Jun 5, 2013

Keburukan kahwin awal?

(Tanya sama Abang Keretamayat)

Soalan pembaca:

"Salam, saya telah membaca buku anda yang menggalakkan pemuda pemuda berkahwin awal, tapi tahukan anda berapa umur pemuda mengikut tafsir ulamak, mereka adalah 25 tahun hingga ke 40 tahun, kisah Aisyah berkahwin awal juga tidak tepat, bukan 9 tahun seperti yang di dakwa.

Berkahwin awal banyak masalah akan timbul. Kebanyakkan kes penceraian yang berlaku di negara ini adalah disebabkan kahwin muda kerana mereka belum matang.

Pasangan yang berkahwin muda biasanya mempunyai masalah kewangan kerana status ekonomi si suami muda biasanya belum stabil seusia belasan tahun atau sekitar 20-an. Ini memberikan tekanan hidup dan mula menyebabkan berlakunya masalah rumah tangga.

Rumah tangga mungkin retak akibat pergaduhan sesama pasangan. Pergaduhan semakin memuncak dan tekanan hidup akibat kewangan yang tidak kukuh boleh mennyebabkan berlakunya kes penceraian.

Orang muda sepatutnya digalakkan fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya, berjihad dan sebagainya. Bagi mereka yang mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan mampu fokus tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka teruskanlah, tidak perlu digalakkan berkahwin kerana akan menganggu pemuda yang aktif, menganggu kerja jihad mereka, mengganggu untuk mereka berkelana mencari ilmu, biarkan pemuda yang pasif sahaja berkahwin awal.

Ingatlah! Bagi mereka yang sedang dalam lamunan cinta, fikir-fikirkanlah untuk berkahwin, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".

Satu analogi yang saya petik dari sebuah forum islamik untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..

"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."

"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."

Nasihat saya, galakkan pemuda mencari ilmu, bukan galakkan mereka berkahwin awal tanpa ilmu."

Hamka said:

Bila masa pulak aku suruh pemuda tak payah belajar ilmu? Adohai..

Jika korang dah jadi mak bapak kelak, ketahuilah, mendengar berita anak bercerai (sebab kahwin awal) adalah lebih ‘murni’ dari mendengar berita anak berzina (sebab lambat kahwin).
Atau, menjaga cucu akibat anak bercerai, adalah lebih baik dari menjaga cucu anak berzina, entah betul ke cucu korang tu?

Fikir-fikirkanlah kenapa Tuhan matangkan kemaluan orang muda di usia muda..

Malas aku nak ulas, tepuk dada tanya iman, tepuk lutut tanyalah nafsu..

Ps: Iklan di atas juga elok untuk mereka yang sudah lama berkahwin, pakat pakat cari ilham untuk bersanding semula depan anak anak, barulan anak tak boleh komplen akan kenapa tak jemput mereka sewaktu bersanding! Woha!

40 comments:

cik Anggur said...

nk elak kn jd maksiat lebih baik kawin tak kira la muda or tua

Muhammad said...

org yg ckp mcm kt atas tu xfaham n mungkin lgsg xyakin dgn janji ALLAH utk sesiapa yg kawin. aku dh dpt ap yg ALLAH janjikan walaupun hnya sikit, tp alhamdulillah, berbaloi. dapat layan kemaluan ni dgn jln yg halal. bro yg bg keburukn tu mgkin xrs lg kot.

Muhammad said...

org yg ckp mcm kt atas tu xfaham n mungkin lgsg xyakin dgn janji ALLAH utk sesiapa yg kawin. aku dh dpt ap yg ALLAH janjikan walaupun hnya sikit, tp alhamdulillah, berbaloi. dapat layan kemaluan ni dgn jln yg halal. bro yg bg keburukn tu mgkin xrs lg kot.

Anonymous said...


"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."

- Dunia perkahwinan adalah realiti kehidupan. xkira la kawin awal @ kawin lambat -

Mawar Putih

hamka said...

aku agak terkejut, orang yang komplen bagitahu nama ustaz yang berkahwin awal tapi nasihat supaya jangan berkahwin awal jika tak ada ilmu, eh, apakah? tapi aku delete lah nama ustaz tu, mungkin pengkritik salah dengar..

Sam said...

Kalau di takdirkan mati awal, adakah kahwin itu di kira masih awal?

Kalau la takdir umur kita setakat 24 tahun, adakah kahwin pada umur 23 itu masih dikira awal?

Sedangkan kita tak tahu kita mati di usia berapa dan mati itu pasti.

Ini bukan tentang usia, usia tidak mencerminkan kematangan seseorang.

Yang penting syarat yang di perlukan untuk berkahwin itu di penuhi.

Bukan banyak syarat pun dalam Islam, orang melayu je buat lebih.

Suhaibah said...

Bagi saya, isu utama bukanlah sama ada kawin awal atau kawin lambat. Kawin awal itu ada kebaikan dan keburukan, kawin lambat pun ada kebaikan dan keburukannya. Kawin awal sebenarnya sgt2 dituntut kerana itu adalah salah satu jalan yg dicadangkan oleh Islam utk menjauhkan zina dan menjaga kesucian keturunan zuriat umat Islam. Seeloknya kita fikirlah sendiri yg mana bagus utk diri kita, sama ada kawin awal atau tunggu dulu kerana ada perkara yg lebih penting. Semuanya terpulanglah kepada diri kita sendiri. Paling baik, mestilah ikut sunnah Nabi SAW dan ajaran Islam supaya kawin awal. Selebihnya adalah ketentuan Allah, mgkin kita rancang kawin awal tp Allah kata jodoh kita semasa berumur 45 thn, Alhamdulillah. Atau kita rancang kawin lambat tp Allah temukan jodoh kita seawal 18 thn,juga Alhamdulillah. Segalanya rahsia Allah, yg penting kita sedaya upaya memenuhi tuntutan agama dan hidup berlandaskan sunnah, Allah izin ke tak izin ke, itu lain cerita..

Prince of Noob said...

alamak, camner heliza nak bagi ceramah pasal kawin... dia pun tak kawin lagi... takper nanti ana masuk minang dia cepat2 hehehehe

Anonymous said...

aku niat nak kawen umur 21 tapi sekarang dekat 30 pun tak kawen lagi. jodoh ajal maut kan rahsia allah. aku dah tak bersedih pun lagi cuma masih berdoa. lagi2 adik aku nak langkah bendul. mungkin jodoh aku lambat tapi takpe kemanisan yg aku akan dapat mungkin berganda (harap bukan la manis madu =)

tolong la jangan nak jadikan isu kawen awal ke lambat. semua allah dah tetapkan. kawen ni bukan perlumbaan tapi satu perjalanan.

dan tolong la sape kawen awal tu jangan nak kondem sangat org yg kawen lambat. pasangan kita tu milik allah juga. bila2 allah boleh ambil balik kalau kita alpa & tak bersyukur juga pandang rendah kat org yg takde apa yg kamu ada. sama je kalau dapat anak cepat. bila2 allah blh tarik balik walau demam biasa blh meninggal.

aku ada kawan kawen umur 21 lepas 6 bln suami meninggal. muda lagi. ada gak kawen umur 25 lepas 3 bulan suami meninggal. ada gak kawen 26 baru 2 bulan kawen suami meninggal. semua org ada ujian masing. semua pun kawen sesama org muda.

ada jugak org aku kenal kawen dah lepas umur 30. lepas tu anak terus berderet. tapi hidup senang la sblm kawen aset semua dah ada. rumah kereta semua selesa la utk keluarga. ada gak kawen muda tapi duit asyik tak cukup je walau blm ada anak lagi. rumah sewa lg kereta pun takde lagi. dugaan masing2 tak sama.

#mujahadah itu pahit kerana syurga allah itu manis

#jgn mengata orang yg takde apa yg kamu ada kerana dia juga ada apa yg kamu takde

Anonymous said...

Assalam,

Kahwin adalah sunnah. Ganjaran sunnah adalah melebihi kenikmatan berkahwin itu sendiri.

Ganjaran sunnah kekal selama-lamanya manakala kenikmatan berkahwin hanyalah sementara sebelum mati atau bercerai.

Tidak berkahwin..adalah ketetapan Allah. Terlepas dari menanggung dosa suami/isteri dan anak-anak.

Ada sorang kawan (Allahyrham Mohd Zaim - "g") tidak peduli kahwin walaupun mempunyai kemampuan. Puas suruh dia kahwin dan nasihatkan dia bahawa itu adalah sunnah. Namun dia hanya sengih dan gelak.

Dia meninggal hari Jumaat, sebelum itu minta nak minum susu dan kembali dalam keadaan tersenyum!!!

Bila dia pergi baru aku sedar...Allh swt nak selamatkan dia dari menanggung dosa pasangan dan anak-anak. Allh swt tidak jadikan sesuatu itu sia-sia

Kahwin tak kahwin...semuanya mati.


Khalid

P/s: Cuba bayangkan yang anda telah mati(bagi yang telah berkahwin) dan pasangan anda berkahwin lain.

Hari ini kita nikmat bersama, esok lusa dia nikmat bersama siapa? He..he..kenikmatan abadi hanyalah disisi Illahi.

Life is a joke, don't take it seriously

Abdullah Aziz said...

Tetiba saya dapat share a link from keta mayat dan mcm kena je dgn saya, ahlil nujum pak belalang ke km nie..
Ya saya adalah salah seorang hamba ALLAH AZAWAJALLA yang diberikan jodoh awal, pada usia 19 tahun begitu juga dgn isteri.Alhamdulillah jodoh saya masih utuh lagi sampai sekarang.Anak 7 usia perkahwinan sudah 18 tahun.Pada peringkat permulaan memang banyak dugaan dan cabaran .Tomahan, fitnah dan kata kata yang bersangka buruk terhadap kami memang banyak,ALLAH tak pernah lupakan kami sedikit demi sedikit kekuatan hadir untuk membantu kami melalui kehidupan.. Berpegang teguhlah pada Buhul (Tali) ALLAH, Insya ALLAH kita akan berjaya..

Samsiah Abd Shukor said...

saya jodoh sampai awal, berpisah pula 6 tahun kemudiannya, tetapi dikurniakan dua org anak sebagai harta dunia akhirat. semua tu adalah kerja Allah... jodoh juga rahsia Allah.

budaksalahcakap said...

salam,

iyap memang hakikat nye kahwen muda dan kahwen tua semua terletak pada jodoh..tp sekarang kita dapat lihat orang muda atau lebih dikenali kanak-kanak setahun jagung sibuk bercinta..masih sekolah lagi..kalo yang berlandaskan laluan yang betul x pe...ni faktornye konon,kahwen muda untuk elak kan zina,tp ilmu d dada tak cukop lagi.parents tak kasi kawen sibuk nak lari rumah...tu la hakikat nye anak remaja sekarang terutama melayu.adakah mereka ni terpengaruh dengan keindahan orang yang berkahwen muda (walupun mereka tidak tahu hakikat sebenarnye erti kehidupan).renung2kan.

hamka said...

kita akan menyesal dengan perkara yang tidak kita buat, lebih dari menyesal perkara yang kita telah buat..

Unknown said...

calon dah lari ke UK..huhuhu sian ..aku anak kampung jer... ade lagi yg merangkap ustazah...takut plak xdapat bimbing...

Anonymous said...

Assalam..
Saya 27tahun. Nak kawen. Tapi takde sape datang menjengah. Camne? Camne?
Tolong doakan saya cepat bertemu jodoh.. :)

Aslina said...

Baru 27... Rileks ah weh...

Teka umo aku brape?

Aku lom kawen lagi. Sibuk kejar duniawi (astagfirullah)

Anonymous said...

aku umur 28. x kawin2 lg. mmber study dan adik sendiri da maju dlm usah masturat...

Anonymous said...

Kahwin awal dapat pandangan negative sebab pasangan itu sendiri kurang pengetahuan Islam. Bab ini kita boleh salahkan org tua. Bakal mentua mesti ambil peranan pula. Yg penting ugama nya bukan harta.

Apabila si bujang datang hendak berkenalan dgn orang tua, bapa perempuan mesti beramah mesra dan bijak jgn sampai memalukan buah hati anak kita.

1. Ajak solat bersama. Lepas 2, 3 kali baru suruh dia jadi imam. Dari situ kita tahu tahap ugama nya. Relax jgn melenting.

2. Ajak dia spend time dgn kita kat rumah bukan ngan anak kita. Anak kita kena belajar masak, tolong mak pasal dia yg bawak balek balak. Mak pulak mesti psycho anak selok belok rumah tangga. Slow n steady.

3. Ajak bakal menantu pergi kelas Al-Quran dan ugama. Ambik hati dia. Jgn garang2 sentiasa senyum. Banyak berdoa.

4. Pada masa yg sesuai, bincang2 santai dgn dia tentang anak kita yg patut diperbetul. Nak suruh tutup aurat atau aper saja. Kasi masa untuk berubah. Lagi cepat anak kita ubah lagi lekas dia boleh nikah.

Kalau semua bab ugama dah beres, lekas nikahkan kalau boleh tak payah hantaran. Kenduri ala kadar. Jemput yg dekat atau sedara2 yg rapat. Jgn membazir jemput kawan punya kawan punya kawan atau ipar punya mak mentua punya belah ......
Hadiahkan duit sumbangan pada kedua mempelai untuk mulakan hidup baru.

Unknown said...

dia kata MUNGKIN itu mungkin ini..mungkin begitu..mungkin begini...adohai...sampai mati pun dia tak kawin jika perkataan mungkin itu jadi hujah dia..

adohaiii..

Anonymous said...

Umur dah lanjut pun belum tentu cukup ilmu dan matang dan vice versa.

SALMAH (bukan nama sebenar) said...

kadang2 bab kawin ni cepat lambat ni aku rasa ikut bahagian masing-masing.

aku baca blog en hamka ni sejak umur 19.. perasaan berkoba2 nak kawin muda masa tu. lagi2 en hamka turut berkoba2 bercerita ttg kawin.. rumah tangga.. suami isteri dan seangkatan dengan nya.

7 tahun kemudian....hasilnya aku masih solo.

usaha? ada juga berusaha doa dan sebagainya. mungkin belum cukup.

mungkin aku lembab skit bab kenal2 lelaki ni. 2 3 orang yang aku kenal kata aku macam nak tak nak.. tk berminat dan tak serius . padahal aku ni serius. serius giler2 (muka serius)

macam mana nak cari jodoh sebenarnya?

apa pon aku bersetuju 100% bab kawin awal ni.. lagi awal lagi bagus.

insyallah ada jodoh n rezeki aku nanti ada anak aku kawin kan cepat2. dengan anak en hamka (hehehe)

hamka said...

aku tidak bercinta waktu belajar, aku bercinta waktu bekerja, dan kahwin awal sewaktu bekerja...

cap ayam said...

Rasulullah menjadi contoh terbaik,yg penting berkemampuan,ia dr segi nafkahzahir,batin,pendidikan,kesihatan & tempat tinggal,yg terpenting agamanya.bg yg terlalu muda klu boleh menunaikan kewajipan ini takda masalah,klu tak mampu itu yg masalah.plaintif mahupun defendan jika direnung masing2 ada yg benar,statik sekarang penceraian menggerunkan.baik muda atau tua,Agama yg terpenting serta kemampuan melaksanakan tgg jwb perkahwinan.yg muda klu mampu silakan,yg tua klu tak mampu jgn,cth mati pucuk.tggjwb tak terlaksana.saya menyokong maksud anda semua,ada positifnya

hamka said...

sebelum kahwin tak payah nak bercinta, buang masa jer.., kerja bodoh semua tu. Ketahuilah, cinta memerlukan tenaga dan pengorbanan, sedangkan tenaga dan pengorbanan sebelum berumah tangga adalah sia-sia, buang current jerr, dan akan menjejaskan prestasi otak. Mulalah exam tak lulus sebab angau bercinta. Hampeh!

Cuba tengok, abang keretamayat yang tak pernah ada awek waktu belajar. Bukan sebab beliau tak hensem (walaupun memang tak hensem) tapi waktu muda beliau habiskan masa mengembara. Membaca dan belajar sebanyak mungkin.

Bagaimana abang keretamayat boleh bertahan hidup waktu remaja tanpa cinta? Sebab abang keretamayat sudah ada gadis impian yang mempunyai seratus syarat, seperti muka cantik jelita macam artis yahudi, lokasi tahi lalat di tempat sekian sekian.., tinggi sekian sekian, lebar senyuman sekian sekian, yang mana selagi tak jumpa gadis macam ni, abang keretamayat tak akan bercinta, maka sibuklah abang keretamayat dengan belajar falsafah kehidupan, belajar ilmu dunia dan akhirat tanpa menoleh pada mana mana gadis sebab mereka tidak termasuk dalam 100 syarat wanita impian..

Tapi sebaik habis belajar, sebaik masuk alam pekerjaan, terus abang keretamayat buang 95 syarat wanita impian, lalu tinggal lah lima syarat sahaja, dan terus mengorat dengan niat berkahwin, lepas mengorat, tak lama lepas tu kahwin. (cerita detail kisah abang keretamayat mengorat dan berkahwin boleh rujuk buku Permata yang hilang kini dijumpai- pergh, sempat promote tu, hihihi)

Jadi waktu bujang, cuba habiskan masa membuat perkara yang tak boleh kongsi dengan bini, contohnya mengembara panjat gunung, pergi ke negara miskin macam india, duduk berjam jam membaca sejarah dunia di perpustakaan awam, memancing ikan sorang sorang dalam hutan, menonton 100 filem terbaik dunia yang bercorak berat, berdakwah masuk hutan jumpa orang asli, membaca kitab tafsir Al quran di masjid berjam jam, bergaul dengan ustaz ulamak dan sebagainya.., tempat peranginan seperti cameron higland, genting higland, unversal stadio, disneyland, pulau peranginan dan lain lain tempat romantik, tunggu lepas kahwin baru pergi dengan bini.

Ok, Lepas kahwin, barulah gunakan tenaga dan pengorbanan untuk bercinta dengan pasangan masing masing, nak bersetubuh puas puas, lepas kahwin, nak melancong puas puas, lepas kahwin,..

detective nie said...

bab kawin awal... walaupun saya sendiri belum kawin (umur baru 20) tapi bagi saya x salah kawin awal..

antara kemanisan kawin awal,
dpt save budget kalau tinggal dekat,
dpt jaga perhubungan(kan da halal)
dpt mengawal stress even time blaja (cuz ada yg sudi mendengar dan mengurut)
dpt memberi semangat (ada pemberi semangat)
dpt anak awal (peluang untuk dpt zuriat banyak tinggi)
dpt mengawal diri dari maksiat( kerana ada yg marah kalau anda melihat orang lain)
dpt pahala berganda(peluang untuk solat jemaah, pahala lain2 lagi semakin banyak)

jadi pada pandangan saya, kahwin awal itu bagus... tapi perlulah kita berfikir dari sudut diri kita... dan antara punca kahwin awal menjadi isu adalah kerana semakin ramai graduan univeriti dan semakin ramai mengutamakan pengajian tinggi daripada bermula dari bawah... as the level of education increase, the average marriage age also increase. directly proportional.. tambahan lagi, pemikiran orang melayu kini yang mahu anak mereka untuk belajar tinggi2 dapat gaji besar dan kawin bila dah kaya... that the reason semakin ramai orang kahwin lambat.. sedangkan masalah ini x timbul pada zaman dahulu sekitar abad 18 dan awal abad 19, tapi bila menuju pemodenan, marriage age increase as people need knowledge to gain a career. so, pada pendapat saya, early marriage is not the problem, the problem is, do that person ready to get marriage... even me, i think a can have marriage at this age, but because i need to get at least a certificate for my parent so that i can get a good job before i can get anything i want( include getting merried) kalau saya ni budak2 biasa yang abis skola terus kerja dah lama dah kawin, but i need to finish my study first just because i have a better marks than other.. that what we call, the influence of level of education. people do looks at your level of education, not your IQ level and level of independency. nak kahwin awal, tp ada halangan, kata orang, obstacles comes with great success..
so pikir2lah sendiri, adakah situasi anda membantu anda untuk berkahwin awal?

nawarzara said...

x salah kalau nak kahwin awal. bak kata hamka, tepuk dada tanya selera. hamka x lah kata wajib kahwin awal, cuma di galakkan kahwin awal if jodoh dah sampai and dah mampu zahir batin. If kita still x jumpa lagi jodoh kita, dah x mampu, teruskan usaha. Tp saya rasa memang betul hamka said, bercinta memang buang masa, boleh berkenal-kenalan, tp berpada-pada...alasan bercinta mesti kita akan cakap untuk kenal hati budi masing-masing, tul x? tp apa relevant gi tengok movie, jalan-jalan tepi pantai dengan alasan nak kenal hati budi kan?

seriyes, pastutnya masa sebelum kahwin, time tulah kita nak habiskan masa ngan kawan-kawan, ibu bapa untuk buat xtvt yang nanti kita x berpeluang nak buat...bila dah kawen, kena habiskan masa ngan suami, time tu bercinta sebanyaknya. ada orang cakap, if x bercinta camaner nak kenal hati budi? adoiii ai, x semestinya kena bercinta untuk kenal hati budi dia...banyak lagi cara. aku dulu pown last jumpa ngan husband masa aku form 4, pastu dah x jumpa2 dah...tp dah jodoh aku ngan dia, kawin gak akhirnya, masa bertunang tu lah kenal hati budi memasing. masa kahwin bru belajr bercinta, sama je...

hamka said...

komen korang bernas bernas belaka, hihi

MOHD.ROBIL ESA said...

Aku terima nikahnya...

bukhary said...
This comment has been removed by the author.
fakhrul said...

Sama pendapat dgn aku... Dan aku berjaya dgn cita2 utk kawin muda dlm usia 22 tahun 4 bulan.... Anak dh nk msuk 3 dlm usia 27 tahun....

Azri said...

salam hamka..aku nak tanya ni.apa pendapat kau tentang vaksin baby.boleh bagi pencerahan x? aku konfius lah..

http://mindaahad.wordpress.com/2013/01/30/kanak-kanak-yang-tidak-disuntik-vaksin-lebih-sihat/

http://mindaahad.wordpress.com/2011/01/30/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/

http://mindaahad.wordpress.com/2011/04/15/bahaya-suntikan-vaksin-hpv/

http://mindaahad.wordpress.com/2012/04/21/kesan-kesan-suntikan-vaksinasi-terhadap-kanak-kanak/

ni sebahagian link...aku pun dah pening baca benda ni..zaman nabi dan sahabat r.a. xde pun vaksin2 ni...

hamka said...

tahniah! :)

Anonymous said...

Penurunan kesuburan turut dikaitkan dengan fenomena kahwin lewat. Perkembangan ini memberi impak kepada tahap awal penurunan kesuburan di Sri Lanka misalnya selain Malaysia dan Singapura. Sekurang-kurangnya separuh daripada penurunan kesuburan di Jepun disebabkan kelewatan berkahwin. Bilangan wanita yang belum berkahwin telah meningkat di kebanyakan negara-negara asia. Di Jepun, kadar wanita yang belum berkahwin meningkat dari 7% pada tahun 1970 kepada 27% pada tahun 2000, Myanmar(9% kepada 26%), Cina Singapura(11% kepada 22%),Melayu singapura (4% kepada 12%), Cina Malaysia(10% kepada 18%) dan Melayu Malaysia (3% kepada10%) dalam tempoh yang sama. Fenomena ini berlaku kerana kekangan masa yang terpaksa dihadapi oleh wanita yang bekerjaya selain dari wanita sekarang lebih mementingkan kerjaya dari membina keluarga. Sekaligus fenomena ini mempengaruhi kadar kesuburan wanita seterusnya kependudukan negara.
Posted by Salsabil Mohd Yusoff A105950

dr brutal said...

30 tahun??..aku 27

Anonymous said...

Kahwin awal atau lewat ada kelebihan masing2... ikut keperluan masing2...
ada kawan nasihat, kita kalau di peringkat baru belajar(muhtadi) tak perlu ditambah beban-beban...seperti kahwin, nak kena urus rumahtangga, cari nafkah,tempat tinggal, masalah anak dll...
Cuma kita fokuskan cari ilmu sebanyak yg mungkin dahulu.
Guruku yang dikasihi pun kahwin umur 40tahun.Guru kepadanya pun lebih kurang macam dia, kahwin bila sudah selesai ngaji...

hamka said...

Nabi kahwin umur 25 tahun. lepas dapat tugas kenabian, Nabi kahwin lagi.

selamat pengantin baru. :)

Unknown said...

pokoknya adalah..
anda buat anda dapat :)

Rabiatul Nadhirah said...

in my case. ive been in relationship since i was at age 9 . with the same person until now. now im 20 , and we all grown up right now. we faced many difficulties and we decide to proceed with earl marriage because of the surrounding. and we`re both avoiding maksiat. I cant take the risk by seeing him without a halal relationship. and he is willing to take care of me.I dont know why.if it is about the finance. lets say money comes from HIM.and there's many ways to handle this kind of problems. can i have your opinion about this. Im still studying for my final year in foundation.

hamka said...

i think this entry can help a little bit:

http://suarainsan.net/berkahwin-pada-usia-muda-ketika-masih-belajar/