Feb 26, 2015

Tidak salah Mengaku bersalah?

(Cara terakhir masuk syurga-khas kepada semua ahli neraka, di tulis dalam betuk sajak)

Orang kita.

Bila miskin salahkan cina.
Bila mundur salahkan kerajaan.
Bila bodoh salahkan yahudi
Bila jahat salahkan saka

Ketahuilah, 

Oleh sebab kita ni selalu sangat salahkan orang lain macam celaka, 
Maka di akhirat kelak.., 
Allah kunci mulut dan lidah lalu membenarkan kaki tangan dan seluruh anggota badan untuk berkata kata, 

Akhirnya anggota badan dengan selamba MENGAKU BERSALAH!

Setelah MENGAKU BERSALAH.. 

Ahli neraka  mintak izin kepada Allah untuk pulang ke dunia sebagai seorang yang bersalah dan berjanji akan membetulkan segala kesalahan.

Tapi permohonan ahli neraka tidak dilayan.

Allah layan hanya mereka yang beriman walau dalam neraka, 
yang mana  selepas ahli neraka yang beriman menangis di azab dalam sekian tempoh, 

Allah akan tanya kepadamu;

"Adakah kamu mengaku bersalah?"

Ahli Neraka semuanya mengaku bersalah.

Dan Allah perintahkan ahli neraka senaraikan semua kesalahan.

Maka ahli neraka dengan takut takut dan hati hati menceritakan dosa kepada Allah, itupun setelah pilih dosa dosa yang kecil sahaja, dasar ahli Neraka betul.

Lalu Allah bertanya lebih kurang maksud: 

"itu saja kah dosa kamu?"

Dasar ahli neraka yang masih tergamak menipu Allah, 

"Ha ah, dosa kami sikit tu sahaja."

Kemudian Allah yang MAha Pengasih lagi Maha Penyanyang berfirman kepada malaikat, 
Agar dosa yang ahli neraka sebutkan tadi di hapuskan malahan dengan penuh Kemurahan Allah menukar dosa yang mereka senaraikan itu kepada pahala, 

Kerana Syurga akan dihias berdasarkan baki pahala.

Lalu ahli neraka tergesa gesa nak bagitahu semua dosa kepada Allah kerana tamak kepada pahala.. 

he he he..

Apa-apapun, 

Kerana ahli neraka sudah mengaku bersalah, 

Allah tetap memasukkan mereka semua ke dalam shurga yang abadi selamanya.

Itupun hanya kerana mereka masih ada iman walaupun sebesar zarah.

Tapi jika ahli nereka tiada iman.., 

Maka kekallah ahli neraka dalam neraka selama lamanya walaupun sudah mengaku bersalah.

Maka wahai sahabatku sekalian, 

Sebelum jadi mayat..  

Hintunglah dosamu di hadapan Allah..

Dan mengakulah bersalah di hadapan Allah.

Akhir kata:

Tahukah korang apakah syarat taubat di terima?

Salah satunya, adalah mengaku bersalah dalam taubat masing masing.

Semoga kita tergolong dikalangan orang yang bertaubat sebelum jadi mayat.

Last: Tadi tu second last.

Berhentilah salahkan orang lain sebelum diri kita sendiri.

Sebab?

Tidak salah mengaku bersalah

Kerana semua ini salah saya, 

Pesan pada diri sendiri.

Sekian.

Hamka FEB 2015

keretamayat warna putih.

Feb 17, 2015

Solat lima atau tiga waktu?

(Anti hadis vs Falsafah keretamayat)

Soalan dari anti Hadis:

Salam Tuan Hamka yang budiman, saya XXXX, dan pernah email tuan dua tahun lepas dan tiada jawapan balas dari tuan, saya percaya tuan sangat sibuk namun diharap dapat meluangkan sedikit masa menjawab soalan yang sangat penting ini:

Saya ulang soalan saya:

Solat telah diperintahkan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi sebanyak 3 kali setiap hari dan bukan 5 kali seperti ajaran ulama’ mazhab.
Merujuk ayat al-Quran, ayat 114 dari Surah Hud jelas solat hanya 3 waktu sahaja:

"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang (subuh dan maghrib), dan awal malam(isyak); sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."

Tapi kenapa Imam dan ulama’ 4 mazhab mengajar solat 5 waktu sehari semalam? Katanya dalil 5 waktu di ambil dari hadis, kenapa mesti mengambil dalil dari hadis? Bukankah al Quran sudah lengkap?

Saya mohon tuan jawab soalan saya tanpa menggunakan hujah dari hadis. Cukup Al quran sebagai  rujukan dan akal sebagai hujah.

Terima kasih.

JAWAPAN DUA TAHUN KEMUDIAN DARI HAMKA KERETAMAYAT.

Salam, Aku jejak email XXXX yang lama, tak jumpa pulak, Aku minta maaf sebab banyak email yang dah berbulan bulan, bertahun tahun belum di relpy, aku harap korang faham term aku, korang hantar soalan hari ini, dan aku komen bila aku 'tergerak', jangan mengharap sangat pada aku yang perasan sibuk, bak kata pepapatah,

"Tak kan lari keretamayat di kejar."

Satu lagi aku ambik kesempatan ini untuk bagitahu, jangan tanya soalan di PM Facebook, sebab aku bisnes kat situ, banyak PM masuk urusan jual beli, menyebabkan inbox tenggelam, dan susah aku nak jejak, nasihat aku, boleh tanya di email keretamayat at gmail dot com, senang nak jejak bila aku lapang, insyaAllah. bak kata pepapatah,

"mayat berat sama di pikul, mayat ringan sama di jinjing"

Lagi satu, Bila nak bertanya, tolong jangan tanya soalan personal, contoh: “Hamka, saya suka lelaki berbulu, tapi pilihan mak saya lelaki yang kurang berbulu, apa perlu saya buat?”

Apa ke jadah aku nak jawab soalan personal korang, tak de life ke jika nak tanya soalan personal kepada orang asing, adohai..

Aku akan jawab soalan yang boleh aku publish di Blog dan dapat di baca oleh orang ramai dan mendapat manfaat. Soalan personal aku tak layan, maaf sangat-sangat.

Eh? Dah jauh melencong, aku ini ibarat “terdengar siren keretamayat, kereta sendiri diketepikan”

Arghh, Kita kembali kepada topic bab solat lima atau tiga? Nak kena jawab betul-betul dengan geng anti hadis ni, sebab  "Kalau sungguh mayat dah ada, keretamayat saya sediakan."

Woha!

Eh? Kenapa cik Hamka rajin berfalsafah pulak hari ni?

He he he. Maafkan aku, sebenarnya aku agak terkejut terima soalan dari geng anti hadis siap dengan warning tak boleh berhujjah guna hadis, itu yang aku terpaksa guna pepatah tu, Adohai..

Lagipun: “Kain kapan sama putih, Tapi mayat lain-lain”

Baiklah saudara, saya cuba jawab soalan saudara tanpa guna Hadis kali ini dan guna Al quran serta  logic akal sahaja siap dengan pepatah keretamayat, Ok tak?  

Harap saudara setuju sebab apa lagi boleh aku buat? Ibarat “Cubit peha kiri mayat, peha kanan mayat memang tak terasa.” padahal jika kita guna hadis selesai terus masalah ni sebab setiap tahun dalam ceramah israk mikraj, ustaz cerita kisah asal usul solat,

Bagi yang anti hadis, boleh baca kisah asal usul solat panjang lebar aku tulis sebelum ini, of course korang akan tolak sebab tak percaya hadis, baca sahaja, sebab " Alang alang menggali kubur, biar sampai ke hujung talkin." nanti kat bawah aku bagi hujah guna akal sahaja macam yang korang mahu.

Jadi, jika rujuk hadis: Tentang waktu solat, pada mulanya, Malaikat Jibril datang di setiap lima waktu bagitahu kepada Nabi akan waktu solat yang betul, dan cara solat di ambil dari hadis riwayat oleh sahabat dan isteri baginda yang melihat Nabi bersolat dengan mata kepala mereka.

Kisah asal usul solat pula adalah bermula dari tahun kesedihan, yang mana selepas kamatian isteri dan pakcik nya yang sangat di sayangi, dan selepas peristiwa berdarah di Taif, akhirnya Nabi digembirakan dengan pertemuan bersama Allah dalam peritiwa israk dan mikraj, di hujung pertempuan, Allah kurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir zaman yakni solat 50 waktu sehari semalam.

Sewaktu Nabi Muhammad SAW berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,

Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakan dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.

Al kisah apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih kurang.

Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya tiga kali sehari. Kenapa?

Siapa yang ada perasaan malas dan nak solat kurang dari lima waktu itu menandakan dia ada masalah iman kerana belum merasai kemanisan iman. Bak kata pepatah:

“Tak perlu lebih cangkul dari lubang kubur kerana bertepuk tangan dengan mayat tetap berbunyi, lagipun, Kerana ulat, mayat binasa”

So, bagi aku geng anti hadis yang pilih 3 kali sehari bukan sebab iman kuat, tapi sebab iman lemah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan agama, padahal malas.

Ok, jika kita guna logic akal, jika betul solat asalnya hanya 3 kali sehari semalam, kenapa ustaz yang korang cakap jahat sebab palsukan hadis tiba tiba nak buat 5 kali sehari semalam? Patut orang jahat buat lagi kurang, macam Ayah pin ke, Guru Yah Yah ke, yang solat cukup pakai niat, itu baru betul berniat jahat dengan mempermainkan solat, ini semua ahli sunnah wal jamaah, semua mazhab yang empat, Syafee, Hambali, Maliki, dan lain lain, solat lima waktu sehari semalam.

“Berani kerana mayat, takut kerana keretamayat”

So, aku ulang balik, dari segi logic, geng anti hadis yang pilih 3 kali sehari bukan sebab iman kuat dan betul, tapi sebab iman lemah dan salah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan agama, padahal malas. Adohai.

Ketahuilah, “Sepandai pandai anti hadis melompat, akhirnya jatuh ke lubang kubur”.
Ini hujah guna akal ni, logic tak jika aku cakap orang yang solat 3 waktu adalah malas berbanding orang yang solat 5 waktu kerana merasa solat ni satu beban yang berat:

“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,” (QS.al Baqarah(2):45)

Ok, sekarang aku nak korang rujuk Al quran bab solat juma’at.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah Al-Jumu'ah: 9)

Dari ayat ni, jelas solat jumaat berlaku disiang hari waktu orang jual beli, dan solat jumaat ni ganti solat zohor, korang geng anti hadis cakap, solat zohor tak ada dalam suruhan tuhan, habis tu solat jumaat ni ganti solat apa? Subuh? Magrib? Isyak?

Korang jangan cuba nak "tarik mayat sorong mayat" dengan aku, sebab aku ikhlas nak berhujah guna logic akal dengan korang, tolong jangan menjadi: "seperti mencurah air di badan mayat"

“tapi cik Hamka, dalam Al quran, suruh solat jumaat, bermakna seminggu sekali sahaja, mana ada ayat Al quran suruh solat zohor setiap hari?”

Wah wah wah, “Air yang tenang jangan disangka tiada mayat”, aku ingat korang yang bertanya ni dah rujuk semua ayat Al quran, rupanya, “Harapkan mayat, mayat makan tanah”

Baik! Mari kita rujuk lagi ayat Al quran:

“Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk (Al Baqarah -238)”

“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (Al-Israa’ -78)

Gelincir matahari ni bila? Waktu wusta ni bila? Kalau hadis tak bagitahu, boleh ke korang main agak agak?, jangan bersikap "Tiada beban, mayat di galas", ingat pesan keretamayat: “kerana ulat, mayat binasa”. Cuba "Bersakit-sakit dahulu bermayat-mayat kemudian". “jangan minum air mayat yang keroh”

Faham tak?

Jika tak faham apa yang aku cuba sampaikan, cuba duduk diam piker balik apa yang aku tulis, jangan jadi seperti “Mayat sudah siap mandi, pahat keranda masih berbunyi”.

Lagipun, “Jika takut melihat mayat, jangan berumah di tepi rumah mayat" eloklah bersikap seperti "terdengar siren keretamayat, kereta sendiri di ketepikan", baru bagus, dalam bab agama ni kita kena saling bantu untuk amal sunnah Nabi, "mayat berat sama di pikul, mayat ringan sama di jinjing". Bukan berhujah nak nafikan sunnah konon nak guna ayat Al quran sahaja, ingatlah, “Di mana bumi dipijak, di situ mayat ditanam.”

Nasihat aku kepada mereka yang tolak hadis diluar sana, sebenarnya, nak selesaikan masalah ummat islam memang tak boleh guna cara tolak hadis bang, “Dimana tumpahnya barus kalau tidak ke badan mayat” lagipun dalam al Quran pun ada ayat suruh ikut Nabi Muhammad SAW, dan al quran itu memang guna gaya Bahasa yang lebih tinggi dari syair arab, “Bagaimana mayat, begitulah kerandanya”. maka tak bolehlah korang nak tafsir tanpa rujuk pada sejarah dan hadis. Jangan jadi “seperti mayat lupakan keretamayat”

Contohnya, dalam Al quran tak ada  cerita detail macam mana nak tanam mayat, karang jika pihak keretamayat tanam mayat korang kaki terjulur keluar nak tak?

Hah! Tau tak nak!

Kena rujuk hadis jugak, bang. Jangan nanti ”Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata”

Namun tak dinafikan, hadis yang ada hari ini mungkin ada yang palsu, lemah dan lain lain tokok tambah almaklumlah hadis ini sudah berjalan dari mulut ke mulut beribu tahun.

Tapi sesuai dengan ayat Al quran, ALLAH berfirman “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Maka tak logik jugak jika semua hadis adalah palsu sedangkan telah lahir dikalangan ulamak silam yang dengan ikhlas membuat kajian hadis sehingga beribu ribu hadis telah dimusnahkan dalam menjaga keaslian, namun tak kanlah kerana sikap sesetengah ulamak yang taksub dalam menafsir hadis yang membawa pada pertumpahan darah, korangpun bersikap “Marahkan mayat, keretamayat di bakar!” tak ke Hampeh?!

Fikir bang, fikir, kerana "mayat sama lebam, nasib akhirat lain lain", jangan “Indah keretamayat dari mayat”, fikir dalam-dalam saudara.

Kesimpulannya, Umur dah makin pendek bro, nak kaji hadis tak sempat bro, padahal imam 4 mazhab pakar hadis sudah kaji siang malam, kenapa kita yang terpisah jauh dari zaman Nabi dan sahabat nak tolak kajian dari orang yang dekat dengan zaman Nabi dan sahabat?

Tak logic langsung dalam kaedah mengumpul fakta dan sumber berita, kita tolak saksi terdekat, adohai. Jangan bersikap berat sebelah seperti kata pepatah "mayat di hutan di biarkan berulat, mayat di rumah mandi telanjang bulat"

Last aku nak tanya,  Mana kau tahu Al Quran tu sempurna? Siapa bagitahu? Nabi yang bagitahu kan?

Habis tu kenapa kau percaya pulak? bukan ke kau cakap semua tu rekaan manusia?  Kenapa tak jadi seperti “Di mana ada mayat, di situ ada keretamayat”. Kenapa nak nafikan?

Aku tanya lagi, Siapa kumpul al quran? Sahabat Nabi, siapa bukukan Al quran?, ulamak, siapa yang buat salinan dan edarkan Al quran, patut jika korang yakin sahabat dan ulamak boleh palsukan hadis, mereka juga dah tentu boleh palsukan Al quran, ikut logic otak korang lah.

Padahal Al Quran itu dari Allah. Memang sempurna dan tiada cacat celanya. Namun manusia ni banyak bodoh dan bangang!, tak boleh paham kalau Al Quran tu turun sebijik terus. So Allah utuskan manusia jugak suruh terangkan kepada manusia lain akan isi-isi Al Quran. Dan manusia tersebut (Rasulullah-al quran bergerak), bila dia nak terangkan, mesti secara terperinci supaya manusia-manusia lain yang payah nak paham ni mudah paham. Sampai dalam Nabi berkata, di ulang tiga kali supaya sahabat tak salah dengar. Siap dengan praktikal sekali, contoh Al Quran suruh kita kahwin tapi manusia yang Allah utuskan tu yang detailkan macamana nak kahwin, macam mana nak akad, saksi bagaimana, mas kahwin berapa? apa syarat sah kahwin? bila kahwin jadi tak sah? dan lain lain. kalau nak harapkan otak manusia yang bangang ni memang takleh paham punya apa yang Allah suruh.

Nabi pula sewaktu nak ajar sahabat sampaikan hadis, bukan calang-calang training bang, siap berlapar, kena pulau, anak bini lari, orang letak batu atas dada! Kena siksa dan sebagainya.
Kemudian sahabat training pulak orang-orang di bawah mereka lepas Rasulullah wafat iaitu Tabieen, 

Bukan calang-calang jugak. Nak terima hadis-hadis tu bukan main dengar dan sebar macam korang ngumpat Anuar Ibrahim. Mereka solat dulu, minta petunjuk.

Yang korang ni ntah sapa training?, perasan bagus terus cop manusia yang Allah training direct tu dan juga manusia-manusia lain yang telah di training oleh manusia yang Allah training tu penipu? 

Korang tak tahu ke zaman 4 imam mazhab tu ialah zaman tabi'in dan zaman tabi' tabi'in yang disebut nabi sebagai ''kurun yang terbaik.'' bermakna ketika itu islam masih berada dalam bentuk yang paling asli, sebab itu imam-imam yang datang selepas itu walaupun sangat hebat seperti imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi dan banyak lagi imam, mereka tak ada pulak nak buat Mazhab baru walaupun mereka layak, mereka tak bersikap “Kerana mayat, kereta mayat dapat nama”, kenapa mereka ikut 4 mazhab sedia ada? sebab?

Kerana Mazhab yang 4 itu dah sempurna, imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi semua pakat ikut Mazhab sedia ada, maka apakah hak kita yang bodoh dan jahil lagi hina ini untuk tidak mengikuti mazhab?

Last aku nak berhujah guna akal dan Al quran untuk korang anti hadis adalah dengan merujuk surah 10 terakhir, surah Al fil, kisah tentara bergajah yang menjadi seperti daun di makan ulat akibat serangan burung abibil sewaktu raja Abrahah nak pergi runtuhkan kaabah.

Mereka  “sangkakan hidup sampai ke petang, rupanya menjadi mayat di tengah hari” setelah di lontar dengan batu panas.

Dari ayat ini, jelas bahawa Allah akan menjadi penjaga kaabah sampai bila bila kerana kisah dalam al quran cerita bagaimana rancangan Raja Abrahah gagal kerana Allah jaga Kaabah. Ni kisah dalam Al quran, bukan hadis!

Kitapun tahu rupanya di zaman Nabi masih kecil, sekeliling kaabah dipenuhi berhala, dan dikelilingi dengan amalan yang salah, (tawaf sambil berbogel) sedangkan zaman nabi Ibrahim tak ada semua tu, tapi akhirnya dari surah Surah al-Fath yang menceritakan kemenangan islam, habis semua berhala dimusnahkan oleh Nabi dan sahabat sewaktu peristiwa fatal Mekah, dan tanah mekah telah diharamkan oleh orang kafir sampai sekarang, dan jika korang pergi sekeliling kaabah sekarang, satu berhalapun tak ada.

Jadi dari dua surah ni, surah Al fil dan Al Fath, kamu geng anti hadis sudah tentu yakin bahawa Allah jaga kaabah yang mana jika ada maksiat (berhala dan amalan sembahan yang salah), maka Allah akan hantar pembela untuk musnahkannya, tentera Abrahah di musnahkan oleh burung, berhala dan amalan jahiliyah dimusnahkan oleh Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda dengan izin Allah.

Jadi, jika amalan solat 5 waktu ini salah, maka Allah pasti akan hapuskan amalan ini seperti kisah dalam Al quran, jika imam 4 mazhab berniat jahat nak rosakkan islam, sudah tentu mereka akan berlubang seperti mayat di makan ulat sebagaimana kisah dalam al quran.
Jika amalan solat 5 waktu ini salah, sudah tentu imam Mahdi akan datang dalam tempoh tak sampai 500 tahun, (note: zaman Nabi Muhammad dan Nabi Isa berbeza 500 tahun) untuk hapuskan ulamak yang berniat jahat tambah solat 5 waktu.

Tapi dari pembukaan kota mekah, dah nak dekat 1500 tahun, ummat islam solat 5 waktu sehari semalam depan kaabah, dan tiada bencana seperti dalam Al quran diturunkan jika benar perbuatan ini salah, ini hujah guna akal macam bro mintak, sila fikir sebab "Biar pecah mulut mayat, jangan pecah perut mayat!"

Cukup sampai sini coretan aku, "Dua tiga mayat berlari, manakan sama mayat sendiri..", biarlah aku mengundur diri, kerana "mayat dicita kereta mayat pun datang", Tapi jika korang anti hadis nak bertaubat, “kecil keretamayat, bilik mayat saya sediakan”.

Hidup ini singkat sahaja, “Sediakan kereta mayat sebelum mayat”, bertaubatlah sebelum naik keretamayat, kerana keretamayat itu sahala jalannya, Buat yang terbaik sebelum tumpang.

Jika susah kita bantu sama sama, ibarat  “Mayat terdongak di hulurkan bantal”. Jumpa lagi dilain hari kerana “Diam diam isteri Hamka keretamayat, tapi berisi”

Woha!

Ps: Pulau Mayat Jauh Ke Tengah, Batu Nisan Bercabang Dua, Hancur Mayat Dikandung Tanah, Kereta Mayat Dikenang Juga.


Ps2: “Yang nipis itu Kapan, yang keras itu keranda, yang berat itu mayat, yang masuk neraka itu anti lima waktu Solat.

Feb 14, 2015

7 Musim kehidupan?

(Jika umur aku panjang, mungkin begini fasa kehidupan korang)

MUSIM PERTAMA di alam roh

Tak tahu berapa lama.

MUSIM KEDUA di dalam rahim Bonda.

(9 bulan 10 hari)

Air mani bercampur-40 hari

Seketul darah-40 hari.

Segumpal daging- 40 hari.
(Malaikat datang tiup ruh bersama takdir: rezeki, ajal, untung dan rugi)

Sempurnakan angota baby- baki selepas di tolak 120 hari.

MUSIM KETIGA di dunia yang fana.

Belajar Merangkak-Setahun.

Belajar berlari-1 Tahun

Belajar bezakan makanan dan najis-2 Tahun

Belajar bezakan manfaat dan mudarat-Setahun

Belajar di tadika-Setahun (tapi aku tak ke tadika sebab miskin)

Belajar di Sekolah Rendah-6 tahun

Belajar di Sekolah Menengah-5 Tahun

Masuk Politeknik ambil Diploma-3 Tahun

Menganggur-Sebulan

Mula bekerja kilang di Bangi pada umur: 22 tahun.

Tukar kerja kepada industri oil & gas di Terengganu 24 tahun.

Kahwin pada umur: 25 tahun

Beli kereta ansuran 7 tahun dan beli rumah ansuran 25 tahun

Kerja..kerja…kerja….dapat anak.

Masuk U ambil ijazah- 4 tahun

Kerja..kerja…kerja….dapat anak.

(tukar bidang kerja, jadi driver keretamayat, tulis buku, bisnes sendiri,)

(Jika umur panjang)

55 Tahun: pencen dari jadi driver keretamayat, teruskan kerjaya menulis. dapat menantu, dapat cucu.

63 Tahun: Menjadi mayat. (jika ikut umur Nabi)

Tammat.

MUSIM KE EMPAT Roh di dalam mayat

Mandi Mayat,Kapan Mayat, Sembahyang Mayat, saudara melawat:
Sehari saja.

Tanam mayat- satu jam.

Tahlil: 3 Hari

Mayat di makan ulat

Mayat pecah perut.

Mayat sudah menjadi tanah.

MUSIM KE LIMA di dalam kubur

Paling kurang 40 ribu tahun.

Lembah Neraka (semusim di Neraka)

atau

Taman Syurga (semusim di Syurga)

MUSIM KE ENAM di padang Mahsyar.

(Ribu-ribu Tahun) terbahagi kepada tiga hari:

-Hari kebangkitan.
-Hari Kemurkaan Allah (ribu tahun)
-Hari pembalasan (ribu ribu tahun bergantung pada Hisab.)

Akhirat terbahagi lepada 5 tempat
1. Mizan
2. Padang Masyar
3. Bawah Arash
4. Telaga Kaustar
5. Titian sirat (1500 tahun perjalan)

MUSIM KE TUJUH (musim terakhir)

Hadiah untuk peserta semusim di Syurga:

-Rezeki berkat-(Masa mati malaikat tarik slow dan tunjuk shurga, so matipun senyum je)
-Seksa kubur di angkat (Dalam kubur rasa macam sembahyang dua rakkat sahaja)
-Tangan kanan tarima kitab (Padang Masyar duduk bawah arash)
-Titi Sirat sepantas Kilat (Tak sedar pun dah lepas titi sirat)
-Masuk Shurga Tanpa Hisab (Nikmat mana lagi yang kamu dustakan)

YANG Tersingkir untuk peserta semusim di Neraka.

-Masuk neraka selama-lamanya jika kapir

-Bagi orang islam kena seksa bergantung pada dosa paling kurang dalam nerakapun 1000 tahun.

SEKIAN.


Ps: Sebenarnya hari ini telah berlalu yang bermakna sudah semakin sempit masa untuk kita buat usaha selamatkan diri dari azab api neraka! juga semakin sempit masa untuk kita buat usaha masukkan diri ke dalam shurga. Peristiwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita sentiasa ke depan. Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...Menuju tempat menjadi mayat. semoga kita Woha sampai Syurga, amin.

Feb 9, 2015

Tolak vaksin ambil Homeopathy?

(Buang Sains, ambil Pseudoscience, Adohai.)


Al kisah anti vax yang tak habis menyusahkan orang, sekarang isu ni dah jadi hangat kat California sebab penyakit berjangkit Measles dah mulai merebak kerana ada sebahagian orang kafir di Californea yang menolak sains lalu memilih pseudosience lantas  mengembalikan zaman penyakit merebak yang dah lama pupus.

Boleh google atau tengok berita, klik sini.

Di Malaysia Alhamdulillah, orang islam ramai yang tak tolak sains, cuma sejak ada zaman internet ni, golongan ni nampaknya semakin bertambah sebab malas nak kaji (ayat 6 surah Al hujarat) atau malas nak rujuk pada yang pakar (ayat .43 surah Al Nahl) sebagaimana suruhan Allah dalam Al quran. mereka terperangkap dengan merujuk berita yang salah, dan pakar yang salah, serta berkawan dengan kawan yang salah lalu memilih menolak vaksin dengan kejahilan melampau.

Korang boleh baca entry aku yang lepas berkenaan vaksin, aku tulis december lepas, sampai semalam dah masuk febuary pun masih ada yang komen dengan penuh kejahilan.

Antara komen mereka, suruh aku tinggalkan vaksin di hospital yang percuma sebab itu adalah agenda yahudi dan suruh aku cuba kaedah berbayar homoepathy kerana lebih islamik.Serius?



Aku bukan nak burukkan pengamal perubatan homeopathy, tapi jika kita rujuk pada fakta, vaksin di hospital sangat jelas dari segi data yang mana kematian menurun sebelum dan selepas vaksin diperkenalkan. 

Data yang jelas menunjukkan bagaimana penyakit berjangkit semakin pupus sebelum dan selepas vaksin diperkenalkan, kita boleh emosi, tapi apa guna kita beremosi dengan fakta? Lupa ke dengan pepatah, "jangan menangsi susu yang tumpah" atau "nasi susah menjadi bubur", pepatah itu merujuk kepada tindakan kita bila berhadapan dengan fakta. So boleh  rujuk kepada  WHO untuk data yang lengkap,

Tapi untuk homeopathy, jika kita rujuk pada fakta di Wikipedia, perenggan pertama lagi mereka cakap homeopathy ini adalah pseudoscience. Ianya tidak berkesan dalam apa jua keadaan, dan tiada bukti penyembuhan melainkan kesan placebo sahaja.

Wiki: Homeopathy is considered a pseudoscience.[2][3][4][5] It is not effective for any condition, and no remedy has been proven to be more effective than placebo.(source)

Korang pun bantah: Setakat petik dari wiki sesiapun boleh tulis, nak bagi bukti, tolong bagi dari sumber from credible scientific paper/journal.

Adohai, aku dah bagi link dekat nombor [2][3][4][5] tu adalah credible scientific paper/journal, tapi sebab korang malas nak klik, aku bagilah sumber from credible scientific paper/journal.

[2] Tuomela R (1987). "Chapter 4: Science, Protoscience, and Pseudoscience". In Pitt JC, Marcello P. Rational Changes in Science: Essays on Scientific Reasoning. Boston Studies in the Philosophy of Science 98 (Springer). pp. 83–101. doi:10.1007/978-94-009-3779-6_4. ISBN 978-94-010-8181-8

[3] Smith K (2012). "Homeopathy is Unscientific and Unethical". Bioethics 26 (9): 508–512. doi:10.1111/j.1467-8519.2011.01956.x

[4] Baran GR, Kiana MF, Samuel SP (2014). Chapter 2: Science, Pseudoscience, and Not Science: How Do They Differ?. Healthcare and Biomedical Technology in the 21st Century (Springer). pp. 19–57. doi:10.1007/978-1-4614-8541-4_2. ISBN 978-1-4614-8540-7. within the traditional medical community it is considered to be quackery”

[5] Ladyman J (2013). "3: Towards a Demarcation of Science from Pseudoscience". In Pigliucci M, Boudry M. Philosophy of Pseudoscience: Reconsidering the Demarcation Problem (University of Chicago Press). pp. 48–49. ISBN 978-0-226-05196-3. Yet homeopathy is a paradigmatic example of pseudoscience. It is neither simply bad science nor science fraud, but rather profoundly departs from scientific method and theories while being described as scientific by some of its adherents (often sincerely).”

Aku dah bagi bukti, boleh saman mereka sebab benda sudah publish lama di internet, jika tak faham bahasa English, aku copy dari wiki bahasa melayu.

“Homeopati adalah rawatan alternatif yang dicipta oleh Samuel Hahnemann beragama Christian dari German pada abad ke-18. Teori dasar di balik homeopati adalah bahawa orang sakit boleh disembuhkan dengan menggunakan kesan pantulan bahan yang menghasilkan gejala sakit pada orang sihat. Homeopati disediakan dengan menambah banyak air dalam suatu substansi, memukulnya, lalu mengambil sedikit air, menambah ke air yang banyak, memukulnya, dan proses ini diulang-ulang hingga 200 kali dalam beberapa rawatan. Hahnmemann mengatakan ini akan mengeluarkan "kekuatan penyembuh yang ada pada ubat".(sumber)

Stop kejap, pukul air lama-lama jadi ubat? faham tak pukul air ni macam mana? apa kata kita tengok wiki dalam bahasa indosia pulak:

Homeopati dipersiapkan dengan menambahkan banyak air dalam suatu substansi, mengocoknya, lalu mengambil sedikit air, menambahkannya ke banyak air, mengocoknya, dan proses ini diulang-ulang hingga 200 kali dalam beberapa pengobatan. Hahnmemann mengatakan ini akan mengeluarkan "kekuatan penyembuh yang ada pada obat. (sumber: Organon of Medicine, Samuel Hahnemann, combined 5th/6th edition)

Lalu kedua dua wiki, bahasa Malaysia, dan Indonesia menulis, 

"Banyak saintis/ilmuan juga tidak percaya dengan homeopati kerana bertentangan dengan ilmu fizik dan kimia. Orang merasa lebih baik selepas diterapi homeopati kerana mereka merasa akan sembuh, suatu keadaan yang dikenali dengan istilah "kesan placebo”.

Bagi yang tak tahu apa itu kesan placebo, ianya adalah satu kesan penyembuhan yang berlaku kepada pesakit akibat sangat yakin dengan sesuatu ubat walaupun ubat palsu, 

Oleh sebab itulah James Randi, pakar pendedahan penipuan telah mencabar sebanyak satu juta dollar kepada semua pembuat ubat homoepathy untuk buktikan kesan ubat mereka, jika terbukti benar, akan di bayar satu juta dollar, namun sehingga sekarang, tak ada satu syarikat pembuat homoepathy pun yang berani tampil menyahut cabaran.



Akhir tahun lepas pulak, aku dengar di Austrlia, pembuat vaksin homeopathy kena saman sebab menipu pelanggan, boleh baca di sini.

"Australian court to penalize homeopaths for claiming vaccine alternative"

Perbualan yang aku copy dari link yang pembaca
beri bukti dr homeopathy Malaysia cakap
ada homeopaty vaksin tapi kena pm tepi.
Aku bukan nak menfitnah homeopathy di sini, aku just copy paste bukti yang korang pun boleh nilaikan sendiri. Aku mengaku aku bukan orang perubatan, tapi bila ada orang suruh aku tinggalkan vaksin di hospital yang percuma dan cuba kaedah berbayar homoepathy dengan fakta yang diputar belit konon vaksin ni senjata yahudi nak lemahkan umat islam, padahal di Negara israelpun mereka suntik anak mereka dengan vaksin. Adohai..

Info yang korang bagi bertentangan dengan fakta sebenar, di Arab Negara islam pun pergi haji orang suntik dengan vaksin sebab tak nak penyakit berjangkit, benda ni ada data yang telah dibuktikan.

Akhir kata, aku ulang lagi sekali, aku bukan nak fitnah homeopathy, tiada penemuan baru dari aku, apa yang aku ulang tulis adalah copy paste dan link juga aku dah dah bagi siap siap, jika ada kesilapan pada penulisan aku, mungkin disebabkan kefahaman English aku yang lemah, namun, korang yang pandai, boleh rujuk semua link yang aku berikan. Semuanya fakta yang jelas depan mata, jadi kepada pembaca yang suruh aku tinggalkan vaksin di hospital yang percuma dan cuba kaedah berbayar homoepathy.

Aku minta maaf, bukti tidak memihak kepada anda, jangan marah dan melenting, kerana ini bukan berkenaan emosi, tapi berkenaan fakta.

Bab kata orang putih.

Sorry it's not personal, it's just evidence.

Woha!

Ps: Ini hanyalah perbualan antara aku yang bukan pakar perubatan dengan pembaca blog aku yang juga bukan pakar perubatan, maaflah sebab terlalu letak banyak link kerana kami bukan ahli bidang ini. Kepada mereka yang terer bab perubatan dan memang ahli, sangat di galakkan untuk anda tambah hujah di ruangan komen, semoga komen anda membantu aku dan mereka ke arah kebenaran. InsyaAllah.