Mar 18, 2013
Bagaimana siang ikan guna tangan kosong?
(Lepas baca cerita ini, jika masih tidak faham, sila klik
video untuk pengertian yang lebih mendalam, adohai..)
Bini suruh beli ikan, ada tetamu nak datang,
Dari pejabat, aku singgah beli ikan dan aku pulang awal
sikit hari ini sebab nak tolong bini masak.
Tapi ada perkara pelik aku buat hari ini.
Sampai rumah, aku siram pokok bunga.
Lepas tu aku angkat baju di ampaian, dan lipat baju di depan
rumah, semua jiran kagum melihat aku yang rajin luar biasa.
Belum cukup kagum?, aku basuh kereta pula.
Dan yang lebih mengkagumkan, aku siang ikan depan paip
rumah, aku cekik perut ikan guna tangan kosong, awek sebelah rumah senyum
senyum sambil hatinya berdoa semoga mendapat suami yang rajin macam
aku-mungkin, he he
Aku tak nak cerita panjang, satu sahaja pesan aku:
Sila kagum dari jauh. He he..
Tak lama kemudian, bini aku pula sampai ke rumah dan terus
terkejut melihat aku siang ikan depan rumah.
“Kenapa bang?”
“abang lupa bawa kunci rumah hari ni”
Woha!
Ps: Patutlah rajin nak mampos, adohai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
40 comments:
fst
semua orang tahu buat la :p
Bosan!!
ibrahnya selalulah lupa bawak kunci rumah. :)
Suami kena bantu isteri jadi solehah. Macam mana?
Mula-mula suami kena jadi soleh dulu,
Kemudian, praktikkan kesolehan,
Bukakan jalan untuk isteri jadi solehah,
Kalau tersalah, saling 'soleh-menyolehi'
Senang aje, macam kita ajar orang nak siang ikan guna tgn kosong. Kita dulu kena pandai kan3 :)
ternyata tuan blog ni dah pro. :)
hebak sungguh cara siang ikan guna tgn...cube tunjuk pakai kaki pulop...huhu
Lynn si pipi merah
Setuju dan menyokong penuh! Woha!
--------------
SembangKongkang
Kau nak aku siang guna kunci keretamayat? Woha!
salam Hamka,
Ai taktau siang ikan guna tangan kosong. tqvm kongsi (^_^)
Semua ikan dah kena siang.. sib baik isteri pon balik masih siang...
pernah jugak siang ikan tanpa pisau. tapi terpakai utk ikan kembong/selayang/selar. Lain-lain ikan kena guna pisau.. hehe..
dan dan ada besen pulak depan rumah diaa...
hadoi, mcm pernah ku dengar(baca) cerita serupa ini.. tapi di mana ya?
bagusla cara abg hamka ni...sy kalo siang ikan kecik guna pisau,ikan tu mesti hancur..thanks utk info ni..
siang ikan guna tangan lagi best. guna pisau tak best. tapu ikan yang besar2 tu suruh penjual ikanla siangkan..
AiTotYati Mat
Bagus merendah diri, ada orang cakap bosan sebab dah tahu, gelaplah masa depan orang macam tu, adohai..
-----------
dkama
wow, pantun dua kerat, sambung!
----------
4feet8
Masa kecemasan, Negara kena serang, takde pisau, berguna kaki dan tangan, insyAllah
-----------
Orang Akaun
Woha!
------------
nOtCinDeReLLa
kisah laki bini di Facebook keretamayat, kantoi..
-----------
mira
sama sama. : )
------------
anis abdullah
Setuju dan menyokong penuh!
Ayam berkokok, Harimau .....?
Jawapan:
Harimau Siang
larh, ingatkn ape benda lah td :))
Huh...aku ade belahor ni..masa keluar 3hari dulu2
Huhuhu...ilmu baru tu bro...
aiiii...kojer sonang yo tuuuu
anyway...lolz!
setuju dengan semua komen, hihi
Ala...itu rupanya punca segala masalah LUPA BAWA KUNCI RUMAH.... Tapi kira oklah tu cover line...
ikan tu nampak fresh..kalau ikan lama cekik je tercabut terus kepala dia kot..ok la ilmu baru ni..selalu saya guna gunting..saya kalau siang ikan kecik2 asyik terburai perut dia..buruk tak cantik nak hidang orang =P
salam, en.hamka..
buku sy dh terima..thanks..
from pj with love :)
steady.... nanti boleh tolong siangkan sekali...hehehe
hamka,aku nak mintak pendapat kau,boleh?...
antara buku kau permata yang hilang dengan buku biografi rosmah,mana satu yang aku patut beli??
aku serius ni......
ikan kecik ok la kot.. kalu dpt ikan bawal ke.. parang ke..
anon 12.24am march 20.. beli la dua2.. tak salah kalu bnyak membaca..
terbaikk derr.. WOHA!
(((antara buku kau permata yang hilang dengan buku biografi rosmah,mana satu yang aku patut beli?))
Kalau kau dah tergamak tanya soalan macam ni, nasihat aku, belilah buku Datin Rosmah.
adohai...
salam...
aku mintak pendapat kau bukannya apa....
pasal penerbit buku rosmah dengan kau,ada persamaan....
Salam Tuan
Mintak tuan komen sikit video yg bertajuk "Azhar Idrus Jangan Biadap Terhadap Jemaah Tabligh" tajuk video yg telah diupload oleh seorang karkun di youtube,
https://www.youtube.com/watch?v=DeImvPWp74Y
baru nk puji siang ikan..citt
Thanks for the auspicious writeup. It if truth be told was a enjoyment account it.
Glance complex to more added agreeable from you! However,
how can we keep up a correspondence?
Feel free to visit my webpage; drip coffee makers
No matter if some one searches for his necessary thing, so he/she needs to be available that
in detail, thus that thing is maintained over here.
my weblog; http://worldwidemedinsurance.com
terima kasih atas tunjuk ajar siang ikan guna tangan kosong. Saya masih ingat di leteri oleh bapa melalui telefon, semata2 minta tunjuk ajar siang ikan, masak utk isteri yg dalam pantang....x pernah ke dapur la katakan.
itulah asam garam rumah tangga, : )
Keep on writing, great job!
my blog :: forex News trading strategy
Encik Alke, saya tak pernah siang ikan..memang suami saya pon rajin tolong saya, tapi bukanlah bermakna dia tolong siangkan.......pendek kata, kami tak pernah siang ikan......
Senang aje kalau tak reti siang ikan, masa nak beli ikan tu, tanya la penjual ikan tu: dik, boleh siang sekali tak?
Kalau dia jawab ok baru lah saya pilih ikan tu, kalau dia cakap tak boleh, cepat-cepat blahhh
Petua membeli ikan dan disiang oleh adik penjual, ialah membeli masa weekdays, antara pukul 10 pagi hingga 12 tghari, atau pukul 3 hingga 4 petang , masa tu, customer tak berapa nak ada, jadik adik jual ikan tu pon sangatlah boring, dia layan jer.....
Selalunya saya kirim dengan encik suami (opis dia seberang jalan aje dengan pasar)
macam tu lah bisnes, pelanggan always betul, he he
Post a Comment