih.

Otak mendidih?demam 40 darjah celcius dah kecoh, belum lagi kena demam suhu mendidih 100 darjah Celsius, oh! nak balas wasappun tak boleh dah ,,isk..

Dalam neraka ni, kalau baca terjemahan Al quran ada cerita bahawa mereka ni dalam keadaan nazak gitu, nyawa nyawa ikan, tidak hidup dan tidak mati…

Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan tidak pula hidup (Tahaa: 74)

Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu dalam keadaan cacat (Al-mukminun:104)

Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)

(Bunyi gendang di palu-masa dah nak habis)

Jadi tuan tuan, bertaubatlah kepada Allah : Nabi pernah bersabda:

“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali. “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di malam  hari, sehingga matahari terbit dari barat  (HR. Muslim).

Sekian, saya PU Sufi Sufian, Asalamualaikum, Wallahu’lam.

Habis.


Anda mahu komen PU jemputan Sufi sufian? Sila komen di ruangan komen. Woha!

Nov 16, 2016

Bagaimana nak bagi nasihat?

(Baca sampai habis, semua masalah korang ada jawapan di hujung entry ini)

Mulakan dengan soalan pembaca:

“Pasangan saya sangat pemalas, dan suka tengok TV, saya rasa nak bercerai, apa pendapat keretamayat?”

“saya dah bosan bekerja, dan nak bisnes, agak encik keretamayat, nak bisnes apa yang bagus untuk saya?”

“Saya tak suka baca buku, hobi apa yang sesuai untuk kebahagian hidup?”

Dalam bab meminta nasihat, pesan orang lama, pastikan mereka lebih tua, lebih berpengalaman, sudah berkahwin, sudah ada anak, dan faham kerja agama.

Aku mungkin lebih tua, ada anak bini, Cuma bab faham agama, masih jauh, huhuhu.
Jadi nak nasihat secara personal, aku memang tak layak.

Selalu aku tulis diblog:

Copy paste:

HIMPUNAN NOTA-NOTA UGAMA UNTUK DIRI SENDIRI, DAN SOALAN-SOALAN YANG AKU CUBA JAWAB (SECARA UMUM, BUKAN SECARA PERSONAL) SEBELUM NAIK KERETA MAYAT.

Bermakna bila korang bertanya soalan, maka menjadi hak aku untuk pamer soalan korang di internet, dan jawab secara umum, jangan bimbang, nama aku akan rahsiakan, aku bukannya kejam sangat.

Kajian ringkas aku:

Bila orang bertanya nasihat, maka mereka dah buang ego mereka kerana ada masalah besar.

Orang tak akan tanya masalah anak bini jika mereka tak menghadapinya.

Orang tak akan tanya masalah kerjaya jika kerja mereka seronok.

Orang tak akan tanya masalah enjin kereta jika kereta mereka elok.

Orang tak akan tanya masalah laki curang jika laki mereka tak ada masalah.

Orang tak akan tanya masalah kuatkan zakar jika mereka tak mati pucuk.

Begitulah seterusnya.

Bermakna, bila orang ada masalah, dan minta nasihat dari kita, maka mereka sebenarnya dalam kesusahan TAPI…

TETAPI!

Nak tolong pastikan ada ILMU, masalah kereta korang kena ada ILMU kereta.  Masalah sains korang kena ada ilmu sains, Masalah agama korang kena ada ilmu agama,dan Begitulah seterusnya…

Yang jadi masalah bila tak pandai tapi berlagak pandai, contoh bab perubatan, orang ada masalah bayi tak sihat, tapi korang nasihat macam pakar siap tolak vaksin, tolak perubatan hospital dan dakwa yahudi semua bagai, maka di sinilah yang buat aku terpanggil untuk nasihat secara umum masalah yang selalu aku tulis di blog keretamayat, so aku dah tulis bab vaksin, bab manusia ke bulan, bab bumi datar, bab MLM, bab sambung belajar, bab kahwin awal, dan banyak juga bab agama seperti Sunnah, bidaah, syiah, wahabi, murtad, gay dan sebagainya.

Kerana itulah, blog aku tak update setiap hari, setiap soalan atau masalah aku akan kaji dahulu, jika dah rasa sahih, baru aku tulis, dan aku buka ruang komen, yang mana jika ada salah akan nasihat aku, korang pulak boleh nasihat aku, begitulah blog aku berjalan, tak semestinya aku betul sebab aku tulis bukan sebab aku betul, tapi aku tulis untuk dibetulkan jika aku salah, atau korang dibetulkan jika aku betul, tertakluk pada mana mana yang betul-woha!

Balik kepada nasihat personal.

Aku nak nasihat sikit bahawa Sangat bahaya memnita nasihat pada orang yang bukan ahli sebab nasihat ini berbentuk future, kejayaan masih dalam ‘ramalan’.

Bayangkan di mahkamah, nak buat keputusan benda yang dah berlaku, siapa betul dan siapa salah, hakim nak jatuh hukuman perlu dengar hujah dari peguam bela dan pertuduhan ambik masa berapa lama? Itu benda yang dah lepas, jadi dalam bab nasihat untuk masa depan, sangat tidak jelas dan sangat perlu kepada kajian yang mendalam.

Ikut ajaran islam, jika ada masalah, rujuk kepada ahli, (An-Nahl ayat 43) dan kaji sebelum percaya. (Al hujarat ayat 6)

Tapi bila masalah peribadi, tiada yang lebih ahli kecuali orang yang hadapi masalah yang sama! Atau memang pakar dalam permasalahan tersebut?

Jika tak jumpa ahli bagaimana?

Ok, ada dalam ajaran islam untuk atasi masalah ini adalah dengan bermuasyarat.

Zaman Nabi, bila ada masalah, Allah akan turunkan wahyu untuk selesaikan masalah, namun, perintah mesyuarat dalam islam telah ada walaupun dizaman wahyu belum putus bermakna mesyuarat adalah sangat penting

Surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), pada ayat 38 ada diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji dan diredhai Allah Taala ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.

“Tidak akan menyesal orang yang istikharah. Tidak akan rugi orang yang bermusyawarah (HR Ath-Thabrani)

Jadi balik kepada nasihat personal, korang boleh dapatkan dari mereka yang pernah ada pengalaman masalah yang sama, atau mereka yang memang pakar dalam menangani masalah yang sama.

Contoh pesakit kencing manis, boleh rujuk doctor pakar kencing manis walaupun doctor tu tak pernah kena kencing manis dan pada masa yang sama boleh rujuk pesakit kencing manis untuk dapatkan lebih info sebelum buat satu keputusan untuk pilih kaedah rawatan misalnya.

Begitulah lebih kurang.

Bila dah dapat maklumat serta nasihat dari ahli atau orang yang ada pengalaman yang sama, barulah kita bermuasyarat  dengan suami,(jika anda isteri orang), mesyuarat dengan ayah, dengan ketua kampung, dengan ustaz, dengan ulamak, …TAPI!...

TETAPI!

Bila bincang masalah peribadi, di akhirnya, masalah peribadi ini akan balik kepada keyakinan dalam diri sendiri.

Sebab hidup kita ini, tidak perlu dengar cakap semua orang, ramai yang menyesal di waktu tua sebab hidup dengan cara dengar cakap semua orang, tak berani nak terima pendapat sendiri yang baik, dan biarkan orang lain tentukan jalan hidup yang dia tak suka, dan habiskan wang untuk tarik perhatian orang yang diri sendiripun tak suka. Adohai…,

Pesan Lukman Nur Hakim pada anaknya sangat betul, iaitu jika keputusan kita dah betul, maka jangan dengar cakap SEMUA orang, dengan cakap orang ‘tertentu’ sahaja. Lagi bagus, sucikan hati dan ambil fatwa dari hati anda sendiri, insyaAllah.

Aku ulang: . Lagi bagus, sucikan hati dan ambil fatwa dari hati anda sendiri, insyaAllah.

Hadis Nabi: wahai Wabishah, mintalah fatwa kepada hatimu, dan mintalah fatwa kepada dirimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan jiwa dan hati merasa tenang, sedangkan dosa adalah apa yang terombang ambing dalam jiwa dan dada meskipun orang-orang memberimu fatwa”

Bermakna di sini, dalam bab MASALAH PERIBADI (bukan masalah umum) maka sucikanlah hati agar kita boleh ambil ‘fatwa’ dari hati kita sendiri dengan syarat rasa tenang dalam memilihnya.

Bak kata keretamayat:

“Ambillah fatwa dari hati yang ada takwa”

So, pesan aku, memberi nasihat bukan kerja senang, jangan dibuat tanpa ilmu yang cukup, sebab tu aku suka nasihat orang belum kahwin jangan nasihat orang lain bab kahwin, orang belum ada anak jangan nasihat orang lain bab jaga anak, orang murtad, jangan nasihat orang lain bab agama, orang belum keluar berdakwah, jangan nasihat bab berdakwah, orang belum berniaga, jangan pandai pandai nak nasihat bab berniaga, sebab sudut pandang korang tak tepat.

Cuba tengok FB yang di tulis oleh anak muda, ada yang nasihat tentang perkahwinan, tentang kerjaya, tentang bisnes, tentang kesihatan, life dan sebagainya yang  bunyi sedap, tapi kelakor dan menyedihkan, adohai…

Ada yang kutuk hospital sambil nasihat beli produk penapis air dia yang boleh sembuh semua penyakit-kononnyalah.

Ada yang nasihat suruh orang berhenti kerja dan ajak masuk MLM??

Ada yang share berita kononnya dunia ni rata dan hujung dunia di kawal oleh amarica??

Ada yang nasihat suruh guling kerajaan macam arab spring??

Macam-macam lah! Adohai…

Panjang cerita aku ringkaskan:

Balik kepada mereka yang bertanya masalah peribadi:

“Pasangan saya sangat pemalas, dan suka tengok TV, saya rasa nak bercerai, apa pendapat keretamayat?”

“saya dah bosan bekerja, dan nak bisnes, agak encik keretamayat, nak bisnes apa yang bagus untuk saya?”

“Saya tak suka baca buku, hobi apa yang sesuai untuk kebahagian hidup?”

Jawapan untuk semua masalah peribadi anda:

“Sucikanlah hati anda dengan takwa, cari maklumat dengan tanggung jawab, rujuklah ahli, rajinkan mengakaji, bermesyuaratlah, dan ambillah fatwa dari hatimu yang penuh dengan takwa, InsyaAllah”

Sekian. Sesungguhnya, aku bukan seoarng penasihat yang baik, terutama bab peribadi.

Maafkan aku.

Ps: “Ambillah fatwa dari hati yang ada takwa”

(takwa=takut dan harap hanya kepada Allah)

Nov 8, 2016

Lepas Solat doa apa?

(Ilmu baru bagi mereka yang tak tahu, sila baca sampai habis)

Aku tanya anak darjah dua: “lepas Solat doa tak?”

Katanya: “Tak..”

“Sebab?”

“Nak main”

Aku cakap: “kena Doa, minta apa apa sahaja dengan Allah, orang yang tak  berdoa dikira sombong..”

Kata si anak, “tak pandai arab”

Kata aku, “Doa sajer guna Bahasa melayu, Allah FAHAM Semua Bahasa”

Lain hari lepas anak Solat, aku nampak dia berdoa.

Aku tanya: “Doa apa lepas Solat tadi?”

Katanya, “adalah”

“bagitahulah” Pujuk aku.

“Rahsia” Katanya lagi, aku pun berjanji manis:

“jika cerita, ayah beli ‘apa-apa’ "

“Saya doa ayah menjadi kaya dan bagi saya RM satu!”

Sweet jer anak-anak ni punya permintaan.

****

Nanti bila besar sikit, ayah nak ajar DOA empat perkara:

  1. Minta Allah ‘Pilih’ Kita
  2. Minta Allah ‘Guna’ Kita
  3. Minta Allah ‘Bantu’ Kita
  4. Minta Allah ‘Terima’ Kita


Macam orang mintak kerja, mula mula korang di PILIH untuk temuduga, bila syarikat tengok korang ni berguna, maka syarikat akan GUNA korang sebagai pekerja dia, lepas tu syarikat akan BANTU korang dari segi sara hidup dan keperluan kerja atau sebagainya, last! syarikat TERIMA korang sebagai staff tetap, nampak tak?

So, Alhamdulillah, sekarang Allah dah PILIH kita jadi orang islam, tapi adakah kita tahu Allah akan TERIMA kita sebagai orang Islam di akhir hayat kelak? Untuk itulah kita kena ada fikir risau ummat supaya ALLAH ambil kerja dari kita atau Allah GUNA kita untuk Bantu ugama ALLAH, guna di sini adalah apabila ALLAH beri peluang untuk kita buat kerja agama seperti berdakwah, mengajar, tolong menolong dan apa sahaja perkara yang membantu agama.

Tapi hari ini, kita mengelak dari buat ‘kerja’ agama, bagaimanalah kita nak di TERIMA olehNYA kelak, adohai..

Allah sebenarnya tak perlu langsung bantuan kita untuk majukan agama, tapi Allah nak muliakan kita melalui perantaan agama dan Allah berjanji akan membantu orang yang Bantu Agama ALLAH.
“siapa yang BANTU agama ALLAH, Allah akan BANTU dia”

Maka kita ummat islam dalam apa jua keadaan, sangat perlu akan BANTUAN dari ALLAH, tanpa bantuan dariAllah, siapalah kita? Kita kena mintak bantuan dari Allah supaya ALLAH beri kekekuatan dalam kerja kerja agama seperti  berdakwah, berceramah, menagajar, dan lain lain.
Bila Allah dah PILIH, dan kita kelihatan berGUNA, maka BANTUan Allah akan datang. Macam Nabi dan Sahabat dalam perang Badar, mereka telah diPILIH Allah, dan mereka memBANTU agama Allah, lalu dalam perang, seribu makaikat datang bantu mereka. Dan dalam Alquran, Allah bagitahu bahawa mereka telah DITERIMA sebagai islam sejati kerana Allah telah REDHA dengan mereka dan mereka juga telah REDHA dengan Allah!

Kita hari ini jika tidak ada keGUNAan langsung dalam agama, tak pelik BANTUan Allah tak datang bila kita ditimpa musibah.

Macam pekerja syarikat yang pemalas, suka ponteng, dah tenti tak berGUNA dalam kompeni tu, bila kena buang, baru nak gelabah, adohai..

Jadi akhir sekali, dalam doa, selepas minta Allah PILIH kita untuk bantu agama ALLAH, selepas doa supaya Allah GUNA kita untuk bantu agama Allah, dan selepas doa minta Allah BANTU kita dalam segala urusan, maka akhir sekali kita minta supaya Allah TERIMA kita sebagai sebagai seorang islam, sebagai seorang mukimin, sebagai seorang da’e, Amin.

Ada Doa macam tu tak sebelum ini?

Jika belum, mari kita berdoa lepas solat sekejap lagi:

YA ALLAH,
PILIHlah kami untuk jadi orang islam yang membantu agama...

YA ALLAH,
GUNAlah kami untuk jadi orang islam yang membantu agama…

YA ALLAH,
BANTUlah kami dalam semua keadaan.

YA ALLAH,
TERIMAlah kami sebagai seorang Islam yang Engaku Redhai.

Amin YA Rabbiil Alamin.

Ps: Hunjung cerita anak darjah dua datang tuntut hadiah beli ‘apa-apa’.Dari poket aku keluar hadiah ‘apa-apa’. Si anak gembira sedangkan dalam poket aku ada duit RM1 sahaja. Tapi jika korang berdoa kepada Allah, dalam khazanah Allah ada nikmat yang mana jika diberi kepada semua manusia dari Nabi adam hingga bayi akhir zaman, sedikitpun Khazanah Allah tidak berkurang! Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Oct 21, 2016

Kenapa pencuri tak curi lampu?

(Bagaimana syaitan curi iman kita? Kenapa Syaitan Curi? Apakah unit ukuran Iman? apakah nilai Iman paling kecil? semua terjawab dalam entry ini)

Tuan Puan yang saya muliakan sekalian..

Iman ini macam darah dalam badan, jika kita tiru aksi mat remp-it, lalu kita tersalah ambik koner, lalu lutut tersangkut kat jalan dan bergeser seperti kelapa di parut, maka tergolek berok lah kita dan darah mula mencurah curah keluar dari lutut, siku dan bahu seperti pili bomba bocor, seperti kicap pecah, seperti tembikai terhempas.

Maka begitulah di ibaratkan dengan iman, bila kita buat dosa tersalah jalan hidup, dan tersangkutlah ke lembah maksiat, terjerumus ke lereng dosa dan noda, maka iman dalam diri mula mencurah curah keluar dari mata yang lihat maksiat, telinga yang dengar maksiat, mulut yang cakap maksiat, dan otak yang selalu khayal akan perkara maksiat, iman keluar seperti pili bomba bocor, atau dalam ceramah ustaz bagitahu seperti anak panah yang di lepaskan…!

Naduzubillah!

Arakian, jika mat remp-it tadi yang dah cedera parah di bawa masuk ke hospital, maka si mat rempit ini perlu di masukkan kembali darah ke dalam badannya, akan tetapi… darah yang nak di masukkan tak boleh masuk sekaligus, tapi kena masuk dengan kadar setitik demi setitik, bergantung kepada jumlah darah yang hilang, maka dah tentu ambik masa, so, kena duduk lama lama sikit kat hospital.. dah tu pulak, si pesakit ni tak boleh ‘buas’, err maksud saya, kena duduk diam-diam, kalau tak nanti darah yang masuk itu tersumbat, so, si pesakit tadi kena duduk diam – diam sampai darah dah habis masuk, kalau nak sembuh,..

(kalau nak mampos, lantaklah koranglah…, -marah aku pada mat remp-it dalam hati)

Arakian, begitulah jugak kita semua termasuk saya sendiri terutamanya, yang mana jika dah banyak buat maksiat, iman dah banyak kurang, maka kenalah karap masuk masjid, lebih 5 kali sehari,
Cuba duduk dalam suasana iman lama lama, telinga kena dengar banyak kebesaran Allah, mata kena lihat banyak kebesaran Allah, hati kena fikir banyak kebesaran Allah, dan mulut kena selalu banyak cakap akan kehebatan dan kebesaran Allah, dan iman yang masuk adalah melalui mujahadah, sedikit-sedikit macam darah setitik demi setitik, so, kena duduk lama lama sikit dalam masjid, lepas salam, jangan terus lompat keluar masjid, sebab itu adalah ciri ciri orang munafik yang tak boleh lama dalam masjid, macam burung dalam sangkar, tapi kalau ada orang yang terus keluar, kena bersangka baik, kalau tak kita pulak yang jadi munafik ,oh,

Dah tu pulak, bila duduk dalam masjid tak boleh ‘buas’, err maksud saya kena duduk diam-diam, kena jaga, mata, telinga, mulut, fikiran dan yang paling penting: jaga hati!, kalau tak nanti iman terhalang dari masuk kedalam hati.

Tuan Puan pembaca sekalian,

Hati ini macam tasik yang mana ada empat sungai mengalir ke hati, iaitu sungai mata, telinga, mulut dan fikiran, sekiranya salah satu anak sungai ini kotor, maka kotorlah seluruh hati, sebagai contoh, mata suka melihat maksiat, sedangakn tiga lagi-Ok, maka hati tetap akan kotor walaupun anak sungai yang lain baik, walaupun telinga, mulut dan fikiran baik, kerana kesemuanya mengalir ke tempat yang sama…

Tuan Puan pembaca sekalian,

Syaitan buat usaha atas hati, ini soal hati , syaitan tak menjelma ganggu kita punya solat, atau peteh kaki biar rebah waktu solat, atau tutup mata waktu baca Al quran, tapi syaitan faham, dengan membisikkan pada telinga perkara yang melalaikan, membisik pada fikiran, pada pandagan, menggoda lidah untuk berkata dusta dan sia sia, maka lenalah kita diulit syaitan.

Akhir kata, keempat empat sumber ini sangat perlu di jaga!, jaga mata, telinga, lidah, dan fikiran, semua itu akan pengaruhi hati, jika hati baik, bermakna akan baiklah tangan, kaki, kuku dan lutut dan lain lain… insyaAllah

Hadis Nabi, dalam diri ada seketul daging, jika baik dia, maka baik seluruh anggota, jika jahat dia, maka jahat seluruh anggota, itulah hati!

Jadi balik kepada tajuk utama, tentang kerja Syaitan yang mahu mencuri iman kita.
Kita semua tahu, yang mana jika pencuri masuk dalam rumah kita curi peti ais, TV nipis, curi telefon, remote Astro, dan semua barang berharga, namun masih ada harta kita yang pencuri tak ambik, seperti, lampu.

Kata Kasim Baba waktu bawak Lori curi harta dari 40 penyamun.

“nasib baiklah engkau panas wahai lampu, kalau tak dengan engkau aku kebas!”

(woha!)

Pencuri juga tak ambil duit baki lima sen yang kita punya balance bayar bil api,  pencuri itu juga tak ambik gambar aweks kita yang tersangkut kat dinding, tapi ada satu pencuri ini, namanya syaitan.

Bila dia masuk dalam hati kita, dia akan curi iman kita walaupun iman kita hanya sebesar zarahpun!  dia ambik!

Dia dah bersumpah untuk matikan anak adam tanpa iman!

Syaitan sangat faham nilai iman, Syaitan faham bahawa orang yang ada iman sebesar zarahpun akan masuk shurga akhirnya. Itu yang Syiatan siang malam hasut supaya anak adam rosak iman.

Dalam dunia ini, jika kita beli kayu api, kita tahu bukan, berapa nilai kayu api?, selonggok berapa ringgit?, Kita juga tahu nilai gula, sekilo berapa ringgit?,dan kita juga tahu nilai emas,1 gram berapa ringgit?,

Tapi iman, dia punya measurement dia bukan setakat kilo, gram, miligram, tapi zarah!, menunjukkan betapa berharganya iman sehingga satu zarahpun di kira…! subhanAllah!

Dengan nilai satu zarah inilah, maka kita boleh dapat Syurga yang paling kecil, tapi luasnya adalah sepuluh kali ganda dunia. Menjadi raja yang Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman a.s siap dengan memliki rakyat taat setia di kalangan  malaikat dan bidadari, Dan kekallah mereka memerintah dalam syurga selama-lamanya. SubhanAllah

Tuan tuan, ibu ibu, bapak bapak sekalian,

Maka kerana itulah syaitan akan usaha seratus-peratus untuk curi semua iman kita walaupun sebesar zarah.

“eh? Kenapa lampu gelap? Kasim Baba curikah?”

“Lampu dah habis gas lah bang”

“kena tukar lampu baru ni”

“benar bang, lampu ni macam iman juga, sabda Nabi, iman akan luntur, maka kena perbaharui iman”

“bagaimana nak perbahrui Iman?”

“Perbayanykanlah percakapan “LA ILLA HA ILLAH!”


Salam Jummaat!

Ps: di tulis dalam keadaan tergesa gesa (sebab dah nak masuk waktu solat Jumaat) tanpa membacanya semula, maaf atas sebarang kekhilafan. Jika salah boleh tegur ruang komen. Jangan tegur waktu Khutbah pulak, nampak sangat kantoi korang main telefon waktu khutbah Juamaat, adohai..

Oct 11, 2016

Ejen Ali vs Dr Klon?

(Siapa makan cili dia rasa pedas)


Ali budak yang pandai, rajin membaca dan selalu bertanya soalan dalam kelas. Cikgu Jenny sangat suka pada Ali kerana sikapnya yang rajin dan selalu dapat keputusan A dalam ujian bertulis.
Wak Musang pula seorang yang pemalas, malas membaca dan dalam kelas sibuk bermain. Cikgu Jenny sangat simpati kepada Wak Musang kerana sikapnya yang malas dan selalu dapat keputusan E dalam ujian bertulis.

Cikgu Jenny pun nasihat kepada Ibu Bapa Wak Musang agar menghantar ke kelas tuisyen.
Banyak kelas tuisyen dengan harga berpatutan dari Cikgu berpengalaman, namun Ibu Bapa Wak Musang hantar Wak Musang berjumpa pakar motivasi yang bertitle Dr dengan bayaran yang sangat mahal, setelah bayar beribu ribu, Wak Musang nampaknya semakin rajin dan bersemangat lalu mendapat keputusan C dalam ujian seterusnya.

Apabila Ali bertanya kepada Wak Musang, apa yang membuatnya lebih rajin sekarang? Maka Wak Musang cerita kepada Ali bahawa mendapat motivasi dari Dr Klon. Ali pun menyuruh Pakciknya, Dr Bakar menyemak senarai nama Dr di Malaysia, ada tak nama Dr Klon dalam senarai, dapat dari Universiti mana? Bila di periksa ternyata tiada nama encik Klon dalam senarai Dr.

Ali pun dedahkan di internet bahawa encik Klon menipu titlenya untuk Tarik perhatian ibu bapa malang seperti ibu bapa Wak Mustang.

Yuran tuisyen baru RM300 sebulan dari guru berpengalaman, tapi encik Klon dengan menipu gelaran Dr buat kelas motivasi RM 30 ribu untuk siapa siapa nak makan malam bersama encik klon sambil di nasihat kaedah belajar yang betul.

Tapi Wak Musang dan ibu bapanya tak kisah di tipu encik Klon kerana encik klon dah tolong anaknya yang sebangsa dengan encik klon. Ibu bapa Wak Musang juga menuduh Ali dengki, dan tak hormat pada encik klon yang sudah banyak membantu Wak Musang.

Ali sedih, sebab ibu bapa Wak Musang tak dapat nak beza antara Dengki dan bongkar, Taksub dan hormat.

Ali pun bertukar menjadi ejen Ali dan menyiasat latar belakang encik Klon….

Habis sampai sini, harap ada cerita begini dalam animasi kanak kanak untuk mendidik anak kita bahawa dengki dan bongkar adalah berbeza, taksub dan hormat juga sangat berbeza, whistle blower dan teori konspirasi adalah dua benda berbeza, testimoni dan scientific proof juga sangat jauh berbeza, apatah lagi tertipu dan rela ditipu lagi-lagi sangat berbeza.

Adohai.

Bagi mereka yang tak tahu, untuk dapat title Dr, kena ada Phd, dan untuk buat phd, calon mesti ada bachelors (ijazah sarjana muda) dan masters atau jika nak skip masters, nak buat Phd terus, boleh dengan syarat bachelors dapat first class honors.

Jadi, jika ada orang mengaku ada Phd dari Gordon University - Gordon University ialah diploma mill. Maka, phd dari Gordon University adalah phd palsu.

Aku dari dulu lagi, Bila orang sebut Gordon Universiti, aku teringat kepada Gorgom, musuh utama Suria perkasa Hitam atau kamen Rider Black. Tengok jubah dah ngeri, hu hu!


Henshim, hapuskan Gorgom!
Ps: Orang taksub, bila kita bagitahu ada orang menipu, dikatanya: tak apa dia menipu, yang penting dia bantu ekonomi saya. Akhir zaman, Dajjal belum keluar, dah ada situasi macam di zaman dajjal, kerana sewaktu Dajjal muncul nanti, beribu ribu orang ikut dia, bila dibagitahu Dajjal tu menipu sebagi Nabi (bukan menipu ada dr) ada orang tak kisah, sebab dajjal dah bantu ekonomi mereka, kekayaan akan datang pada pengikut dajjal dengan melimpah ruah, lepas dajjal mengaku Tuhan, pun ramai yang ikut sampai ke lubang Neraka!

Nauzubillah.

Buku Menangkap Dajjal di waktu Dhuha-gambatr sekadar hiasan


Sep 28, 2016

Bagaimana nak jadi penulis?

(Morgan Freeman said to Library Guard: Gentlemen, I'll never understand. All these books, a world of knowledge at your fingertips. What do you do? You play poker all night?”-Quote from Se7en Film)

Aku tengok cerita hantu mat saleh, bila ada masalah mereka pergi perpustakaan, dan kat sana ada buku cara cara bunuh hantu.

Kadang cerita tu zaman dulu, malam malam pakai pelita, tapi masih pergi perpustakaan untuk rujuk buku asal usul hantu, contoh cerita serigala jadian, dalam perpustakan di zaman itu, ada cara bunuh serigala iaitu guna senjata dibuat dari perak, dalam buku rujukan tu siap ada gambar lagi rupa seriga atau vampire dan sebagainya.

Cerita “How to train your Dragon”, dikampung Viking, ada Buku panduan membunuh naga, siap dengan gambar berates jenis naga dan kelemahan naga. Itu cerita zaman dulu tu..

Apa yang aku dapat simpulkan, bangsa mereka maju sebab dokumentasi mereka bagus, cara buat enjin kereta, cara buat kapal terbang, dan lain lain ada didokumentasikan elok elok, tak percaya pergi university tengok mana mana bidang, matematik ke, fizik ke, biologi ke, semua dokumentasi dengan formula, rajah, contoh yang mana generasi akan datang boleh belajar ilmu dari generasi zaman dulu cukup dengan hanya merujuk buku.

Sekarang ini pun, dah ada buku cara nak bunuh Zombie yang di tulis dengan serius, pendek kata bangsa yang maju ni adalah bangsa yang mahir dalam bab dokumentasi.

Kat kampung aku dulu, ada pakcik yang boleh buat perahu tanpa guna plan, semua dalam otak, bila pakcik ini meninggal tak de siapa dapat ilmu ini, dan pernah masa aku kecik bermain di sebuah rumah yang dibuat tanpa paku, tapi tak ada orang boleh buat sebab pembuat rumah itu sudah meninggal.

Maka sebab itulah bila kita pergi sekolah, ada kerja khusus, kena buat laporan, yang mana anak anak kita kena buat tugasan dalam bentuk buku. Jika belajar tinggi lagi, ambil ijazah, kena buat projek semester akhir, kena buat report semua aktiviti kerja, dan hasil keputusan, dalam buku tebal, itu semua nak ajar manusia jadi bangsa dokumentasi kerana dokumentasi yang baguslah akan cepat memajukan umat manusia. Itu belum cerita nak ambil Phd, kena Publish paper, kena tulis Journal, tulis tesis dan sebagainya.

Jadi bila masuk alam pekerjaan, korang akan ada ilmu dan bakat masing masing, sesuai dengan pengalaman hidup dan suasana persekitaran, jadi aku cadang untuk majukan ummat, korang kena dokumentasikan ilmu korang, tulis di blog, atau di web, supaya boleh dirujuk oleh generasi akan datang.

Baca sejarah, Meriam Sultan Melaka adalah antara meriam terhebat di dunia, tahan letupan, tapi dokumentasinya mana? Katanya juga, Istana Raja zaman dahulu terang dengan teknologi susunan api pelita yang unik, tapi mana dokumentasinya?

Jadi balik pada zaman sekarang, semua orang perlu menulis ilmu masing masing, ibu ibu yang pandai memasak resepi istimewa, dokumentasikan ilmu itu, yang pandai buat layang layang, dokumentasikan. 

Aku sangat berterima kasih kepada blogger yang rajin update ilmu seperti cara tukar nama pembeli kereta, cara cepat ke airport, tip murah ke taman tema, cara mudah apply pinjaman rumah, dan lain lain kerana semua itu sangat membantu aku yang sedang mencari maklumat berkaitan, terima kasih!

Dan aku juga sekarang ini dapat ucapan terima kasih kepada mereka yang mencari maklumat agama, kerana aku dulu waktu pergi ceramah, sangat suka dengan tamsilan ustaz, yang kaitkan kejadian alam dengan ilmu tuhan, aku catit dan bila aku sampaikan dalam ceramah atau tulis balik di blog, aku ubah tamsilan dengan kembangkan lagi, dan akhirnya aku ‘dokumentasikan’ tulisan aku itu dalam buku dan boleh di kongsi oleh generasi akan datang dengan lebih luas lagi, insyaAllah.

Begitu juga perbualan laki bini, sama ada yang berilmiah, bergurau, atau common sense, aku dokumentasikan di blog atau di facebook, dan tak lama, siap satu buku cerita perihal KISAH LAKI BINI bersama ilmu tamsilan yang dikaitkan dengan kehidupan beragama. Dah 10 ribu copy terjual. Alhamdulillah.

Soalan soalan dari anak yang lucu dan pelik, atau susah nak jawab, aku tulis juga, dan akhirnya siap buku KISAH ANAK BINI yang boleh dirujuk untuk generasi akan datang. Dah masuk cetakan kedua.

Jadi buku buku aku bukan nya ditulis sebulan sebelum siap, tapi sudah bertahun tahun di tulis dalam blog, Buku MENANGKAP DAJJAL DIWAKTU DHUHA, atau Buku ALMOND LONDON DAN GAY, juga buku, SEMUSIM DI SYURGA DAN NERAKA, PERMATA YANG HILANG, KAMAR SUTERA dan lain lain buku akan datang adalah hasil rajinkan diri luangkan masa untuk kongsi ilmu kepada pembaca sejak zaman muda lagi. 

Jadi tip nak jadi penulis, kumpulkan bahan sekarang, dokementasikan eleok ekok supaya mudah rujuk dan akan datang jika ada rezeki, boleh siapkan dalam bentuk Buku agar lebih mudah dirujuk oleh generasi akan datang.insyaAllah.

Ada sahabat anaknya kena Leukaemia, dan waktu jumpa dia selalu cerita pengalaman anaknya akan betapa sukar di sekolah, betapa sukar dihospital, appointment dengan doctor pakar bagaimana dan akhirnya apabila si anak umur 12 tahun, sudah sembuh. Aku cadang pada dia agar tulis pengalaman ini, dokumentasikan di blog sebab akan datang, jika ada ibu bapa hadapi masalah sama, mereka boleh rujuk cerita anda. Dan mungkin akan datang, dari blog, pengalaman tadi boleh dibukukan.

Tapi katanya agak susah sebab kejadian tu dah berlalu 12 tahun, banyak peristiwa penting terlupa dan semangat nak menulis tak ada.

Jadi pesan aku kepada anda semua, jangan siap kerja baru buat dokomentasi, tapi buat terus sekarang, macam cerita mat saleh yang sedang buat kajian, mereka rakam suara guna alat perakam setiap aktiviti atau guna video, nanti bila siap projek, mereka boleh upah orang tulis, dan siap satu buku. So tipnya, luangkan masa tulis ilmu, pengalaman, travelog, info dan lain lain SEKARANG, jangan tunggu dah habis event baru nak tulis.

Bila bangsa kita rajin dokumentasikan ilmu, maka generasi akan datang akan belajar dengan lebih cepat dan dengan jimatnya masa mereka, maka banyak benda berfaedah yang lain dapat dibuat.

Aku percaya, dalam ilmu hadis, Allah takdirkan bangsa arab sebagai pemangkin ilmu hadis adalah kerana mereka termasuk bangsa yang mahir dalam dokumentasikan ilmu susur galur keturunan. kerana itulah bila Nabi turun ke sana, masalah dokementasikan kata kata Nabi sangat Berjaya dijaga mereka sehingga hari ini, 1400 tahun kita masih dapat manfaat dari Hadis Nabi dengan sanad sampai ke Rasulullah S.a.w , Alhamdulillah

Akhir kata, sebagaimana segala masalah agama boleh diselesaikan dengan merujuk kitab, muda mudahan untuk kita orang melayu, bila ada masalah, sepatutnya boleh juga di rujuk kepada kitab atau buku, tak perlu gadoh gadoh pendapat saya ni lebih betul, pendapat awak lebih salah dan sebagainya.

Jadi balik kepada sumber rujukan untuk generasi akan datang, cuba tengok filem barat yang teruk macam Twilight, Bella Swan bila ada masalah, beliau pergi rujuk buku bertajuk Quileute legends yang cerita tentang asal usul puntianak, sifat semula jadi dan cara mengenali puntianak.

Tapi cuba tengok cerita Hantu kita bila ada masalah, ada nak rujuk buku?, biasanya jumpa bomoh, dan bomoh pulak tak rujuk buku jugak, bomoh tu baca jampi dan minta korang cari ayam hitam. 

Adohai…

Jadi, kepada mereka yang ada pengalaman tangkap hantu, tulis buku, dokumentasikan elok elok, dan korang yang lain, tak kira apa bidang kemahiran korang, ambiklah masa untuk mendokumentasikan ilmu korang, mungkin tak menarik, tapi akan datang, ilmu yang bermanfaat tetap memberi pahala dalam kubur, walau mayat telah lama di mamah ulat. Andai korang mahu mengerti.

Sekian.

Ps: Jangan takut salah tulis, jika takut salah tulis, nanti tak ada orang tahu salah anda dan matilah anda bersama ilmu yang salah. Tulislah supaya orang boleh tegur salah kita, atau kita boleh tegur salah orang atau paling kurangpun tegur salah diri sendiri, tertakluk pada mana mana yang tak salah-woha!

Sep 21, 2016

Bumi ini sebenarnya rata?

(maaf terpaksa tulis entry ini, sebab kesian kat orang yang kena tipu hari hari)


Hari tu ada sorang dua suruh tulis isu bumi ini tidak bulat, aku ingat mereka nak buat lawak, lalu aku  jawab secara berseloroh: isu ini jika nak tulis, pastikan kita duduk zaman sebelum Columbus temui America. Woha!

Tapi mereka serius rupanya, makin hari makin ramai pulak hujani inbox suruh tulis. (Tak ramai pun, tak sampai sepuluh orang-tapi kena tulis ramai supaya nampak macam penting, he he)

Lantas Bila baca link yang mereka berikan, aku rasa masalah ni jadi serius,walaupun pada mulanya aku rasa orang buat lawak jer bahawa bumi ini rata dengan niat nak troll konon NASA dan Amarika kawal sempadan pinggir dunia agar tidak di ceroboh oleh mana mana pesawat, (wow, ramainya tentera amarica jika pinggir dunia benar benar wujud), ada yang kata Satelit tidak wujud, dalam TV itu semua CGI, (eh? Satelit di cipta lebih awal dari CGI, macam mana tu?) Matahari serendah bulan dan sebesar bulan (gerhana terjadi bagaimana?).

Tapi bila baca komen berdebat isu ni, maka ianya menjadi sangat serius. Lalu aku turunkan simpati aku kepada pembaca yang senang diperbodohkan dan takut nak terima hakikat, yang jenis mudah dengar cakap orang,  agar ada entry dalam blog kereta mayat bincang isu ini, dan dapatlah mereka berfikir dengan bertanya kepada yang ahli lain kali dengan memberi link dari blog ini.

Dalam perdebatan bumi rata vs bumi bulat, ianya menjadi sangat-sangat serius bila ada orang tafsir ayat Al quran secara membabi buta, siap kafirkan orang yang percaya bumi bulat sebab kononnya bertentangan dengan Al quran.

Padahal, sudah lama ada ijmak ulamak yang  menukilkan ijma' akan bulatnya bumi. Tapi boleh pulak orang tuduh yahudi yang reka teori bumi bulat untuk rosakkan akidah umat islam,

Jika korang rajin belek kitab lama, Boleh rujuk kitab Mi'yar Al-'Ilm  atau rujuk Al-Maqdisi dalam kitabnya Ahsanul Taqasim Fi Ma'rifatil Aqalim, atau  Asy-Syarif Al-Idrisi dalam muqaddimah kitabnya Masalikul Absor Fi Mamalikil Amsor, juga kitab Wafayatul A'yan,  atau rujuk Imam Ibnul Jauzi dalam kitabnya Al-Muntazom Fi Tarikh Al-Muluk wal-Umam atau rujuk Fatwa Ibnu Taimiyyah bahawasanya mereka para ulama telah SEPAKAT mengatakan bahawa sesungguhnya bumi berbentuk sfera, baca juga Tafsir Al-Bahr Al-Muhit:

“Telah bersabit dengan dalil bahawa bumi adalah bola (sfera). Dan ini tidak bercanggah dengan firman Allah s.w.t kerana sesungguhnya bumi adalah suatu jisim yang besar. Dan (sememangnya) bola (sfera) jika terlalu besar, maka suatu bahagian daripadanya akan kelihatan seperti rata”

Banyak lagi kalau nak tulis. Imam Fakhruddin Al-Razi, Imam Al-Ghazali, Imam Tohir Ibn 'Asyur semuanya kata bumi adalah sfera. Sebab itu tidak hairanlah kalau ada sesetengah ulama mengatakan bahawa perkara ini sudah ijma'.

So aku tak nak hujah dengan tafsir ayat Al quran, sebab Dr. Danial Zainal Abidin dan Dr zakir Naik dah hujah tafsir ayat Al quran bahawa bumi berbentuk sfera depan ribuan orang, semua diam tak ada hujang nak bantah.

Jadi benda ni dah setel dalam bab agama, nak tafsir ayat Al quran tanyalah ulamak yang ahli. Jangan sibuk nak kafirkan orang sana sini.

Sekarang aku nak buktikan bumi bulat macam sfera guna logic sains.

Mudah sahaja caranya, Telefon kawan anda di Amarika (jika ada) dan tanya dia, kenapa di sana malam, dan di sini siang? Jika bumi rata, dan matahari kecil macam bulan dan suluh Malaysia sahaja dan sana cahaya tak sampai, tanya dia, Nampak tak matahari? Sebab jika lampu jalan terang hanya satu kawasan, kita yang di kawasan gelap masih nampak lampu jalan tu, Tapi kawan di Amarika cakap, matahari sudah tenggelam magrib tadi arah barat, eh? macam mana pulak matahari nak naik di Malaysia arah timur dan suluh kita sahaja jika dan tenggelam magrib tadi di amarika jika bumi ini rata? Tak boleh fikir ke?

Okey, nak telefon kawan dekat Eropah mahal sangat, kita buat Ujikaji nombor dua,  Pergi KLCC bayar RM10 masuk petrosains petronas, cari meja ada lampu (matahari), bumi bulat dan bulan bulat, dari meja tu, dibuktikan fenomena gerhana bulan dan matahari.

Jadi sekarang, dengan teori bumi rata, cuba buat ujikaji simple macam dekat petrosains tu bagaimana gerhana bulan dan matahari boleh berlaku, Dah 2016 tahun selepas masihi bang, tak kan belum ada ujikaji simple dari mereka yang pandai sikit bab sains dalam geng teori bumi rata akan pembetukan gerhana? Adohai…

Baru ni ada orang terjun dari angkasa guna payung terjun, banyak video tu di internet, tengok gambar buminya bulat, jika tak percaya video tu sebab bukan orang islam, boleh tanya dr Sheikh Muszaphar Shukor yang tekag naik ke angkasa dan solat disana.

Cerita tentang solat, macam mana korang tahu arah solat yang JAKIM sahkan? Sebab Jakim ukur arah kiblat dengan berpandukan bumi bulat. Patut korang kena guna formula bumi rata, boleh?
Lagu satu, macam mana ahli falak boleh tahu dengan tepat tarikh dan waktu gerhana bulan dan matahari?

Korang ingat tak pada 9 Mac yang lalu, waktu tengok gerhana matahari di Malaysia, Pengarah Ukur Bahagian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Dr. Azhari Mohamed berkata, Orang ramai akan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari dalam tempoh tiga tahun lagi selepas bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari seperti hari ini iaitu pada 26 September 2019 dan 21 Jun 2020 di seluruh negara.

Bagaimana mereka boleh kira dengan tepat?

Sebab mereka guna formula bumi adalah bulat.

Jadi aku nak cabar korang yang kata bumi ini rata untuk bagi formula nak kira gerhana bulan akan datang di Malaysia, bila?

Jawapan dah ada, boleh guna formula Besselian  atau Biruni,  tapi kena anggap bumi bulat baru boleh hintung tarikh gerhana akan datang, hasil kiraan pakar Falak, diRAMALkan pada 26 desember 2019, kita rakyat Malaysia akan melihat gerhana matahari cincin (annulus). Tetapi hanya sebahagian kecil semenanjung iaitu di selatan Johor. Manakala lain-lain kawasan Malaysia menikmati gerhana separa. 2019 beb, lama tu, dah boleh ramal guna matematik.

Korang yang percaya bumi rata boleh bagi tarikh gerhana bulan seterusnya? Semua kuasa Allah, bagi ilmu matematik kepada manusia juga dari Allah, nak buat formula matematik tak boleh main-main, jika korang yakin bumi rata, cubalah ramal Tarikh gerhana bulan seterusnya  jika korang betul.

Tapi itulah, matamatik fail, sains pun fail, tapi ada hati nak hujah ilmu sains, lepas tu lebih berani tafsir Al quran guna kepala otak, bahaya bang. Bahaya!

Sembang kencang semua orang boleh bang, nak lagi mudah untuk buktikan bumi bulat, cuba geng bumi rata ni kumpul duit banyak banyak, dan pergilah melancong di angkasa, kosnya hanya 20 juta dolar USD satu kepala untuk seminggu. Pada tahun 2001, orang pertama melancong ke angkasa dan boleh tengok bumi ni bulat adalah Dennis Anthony Tito, jutawan dari Amerika, siap naik Soyuz dan singgah di ISS.

Dari tahun 2001 hingga 2009, seramai tujuh orang jutawan dari pelbagai negara telah melancong ke angkasa, Last pelancong ke angkasa adalah Jutawan Guy Laliberté dari Kanada,  bayar USD 40 Juta untuk percutian selama11 hari. Oh ye, pada tahun 2006, Anousheh Ansari, sempena hari jadinya sendiri, telah jadi wanita Islam pertama melancong ke angkasa, dengan kos USD 20 juta untuk orbit bumi selama 11 hari. Kata beliau, jika ada wang lebih di masa depan, nak melancong ke bulan pula, ha ha.

Jadi kepada geng sembang bumi rata boleh kumpul derma sesama mereka, dan pergi sendiri, tak payah gaduh gaduh kata satelit tu CGI ke apa, sampai sana, mereka akan bawa korang keliling bumi setiap dua jam, (90 minit sekali pusingan) dan jika korang rasa mereka tipu dalam stadio, boleh request bilik kaca, dan sila pecahkan cermin ISS jika nak jadi arwah di sana, oh ye, dengar cerita Rusia pun nak buat hotel di angkasa tak lama lagi, sediakan duit sahaja lah yer, sembang sampai gajah terbang semua orang boleh buat.

Tahukah korang, data pada tahun 2013, jumlah manusia ke angkasa adalah seramai 536 orang dari 38 negara. Dari jumlah itu, 533 orang telah sampai ke Earth orbit, 24 orang telah sampai lebih dari Earth orbit dan 12 orang sudah berjalan di Bulan. Antara mereka masih ramai yang hidup. Dan sekarang manusia merancang untuk menjadi manusia pertama ke marikh, tapi kita di sini, kapal terbang tak mampu nak cipta, roket jauh sekali, tapi sibuk bergaduh bumi ini rata dengan teori tak masuk akal.

Oh ye, bukan semua angkasawan kafir, ada 10 orang Islam telah pergi ke angkasa termasuk dari Malaysia siap solat dengan fatwa ijama ulamak lagi dan siap tunjuk cara nak mengadap kiblat pada bumi yang bergerak. Tapi korang, hmmm

Baiklah, jika geng bumi rata sengkek sangat nak kumpul duit untuk ke angkasa, boleh kumpul duit dan pergi Britain jumpa Hussain Manawer, orang Islam yang akan ke angkasa dalam tempoh terdekat, dijangka pada pertengahan tahun 2018, beliau sekarang sedang berlatih ilmu untuk hidup di sana, so jumpa dia, cakap elok elok, suruh ambik gambar bumi dari angkasa dan wasap korang. Ini kira kos paling murah kot nak tahu bumi ni bulat ke rata. Ha ha!

Akhir kata, bila Ustaz Azhar Idrus dan Dr. Danial Zainal Abidin kata Bumi bulat dan keliling matahari tapi korang tolak pendapat ustaz dan Dokter Sains, lalu tafsir Al quran guna kepala otak dan hujah sains pun kelaut, apa faedahnya lagi bang. Apa faedahnya lagi berdebat isu ini?

Kesianlah kat diri sendiri, jangan sesatkan diri dan ajak orang lain turut sesat sama.

Salam penuh simpati pada anda semua.


I rest my case.




Link:
Senarai pelancong angkasa
Orang islam ke angkasa 2018
Angkasawan Program

Sep 17, 2016

Ubat penyakit hati?

(Semusim di musim Korban)

Sambil siang daging lembu pada raya korban baru ni, abang aku yang turut sama melapah lembu ada bercerita kisah kawan dia seorang pendakwah (orang tabligh) yang masuk hospital kerana kemalangan dan kakinya putus.

Di Hospital, selain doktor rawat kakinya, beliau juga di datangi pakar sakit jiwa berbangsa cina, yang memujuknya agar bertabah dan jangan bunuh diri.

Cerita abang aku, Dr cina tu agak terkejut dengan sifat redho dan sabar pada pendakwah yang putus kaki, usahkah nak bunuh diri, malahan bersyukur pada anggota lain yang tidak putus, siap pendakwah tu pula dakwah doktor tu tentang kebesaran Allah. Katanya: Cukuplah Allah bagi saya dan hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Dari cerita ni, kita boleh tahu, jika betul didikan agama, kos upah Doktor berpuluh ribu untuk pujuk hati pesakit pun dapat di jimatkan. Kan? Woha!

Insya-Allah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Cukuplah Allah bagi kita, dan nikmat mana lagi yang kita dustakan?


Ps: Korban lembu setahun sekali untuk bagi orang miskin makan pun ada orang yang sakit hati, padahal hari hari McD sembelih lembu untuk bagi orang kaya makan, takpe pulak? Nampak sangat ada penyakit hati, Sila pergi jumpa doctor pakar sakit hati di hospital jika doctor tu mampu rawat hati korang. Adohai..,

Sep 13, 2016

Pesanan kepada Haji?

(Pesanan kepada sahabat yang terpilih pergi Haji-Tahniah!)

1. Sesungguhnya bila korang pergi Haji maka ketahuilah, bahawa korang dah tiba di tempat yang mana teramatlah sangat mustajab akan doanya, di sana, Taubat manusia pertama di terima, maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, bertaubatlah dengan bertalu-talu, dan jika teringat, sertailah nama aku dalam Taubatmu.. Sesungguhnya Taubat itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

2. Sesungguhnya, Nabi Ibrahim a.s tidak di perintahkan untuk meninggalkan anak isteri begitu sahaja di Mekkah. Tapi di tinggalkan di tempat yang tiada orang, di tengah padang pasir, dan di tempat yang tiada air, Itupun setelah bertahun lamanya menunggu anak pertama lahir, namun dalam ketaatan kepada Allah, di tinggalkan juga sedang si anak masih menyusu. Itupun bukan 40 hari, tapi bertahun tahun lamanya. Namun TAAT mengatasi segalanya. Setelah 10 tahun berlalu, kepulangan Nabi Ibrahim a.s di sambut gembira anak dan isteri., namun janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji. Dan ujian TAAT telah bermula dan terus bemula. Ketahuilan, Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seekor binatang tapi diperintah untuk sembelih seorang manusia, bukan sebarang manusia, manusia itu adalah anak dia, anak itu bukan ada adik beradik yang lain, anak tunggal dari ibunya, dan baginda taat melakukannya. Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Taatlah akan segala peritah Allah dengan bertalu-talu., Taatlah waktu solat jemaah, waktu haji dan Umrah. Sesungguhnya Taat itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

3. Di tanah Suci Kota Mekkah itu, telah ternukil cerita tentang manusia-manusia yang Redha, lihat betapa redhanya isteri Nabi Ibrahim a.s dalam ujian mencari air., lihat betapa redhanya Nabi Ismail a.s dalam ujian di sembelih.. yang mana akhirnya muncullah peristiwa Safar dan Marwah, merejam syaitan, dan ibadah korban. Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Redhalah akan segala kesusahan dan keperitan dengan bertalu-talu..., Redhalah dengan cuaca, rezeki, dan karenah manusia, Sesungguhnya Redha itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.
4. Beribadat di Masjidil Haram di Mekkah bersamaan 100,000 kali ganda, bersolat di masjid Nabawi di Madinah bersamaan dengan 1000 kali ganda, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 kali ganda, maka jangan ponteng solat jemaah. Sesungguhnya Solat Jemaah itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

5. Saidina Umar R.a ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab: “Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarat, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah tentu aku tidak akan mengucupnya” Ini jelas menunjukkan bahawa para sahabat melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata. Maka jika korang tengok ada yang berjalan ke Arafah dan tidak naik bas macam korang, maka ketahuilah mereka sedang ikut sunnah, atau apa sahaja amalan yang korang nampak kono dan sebagainya, jangan komplen dan kutuk.. Atau korang rasa meluat tengok ada orang yang menangis bagai nak rak dekat kubur Nabi, sedang korang cool sahaja, biarlah mereka menangis, korang tak tahu bagaimana cintanya mereka pada Nabi, dan jika teringat, sudilah kiranya sampaikan salamku dengan melafaz namaku di hadapan Kubur Nabi SAW.

6. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji dengan akhlak terpuji, Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Berakhlaklah, Sesungguhnya Ahlak itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

7. Bagi yang pergi Haji atau tidak, janganlah kita lupa akan pesanan nabi di waktu menunaikan haji wida, agar supaya semua ummatnya mengerjakan kerja Dakwah. Rujuk khutbah terakhir Nabi yang menyuruh sampaikan pesanannya kepada seluruh alam, pesan Nabi: "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

8. Balik haji jangan merajuk orang lupa panggil dengan gelaran haji atau hajjah. Hidup ini singkat sahaja. Huhu.


Sampai sini dulu. Selit namaku dalam doamu jika teringat. Hamka keretamayat.