Nov 21, 2015
Justin Bieber tentera Dajjal?
(Masih korang ingat cerpen yang bertajuk "Freemason dan Illmunity telah buat sebahagian manusia lambatsolat Jemaah hari ni"?)
Kisah itu bersambung lagi, lokasi masih sama di beranda
surau, kali ini poster yang menfitnah Upin dan Ipin telah di ganti dengan poster
baru, Freemason adalah Dajjal, di tanpal oleh Asraf budak tingkatan satu.
Lantas..
Okey sebelum itu, mana-mana kampung pun ada orang gila, tak
ketinggalan di kampung Semusim Di Syurga ini. Lantas terlihat di mata aku Pakcik
Wok Yoh sedang membebel isu dajjal, aku yang baru ambil wudhu, malas nak
berdebat dengan orang gila, aku terus dudukkan diri dekat mesin air tapis sambil lunjurkan kaki
ke arah Asraf dan kawannya yang sedang mengadap Pakcik Wok Yoh, dengan tangan
bersilang, aku tutup mata dan pasang telinga layankan bebelan Pakcik Wok Yoh.
“Apa ni tuduh Freemason Dajjal semua ni!
Freemason yang korang kaitkan dengan The Secret Society
kononnya, nak jadi Organisasi Rahsia apa kejadah, sebab rahsia dia semua pakar
teori konspirasi dan sebarkan. Korang
tak tengok ke dokumentari "Hunting The Lost Symbol" yang membantah dakwaan salah oleh Dan Brown dalam
novel beliau, "The Lost Symbol" mengenai Freemason, Mark Koltko-Rivera
seorang Master Mason menyebut:
"Di era abad ke-21 ini, menepati ikrar secara rahsia
adalah suatu yang penting. Kejayaan tidak
dapat dicapai dengan cara engkar ikrar dan menikam di belakang kawan, itu
langsung tak membantu memajukan masyarakat, tidak membina tamadun. Jadi, salah
satu tujuan Kerahsiaan Mason adalah melatih seseorang menepati ikrarnya walau
sekecil-kecil perkara hingga akan membentuk sikap menepati ikrar pada perkara
yang besar."
Jadi korang semua, cerita bab rahsia ni, ianya bukan lagi
perkara asing bagi mana-mana gerakan di dunia. Dalam banyak gerakan Islam juga
antara disiplin yang sering ditekankan adalah menjaga Kerahsiaan Jemaah. Zaman
Nabi ada sahabat yang bertugas menulis rahsia. So apa masalah?
Bila rahsia ni cuba ditafsir oleh pengtaksub teori kospirasi,
itu yang keluar semua dajjal sebab nak sedapkan jalan cerita, cuba rujuk bab
konspirasi di Malaysia kita, parti-parti politik seperti UMNO atau PKR, atau
PAS juga sering dihambat dengan pelbagai teori-teori konspirasi politik.
Manusia lemah suka mencipta teori untuk menutup plot hole setelah dipercayai
gagal menyawab banyak persoalan atau sekadar nak jatuhkan musuh seteru politik!
Jadi tafsir freemason adalah dajjal sangat mengarut, gila!
Korang tak tahu agaknya, di Kelantan pun ada freemason punya
markas, dan ada orang islam yang masuk freemason macam anak korang masuk
pengakap, eh? Pengakap pun ada rahsia jika korang nak tahu!”
“eh? Kenapa pakcik beria ria membela orang kapir?!”
Tanya asraf sambil di angguk oleh kawan-kawannya, Pakcik Wok
Yoh pun berhujah:
“Bukan masalah bela orang kafir, tapi dalam Islam ajar, kita
tak boleh menfitnah, walaupun orang kapir..
Pakcik bukan nak cerita apalah, cucu pakcik di Amarika telah
menyertai Freemason, dah 6 tahun lepas.
Amalan agama dia pakcik tengok tidak terjejas, begitu juga tidak pernah pakcik
Nampak dia mengamalkan apa-apa khurafat. Apa yang pakcik Nampak, dia diajar untukmenguatkan
lagi akhlak dan moral yang sudah diajar dalam Islam.”
“habis tu macam mana ramai ustaz ceramah kara freemason dan
Amarica adalah dajjal?”
Tanya kawan asraf, jawab Pakcik Wok Yoh.
“Korang tahu dari mana asalnya sejarah freemason di kaitan
dengan dajjal?. Sebenarnya sama macam anti vaksin yang di mulaik oleh orang Kristian
yang kemudiannya di islamkan oleh pengtaksub konspirasi, maka anti freemason juga
di mulai oleh orang Kristian yang kemudianya di islamkan oleh orang islam,
bacalah Wikipedia, ada cerita detail bab ni, lain kali rujuk sumber yang soheh
dan pelbagai, bukan setakat dengar ceramah sahaja! Lagipun, korang tak pernah
dengar ustaz ceramah kata Jemaah tabligh sesat, ejen yahudi dan agenda british?
Tak kan semudah tu korang nak telan semua berita!”
Wah marah benar pakcik Wok yoh dengan orang yang fitnah
tanpa fakta walaupun fitnah pada orang kafir.
Orang gila kadang bila berhujah, terbuka juga mata dan minda
kita, mungkin pakcik Wok Yoh sebelum gila dulu suka mengkaji tulisan ustaz ustaz yang cuba menafsir siapakah Dajjal
menerusi maksud-maksud tersirat dalam hadis yang menafsir kepada Amarika adalah
dajjal, tapi bila di kaji Amerika itu ditubuh oleh beberapa tokoh Mason yang
asalnya dari Eropah sebagai The Founding Fathers, pulak?
Aku pernah dengar ceramah dari ustaz lain, Freemason tak
mungkin adalah Dajjal seperti dakwaan siri The Arrivals. Sebab Dajjal ni Nabi
pun tak tahu bila muncul, tapi kita buatkan seolah freemason ni boleh tahu
dajjal bila nak muncul, seolah nak bagitahu, hebat orang kafir, boleh tahu
dajjal kat mana, dan sembah dajjal dengan buat kumpulan freemason, cuba rujuk
youtube, sesuai dengan apa yang dipegang oleh Dr Asri, Dr Bilal Philips, Ustaz
Azhar bahawa segala dalil dari hadis menunjukkan Dajjal adalah seorang manusia.
Tapi di internet, ramai blogger dakwah yang menulis
Freemason sebagai pasukan Dajjal. 'Mata Satu' dalam simbol Freemason sebagai
"The all seeing eye" yang didakwa sebagai mata Tuhan oleh mereka,
didakwa oleh blogger tersebut sebagai Mata Dajjal. Ertinya kita faham rami
blogger konspirasi menganggap Freemason menyembah Dajjal, Namun blogger
tersebut kuja ada menulis bahawa Freemason berasal dari The Knights Templar,
dan The Knights Templar pula menyembah Baphomet,tuhan berkepala kambing yang
menghasilkan simbol pentagram syaitan yang selalu dikaitkan dengan gerakan
pemujaan syaitan.
Dalam tulisan lain, freemason juga di katakana pemuja-pemuja
kepada dewa-dewi lama. Di sini kelihatan jelas, golongan pengkaji 'dajjal' atau
'freemason' tidak begitu tegas dengan pendirian mereka. Siapa Dajjal pada
pendirian mereka, Dajjal adalah golongan Mason, atau Dajjal adalah tuhan yang
disembah Mason, atau Dajjal itu adalah Baphomet berkepala kambing, atau Dajjal
itu dewa-dewi lama yang dipuja Illuminati.
Mungkin sebab itu kot, pakcik Wok yoh telah mereng bab ini, bila
kaji lama lama, adohai..
So pesna aku, kita boleh berbeza pendapat, tapi jangan kita
bergaduh dan kafirkan orang yang tak sependapat dengan kita, kita jangan paksa
orang percaya apa yang kita percaya, kita boleh bagitahu, tapi jangan taksub,
contoh: siapa tak percaya freemason adalah Dajjal, maka dia adalah kafir!
Aku ulang pesan ustaz lain dalam bab ni:
Nasihat Mufti perlis dengan orang perasan pandai tafsir
hadis sesuka hati:
“Semua hadis-hadis Dajjal menunjukkan bahawasanya dakwaan
orang kata Dajjal itu sebenarnya itu Amerika sekaranglah- mata satu.Semua ini
menunjukkan mereka ini tak membaca hadis.Kalau Dajjal itu suatu simbolik, Nabi
tak pergi tengok Ibnu Shayyad (untuk pastikan dia Dajjal atau tidak).Ini
semuanya menunjukkan Dajjal adalah orang (seorang manusia).Makhluk. Hadis Tamim
adDari itu menunjukkan hadis Dajjal adalah makhluk.Kadang-kadang orang ini
seronok simbolik.Amerika itu nampak sebelah (mata), itulah Dajjal.Dia rasa dia
pandai. Hang tak pandai secara banding dengan apa yang ada dalam hadis,salah
sebutan hang tu."
Pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah dia:
“jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti
kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada
umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi
jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman
kita betul”
So nasihat aku, bila dapat satu berita, jangan share terus,
siasat dulu, Allah dah suruh lama dalam surat Al hujarat ayat 6. Siasat bila
dapat berita, ini tidak terus share merata rata tanpa rasa apa-apa, adohai..
Memang ada di sudut dunia ini orang yahudi yang jahat, (rujuk
ayat Al quran) dan di dunia ini juga ada orang islam yang jahat, (rujuk hadis) sebab
ada orang islam yang jahatlah maka hulum hudud di turunkan untuk hokum orang
islam yang jahat, maka berhati hatilah kita, jangan kafirkan dan fitnah orang,
hanya sebab mereka tidak sependapat dengan kita.
Akhir zaman ini, dalam bab freemason ni aku tengok, orang kita
sibuk kaji filem Hollywood, sibuk kaji lagu Hollywood lalu tafsir makna
tersirat di sebalik filem dan kagu dari barat dan kaitkan dengan freemason dan
Dajjal. Sepatutnya kita mengkaji Al quran dan Hadis, kaji kisah sahabat, tapi
terbalik pulak, kaji filem barat yang melalaikan untuk bongkar dajjal dengan
tujuan dakwah? Adohai..
“habis tu pakcik, memang ada kajian yang menunjukan artis
barat tu anggota mason dan membawa mesej dajjal!”
Terdengar hujah dari asraf, pakcik Wok Yoh diam, dan kawan
asraf mula berhujah:
“pakcik kenal Jay Z? Dalam albumnya, Empire State of Mind , terdapat
salah satu lagu populer Jay Z, dalam baris ketiga Ia jelas mengatakan Jesus
tidak menyelamatkan Anda, Hidup dimulai ketika gereja berakhir.., lepas tu
waktu berduet dengan Rihanna, Jay Z menyebutkan Rocafeller pada lagu
''Umberella'', Rocafeller tu ketua freemason seorang yahudi, dalam lirik
umberella tercantum ''when the sun shines well shine together'' ini bermaksud
penggabungan antara dewa Horus dan Ra yang berbunyi ''Ra-Horakhty:. penggabungan
mereka disertai dengan matahari, sebab salah satu mata dewa Horus adalah
matahari. Inilah bukti Dajjal sedang berdayah dengan lagu di akhir zaman. Jay Z
diberitakan telah masuk freemason sejak tahun 2001 karena ia sering berpose di
kamera dengan membentuk segitiga piramid di tangan nya”
Mata Wok Yoh terbeliak dengan fakta dari kawan asraf, dan
Asraf pulak berhujah:
Satu lagi pakcik, Lady Gaga juga anggota freemason. Makna
''gaga'' dalam Oxford Dictionary:
# berkepala kosong, bodoh, tidak sungguh-sungguh, pusing,
gegabah, ringan, lengah,, pusing.
# Menderita atau menunjukkan ketidakstabilan mental: sakit
otak, gila, bodoh, tidak tertata, bingung, tidak waras, maniak, menyentuh,
seimbang, tidak sehat, salah.
Jadi disimpulkan bahwa Lady Gaga ini seorang yang mempunyai
gangguan kejiwaan dan sering gunakan simbol ''eye of providence'' yang
bermaksud mata Dajjal. Bukti lain Lady gaga adalah ajen Dajjal kerana menyanyi
dengan kostum seperti dewa kematian Mesir, Anubis, pernah juga beliau memegang
lembing Iblis yang bernama Baphomet sewaktu menyanyi.”
Jika tadi Pakcik Wok Yoh terbeliak mata, kali ini pakcik Wok
Yoh menangis mendegra hujah anak muda yang mentafsir lagu barat untuk menjejak
dajjal, tapi abaikan tafisr Al quran. Melihat Pakcik Wok Yoh menangis, Asraf
teruskan hujah terbaru:
“Pakcik kenal Justin Bieber? Inilah seseorang yang sangat
saya minta dan idolakan tapi sayang telah masuk kumpulan Freemason dan kini
digunakan dajjal sebagai senjata untuk lemahkan ummat islam. Buktinya, salah
satu video clip nya yang berjudul ''somebody to love'' terdapat petikan
liriknya:
I'd rather give you the world or we can share mine : memberikan
dunia dan menyatukan dunia dan milik sesama umat manusia- inilah maksud dajjal,
lepas tu, Everyday I bring the sun around, I sleep away the clouds : dibuktikan
bahwa kesetiaan pada dewa Matahari yang disebut Dewa Ra. Selena Gomez bekas
kekesih Justin juga di gunakan dajjal sebagai senjata syaitan, dalam liriknya
pada video di youtube, apabila di slow motion terdengar kata ''rape'' dan
''pregnant'' dan ini adalah budaya mengorbankan keperawanan nya ke pihak level
freemason yang lebih tinggi.Rihanna dan Katy Perry juga adalah ejen dajjal
dalam freemason.
Satu lagi pakcik, cuba dengar lagu mereka secara terbalik, aka
nada mesej syaitan yang cuba di sampaikan oleh Dajjal kepada orang islam supaya
murtad secara senyap- senyap!”
Pakcik wok Yoh ketawa kuat, orang gila bila ketawa,
puntianak pun lari! Aku juga sedang menahan ketawa dengan hujah hilang akal
dari gen Y kepada orang gila gen X. adohai. Masa untuk Pakcik Wok yoh
sekolahkan budak budak ni!
“ Mengada-ngada betullah lah Freemason nak main
terbalik-terbalik lagu untuk sampikan mesej syaitan secara tersirat ni. Bagi
tahu staright to the point tak boleh kah?. Lagu siapa tadi anak cakap? Justin
Bieber? Dah cuba terbalikkan lagu tu dan dengar sendiri? Dan buat kajian? Woi,
anak semua, pakcik dah download video tu
dan telah convertkan video tersebut ke audio MP3. selepas dah format, pakcik kaji
graf lagu tersebut dengan tengok audio spectrum wave. Bila pakcik banding yang
belah wave original song dan wave reversed song, Tapi bila pakcik buat semua
tu, ternyata pembuat video konspirasi tu tipu, itu yang buat pakcik jadi gila
sampai sekarang sebab kaji video konspirasi yang tak pernah habis sirinya, ha
ha ha ha, Tak pasal-pasal, lagu Justin Bieber pakcik download ha ha ha! Pakcik tak
minat dia, tapi terpaksa dengar lagu dia, sungguh negeri, lepas tu dengar lagu
dia secara terbalik, lagi ngeri, I don't like her song. she is not my type.Woha!”
Aku pulak yang gelak berdekah dengar hujah dari Pakcik Wok
Yoh yang sungguh kelakar, munasabah juga pakcik ni boleh gila jika kaji benda
ni semua sebab Nabi kan dah cakap bahawa Dajjal tu akan keluar juga nanti, Nabi
tak suruh halang Dajjal keluar, Nabi suruh bersedia,.sebab Allah yang lepaskan
Dajjal sebagai tanda akhir zaman, Bukannya geng Freemason. Tak de siapa pun
boleh halang kemunculan dajjal, Al quran tak nak kaji, sibuk kaji mesej dari filem
dan lagu dari barat, lagu Justin Bieber lah, apa ke jadah.
Lagipun, tak kan syaitan dajjal tergamak nak malukan diri
guna Justin Bieber sebagai tentere mereka, kah kah kah!
Korang tahu tak, apabila pemuda pemudi Islam yang teruja
dengan kisah-kisah misteri Freemason dan kaitkan dengan syaitan, jin atau
Dajjal maka ini adalah sangat membantu cita-cita pihak Yahudi dan Nasara untuk
menimbulkan kegerunan kepada mereka, padahal yahudi tak hebat mana pun, sampai
sekarang mereka tak boleh nak takluk Mekah dan Madinah, lepa tu kena sembelih
oleh hitler tak sampai seratus tahun yang lepas pun, Cuma hari ni, orang islam
yang bergaduh sesama sendiri yang buat orang kafir senang ambik kesempatan, itu
yang penting, kita kena balik kaji Al quran dan hadis untuk cari jalan supaya
orang islam bersatu. Nabi dah pesan lama, orang islam ni kuat jika bersatu,
orang yahudi tak boleh buat apa apa jika orang islam bersatu.
Hari ni solat berjemaah di masjid pun orang islam tak nak
bersatu, apatah lagi bersatu dalam dakwah atau berniaga?
“hah! Hamka, kau gelak kuat sangat, tahu tak Dajjal tu
siapa?”
Tanya pakcik Wok Yoh pada aku, terkebil kebil aku nak jawab,
tapi memandangkan hujah panjang lebar dari Pakcik Wok Yoh tadi, aku geleng
sahaja.
Dalam hati aku, tentu Pakcik Wok Yoh akan berhujah macam dr
Asri, atau ustaz Azhar Idrus, yang yakin dajjal adalah manusia, muncul di akhir
zaman, bukan muncul dalam bentuk Kerajaan Amarica atau kumpulan freemason.
Tapi korang tahu apa tafsir Dajjal oleh pakcik wok yoh
selepas menafikan Freemason.
“Hamka! Dajjal yang sebenar adalah TV!”
Dajjal kan mata satu? TV dalam rumah orang islam itu lah
Dajjal!
Cuba pi mengaji hadis, Apabila Dajal datang, matanya satu dan
akan bersinar seperti bintang, bersinar tu
macam TV lah, tak boleh piker ke? Lepas tu lagi, Di dahi Dajal ada
tertulis kalimat kafir, Ia akan dapat dibaca oleh setiap Muslim sama ada yang
buta huruf ataupun tidak, TOSHIBA, PHILP,S AMSUNG. LG tu semua nama kafir!
Kelajuan perjalanan Dajal kita semua tahu, seperti awan yang dipukul angin dan Dajal akan
melompat antara langit dan bumi, tu tafsirya adalah siaran langsung! TV tu
Dajjal!
Lepas tu lagi, Dajjal akan membawa sesuatu seumpama syurga
dan neraka. Syurga Dajjal adalah neraka, cuba korang tengok cerita dalam TV,
banyak filem yang mana hero, mesti minum arak dan berzina, kalau islam hero
selamba tak solat berjemaah, lepas tu pulak TV cerita orang jahat tu
adalah pengganas yang Bergama islam!
Jahat dajjal ni!
Korang semua tahu tak?, Golongan terakhir yang akan mengikut
Dajal adalah kaum wanita, dan sangat ramai, hari ni menurut kajian CNN,
perempuan memang ramai tengok TV termasuk arwah bini pakcik!”
Pulak dah, pakcik ni tafsir Dajjal TV lah pulak,
“Hamka, rumah kau ada TV kan? Itu semua Dajjal, musnahkan!”
Sergah Pakcik wok Yoh pada aku, laju aku jawab:
“err, pakcik, rumah saya ada dua TV, satu kat ruang tamu,
satu lagi computer kat dapur, jadi ada dua ‘mata’, so rumah saya tak ada Dajjal
mata satu”
Pakcik Wok Yoh termenung sekejap, dan angguk sambil berkata:
“ye tak yer jugak”
Lalu Pakcik Wok Yoh beredar sambil ketawa dan menangis.
Di beranda surau, Asraf dan kawan-kawanya menyambung kajian
tentang dajjal.
Aku dah malas nak layan, terus masuk masjid dengan niat
beriktikaf.
Sekian kisah asraf dan orang gila di kampung semusim di Syurga.
Cerpen ini adalah rekaan semata-mata ‘kecuali’ bab Justin Bieber-woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
salam...
err...
cuma satu yang saya faham lah walaupon solat jemaah tu satu yang besar dan solat tu amalan pertama yang Allah timbang, tetap penegasan dari Allah 'Syurga itu atas rahmat Allah'. sebabnya pertama sekali semua kita ni pendosa ... dan yang kedua tak semua orang yang solat berjemaah tu betul dari serba serbi.. mungkin sedikit riak pon dah cukup, tu mukadimah, pada kita yang perasan ahli syurga lah...
kemudianya tak mau komen tang justin bibir dan dajal mata satu tu.. pasal terlalu ke 'tadika' an sangat dan rasanya dah out to date.
sebenarnya pentaksub teori konspirasi dan juga pentaksud anti teori konpirasi pon sama sama kurang bijak, sama sama tak boleh berlapang kemungkinan antara satu sama lain ada yang benar dan ada yang salah...hasilnya kalau ada yang benar pon ditolak ketepi secara total semata mata fakta tu berada di pihak lawan..
cuma nya rasanya pada pada pendapat aku lah memang kena pada gayanya kalau kita nak bersangka buruk, kat sini aku tak nak istilahkan 'orang kafir' sebab orang kafir tu dah jadi umum sgt kan...cuba kita tukar ker bahasa ingeris 'non muslim' tak ker manje bunyinya..
sebab kebanyakan yang terjadi ni lebih dari tu, apa yang terjadi ni adalah kerana mereka mereka yang memusuhi islam, nak istilahkan apa aku pon tak reti, nak kata tentera dajal kang benanah pula telinga 'orang tu'...
cuba fikir jap
wtc kena serang yang dituduh al qaeda dan yang diserang Afghanistan,
takan lah tak faham konsep fitnah, kesan yang buruk sebenarnya pada islam secara keseluruhanya, jadi siapa fitnah siapa sebenarnya?
tak kisahlah dipihak mana pon kita, cuma hati hati lah takut kita berpihak dipihak yang salah
salam, terima kasih atas komen anda, perenggan pertama, anda tegur ajakan solat berjemaah kerana ada yang riak, so ajakan yang bagaimana anda mahu?
kedua, saya menulis untk diri sendiri, ada isu yang orang email dan wasap saya, isu lama, dan saya belum tulis, so saya tulis atas niat dokumentasi dan rujukan diri sendiri, jika betul, walaupun isu lama, bagi saya tak ada masalah.
bab berpihak, dah tentu kita kena berpihak pada yang benar, apa pun, terima kasih sudi mengomen saya, saya hargainya.
Tuan Anon 5.33pm pun mesti sudah sedia maklum...masa kita sekolah dulu derjah satu ustaz pernah bagitau...kalau ada orang nak beri rm1 dan rm27...yang mana satu tuan pilih...mesti pilih rm27 kan...rugi lah ambil rm1...tu sekadar tamsilan sajalah...untuk solat berjemaah tadi...andai kata org kita sekarang ajak pergi ke pesta2 laju je pergi..siap kene bayar...tapi orang ajak berjemaah free je tuan..tinggal ambil wudhu dan bersolat dengan pahala umpama 27 ganjaran lebih dari bersolat sendirian
Maaf kalau bicara saya ada yang meyinggung sesiapa
Wassalam
ada satu tamsilan dari buznama, ada orang sakit yang kena makan sejenis ikan berkhasiat, tapi ikan tu banyak tulang, maka pesan tukang masak, sila hati hati sebab banyak tulang, maka orang sakit tu makan dengan hati hati dan sembuh, alhamdulillah.
hari ni Allah suruh solat, Allah juga bagitahu celaka orang yang lalai dan riak dalam solat, maka kita untuk dapat kemanisan solat, kenalah hati hati macam makan ikan yang banyak tulang.
bukan tinggalkan makan ikan sebab banyak tulang.
faham doP?
"Hanyasanya yg memakmurkan masjid masjid Allah (swt) itulah yg beriman dgn Allah (swt) dan Hari Akhir, dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan tidak takut kecuali kpd Allah (swt), mudah mudahan mrk itulah org org yg mendapatkan petunjuk." 9:18.
Bukak kitab tafsir, hanya yg memakmurkan masjid masjid Allah swt yg mendpt jaminan akan imannya kpd Allah dan Hari Akhirat, juga mendpt jaminan petunjuk dr Allah swt.
WaAllahu'alam.
Masalah Dajal pulak, Dajal ni kerjanya menyesatkan umat, yg penting kita kenal jalan yg betul / benar dan terus beristiqamah dgnnya selain sentiasa minta perlindungan dr Allah swt, insyaAllah selamat.
Ada aku dengor ustaz tu ceramah pasai Dajal ni, katanya matanya normal bukan satu tp buta sebelah sebab kena siku dengan Saidina Umar R.A
Kisahnya camni,
Dajal datang tanah hijaz masa zaman Rasulullah SAW.. Pastu tiba kat satu lorong, Rasulullah berhenti berjalan dan memandang tepat kat orang depan dia (mcm orang koboi nak lawan tembak2 tu la) Kemudian Rasullullah bagitau sahabat, tu la Dajal. Apa lagi, Saidina Umar pun terus belasah tp dihalang oleh Rasulullah. Dajal sempat dapat buah siku je dari Saidina Umar.
Hamka penah dengor dak kisah camni?
Assalam,
((err...
cuma satu yang saya faham lah walaupon solat jemaah tu satu yang besar dan solat tu amalan pertama yang Allah timbang, tetap penegasan dari Allah 'Syurga itu atas rahmat Allah'. sebabnya pertama sekali semua kita ni pendosa ... dan yang kedua tak semua orang yang solat berjemaah tu betul dari serba serbi.. mungkin sedikit riak pon dah cukup, tu mukadimah, pada kita yang perasan ahli syurga lah...))
Sorry mencelah, rasanya perenggan pertama tu tak mempertikaikan tentang (((anda tegur ajakan solat berjemaah kerana ada yang riak, so ajakan yang bagaimana anda mahu?)))
Correct me if I'm wrong
Perenggan pertama lebih tepat ditafsirkan (he..he..tafsir komen?)
Orang yang solah berjemaah pun belum pasti masuk syurga tanpa rahmat Allah kalau dia riak. Mungkin aku salah. Wallahu'alam
Tapi kan?...agak tak berapa berkenanlah kalau dikatakan kita ni perasan ahli syurga. macam tak best gitu...he he
Bismillah....bukankah Adam & Hawa a.s diturunkan dari syurga ke dunia kerana makan buah khuldi? So...bukankah itu bukti bahawa manusia berasal dari syurga Allah swt? kalau manausia berasal dari syurga salahkah perasan ahli syurga?
Saya, tuan-tuan dan ummah adalah ahli syurga dan kita akan kembali ke kampung kita, Insyallah...bukan perasan-perasan, inilah hakikatnya. Kitakan ashraful mahlukat, yang terbaik, setiap seorang dari kita adalah yang terbaik disisi Rabbul Alamin!
Jika ada yang tidak kembali ke kampung syurga, semuanya kerana salah saya yang tidak menunjukkan mereka kepada jalan yang lurus. Saya 100% bersalah!
CF
Hamka pernah dengar Saidina Umar rahu. sergah balik malaikat:"ma rabb buka?"
Masyallah...Allah hu Akhbar!!!
Nota kelas tafaquh fiddin pekan. Kemanisan ibadah solat datang dari penambahbaikan perkara sunat dlm solat.. Ada 600 Perkara sunat dlm perbuatan, bacaan.. Buat yg mana mampu.. Kemanisan kurang dirasai apabila tidak mengetahui yg mana wajib dan yg mana sunat.. Solat itu ikrar kita, doa kita, puji²an kita kpd Allah SWT.. Maka dgn itu rajin2 la bertanya atau masuk kelas agama cara cara solat yg betul, ambil air sembahyang yg betul..
Nasihat dari kelas tafaquh fiddin pekan. Tak salah untuk kaji hadis , mintak dalil untuk sesuatu perkara.. Yg penting.. Bila perkara tu baik yg membawa kita kpd kebaikkan selagi x melanggar perkara yg dituntut, just do it dari mengatakan menyibukkan perkara tu tak boleh dll.
"Dan taatilah Allah (swt) dan RasulNya (saw) agar kamu mendapat rahmat." 3:132.
"...dan bertaqwalah kpd Allah (swt) agar kamu mendapat rahmat." 49:10.
"...dan kamu tidak dibalasi melainkan menurut amalan yg telah kamu lakukan." 36:54.
Masuk Syurga dgn rahmat Allah swt tu betul, tp tetap juga kena taat (beramal) dan kena bertaqwa (berakhlak mulia). WaAllahu'alam !
Yg semata mata mengharap Syurga tanpa bersungguh sungguh beramal, menurut Prof HAMKA, adalah org org yg tertipu dgn ilmunya. Sebaik baik manusia, yg terjamin Syurga, Rasullullah saw pun sgt bersungguh sungguh beramal.
nak terangkan secara spesifik tak reti...cuma nak bagi faham jer lah..
untuk kita yang dah jaga amalan tu bagus dan semetinya lah dengan amalan barulah dapat kunci syurga tak nafikan tu, cuma ayat masuk syurga atas rahmat Allah tu supaya kita tak berasa selesa dengan amalan kita... kalau kita nak tau lah solat tu memanglah amalan yang pertama tapi sangkut tang mana mana boleh jadi jugak kan, cth Riba, mengumpat, tgk aurat,riak, hutang etc...still even amalan setinggi langit hanya rahmat Allah jer yang memasukan kita dalam syurga nya...
Cth hadis nabi pasal perempuan pelacur dan anjing tu, supaya kita tak perasan orang lain hina dan tak ada peluang untuk masuk syurga, dan juga satu motivasi pada mereka yang pendosa ada peluang untuk masuk syurga.. walaupon hadis ini cecara umum begitu.. mana lah tau maksudnya dengan pelacur tu bagi minum pada anjing tu dia akhirnya mendapat hidayah.. wallahualam.. yang cth dari bagus ke neraka pon banyak...cuma nak bitau kat sini mcm mana pon tolonglah ingatlah Syurga tu hanya milik Allah..
( Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya. Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahir diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah )
terima ksih atas semua komen,
ada hadis, kisah nabi sangat berpuas hati pada layanan seorang sahabat, lalu nabi suruh dia minta apa sahaja, nabi akn doakan.
sahabat ini minta syurga.
lalu Nabi jawab:
bantulah doaku dengan memperbanyakkan sujud.
deep.
:)
Saya tak mengaji hadis, takut nk copy paste ni.. Takut nk kata saya ni reti hadis.. Sedang kn kita tahu.. Ilmu pun perlu dituntut dgn guru yg mursyik ( betulkn jika salah eja) .. Fahaman kita bila baca dgn fahaman apa yg guru ajar amat berbeza.. Maka pada kawan², hentikn lah jika tak tau maksud hadis tu tu yg sebenar
Berkenaan kisah Umar tumbuk dajjal
Cerita aku dengar lain sikit.
Di zaman nabi, ada seseorang yang bernama Ibnu Shayyad, ia memiliki semua ciri khas Dajal. Rambut kerinting, gemok, pendek dan lain lain, sehingga Umar bin Khattab bersumpah bahawa Ibnu Shayyad adalah Dajal, dan ingin membunuhnya, tapi di halang oleh Nabi, kata nabi, hanya Nabi Isa yang boleh membunuh Dajjal.
Ibnu Shayyad membela diri bahwa dia bukanlah Dajal, dan berhujjah bahawa dia seorang Muslim sedangkan Dajal adalah kafir, dia memiliki keturunan, sedangkan Dajal mandul, dia bisa memasuki kota Makkah dan Madinah, sedangkan Dajal tidak mampu. Lalu Umar pun melepaskannya.
Wallahu’alam.
just nak komen walaupun lambat hingga ke tahun depan..
dalam beramal, perkara yang wajib perlaksanaan dengan cara yang betul dan ikhlas dan riak bukanlah diukur oleh manusia, tapi Allah swt. sekiranya kita terasa kita riak, maknanya berbangga dengan amalan kita, maknanya disitu yang perlu kita ubah dalam hati. dan riak bukan untuk dihukum oleh manusia lain, kerana ada riak dan ada juga hasad, yang mana merasa diri x mampu melakukan sesuatu amal tetapi memperlekeh dan merendah rendahkan amalan orang lain. dalam perkara khusyuk, riak dan hasad adalah masalah hati dan bagaimana kita menjaga hati kita. dan ini juga adalah urusan kita dengan Allah. malahan perkara sebegini seharusnya dijauhkan dari hati walaupun telah lama kita amalkan perkara itu. sentiasalah perbaharui niat kita, menjaga amalan dan hati. dan jika orang menegur, janganlah membangkang sebaliknya terima kerana diri kita adalah terdedah dengan dosa walaupun sebesar zarah. jangan membandingkan kurangnya amalan tetapi bandingkan sejauh mana kita mampu beramal. jika di ajak berbuat baik, maka bersangkalah baik dan bersamalah melakukannya selagi mana ia membawa kebaikan dan jauhilah selagi mana ia membawa keburukan.
contoh kita ambil dalam adab memberi sedekah, nabi ada memberi sedakah pada seorg sahabat yang miskin, dan keesokkan harinya sabahat itu masih lagi meminta sedekah, maka nabi pun memberinya kapak@ cangkul( sila rujuk semula kisah ini), supaya sahabat itu berhenti meminta minta dan mula bekerja. kat sini boleh kita simpulkan yang niat x menghalalkan cara, jika nabi berterusan memberi sedekah kepada sahabat ini, pasti akan berterusan dia meminta minta. dan cara juga x menunjukkan niat. tapi yang penting kita melakukan sesuatu perkara atas 2 perkara niat yang betul dan cara yang betul. maka hasilnya akan baik.
semoga Allah merahmati kalian.
sebab tu dalam perang nabi cakap jangan rosakkan pokok, bunuh binatang ternakan, rosakkan rumah dan mengganggu orang yang tidak terlibat dengan perang. niat yang betul mestilah dengan cara yang betul, tapi atleast usahakan juga supaya menggunakan cara yang betul kerana ia perkara yang betul, bukan kerana anda rasa anda yang betul.
LEAKED NEWS!!! The Sex-Tape Video Selena Gomez Does Not Want You To See. Must Watch! Selena Gomez Tried To Ban This Video! But Selena Can't Hide THIS Anymore! http://lifeleak.com/leakednews/The-Video-Selena-Gomez-Doesn't-Want-You-To-Know
Kami menggembirakan 👁 dalam keindahan Butterfly, tetapi jarang mengakui perubahan yang telah melalui untuk mencapai keindahan itu. Anda hanya melalui kehidupan ini sekali 🔂 anda tidak datang kembali 🔙 untuk Encore. Anda tidak akan pernah membuatnya dengan duduk di atas duff anda 🧘 ♂ dan memberitahu dunia 🌍 betapa besar 💪🏻 anda akan menjadi, Adakah anda inginkan kekayaan 💰 kemasyhuran 📡 cahaya sukan, untuk melakukan tanda dan keajaiban, pengembalian pasangan anda 👫 anda adalah seorang peguam, guru , politik 👮🏼 urus Bank, pemain bola sepak ⚽ atau anda mempunyai idea perniagaan tetapi tiada kewangan, membuka kunci nasib anda sekarang dengan menyertai 🤝🏻 Freemasonry Grand Lodge hari ini, dan menerima jumlah €50,000,000 💶 Manfaat, selepas pendaftaran kehormatan anda telah diluluskan, sebagai Wang keahlian alu-aluan pertama 💶 dan gaji bulanan €800,000 💶 anda mempunyai akses penuh untuk membasmi kemiskinan dan lain-lain keadaan dari kehidupan anda, hubungi ibu pejabat 📞, melalui e-mel 📥 alamat, unitednationalmasons@protonmail.ch atau 📲 WhatsApp European Union, +31687718900 takdir anda berada di tangan anda 🤲
Post a Comment