Aug 14, 2012

Jangan kejar Pahala?


(Dalam dunia ini akan ada selalu orang perasan pandai, apabila mereka diam, kita tidak tahu sama ada dia bodoh atau tidak, lalu apabila dia berkata-kata: Sah Bodoh! –woha!)

Soalan Pembaca:
Salam...ustaz hamka..tadi saya share status ustaz kat kawan-kawan..., terutama bab kelebihan puasa dan pahala, lepastu ada sorang kawan saya kata.., ibadat jangan kerana pahala atau shurga, itu perbuatan syirik kerana pahala dan shurga adalah makhluk, kita tak boleh beribadat kerana makhluk, kita kena beribadat semata mata kerana Allah, kalau kita kejar pahala.. kita tak dapat pahala tu.. tak ikhlas boleh masuk neraka, so, saya keliru, habis tu tazkirah terawih selalu cerita tentang pahala dan shurga, kira tak boleh niat mahukan ‘makhluk tu’ ke?, boleh ustaz beri pencerahan?

Keretamayat said:

Dah naik taraf ustazlah pulak aku ni, adohai..,

Wah wah wah! Aku pulak yang kompius.. Nabi Muhammad s.a.w pesan pada Ummat, baca Al quran dapat pahala, solat malam lailatul qadar ganda pahala seribu bulan, amalan di bulan puasa ganda 70 kali, solat jemaah dapat pahala 27 kali ganda, setiap langkah ke masjid dapat satu pahala untuk satu langkahan.. dan pelbagai lagi, ni Nabi yang bagitahu, tiba tiba ada orang perasan alim cakap: jangan kejar pahala? wah wah wah, habis tu pesan Nabi suruh berlumba lumba buat pahala di bulan Ramadan nak campak ke mana?

Dalam Al quran pun Allah cerita tentang pahala, tentang nikmat shurga dan azab neraka, tiba tiba ada antara korang perasan alim cakap, jangan kejar shurga?

Woi! Si perasan alim, ada pernah baca tak hadith dari hazrat Abu Hurairah r.a. yang berbunyi, Nabi saw bersabda, sesiapa yang berdiri beribadat pada malam lailatulqadar dengan iman dan IHTISAB. Akan di ampunkan dosanya yang terdahulu.

Apakah itu IHTISAB?

Ihtisab adalah niat untuk mendapatkan ganjaran!
Mengharapkan pahala adalah kesempurnaan iman, kerana percaya dan yakin pada benda yang ghaib.. itulah IHTISAB!

Kepada yang masih degil konon belajar tasauf tak boleh niat nak pahala, tak boleh niat nak shurga, biar aku terang sikit guna kaedah hakikat marifat ala-ala tasauf, mudah-mudahan korang semua paham. Insya-Allah..

Baik, memang benar in the first place, buat amal kerana makhluk adalah tanda tidak ikhlas dan mungkin jadi syirik. Ya, aku tahu, memang benar, pahala, dan shurga atau neraka adalah makhluk Allah.

Tapi korang kena ingat, Allah boleh azab manusia tanpa neraka dan Allah boleh bagi nikmat pada manusia tanpa shurga.

Sebab tu kita selalu dengar orang yang gembira dalam dunia berkata:

"Aku hidup bagai dalam shurga”

Padahal confirm duduk dalam dunia, dan kita selalu jugak dengar orang yang menderita dalam dunia berkata:

"Aku hidup bagai dalam neraka”

Maknanya di sini, Allah boleh bagi nikmat tanpa shurga dan Allah boleh bagi azab tanpa neraka, maka “JANJI ALLAH” untuk azab dan bagi nikmat bukanlah makhluk.

“JANJI ALLAH” adalah SIFAT ALLAH.

ALLAH berjanji akan azab, bila manusia buat sekian-sekian.

ALLAH berjanji akan beri nikmat, bila manusia buat sekian-sekian.

ORANG YANG YAKIN DENGAN JANJI ALLAH adalah orang yang BENAR-BENAR BERIMAN.

Apatah lagi shurga dan neraka di gambarkan sebagai tempat yang tak terlintas dalam kepala, tak tergambar oleh otak, tak terbayang oleh kata-kata. Inilah IMAN!

Dan di sinilah terletak “JANJI ALLAH”. Untuk azab dan bagi nikmat.

MAKA, takut neraka adalah takut kepada JANJI ALLAH! Sebab tak pernah nampak neraka cuma beriman dengan “JANJI ALLAH”.

Dan mengharap shurga adalah harap kepada JANJI ALLAH! Sebab tak pernah nampak shurga cuma beriman dengan “JANJI ALLAH”.

JANJI ALLAH BUKAN MAKHLUK!

JANJI ALLAH adalah GHAIB.

YAKIN dengan yang Ghaib adalah kesempurnaan iman.

Pahala juga GHAIB, dan yakin dengan janji Allah dapat pahala adalah tanda kesempurnaan iman!

Jadi bila korang beribadat, dengan niat mendapatkan ganjaran, itu tanda iman korang betul sebab yakin dengan janji Allah, dan melakukan amal dengan yakin pada janji Allah adalah tanda iman yang sempurna, korang tidak ragu ragu dengan janji Allah.., Allah janji pahala, maka ghairahlah kita mengejar janji Allah..

Bila Allah janji nak azab dalam neraka, maka gementarlan hati kita kerana takut kepada janji Allah, orang yang slow jer tak paham antara janji Allah dengan material instinct.

Pedulikan doa tersirat wali Allah yang kata jika aku nak shurga jangan masukkan aku dalam shurga dan jika aku takut neraka, masukkan aku dalam neraka, doa begitu memang cool dalam menggambarkan cinta kepada Allah, tapi Nabi Muhammmad SAW yang jauh lebih cool untuk di jadikan contoh berpesan dalam bulan puasa ni, banyakkan minta masuk shurga, dan banyakkan minta selamat dari api neraka..(H.R Hazrad Salman r.a)

Jangan nak perasan pandai tak nak shurga, perasan alim konon, ni Nabi pesan lagi, jika nak minta shurga mintalah shurga yang tertinggi.., iaitu shurga firdaus!

Tak paham paham lagi?!

Patut bulan puasa begini isu pahala tak timbul dah sebab yang benci pahala di kurniakan begitu banyak pada ummat Nabi Muhammad s.a.w ni syatan jer, sehingga tabur kepala dengan pasir, jadi bulan puasa ni syaitan dah di ikat, sehingga ustaz yang tak suka mengajar guna hadith kelebihan pahala, dah pakat pakat guna di bulan puasa,.., so korang jangan nak perasan alim, sahabat nabi Muhammad SAW sentiasa menangis takut api neraka dan melangkah kaki pendek pendek ke masjid sebab nak pahala lebih, korang boleh pulak berlagak tak nak pahala..

Kalau korang tak Nak pahala, niatkan sahaja untuk sedekah pada aku.., Aku nak!

Woi, aku nak pahala, bak semua pahala hang kat aku! Kita jumpa nanti kat shurga firdaus tingkat lapan.

Woha!

Ps: Masuk shurga dengan RAHMAT Allah, bukan dengan pahala, tapi siapa amal soleh dengan IHTISAB boleh dapat RAHMAT Allah.

Ps2: Bertambahlah pahala aku setelah disedekahkan pahala oleh si perasan alim kawan kepada pengemail di atas, al maklumlah mereka banyak pahala tapi tak nak..., alhamdulillah, syukur, sudah banyak pahala nanti, aku azam akan sedekah pahala kepada mereka yang memerlukan di padang mahsyar kelak termasuk si perasan alim tu.. 

Woha!

73 comments:

PemilikCahaya said...

terkadang terlalu banyak perkara yang disusahkan sendiri pemikirannya, benda dah sedia ada senang, disusah-susahkan. sungguh benr hujah2 tuan hamka

ntahlantahla said...

dulu kecik2 pemikiran aku cmtu.. kalau aku buat bende tu sbb nak pahala mcm xikhlas..

tp da besar ni.. bukan sebab niat nak pahala.. tp sebab kalau kite buat tu ikhlas kerana Allah.. mmg selari la dpt ganjaran pahala sekali..

kalau kite niat nak pahala tp bukan buat sbb Allah pon.. contoh buat sbb si bedah.. tp dok harap pahal tu dpt.. mane nak dpt kan..

PemilikMataCoklat said...

Saya jalan kaki jauh-jauh pergi masjid dibulan puasa sebab nak kejar pahala bukan nak pergi saje-saje, nak pahala jemaah yang lebih berganda, dari sembahyang terawih sorang-sorang kat rumah yang belum tentu buat. #boleh gitu? :-)

Err..Hamka betul ke kalau solat terawih ni untuk perempuan lebih baek buat kat rumah dari g masjid? masjid xde la jauh sgt tak sampai 15mnt je jalan kaki

Anonymous said...

hamka kalau hang ditakdirkan ke syurga tingkat 8 jengok2 aku kat tingkat 7.sebelum masuk jangan lupa tanya abang arum dan loga awat tunggu depan pintu syurga je,tak boleh masukkah. eeeeha

namakuamir said...

akhirnya!!

post yg menyengat

adaberada said...

Selamat berpuasa dan berbuka. Dan berhari raya kepada Hamka dan peminat Hamka sekalian. Tak perlu minta maaf, aku mana ada wat salah ngan korang.. wohaaa!!

adaberada said...

Errrrr...aku buat kerja bukan kerana boss, tapi kerana duit gaji.

Dalam kontek beribadat kena lain..

susumanis said...

kalau x mo kira pahala dosa, apa guna malaikat raqid atid mencatat semua amal buruk baik kita, apa guna timbangan mizan nak tgk berat dosa ke pahala nak kesurga or neraka, system Allah swt yang paling sistematik dan details, sebiji zarah kebaikan, keburukan pun dikira dan dihisab, perasan sgt ke dapt rahmat Allah swt macam tu je buat ibadah smabil lewa x de motivasi by banyak dosa n pahala..howa eh terbalik woha, Ya Rabb aku mohon reda untuk surga firdausMU, aku mohon perlindungan dari nerakaMU, Engkau Maha pemaaf lagi suka memaafkan, maafkanlah kami umat Muhammad saw seluruhnya..aamin ya Rabb

Anonymous said...

pernah baca kat mana entah. betul masuk syurga dgn rahmat Allah. tapi kalau siap pakej byk pahala dapat la syurga teratas. kalau pahala kurus takat syurga ground floor je =P

org tingkat atas lambai2 je la org tingkat bawah =) huhu pahala aku kurus amalan tak byk. tapi dapat pahala free org ngumpat or fitnah aku. kalau pengumpat dah takde pahala nak sedekah dosa aku pulak dapat ke dia. woha!

Taufik said...

salam ustaz hamka
aku nak tanya benda ni dah lama dah
alang2 ustaz hamka highlight pasal sedekah pahala ni
aku tanya terus la

straight to the point
ada hadis pasal ganjaran sedekah yang empat jenisnya

1 . Satu sedekah dibalas dengan 10 kali ganda .
2. Satu sedekah dibalas dengan 70 kali ganda .
3. Satu sedekah dibalas dengan 700 kali ganda .
4 . Satu sedekah dibalas dengan 1000 kali ganda .

mak aku selalu pesan sedekahkan pahala kat arwah bapak aku
so sebelum/selepas aku buat sesuatu, aku niatkan macam ni:

Ya Allah, andai ada pahala buatku dengan amalam ini, aku niatkan sedekahkan kepada arwah,
Andai ada ganjaran dari sedekahku ini, aku niatkan juga sedekah kepada arwah. Lillahi Taala

Ada org tegur aku apa la hang ni kejar pahala macam tu
Dah macam shortcut pulak, dari pahala yang sekecil2 tapi bila di sedekahkan pahala tu
beribu2 kali ganda dapatnya

Jadi perkara macam ni memang dibolehkan lah kan? cuma tertakluk kpd Allah nak beri ganjaran kpd aku
So maknanya segala pahala awalan tu aku tak dapat, sebab aku sedekah,
dan pahala level 2 (ganjaran sedekah) pon aku tak dapat
Adakah pahala yg berasal dari amalan awal aku tu akan aku dapat berlipat kali ganda?

Hmm soalan ni macam aku kena kat Allah.. tapi tu la apa pendapat tuan tentang pekara ni?
maaf tulisan tungging terbalik, kalau terkeliru sila bgtau kat mana, aku cuba cerahkan sikit

heal man said...

campak buah pala ngan buah kelapa kat kepala dia.. baru ada akai sket..

arizWanmerahs said...

arghh! Tension la ni mcm.. Pening2...!

wanzaman said...

ya allah aku momohon syurgamu dan berlindung dari neraka mu...aaaameen

Anonymous said...

doa Rabiatul Adawiyah camane plk Hamka? Rabiatul nak rahmat dan redha Allah je.. takde larangan berdoa macam tu?

Anonymous said...

aku buat amal sebab nak kat bidadari2 di syurga.. bidadari itu janji Allah.. wahai bidadari ku sayang.. kalau Allah izinkan nanti kita akan berjumpa.. woha!

Anonymous said...

dalam syurga 'qurbah' tiada bidadari..hanya dapat melihat Dzat Allah :)

aku_ein said...

Dulu aku ada dengar satu ceramah agama dalam radio..ustaz tu cakap lebih kurang camni.."..ibadat wajib, wajib dibuat xkira sama ada ikhlas atau x sebab itu adalah wajib, tapi ibadat sunat perlu ada keikhlasan dalam melakukannya.."<---- boleh ke macam ni?

Masa kat sekolah dulu ada ustaz aku cakap, beza antara 1 tingkat dalam syurga adalah dibezakan dengan 1 zikir sahaja..wallahualam..

Aku dalam beribadat memang kejar pahala..kalau Allah nak bagi rahmat Dia, syukur, kalau x, aku hanya memohon..

mrsRons said...

terbukak jugak minda aku..sib baik ade yang bertanya..tq yang bertanya..tolong tanya lagi next time

hidayah said...
This comment has been removed by the author.
zaki ambulans said...

zohor tadi pun ade dgr tazkirah kat masjid jalan duta.ustaz kate kite ni hamba.kalu dlm filem p ramli hamba ni kerja xdpt upah apa2.buat untuk tuan sahaja.sebab kita hamba allah dgn ihsan allah lah kita masuk syurga atau neraka.cube ulas sikit maulana hamka.

Mohd Shubhi said...

kejar pahala kerana Allah semata-mata...! bukan nak tayang pahala kat orang kampung !

Merok said...

Kita mahu mengejar ganjaran, dan kita niat kerana Allah S.W.T. Bukankah kita perlu niat setiap ibadat yang kita lakukan, sudah tentu kerana Allah takkan lain pulak. isk isk isk...

Layyinul Harir said...

aku pulak dengar dari ustz aku,

dia kata kena niat untuk dapat redha Allah..itulah ibadat high class...

kalao niat nak syurga/pahala ibarat ibadat orag berdagang.

Layyinul Harir said...

aku pulak dengar dari ustz aku,

dia kata kena niat untuk dapat redha Allah..itulah ibadat high class...

kalao niat nak syurga/pahala ibarat ibadat orag berdagang.

Ozone_Crash said...

Menarik Bro lu punya kupasan,tetapi gua rasa ada macam clash sikit dgn AlQuran surah ALkahfi ayat terakhir sekali.Yang berbunyi " Barangsiapa yg berharap utk bertemu tuhannya maka beramallah dengan amal yg soleh dan jangan syirik dengan segala sesuatu".

Menurut imam Nawawi bahawa tahapan iman 3 perkara;
1- Orang yang beramal kerana hendakkan syurga.Ini adalah amalan orang khauf (takut). Okay jugal
2-Beramal kerana hendakkan syurga.Ini adalah amal Saudagar.Buat sesuatu kerana hendak sesuatu .(Amal ini dinamakan Roja'/Harap) Pun Okay jugak
3-Amal orang mukhlis.Beramal tidak mengharap sesuatu bahkan melihat akan ketaatan yg dilakukannya terbit dari Kudrat dan Iradah Allah.Beramal tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana. Yang ni kira Superb lah Bro....

3tahapan tadi,menentukan syurga yg mana dia masuk..Kan syurga tu bertingkat-tingkat. Syurga Ar Rayn kan yg tertinggi beramal kerana rindu hendak bertemu Allah swt.

Congrats atas nukilan yg baik dan bernas.

scha cha said...

fitrah manusia bwat apa2 nk ganjaran..
kita keja pown nk gaji kan?
:)

TheInsider said...

Salam ramadhan..

bernas boleh tahan.
Hamka,la ni nengoknya,ramai sgt puasa,tapi solat entah kemana,ajar anak puasa sungguh-sungguh,tapi anak solat ke tak,takde nak kisah.
Tolong ulas pasal ni sket..

Anonymous said...

ok la...boleh tahan entry ni...dpt juga gua kefahaman...Allah swt kasihkan hambanya 70 kali ganda kasih ibu pada anaknya...

Anonymous said...

hidup sblm hidup kita x le buat ap2 (dipanggil waiting time), ..kehidupan yg ad ni la kita bebas buat apa saja (dipangil working time)apa je kerja nak dibuat terpulang pd kita, kerja2 ahli syurga? kerja2 ahli neraka? ha ambil mu...hidup selepas mati lagi kita x le buat ap2 (dipanggil relax time...boleh jadi jugak wrestling time...woha!)

hamka said...

aku cuba jawab bab pahala..

dalam hadith pahala hanya boleh di agihkan memalui ibadat haji dan puasa, sebab tu ada upah haji dan ganti puasa waris..

tapi pahala sebenarnya tak boleh disedekahkan, kerana ayat al quran aku lupa berbunyi, setiap orang tertanggung beban pada dirinya sendiri, lebih kurang maksud begitu..

pahala hanya boleh diperolehi melalui 3 cara iaitu doa anak soleh, sedekah, dan ilmu..

hujung entry aku tu sebagai sendiran kepada mereka yang tak nak pahala walhal pahala mengikut sesetangah ustaz tak boleh disedekahkan, cuma ada ulamak yang meluaskan bab upah haji kepada ibadat lain tapi aku nampak macam tak sesuai, biarlah haji dan puasa sahaja macam dalam hadith tu..

moral dia, ada ilmu kita ajar, maka berterusanlah dapat pahala, sama jugak sedekah..

wallhu'lam

ditulis tanpa membacanya semual

hamka said...

bab orang ajar anak puasa tapi tak ajar solat..

maka:

contoh bila orang cerita, anak I umur 6 tahun tapi sudah puasa penuh..

kita tanya pulak dia,

solat penuh tak?

jika dia cakap anak tak solat.., maka adalah modal nak berdakwah.

:)

hamka said...

bab perempuan solat terwih di masjid, boleh jer jika tidak timbul fitnah, and u know better than me about fitna and how to avoid it

hamka said...

bab doa so cool si Rabiatul Adawiyah tu, hmm, itu doa dalam seni.., seni pulak tersirat sikit, so better ikut Nabi, doa nak shurga dengan faham tentang janji Allah bukan 'makhluk'...

of course kena ikut Nabi, bukan kisah kisah wali wali yang ala ala lord of the ring yang tiada perawi jelas lagi sahih.

hamka said...

zaki, solat harap ganjaran adalah perintah Allah.., taatlah perintah Allah..

"rebutlah shurga yang tujuh sungai mengalir di bawahnya"

abutholhah said...

sape2 yg buat amal tak nok pahala sedekah2kanlah kat aku yg dhaif ni...mgkin kat akhirat nnti kalu dah melimpah aku dpt agih2kn pd sape2 yg perlu...huhu

R.T.W said...

Semestinya kita perlu berfikir hendak menjadi ahli Syurga Firdaus. Maka apa yang menentukan kita mendapat Syurga Firdaus? Agak aku keliru di sini. Boleh terangkan? Adakah sebab pahala yang banyak atau mendapat redha Allah? atau kedua-duanya?

Anonymous said...

Masuk syurga kerana rahmat Allah.

Nak dapat rahmat Allah kenalah buat amal ibadah.

Dengan beramal dan beribadah dapatlah pahala, dan juga rahmat Allah.

Beramal utk mendapat redha Allah, sangat-sangatlah baik. Beramal utk dapat syurga Allah, pun baik. Beramal utk dapat pahala, pun baik.

Kejarlah mana-mana pun.. InsyaAllah memperoleh rahmat Allah di akhirat nanti.

Untuk Hamka: http://www.youtube.com/watch?v=74_avIfHSEE&feature=related

lepakk.com said...

Hamka nanti dok tingkat lapan jgn lupa jiran hang ni pulak ye.kita sama2 dok tingkat lapan muahaha

Anonymous said...

akum.. ketagih nak baca blog kereta mayat la plak.. huhu... ustaz kami satu jemaah dari xxxxxx india mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kah kah kah.. jemaah mana la plak ni haha.. sori bro x leh nk tido huhu masjid penuh gila bzz x ingat la pulak bulan pose ni.. karkuzari la sket ye x? menu mcm biasa nasi dhal capati.. loosemotion sket2 haha.. tapi masjid kat sini semua route meriah.. 24jam hidup.. maju3... kalau kami hantar gambar kat berita harian apa komen dae2 tanah air haha.. selamat hari raya.. tips sket nak untung dunia akhirat kena jadi abit tapi nak jadi abid kena jadi dae tapi kena sabar.. surah demi masa.. tinggal 1 je kita rugi.. jeng jeng jeng.. karkun diperantauan.. haha jgn marah...

Zam said...

Assalamualaikum..
saya juga ingin bertanya; ape beza diantara mencari pahala dengan mencari keredhaan Allah s.w.t?

pernah saya mendengar ceramah; guru tu berkata ; buatlah sesuatu yang untuk mengharapkan keredhaan Allah, InsyaAllah akan masuk syuga. dan ; kalau ada org yg byk ibadatnya; tapi Allah tak redha susah jgk nak masuk syurga; malah ke neraka.

ada satu kisah yg biasa kita dgr mengenai seorang pelacur yg memberi minum air kpd seekor anjing menggunankan kasutnya, disebabkan tindakannya itu.. Allah redha dan dia dimasukkan syurga. (kisah ini betul atau tipu, saya tak pasti)

minta penerangan. wallahualam.. :)

Estilo2707 said...

Salam,

Kite kne paham betul2 pe ustz tu ckp... mksud die lebih cmni, jgn wat amalan krn nk dpt pahala, tp wat amalan krn ALLAH S.W.T... pe ALLAH nk kasi, pahala ke ape ke, byk ke sikit ke, jgn kire krn leh jatuh x ikhlas... kite beramal krn kite dituntut untuk melakukan ibadah... len2 ganjaran, bia ALLAH tentukan... sbb tu Malaikat kiri dn kanan tu x tnjuk brapa pahala dn dosa kite krn kite akn lebih mbuat amalan krn nk ganjaran ataw cover dosa... jd, bramal la krn ALLAH, bkn krn pahala, tp krn ALLAH S.W.T smata2...

hamka said...

ape beza diantara mencari pahala dengan mencari keredhaan Allah s.w.t?

Nabi bagitahu, setiap huruf al quran jika di baca dapat pahala, alif lam min bukan satu hiruf tapi tiga huruf dan tiga pahala, langkah kaki ke masjid dapat pahala..

dalam Al quran suruh ikut Nabi, sama ikut Allah..

Nabi suruh rebut pahala, rebut shurga..

kenapa tak paham cakap Nabi yang jelas lagi bersuluh.

kita taat perintah Allah untuk dapat redha Allah,

antara perintah Allah, rebut pahala.

simple.

sahabat yang langkah kaki pendek pendek ke masjid, Allah panggil mereka "keredaanku".

Agama ni mudah, tak payah perasan pandai. aduhai.

hamka said...

apa yang menentukan kita mendapat Syurga Firdaus?

rahmat Allah yang menentukannya.

bagaimana mendapat rahmat Allah.

Ikut suruhan Nabi.

Apa suruhan Nabi.

buat pahala kerana Allah, tinggal dosa kerana Allah, itulah ikhlas.

terima kasih

Pengemis iman said...

Niat semua pahala kc kat aku, semua dosa aku kau yg tanggung. Bukan ade ape pun byk phl, and xkisah kn if byk dosa.. Kn kan??

Anonymous said...

yang ini bernas..terbaik dr ladang beras..;p

Anonymous Ozone_Crash said...

Menarik Bro lu punya kupasan,tetapi gua rasa ada macam clash sikit dgn AlQuran surah ALkahfi ayat terakhir sekali.Yang berbunyi " Barangsiapa yg berharap utk bertemu tuhannya maka beramallah dengan amal yg soleh dan jangan syirik dengan segala sesuatu".

Menurut imam Nawawi bahawa tahapan iman 3 perkara;
1- Orang yang beramal kerana hendakkan syurga.Ini adalah amalan orang khauf (takut). Okay jugal
2-Beramal kerana hendakkan syurga.Ini adalah amal Saudagar.Buat sesuatu kerana hendak sesuatu .(Amal ini dinamakan Roja'/Harap) Pun Okay jugak
3-Amal orang mukhlis.Beramal tidak mengharap sesuatu bahkan melihat akan ketaatan yg dilakukannya terbit dari Kudrat dan Iradah Allah.Beramal tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana. Yang ni kira Superb lah Bro....

3tahapan tadi,menentukan syurga yg mana dia masuk..Kan syurga tu bertingkat-tingkat. Syurga Ar Rayn kan yg tertinggi beramal kerana rindu hendak bertemu Allah swt.

hamka said...

shurga paling tinggi adalah firadus, Nabi suruh doa mintak shurga ni, shurga ryan tu untuk orang berpuasa.

macam mana komen ni jadi bernas?

hamka said...

masalah ummt islam adalah lepas zaman dakwah, muncul zaman ilmu di mana orang islam karang kitab, majlis ceramah penuh orang, muncul ilmu sifat 20, tasauf dan macam macam.., tapi pada masa tu muncul kerajaan mnggol, takluk islam.

empayar islam jatuh, eropah naik,

lepas tu perang dunia pertama dan kedua muncul yang mana kuasa masa tu orang kapir, dalam perang dunia orang islam tertindas, lemah..

lepas perang dunia kedua, zaman islam lebih pada ibadat..,

untuk bangkitkan ummat islam, ummat ni kena di beri taghrib sama macam sahabat, tapi sayang lepas 1400 tahun, belum ada kitab bab pahala ditulis secara kompilasi..

akhirnya kitab bab pahala baru di kompilasikan oleh maulana zakaria, dan barulah muncul orang islam yang ghairah pada pahala, sama macam sahabat, ghairah pada shurga, sama macam sahabat, sehingga solat jemaah 5 waktu, sanggup tinggal keluarga berdakwah, dan sanggup dicaci maki demi ugama..

panjang cerita lain kali..

moral: jangan pandang rendah hadith bab pahala jika tidak pintu kefahaman ugama akan tertutup dan kamu akan beramal shok sendiri.

tu yang jadi perasan alim tu.

the simple things is: syirik buat kerana makhluk.

dan janji Allah bukan mahkluk,

wah, tertaip panjang pulak.

fattabiuni said...

as salam..
kul in kuntum tuhibbunallaha fattabiuni yuhbib kumulaah..

kitab fadilat amal bagus tapi ramai pertikai..

katanya kenapa xguna kitab riyahussolihin..

seperti yg diguna jemaah tablig di timur tengah.

beramal semata2 kerana Allah dengan mengharap rahmat dan redhaNya..

mengikut sunnah sebanyak mana yg mampu dari bangun tidur di pagi hari hingga tidur di malam hari..

Anonymous said...

hek elehh....

baru orang panggil ustaz dah perasan pandai....

semua jawapan guna akal semata,takde rujukan kitab kitab muktabar...

mengharap pahala tak salah...sebab pahala memang benar dan ada...

yang jadi masaalah,bila kita sentiasa berkira kira akan pahala..dok cerita pahala pagi petang siang malam ...

ibadah tak seberapa tapi dah nak claim pahala..ibadah kita belum tentu Allah terima,macamana kita boleh berkira kira pasal pahala?

pahala memang ada,dan Allah janji akan bagi,dan Allah takkan mungkir janji...tak payah risau dan tak payah nak bising bising...dan tak payah buang masa dok pikir dan berkira kira pasal pahala.....

beribadahlah kita sebaik mungkin dan sentiasa berkira kira dan berfikir adakah Allah akan menerima ibadah kita....

pahala memang ada dan dijanjikan oleh Allah,dan disampaikan oleh rasul kita untuk bagi kita semangat untuk beramal ibadat.....

ahhh...cerita panjang pun tak guna...kerja memanglah ada gaji dan dijanjikan gaji lumayan.... tapi kalau kau kerja pun tak seberapa,lepas tu malas,penampilan tak jaga,bagi malu company...lepas tu hari hari dok sibuk cerita pasal gaji,....baru 6haribulan dah sibuk tanya bila gaji nak masuk......

ahh kau pikir la sendiri.......

kau kan ustaz...???

--cermin muka--

hamka said...

ok

Anonymous said...

hamka sembang kencang je, buto kau la hamka. suka-suka rejek tasauf.

kau tu lebih mulia dan tinggi ke daripada Rabia Basria ? Syeikh Abdul Qadir al-Jailani ? Bayazid Bustami ?

setakat sembang taik , dengan buku kau tu, baik campak tong sampah siaa.

woha kepala otak kau la.

Anonymous said...

Astaghfirullah..

x baek mencarut..

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt en Hamka,

Artikel yang menarik, lepas ni En Hamka kena buat artikel bab akhlak pulak sebab akhlak umat sekarang dah semakin sakit. Setiap pendapat perlu diraikan, jika tidak bersetuju ambil jalan pertengahan bukan saling mengaku alim dan josh (betul ke?) serta setiap pendapatan pun perlu dibahagikan antaranya dengan berzakat, woha!
adila_alim

Anonymous said...

Salam..

Hamka,
pun begitu banyak rasa kurang senang..
pun begitu banyak tulisan kurang matang..

tak per, mungkin hal ini akan menambah airmata kamu di malam hari kerana untuk memberi faham akan agama ini, hanyalah Allah swt, sempena menghampirnya malam Lailatul Jaizah nanti, apa kate dengan iktisab yang tinggi, mung hadiahkan lah pahala bacaan quran dan doa hidayah bercurahan seperti hujan yang turun kepada semua ummat yang masih belum faham usaha agama ini, termasuklah ambo yang pendosa ini..

-penjual tempe

Insan Fakir Iman said...

Salam Tuan,

Terkesiama seketika mendengar komen2 penyokong tasauf moden.

Pabila jadi sebegini, ingatlah kisah ketika nabi buat gash bersama abu bakr, ketika nabi dicaci maki, abu bakr mula bersuara, maka nabi berpaling. Masihkah kau ingat???

Komen aku tetang perkara pahala-dosa ini, aku pernah dgr 1 huraian (aku lupa dari seorang ustaz atau tidak)

-Allah maha mengetahui akan kelemahan makhluk-Nya, hikmah dikhabarkan tingkatan pahala,syurga,neraka dll. supaya otak hamba yg lemah ini mendapat gambaran/fikir serba sedikit tentang ganjaran ketaatan mereka.

Contoh; korang baca tentang hadith nikmat syurga & azab neraka, otak kita yg lemah ini dapat bayangkan kedahsyatannya berbanding perkara2 didunia (contoh api nerana kepanasannya 70x dari api dunia), walhal yg sebenarnya/hakikatnya ape yg kita bayangkan adalah lebih lagi (bersesuaian dgn hadis bahawa perkara itu tidak dapat dibayangkan, tapi mengapa dlm hadis yg lain diceritakan? itu semua untuk kita berfikir & menambah ketaatan kita)

-Mulanya aku pun susah nak paham, so untuk aku tidak keliru, aku berfikir/yakin Allah itu MAHA MENGETAHUI, jadi DIA tahu amalan mana yg ikhlas atau tidak? Hanya amalan yang ikhlas yg akan mendapat pahala, redha-Nya dll. (Dalam Bahasa kasarnya "Ko ingat Allah Bodoh amalan mana yg nak diberi pahala, amalan mana yg tidak?!).

Tugas kita sebagai hamba, beramal lah sebanyak mungkin sambil mengharap belas ihsan Allah, 1 amalan yg diterima pun sudah cukup menjadi asbab untuk keredahaanNya(kisah pelacur & anjing, kisah pemuda yg mati dlm perjalanan untuk bertaubat, kisah ahli badar dll)

Masalahnya kita tak tahu amalan mana yg diterima!

Beramal lah setiap masa & keadaan mengikut keutaman martabat amal, insya-Allah Allah akan kasihan dengan kita & mengurniakan keikhlasan dalam amalan kita lantas menimbulkan kemanisan iman.

Keikhlasan yg sebenar hanya Allah & Rasul yang tahu, apa yg diceritakan dlm kitab2 adalah ayat2 yg menerangkan sesuatu yg abstrak. Apabila dialami/dianugerahkan,hanya mereka yg terpilih sahaja yg benar2 dapat merasainya.

Wallahu'allam.

Yg Baik Segalanya milik Allah, yg lemah dari diri insan fakir ini, hakikatnya semua dari Nya.

Wassalam.

stub-area said...

Aku pulak pernah berkerja di satu syarikat yang kerjanya asyik meeting saje.

Kalau setiap kali masuk meeting mesti dapat BALA.
BALA meeting yang lepas tak habis lagi .. datang pulak BALA yang baru !!
BerBALA-BALA dibuatnya ...

Anonymous said...

anon cermin muka...

ko tak suke bce tulisan hamja ko boleh pergi mampos sementara ramadhan ad lg..rht skit kat kubur sblum dsoal...aq rase ko org yg blajr tasauf tapi takse tasauf langsung cara ko menegur org...baik ko makan ulat sampah lagi bagus..hamka cme kongsikn ilmu yg die tahu..bkn mcm ko yg kuay maki ala2 abu jahal

w.calon mayat

Anonymous said...

kate2 kau macam sampah..

Anonymous said...

kau macam bagus..perasan bagus...ala2 bagus...kalau betul pon ape ko ckp,lgsung xmenunjukkan kau mmpunyai ciri2 org yg warak..dan lbih kpada org yg bodoh..maaf aq terus trg..sbb komen kau langsung tak membina..agak2nya kau suke debat macam org syiah..

namakuamir said...

bila cerita pasal dosa akan timbul rasa TAKUT

bila cerita pasal pahala akan timbul rasa HARAP

TAKUT dan HARAP itulah taqwa...

namakuamir said...

org yg ada taqwa akan sentiasa HATI2 dalam semua tindak tanduknya...

Anonymous said...

wali wali yang geng tasauf sanjung, darjat mereka tak boleh lawan sahabat nabi yang bertakwa (takut dan harap)

masalah orang melayu lebih suka merujuk wali dari sahabat nabi punca ugama merosot dan negara dijajah.

bila negara diserang, lawan dengan berzikir, negara pun dijajah. kita baru merdeka 55 tahun.

selamat merdeka

Unknown said...

Menarik tulisan saudara hamka :-)

Anonymous said...

sabar itu dari iman...

w.calon mayat

Anonymous said...

manusia akhir zaman mmg suka membanding2kn diri dgn umat terdahulu yg menghabiskn hidup mereka demi agama..yg baru nak blaja agama dh mula mempersoalkn mereka2 yg terdahulu..dahla belaja gune inernet dan blog aje..xde nk mengadap tok guru atau ustaz pon...na'uzubillah...

detective nie said...

den suka kejar pahala...kerana dengan kejar pahala dapat kejar keredhaan Allah...maknanya...kita buat ibadah ini kerana Allah...sesungguhnya org yang riak adalah yang bangga dengan pahalanya, sedangkan riak itu jauh lebih berat dari pahala...tp kalaukita suka mencari pahala dan memang nk pahala supaya terlepas azab neraka dan dapat keredhaan Allah....tu maknanya kita memang ikhlas beribadah kerana Allah... dan kesudahan yang baik adalah bagi org2 yang bertakwa...

Ali Imran Skudai. said...

Pahala dan dosa

adalah ganjaran dan balasan untuk semua manusia sebagai ukuran dan galakan dari Allah.

Aku faham dengan rintihan wali Rabiatul tak nak syurga tapi takut neraka.

(Wali) tahap iman dia tak usah nak banding dengan kita. Dia dah terlalu taksub dengan Allah. Dia merintih macam mana pun Allah suka. Dia dah buang dunia habis-habis. Sehingga Hassan basri tegur dia agar meminta gayung untuk berwuduk yang lebih baik kerana gayungnya bocor.
Rabiatul jawab apa "Kalau Allah suka aku guna gayung bocor ini aku pun suka" sebab Allah lebih mengetahui.

Kesimpulannya samada mengharap pahala atau ganjaran atau semata- mata kerana Allah itu tak perlu di persoalkan.

Ustaz-ustaz yang perasan tak mengharap pahala tu setaraf ke dengan iman para wali.

Tahap kita si pendosa ni tahap mengharap pahala.

Jangan nak bandingkan kita dengan sahabat nabi dengan wali pun jauh.

Sedangkan penghulu para wali Sheikh Qadir Jailani berkata nak banding dia dengan sahabat debu iman sahabat pun dia tak boleh lawan. Para wali sangat menghargai sahabat-sahabat Nabi.

Rasulluluh bersabda barang siapa mengikut salah seorang dari sahabat aku dijamin tidak akan sesat.

Oleh itu tak payah layan ustaz yang perasan ahli tasauf.

Orang yang betul-betul bertasauf tak sempat nak mengata orang sebab sibuk dengan dirinya dengan Allah.

Tapi Daei akhir zaman yang betul-betul sibuk juga tak sempat nak mengata ustaz sebab risaukan diri sendiri, keluarga dan umat. Sibuk nak ajak ustaz sama-sama berdakwah di seluruh alam yang dahagakan iman.

Yang penting sejauh mana kita dekat dengan Allah apa cara sekalipun Allah tetap suka.

Mataku said...
This comment has been removed by the author.
Mataku said...

Untuk pengetahuan semua dan Hamka... Ini merupakan pandangan jahil aku setelah sekian lama bercampur gaul dengan golongan-golongan bukan Islam. Terdapat satu pemikiran baru dari orang bukan islam sendiri (aku tidak pasti sejauh mana pengetahuan diorg terhadap agam a diorg sendiri). Mereka menerapkan keiklasan dalam membuat pekara kebaikan tanpa apa2 balasan. walhal balasan dari tuhan. Konon keiklasan tahap tertinggi. Jadi bagi aku... jika ada org bercakap tentang buat pekara perlu iklas, dengan kata lain iklas tahap tinggi. Iklas bkn nak balasan dari sesapa pun walhal dari tuhan. Nereka sebenarnya telah terpengaruh dengan pemikiran baru ini. Ini mungkin datang dari golongan ateis yg semakin menular dalam kelompok bukan islam dinegara kita. Kejahilan kita bercakap tentang ikhlas menyebabkan tersasar dalam mengamalkan ajaran Islam kita dengan betul.

Hati-hati... nampak mcm mulia. Ikhlas dalam membuat sesuatu pekara. Tapi jika salah niat... akidah boleh rosak.

hamka said...

islam ugama yang mudah. :)

BlueAsSkyry said...

aq tak tau la nak cakap camne. tp bg aq iklas kerana Allah x sama macam iklas ngan makluk. Iklas ngan makluk x harapkan balasan sebab bukan ke kita nak "balasan" daripada Allah iaitu pencipta yg "Kaya-raya" sedngkn hasil yg makluk lain dapat tu pun dari Dia.
bahkan bagi aq, klu kita cakap kita iklas kerana Allah n x nak balsan dari dia... bukan ke cam munafik plak?
bagi aq x payah malu la sbb Allah tu x kan "miskin" or kurang zatnya klu bagi kat kita.
x kan susahkan langsung sbbnya dia bukan makluk yang gunakan " kudrat" yg bleh jd "letih" cam kita.

paham x?

Anonymous said...

Siapa yang bagi ayat peraaan pandai kat org lain tu kenapa dia tu teramat2 pandai dah ke?Kalau boleh jawab soalan ini barulah dikira pandai: Apakah tuntutan,matlamat dan kehendak Allah & Rasul yang tulen?Kalau kamu semua orang Islam yang benar jawablah soalan ini?
Kiasan: kita ni diciptakan sebagai hamba,kalau hamba kepada tuannya layak ke mintak upah?Kalau apa sahaja tuan kita nak bagi kita terima sajalah,kenapa nak berebut2?Sebab kita ada sifat tamak,rakus,dan loba..Jangan sentuh hak Allah selagi hak hamba tak dilaksanakan,sebab boleh menjerumuskan kita ke arah kezaliman.

Unknown said...

kita kejar Allah...bkn kita kejar nikmatNya. saudara hamka lebih kepada syariat...sedangkan hakikat tue yg utama. syariat ibarat kulit..sedangkan hakikat tue adalah isinya. sedangkan tujuan utama manusia diciptakan nie satu je...utk menyatakan Allah s.w.t..Allah bkn nak kan pahala kita..Allah cuma nak kita tauhid kan Dia...yg wujud tue hanyalah Allah taala..awaaluddin makrifatullah...awal agama itu mengenal Allah...kenapa turunnya wahyu Allah terlebih dahulu di mekah hanya utk mengenal Allah..di madinah pula tentang syariat...hanya semata2 utk mengajar manusia mengenal Allah. nak mengenal Allah bkn ilmu akal yang kita guna..isu pahala tue tolak tepi walaupon mmg dah dijanjikan..beribadatlah kita utk tingkatkan keimanan dan sentiasa mentauhidkan Allah melebihi segala-galanya. kenapa kita berbangga merasa pahala kita beribadat sgt tinggi sedangkan yg menggerakan anggota bdn kita pun Allah jua segalanya. celik mata bangun pagi pun adalah nikmat Allah...berebut-rebut mengejar pahala utk masuk syurga bukannya mengejar Allah tuan punya syurga. maafkan sekiranya saya silap...sekadar berkongsi pendapat. tima kasih tuan hamka