Dec 3, 2014

Dajjal pun berdakwah?

(Kajian Khas Hamka Keratemayat berkenaan Teori Kospirasi Dajjal dengan bersandarkan hadis-Hadis pilihan, sebuah penemuan yang mengejutkan tentang ummat islam akhir zaman-woha!)

Pada suatu hari, ketika sahabat Nabi duduk berbicara kisah Nabi Muhammad SAW yang telah wafat kepada murid-muridnya yang terdiri daripada para Tabien, maka terbongkarlah akan sebuah kisah bagaimana pernah satu ketika, di zaman hayat Baginda Rasulullah SAW masih dikandung badan, telah muncul seekor serigala kurus di hadapan Nabi lantas mulai berbicara dalam bahasa arab.

Rupa-rupanya, kemunculan serigala itu adalah bertujuan untuk meminta izin dari Nabi agar dibenarkan makan kambing yang dipelihara oleh orang ramai, namun Nabi tidak benarkan mereka memakan kambing yang dimiliki oleh orang ramai, bermakna serigala jika nak makan, pergilah memburu hidupan liar dengan kudrat sendiri, jangan menyusahkan orang ramai terutama orang islam, lalu beredarlah serigala itu dengan kesedihan kerana sukar untuk memburu hidupan liar di pinggir Kota Madinah barangkali.

Tidak lama kemudian, muncullah seluruh keluarga serigala daripada datuk serigala sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing peliharaan orang ramai, melihat kebuluran yang menimpa keluarga serigala, maka Nabi benarkan mereka makan kambing orang ramai, tapi dengan satu syarat iaitu: hanya kambing yang sesat atau yang terpisah dari jema’ah nya.

Apabila Tabi’in (gelaran untuk orang yang tidak sempat berjumpa Nabi tapi sempat berjumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua merasa takjub dan mula menzahirkan niat akan betapa indahnya jika dapat hidup bersama sezaman dengan Nabi SAW menyaksikan peristiwa peristiwa ajaib yang bakal meningkatkan iman.

Tapi sahabat menyatakan, indah itu hanya pada kemanisan iman, kerana kami para sahabat RA pada waktu itu selalu berada dalam keadaan ujian lapar dan ancaman, kami selalu mengikat perut dengan batu, dan tidak lena malam berjaga dari serangan musuh, malahan Nabi Muhammad SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya di atas ujian lapar.

Lalu terbongkarlah kisah penderitaan dan pengorbanan Nabi bersama para Sahabat baginda di zaman permulaan islam.

Diriwayatakan akan kehidupan Nabi Muhammad saw itu, kebiasaanya hidup sehari kenyang dan sehari lapar, Aisyah pernah mengatakan pernah dapur rumah Nabi tidak berasap selama beberapa bulan,

Untuk pengetahuan pembaca,  Nabi berlapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Ini adalah disebabkan oleh sekatan ekonomi daripada orang kafir yang tidak mahu menjual makanan kepada orang islam, hamba yang bekerja dikebun pula, di seksa siang malam kerana memeluk islam. Malahan sekatan ekonomi daripada orang kafir kepada orang islam membuatkan anak anak orang islam, ada yang mati di riba ibu-ibu mereka.

Maka tidak pelik, di waktu pagi apabila Nabi nak breakfirst, isteri baginda cakap makanan takde.
Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa.

Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:

“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"

Siti Aisyah r.ha pernah di pelawa menghadir majlis makan-makan selepas zaman Nabi, lantas apabila Aisyah menyuapkan makanan ke mulutnya, Aisyah r.aha telah menangis.

Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata.

“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”

Aisyah berkata lagi…

“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah berkata:

“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatanya”

“Pernah satu hari apabila tiba waktu berbuka puasa, tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah membahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa.”

Penderitaan ini bukan sahaja di alami oleh Nabi, malahan turut di alami oleh anak kesayangan Nabi Muhammad SAW yang mana pernah sewaktu Nabi ziarah anak kesayangannya Fatimah r.aha, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last ada jawapan salam dari fatimah r.aha dengan nada yang perlahan, dan Fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, Nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong.

Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ;

Seorang cium di perut.

Seorang cium di leher.

Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun.

Nota kepada Mualaf: kasyaf adalah dapat melihat peristiwa hadapan di sebalik dengan izin Allah.

Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya.

Nota kepada Mualaf: Setiap Nabi dan Ambia a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya setelah berates tahun berdakwah tapi tiada yang ikut malahan menyakitkan jasad dan perasaan Nabi –Rujuk cerita para Nabi.

 Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang masyar.., Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada Ummatnya..oh!

Namun aku bukan nak cerita pasal doa terakhir, apa yang aku nak cerita adalah tentang pengorbanan Nabi SAW dan sahabat sahabat RA yang sentiasa dalam keadaan menderita kelaparan dan menderita kesusahan kerana ugama.

Timbul satu soalan, kenapa di rumah Nabi tiada makanan walaupun di Madinah, sebab boikot hanya berlaku di Mekah ketika ummat islam dipulau ke lembah Abu Mutalib?

Kenapa Nabi tiada wang untuk membeli makanan?,

Adakah Nabi tak pandai berniaga?

Hello!

Korang semua yang aku muliakan.

Nabi SAW adalah pedagang yang paling mahir di zaman mudanya, menerima gaji yang paling mahal ketika berniaga di Syam, barang dagangannya cepat habis dan sentiasa mendapat keutungan yang berlipat kali ganda, tapi, itu dulu, sebelum baginda jadi Nabi SAW.

Tapi sebaik sahaja Nabi SAW di lantik menjadi Rasulullah sekalian alam, maka katanya pada isterinya yang menyelimutnya.., lipatlah kain selimut itu, sekarang tiada rehat lagi untukku, maka bermulalah PENGORBANAN dalam kehidupan Nabi SAW dalam membela ugama, seluruh harta benda jiwa raga di korbankan, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan ugama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam.

Isteri baginda, Khatijah r.aha yang merupakan jutawan juga akhirnya mati sehelai sepinggang kerana telah berkorban segala galanya untuk membantu agama sehingga mewasiat, tulang tulangnya seandainya diperlukan untuk agama, sanggup di korbankan.

Begitu jugak pengorbanan di kalangan para Sahabat, sebelum islam Abu Bakar r.a ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk islam?

Benar, beliau telah korabankan seluruh hartanya pada ugama dan pernah memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri. Sewaktu wafat hanya meninggalkan Allah dan Rasul pada keluarganya.

Saidina Umar r.a pula dihujung hayatnya, hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang.

Pernah berkata Hazrat Abu hurairah r.a setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus;

“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan."

Itu belum aku cerita kisah Mus’ab bin Umair r.a, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk islam, beliau telah dibogelkan dan dibuang oleh keluarga, hujung hayatnya, beliau hanya memakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair r.a terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain.

Korang semua yang aku muliakan,

Nabi SAW dan para sahabat r.a benar benar telah membuat pengorbanan untuk ugama.

Sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh alam, di hujung dakwah Nabi, ketika peristiwa fatal Makah, Islam akhirnya menang dengan terzahirnya peristiwa berbondong bondong manusia telah masuk ke dalam agama islam.

Sebaik perjanjian Huhabiah di meterai, yang mana berlakunya gencatan senjata, maka bolehlah orang islam bergaul dengan aman bersama orang kafir yang mana telah membuka pintu hidayat selebar lebarnya sehingga dimana sahaja penjuru sahabat berada, akan ada orang yang terbuka hatinya pada islam.

Dalam peristiwa Hak, seperti kejujuran berniaga, pengorbanan melayan tetamu, sifat memaafkan, dan saling berlumba membantu orang sekeliling, akhirnya hidayat terus tersebar sehingga tiada lagi orang kafir di bumi Mekah buat selama-selamanya, dan tanah itu telah menjadi haram kepada bukan islam selamanya.

Asbab pengorbanan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi daripada perkara batil juga boleh jadi asbab hidayat.

Contohnya kisah yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id, kisah bagaimana seekor serigala kurus telah mengejar seekor kambing dan menangkapnya, lalu si pengembala yang bukan islam mengejarnya dan menarik kambing tersebut dari cengkamannya. Tapi tiba tiba Serigala itu berkata dalam Bahasa arab:,

"Apakah kau tidak takut kepada Allah? Mengapa kau ambil paksa dariku rezeki yang telah diberikan Allah kepadaku?”

Terus pengembala itu berkata: "wah, hebatnya, serigala boleh bercakap?"

Dengan selamba serigala menjawab: “ada berita yang lebih hebat, nun di Madinah, telah lahir Nabi akhir zaman”

Terus si pengembala pergi ke Madinah, dan akhirnya masuk islam.

Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya binatang seperti serigala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.

Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari serigala? Aku bagi cerita lain yang lebih gempak.

Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang bersama Ali bin Abu Thalib dan beberapa sahabat lain, datanglah seseorang dari kabilah Bani Amir bernama Ghassan bin Malik yang berkata:

 “Mahukah engkau wahai Muhammad menyampaikan semua perintah Tuhanmu atau aku yang menyampaikan perintah berhalaku?”

Rasulullah SAW menjawab, “Aku yang akan menyampaikan perintah Tuhanku.”

Baginda kemudiannya menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepadanya lalu masuk islamlah akan Ghassan..

Setelah itu Ghassan bin Malik berkata, “Kami dari kabilah Bani Amir mempunyai sebuah berhala yang kami sembah setiap hari. Suatu hari, berhala kami telah berkata: “Wahai manusia, telah diutus nabi yang jujur di Madinah”

Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya berhala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.

Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari berhala? Aku bagi cerita lain yang lebih gempak gila. Ha ha!

Tersebutlah akan kisah sahabat Nabi yang bernama Tamin Dari r.a seorang pengembara yang terdampar di sebuah pulau dan bertemu dengan makhluk yang berbulu tebal sehingga tidak tahu jantan ke betina, dan makhluk itu membawanya berjumpa Dajjal.

Lalu Dajjal bertanya:

“Apakah buah tamar di tanah arab masih berbuah?

“Apakah air tasik di tanah arab masih mengalir?

Apabila Tamin r.a membenarkan kata-kata Dajjal, maka Dajjal bagitahu bahawa dia akan muncul apabila buah tamar dan air tasik tanah arab menjadi kering, kemudian kata Dajjal, beruntunglah sesiapa yang mengikut Nabi Muhammad SAW di Madinah, kerana akan terselamat dari fitnah Dajjal.

Korang semua yang aku muliakan sekalian.

Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat(buat dakwah)

Kadang kadang muncul syaitan di hadapan nabi lalu ‘mengajar’ ugama dengan memberitahu siapa musuhnya dan siapa kekasihnya (rujuk ustaz)

Kenapa sampai jadi macam tu?

Kerana Pengorbanan mereka terhadap ugama begitu dahsyat sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana ugama, dan menitiskan darah serta air mata kerana ugama!

Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!

Nabi SAW telah mengajar Sahabat RA membuat pengorbanan ke atas ugama sehingga mereka tak sempat nak majukan dunia mereka, tapi Allah telah buka pintu kemenangan yang mana akhirnya berbondong bondong manusia dari seluruh dunia telah kembali kepada Allah..

Ketika baginda wafat, Fatimah r.a telah pergi melihat mayat baginda SAW, lalu mengusap mata baginda dan berkata:

“inilah mata yang tak pernah lena kerana ummat”

Kemudian, mengusap perut baginda dan berkata:

“inilah perut yang tak pernah kenyang kerana ummat”

Kemudian, mengusap badan baginda dan berkata:

“inilah badan yang tak pernah rehat kerana ummat”

Pendek cerita, asbab pengorbanan Nabi dan sahabat, akhirnya, serigala, berhala, syaitan dan dajal pun ‘berdakwah’ kepada islam.

Namun kita hari ini, apabila ummat islam termasuk aku tidak membuat pengorbanan ke atas ugama, melalui perkara Hak pun hidayat boleh tersekat, jika dulu Dajjal sebesar besar batil pun boleh buat ‘dakwah’, tapi hari ini orang islam, manusia terpilih, ummat terbaik pula yang telah menghalang dakwah!

Ada ustaz dan ulamak yang menghalang dakwah pintu ke pintu, menghalang orang beriktikaf di masjid, menghalang dakwah sesama islam. Adohai..

Dalam masjid hari ini, ada orang islam yang bergaduh, dalam parti islam, ada pecat memecat, dalam majlis ilmu boleh caci mencaci, menkafirkan orang dan mendoakan bala, dalam majlis membaca Al-quran pun masih ada unsur maksiat, menyebabkan manusia makin jauh dari hidayat Allah, malahan ada yang lari dari pangkuan Allah(murtad).

Maka aku berpesan kepada diri sendiri dan juga para pembaca, jadikanlah diri kita sebagai asbab hidayat, bukan sebagai penghalang hidayat.

Untuk menjadi asbab hidayat, kita perlu tambah pengorbanan.

Tapi apa itu pengorbanan?

Sebenarnya, aku dan korang, belum lagi buat apa apa pengorbananpun, tak payah nak berlagaklah, kerana korban adalah di kira selepas kamu tunaikan HAK.

Sebagai contoh, solat jemaah adalah HAK ugama, mereka yang pergi solat jemaah baru tunaikan HAK ugama, Korban adalah apabila korang bangun malam solat tahajjud misalnya

Contoh lain, kalau kita bagi minum air pada orang yang dahaga, itu baru di kira sebagai menunaikan Hak mereka yang kehausan, tapi sekiranya kita jugak dalam keadaan dahaga, tapi masih bagi orang lain minum air itulah yang di katakan pengorbanan.

Dan itulah yang berlaku di zaman Nabi SAW dan sahabat RA, cerita seperti menjamu tetamu dengan membiarkan anak-anak mereka tidur kelaparan, cerita kepala kambing, mengikat perut kerana ugama dan lain lain itulah yang di katakan korban mereka kepada Allah,

Korban mereka tinggi, walaupun mereka tahu pahala solat di masjidil haram dan masjid Nabawi adalah digandakan ratusan ribu kali ganda, tapi mereka tetap buat pengorbanan dengan meninggalkan anak isteri dan kampong halaman berdakwah ke suluruh pelusuk alam sampai ke india dan cina!

Sesungguhnya, kubur kubur sahabat Ra telah bertebaran ke suluruh dunia hingga sampai ke negera Russia, mereka telah benar benar berkorban dan terkorban.

Aku hari ini, Bukan nak cakap pasal Korban, tunaikah Hak ugamapun belum lagi, Apa kejadah?

Sebagi contoh: aku belum menunaikan Hak Solat, Yang mana aku wajib solat jemaah dan solat sunnat dan solat tahajjud tapi aku kadang kadang just solat wajib sahaja, itupun dengan sambil lewa, acuh tak acuh!

Hampeh kepada diri sendiri!

Aku juga belum menunaikan Hak Al-Quran, Yang mana aku wajib Khatam Al-quran paling kurang 2 kali setahun tapi aku biarkan masa lapangku dengan baca komik, baca whatsapp, baca FB dan baca blog? 
Adohai..

Aku juga belum menunaikan Hak Zikir, Yang mana aku wajib berzikir pada waktu pagi dan petang iaitu waktu yang di haramkan solat, waktu pergi kerja dan balik kerja tapi aku dalam kereta suka dengar radio dan update lagu popular arghh! cukupkah jika aku sekadar ber’zikir’ dengan lagu nashid? Hempeh!

Aku juga ternyata belum lagi menunaikan Hak dakwah, Yang mana aku wajib ajak orang kapir masuk islam dan ajak orang islam amal ugama tapi aku msih bersenang lenang dalam hangatnya pelukkan isteri di kedinginan malam di musim tengkujuh, isk isk..

Tunaikan Hak Ugamapun Belum Lagi, Apatah Lagi Korban! Apa kejadah?
.
.
.
.
.
Pengsan!

Ps: Penulis ditemui pengsan depan komputer, dengan mulut terkumat kamit menyebut: "aku kat mana? aku kat mana? Woha!

(Nasib baik belum mati, sempatlah beliau bertaubat, kemudian mudah mudahan dapatlah beliau tunaikah hak agama, lalu belajar bekorban. Pesan pada diri sendiri rupanya. Adohai.)

55 comments:

anol said...

As salam, seronok membaca blog kereta mayat. Cuma nak betulkan ejaan nama sahabat nabi yang berdialog dengan Dajjal kat pulau tu Tamim Ad Dari..tapi kalo kereta mayat orang Ganu..memang sebut Taming la..saya la yang salah..hahaha..terima kasih..nanti jumpa lagi ye

Anonymous said...

salam,

semoga pagi yang berakah ini kita semua diampuni Allah

'Ada ustaz dan ulamak yang menghalang dakwah pintu ke pintu, menghalang orang beriktikaf di masjid, menghalang dakwah sesama islam. Adohai..'

benar tersangat benar ubat kepada kekuatan Islam adalah solat berjemaah... tapi jangan kita tinggalkan sekecil kecilnya seperti bersiwak, minum madu, dan sebagainya

kalau anda rasa geram, perit, sakit hati orang menghalang dakwah kamu ketuk pintu rumah kerumah iktikaf didalam masjid dihalangi orang dan seumpamanya

begitulah juga mereka mereka yang bersusah payah mengkaji fitnah dajal dan sebagainya...

Bila setiap usaha dakwah mereka diperkecilkan di perbodohkan apa perasaan mereka sedangkan apa yang disampaikan adalah menerusi Hadis Nabi

Manusia semuanya tidak sama, hidayah sampai dengan pelbagai cara.. ada yang kita ajak solat jemaah dah sampai hidayah ada yang dah sakit baru nak taubat...ada pulak yang berubah bila baca hadis akhir zaman, baca al quran...ada yang dapat bila mengkaji, ada yang nak bedebat dulu macam ahmad dedat dan zakir naik buat, Ada saintis yang memeluk islam tak payah cakap lah kenapa kan, pelbagai..

Jadinya pada pendapat aku selagi mana apa yang diusahakan atas nama islam, soal ikhlas bagaimana method selagi tidak menyangahi hukum syarak harus dibantu, bahkan jauh sekali kita memperbodohkan mereka


https://www.youtube.com/watch?v=QMpGItJPnz8

Mummy said...

salam semua....
sedih bila membayangkan cucu nabi yg kelaparan...anak2 dan kiter sendiri zaman sekarang xpernah merasa lapar malah terlebih kenyang....oh...

Anonymous said...

kisah yg sgt menyetuh perasaan..muhasabah diri ku...

Anonymous said...

Assalam semua pembaca blog ini...hanya dengan pengorbanan..hidayat akan tersebar seluruh alam..sebagaimana nabiSAW dan para sahabat r.hum lakukan...hanya dengan pengorbanan dan mujahadah..kita akan merasai betapa manisnya iman..(kamu tidak dikatakan beriman,selagi kamu tidak diuji)..sabda baginda nabiSAW..kalau bukan kerana ada wanita dan kanak2 di dalam rumah..akan ku bakar rumah itu..kerana kaum lelakinya tidak solat berjemaah...orang Israel dah bagi kita clue bagaimana kerajaan mereka akan kalah ke atas orang islam..iaitu...penuhi masjid solat lima waktu..tapi kita..masih lalai,leka,seronok2..takde rasa apa2 bila agama dan iman kita dipersenda oleh mereka...Allahu akbar...

AHJ75

Anonymous said...

Solat jemaah adalah kunci kekuatan Umat islam

apa pon HIDAYAH TETAP ALLAH

Sesungguh nya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa member hidayahpetunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi. Tetapi Allah jua lah yang berkuasa member hidayah petunjuk kepada sesiapa yang di kehendaki Nya. Dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang2 yang layak mendapat hidayah petunjuk itu”. (Quran: Al Qasas,56)

hamka said...

salam, terima kasih yang sudi menegur, aku akan edit balik bab typo tu, banyak rupanya salah eja.

dah edit ejaan nanti, akan di share di facebook pula.

terima kasih

Anonymous said...

Doa elak fitnah dajjal al-masih..

اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر..وأعوذ بك من عذاب الجهنم..وأعوذ بك فتنة مسيح الدجال

Baca setiap kali lepas solat fardhu..

Taubat dari pakar konspirasi said...

Saya sendiri berpengalaman menjadi "penggiat" teori konspirasi beberapa tahun yang lampau, sebelum "pencen" kerana, tentulah, ianya endless.

Kecacatan gerakan teori konspirasi akhir-akhir ini saya letak kepada dua - penggerak dan pengikut.

Penggerak teori konspirasi zaman sekarang ini, lebih mengutamakan "sensasi" daripada kesahihan berita yang diwar-warkan. Sudah tidak wujud penghargaan terhadap ilmu, sebaliknya semuanya dianggap mudah.

Video konspirasi contohnya, membicarakan mengenai ilmu arkeologi sedangkan pembuat video tersebut tidak mengetahui pun ilmu arkeologi! Penulis teori konspirasi membuat cerita mengenai H1N1, tetapi penulis tersebut sendiri malas mengkaji mengenai ilmu biologi H1N1!

Tanpa background yang kukuh, masakan mungkin artikel yang ditulis menjadi artikel yang bermanfaat.

Cuba lihat tokoh-tokoh konspirasi yang terkenal. Noah Chomsky, contohnya, sentiasa melampirkan bukti-bukti bertulis apabila membongkarkan penipuan kerajaan Amerika Syarikat. Pendek kata, "He knows what he's talking about!"

Berkonspirasi mengenai evolusi. Apabila saya tanyakan apa 2 prinsip asas evolusi pun tidak tahu, bagaimana orang nak percaya artikel yang ditulis?

Taubat dari pakar konspirasi said...

Itu dari segi penggerak. Aspek kedua, dari segi pengikut.

Ada ramai penggerak konspirasi yang bagi saya bertahap "moderate", mereka sentiasa berlapik dalam berkonspirasi dan sentiasa merendah diri. Namun yang jadi masalah, adalah para pengikut yang sering taksub dengan penggerak dan apa yang dikonspirasikan.

Pernah saya terjumpa, pengikut konspirasi yang mencaci maki seorang tokoh Islam kerana dikaitkan dengan konspirasi. Diedit gambarnya, diletakkan tanduk dan sebagainya. Sayang, jumpa konspirasi, akhlak hilang.

Begitu juga, apabila sikap masyarakat kita yang ENGGAN MENGKAJI. Semuanya menerima bulat-bulat apa yang diceritakan. Sedangkan Allah sendiri menyuruh kita menyiasat sebarang berita yang diterima. Sedangkan Allah sendiri yang menyuruh kita agar berlaku adil, walaupun terhadap kaum lain. Sedangkan Allah sendiri yang menyuruh kita bertanya kepada Ahlazzikri (orang yang berpengetahuan), sekiranya kita tidak mengetahui. Sedangkan Allah sendiri menyuruh kita memBACA, wahyu pertama yang diturunkan.

Wahai penggerak2 konspirasi - latihlah pengikut2 anda untuk mengamalkan perkara2 yang ALLAH suruh diatas terlebih dahulu, sebelum anda menyogok mereka dengan adrenaline dan artikel-artikel yang sudah pasti mereka enggan mencari kesahihannya!

Akhir kata,

Bagi saya, adalah tidak bermanfaat untuk kita menghabiskan masa dengan teori konspirasi ini. Jika alQuran dan Sunnah itu sudah difahami sebetulnya, akidah kita sudah lurus dan jelas, maka kita tidak perlu takut pun terhadap konspirasi. Datanglah konspirasi Freemason ke, Illuminati ke, Yahudi ke, NWO ke, WWF ke, kita tetap akan terjaga akidah, inshaAllah.

Dengan syarat, akidah yang lurus dan jelas berdasarkan alQuran dan Sunnah.

Atas sebab itulah, Abu Bakar AsSiddiq dan Umar AlKhattab tak perlu tahu pun mengenai konspirasi-konspirasi ini. Namun iman mereka jauh, jauh lebih mantap daripada kita.

Atas sebab itulah, dalam sebuah peristiwa, sahabat nabi terkenal Mughirah pernah berkata bahawa beliau adalah orang yang paling banyak bertanya mengenai dajjal kepada Nabi. Namun baginda s.a.w berkata kepada beliau: "Kenapa kamu bersusah-payah menanyakan hal itu? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu." (maksud hadis yang diriwayatkan oleh Muslim).

Kenapa Nabi berkata sedemikian? Kerana iman Mughirah sudah mantap. Akidah Mughirah adalah akidah yang suci, bersih.

Luruskanlah akidah kita. Nabi berpesan dalam menghadapi fitnah dajjal, antara amalan yang disarankan adalah melazimi surah Al-Kahfi.

Surah Al-Kahfi itu sendiri, ditafsirkan oleh Syeikh Qutb dalam Fi Zilalil Quran, mengajak umat Islam untuk tashih aqidah (memperbetulkan aqidah), tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap), serta tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar). Laksanakanlah ketiga-tiga ini, inshaAllah kita akan terlindung dari fitnah dajjal.

Sekian, wallahua'lam. Wassalam.

Taubat said...

tapi Hamka, teori kospirasi anda, memang sarcasm yang sangat deep.

tahniah!

Robot Polis said...

Hamka, ada orang bg link entri vaksin ko dlu kt UIB pnye post vaksin.

Apa komen anda tntg pbedaan tersebut?
Teringin gk nk tau

Zyra Roxx said...

menitis air mata tanpa sedar bila tiba part nabi meninggal. Allah, betapa kasihnya nabi pada kita ummat baginda :'(

tapi thanks sebab selitkan lawak di mana penulis pengsan depan komputer :)

polaris.saujana said...

Deep.

Pengsan depan laptop( :) )...semoga Allah menerima taubat kita.

Kereta Mayat telah kembali mengingatkan tentang kedahsyatan mati, kiamat, dajal dan seangkatan dengannya.

Aku faham 1 perkara.
Teori kospirasi akan buat kita prejudis, syok sendiri dan mengambil jalan mudah menyalahkan orang lain. Akibatnya, masalah timbul tanpa solusi
Contoh:terpengaruh dengan teori konspirasi Window(Bill Gates), semua beralih pakai Apple, bila sekarang CEO Apple umum dia gay dan menyokong gay, kita dimana?

Jazakallah Hamka atas pendedahan dan pencerahan.

Anonymous said...

Saya nak kongsi pengalaman saya berkenaan anak2 saya yang tak ambil apa2 vaksin,bcg, dsb..Alhamdulillah syukur saya pada AllahSWT..anak2 saya langsung tak mengalami apa2 sakit kronik..kalau demam dan selsema pula, cepat sembuhnya..dan yang mengujakan saya dan suami..akhlak mereka terbentuk sangat cantik..mudah mendengar kata..perkataan pertama yang kami ajarkan ialah ALLAH..dan mereka sentiasa menyebutnya..

Anonymous said...

jika kes terpencil satu dalam sejuta dijadikan rujukan, saya tak tahu nak cakap apa. Good luck.

Anonymous said...

"Bagi saya, adalah tidak bermanfaat untuk kita menghabiskan masa dengan teori konspirasi ini. Jika alQuran dan Sunnah itu sudah difahami sebetulnya, akidah kita sudah lurus dan jelas, maka kita tidak perlu takut pun terhadap konspirasi. Datanglah konspirasi Freemason ke, Illuminati ke, Yahudi ke, NWO ke, WWF ke, kita tetap akan terjaga akidah, inshaAllah."

Teori konspirasi tu atas nama sahaja, kalau kamu terlalu taksub menghentam kamu juga tak faham inti pati teori konspirasi... 'TEORI' pegang perkataan ini bisa jadi benar bisa jadi salah..Cuma satu yang saya nasihatkan Hadis nabi adalah benar buka mata hati kamu lihat persekitaran dunia sekarang semuanya sudah terbukti ini bukan ramalan ini ketetapan yang telah Allah atur..

dalam juga begitu ada rasa dia betul ada rasa kita salah pokoknya hanya Allah yang mengadili kita... kan?

'KONSPIRASI'
kalau orang Faham ayat sebenarnya ialah 'FITNAH'
Fitnah disini ialah fitnah terhadap islam agama kita..

sudah beberapa kali link yang disertakan bedasarkan hadis ada setengahnya ayat al quran... itu pon kamu tidak dapat menilai bagaimana kamu berkata tentang akidah

bagaimana dengan teori manusia kebulan ada ayatnya didalam Al quran...Akidah?

Apa yang kamu pertahankan itu kamu rasa betul tapi hanya membuatkan manusia semakin lalai dan tidak alert dengan persekitaran... kita perlu peduli!! Perhatikan di Syam!! Perhatikan apa yang tersisa didalam badan Umat islam! Riba! Ingat! Manusia masuk kesyurga hanya atas Rahmat Allah manusia menerima Hidayah hanya kerana ALLAH..jangan kerana berbanga dengan amalan kamu ..sehingga menjadikan kamu susah mendapat rahmat Allah..FIKIR...

Anonymous said...

((jika kes terpencil satu dalam sejuta dijadikan rujukan, saya tak tahu nak cakap apa. Good luck.))

bukan good luck sedara...INSYA ALLAH

Anonymous said...

Jadikanlah blog sebagai tempat untuk nasihat menasihati, nota muhasabah. setiap tulinsan yang tiada manafaat (apatah lagi kutuk mengutuk) yang dikongsikan akan ditanya kelak... .

Anonymous said...

pada mereka yang fikir solat jemaah 'SUDAH CUKUP' utuk mereka masuk syurga

dengar baik baik Solat adalah perkara pertama yang dihutung, Solat jemaah adalah satu tuntutan yang utama

ini semua bukan pertikaiaan cuma satu nasihat saya

Kunci masuk syurga ialah RAHMAT ALLAH, bukan pahala amalan-amalan kita. Sebuah hadis daripada Jabir, katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskan dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah s.w.t. belaka.’ (Terjemahan Hadis Shahih Muslim: 2414)

Kerana apa?.. kerana didalam solat terkadang kita riak terkadang kita sombong angkuh..

Kalau dah bersolat itu baguslah, jom sama sama tetapkan, tiada masalah, cuma jangan dipandang hina pada manusia lain.. mungkin ada Rahmat Allah disisi nya...kita tidak tahu nasib kita..

terkadang pelik lah kenapa kita terlalu berbanga dengan amalan kita?.. pelik..

tajuknya 'ASBAB' bukan...renung dengan mata hati..

Anonymous said...

Ada yang berkata kepada Huzaifah Bin Al-Yaman, : “Kami lihat tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari salah seorang sahabat Nabi yang lain dari tuan, dari mana tuan peroleh akannya?” Jawabnya : “Rasulullah salallahu alaihi wasallam telah menentukannya kepada saya. Orang banyak menanyai Rasulullah salallahu alaihi wasallam dari hal yang baik-baik, tetapi saya menanyai beliau dari hal yang jahat-jahat, apa yang jahat itu, dengan maksud agar mengetahuinya, supaya dapat menjauhkan diri daripadanya ; Sedang mengenai yang baik saya tidak takut ketinggalan dan sebagainya.” “Siapa yang tidak mengenal kejahatan, ia tidak akan mengenal kebaikan. “ Demikian kata Huzaifah Al- Yaman.

Anonymous said...



Aku faham 1 perkara.
Teori kospirasi akan buat kita prejudis, syok sendiri dan mengambil jalan mudah menyalahkan orang lain. Akibatnya, masalah timbul tanpa solusi
Contoh:terpengaruh dengan teori konspirasi Window(Bill Gates), semua beralih pakai Apple, bila sekarang CEO Apple umum dia gay dan menyokong gay, kita dimana?

bila masa suruh salahkan orang lain?..

Apa kata try test.. pergi kat negara Syiah ko cakap lah ko sunah,

sedara, di akhir zaman teknologi dah tak der Tingkap tarak aple pon tak der... sebab tu sementara ada ni baca kaji besok kalau dah tak der mcm ni ko nak tau hak dan bathil pon tak tau...

ambil yang asas bro pokok aple ada dua tiga buah aple yang rosak ko jangan tebang satu pokok habis, ko ambil la yang elok, makannn..tu pon nak ajar ker

aduh anak murid ko hamkaaa...betul betul tengok dgn mata kasar habis







Anonymous said...

satu yang aku tau Nabi tak suntik VAKSIN

Anonymous said...

Betul(10x)..sabahat r.hum. pun tak ambik vaksin. Mereka tu semua masuk syurga dengan redha Allah.

Awalu maa yuhasabu minal abdi..assolah.. Maksudnya lebih kurang,perkara pertama yang akan dihisab di hari penghisaban dari kalangan hambaKu adalah solat..

Perbaiki dan perelokkan solat kita,solat di awal waktu dan perbanyakkan lah solat nafilah.

RasulullahSAW tidak pernah tinggal silah tahajjud,witir dan dhuha.

Moga kita jugak tak ketinggalan mengamalkannya.

leo kid said...

Secara umum, saya tidaklah mengambil berat sangat akan teori-teori konspirasi ini. Kerana saya berpendirian, daripada saya menghabiskan masa berkonspirasi itu ini, adalah lebih baik saya meluangkan masa menyumbang sesuatu yang benar-benar boleh membantu kepada masalah yang wujud. Contohnya, untuk isu H1N1, instead of menceritakan konspirasi-konspirasi itu ini kepada rakan2, adalah lebih baik saya menceritakan mengenai bagaimana mencegahnya, bagaimana membasuh tangan yang betul, apa ubat-ubatan dan vitamin yang boleh diambil dsb.

So pendek kata, sucikanlah pemikiran kita. Tidak mengapa nak membaca mengenai teori NWO ke, Illuminati ke, etc etc. Benda2 tu mmg la seronok nak baca, dah nama pun konspirasi. Tapi setakat membaca, boleh lah. Untuk mempercayai, saya selaku seorang yang sedaya upaya mengamalkan sikap berintelek, tidak akan semudah itu untuk percaya bulat2 dengan hanya menonton video, membaca artikel2 dll. Apatah lagi untuk menyebarkan pula kepada orang lain. =)

Anonymous said...

dah tengol Video Justin Bieber yang di reverse kan. korang boleh dengar evil message yang dia nak sampaikan. So, selepas anda melihat clip video yang ada mesej tu, apa yang perlu anda buat? Apa? Kaji? JANGAN. Jangan kaji kesahihan video tu. Kita kan orang Islam. Kita kan orang Melayu. Orang melayu mana main kaji-kaji ni. Sebab, sebagai orang melayu, kita perlu cepat melatah dan paranoid serta bersikap overreacted dan tanpa membuang masa serta tanpa berfikir, kita perlu forwardkan video tu ke serata dunia. Why? SEBAB FREEMASON IS EVERYWHERE AAARRRHHH. WE ALL GOING TO DIE!.

Then then then, kalau korang ada jumpa artilce cakap air Pepsi tu haram atau Colgate tu haram, atau air mineral ada Holy Water yang haram, korang jangan kaji artilce tu. Korang wajib percaya. Why? Sebab artikel tu at least mengajar korang untuk berhati-hati terhadap benda haram. Tak apa kalau article tu fitnah Colgate ke, fitnah KFC ke, fitnah McD ke, yang penting, objective article tu tercapai. Matlamat kan membenarkan cara. Fitnah sikit pun apa salahnya.

Duh,

khairul said...

Geng freemason / Illuminati rancang kelahiran Dajjal? Alaaa balik-balik isu ni. Allah kan dah cakap dah Dajjal tu akan tubik (keluar) juga nanti. Sebab apa? Sebab Allah yang lepaskan Dajjal. Bukannya geng Freemason. Then, selepas benda pelik tu di lepaskan bla bla bla, Nabi Isa akan turun dan bunuh Dajjal tu. Tu benda dah tulis dalam Al-Quran. Nak di kaitkan dengan Freemason dan illuminati apasal pulak?

And then, pasal Horsemen. Ada pula geng Freemason kaitkan Knight Templar dengan Horsemen. Padahal Horsemen tu kan fahaman dari bible. Sejak bila pula penganut theori konspirasi ni percaya kat bible? Tahu tak bible tu dah berapa banyak kali di tulis semula sedangkan Al Quran dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah? See? Tak pasal-pasal korang (Peng-taksub Freemason) dah percaya kat Bible.

Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.

Bacaan yang mengajak kita berfikir (Buku H.M Tuah, Hlovate, Irfan Khairi, Andrew Matthews)
Bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya. (Black Bible, Theory Conspiracy, Mastika, Infiniti dan Blog Anti -Freemason)

Jenis bacaan yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri. Dan jenis bacaan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi brainless zombie.

So, Justin Bibir ni ada kaitan dengan freemason? Iklan Tv3 ada kaitan dengan freemason? AJL2010 ada kaitan dengan Freemason? KLCC Twin Tower ada kaitan dengan Freemason? Logo Mara ada kaitan dengan Freemason? Sejarah pembetukan Malaysia ada kaitan dengan Freemason? TNB Malaysia ada kaitan dengan Freemason? Then Knight Template Templar? Haha.

What a joke.


This is the reason why, you shouldnt simply believe any video, article and shits from the interne

khairul said...

Who the is the Freemason anyway? Kenapa ramai sangat takut dengan dieorang? Macam mana semua rancangan yang dieorang rancang tu berjalan perfect gila? Diaorang tu Tuhan ke? Padahal semua tu adalah 'kebetulan'. Dan 'kebetulan' tu Tuhan yang rancang. Tuhan rancang supaya korang tau kekuasaan dia. "Lihatlah betapa hebatnya Tuhan boleh buat dua orang yang sama nama, mati pada hari, dan cara yang sama." Tapi boleh pulak korang pi cakap semuanya di rancang oleh Freemason. Aduh.



Bab yang paling tak boleh blah bila aku baca geng-geng freemason lover tulis;

"Kini geng Zionis tengah sibuk membina Istana (Haikal Sulaiman) untuk Dajjal dari serangan Nabi Isa apabila Nabi Isa turun ke dunia yang bermana"

Soalan aku senang je. Who cares? Dajjal tetap akan turun. Dieorang nak bina menara ke, tembok cina ke atau istana ke, suka hati dia lah. Sebab Nabi Isa tetap akan menang bila lawan dengan Dajjal. Isunya satu je iaitu berapa ramai umat Islam yang akan tersesat dengan 'dakwah' Dajjal. So, aku still tak faham, apa point video tu diwujudkan. Dajal tu akan mampus. Tapi tak tau lah kalau korang tak percaya kat al-Quran.

Dajjal ni fungsinya nak memosongkan umat Islam. So kalau keimanan korang kurang, baik korang naikkan sikit. Baru lah tak mudah di hasut oleh Dajjal kecil. Kan? Lagi pun, ianya lagi bagus dari dok kaji benda-benda freemason ni.



Sebab semakin korang kaji, semakin terpesonglah korang. Kalau korang nak tahu, dulu-dulu masa benda freemashit ni start kecoh, aku dengan housemate aku download lah juga benda-benda yang illuminati ni semua. Contohnya, book of Mormon, Black Bible dan The Roots Of Ritualism In Church & Masonry. Sedikit sbanyak memang ada baca. Bukan sikit, memang banyak ah juga baca. Bila dah baca kitab dieorang, memang mudah sangatlah akidah korang tu nak terpesong. Dah tu, kenapa nak baca? Sebab nak tahu. Sebab nak kaji. Nasib baik lah kiteorang baca sambil kutuk-kutuk.

So, memang betullah freemason ni menyesatkan umat Islam. Ia menyesatkan bila makin ramai yang kaji. Bila ramai yang dah kaji, start la baca kitab-kitad dieorang. Then tersesat akidah. Pastu nak juga salahkan freemason. Even aku sendiri pernah 'nampak' pengakaji Freemason ni (Melayu Islam) lari akidah. Dia kaji-kaji sampaikan dia tak percayakan Tuhan. Semuanya sebab dah fanatik dengan freemason. Belajar tanpa guru.



Aku pun nak percaya gak pada benda-benda freemason ni. Tapi, aku tak boleh. Nanti mungkin akan wujud beratus video baru yang pasal freemason yang macam The Arrival. And then, whats next? Apa point video-video tu di keluarkan? Untuk membuatkan kita takut kepada apa? Untuk membuatkan kita lari dari apa? Ya, untuk memberi tahu yang kiamat dah nak dekat. Tapi tak perlu lah nak kaitkan dengan freemason dan illuminati apa semua. Sampaikan tengok gambar orang tutup mata satu, marked sebagai ahli freemason. Lagi tak boleh blah bila logo Mara pun di cop sebagai logo Freemason. Duh.

Anonymous said...



Hamka ...ko tengok ler yg diatas tu...ko dosokong oleh mereka jenis macam ni

Fitnah dajal perkara yang besar lah sedara bukan standart ada orang fitnah ko mencurang ngan bini orang apa class..guna otak ler..

Nak kaji H1N1?... bikin apa ni sedara?.. cuba ko kaji Virus yang dalam komputer korang tu... korang rasa sapa yang bikin virus tu? Korang tau tak AVG, Avira kalau tak der virus dalam komputer dorang nak bikin apa dengan syarikat dorang jual belacan ker? dengar citer belacan tak kena GST.


terpulang sama ada ko nak kata mengfitnah MC Donald dan spesis sewaktu dengan nya...Apa yang pasti aku lebih percaya ISLAM lah yang difitnah..

Ko nak melantak MC Donald tu ko punya pasal yang pasti umat islam kena jauhi perkara subahat, tak payah nak kempen MC Donald bagai tu, Yang bagi rezeki tu Allah.. tak mati tak makan mc donald dan pekerja pekerja dia Insya Allah akan gantikan kerja yang lebih baik...

Tapi kalau nak juga telan air coke, makan MC D bagai silakan tak der paksaan untuk merosakan diri sendiri besok tak pasal pasal; jer amalan tip top solat jemaah tak tinggal tapi minum air coke dana ke yahudi,
konon konon dah solat jemaah tak tinggal dah ada jaminan syurga Allah tak tanya lagi ler tu pergh! .. sila kan silakannnn senyum tak perlu kata apa apa ...


Sebab dia gini kalau ko tak minum ko selamat dari benda ni dan ko tak berdosa..

ok kata lah benda ni sebenarnya halal dan boleh membawa korang ke syurga ...tetap tak effect pada aku yang tak sentap benda ni..

kita tak rugi satu sen pon bro

apa yang ko takut sangat ni eh?..

biarlah orang tak minum COke tak makan mc D, tak pakai colgate

boleh ganti dengan kopi teh, siwak, kebab....


guna otak yang Allah bagi tak payahlah nak jadi special sangat( perasan Unik ek.. )

Anonymous said...

Khairul

mengeluh aku dengar...cth orang yg tak melihat dengan mata hati..

sebab tu lah suh ngaji sekali solat jemaah tu dah bagus...tapi ngaji ler jugak..jangan metafora tak habis habis aduh

Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)

yang pasti mereka merancang, dan yang pasti Allah adalah sebaik baik perancang...
Macam dorang merancang merosakan akidah umat islam bahawa manusia boleh kebulan...kemudain kemarikh kemudian ke jupiter ...belum Allah membalas perancang dorang korang dah jatuh dulu! Tu lah masalahnya..tak faham lagi ker

Takut naik motor bukan bermaksud ko takut dengan motor tu, maksudnya ko takut jatuh dari motor tu..

fikir fikir...mudah jer kan


lagi satu apa ko ingat dajal tu kuar sorang sorang jer ker, dia ada pengikut alamak penatnya aku...cek la sendiri..



Anonymous said...



"Kini geng Zionis tengah sibuk membina Istana (Haikal Sulaiman) untuk Dajjal dari serangan Nabi Isa apabila Nabi Isa turun ke dunia yang bermana"

Soalan aku senang je. Who cares?


(( kan aku cakap akan menghasilkan masyarakat islam yang tak peduli ...hamka hamka.. dakwah nabi eh))



Dajjal tetap akan turun. Dieorang nak bina menara ke, tembok cina ke atau istana ke, suka hati dia lah. Sebab Nabi Isa tetap akan menang bila lawan dengan Dajjal. Isunya satu je iaitu berapa ramai umat Islam yang akan tersesat dengan 'dakwah' Dajjal.

(( dajal tak turun dia dah ada kat bumi, yang turun nabi ISA, tu lah ngaji jangan tgk arival bagai tu kaji lah Hadis nabi , sia sia ker kaji hadis aku tanya ko?))


So, aku still tak faham, apa point video tu diwujudkan. Dajal tu akan mampus. Tapi tak tau lah kalau korang tak percaya kat al-Quran.


((Ko ni prob la sedara, ko pulak masa tu buat apa main soliter, main gitar lagu metallica, main bini ko ?))


Dajjal ni fungsinya nak memosongkan umat Islam. So kalau keimanan korang kurang, baik korang naikkan sikit. Baru lah tak mudah di hasut oleh Dajjal kecil. Kan? Lagi pun, ianya lagi bagus dari dok kaji benda-benda freemason ni.

(( ni standart hujah minah islam yang tak mau pakai tudung, aku pakai tudung tapi iman aku kuat, yang pakai tudung tu bukan baik pon ))



((Satu nasihat aku asingkan teori konspirasi dan arival bagai tu ko pegang hadis nabi akhir zaman jer.. aku pasti benda ni akan naikan iman ko..Insya Allah))

Anonymous said...

PEMBETULAN

(( ni standart hujah minah islam yang tak mau pakai tudung, aku 'TAK' pakai tudung tapi iman aku kuat, yang pakai tudung tu bukan baik pon ))

Anonymous said...

Panjang tapi berguna dan tak bosan.., saya menangis, terima kasih tuan Hamka

Anonymous said...

Adohai! Sentap baca ni. Semua hak agama pun saya belum tunaikan. Malu pada tuhanku.

Unknown said...

Tq hamka.. Byk betul pengajaran dan iktibar yg aku dapat dari entri hamka kali ni.. Insha allah.. Semoga allah membalasnye dgn kebaikan.. Aminn

Anonymous said...

ayat last tu buat aku rasa nak tumbuk ko Hamka sebab buatkan aku terhenti menangis dan gelak.

Bagilah can aku nangis puas puas.

Hampeh!

Anonymous said...

tak kelakar pon?

Anonymous said...

Tahniah hamka..penulisan yg bagus dan mantap..

Nota untuk diri aku sendiri..
Banyak nyer hak agama belum aku tunaikan..apa nak jawab dgn Allah nanti..

Anonymous said...

xhabis2 dgn teori konspirsi.
mgkin konspirasi sbnar ialah... org yahudi menyamar muslim & menghasut agar smua muslim akan anggap vaksin itu xpntg, perubatan moden tak perlu, manusia ke bulan x wujud walaupun blh pg ISS yg jauh tu.. supaya di kalangan muslim xkan ada lagi ibnu sina,xkan ada lg ibnu khaldun, xkan ade lg al khawarizmi, .

apa la korg ni.. kang kata fikiran jumud marah plak.

hamka said...

terima kasih kepada semua yang memberi pencerahan.

ps: orang yang percaya teori konspirasi tak payahlah baca blog ini, bukan level korang, woha!

Anonymous said...

yelah blog ko kan baling batu sembunyi tangan, level tinggi sangat lah konon ..perasan unik pirah ha ha

Anonymous said...

((xhabis2 dgn teori konspirsi.
mgkin konspirasi sbnar ialah... org yahudi menyamar muslim & menghasut agar smua muslim akan anggap vaksin itu xpntg, perubatan moden tak perlu, manusia ke bulan x wujud walaupun blh pg ISS yg jauh tu.. supaya di kalangan muslim xkan ada lagi ibnu sina,xkan ada lg ibnu khaldun, xkan ade lg al khawarizmi, .

apa la korg ni.. kang kata fikiran jumud marah plak.))


tak payah menyamar lah menyampah lak aku he he

ISS yang jauh..

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/82/Orbitalaltitudes.jpg

Etuza said...

http://madey09.blogspot.com/ asalam ada URL blog anda di blog Etuza ya

Etuza said...

Jengok blog Etuza ya

Anonymous said...


https://socioecohistory.files.wordpress.com/2014/09/911-the_official_version_of_collapse_due_to_fire_n_heat_is_a_lie.jpg


http://i212.photobucket.com/albums/cc301/unclesam10/911%20Pictures/democutsevidence.jpg

KHRYHMYD said...

terima kasih, sebab bagi aku pandang atas dan pandang bawah diriku. langsung takde pengorbanan aku buat.

Anonymous said...

InshaaAllah

4bulqn bbnj, 2bulan padle jamat, 40hari..

Hantar nama kat sri Petaling..saya sedia..anda bagaimana?

Anonymous said...

Sebenarnya anak2 yg x divaksin akan tetap dpt immunity dr community yg majority nya menerima imunisasi. So, sila Jgn perasan yg kononnya anak yg x divaksin lebih sihat.
Sebenarnya kamu telah menjadi manusia 'selfish' yg x sanggup badan anak sendiri dimasuki bendasing, Tp menumpang immunity org lain yg berkorban merelakan badan Mereka divaksin.

Sila take note!

Anonymous said...

kesian kat korang semua hik hik ... aku ucap terimakasih dan tumpang simpati

Anonymous said...

Anak saya,saya vaccinated.alhamdulillah juga,seorang yg sihat,dan fast learner.btw semua itu Allah yang tentukan..kalau vaksin pun,Allah kata sakit,sakitlah.Allah kata sihat,kalau x vaksinkan pun,sihatlah anak itu.jangan kalut,nak bangga sgt anak x bervaksin/vaccinated.

Anonymous said...

betul tu saya setuju...jadi kesimpulan dia tak payah lah vaksin...

jenazah sepi said...
This comment has been removed by the author.
jenazah sepi said...
This comment has been removed by the author.
jenazah sepi said...

Salam kereta mayat,izin saya share ke blog saya
http://www.Kerandapilu.blogspot.com
Dan kalau sempat tolong komenkan tulisan.saya diblog yang baru saya buat tu.

hamka said...

wah, dua kali delete komen, he he

nak share, make sure bagi link atau kredit. :)