Feb 14, 2015
7 Musim kehidupan?
(Jika umur aku panjang, mungkin begini fasa kehidupan korang)
MUSIM PERTAMA di alam roh
Tak tahu berapa lama.
MUSIM KEDUA di dalam rahim Bonda.
(9 bulan 10 hari)
Air mani bercampur-40 hari
Seketul darah-40 hari.
Segumpal daging- 40 hari.
(Malaikat datang tiup ruh bersama takdir: rezeki, ajal,
untung dan rugi)
Sempurnakan angota baby- baki selepas di tolak 120 hari.
MUSIM KETIGA di dunia yang fana.
Belajar Merangkak-Setahun.
Belajar berlari-1 Tahun
Belajar bezakan makanan dan najis-2 Tahun
Belajar bezakan manfaat dan mudarat-Setahun
Belajar di tadika-Setahun (tapi aku tak ke tadika sebab
miskin)
Belajar di Sekolah Rendah-6 tahun
Belajar di Sekolah Menengah-5 Tahun
Masuk Politeknik ambil Diploma-3 Tahun
Menganggur-Sebulan
Mula bekerja kilang di Bangi pada umur: 22 tahun.
Tukar kerja kepada industri oil & gas di Terengganu 24
tahun.
Kahwin pada umur: 25 tahun
Beli kereta ansuran 7 tahun dan beli rumah ansuran 25 tahun
Kerja..kerja…kerja….dapat anak.
Masuk U ambil ijazah- 4 tahun
Kerja..kerja…kerja….dapat anak.
(tukar bidang kerja, jadi driver keretamayat, tulis buku,
bisnes sendiri,)
(Jika umur panjang)
55 Tahun: pencen dari jadi driver keretamayat, teruskan
kerjaya menulis. dapat menantu, dapat cucu.
63 Tahun: Menjadi mayat. (jika ikut umur Nabi)
Tammat.
MUSIM KE EMPAT Roh di dalam mayat
Mandi Mayat,Kapan Mayat, Sembahyang Mayat, saudara melawat:
Sehari saja.
Tanam mayat- satu jam.
Tahlil: 3 Hari
Mayat di makan ulat
Mayat pecah perut.
Mayat sudah menjadi tanah.
MUSIM KE LIMA di dalam kubur
Paling kurang 40 ribu tahun.
Lembah Neraka (semusim di Neraka)
atau
Taman Syurga (semusim di Syurga)
MUSIM KE ENAM di padang Mahsyar.
(Ribu-ribu Tahun) terbahagi kepada tiga hari:
-Hari kebangkitan.
-Hari Kemurkaan Allah (ribu tahun)
-Hari pembalasan (ribu ribu tahun bergantung pada Hisab.)
Akhirat terbahagi lepada 5 tempat
1. Mizan
2. Padang Masyar
3. Bawah Arash
4. Telaga Kaustar
5. Titian sirat (1500 tahun perjalan)
MUSIM KE TUJUH (musim terakhir)
Hadiah untuk peserta semusim di Syurga:
-Rezeki berkat-(Masa mati malaikat tarik slow dan tunjuk
shurga, so matipun senyum je)
-Seksa kubur di angkat (Dalam kubur rasa macam sembahyang
dua rakkat sahaja)
-Tangan kanan tarima kitab (Padang Masyar duduk bawah arash)
-Titi Sirat sepantas Kilat (Tak sedar pun dah lepas titi
sirat)
-Masuk Shurga Tanpa Hisab (Nikmat mana lagi yang kamu
dustakan)
YANG Tersingkir untuk peserta semusim di Neraka.
-Masuk neraka selama-lamanya jika kapir
-Bagi orang islam kena seksa bergantung pada dosa paling
kurang dalam nerakapun 1000 tahun.
SEKIAN.
Ps: Sebenarnya hari ini telah berlalu yang bermakna sudah
semakin sempit masa untuk kita buat usaha selamatkan diri dari azab api neraka!
juga semakin sempit masa untuk kita buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.
Peristiwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup
kita sentiasa ke depan. Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...Menuju
tempat menjadi mayat. semoga kita Woha sampai Syurga, amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
hidup kita ni melalui waktu menunggu yg panjang
menunggu di alam barzakh
menunggu di mahsyar
menunggu dapat balik kitab amalan
menunggu nak lintas al.mizan
menunggu disiksa di neraka
sementara nak masuk syurga.
hakikat. hidup di dunia menunggu dalam jem dalam kereta ada aircond sambil dengar radio pon kecoh
Seutama utama bekalan, Kalimah Pengakuan La ilaha illAllah,
Sebaik baik bekalan, taqwa,
Dgnnya jadi modal kita utk memohon Rahmat dr Allah swt.
Akidah yg benar,
Amalan yg baik,
Akhlak yg baik,
InsyaAllah selamat.
Dalam menikam kalbu tuan hamka
ha masa tu cubo bantai "nyayi" pasal vaksin..
cubo "nyanyi" jonih vaksin apo pun pueh2..
kot2 vaksin buleh tulong..
"nyayi" la cubo hehe
mano mau eh..
sobab eh tiado dayo upayo kuaso kecuali Allah...
...yo kito tu kalu dah amek vaksin tu amek yo la..
yg siap "nyanyi"2 tu wat po...
ewah....buleh "nyanyi"2kan pulak...ewahhh..
posan buat diri den dan kito sumo..
Perjalanan masih jauh.. hidup hanyalah permulaan menanam saham akhirat.
thanks for reminder
deeply inside!! terbaik!! seram sejuk baca! Meremang! ngeri baca! Ya Allah, selamatkan hambamu ini dunia & akhirat..
Mohon share.. mekaseh
ALLAHU AKBAR....
nice sharing Hamka....
Jazakallahu khoirol jaza’ ....
apa yg dah aku ada skrg ni..
peringatan yg sempoi tapi terkesan T__T
peringatan yg sempoi tapi terkesan T__T
Sangat sngat mendalam.
semoga kita semua dapat amal, huhuhu
Amat jelas difahami, semoga Allah merahmati tuan hamka dan seluruh muslimin dn muslimat. Terbaik jebat
Post a Comment