SDS |
Ini statement yang terpacul lama dahulu, masa aku juga masih tulis blog, dan kerap berjalan membaca blog blog orang lain, dan aku cakap pada diri sendiri "brader ni ada taste" bila pertama kali membaca blog keretamayat.
Tapi itu lama dahulu. Sekarang senarionya berbeza. Hamka tidak hanya dikenali sebagai penulis blog, sebaliknya sebagai pengkarya niche yang mengetengahkan cerita-cerita kerukunan rumahtangga secara lebih indie dan bebas (berbanding cerita-cerita nasihat beriya ilmu rumahtangga lain yang terdapat dipasaran mainstream).
Hal sedemikian terbukti dengan terbitnya 2 buku beliau sebelum ini, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai dan Kamar Sutera. Aku memuji-muji dua tajuk buku Hamka sebelum ini, kerana subliminal mesejnya mudah saja menimbulkan prasangka, pada yang mengetahui (kahkahkah!). Ya, itu sangat bijak. Sebabnya mudah, pengkarya yang menang Tajuk (dengan cara meletakkan tajuk rage yang penuh prasangka), akan menang Pembeli, lalu menang Pembaca.
Dalam proses terdahulu, aku kira Hamka dan Terfaktab telah melakukan strategi yang menjadi. Memenangkan tajuk lebih awal, lalu perlahan-lahan kemenangan mutlak menguasai jiwa pembeli dan pembaca seluruhnya, apabila tulisan tulisan di dalam dua buah buku sebelum ini membuktikan yang isi-isi terkandung, lebih kuat berkuasa menawan cinta hati umat manusia berbanding tajuknya.
Semusim Di Syurga (SDS), tajuk kali ini tidak ada prasangka, lain dari dua buku terdahulu. Isinya juga ada kelainan yang nyata. Ketika kali pertama membaca naskah SDS ini, aku terfikir yang Hamka sebenarnya seorang penulis yang sangat observant. Perkara yang aku suka bila membaca sesuatu naskah, adalah apabila penulisnya berupaya menyampaikan idea, pendapat, dan cerita dengan flow yang sedap, seolah olah sang penulis itu sedang bercakap depan aku menyampaikan ceritanya.
Hamka berjaya melakukan ini dalam SDS. Power!.
Lebih-lebih lagi, apabila suatu karya yang lahir dari observasi ke atas tingkah laku sosial masyarakat (tidak keterlaluan aku katakan SDS berpaksi atas observasi itu), dan disampaikan pula pada khalayak dengan cara yang mesra merakyat, tidak semua penulis boleh buat keduanya dengan baik, dan salah seorang yang boleh buat, tidak lain penulis SDS ini, Hamka.
Sinis. Mendidik. Menegur. Menilai. Memajukan.
Lima perkataan di atas, aku gambarkan mewakili seluruh isi kandungan SDS. Membaca naskah ini, aku kira ianya berupaya membantu pembaca sekalian, untuk melihat sesuatu rutin dalam perspektif berbeza. Melihat perkara dalam perspektif berbeza, berfikir dan menilai, itulah matlamat SDS kepada pembaca (kalau aku boleh katakan begitu).
Aku tidak mahu membanding banding SDS dengan dua naskah terdahulu, cuma apa yang aku boleh katakan, melalui SDS ni, Hamka membawa pembaca ke suatu level lebih broad, juga lagi utama, ke satu level yang lebih memanusiakan.
Semusim Di Syurga steady!
10 comments:
aku beli dulu baru baca ulasan Firdaus Ahmad.
Saya dah orderrrr. Jgn lupa posss. Hewhew
Qq
dah order!
Ini macam ulasan gaya penulisan.
Serba sedikit info tentang buku ni belum post lg?
p/s: xde diskaun offer? nk ry bajet lari..huhu
MUQARRABINZ: thanks
@chikBunga: dah pos hari ni.
Tornado Assassin:ok
Robot Polis: Buku ni bukan kisah laki bini.
Buku dah dapat, terima kasih
Tapi baca lepas ramadhan lah, perasan sibuk ukhrawi.
Wah, dah 3 buku abang hamka? Nak kena order ni
dah terbaca SDS semalam sampai bab Hari Raya. Ejaan Khalid tu membawa maksud Yang Kekal, manakala Khalik خَلَقَ membawa maksud Allah swt. sebagai pencipta seluruh makhluk yang hidup di alam semesta.
SDS memang bakal merubah pattern sambutan hari raya di Malaysia dan sekiranya diterjemah ke bahasa dunia ia juga akan merubah senario hari raya di seluruh pelusok dunia.
Hi..Hi..(jeritan konco jahat kamen rider)
p.s Kamen rider pun makhluk juga
setuju! he he
Post a Comment