May 7, 2013

Lain kalilah? Kenapa PAS 'kalah'?


("Kalimah yang popular di ulang ulang; 'ini kali lah' dan  'lain kali lah'.. sedangkan kalimah yang paling afdal di ulang ulang adalah 'laailaha illallah..'-azharjaafar)

PAS kalah lagi, nasihat aku ikutlah nasihat yang di petik dari FB orang pas yang faham ugama:

Copy/paste:

Saya menceritakan rasa sedih Parti Islam Tidak memenangi Pilihanraya kepada seorang Murabbi.

Dengan tenang beliau menjawab,: "itulah tanda perjuangan Parti Islam itu di landasan yang betul".  Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa. Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita. Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?

End copy paste.

Jawapan terbaik selepas kalah, kepada pembangkang, sila take note, adohai..

Pendapat aku kenapa ‘perjuangan islam’ kalah:

1)            Orang sokong pas ramai tak solat jemaah, macam mana islam nak menang, jika aku tegur, di tuduh macai umno, adohai....

2)            Indicator perjuangan islam bukan 5 tahun sekali, indicator yang sepatutnya, 5 kali setiap hari, cuba tanya semalam solat 5 waktu awal waktu tak? kat masjid tak? khyusuk tak? tak paham paham lagi?, lepas tu doa bala dengan perasan Allah dekat dengan kita, adohai..., buat malu parti so call islamik jer jika ugama kita sokong tapi tak dokong.., hampeh.

3)            Hudud di perjuang tapi takde dalam manifesto, hudud di perjuang tapi solat tak diperjuang, Nabi naik ke langit ambik hukum hudud ke hukum solat? aku tahu hudud penting tapi solat lagi penting, nampak sangat jihad gantung bendera tak ada tarbiah, sebab selamba tinggal solat jemaah, argg, naik syeikh pulak aku ni-woha!
4)            Allah yang menangkan UMNO, Allah yang kalahkah PAS, masa untuk muhasabah diri, kenapa Allah tak tolong PAS? jawapan dah diberi oleh ustaz azhar idrus di atas, harap paham dan tolonglah jadil pandai.

5)            Ulamak bukan Tuan guru Nik aziz sahaja, beliau belajar di india, lepas beliau belajar adakah madrasah tutup? Kemana pergi class mate beliau? Ke mana pergi ulamak senior dan junior beliau?, ini bermakana bukan semua ulamak duduk dalam PAS. Ada ramai lagi ulamak lain yang tidak berpendapat politik demokrasii ni sama dengan politik Nabi, mengaji dulu apa beza kedua-duanya, ramai ulamak menolak politik demokrasi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah Rasulullah, Mahabbah Sunnah dan Mahabbah Umattu Rasulillah. sila tak note.

6)            Ramai pengikut Pas gagal ikut sunnah Para Sahabat ranhum dalam menghadapi pemimpin zalim seperti Hajjaj bin Yusuf. Caci maki, fitnah, dan buat lawak dengan serang peribadi bukanlah cara islam, Check!

7)            Perjuangan PAS guna cara politik demokrasi, di ijtihad kerana bagi mereka ia satu jenis darurat untuk melawan kerajaan zalim,dan dan aku juga mengundi untuk tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat atas sistem negara demokrasi,tapi aku tidak iktikad ia sebagai sebuah perjuangan sebenar, so adalah salah bila anggap inilah satu satunya jalan jihad. Adohai... 

8)            Hentikanlah kafir mengkafir, solat tak di terima dan lain lain fatwa kaum kera kerana tak ada dalil direct mengatakan masuk neraka kalau tak mengundi atau tak ikut perjuangan parti,tapi conferm masuk neraka orang yang tak solat,puasa dan lain-lain. Sila take note.

9)            Cuba renung dalam dalam dan tarik nafas dan akuilah bahawa Islam tidak akan tertegak dengan sistem demokrasi, panjang jika nak tulis bab ni..

10)         Ramai orang Pas mengaku berjihad sekatat kempen kat FB atau whatsapp, .. mana cukup upload gambar jalan rosak.. mana cukup upload gambar rosmah mansur.. ect ect ect..,  media arus perdana dikuasai BN.., orang kampung takde internet, nak berdakwah kena guna jalan betul.. jangan berat bontot nak jumpa masyarakat.. nama calon wakil rakyat, tapi rakyat tak kenal.. cuma tunjuk muka masa penamaan calon.. dakwah jauh sekali.., dah tau ramai melayu fobia dengan PAS, sorok dulu politik masa berdakwah.., guna cara pendekatan akhlak terpuji macam Nabi, baru ada mirip sunnah.., tak paham paham lagi?

11)         cukuplah jadi bodoh kerana politik dengan cara dedah aib musuh, tapi bela aib kawan sendiri.., Nabi bila Aisyah dituduh berzina, Nabi tak emosi dan terus bela macam korang bela ahli parti, nabi siasat dulu, malahan Nabi cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri akan potong tangannya, bukan macam korang.., ahli parti saya baik baik belaka, mana ada berzina, video besi tak boleh jadi saksi, tapi jika umno buat silap, tak ada bukti terus sebar, itulah budaya politik sempit yang memalukan islam..

12)         Nak menang politik, jangan cipta banyak musuh, korang cakap polis sebagai anjing kerajaan, sedangkan polis mengundi, bini polis mengundi, anak beranak polis mengundi, lepas tu korang cakap askar sandiwara berperang, sedangkan askar  mengundi, bini askar mengundi, anak beranak askar mengundi, lepas tu korang nak tutup lynas, sedangkan pekerja lynas mengundi, bini pekerja lynas mengundi, anak beranak pekerja lynas  mengundi, lepas tu korang nak tutup tol, nak tutup proton, nak hapus AES, nak hapus PTPTN sedangkan semua pihak tu mengundi, bini mereka mengundi, anak mereka mengundi.., arghh, pilikrlah sendiri..

13)         Jangan jadi bodoh buang masa pasang bendera tinggi, bendera besar, bendera banyak, lepas tu berjaga siang malam sedangkan orang mengundi bukan sebab bendera, membazir saudara syaitan..

14)         Saidina Umar bila ada jemaah islam kalah perang, beliau akan suruh semak apakah sunnah Nabi yang jemaah itu tak buat, bila di semak, ternyata solat jemaah tak lurus, bila lurus baru menang, cuba check kitab sejarah..

15)         So,  yang utama aku nak komplen adalah bab solat berjemaah, ramai lagi orang PAS fail jaga solat jemaah, sedangkan dengan menjaga solat jemaah, barulah pertolongan Allah itu bersama kita, insyaAllah, ternyata ceramah lawak dari ustaz PAS tidak memberi kesan tarbiah yang di harapkan.., mungkin kena ubah cara lawak kepada cara sunnah, mudah mudahan.,

Ok, Cukuplah 15, (jika ada korang boleh tambah) lagipun itu hanya pendapat aku yang hina dina, Aku sayang PAS dan semua orang islam, masih ada ruang untuk muhasabah diri, aku bukan nak menghina, tapi aku nak menegur, salah UMNO tak perlu aku tulis sebab korang dah sedia maklum, tapi salah PAS takde ustaz ustaz nak tegur, maka biarkan aku yang sayang pada semua orang islam ni menegur kerana Allah, aku tak rugi jika korang tak nak ikut pesanan aku, aku sendirilah yang rugi jika tidak amal apa yang aku sampaikan.., sekian pesan kepada diri sendiri. 

Sebagai penutup, kita layan Kisah Laki Bini di hari mengundi.

*****

Bini: Adohai abang, kan dah cakap jangan korek hidung dengan dakwat SPR, kan dah 7 hari tak hilang..

Laki: Diorang cakap boleh hilang kena air, tapi dakwat abang punya ni tak hilang.., waaaa.... woha!


Ps: entry ini bukan perbandingan antara PAS dan UMNO, tapi antara PAS dan ISLAM, sila berlapang dada..., lagipun aku tulis ini selepas PRU, sebab aku ikhlas nak menegur.., dan ini agak deep, sila take note jika tak slow.

Ps2:  Aku ulang, Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa. Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita. Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu? (Jawapan terbaik selepas kalah, kepada pembangkang, sila take note, adohai..)

240 comments:

1 – 200 of 240   Newer›   Newest»
asrif said...

setuju!

asrif83 said...

setuju

amin007 said...

Terbaik jawapan ...

titan said...

setuju. tanpa bantahan.

azam said...

Ada benarnya...

H M said...

Semoga penyokong PAS / PKR tidak cepat melatah. Fikir dulu sebelum memacaikan Hamka :)

ingintahu said...

Setuju. Tp ape pilihan yg ade selain demokrasi utk masa ini?

rinz raime said...

Sy setuju en hamka.. moga2 ramai yg membaca dan meng check diri masing2.. sy pening kepala 2, 3 hari ni akibat pru..
betul dunia ini akhir zaman tp mudah mudahan kita dlm golongan yg diredhaiNya..

Penyokong Tegar MCA said...

better PAS dri UMNO, dh jelas dlm prinsip perjuangan mereka

Anonymous said...

MACAI DETECTED! MACAM LA ORANG UMNO BAIK SANGAT! KAU NAK CAKAP BIAR BERASAS! MANA KAU TAHU AHLI2 PAS TIDAK MACAM TU? TIDAK SOLAT 5 WAKTU PENUH? ALLAH TAK MENANGKAN, HANYA ALLAH YANG TAHU. KITA CUMA PERLU TERUS BERJUANG, BUKAN DOK SIBUK MEMBEBEL TAPI APA PUN TAK TOLONG! HILANG RESPECT AKU DEKAT KAU!

hamka said...

ini bukan perbandingan antara PAS dan UMNO, tapi antara PAS dan ISLAM,

sila berlapang dada...

Anonymous said...

salam, brother, saya suka penyampaian nie, cuma pda pndangan saya, brother mungkin boleh tulis dlm bentuk nasihat mcm kita perlu jaga solat 5 waktu and everything. sbb bila ckp mcm nie, nmpak mcm menghina pun iye.. maafkan saya, ini cuma pendapat. anyway, good job! at least u're trying. peace no war.

zams said...

SMTI...aku akui memang ada kebenarannya...insya Allah kita akan mnjadi lebih baik dr sekarang..

eL Je!!! said...

KLAKARLA GMBAR HIDUNG TU..
GULING2 GELAK..
HAHAHHAHA

Anonymous said...

apalah anon pukul 11.14pm. tegur sikit terus kata orang macai. Akhlak macam ni nk tegakkan negara Islam? memang patut PAS kalah teruk tahun ni terutama kat KEDAH. Orang yg mengaku berjuang utk Islam, tp tak tunjukkan akhlak Islam lebih menyakitkan hati drpd orng yg memang kita tahu dia x sokong parti Islam, tp akhlak buruk. Selagi orang2 dalam PAS banyak yg otak sempit macm hang ni, PAS xkan menang.. Satu lagi, aku pernah pegi ceramah UAI, bila nk semayang isyak, aku tengok ramai gila yg balik sebelum solat. Balik solat kt rumah la tu... Pastu pihak pengurusan langsung x bagi can masa lebih sikit utk orng yg dngr ceramah ready utk solat jemaah sama2. habis je ceramah, terus iqamat, xde pun ditekankan supaya semua hadirin sila tunggu dulu, solat isyak jemaah sama2. Ada yg balik terus balik. Yg berniaga bukak kedai konpem2 x berjemaah, duk sibuk jual T-shirt 'perjuangan Islam'. Tolongla.. bukak la mata hati, muhasabah setiap teguran membina. Pernah satu hari aku singgah solat zohor kt satu masjid, masa tu dh start solat pun. tengah ambik wudhuk, tu dia satu rombongan pemuda2 bermotosikal bwak bendera PAS lalu lalang depan masjid, duk hon pon pin pon pin, tp singgah pun semayang berjemaah di masjid. dah la ganggu orang tengh nk solat. mamc tu ke tarbiyah islamiyah PAS? Kata nk tegakkan islam sebenar. islam sebenar bukan hanya pada hudud, tp bab paling utama adalah solat. Kalau tiang utama pun masih goyah, mcmna nk tegakkan khemah islam yg sempurna? fikir2kan.

Anonymous said...

typo:(anon 11.26pm) *tak singgah pun semayang berjemaah di masjid.

Anonymous said...

susah nak tegur fanatik pas ni.. diorg rasa diorg lagi islamik dari org lain. kenyataan.

Unknown said...

betul cakap saudara Hamka. Saya terima dengan dada terbuka. Beza orang sayang kat kita ialah orang sayang kat kita akan tegur kesalahan kita dan menasihati kita. Saudara Hamka dah mention "UMNO tak perlu aku tulis sebab korang dah sedia maklum" kita dah tau umno macamana perangai tak payahlah terikut2 perangai mereka. Kalau betul2 perjuang islam berjuangla cara Islam.

Anonymous said...

well said en Hamka.. sbb itulah Pas kne gabung dgn UMNO bkan dgn DAP. sama2 boleh ditegur.huhu

Anonymous said...

Saya harap sgt ahli pas yg prsn dia sgt baik dan smua org yg xsokong pas jahat sedar.

Saya baru dpt berita yg agak sedih.org terapat dgn sy diugut bunuh sbb mpthnkn bn.terus trg sy bukan org yg sokong bn.sy org yg sokong islam.sblmni sy mmg penyokong pas tp bukan dap and pkr.sy xsuka pkr sjk keadilan lg.sbb matlamatnya xjelas utk rakyat.tapi lbh kpd mslh peribadi.sng cerita bkn memperjuangkan rakyat tapi memperjuangkan individu

Ada banyak sbb org xsokong bn.salah 1 nya sbb rasuah juga.dan may b juga sbb polis yg bila buat report, bukan nak buat kerja cuma nak tutup kes.siap cakap nak duit xdptlh.cuma pndg kes brt2je.ramai yg pernah mlalui pkra ini.xmsk lg rasuah kslhn trafik.ye itu mslh pkerjanya, tp sbg ketua bnda ni harus dipantau.

Ok sy bkn nk ckp tntgni.tp sy nk bckp tntg kwn trpt sy.dia komen tntg pthnkn bn.then dia dpt ugutan bunuh tmsk keluarga dgn mngesan ip drp org pmbngkg dan disyaki drp red bean army yg diupah DAP.waallahualam.skrg dia tgh ketakutan.

Hm.bg sy, kta perlu berhati2 dgn org non muslim terutamanya dap.sy kecewa pas bergabung dgn dap sdgkn sdh jls sjk dulu lg dap mmg xmnyokong islam.

Dato harun dia kalah sbb dia btegas utk mlakukn hudud.tp dap mng bkali2 ganda.sy xfhm knoa org pas msh bgembira dgn kjayaan dap ini.apakah matlamat mereka sbnrnya? Utk dptkn sgala kemudahan yg dijanjikan ke? Sng cerita utk mdptkn kesenangan di dunia? Harga minyak turun? Pttn free? Bkn lg hudud dan kerajaan islam?

Saya terbaca tntg antara pemimpin korup dan pemimpin kafir.ada boleh search.tapi jgn ambil drp blog politik.sbb slalunya bias.so pilihannya haruslah yg muslim walaupon dia korup sbb dia still lg tahu tntg agamanya.sy minta anda cari sdri.xlyk utk sy komen.

Skrg tntg isu rasis.bila kta kata mari melayu bersatu pembsngkang melayu boleh kata kita rasis sbb dap mng bnyk.sy cuma nak kata org lain dh lama rasis thdp kta.bila nk minta kerja tgk kt iklan.dh tulis siap2 bahasa nak mandarin.mksdnya mereka dh memilih dr awal.bkn tu je bnyk lg.tp bila kata melayu marilah bersatu tapi mereka kata kita rasis.adakah mereka setuju perdana menteri mereka adalah non muslim? Kalau mereka setuju..saya xtahu nak cakap apa.cuma saya nak cakap saya tak bersependapat dgn mereka.tapi kalau mereka kata mereka tak nak pemimpin mereka non muslim mereka pon rasis juga.umat islam adalah bersaudara tapi dengan non muslim kita harus berhati2. Apa bukti diorang lebih adil? Apa bukti diorang x korup?

Banyak dah saya cakap.apa yang saya nampak.ramai manusia ego.ego atau sombong adalah perkara yang disuka oleh Allah.ego juga buat kita tak nampak drbgan jelas.

Panjang dah saya taip.cuma marilah kita berdoa,semoga Allah tunjukkan kebenaran.kalau saya salah Harap Allah tunjukkan saya jalan yang lurus.dan harap Allah tunjukkan semua umat islam di malaysia dan di seluruh dunia kebenaran. Amin.

Saya hamba Allah.cp

Anonymous said...

Allah s.w.t yg wujudkan politik...ujian utk kita suma juga...tp mcm mana kita nak satukan org islam,panduan dia dgn agama,apa yg di ajar oleh nabi kita...

Anonymous said...

Saya bukan nak kata kita jangan berbuat baik pada orang non muslim.kita kena berbuat baik dengan mereka hatta kita boleh juga bersedekah pd mereka.kita digalakkan berdakwah pada mereka.menunjukkan akhlak yang baik membantu ketika mereka susah.tapi untuk memilih pemimpin pilihlah yang muslim atau tiada pilihan sekalipun kita pilih yang kurang mudarat.kita harus berwaspada dengan non muslim itu yg sy nak tegaskan.

Ps : takut pula nanti menanamkan kebencian pd non muslim pula.bukan benci cuma berwaspada sambil berbuat baik kpd non muslim.

Saya hamba Allah cp

Anonymous said...

Sangat setuju..saya ckp berdasarkan pengalaman di Melaka. Walaupun kita org PAS tak kuasai masjid tapi tak salah kita bercampur dgn org kg solat jemaah di masjid..tu sebaik2nya..lagi sedih ada dalam kalangan jemaah sendiri malas pergi menuntut ilmu.. Kuliah Ustaz Zul Ketua Dewan Ulama tak ramai ahli jemaah yg datang..

Anonymous said...

Setuju dengan anon 11.52 di atas..nyata lagi mutlak..tp masih lg kita memandang sebelah mata..mari kita kuatkan ukhwah kita..kuatkan tiang2 jemaah kita..lebarkan dan kukuhkan ia..tanpa tiang yang kuat..perjuangan kita retak menanti belah..sedih..:-(

Anonymous said...

sakit hati baca apa yang ditulis cik hamka,tapi apa bila pikir balik ada betulnya.

Anonymous said...

assalamualaikum bro hahaha.. lambat bace.. huhu.. perjuangan beom berakhir tuan tuan.. akan ada 1 jemaah dari tentera islam nanti mereka melintasi lautan dengan berkuda.. dan menghancurkan sebuah kota dengan laungan Allahhuakar sebanyak 3 kali.. jeng jeng jeng... orang pas ada sedikit sebanyak dengan perkara ni.. tapi nak lintas laut berkuda tu macam mana nak dapat kalo tak dakwah bro bro pas.. tak usaha atas iman.. yakin bendera besar menang yakin khutbah berapi menang.. yakin facebook lu kasi like sana sini menang.. yakin yang salah.. lagi satu mana daa doa menjerit macam tu daa.. dah la... korang dah blok aku punya program bayan korang dah hantar ustaz2 yang tak ikram orang umno nak belajar ilmu agama.. korang tafsir quran hadis ikut kepala hotak korang je.. korang banyak hina sunnah nabi.. korang kira politik korang orang x sembahyang xde dalam hotak korang hati korang... korang risau minyak naik risau tol risau dunia tapi orang tak sembahyang korang x heran.. korang xse sikap sifat ikram langsung takde pada ahli umno.. korang tak nampak ke america jepun china autralia europe sume tu.. sempit betul perjuangan korang doh!!
ok.. jomla wat dakwah.. dah la sume ni.. kuar dijalan allah belajar.. belajar iman.. belajar risau.. jom la kuar... kepada semua muslimin jom la kuar dijalan Allah.. banyak lagi yang aku x pueh hati.. tapi cukupla disitu.. jgn rugikan masa kita lagi.. bro gua taskil ni.. bagi la azam.. huhu.. aku sian tgk korang x tentu arah dah jadinya.. pastu dah x tentu arah pergi lepak sana sini masjid x datang dah.. datang masjid dah tak mesra.. melarikan diri dari masyarakat.. tapi ini la hakikat ape yang korang wat pada orang umno.. allah balas perasaan mereka... korang langsung tak jaga perasaan parti politik lain hadoh... bak kate sorang ustazbkat tempat aku.. hadoi orang pas ni.. dah la dunia x reti akhirat pun tak reti jugok.. sama2 tak reti.. dah jom kuar tabligh... -gua yang panggil lu bro-

Anonymous said...

Kepada Dato Seri Najib Razak,
Perdana Menteri Malaysia

Kami dari Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur) mendesak agar Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang disifatkan paling teruk dalam sejarah Barisan Nasional dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional atas sebab-sebab berikut:

1. Prestasi yang amat buruk dalam PRU13, gagal mendapatkan majoriti 2/3 malah semakin merosot dengan mendapat hanya 133 kerusi Parlimen, penurunan 7 kerusi berbanding PRU12 mendapat 140 kerusi walaupun telah membelanjakan begitu banyak wang untuk berkempen terutama iklan di laman-laman web gergasi seperti Youtube, Facebook, Google, Yahoo dan lain-lain.

2. Amat memalukan apabila 4 calon bertaraf Menteri Kabinet, 4 Timbalan Menteri dan 2 Menteri Besar telah tewas.

3. Kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu dan Bumiputera terutamanya daripada kaum Cina menunjukkan bahawa gagasan 1Malaysia telah gagal sama sekali.

4. Kegagalan Dato Seri dalam menangani isu-isu semasa yang dibangkitkan seperti korupsi yang melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Taib Mahmud dan lain-lain pemimpin tertinggi Barisan Nasional memperlihatkan kelemahan Dato Seri sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

5. Kontroversi yang melibatkan isteri Dato Seri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah merupakan liabiliti terbesar bagi para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional dan antara penyebab utama segala usaha yang telah kami buat selama ini untuk kembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan UMNO menjadi sia-sia.

Dengan alasan-alasan yang telah diberikan, maka dengan ini amat wajarlah sekiranya Dato Seri Najib Razak mengundurkan diri dan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan tempat Dato Seri sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia yang baru.


Sekian dari kami,
Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur)

Anonymous said...

InsyaAllah, semoga Allah jadikan PRU13 ni utk semua org membuka minda dan hati masing2... memperbetulkn apa yg silap... ^__^

Anonymous said...

Maaflah menegur, mungkin ada betul apa yang en hamka nak sampaikan, tapi cara awak pun salah, tak berhikmah, sekalipun bkn ustaz, ulama etc.belajarlah berhikmah kalau nak komplen/suggest ape2. lagi satu, pandangan awak ttg jihad adalah salah.cuba baca pndgn yusuf alqaradawi.mohon elak statement yang kita tak tahu kebenarannya, krn setiap tulisan kita akan dihitung di akhirat kelak, pesanan terakhir #yang berjuang takkan sama yang mengkritik, turun dan rasai perjuangan itu dhulu.ok peace :)

Anonymous said...

1 ummat 1 kalimah... Tolak 1malaysia... Jom buat kempen pintu ke pintu ajak suma org islam solat berjemaah...baru ada nusrah...x kira la umno ke pas ke...


Wan jeniang

Unknown said...

Kalaulah betul BN main tipu pun, PAS tidak seharusnya merendahkan diri diorg untuk jadi tukang sebar berita ini berita itu sebab kalau betul perjuangkan Islam, adalah tak wajar untuk cepat melatah.Perjuangan Islam tu banyak skop dia,bukan setakat skop politik.

Anonymous said...

korban faham, xkorban xfaham, salah korban salah faham..semoga Allah taala ampunkn kita semua ;)

Anonymous said...

Tang no 12 tu...aduh...terasa menusuk di hatiku. Aku nak insaf...

terima kasih saudara.

Anonymous said...

Tuan...krusi bn trun pon xpa...supaya umno ni x prasan bgus...kalo x, suma nak kena ikot ckp dorang ja.baru ada kesedaran dan ketaq lutut hilang kuasa...lpas ni harap yg trbaik di janjikan...

jang said...

Saya setuju dengan pendapat En. Hamka, lebih2 lagi bahagian kafir mengkafir dan solat yang tak diterima. Perkara ini telah membuatkan saya hilang kepercayaan kepada PAS walaupun sebelum ini saya sudah tertarik dengan Parti PAS. Harap mereka dapat perbaiki kesilapan ini. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna, pasti ada kesilapan yang dilakukan. Artikel yang bagus En. Hamka.

Anonymous said...

aku tak baca tapi aku setuju.... sebab selalu apa yang aku fikir Hamka dah fikir dulu... selamat dia ni ada kerajinan nak buat blog jer... huh...

p/s: tertunggu juga hamka post ayat panas selepas PRU... pergh tak kasi change terus keluar pedang....

Elders marah kang bro... hehe...

==Ini trademark saya==

Anonymous said...

kekalahan adalah tanda amaran dan kasihnya Allah kpd kita. moh sama2 kita perbetulkan salah silap(lebih2 lg la kat diri aku nih yg bergunung2 dosa)....

admin, tq di atas posting yg bernilai..

jom ubah!!! (aku tujukan pd diri aku lg).

mohon maaf kalo ade tsalah kater.

detective nie said...

saya sangat setuju dengan pendapat hamka secara 100% kerana apa yg hamka fikir adalah sama dengan apa yg saya fikir...saya rasa x perlu komen panjang tetapi saya akan berusaha untuk menyebarkan penyataan daripada en hamka ini untuk dijadikan teladan kepada semua yang menyokong pas dan x dpt terima kekalahan pas...Tahniah hamka...anda adalah salah seorng yg berfikiran diluar pemikiran kotak manusia biasa. dan memahami sesuatu lebih baik berbanding orang lain.. orang kata anda kasar tetapi ayat itu kelihatan lebih kepada nasihat berbanding apa yang orang lain gne.siapa yang termakan cili dia yang terasa pedasnya... semoga Allah merahmati anda

Anonymous said...

Apabila kita cakap "Saya undi Islam".

Pasti penyokong BN-UMNO marah dan terus tanya, "Kenapa.. BN-UMNO tak Islam kah?"

Kita pun pelik, tak cakap pun undi PAS ataupun BN-UMNO.

Realitinya penyokong BN-UMNO sendiri tidak terasa keislaman yang ada dalam BN-UMNO

1 lagi, saudara sepatutnya memberi kenyataan yang bersifat nasihat bukan melepar kata2 berunsur maki/perli sindir mcm ni.. buatlah sesuatu yg berhemah dan boleh diambik pakai dan dijadikan iktibar pd orang2 lain

kinakona said...

AllahuAkbar sedihnya dgn apa yg awk sampaikan ni. Mmg sedih sgt2 tgk ummat hari ni.

Anonymous said...

Kalah? cume kalah dalam pilihanraya, selagi kite berada di atas jalan yang benar, kita tak pernah kalah....

kinakona said...

Biasa lah,akan ada yg setuju dan juga tidak. cuma cuba baca dan fahamkan dgn mata hati. Keluar dari isu politik sekejap dan baca dari isu dan masalah ummat hari ni. Satu ja punca dia, masalah agama yg tk ditegakkan dgn syariat yg sempurna. Agama sempurna, agama betul insyaAllah yg lain2 nmpk elok. Sy sgt tekankan, sgt2 tekankan kaum lelaki solat jemaah tiap waktu. Sbb dari Kecik dibesarkan dgn hadith2 nabi. jd fikir risau tgk lelaki solat kat rmh, solar sendiri terlalu dlm. Azam dan doa nk suami yg jga solat. pastu nk didik ank mcm tu jgk. Dan Alhamdulillah hadiah yg paling bernilai Allah bg dpt suami yg jaga solat jemaah tiap2 waktu. Moga dpt didik anak2 seperti ank2 yg ada pd zaman rasulullah.. insyaAllah

kyr.azh said...

Nak tahu sesuatu? Orang PAS kan sinonim dengan perjuangan Islam. Jika sikap orang PAS mudah melenting, emosi dan tidak menunjukkan kesabaran serta akhlak yang tinggi, apa orang bukan Islam fikir kepada Islam agak-agaknya? Dan ingat, anda yang membawa imej Islam berhati-hatilah dengan imej itu kerana boleh jadi sikap buruk kita mendatangkan fitnah pada Islam. Nauzubillah. Mari bermuhasabah diri

mael said...

Terbaikk bro Hamka..

Tak rugi aku masih ikut blog nie.

memang ada kebenarannya apa yg dihuraikan.. dan itu juga yg aku dah cakap kat abang aku bila dia tanya ttg PRU13 nie.

Eray Majid said...

ade betulnya yang en hamka tulis
perjuangan islam takkan boleh menang selagi ramai yang jahil
tak kira apa parti pun, jika kita orang islam wajib untuk perjuangkan islam.
bukan masa pru saja. paling penting jihad solat 5 waktu. solat awal waktu. fahami dan nikmatilah solat. jika solat dh beres, pasti yang lain pun beres.
apapun saya harap satu hari nanti malaysia nie akan ditadbir dengan landasan islam yang benar. bukan liberal atau hadari.

syim said...

tet... anonymous ni kena masuk kelas anger management.

org PAS bawa nama Islam tapi kalau emosi macam ni hilang respek gua beb...

Anonymous said...

Things to ponder:
1. Ramai dari kalangan rakan2 tabligh tidak pun peduli untuk pergi mengundi. Kerana sistem demokrasi. Tapi yg pedihnya sistem demokrasi inilah nantinya yg akan membentuk kerajaan dan menetapkan halatuju dan polisi negara samada lebih mendekatkan kepada Allah atau sebaliknya, samada nak menggalakkan Concert K-Pop atau Majlis2 Ilmu?
2. Hamka mengutuk PAS kaw kaw punya. Tapi tak la kutuk UMNO. Apakah Hamka penyokong UMNO? Apakah UMNO menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan?
3. Mengapa mengutuk PAS yg dasar perjuangannya Islam? Seeloknya kita sokong PAS dan memberi idea2 bernas bukan sekadar tau mengutuk.
4. Kalau solat berjemaah yg jadi isu rasanya majoriti org PAS yg dok memenuhi masjid dan surau berbanding dgn org UMNO pada setiap solat fardu dan majlis2 ilmu. Malah UMNO pernah mengharamkan kuliah maghrib di masjid2 dan surau2 di Selangor.
5. Lebih baik PAS berbaik dgn DAP yg menolak hudud kerana mereka bukan Islam, daripada berbaik dgn UMNO yang declare secara terang tolak hudud sedangkan mereka mengaku org Islam.
6. Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yg lebih berkuasa iaitu kerajaan Allah. Kita tidak kalah...cuma belum menang.

Pak Jabit.



Anonymous said...

sick of malaysian scene of politic..baik dr pihak sana & sini...sanggup menggunakan agama demi kepentingan parti politik masing2...

sekarang semua pihak dok timbul kan isu perkauman pulak...puncanya,kepentingan politik....

Chamm said...

Aku pening, aku pening...! tolong bagi aku panadol

Anonymous said...

well said. setuju sgt.subhanallah ramai sgt yang terlalu taksub berpolitik.

Anonymous said...

Jangan politikkan agama, agamakan politik.

Saya xsuka orang menipu dalam apa2 sahaja perkara tapi saya juga xsuka dengan non muslim memimpin negara yang kemungkinan lebih banyak menipu. Apa buktinya mereka xmenipu?

Tahukah anda dap kesayangan PAS ada 1 army yg create mcm2 fitnah dan minta disebarkn? Mereka ada pasukan. Saya kawan dengan rakan cina.malam sblm mngundi mereka kata mahathir dan rosmah sudah lari meninggalkan negara.tapi ternyata tidak benar.siapa yang mencipta ini? Tapi pelik, pr tetap kata mereka xmnipu. Xrasuah. Lagi 1 pada malam yang sama, mereka juga mengatakan pagi esok surat khbar bn akan cakap pas bergabung dengan bn supaya dapat undi msyrkt melayu.esoknya saya baca tiada pon dalam surat khabar.


Percayalah mereka ada pasukan untuk memfitnah.saya pelik anda boleh percaya dengan orang yang xberpegang pada islam daripada orang islam.sekarang ini zaman fitnah.tapi apa yang saya baca itu pengalaman saya sendiri bukan pengalaman orang lain.


Saya bagitahu lagi sekali. Saya bukan sokong bn.saya sokong islam.saya nak umat islam nampak akibat percaya pada non muslim yang xpercaya pada dosa berbanding debgab orang muslim.kita harus berbaik dengan non muslim tapi tetap kita harus berwaspada.merek ada taktik kotor yang taktikal.jangan jadi kurang bijak orang muslim.

Untuk pengetahuan anda.emak saya cina ayah saya melayu.family sebelah emak saya cina.kami masih berhubungan dan berbalas kunjungan hari raya.tapi saya sayang agama saya.so saya buat apa yang agama saya suruh insyaallah walaupon saya bukanlah baik sangat.waallahualam.saya cuma nak nyatakan ini bukan rasis.

Jangan politikkan agama.tapi agamakan politik.

Saya harap sgt sesiapa yang membaca, baca sampai habis.jangan malas baca.

Cp

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

owhh bagus alasan ni. sangat benar.

-daripada penyokong bn-

Anonymous said...

Kalah? Kalah ke pakatan rakyat? Tiada erti kekalahan. Kalau terima ni sebagai satu kekalahan maknanya kita tunduk kepada ketidakadilan. Kalau betul2 PAS kalah takpelah kami boleh terima. Tapi macam kalau ade perompak dalam rumah kamu. Kalau dia masuk merompak masih nak salahkan diri sendiri? Nak cakap ini semua ujian daripada tuhan? Tapi taknak mempertahankan hak sendiri sebagai tuan rumah dan biarkan dia merompak? Mana boleh....... Sebab dah berlaku penyelewengan dalam pilihan raya kan.

Dan sangat-sangat terang jelas dan nyata adanya penipuan, masih nak terima diri sendiri yang salah? ke lagi baik berusaha menentang ketidakadilan? Kalau rasa pilihan raya aritu bersih sangat, jemput lah dengar sendiri pidato Anwar Ibrahim malam ni. Kalau tak nak dengar pon buka-buka lah hati untuk tengok facebook2 PR yang macam-macam gambar pembongkaran ada. Dan yang penting ada lebih kurang 29 kerusi boleh dipertikaikan dalam PRU yang lepas. Ikutlah, kalau taknak terima pun takpe. Sebab kita manusia memang ilmunya takkan pernah cukup. Tak perlu tunggu iman sangat2 kukuh barulah nak mempertahankan keadilan. Yang penting kena berusaha dan sentiasa yakin pada Allah untuk mempertahankan hak kita kan?

Anonymous said...

pak jabit.

baca la semula apa yang hamka tulis. ini soal pas dan islam bukan pas dan umno. hamka dah maklumkan siap-siap soal umno tak perlu nak diperjelas sebab mmg dah semua maklum umno tu macamana. baca.baca.baca *sigh

Anonymous said...

Bro,

Point no. 11 adalah makna sebenar assobiyah.

Anonymous said...

salam...ambillah iktibar dan pengajaran dan tauladan dengan kemenangan di kelantan dan selangor...sebelum ni selangor, kerusi PAS sangat sikit, bila menang, byk program agama yg di buat dan tidak ada sekatan, manfaatnya ramai yang semakin faham tentang islam...itu yang kita mahukan..ramai yang faham islam..bila ramai yang faham, barulah kita mudah nak laksanakan islam...tapi bila kita tak menang, ceramah disekat,kuliah agama di hadkan..isi2 kuliah ditapis, mcmana kita nak bg penerangan...tggjwb kita semua memahamkan islam pada semua org..adakah kita suka nak tinggalkan org2 yg bukan islam dari mendapat hidayah mcm kita?apa usaha kita nak fahamkan mereka dan dekatkan mereka dengan islam?islam Allah turunkan untuk semua..bangsa2 hanya utk berkenal-kenalan...bukannya kita nak banggakan bangsa...tak rasa seronok ker kalau ramai bangsa lain di Malaysia faham dan hormati Islam?memang hidayah milik Allah seperti Rasulullah tiada kuasa nak beri hidayah pada bapa saudaranya...tapi sekurang2nya Abu Talib antara pembela rasulullah...Pastinya Abu Talib seribu kali lebih baik daripada Abdullah bin Ubay munafiq yg ingin menghancurkan Islam...

Anonymous said...

mohon copy/paste/sebarkan kesedaran;)

Anonymous said...

anon 11:14

kamu kata umno tidak baik..kenapa kamu penyokong tegar PAS tak tunjuk apa erti baik tu..bahasa kamu tidak melambangkan islam sebenar..bacalah dgn lapang dada..

sot said...

Sudah menjadi adat perjuangan ada kalah dan menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaitu kerajaan Allah SWT. Kita tidak kalah...cuma belum menang.

Anonymous said...

Aku setuju dengan satu perkara. Ramai masih jahil. Dah ditegur -bukan sekali, ada jer lah "membeto". Tung-tang, dung-dang gitu-gini tak lain adalah refleksi AKU LEBIH TAHU TENTANG KEBENARAN. Bila isu yang diketengahkan adalah kaedah perlu bagi kejayaan perjuangan islam; ada lagi yang sengaja membudayakan pada label parti politik. Memanglah ini cerita politik dan parti politik, akan tetapi tanggalkan dululah perhiasan itu dengan mengambil soal sikap dan adab sebagai hamba yang mahu mencapai redha Allah. Mahu kepastian kelak nabi mengakui kita ini umatnya, umat yang menulunsuri mengikuti dan mencontohi adab nya, iaitu berimamkan AL QURAN, bukan imam masjid, bukan imam dari kalangan ulama apatah lagi imam parti, kerana mereka hanyalah penyuluh yang pasti ada silapnya.

Aku tengok amalan Taqiyyah (matlamat menghalalkan cara)yang sinonim dalam gerakan aliran fahaman Syiah sudah meresap sebenarnya. Sedarkah? contohnya berbalas maki hamun, hina menghina, laknat melaknat, salah menyalahi, bertengkaran berterusan dan menjalin + memperakui persaudaraan dengan bukan islam. Melampau lampau betul bagi orang Islam hidup dengan sikap begini. Mana HAblullah?(tali Allah) yang diperintah kita berpegang sesama muslim? Tatabudaya melampau seperti disebut bukan IMAN lah!

Ingat tentang mati, dan nasib dialam barzakh, dan yaumul qiamah. Yang Mensolatkan Jenazah siapa? Yang dikatakan saudara dalam talkin siapa? Batu nesan lambang apa? Malaikat parti apa? Bimbangkanlah kelak kalau kamu mengharap syafaat dari Rasulullah SAW hanya untuk mendapati bahawa baginda tak mengaku UMAT

mohd said...

org politik demokrasi ckp "kita takde cara lain pada zaman sekarang selain terlibat dgn politik demokrasi ni, sebab ini saje cara yg bole jatuhkan kerajaan zalim!..."TAKDE CARA LAIN? BIAR BETOL?
ISLAM kan agama yg complete! maknanya ISLAM takde cara lah utk jatuh kan so called kerajaan ZALIM!? eh? pelik ISLAM lemah lah kalau camtu? Firaun dan KERAJAAN dia punya zalim bukan makan duit rakyat! bukan setakat kronisme! bukan setakat tindas rakyat! tapi celaka punya FIRAUN ZALIM mengaku diri dia tuhan! apa lagi zalim lagi besar selain mengaku diri TUHAN! jadi apa yg ALLAH suruh Nabi Musa a.s BUAT? bina kerajaan? kumpul tentera? pasang bendera? ermm,,,

siti said...

setuju juga. xkira umno pas semua kita manusia, semua ada kesilapan. kena muhasabah diri

Anonymous said...

UMNO menang kerana pengundi UMNO solat 5 waktu berjemaah.

Anonymous said...

hmmmm, itulah masalahnya, remaja2 dok berarak dgn motosikal ke hulu ke hilir, rmai2 bwak bnderas PAS, dengan ramai2 laungkan TAKBIRR!! tapi yg sedihnya ada dikalangan remaja2 tersebut, perempuan bukan muhrim dok bertenggek sekali atas motor.. tak pasal2 menjatuhkan lagi maruah ISLAM secara tak langsungnya..

Anonymous said...

tak abis2 dgn macai tu...org bg teguran yg baik patut terima...bilahati dh hitam susah nk terima nasihat...anonymous 11:14 lps smayang nti duduk skjp atas sejadah muhasabah diri tnya knp hati tak tenang bila org bg nasihat...kita sama2 buat ye jp lg

Anonymous said...

Jemaah usaha nabi walau bkn nabi semua org difardhukan...barula islam akn tertegak dgn kehendak n pemerintahan Allah...

Anonymous said...

kat tempat sy, waktu maghrib markas umno kosong sbb depa hormat waktu masjid, xtaula p masjid ke x. tp markas pas masih penuh org laki n perempuan bersembang seolah2 xde apa2. masa tu dah 7.20pm. aku mula2 heran, pasai pa umno kosong, sbb sblm tu aku lalu ramai org. laki aku jawab dah nak maghrib dah yang. fahamle aku.
laki aku x join mana2 markas sbb malas nak berpuak. nati pi mengundi ja tp klw lalu markas umno ke pas dia bg salam, tp markas umno je yg jawab salam. pas buat x layan. lepas tu laki aku jumpa sepupu dia(org pas)tanya pasal apa x jawab salam. blh sepupu dia tanya balik, "la, hang org PASke?"
korang fikirla sendiri, contoh mana yang elok.

Anonymous said...

typo: waktu maghrib not masjid

Anonymous said...

sokong ulasan Hamka n en.MOHD SAID.to anon 12:11,8may:UMNOmenang bkn tanda kejayaan.BKN JUGA SBB PYOKNG DIA SUME JG SOLAT5 WKT JMAAH.ALLAH MENANGKN PEMIMPIN YG ZALIM ATAS AMALAN MAJORITI UMATNYA YG ZALIM.ALLAH X PERNAH ZALIM.JANJI ALLAH ADALAH BENAR.SIAPA IKUT PERINTAH ALLAH IKUT CARA NABI PASTI ADA KEJAYAAN.TERMASUKLAA PERJUANGAN.BEJUANGLAA DGN HARTA ,DIRI DAN MASA KITA YG ALLAH BERI UTK AGAMA DGN CARA NABI,YG SAHABAT2R.HU IKUTI DAN MEREKA TLH BERJAYA.MEREKA CTH YG BENAR.JGN SALAH IKUT PERJUANGAN...SELAGI DALAM HATI ADA YAKIN MAKHLUK,KEKUATAN DTG NGN BANTUAN MAKHLUK,SEKONGKOL NGN KAFIR DAP YG JELAS TOLAK SYARIAT AGAMA,BAHKAN NK GUNAKAN NAMA ALLAH UTK ROSAKKAN UMAT!XKAN ADA BANTUAN NYA ALLAH UTK YG MENGAKU MEMPRJUANGKN AGAMA ATAS NAMA ISLAM MCM TUU...LAGI MNDTGKN FITNAH PD UMAT ADALAA.NNT

Anonymous said...

Ubat utk org dewasa mmg pahit n xsedap rasanya.

Ubat utk kanak² manis dan sedap.

Ramai orang nk dilayan mcm kanak² mesti di nasihat cara yang paling lembut.

-Daun-

kakayaya said...

suami saya plak.. penyokong tegar pas. tp selalu bagi salam kat org umno.. jangankan jawab salam. pandang pun tak mahu.. tu camno lak tu??. adohhai??.jangan salahkan parti la. tu salah individu tu sniri.

Anonymous said...

knpe ada yg tsentap ni????

Anonymous said...

yg jadi isu, org pas bwk imej islam. mestila tonjol sikap yg baik sesuai dgn nama islam. klw bn buat camtu ak x heran sbb kan korang dah jatuh hukum kafir?

Anonymous said...

Assalam

Touch down!
2 thumbs up...
A masterpiece as usual.

Khalid

Anonymous said...

Salam. Pada firasat saya golongan syabab (pemuda) parti PAS akan bangkit mengislahkan parti ini selepas PRU13. Pesan saya kepada mereka:-
1. Hentikan politik maki hamun dan kebencian kpd parti lawan dan gantikan dgn politik ulfah (kemesraan) dan kasih sayang.
2. Bangunkan semula tarbiah dan sistem pendidikan yg murni berasaskan sirah nabi Muhammad yg mulia.
3. Bangunkanlah sistem ekonomi Islam yg menyeluruh bertaraf mega bermula drpd kedai runcit hinggalah kepada Hypermarket untuk meyakinkan umat Islam yg parti anda mampu mentadbir ekonomi global. Jika nak mentadbir kedai KOHALAL pun tak mampu (mengambil pengalaman di Medan Gopeng Ipoh), bagaimana nak mentadbir ekonomi MAKRO. Lindungi dan naungilah anak-anak tuan2 dan puan2 yg sedang mencari rezeki dgn mereka yg anda anggap musuh itu dgn projek ekonomi sendiri.
4. Bangunkanlah projek2 kebajikan untuk rakyat seperti hospital Islam, hotel islam, pusat riadah islam, pertanian islam, hiburan berteraskan islam dsbnya yg dituntut syarak sesuai dgn melaksanakan islam secara syumul. Sudah adakah semua ini di dalam parti tuan2?
5. Akhirnya untuk pesanan pertama ini, jika benar2 serius mahu mentadbir bumi Malaysia ini, rayuan saya bertandinglah di semua kawasan parlimen dan dun dgn identiti parti saudara2 tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Latih dan lahirkanlah kader-kader China muslim, India muslim, Bengali muslim, Senoi muslim, Kadazan muslim, Dayak muslim dan semua bangsa lain yg muslim untuk memimpin negara ini. Setelah parti saudara memenangi kerusi sebanyak mungkin, barulah berunding dgn penuh wibawa dengan parti lain untuk membentuk kerajaan. Ini lebih bermaruah drpd membahagi kerusi sebelum bertanding. Untuk PRU13 sudah terlewat, lima tahun lagi saya berdoa ini akan menjadi realiti.

Anonymous said...

As Salam,
Ada betulnya luahan rasa bro Hamka ni... sama2 muhasabah dan perbaiki diri, pada yang cepat melatah, sabow n istighar bebyk, jangan bertelagah sesama islam..fikir cara utk mengajak umat islam menunaikan rukun islam dgn cemerlang dgn sifat pro-aktif dan nilai2 murni yg TINGGI.. & juga fikirkan & lontarkan idea cara utk membangunkn ekonomi umat islam, sup. non-muslim lebih respect & memeluk islam secara ikhlas..

Drp:
Hamba ALLAH yg kerdil.

Anonymous said...

Bengong ke apa dia nie. Orang tegur benda baik. Yang kau nak macaikan orang tu kenapa. Jangan la taksub sangat. Dia bukan suruh kau buat jahat pun. Suruh jaga solat ja pun. Panas je ak tgk komen kau nie. Tak abis abis macai. Kau la macai. Apa2 pun ak support author nie. Pedoman ntuk diri ak yang byk kekurangan. Thank you.

Anonymous said...

nak share... dah share pun... tq!

hamka said...

16) aku tambah lagi, sahabat Nabi bila berjumpa akan bercerita tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi orang PAS bila berjumpa akan berbincang tentang kejahatan dan keburukan UMNO, macam mana iman nak meningkat jika hati gelap sebab bincang dosa orang lain dan lupa dosa sendiri..., adohai..

Anonymous said...

HMM.
AKHIR ZAMAN..DRPD KITA KISAH MANA SATU PIHAK YG BETUL PAS KE UMNO KE DLL...

BETTER KITA JAGA SYAHADAH,AKHLAK,RUKUN ISLAM KITA DULU.

AKU NAK KOMEN LEBIH2 PON TAMAU LA..BENDa nie suma org islam dah tau, cuma kita JA DOK LEKA NAK KUASA.

POKOKNYA CHECK DIRI SDIRI DULU SBLM TERJAH MENGATA ORG LAIN.

SEKIAN

Saje Saje Lah said...

Moral of the BLOG...

DISIPLIN

KESABARAN
KEBERSIHAN

MALU (org lain tgk kita bergaduh seronok)

Anonymous said...

Sedih melihat banyaknya pertelingkahan antara sesama Islam termasuk mereka yang berada dalam jalan daawah. Kita sering lupa adab apabila kita berbeza.
Tiba-tiba teringat kembali perkara-perkara yang sering diulang-ulang dalam usrah masa saya muda dulu iaitu wasiat Hassan Al-Banna.

10 Wasiat Asyahid Hasan Al-Banna kepada penggerak daawah:

http://martinellihashim.blogspot.com/2011/11/pesan-hasan-al-banna.html

Anonymous said...

10 Wasiat Asyahid Hasan Al-Banna kepada penggerak daawah:

Bangunlah segera untuk melakukan sholat apabila mendengara adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
Baca, Telaah dan dengarkan Al-Quran atau dzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau membazirkan waktumu dalam menyelesaikan masalah yang tidak bermanfaat.
Bersungguh-sungguhlah untuk bisa berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.
Jangan memperbanyak perdebatan dalam pembicaraan sebab ia tidak akan mendatangkan kebaikan.
Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tenteram.
Jangan banyak bergurau karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh.
Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti orang yang mendengar.
Jauhilah dari membicarakan keburukan orang lain atau pertubuhan lain atau melukai perasaan orang lain dalam bentuk apapun. Usah berbicara kecuali yang baik.
Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama).
Pekerjaan rumah kita sebenarnya kesuntukan waktu, maka manfaatkanlah waktu yang ada dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.



Pesannya lagi:


“Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu… Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangannya dan diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang telah memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya. Benar, boleh jadi ia adalah jalan yang panjang namun di sana tiada lagi jalan selainnya.

Kejayaan hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius dan amalan yang berterusan. Barang siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah-dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan.

Wahai Ikhwan Muslimin: Pakaikan gelojakan emosi kamu dengan pertimbangan akal, sinarilah akal kamu mengatasi nyalaan emosi, janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi aturan alam kerana ia pasti akan menang (mengalahkan kamu) sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunalah kedua-duanya (emosi dan akal), nantilah saat-saat kemenangan sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu.

Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu yang baik, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu yang baik dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan dengan baik. Janganlah kamu leka dengan kesungguhan kamu dan janganlah kamu memperjudikan riak-riak kemenangan kamu.”


Pesan Imam Hasan Al-Banna masih relevan. Anak-anak muda yang bergiat dalam jalan dakwah perlu faham bahawa kita baru saja melewati zaman yang dipanggil ledakan informasi. Kita lemas apaila tidak pandai berenang di dunia informasi itu.


Di depan kita kini adalah zaman yang dipanggil, 'The Age of Inteligence." Iaitu zaman Bijak. Ummah akan hancur sekiranya anak muda tidak bersedia. Anak muda kita akan tenggelam dalam Zaman Bodoh sekiranya kita gagal mebawa mereka ke Zaman Bijak itu.

Unknown said...

Setuju dgn Hamka 95%

Sgt Setuju dgn ayat ni " Jgn Politikan Agama.....tp AGAMA kn Politik"

Br boleh menang tanpa bertanding!!!

tiap2 minggu dengar ayat permulaan khutbah jumaat....tp........

bukhary said...

menusuk kalbuuu ~


TEGAKKAN DAKWAH ISLAMIYAH

KUATKAN IKATAN PERSAUDARAAN ISLAM

TOLAK KEPARTIAN

Anonymous said...

Jemaah Tabligh membantu British untuk melemahkan gerakan untuk menegakkan khilafah di India.

Anonymous said...

Harap blogger ni try jadi PM dulu la.. rasanya dah pandai sangat ni.. Banyak idea2 bernas yg berjaya diketengahkan.. Memang saya sangat setuju dngan cadangan admin.. Harap admin dapat jadi pemimpin kami suatu hari kelak.. Satukan dua puak yang berpecah ini, hapuskan amalan racisme dalam kalangan BN dlu ye.. PEACE wkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkw

Khairi Mohd said...

Salam hamka,

Ada lg fatwa kaum kera nombor 8. Yob, tgna ckp xguna solat kalau tolak hukum islam. Sama jua solat ahli pas xguna kalau kedekut hangit.

Bab tu hang mmg fail nak faham.

Yg lain semua more or less gua setuju. Kita kena gerak seiring usaha diperingkat individu (dakwah) dan usaha di peringkat kerajaan (pilihanraya).

One more thing...

Ceramah tuk guru subjek tafsir tauhid feqah setiap hr ajak org solat jemaah. Dataran kb jd masjid. Stadium jd masjid. Jgn perkecil usaha ini ya. Menuduh pas tak suruh ahli dia solat jemaah tu tak kena.

amirhailmi said...

http://amiramirul.wordpress.com/2013/05/09/bangladesh-aku-datang-1-jemaah-tujuh-negara/

silalah singgah kalau ada masa.

Anonymous said...

Cakap pasal solat. Urusan solat 5 waktu hanya antara kite dengan Allah sahaja. Allah terima atau tak itu urusan Allah dengan kite. Kite tak tahu adakah orang itu solat ataupun tidak. Jadi lebih baik jangan timbulkan fitnah tentang solat. Mane tahu seseorang yang kite kate tak solat 5 waktu tu rupe2 nye sentiasa melakukan solat wajib serta sunat setiap hari. Kalau boleh pasal solat jangan kite tuduh seseorang tersebut sama ade die lakukan atau tidak. Itu urusan Allah dengan die. Lain lah kalau kite memimpin die untuk melakukan solat jika die tidak melakukan perkara wajib tersebut. Sedangkan solat 5 waktu kite pun belum tentu Allah terima. Jadi, kalau boleh biarlah cakap berunsurkan nasihat. Budak2 kecil sekarang dah pandai berinternet, jadi mereka akan tertanya2 "kenape orang ni cakap macam ni. Perlukah aku ikut akhlaknye dgn kata2 mcm ni ?" Jadi kalau mahu berpolitik, nak masukkan bab2 agama Islam boleh tetapi pasal solat, jangan pertikaikan sebab kite tak nampak perbuatan seseorg tu setiap hari. Wallahu’alam bissawab.

Khairi Mohd said...

Komen no 16 di atas hamka...

Bila kau sebut org pas jumpa pas maka kau identify mereka sbg ahli parti politik maka perbincangan mereka mestilah berkisar politk. Kau ada tgk time rewang kenduri depa ckp pasai apa?

Habis yg kau sebut keburukan pas dlm pos ni apahal? Kan? Sebut lah kebesaran Allah ya syeikh. Kisah laki bini ke. Kisah apa ke....

Byk benda lg kau kena belajar pasal politik. Expose kan diri tu jgn guna hujah tv dan dgr ckp org.

Tip Pekak Pas said...

Dan begitulah kisahnya wahai saudara blogger sekalian. Macai-macai PAS akan mula bersorak seriuk mengutuk tuan punya kereta mayat seraya berkata tuan punya kereta mayat ini cakap sahaja boleh.

Bagi yang sudah biasa perkara ini pasti terkesan, kerana memang tipikal orang PAS (tegar nak mampos) tak suka cakap pasal Am Nohhh?

Sejak saya kecil lagi jumpa dah orang macam ni. Selidik punya selidik, rupanya ada macai ustaz mereka mendoktrin perkara ini di masjid-masjid. Topik utama - pemimpin zalim.

Terima kasih Hamka kerana memberi pencerahan tentang ini. Kami Sayang PM (PAS Muslim, bukan PAS Macai, K?)

Anonymous said...

ada komen no 16 eh kat situ? huhu sekadar bertanya. rasanya sampai 15 je. saya tak cukup umur lg nak ngundi. insyaAllah umur 26 nt sayalah antara pengundi untuk PRU14. saya sokong apa yg dikatakan oleh saudara hamka. Bg saya, terlalu byk cerita, fitnah di laman sosial terutamanya di facebook yg bukan shj boleh merosakkan anak muda malahan mungkin akidah. Saya lebih suka baca blog islamik, buku2 yg byk di pasaran drpd mempercayai berita di facebook. tapi berapa sgtlah bilangan pemuda pemudi yg suka membaca?sekadar scroll down, like n share d fb, mmg ramai. tak hairan klu mereka mudah taksub pd sesebuah politik. post ini berkaitan Pas dgn Islam. langsung tidak disentuh Pas dgn Umno. tp bila baca komen2 di atas, ramai ttp kaitkn dgn Umno. apakh ini membuktikan bhw penyokong Pas mmg tidak boleh menerima nasihat mahupun kritikan yg membina? maaf. saya bukan berlagak pandai. tapi klu melihat pd keadaan sekeliling, majoriti penyokong Pas sebegitu. lgsung tak diberi hak utk yg lain bersuara. hanya mereka yg benar, betul dan segalanya. mungkin ini yg perlu diperbetul. maaf kekurangan dari segi penulisan dan penyampaian.

Anonymous said...

kerajaan bukanlah apa yang rakyat PILIH TAPI APA YANG ALLAH TELAH TETAPKAN

BUZNAMA

Unknown said...

Rujuk semula akhlak anda

Anonymous said...

pape pn y pnting umno menang ngn cre ktor..kalau kalah ngn cre bersih memg blh trima..ni ngn cre ktor bro..pape pn innallaha ma'a..

En.Silent said...

Tuan2 dan saudara2 semua jangan salah faham. Tujuan hamka menulis ni bkn utk memerli PAS. Bak kata Ustz Azhar Idrus "Apa yg kite ckap pasal tabligh ni bkn nk kutuk die, tp jdkan die lebih bagus" Same jgak ape yang hamka tulis ni, die pun gne konsep ape yg Ustz Azhar Idrus cakap. Hamka cbe utk jdkan tujuan gerakan keje korang tu lebih bagus.So, sme2 la kite perbaiki amal. Bagi aq UMNO n PAS ni permusuhan die memang dh ditakdirkan. Macam puak Aus ngan Khazraj kat Yathrib dulu.Soalan die skarang.. sape yang akan menyatukannya? Haa.. kite tnggu je la =)

Anonymous said...

salam semua , skrang pukul 3.30 pagi entah mengapa saya berasa teramat terpanggil untuk berkongsi disini tidak mampu saya pejamkan balik mata tanpa meninggalkan sedikit catatan yg mungkin boleh bawa faedah kepada yg lain.(pada pukul 12 sebelum melelapkan mata saya terbaca nukilan ini terbangun dan xboleh pejam semula).Saya berumur dalam 30an dan pada usia 20an dahulu amat terkesan dgn perjuangan PAS ini(pendek kata hardcore supporter semua PAS buat betul dan diredhai ALLAH). namun dari pencarian ilmu ,pergaulan dan mungkin juga usia yg meningkat sedikit mematangkan pemikiran saya yg jahil ni. Emosi hardcore/fanatik saya buang dengan kaji dan selidik bukan sahaja islam tapi sejarah dunia dan yang saya jumpa adalah sesuatu yg lebih baik dari PAS iaitu Islam.
Hilang sudah minat saya pada perjuangan berdasarkan demokrasi ini.ia tidak sunnah malah sistem yg paling kufur dan merosakkan kerana sistem demokrasi adalah sistem sempit zionisme untuk mengawal rakyat. Bayangkan atas alasan demokrasi 99 orang yg ingin berbuat keburukan boleh/HALAL membuat keburukan jika hanya ada 98 orang yg menentangnya. Inikah yg Rasullulah ajarkan pada kita yg sikit tewas/perlu akur pada kuasa majoriti?? Inikah yg termaktub dalam quran dan sunnah ??
Lihatlah kita sesama muslim atas dasar politik memburuk-burukkan sesuatu sama lain baik dari PAS dan BN. tidak adakah amaran dari ALLAH dalam surah Al-HUMAZAH ???
tidak adakah hadis yg melarang memakan daging saudara mu sendiri??? Lihatlah masyarakat islam kita di Malaysia berada dalam kegelapan yg amat sgt kerana leka dgn demokrasi yg kufur ini.kita main permainan yg kufur,kita ikut rentak yg kufur senhingga yg hak jadi batil dan batil menjadi Hak. Janganlah kita taksub dgn pemimpin kita,baik yg berserban ataupun tidak kerana berapa byk kaum2 yg terdahulu dilaknat kerana ikut membuta tuli ketua2 mereka. Nah jika terbuka sikit mata tuan-tuan ,persoalanya bagaimana untuk berubah??
No1 yg paling saya pinta adalah Hilangkan sifat taksub pada pemimpin.ibnu mas`ud pernah berkata ikutlah/contohilah orang2 bertakwa yg telah mati kerana mereka telah lulus ujian kehidupan.(kerana yg masih hidup ini belum tentu penhujungnya kepada kebaikan).
No2 tambah dan tambah lagi ilmu agama kita dan sedia untuk berubah (dari yg suka kepada amalan bidaah kepada yg suka kepada sunnah)
No3 hilangkanlah sifat asabiyah kita ,baik asabiyah kenegerian kita,asabiyah kepolitikan kita.
NO4 sayangilah semua saudara semuslim kita baik yg baik ataupun yg masih dalam kejahilan , jgn sesekali menghukum/menilai org lain.umar abd aziz diriwayatkan orang paling merasakan dirinya akan masuk neraka Allah dari org lain.
NO5 Sentiasa waspada tentang musuh kita(siapa musuh kita?bacalah sirah nabi dan quran dah byk bagi warning pasal org2 kufar nie)dan bacalah sejarah negara kita sendiri.
Nabi bersabda : bukanlah muslim itu apabila dia disengat ditempat sama kali kedua.

itu sahaja dari saya yg jahil nie mungkin ada nukilan saya yg terpesong atau jauh dari kebenaran,saya pohon maaf.

riezu said...

Nicely said bro. Benda yang sama terfikir dari dulu, tapi tak reti nak cakap- iye la, ilmu pun bukannya banyak sgt.

To those yang emo tak tentu pasal, mengucap la banyak2- bila tengah marah/emosi tak stabil, senang je syaitan cucuk nak melagakan orang sesama Islam.

Anonymous said...

Salam. Pemuda pemudi Islam yg ghairah untuk berdakwah dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar wajib menambah ilmu yg hak supaya apa yg diyakini, diucap dan ditulis selari dgn kehendak ALLAH dan Rasul. Anda membawa imej ISLAM, buruk anda, buruklah Islam di mata orang lain, cantik anda, cantiklah pula Islam di mata orang lain. Islam bukan hanya pada cara berpakaian, tetapi lisan, hati dan perbuatan. Hati dengan ALLAH, lidah zikrullah dan perbuatan penuh dengan ibadah. Berhikmahlah didalam menegur salah silap orang lain. Sebelum bertindak, lihat dulu di dalam sunnah bagaimana rasul melakukannya kerana baginda lah sumber rujuk AL Quran yg hidup dan bergerak. Pada diri Rasulullah itu ada contoh terbaik yg dapat kamu ikuti-AL Quran. Akhlak dan perbuatan Rasul sesuai untuk setiap zaman selari dgn Al Quran yg kekal relevan sehingga hari kiamat. Jika rajin mengkaji dengan hati yg tulus dan murni, SEMUANYA ada di situ untuk dijadikan pedoman hidup.Yakinlah.
Saya sedang mencari sebarang kitab @ buku rujukan yg menghuraikan sejarah hidup nabi Muhammad S.A.W drpd berumur 25 tahun hingga dilantik sebagai rasul. 15 tahun ini kita difahamkan rasul menjadi ketua keluarga sahaja tanpa apa2 yg luar biasa. Yang sebenarnya 15 tahun ini rasul menjadi PENGURUS BESAR kpd syarikat Siti Khadijah yg menjalankan perniagaan impot dan eksport waktu itu. Di dalam erti kata lain baginda menguruskan projek ekonomi bertaraf MAKRO. Mengapa sunnah nabi berekonomi ini tiada di dalam kitab2 sejarah kehidupan Rasulullah? Apakah sunnah ini disembunyikan oleh musuh2 Islam supaya umat Islam ini terus lemah tanpa menguasai ekonomi dunia? Bukankah nabi pernah berkata 3/4 sumber rezeki adalah di dalam bidang perniagaan? Mengapa yahudi yg menguasai ekonomi dunia bukan umat Islam. Banyak persoalan yg bermain di kepala saya. Kepada sahabat yg ada info tentang perkara ini harap maklumkan saya melalui blog ini. Terima kasih. RASUL KU MANUSIA HEBAT DAN GENIUS.

Anonymous said...

Nabi SAW diutuskan untuk sempurnakan akhlak umat
1. Orang akan masuk Islam atau undi PAS kalau tengok Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din dan ulama lain sahaja. Kalau tengok akhlak pimpinan lain, penyokong taksub dsb... Orang lari dari PAS..
2. Fakta: majoriti Melayu undi UMNO BN PRU lepas. Kenapa ye?
3. Sebab pas lemah dlm pakatan. Umno teruk pun tapi kuat dlm barisan. Boleh jaga melayu dan islam.
4. Pas kalau x boleh tegur lambat laun jadilah macam ulama syiah iran. Ayatossyaitan khomeini and the gang. Kaji teguran dr maza, ustaz kazim elias dan ngo islam lain kpd pas.
5. Harap pas keluar dari pakatan. Mana mungkin air dan minyak bersatu. Suruh pakat dgn umno utk hak ummah taknak, letak syarat suruh umno ambil islam dulu. Padahal umno tu bkn sekulatis totok, just jahil agama je sebahagian. Pkr liberal totok and dap chauvinis dgn agenda serupa dgn abangnya, PAP.
6. Singkirkan syiah, anwarinas/parasit dari pas. Mereka ni yg rosakkan pas. Puak berkepentingan. Org yg tentang depa semua kena tendang keluar. Sedarlah pas. Berubahlah sekarang.

hamka said...

aku suka komen daun, ada unsur makan dalam ;)
:

((("Ubat utk org dewasa mmg pahit n xsedap rasanya.

Ubat utk kanak² manis dan sedap.

Ramai orang nk dilayan mcm kanak² mesti di nasihat cara yang paling lembut. )))

-Daun-

me ordinary said...

nice.. nak share bole? tapi xtao nak share kat mana.. haha...

TheAceShooter said...
This comment has been removed by the author.
TheAceShooter said...
This comment has been removed by the author.
adila_alim said...

salam korang, saya tak faham adakah hanya pas saje yang adakan kelas agama, UMNO langsung takde. Sila datang ke Johor kami dari kerajaan di arahkan datang dari masjid ke masjid jemput orang datang kuliah belajar agama, kenapa nak salahkan sistem kalau orang sendiri yang tak ambil peduli. Sila adil, salahkan orang tu sendiri kenapa marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Satu lagi perangai orang pas ni (dalam pengalaman saya menjemput orang pas bekerja dengan saya) tak ramai yang kekal, sibuk politik berbanding urusan agama yang penting ni. Saya harap lebih ramai warga tabligh yang open minded macam hamka datang sertai kami untuk mengajar dan berkongsi dengan kami. Pas xpayah sebab dia nak masuk syurga sendiri.

maey said...

satu lagi kemungkinan pas kalah, mungkin kebanyakan org tabligh tak mengundi atau undi untuk UMNO kerana umno solat berjemaah lima waktu.

Anonymous said...

Tolong jangan ckp korang berdakwah dan berjuang tegakkan islam sedangkan korang berkumpul beramai-ramai dan menghina seseorang. Juz berkumpul mogok sbb kos sara hidup tinggi aq xkisah~ #demokrasi..guling2 ats jalan bkn cara yang nabi kita ajar..tlg lah sedar wahai saudaraku :(

Anonymous said...

klau org tegur psal solat, xbermaksud org yg ditgur itu mmg x solah, umat akhir zaman yg pertama sekali yg akn dicabut dr org2 islam ialah kyusuk dlm solat.....
spe2 bleh komfem yg solah dia dh btul2 smpurna....
sifat org mukmin ialah sntiasa mmberi teguran, dan setipa perkara2 yg HAQ sifatnya pahit pda mulanya kemudian mnjadi manis.......

owh klau PAS bleh jer tegur UMNO mcm2, siap xbertapis mulutnya....
tp org lain tegur PAS, katanya xsokong dia plak....
bapak rotan anak bkan xsuke anak tu atau pilih kasih, tp dek kerana sayang....

hamka said...

17) aku tambah lagi, ramai pengikut PAS yang suka spin auta jadi fakta, contoh macam khairi yang suka spin tuduh orang atas pagar macai umno. adohai..

ps: Khairi mana? khairi yang tuduh hamka berkata demotrasi haram lepas tu spin bila mintak bukti.

Anonymous said...

Salam....Sebenarnya Allah swt sayang kat kalian semua... Mungkin Jika kamu diuji dgn kuasa kamu akan jadi spt FIRAUN dan sekutunya, yakinlah sahabat jika hati kalian tidak seperti Nabi dan Sahabat ketika memasuki Mekah pada hari Fatah Mekah, Mungkin kerajaan dan kuasa tidak layak buat kalian dan itulah yang terbaik buat kalian... kalian kena yakin jika kalian berjuang utk agama kalah menang bukan ukuran... Keikhlasan adalah asas Kejayaan....KEIKHLASAN DAN ISLAH TIDAK AKAN DATANG DALAM KEHIDUPAN UMMAT SELAGI USHA KENABIAN DITINGGALKAN......

hamka said...

terima kasih kepada yang menyokong juga kepada yang menegur dan juga kepada yang mengkritik.

aku sokong mana yang baik, dan aku juga menyokong diri sendiri, entry aku ini telah aku ulang baca dua kali dan aku dapati ada kesalahan.

iaitu kesalahan ejaan.

jika ada masa aku akan betulkan kesalahan ejaan tersebut.

woha!

Anonymous said...

bile aku tanye , nape nak kene ade bendere banyak-banyak, duit tu xrase membazir ke.. jawab mereke, 5 taun sekali xpe la gune duit bebanyak.. jwab mereke lagi, bendera banyak saje nak main psiko..
ye betul tu, org mengundi bukan nengok pade jumlah bendere sape paling banyak..

maey said...

bendera x perlu bayak,bagi ruang debat kat tv, sediakan satu saluran utk kempen.10 minit tak sempat nak cakap tentang manifesto.

Anonymous said...

Saya meyokong perpaduan ummah.Saya solat hojat dgn anak kecil saya umur 9 tahun supaya BN menang supaya tampuk kuasa tak jatuh ke orang kafir. Terserah pada Allah untuk terima amalan saya dan makbulkan doa saya. Masa saya doa saya pohon seikhlas2 hati untuk yang terbaik untuk negara ini.
Jadi, bukan orang PAS je sembahyang hajat

Ada sebab kekalahan tu.. Cuma cermin diri kita balik.

You need to acknowledge defeat and move on.

Puan H.

Anonymous said...

Ulamak yang sebenar takkan tergamak mengeluarkan kata2 seperti nak ludah muka orang UMNO kalau mintak berbaik dgn PAS
1) Bahasa mencerminkan bangsa dan agama kita
2) Memutuskan silaturrahim adalah haram
3) Dendam adalah berdosa

Anonymous said...

Kita jangan tetipu dgn hasutan syaitan. Kita tak masuk syurga dengan amalan kita. Kita masuk syurga sebab rahmat Allah swt. Jadi pikir2kan kata2 dan tindak tanduk kita tu agak2 dapat rahmat Allah ke tak?

Jangan ingat orang yang tak menutup aurat tu masuk neraka. Sebab mungkin waktu malam dia solat tahjud dan baca Quran. Awak bertudung litup tetapi akhlak buruk dam mencerminkan sahsiah seorang muslimah. Yang memisahkan dua orang tu adalah sehelai kain. Sejurus perepmuan tu menutup aurat dia jauh lebih baik dan maju dari perempuan yang tadi. Ini saya petik dari Mufti Menk yang terus membuat saya menangis dan rasa saya masih ada harapan dalam Islam dan di mata Allah. Kalau ikut saudara Islam saya semua mencaci cerca saya bukan nak kasi galakan. Alhamdullilah kini saya dah menutup aurat sepenuhnya. Dan saya masih teruskan amalan yang lain sebelum saya menutup aurat.

Jadi jangan terlalu taksub sapa masuk syurga atau akhirat.

Hanya peringatan. Love to all Muslims

H.

Anonymous said...

UMNO DAN PAS bergaduh......siapa yang untung.... bangsa melayu beragama islam yg rugi.... rugi segala2nya..... sosial, budaya, ekonomi dan yg penting agama.....

cinta said...

entri yang cantik.
lubang idung yang... err..
emm.. yang.. boleh sedut byk O2.

Anonymous said...

saya tidak menyokong sesiapa ttpi ada benarnya apa yg d smpaikn bro hamka,

-bila penulisan sebegini.ramai yg melenting(yg trasa).

- ramai yg melenting(sbb dia rasa ad bt solat jemaah) bt jemaah tp hati msih lbih kpd dunia.cenderung kpd perpecahan berbanding bersatu berdakhwah,kekalkn perpaduan ummah.(bangsa lain bersatu,bangsa sendiri di hancurkan).

-ramai yg menyokong P_S kerana Islamik perjuangannya sehingga lupa dan alpa hitamnya hati bila membuka aib saudara.(sanggup memburukn drpd membetulkan)..suruh husnuzon dgn parti sndiri tp su'uzon dengan parti lawan.(kurang tarbiah)..

- x dapat trima teguran,melenting mcm kena air panas kna badan.(bila muhasabahh diri jarang d lakukan.

- dengar ceramah agama,penuh satu masjid,orang kata itu ini(trus konpem d benarkn dlm jiwa @ x rujuk kitab yg d guna)..Ilmu ada tp bertahan satu mlm shaja,sbb balik umah,xsmpaikn tp smpan,then buka fb dan menjadi wira melmpar kata2 membela sauadara separti.bukan nya mnyampaikn ilmu yg d timba.

-bila U_T_Z bt lawak,mlibatkn atau menyindir parti lawan,gelak ketawa hingga lupa apa sbnarnya U_T_Z nk smpaikn.(makin dlm kebencian di jiwa).

-bila _mN_ bt salah,trus sebar tnpa rasa berslah samaada betul atw x,trus sebar.(yeah,aq dah tlong perjuangan parti) sedang Islam x prnah mengajar untuk berbuat sdmkian.(ada byk lg altrnatif boleh d lakukan.

- bila _A_ dan sekutunya bt salah.hati berkata,(biar btul nie,kna siasaat dlu,nie mainan U_N_ ..diri x sdar dia tidak adil( d mana keadilan? yg d pjuangkn)nk bg cntoh pn blum dpt.

-knp Allah x bg kemenangan kpd P_? tepuk kepala,tnya iman,adakah hati mampu bertahan dgn kelekaan dunia..Allah x bg kemenangan,sbb (husnuzon)* untuk trus memantapkn iman, Untuk trus bertali dgn Nya, Untuk trus memperbaiki cara2, Untuk melatih ahli2 PR menjadi pembimbing bukan menghncurkn..kalau PR menang,(dunia pnuh NIkmat) leka dan alpa,spe lg nk membimbing ahli2 BN? atau nk kdua2 trus berlaga shgga ibadah trganggu kerna hitam d Hati
?( kekurangannya,PR perlu mengubah cara berpolitik,biar lawan guna pisau,kita guna dgn Iman.(merangkumi sgalanya)..

- nk kritik BN? korang lg pro kritik kat laman sosial,shgga x sdar diri x prnh d kritik(meletup melenting mcm dinamit) trasa bgus dn pndai(ahli syurga?) harap semuanya mnjadi ahli syurga,

___________________________________

sama2 kita kekalkn perpaduan,sebarkn kecintaan sesama manusia,nasihat menasihati bukan mnyebar aib untk mnjadi wira,hati x trasa riak,tp hakikatnya perangai sbgtu rupa( sy berakta untk diri sndiri,bukan nk mnjadi PE LAGA,..risaukn umat ,pdih hati melihat masing2 ada auta..take a note.

teringin nk melihat parti2 Islam bersatu ats dasar IMAN..bukan kerana berbeza perjuangan..(bgsa lain bersatu,bgsa sndiri brpecah)shiggakn jihad,murtad,kafir mudah d lafaz..sekian pndangan dari hamba yg sering trlupa..

Anonymous said...

pengkomen2....jom bg masa keluar ikot jemaah..yg x penah keluar jom try keluar...dngan sangkaan yg baik...
aku first kuar rasa mcm baru je masuk islam....wowwwwwwwwwwwwwww....


lari topik...

Anonymous said...

apa beza masjid UMNO dengan surau PAS?

Surau PAS banyak majlis agama, tapi 5 waktu = sama atau 10% lebih dari masjid UMNO yang tak ada majlis agama. Ini buatkan aku selalu fikir, macam mana nak penuhkan masjid2 ni kalau dapat tadbir negara nanti. Nak kata ceramah agama tak penuh, melimpah2 aku tengok.... tapi time solat selain yang ada ceramah lebih kurang jer pulak dengan masjid UMNO... argh confius aku.... INI realiti...

so inilah antara faktor kekalah PR kot, ceramah-ceramah PR penuh, ceramah2 BN pun penuh, penuh dengan kerusi, tapi bila time undi... banyak pulak.... (tolak faktor bangla)....

semangat tang ceramah ja... time solat, time undi, hilang tah kemana.... setakat ni la, aku tak nampak lagi la yang semangat juang tinggi ni tak pi mengundi (mungkin sebab dakwat dah hilang) so aku susah nak detect... mana yang hanya kuat takbir... tapi tak pi mengundi!... geram aku....

Anonymous said...

Abes tu ko terase sgt la KEISLAMAN dlm diri ko/PAS tu?

Anonymous said...

antara masjid/surau pas, umno, tablig, masjid tabligh penuh solat berjamaah. belajarlah dari tablig. amik pengalaman dari bangladesh, sri lanka, india dan pakistan. jemaah tabligh ramai. maka mudah tertubuh negara islam di sana. mereka lebih baik dari malaysia. masjid sentiasa penuh disana. jangan tanya bukti, kalau nak tahu kena keluar khuruj ke sana. baru faham apa itu islam. apa itu negara islam disana.

pak said...

pak jabit ooo pak jabitttt

Anonymous said...

maafkan saya..macam mana awak tahu yg memenuhi masjid n surau tuuu kebanyakkannya orng pas..adakah awak pernah membuat penilaian dengan menyuruh semua umat menusia yg pergi ke masjid n surau di malaysia nie....oleh ituuu apabila nak berbicara make sure think first use ur intelligent brain..not use nafsu semata-mata kerana terlalu obses dengan sesebuah pati politik...jika pas mahu membangkitkan islam kenapa mereka tidak mahu masuk dengan umno..jika mereka merasa dapat membaiki orang melayu di malaysia ini ke arah lebih baik...apabila pergabungan berlaku sesama pati islam mungkin islam dapat membangun dengan megahnya..tapi apa yang dapat kita lihat, orng islam sendiri tidak mahu berganding bahu membangkitkan ajaran Allah..tetapi sanggup bersatu dengan agama lain demi mengelakkan pati pas dari memasuki bn...jngan sngka semua orng yg menyokong bn itu salah, akan masuk neraka, sembhyang x diterima n etc....apa hak kita sebagai manusia untuk menentukan siapa yg masuk syurga n siapa yg masuk neraka walaupun beliau seorng ulamak...kerana itu semua keje Allah....saya bukannya nak menyebelahi bn kerana saya juga penyokong pas...tapi saya amat kecewa apabila mengetahui hal2 agama ini dipolitikkan..sanggup mendoakan kehancuran umat islam sendiri demi kepentingan politik...saya tidaklah berstatus uztaz ataupon ulamak..tapi ilmu agama yg saya memiliki niee pon sudah cukup untuk saya mengatakan bahawa sebagai seorang umat islam tidak elok mendoakan keburukan orang lain terutama sekali suadara sesama islam...renunglah..islam bukannya untuk dipolitikkan..islam adalah sebuah agama yg mulia yg harus diagungkan...wasalam...

Anonymous said...

Diakui memang PAS tidak sempurna.. Ada sahaja ahlinya yang 'cacat'.. Jangan salahkan PAS sepenuhnya jika ada ahli PAS yang kurang berakhlak, kurang ibadah dan kurang zuhudnya.. Kerana, PAS dipimpin oleh ulama'.. Di bawah kepimpinan ulama', adanya modul TARBIYYAH untuk menghasilkan ahli yang ada sifat kehambaan, berakhlak dan beramal hanya kerana ALLAH swt.. PAS juga membawa DAKWAH Islam sehingga mampu memecahkan tembok perkauman di dalam POLITIK.. Jika nampak kelompongan, cubalah untuk menampung bukan membesarkan lagi kelompongan..
Insya ALLAH ada berkatnya.. WaastaghfiruLLAH.. ALLAHu ta'ala a'lam..

hada said...

saya tidak faham kenapa rakyat cakap kerajaan zalim.. walhal, Malaysia lah Negara contoh yang paling mempesat , perbankan Islamnya tauu.. Islamic bank di Malaysia paling unggul. dunia arab , satu dunia semua sanjung depends on Islamic bank. Jadii,, di manakah letaknya kerajaan zalim? Bukankah Islamic banking ni di bawah pentadbiran BN? kalau BN zalim, tak adalah BN nak kisah sangat tentang isu riba ni.. dan kalau BN zalim, tak kuasa lah BN nak tubuh bank islam.. mereka cakap isu rasuah, of cos lah BN anti rasuah. Takkan PM Najib , Datuk Muhyiddin kot yang sokong rasuah, of cos tidakkkk.. awak ingat senang ke nak basmi rasuah? kalau diorang dapat tahu, mesti BN dah report dah n si jahat tu dak kena tangkap. Ni dok buat demo sampai 40 ribu cakap anti rasuah. semuaaa orang anti rasuah. Ingat BN tak anti-rasuah ke?

Anonymous said...

Kata2 yg hamka petik ada yg terang2 percaya bulat2 dari akhbar BN. Sudah2 la baca dari sumber yg diputar belit. Diorang pun mengaku ada spinning berita. So?
Tengok tajuk baru2 ni kata tsunami cina pun dahtau itu perbuatan tak bertanggungjawab yg menghasut. Elok pulak tak kena tahan atau siasat atau ISA.

hada said...

Ada saya baca, bila Pas or Pakatan rakyat menang, ceramah atau kuliah agama semakin banyak, aikk. saya pelik, takkan nak tunggu pas atau pr menang, baru boleh buat kuliah kot? saya kat Singapore, kerajaan non muslim, tapii,, kuliah, hari hari ada, mawlid nabi kita setiap bulan sambut, dekat stadium lagi, solat ramai-ramai.. tak payah tunggu kerajaan islam tadbit Singapore pun..dah meriah syarahan, kuliah agama di Singapore.. BN tadbit sebab BN pandai tadbir Negara jadi maju, bukan sebab nak tunggu kerajaan ajak buat kuliah atau syarahan. Habis, kalau PAS atau PR tak ada di Malaysia, tak boleh buat kuliah sendiri? ustaz 2 kan raamai ..suruh mereka anjurkan lah, kenapa nak tunggu kerajaan yang anjurkan?

Anonymous said...

salam bro hamka,
pilihan raya pru13 betul2 membuka mata saya sebagai anak muda (26 tahun) muda la kan :)

Banyak hikmah dan pengajaran sebenarnya.Pada mulanya saya merasa gerun dan sedih dengan kawan2 yang share pasal politik di fb, saling like, komen , menyindir dan menghentam,saya merasakan ramainya orang muda yang berumur seperti saya (kali pertama mengundi) sekarang sangat membenci kerajaan, bila dikatakan bersyukurlah kalian kerajaan dah tlg mcm2, mereka membalas bersyukur kat Allah, bidas mereka sampai pengomen tu diam.

Bila ada kawan yang share pasal kerajaan, semua menyindir dan menghentam juga merasakan mereka sajalah yang betul dan tau segala hal yang tidak pernah mereka nampak. Mereka suka dan berasa selamat kerana merasakan ramainya yang bersama mereka. Mereka rasa mereka cukup kuat, kerana segala perhimpunan yang mereka adakan dibanjiri beratus ribu org, ceramah yang diadakan oleh ustaz azhar menyebabkan jalan jem,lalu mereka suka berada dalam keramaian dan mengikut trend sekarang iaitu anak muda yang kononnya merantau duduk dibandar berasa terbuka minda. kononnya ibu ayah di kampung tidak mempunyai internet dan tidak mengetahui segala apa yang mereka ketahui. Walhal ibu ayah di kampung yang sudah tua, yang tidak mempunyai internet, yang tak pakai handphone android ker, apple ker, diorang lah yang berjuang untuk mereka hari ini,jikalau bukan perjuangan mereka bertumpah darah, mereka tidak langsung dapat pakai apple, bukak facebook dan berjuang di facebook (jalan mudah). Padahal tidak mereka sedar fitnah zaman moden adalah facebook, tanpa usul periksa mereka click share dan tidak membuat siasatan terperinci , semua yang org post ditelan, tetapi malas berfikir dan menyiasat.

Melihat segala yang berlaku tersedar bahawa saya juga dalam kehidupan harian selalu merasakan diri ini sahaja yang betul, selalu sombong dan berburuk sangka kepada orang lain, saya selalu menghasut kawan2 membenci bos saya, semuanya tak kena di mata saya. Saya tidak sedar perangai saya sebelum ni macam tu, bukan tak sedar sebenarnya tetapi ego dan sombong menguasai diri saya.

Pengajarannya apa yang dapat saya simpulkan senyap tidak bermakna lemah, macam bro hamka cakap kalau ramai yang pergi, ramai lagi yang tak pergi, tetapi mereka itulah yang berfikir dan memerhati gelagat kalian yang kononnya ramai, mereka itulah yang mengundi bn pada pendapat sayapada pendapat saya yang ramai diam itulah yang mengundi bn, ingat diam bukan bodoh, diam bukan lemah, tetapi memilih untuk berfikir dan memerhati supaya dapat membuat pertimbangan yang betul. Mari muhasabah DIRI kita sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain tidak kira pas atau pun bn lebih2 lagi diri saya sendiri.SALAM.

Unknown said...

Assalamualaikum...cakap banyak pon x guna,hang kalau pro Be end,hang mengaku je la..pas x prnah kalah,cuma belum diberi kesempatan untuk menang!

azharjaafar said...

entri ni aku baru baca.. patutla rasa tersedak2 je sehari dua nih..

Anonymous said...

aku rasa menyesal pulak share artikel ni di tranungkite.net...

jadi medan perang pulak ruangan komen ni...

melihat komen2 di TKO, aku rasa aku dah faham kenapa tabligh tak suka PAS, dan PAS tak suka tabligh. kadang2 macam serupa sahaja.... kadang2....

mohdfaizulezmin

Anonymous said...

anon 11:42

well said anon 11:42, harap semua baca, jangan sebab benci dan marah xmau baca dan pahamkan

Anonymous said...

hamka..nombor 12 tu tak berapa nak faham ^^

hamka said...

aku tulis ini selepas PRU, sebab aku ikhlas nak menegur.

ini agak deep, sila take note.

Anonymous said...

Orang tabligh cakap senang...berapa ramai yang ikut tabligh? Berapa ramai plak anak bini orang tabligh duk melanguk depan tv berjam² terlopong dengan setan² yang duk melalak 24jam...

Apa jua nak kena jatuhkan kerajaan itulah cara paling cepat & mudah untuk membetulkan sistem & rakyat ke arah kebaikan...

Lihat di Selangor sendiri...bila PR memerintah bercambah surau & masjid dengan pengajaran ilmu...Tablighpun tupang sekaki...

Dulu masa bn...tablighpun kena halau...cakap surau mana & masjid mana yang halau orang tabligh untuk buat majlis ilmu...

Nak ubah rakyat kena ada kuasa...setakat termampu heret 2-3 kerat pergi masjid...tak berapa nak laju bro...

Lihat apa yang UAI buat...kan ribuan tu dapat ilmu...itulah perlunya kuasa...

Anonymous said...

orang PAS macam hang la aku selalu dok tegur, kita ni ahli politik, kena pandai merayu, pujuk rayu, buat baik, pujuk orang agar undi parti kita, hang igt dengan post hang yang macam ni, JT nak sokong PR ker? bahasa kena cantik bro... kita nak tarik pelanggan...

sekarang hang habaq mai kat aku, point no berapa yang hang tak setuju kena tegur.

Anonymous said...

aku punya calculation macam ni....

Majoriti PAS tak jaga solat berjemaah (ini hanya berdasarkan pemerhatian kenapa masjid gagal dapat capai saf ke 3 hatta di kubu kuat PAS sekali pun)

Majoriti UMNO pun sama.... Ini permerhatian aku sendiri.... okays? hang boleh tengok hasil kajian ilmiah yang lain, mereka boleh beri peratus berapa yang hadir solat berjemaah.

so peratus solat berjemaah PAS > UMNO hanya kecil...

so dua2 jemaah ini tidak menitik beratkan solat.

kalau dah sama, mestilah bantuan Allah SWT tak datang... so siapa yang main tipu, dialah yang menang!!! simple...

contoh, katakanlah 70% ahli2 PAS memenuhi masjid, maka bantuan Allah swt hadir.... UMNO main taktik kotor macam mana pun, oleh kerana Allah SWT dah beri bantuan, tiada siapa yang boleh halang...

Ini dari apa yang aku belajar lah, macam mana nak tarik bantuan Allah SWT... mesti kena lebih dari 50-60% umat Islam setempat itu menunaikan solat berjemaah bersama2 5 waktu....

betul ke salah aku cakap? jangan emosi ok (cukuplah semalam aku dah emosi 3 hari berturut2)

Anonymous said...

macamana tak kalah..ceramah maki hamun, UMNO sembahyang tak dapat pahala , pas je dapat...lepas tu pemimpin dia ada keluar video rosak akhlak tak perlu siasat..BESI tapi gambar EDIT PM bukan main bising suruh siasat sampai ke Perancis...memang patut rakyat benci pun

Anonymous said...

hamka aku tolong tamah point 16)

pas ni bodoh berpolitik, umno bijak berpolitik, sebab tu pas kalah..

Orang bijak berpolitik mencari undi, orang bodoh berpolitik mencaci pengundi.

Anonymous said...

tambah lagi 17 )

dalam pas ada syiah, dan pas tak bincang untuk atasi tapi sibuk nak kalahkan umno yang sunnah wal jamaah,

Anonymous said...

Untuk pembaca2 atas pagar dan JT...

diharap pengundi2 atas pagar, JT, teruskan mengundi untuk PR, jangan disebabkan dua-tiga totok PAS mencaci anda maka tawar hati untuk mengundi dan lebih teruk lagi mengundi parti lawan.

mereka-mereka ini mungkin mengalami masalah peribadi sendiri yang terbawa2 dalam perjuangan parti.

dan mereka juga tak faham demokrasi bermaksud kebebasan untuk memilih, bukan paksaan, jika paksaan atau terpaksa kita tak panggil ianya demokrasi. Anggaplah mereka2 ini belum matang berpolitik dan belum lagi berfikiran terbuka. Dalam BN pun ramai juga berfikiran macam ini.

Kami masih perlukan sokongan anda untuk menewaskan regim BN. Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Ya Allah... macam mana nak menang lagu ni...

Kalau aku ni atas pagar, dah lama aku ban parti PAS ni disebabkan cara merayu undi oleh ahli2 dia...

Cuba tengok post atas aku ni ha? Macam mana la hardcore tabligh tak bantai balik PAS... dah masing2 keras kepala, JT keras kepala dia tak ada masalah sebab dia tak perlukan UNDI kita, tapi kita yang amalkan politik demokrasi ni nak buat juga berlagak atau pandai kita... ALAMATNYA HILANGLAH UNDI!!!!

korang ni sanggup hilang undi dari merendahkan ego masing!!!!

yang aku pelik sangat tu, masa aku bawakan isu syiah tahun lepas, semua suruh aku diam sebab akan pecahkan undi. (mean tahu pulak nak undi dari penyokong syiah!!!!!!)

tapi bila bab JT, korang double standard pulak?

Bila masa Syiah itu lebih bagus dari JT???????

Ya Allah SWT... aku ingat dalam BN je x ader orang cerdik.... dalam PAS pun ramai ker?

Anonymous said...

Kita kalah xde istilah kebetulan. Semua dengan kehendakNya.

Ya! Memang musuh main helah tp sebaik2 perancang hanya ALlah.

Lihat zaman Rasulullah dulu kalah dalam peperangan uhud.. Sebab x ikut 1 perintah je boh. Guane pulok mcm kite byk dosa ni? Doh kalu kite ni time demo gok duk depan sekali bertakbir.. Bila abis demo duk ngumpat,fitnah,mayang bang dok ckup..

Utamakan HAQ kita dengan ALlah dulu insyaALlah, ALlah akan beri kemenangan..

Anonymous said...

di copy dari TKO forum:

kadang2 bila kita percaya dengan politik demokrasi, kita sendiri kena faham apakah demokrasi itu... demokrasi bukan sekadar PRU 5 thn sekali pukul 8am-5pm... tapi demokrasi pada aku ialah kebebasan seorang2 itu untuk memilih pemimpinnya. Dan tugas kita sebagai ahli parti ialah memujuk rayu pengundi2 dengan lemah lembut tanpa paksaan dan ugutan. Maka inilah kejayaan politik demokrasi yang sebenarnya.... itulah sampai sekarang aku masih gagal memahami cara dakwah hangpa semua.

Anonymous said...

Nik Aziz akan ludah muka orang yang nak datang bincang penyatuaan PAS dan UMNO. Betul ke atau fitnah ni. Saper ada info yg betul sila buat pencerahan. Jika betul, akhlak nabi yang mana dia tiru ni. Dia kata dah maafkan semua orang yg buat fitnah kat dia, tapi tak terlintas ke nak minta maaf dgn orang lain yg dia zalimi contohya Najib yg didoakan pecah perut. Nanti kat akhirat najib mengadu depan ALLAH, apa tok guru nak jawab. Tuhan maha adil. Eloklah settle kat dunia ni supaya kosong-kosong. Saya tak nak komen Najib sebab dia tak kata pun nak ludah muka orang Pas yang datang jumpa dia macam Us Nasha tu.

Anonymous said...

Haji Hadi pernah sindir pendokong tegar Pas yg tegur dia dgn mengatakan hamba ALLAH itu cuma cikgu sekolah rendah. Tafsiran sebenarnya, Siapa awak yang nak tegur saya ulamak lulusan Al Azhar ni. Cerminlah muka tu dulu. Saya nak ingatkan Haji Hadi yang dia tidaklah lebih mulia drpd Saidina Umar Al Khatab yg dijamin syurga. Khalifah Umar masih boleh tawaduk dan berhemah bila ditegur oleh rakyatnya sendiri yg berikrar membetulkannya dgn pedang sekiranya Umar tidak menjalankan amanah umat Islam. Peristiwa ini berlaku secara 'life' disaksikan sejumlah besar penduduk Madinah. Dengan membandingkan dua peristiwa ini saya bertambah faham mengapa Pas masih belum layak diserahkan amanah mentadbir negara kita ini. Jika pemimpin nombor satunya begini, tak payah le cerita orang no 2 dan SUA nya tentu nak termuntah. Saya sangat takjub dan pelik bagaimana ahli PAS seluruh Malaysia boleh menaikkan seorang yg diragui moralnya menjadi pemimpin no 2 mereka. Apakah tidak ada pemimpin lain yang lebih luas ilmunya dan terserlah waraknya untuk menduduki tempat tersebut? Jika pemimpin sudah begitu rupanya, tentu masyarakat akan membayangkan yang bawahan ini 100 kali lebih teruk, walaupun realitinya bukan begitu. Didalam negara yang semua orang buta, yang celik satu mata itulah akan jadi pemimpin mereka. Muhasabahlah semula wahai pendokong PAS.

Anonymous said...


Kredit to bro HAMKA..

Nape fikiran bro byk kesamaan dgn ambo ni.. WOHA!

Biar ler org PAS tokse dengar nasihat pong.. Apa kata bro HAMKA wi nasihat ker orang UMNO plok sbb BN yg memegang tapok tertinggi Negara... saya sayang MALAYSIA.

-Perantau dr Klate-

Anonymous said...


simple jer wei, ape korang nak bising melalak PR x menang. pk dan renung wei.

org melayu dulu2 aka nenek moyang ko penah cakap

"rendahnya hati, tingginya budi"

ayat ni ko tengok selaras x dengan ajaran islam.

(nik aziz vs najib)

pemimpin aku bercakap rendahnya hati tingginya budi, pemimpin ko plak.

"tingginya ego,kerasnya kepala"

ala nak dapat undi,cakap elokla!!!
mmgla wei, itula demokrasi, x reti PR korang ni, public relation tau dok bukan pakatan rakyat.

"tingginya ego,kerasnya kepala"


ko ingt sng nak berckp dngn cara rendah hati , kalo hati ko keras, ego, ayt yg kuar semenye kebencian.

H M said...

PAS tidak pernah kalah, cuma belum diberi kesempatan utk menang ye saudara Khairul?

Allahurabbi... macam mana nak menang bila kalah taknak mengaku? Saya rasa bila kita mengaku kita lemah, kita akan sedaya upaya memperbaiki diri.

Anonymous said...

He he he...

Aku dah baca n3 hang...

Macam tembakan rambang je bang?

Anonymous said...

Puak2 PAS ni tak faham2 lg ke?

"Batil Beso lawan ngan batil kecik, Batil yang besar akan menang!
Batil lawan Hak, yang Hak pasti menang walaupun Hak tu kecik je"!!

Selagi PAS perjuangkan Islam dengan cara yang batil, selagi itulah PAS tak akan menang!!! Tiada bantuan ALLAH!!

Lin Kamila said...

"Kita lemas dalam kebanjiran maklumat". Fenomena orang-orang zaman sekarang. Maklumat sini sana, tapi tak reti nak beza mana yang kena fikir dulu, mana yang layak untuk diSHARE, mana yang x payah hirau. Cuba lah semua orang membaca dengan hati terbuka, berfikir, baru bercakap. Taksub,hmm. Dua-dua pihak taksub, taksub melampau.

Unknown said...

amat bersetuju dengan kenyataan ini...berlapang dadalah wahai umat islam semua...mantapkan akidah...teguhkan syariat...insyallah...islam pasti akan tertegak...takbiiir!!!

Anonymous said...

Assalam

Para pengkomen yang budiman....Marah pada yang sayang. Hamka sayang orang-orang PAS macam dia sayang diri dia sendiri!

Aku, akan jadi saksi dia di dunia dan akhirat insyallah. Oleh itu, baca entri ini dengan sangkaan kamu yang terbaik.

Crying Judge

Anonymous said...

Assalamualaikum bro hamka... terasa ingin mendengar kupasan.. persaudaraan Islam.. ukhuwah... brotherhood in Islam... muslimeen united... aus dan khazraj... hijrah rasul.. muhajirin dan ansar... politik demokrasi 2/3 .... 148kerusi mp Islam utk gubal undang2 Islam@hudud... boleh tak tuan kupaskan... (ulas sekali penyatuan Islam ijtimak JT di India Pakistan Bangladesh)..

P.s.. terlampau rindu jika ceramah2 atau khutbah2 ke arah penyatuan umat.. dimana menghilangnya surah alhujurat pada pendokong Islam...

P.s.. ikut analisa..undi popular ( rujuk blog dah ikwan )... PR menang dgn 90% pengundi cina menyokongnya... @ iaitu kira2 50% drp undi popular yg PR dapat... Persoalan.. bolehkah kita berbangga dvn sokongan ini... jika Allah pun dah jeladkan kaum yahudi nasrani x sekali2 akan redha dvn kamu sehingga kamu mengikut agama mereka... sapa yahudi nasrani dan penyembah bahala abu jahal... bukankah mereka org kafir...

P.s jadi perlukah kita percaya org kafir yg sentiasa ada helah... sendiri jawablah... rujuk ayat.. org kafir tak redho tu..

Wassalam..

Anonymous said...

perkongsian yg bai...
Terima kasih tuan HAMKA..:)

Ada yang jujur berjuang... tetapi salah kumpulan. Ada yang sudah betul kumpulan tetapi punya kepentingan...

Namun, insya-Allah pada akhirnya, semua yang jujur akan terkumpul dalam satu saf yang sama!(UStz Pahrol)

'Perutis' dalam perjuangan bangsa dan pencinta dunia bertopeng agama... akan binasa.InsyaAllah.

Anonymous said...

hamka or pembaca budiman, aku x paham la no. 10 tue..
bole explain lebih lagik tak?

-wan- said...

ulamak berkata..
ceramah agama umpama hujan yang lebat, tanah yang basah kerna hujan besok siang akan kering;
ramai orang datang tp balik tak buat amal apa2...
tetapi amal agama yang istiqomah umpama air yg menitis atas batu, lama kelamaan batu yg keras pun kan melekuk...

Anonymous said...

aku blaja kt us, 4 tahun dah.. sepanjang duk kt us nie khutbah jumaatnya cakap pasal muhasabah diri, self-improvement, macam nak usaha untuk jadi muslim dan mukmin yang betul, sahsiah, akhlak, muasyarat, munakahat, sosial, hubungan dengan Allah, ibu bapa, keluarga dan masyarakat, sirah nabi dan sunnah, tafsir quran dan hadis dan macam-macam lagi.. tapi tak pernah sekali pon aku dengar khatib cakap pasal politik dan kuasa. adakah politik dan kuasa tak penting dalam islam? kenapa tak cakap pasal pemerintahan islam untuk tegakkan islam di us.. kenapa di malaysia setiap kali aku dengar ceramah dan kutbah ustaz pas mesti dieorg nak selitkan politik, perli pemimpin negara dan pentadbiran negara (maksudnya berpolitik dan menetang kerajaan), sampaikan tafsir surah at-tin pon maksudnya adalah utk sokong pas... erm pelik2.. mungkin pasal tue ramai ustaz pas x dibenarkan berceramah di surau2 dan masjid.. x boleh klua tv dan x dapat kebenaran berceramah..
mungkin sebab niat yang tak betul, bukan nak mengajar tp nak berpolitik... waalahua'lam

dr 'afifah said...

saya suka =)
memang betul.kita xtau niat dlm hati setiap org.luaran memang sama semua nk perjuangkn Islam tapi klau dalaman xikhlas, nilah harga yg kena dibayar supaya berubah niat kpd yg lebih baik dan perjuangan yg betul terhasil.

sy pun sayang PAS. memang kecewa sangat2 bila xmenang. tapi Allah tgh bagi kita extra class untuk belajar lebih bnyk dan berubah kpd lbh baik. buanglah sifat ego dlm diri. malu sikit pd kami anak muda yg nak sangat perubahan tp sebabkan sifat sebahagian kita yg cepat melenting, akibatnya akhlak Islam xditunjukkn dgn baik. inilah puncanya org hilang keyakinan pada kita.

jom ubah. bukan ubah pimpinan je tapi ubah diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya barulah negara Islam yg betul2 kuat tu terbentuk.insha Allah kalau kita betul2 ubah, lain kali bila kita menang kita tak menang sia2. kita menang dan kita mampu buktikan dengan perubahan dlm diri yg kita dah buat tu kita mampu jugak ubah keadaan jadi lebih baik.

sekian, saya anak muda yg mahukan perubahan kpd yg lebih baik =D

Anonymous said...

Ada ke org baca komen2 yg pnj berjela2 tu...rasanya syok sendiri je tuh

Anonymous said...

sebuah masyarakat bermula dengan seorang individu. selagi individu dalam masyarakat tidak dibaiki iman dan amalnya, usaha membaiki masyarakat tidak akan berhasil.
umpama seorang petani yang berusaha menyuburkan tanamannya, tetapi hanya daun dibasahkan air, manakala akar dibiarkan kehausan.
akhirnya pokok yang diharap tumbuh subur mati tanpa disangka-sangka.

pak sudin

Anonymous said...

HARI JUMAAT LEPAS ADA SATU USTAZ BARU BERI CERAMAH KAT MASJID AKU.BAIK PUNYA INTRO CERITA LATARBELAKANG KAT MANA BELAJAR ,2 PUPU UFB BLA BLA BLA.
BERADA DALAM SAF PIMPINAN,PERJUANGAN ISLAM BLA BLA BLA.TUP2 TERSELIT PULAK KISAH BEKAS CALON PRU 13 YANG KALAH DI PARLIMEN SEBUAH NEGERI TERMAJU DI MALAYSIA KATANYA ADA HUTANG DENGAN DIA,SIAP SEBUT NAMA LAGI,PASTU LANTIK JEMAAH MEWAKILI DIA TUNTUT HUTANG 10K DARI CALON TERSEBUT.

TERCENGANG AKU MENTANG2 ORANG BUKAN LAGI SEKAPAL HABIS DICERITA KISAH DIA DGN BEKAS KAWANNYA,ADEKE PATUT.KATA USTAZ,BELAJAR HADIS TAPI MEMALUKAN ORANG (MENGAIBKAN).KALAU DIA TAK CERITA JEMAAH MASJID PUN TAHU KONONNYA BEKAS KAWANNYA ADA HUTANG DGN DIA.

AGAK2 DARI PARTI MANA USTAZ NI.

Anonymous said...

Memang benar, tapi pasal solat 5 waktu tu, selaku pemerhati atas pagar, saya rasa hamka lebih condong kepada macai umno. saya bekerja kerajaan, dan khalayak saya ofcoz, org umno totok.ramai yang tak semayang pon.jumaat pon ponteng..laki org main bini org biasa..mungkin susah nak banding sebab org PAS ada 10-15 org je, tapi tgk okie je.solat tak tinggal..ni setakta pemerhatian saya je.dosa terlindung org PAS takde pulak saya check.yang saya tulis depan mata.

Anonymous said...

Marilah kita sama2 saudara seagama saling bantu membantu dalam ehwal AGAMA ALLAH

Anonymous said...

Saya penyokong tegar pas dan akan terus memperjuangkan parti dap kesayangan kerana hanya mereka yang membela islam...pendek kata kami beri standard khalifah umar pada lim guan eng walaupun dia tak penah mandi wajib mahupun basuh kemaluan selepas kencing.Ini kerana mereka lebih bagus dari bn yg hanya membuat masjid tapi tak meramaikan.mcmana kami nak ramaikan masjid tu sbb kami penyokong tegar pas semayang kat stadium saja.kami rela anak cucu kami hilang kelebihan bumiputera asalkan bn tumbang..kami sygkan karpal melebihi imam masjid kg kami kerana dia bn...
ok x?

usaha atas iman dan amal said...

"Semuanya yang berlaku semuanya dari Allah SWT untuk tarbiah Iman saya"

Anonymous said...

salam, maaf terlambat komen...

1.masalahnya, ko tau ker ahli ahli pas tu tak solat jemaah?...jangan main serkap jarang jer.. jatuh peringkat fitnah naya jer jadi alim...

2.ko rasa dorang berhenti setelah habis pilihanraya ker?...ko tau tak dorang juga bekerja sebagai ahli parlimen dan wakil rakyat mcm manusia biasa...mana ada berhenti lepas habis pilihanraya jer...

3.sekali lagi ko petik soal solat...aku pon tak tau mcm mana ko boleh nilai orang tu solat ker dak...ko ni adik bungso Harun Din ker?

kalau yer pon member ko orang PAS dan tak solat jemaah ko tak boleh hukum semua macam tu...

Ko pon dah ketingalan zaman...boleh rujuk balik apa PAS cakap pasal hudud...kenapa dorang lebih perjuangkan hudud berbanding solat...pasal solat tu dah memang tangunggjawab individu tu sendiri dari kecik kita dah dilatih tapi hudud tu tanggunjawab pemimpin, aku ambil contoh mcm nik aziz kuliah dah tentu lah cerita bab bab mcm kepentingan solat, sedekah etc..kalau dipentas politik cerita tentang politik lah , ketidak adilan parti pemerintah, minta royalti minyak, perjuangkan pembinaan lebuh raya etc...

biar lah adil kalau nak mengkritik...aku tak pernah dengar orang pas kata orang umno tak solat...kecuali ada kata kafir itu pon stock yang lama lama dulu pasal orang UMNO tolak hudud.

4.Kenapa Allah tak menangkan PAS...tak semestinya PAS tak betul
habis tu UMNO yang memerintah tu benar benar ker diberkati ALLAH?

5.memang ler tak semua ulama akan join politik, tapi tak semestinya ulama yang join politik tu tak betul pulak...dia masih seorang ulama juga... dia membentuk kerajaan negeri yang mesra dengan islam...kalau tak der wakil kalau tak ulamak pon sekurang kurangnya seorang yang alim macm ko dalam politik tak ker kiter diperintah oleh mereka yang jahil belaka...apa ko bleh rileks solat jemaah dari subuh sampai ke subuh tapi pemimpin ko gangnam style?...


6.caci maki?...ko ni mcm pembaca utusan yang tegar jer...boleh copy paste statement ahli pas yang mencaci maki tu tak?

7.Aku kurang pasti kalau orang orang PAS tak menyakini tentang Daulah Khilafah.. Aku pon mengundi juga, aku pon tau hanya kerajaan islam jer yang akan tertegak kelak...
lagi satu minta tolong copy pastekan ulama pas mana yang mengatakan politik demokrasi SATU SATUNYA jalan jihad...

8.kafir mengkafir tu isu lama dah basi dah...tang solat tak diterima tu dari segi umum jer...macam kita nampak orang mencuri...kita cakap dia berdosa kerana mencuri...apakah kita yang menentukan yang menetukan hukum dia berdosa atau tidak?

9.memang islam takan tertegak dengan demokrasi...tapi kalau tak PAS yang membangkang ni aku tak tau apa jadi kat negara Malaysia sekarang...apa jadi kat Kelantan...
sekarang kat Selangor masjid pon dah mula makmur...tak mcm dulu kefahaman islam pon dah makin baik...Orang kafir pon dah takut dengan hudud ( mesti ko tak percaya ni kan ha ha )kalau nak harapkan jemaah tabligh nak ajak orang islam ke masjid jer...sapa pulak nak didk orang kafir ni...dah bertahun tahun orang2 kafir ni digelapkan dengan fakta tentang islam ni ko tau....


10.yer terlalu ramai wakil rakyat BN/ UMNO punyai akhlak terpuji

11.Tang bendera tu, dah termasuk dalam strategi... ni lah namanya politik... mcm ko berniaga...ko print brochure perniagaan ko, ko bagi kat orang reramai...dah habis baca dorang buang...membazir ...ko duduk kat depan komputer melayan komen orang lain pon mebazir letrik gak apa?

12.kita boleh ambil contoh sahabat nabi sebagai contoh untuk semangat dan sebagainya... tapi biarlah kita menilainya sedikit didalam zaman kita...ketika ni sahaja apa yang sedang ko pakai? ada complete macam nabi ker?


13.ok aku terima nasihat ko semuanya benar benar belaka...

aik 13 jer?...ada yg tertinggal aku dah penat menaip..

so rileks lah ko berjuang ler cara ko...biarlah dorang berjuang cara dia, bukan tak terima nasihat ko, cuma cara ko tu macm sudah sampai tahap memperlekehkan perjuangan dorang...

hamka said...

Nabi pesan, dalam bab dunia, bandingkan dengan orang yang lebih susah, baru kita bersyukur, dalam bab ugama, bandingkan diri dengan orang yang lebih alim, baru kita sedar kurangnya diri kita di sisi Allah..

so kepada anonymous, kenapalah korang tak ikut pesan Nabi yang suruh banding diri dengan orang yang lebih alim seperti sahabat Nabi? kenapa nak bandingkan diri dengan orang UMNO yang buat korang perasan bagus?

aku dah cakap teguran aku ini bukan perbandingan antara PAS dan UMNO, tapi antara PAS dan ISLAM,

sila terima teguran macam sahabat Nabi, bukan macam orang taksub politik, adohai..

RudyShahrin said...

Demi Allah , aku sanjungi PAS beberapa tahun dahulu...kerana masa itu aku sgt yakin jika aku menyokong Pas, maka aku menyokong Islam...namun, sejak Pas sanggup menyertai PR bersama2 PKR, DAP..langsung kepercayaan aku kepada PAS runtuh....aku sememangnya tidak sebodoh itu utk menyokong PKR yang hanya tahu mencari silap manusia, bukannya utk memajukan ummah, dan tidak sekali DAp yang terang dan jelas akan menghancurkan Islam... jadi aku masih tertanya2 mengapa kepimpinan PAS masih sanggup bersama dgn pihak yang sama sekali berada di pola yang berasingan demi menjatuh kan BN...mulia kah nawaitu itu? Wajarkah Allah memenuhi kemahuan mereka, sesungguh Allah lebih mengetahui.. aku lebih suka PAS berdiri dgn sendiri seperti dahulu...alangkah indahnya jika ummo dan pas bersatu di bawah Islam...

Anonymous said...

riak jugak penulis ni, kata tak dak salah apa dalam tulisan dia..perfect sangat la nko wahai penulis

bn kaki rasuah sebab tu aku benci bn!aku jugak rindu berita video lucah di tv3.

Anonymous said...

org PAS&PKR yg melucah, UMNO dn TV3 juga disalahkan... adohai!
UMNO pon mungkin ada melucah jugak.. tp xde la kata PAS punya pasal!!..

Anonymous said...

masalahnya sekarang rasuah is tooo much dalam goverment ni bukan masalah pas gabung umno ke tidak..kalau pas gabung amno ni bole selesai ke masalh rasuah..bila org islam rasuah kita kata takpa dia bukan kafir..kenapa pemimpin islam tak bole jadi lebih baik dari pemimpin kafir yg elok memerintah tak rasuah,instead kita sikit sikit salah kan org kapir,,,kau ada kuasa jadi kerajaan pastu banyak rasuah, nak salahkan cina..aku pun bukan suka dap tapi bab yg dia buat betul kita kena akui betul..kita kena adil..

detective nie said...

den x paham masih lagi ader anon yang x paham aper yang hamka dok taip... cian hamka...nk tegur x boleh yg si anon lak putar belit apa yang hamka nk bagi tau....

kepada ANON yang x berani berbicara dengan terang terangan...tapi dok kutuk hamka kata hamka ni dok protect umno la, carik kesalahan pas la, aper la.... hang pi baca balik dari A - Z apa yang hamka tulis...kalau anda seorang yang positif dan berfikiran terbuka, anda xkan rasa yang ahli pas yang baik2 di perkatakan dalam artikel di atas...

Anon2... bacalah dengan hikmah, bukan dengan amarah... kalau hamka ni kutuk pas dah lama la aq hack hamka punya blog.. tp aq tau hamka cuba menyampaikan nasihat dan teguran serta pelbagai ilmu yang boleh aq amalkan...

Anon2..den bagi tau lagi sekali

hamka membandingkan Pas dengan Islam.. bukan dengan UMNO.
kalau dengan UMNO, bak kata hamka
'aq x payah nk citer kesalahan orang umno kerana anda telah sedia maklum apa kesalahan mereka'


hamka nk kita semua sedar, memperjuangkan politik ada adabnya.. ada akhlak yang perlu dijaga, dan ada perkara yang lebih utama perlu dipegang daripada perkara yang hendak diperjuangkan oleh Pas sekarang...

x nafikan Hudud itu adalah dalam Islam... tapi 13 tahun di Makkah apakah yang Nabi Muhammad utamakan...? Hudud?,Akhlak?,Ibadah?,Aqidak?, atau nak tawan Makkah?..

kita nk perjuangkan islam kena rujuk baik perjuangan islam, bukan kita buat balik apa yang pihak lawan kita buat.. dalam perang pun ada adab, dalam menyampaikan dakwah ada akhlak yang perlu dijaga...

dan yang paling penting, jgn samakan level kita dengan orang yang jahil agama. kerana kita akan sama2 turun ke taraf itu.(antara sebab kenapa Hamka malas nk citer pasal BN, pada pendapat aq)

so, Anon... baca balik Post hamka ini...

semoga berjaya

Anonymous said...

Demokrasi Malaysia Dengan Peperangan

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=wnYk2eGEWW8

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Bukan demi demokrasi akan tetapi demi nafsu untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar akan lakukan apa saja dan sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi kepentingan dirinya sendiri, Anwar memohon bantuan Amerika supaya apa yang berlaku di Iraq turut dilakukan oleh Amerika keatas negara kita Malaysia.

Jika "Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq", apakah Anwar juga sedang menunggu Amerika melancarkan perang keatas Malaysia ? Selagimana Anwar bebas meroyan selagi itulah negara tidak akan aman bahkan kemudaratan yang lebih besar mungkin akan berlaku...Anda Mampu Mengubahnya

Anonymous said...

IMAM ASY-SYAUKANI RAHIMAHULLAH (WAFAT:1250H) MEMBERI AMARAN DENGAN MENYATAKAN:

ويؤدب من يثبط عنه" فالواجب دفعه عن هذا التثبيط فإن كف وإلا كان مستحقا لتغليظ العقوبة والحيلولة بينه وبين من صار يسعى لديه بالتثبيط بحبس أو غيره لأنه مرتكب لمحرم عظيم وساع في إثارة فتنة تراق بسببها الدماء وتهتك عندها الحرم وفي هذا التثبيط نزع ليده من طاعة الإمام

“Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya.

Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah.”

(asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)

Anonymous said...

Jom PAS bergabung dgn jemaah tabligh....

Unknown said...

Hamka ini org yang baik..
Cuba untuk mengajak kearah kebaikan..
Cuma dalam bab Politik..
Hamka xmampu sembunyikan Pro BN..
Hamka xmampu elakkan Benci PAS
Hamka aka Tabligh..
Lebih elok xyah citer politik..
Tidak menampakkan "Atas Pagar" pon..
Bab yang lain.. HAMKA the Best..!!!

Unknown said...

Anonymous
Demokrasi Malaysia Dengan Peperangan

Video sekerat-sekerat nih.. dah lapuk.. rakyat semua dah jemu.. Pro BN jer xhenti-henti Guna..

Malu lah...

Anonymous said...

Salam saudara Hamka....

yang point 6 kalo dorang nak cop saudara Hamka sebagai macai umno xpela...
kita bagi video ustaz Don...
Nka tgk berani x depa kata ustaz Don macai ke x...

http://www.youtube.com/watch?v=8ovLvPr3aak

Unknown said...

Emm Perkataan Macai UMNO tu xsesuai..
Aku xfikir semua org yang PRO UMNO tu Macai UMNO.. mungkin bagi yang bagi Idea yang ada alasan and dalil.. itu aku rasa sesuai PRO UMNO saja.. kalau yang merepek2.. Emo lebih.. yg tu MACAI>>>
Note : HAMKA akn PRO UMNO.. heheh

Anonymous said...

Ok... Lepas ni untuk berlaku adil

tolong buat post

"Kenapa jemaah Tabligh masih gagal menarik umat islam Malaysia untuk solat berjemaah?"

untuk kebaikan jemaah tabligh dan juga saya insya Allah







hamka said...

anonymous yang atas ni, aku harap engkau orang umno, sebab orang umno ramai yang jahil bab ugama sehingga boleh tanya soalan bodoh macam tu.

tapi jika kau orang pas dan tanya solan macam tu ternyata tarbiah pas masih gagal dalam nak memahamkan tentang kejayaan dakwah.

so, anonymous di atas, aku nak tanya kau ni macai pas atau macai umno?

hamka said...

abag petir muslim, betulah tak sesuai guna kata macai.., akupun terguna jugak adohai..

baru ni aku tanya orang politik, apa maksud MACAI?

katanya: Mengikut Apa Cakap Anuar Ibrahim?

betul ke? sebab aku memang tak reti politk.., adohai..

purple said...

"Islam tidak akan tertegak dengan sistem demokrasi, panjang jika nak tulis bab ni"

abg hamka bole buat entry pasal nie x?plzzz :)

purple said...

Islam tidak akan tertegak dengan sistem demokrasi, panjang jika nak tulis bab ni.

abg hamka bole buat entry pasal nie x?plzz
:)

Anonymous said...

pelik lah...

semua orang tahu negara islam tak akan tertegak dengan demokrasi...

cara paling bagus untuk bertanya ialah 'bagaimana menegakan negara islam tanpa kuasa politik' baru lah otak berkembang asyik nak menafi tapi tak mencari...

Anonymous said...

Kalau jaga sembahyang takderlah kafir mengkafir fitnah memfitnah..ludah meludah..allah kata dlm alquran.. pada mereka yg memohon pertolongan hendklah engkau bantu bukan jerit herdik

Anonymous said...

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5852-hudud-boleh-dilaksana-di-kelantan

http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=323%3Ahudud-boleh-dilaksanakan-di-kelantan&catid=17&Itemid=19

Anonymous said...

cuba bagi 1 jer contoh kerajaan islam yang mengamalkan pemerintahan islam mengikut syariat dan berusaha ke arah pemerintahan islam zaman nabi dan sahabat? sepatutnya rakyat dalam negara tue aman damai, at least lebih 50% orang lelaki baligh islam sembahyang berjemaah dan perempuan tutup aurat. bukan dalam negara jer amalkan islam tapi sebab nak buat maksiat dan dosa pergi keluar negara dan rosakkan masyarakat kat luar...

Anonymous said...

ada ahli PAS yg boleh bg penjelasaan pasal link yg anon10:10pm bagi kat atas tu?? kenyataan harakahdaliy 2011 pla tu.....
ATAU itu hanya kenyataan tipu yang dibuat oleh ahli UMNOBN...

pak sudin

Anonymous said...

adehhh ade lagi rupanya...zaman teknologi kalau tak ambil manafaat rugi woi...

http://milosuam.blogspot.com/2011/01/mengapa-hudud-tidak-dijalankan-di.html

http://senyumsokmo1990.blogspot.com/2011/01/bimbang-kelantan-dirampas-halang-pas.html
..............................

DR ASRI-HUDUD & POLITIK ISLAM
http://www.youtube.com
/watch?v=_MOb2QIxe5c


Perlaksanaan Hudud di Kelantan Pandangan Maulana Muhammad 'Asri Yusuf
http://www.youtube.com/watch?v=4qd5T-1drys


Ustaz Zaharuddin - Penjelasan Hukum Hudud
http://www.youtube.com/watch?v=ytYZtzquh4I


PENJELASAN MENGAPA DI ZAMAN INI XDAPAT LAKSANAKAN HUDUD
http://www.youtube.com/watch?v=UGWjo-iC_I8

ni untuk pemahaman jer...aku tak rasa mereka ni tolak hudud k...

yang ni aku no komen
http://www.youtube.com/watch?v=3Dh8lfPm4RQ

http://www.youtube.com/watch?v=g8_Jf2j6GB0


sebab sekarang ni dah nampak sgt mcm mana kalau nak dilaksankan hudud... pilihanraya pon tak adil! kerja nak menakutkan orang kafir dengan islam...orang islam lak nak dakwah dengan orang islam jer...

ala nak kasi adil amik la ni
http://www.youtube.com/watch?v=yl-ti6tWWfE

apa nak bising bising islam itu pasti tertegak hudud pasti terlaksana itu pasti...

kita teruskan jer lah solat jemaah jangan dok sibuk politik bukan kerja kita dak gitu?....

Anonymous said...

ramai penyokong pas begini. penyokong baru kami raikan walaupun banyak cacat cela mereka. pas juga masih memerlukan sokongan semua membentuk suasana yang lebih baik.

boleh je tegur 'penyokong fanatik pas' yang masih kurang islamik. kita masih dalam proses pembaikian.

semua kita adalah daie. pas adalah jamaah islam. tegurlah mereka yang salah tak kira siapa pun mereka.

Anda adalah Daie!

Anonymous said...

saya setuju....x kisah lah mane parti politik pun...ape2 pun kite kne pertahan islam dulu.....jgn nk pertahan politik jek.....

hamka said...

200 komen kemudian.

Ok.

Anonymous said...

PUNCA SEBENAR PAS KALAH:

KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.
2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.
3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.
4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.
5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.
6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.
7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).
8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. Harakahdaily/-

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 240   Newer› Newest»