Jun 29, 2012

Murtad hukumnya bunuh?


(MCA yang tidak setuju hudud bergabung dengan UMNO, dan DAP yang tidak setuju Negara Islam bergabung dengan PAS, Hmmmm.)


Copy paste: Soalan Email pembaca

Semasa di sekolah ugama dulu saya belajar tentang umat zaman dahulu. Saya belajar bagaimana umat zaman dahulu diseksa kerana kepercayaan mereka pada agama yang mereka anuti. Sebagai contoh kisah Asiah bini si Firaun yang dibunuh kerana kepercayaannya. Kita sedih dengar cerita beliau diikat tangan dan kaki dan disalai bawah mentari sehingga mati. Kita mengutuk kekejaman Firaun kerana menyeksa orang yang enggan menyembah tuhan saya sama dengannya

Kemudian kita dengar cerita Ashabul Ukhdud dimana umat zaman dahulu juga diburu dan diseksa kerana kepercayaan mereka kepada Tuhan pilihan mereka. Ada yang dicampak kedalam parit berapi hidup-hidup kerana percayakan Allah. Ada yang digergagi dari kepala ke pusat hingga terbelah dua macam banana split. Sekali lagi kita mengutuk Raja Zu Nuwas kerana sifat ketidak berperi kemanusiannya.

Kita sedih membaca cerita Mashitaah,si penyikat rambut anak Firaun. Bayi yang dikendongnya bercakap pada ibunya supaya terjun kedalam periuk api tanpa ragu-ragu kerana syurga sudah dijanjikan kepada mereka. Hasilnya makan mereka berbau wangi semerbak sehingga nabi sendiri kagum dengan bauan itu ketika malam Israk Mikraj.

Kita menangisi Sumayyah binti Khayyath, penganut Islam pertama dibunuh musrikin Mekah kerana kepercayaannya kepada ajaran Nabi. Kita mengutuk Abu Jahal and co kerana menyekasa Bilal bin Rabbah dengan himpitan batu besar pada dadanya.

Ada banyak lagi kisah umat zaman dahulu diuji dan diseksa kerana kepercayaan mereka kepada tuhan yang satu, pada agama yang dianuti dan pada ajaran nabi yang diutus.

Dalam kesemua kisah yang aku pelajari ini TIDAK ADA SATU kes pun mereka yang percaya pada tuhan baru pilihan mereka BERUBAH agama. Semua kekal pada kepercayaan dimana tuhan yang mereka pilih itu benar. Tidak ada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa atau Raja yang mempu mengubah kepercayaan mereka. The threat of violence will only reinforce their faith to their chosen god. All of the prosecuted "Muslim" end up dying with their faith intact.

Pemahaman aku dari cerita-cerita diatas ialah;

1. Sungguh kejam mereka yang menyeksa
2. Sungguh jahat dan terkutuk mereka yang menyeksa. Mereka semua dilaknat tuhan
3. Sungguh kuat iman umat terdahulu sehingga sanggup mati kerana agama
4. Penyeksaan dan hukuman mati tidak langsung menakutkan TRUE BELIEVERS

Ini yang aku fahami. Aku tak pasti apa yang korang fahami kerana kepala hotak MASONIK aku memang lain sikit pemikirannya. 

Disinilah aku nak tanya soalan cepu emas hari ini;

Jika umat Islam Melayu Malaysia dari kecil diindorkinasikan dengan cerita sebegini, mengapa begitu mudah sekali mereka menyebut "BUNUH SAHAJA MEREKA YANG MURTAD INI! BUNUH MEREKA!" bila timbul isu Melayu yang murtad?

Kenapa begitu mudah menjadi Judge Dredd mahu mencabut nyawa seorang manusia hanya kerana mereka sudah percaya pada tuhan yang lain? Kenapa tanpa berfikir panjang hilang rasa kasihan belas pada manusia lain bila mereka mahu menyembah Yesus, Buddha, Shiva dan sebagainya?

From the stories of early ISLAM we know that prosecution only make the faith become stronger. So what make some Meleis believe that by threatening "BUNUH SEMUA MURTADS!" will help Islam in the long run?

For a religion that suffered prosecution themselves, one would think Muslims would show more empathy towards people of DIFFERING RELIGIOUS VIEWS. I often hear my MELEIS friend say this;
"Yahudi buat kepada orang Palestin apa yang dibuat oleh HITLER terhadap mereka. Sungguh bangang orang Yahudi ini. Mereka tak belajar apa-apakah dari Holocaust?"

So I am asking the same question today;

Have we learned anything from the story of "Muslims" prosecution under King Nu Was, Pontius Pilate, Abu Jahal and the Pharaoh? Why are we so quick to follow the footsteps of these evil people when handling the issue of people converting to other religion?

This I find his very-very puzzling. Please answer the question.

************

Jawapan Hamka keretamayat.

Ada orang copy/paste soalan dari sorang blogger lain dan email aku minta jawapan..., aku mungkin tak menjawab soalan sebab aku bukan pakar ugama, cuma aku nak nyatakan pendalat aku, 

Ringkas pendapat aku, sangat berharap agar tak ada ustaz ulamak akhir zaman cuba ubah tafsir Al quran atau tafsir hadith dengan fatwa baru, “orang murtad tak payah bunuh”dengan hujah kononnya  ayat Al quran tu ayat umum, hadith mungkin silap, zaman dah tak sesuai, tiru abu jahal, mencemar imej islam, bla bla bla..

Pada pamahaman aku, bila orang murtad, Allah tak mahu orang tu hidup, of course Allah can kill them directly by cardiac arrest, but.. tugas ini perlu di laksana oleh pemerintah yang adil, ini hukum islam, buat apa nak pertikaikan lagi, biarlah hukum bunuh pada orang murtad ini kekal, kerana ini perintah Allah, Nabi tak copy budaya abu jahal, sebab abu jahal seksa dahulu sebelum bunuh, tapi Nabi pujuk dan tangguhkan masa dengan beri peluang taubat, jika bertaubat, tak payah bunuh, arghh, tak payah aku letak dalil kat sini, boleh rujuk penerangan oleh ustaz lain, klik sini.

Harapan aku, janganlah ada lepas ni ustaz politik yang nak raih undi bukan islam akan keluar fatwa, “orang murtad tak payah bunuh” sebab aku takut benda ni jadi sama macam kes, boleh guna nama Allah oleh orang kapir, atau isu orang kapir boleh tafsir Al quran, atau isu orang kapir boleh masuk masjid tak tutup aurat, dan banyak lagi isu politik sebelum ini yang buat ugama islam jadi haru biru..

Bila ugama di politikkan, dan bila ada fatwa ustaz ulamak yang menguntungkan orang kapir, maka orang kapir selamba guna nama Allah, dengan menulis, Allah bapa kepada jesus, atau orang kapir yang berceramah kutuk orang islam lain dengan tafsir ayat Al quran dan macam macam lagi, memang hampeh!..
Bayangkan jika ada ustaz keluar fatwa baru konon dengan pemahaman baru si ustaz tadi, hukum bunuh dah tak releven untuk orang murtad, kita kena open mind, bla bla bla..

Maka aku percaya, dengan fatwa ini, orang kapir akan ambik kesempatan pura pura masuk islam, tafsir al quran dan raih undi orang islam, bila dah menang, selamba murtad sebab tak de hukuman bunuh.., tapi aku nampak betapa baiknya hukuman Allah ini, sehingga di seluruh dunia, orang kapir tak mampu nak politikkan islam dari segi ugama, mereka sanggup bergabung, bagi derma, berdemotrasi sama sama, tapi jika pura pura masuk islam, mereka tahu akibatnya, mampus kena bunuh...

Jadi kepada penanya soalan di atas, andai hukum murtad dilepaskan begitu sahaja, aku rasa dah lama ugama islam akan terkubur dan jadi alat mainan poliktik sebab orang kapir boleh masuk islam dengan niat kucar kacir dan keluar tanpa apa apa risiko, tapi dari zaman dahulu sampai sekarang, dengan hukum ini, orang berniat jahat pada islam hanya mampu duduk pada ‘sempadan’, tak boleh pergi jauh.., dan cara mereka nak musnahkan islam adalah lagakan orang islam sama sendiri, itupun dah buat orang islam huru hara, jika murtad di benarkan, atau jika hukum murtad kena bunuh tak ada dalam islam, aku rasa dah lama DAP atau MCA akan pura pura masuk islam, dan, arghh, korang pikirlah sendiri..,

Akhir kata, islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang dengan mata pedang, buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak boleh minum arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk islam, malahan ugama yang benarkan pengikut murtad, kurang popular berbanding dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut wikipedia, islam adalah ugama paling pantas berkembang di seluruh dunia.

Copy/paste from Wikipedia:

According to the Guinness Book of World Records, Islam is the world’s fastest-growing religion by number of conversions each year: Although the religion began in Arabia, by 2002 80% of all believers in Islam lived outside the Arab world. In the period 1990-2000, approximately 12.5 million more people converted to Islam than to Christianity.[23] Part of the books quote can be seen online from this extract from Google Books.[23] This was again shown in the 2005, 50th anniversary edition of Guinness Book of World Records, although the number of conversions was not mentioned this time.[24]

Lagi aku copy dari Wiki Answer.
  • "Islam is the fastest-growing religion in America, a guide and pillar of stability for many of our people..." [HILLARY RODMAN CLINTON, Los Angeles Times,] 
  • Already more than a billion-people strong, Islam is the world's fastest-growing religion. [ABCNEWS, Abcnews.com]
  • "Islam is the fastest-growing religion in the country." [NEWSDAY,]
  • "Islam is the fastest-growing religion in the United States..." [NEW YORK TIMES,]
  • Moslems are the world's fastest-growing group..." [USA TODAY, The Population Reference bureau, ]
  • "Muhummed is the most successful of all Prophets and religious personalities. " [Encyclopedia Britannica]
  • "There are more Muslims in North America then Jews Now." [Dan Rathers, CBSNEWS]
  • "Islam is the fastest growing religion in North America." [TIMES MAGAZINE]
  • "Islam continues to grow in America, and no one can doubt that!" [CNN]
  • "The Religion of Islam is growing faster than any other religion in the world." [MIKE WALLACE, 60 MINUTES]
*****

Jadi bro, isu murtad kena bunuh ni langsung takde isu bagi mereka yang nak masuk islam sebab hanya ugama yang benar sahaja sanggup bagi hukuman bunuh pada orang murtad kerana kebenarannya, tak perlu aku ulas lebih lebih kot, cuma masalah bila mereka yang islam dari kecik, bila besar baru nak murtad, memang patut kena bagi kauseling (zaman saidina Umar, ada orang murtad yang kena kaunseling bertahun tahun, no problem, ikut pengaruh dia), lagipun, pinjam ayat kau, sejarah dah buktikan, Penyeksaan dan hukuman mati tidak langsung menakutkan TRUE BELIEVERS, so kenapa nak takut?, biar mati bermaruah dari hidup hina, korang kan 'TRUE BELIEVERS' -Woha!


Akhir kata: izinkan aku pulak nak tanya kepada si penanya, Kenapa orang yang boleh minum arak dan berzina, tiba tiba tinggalkan semua kebebasan itu kerana mahu masuk ugama islam yang larang zina, larang munum arak, potong hujung kulit zakar dan BUNUH jika murtad, manakala mereka yang mahu murtad pula (baca: maleis) mahukan kebebasan minum arak atau kebebasan berzina dan mahukan hukum murtad di kaji balik, kenapa ek?,  

Ps:  tapi abaikan soalan ini jika kamu tetap menentang zina dan minum arak selepas murtad- woha!

84 comments:

Anonymous said...

terbaek...

Anonymous said...

1st.hehe..

asrif said...

im first baca..!! u first comment

Suka Jam said...

3rd!

Fariz Mazlan said...

wow..berjaya baca artikel yang masih freshhhh
: )

detective nie said...

yg kelimaaaaa!

wani sc said...

bila agama dipolitikkan, rakyat jadi huru-hara. kenapa nak rasa terkongkong dengan agama yang haramkan zina, arak dan murtad, bukankan itu yang lebih baik? hidup ni sekejap je, hidup 'di sana' jauh lebih lama. jangan terpedaya dengan dunia. ohhhh...insafnya aku..huhu

detective nie said...

x gak...huhuhu....tp...saya baca abis dulu baru komen....hamka....entry yg bagus....tp berhati2 dalam berblogging...takut ada yg melatah...hahahahaha....semoga berjaya mmberi peringatan kepada org yg lena diulit mimpi selesa

MyHeart said...

bila kita ada ilmu tp xde iman tercetus la soalan mcm brader tu tanya tp bila kita ada ilmu dan ada iman jd la mcm En. Kereta Mayat yg menjawab tu. Ilmu dan Iman perlu selari supaya tak sesat.

p/s-hari ni sensitiviti politik lebih dahsyat dari sensitiviti agama dan kaum. ish ish

Anonymous said...

whoaaa pakcik...u hit the nail on the head!

Mummy said...

Islam larang zina tapi tak larang seks lepas kahwin, islam larang minum arak tapi tak larang minum ribena...islam larang makan babi tapi tak larang makan ayam ...setiap larangan ada kebaikannya dan kiter ada alternatif lain bagi setiap larangan...orang yg nak murtad tuh memang dah tak amalkan cara hidup islam...tau nak seronok jer...
pastu buat lar hujah sendiri untuk membenarkan apa yg dibuat...mohon Allah beri hidayah pada kiter semua...

Anonymous said...

hamka, sia2 kau buat usaha agama kalau keluar kat blog ayat cam ni "kalau tak de hukum bunuh, dah lama MCA DAP pura2 masuk islam". ape la paranoid sangat orang melayu kat malaysia ni.

Juasseh Cafe said...

Malas aku nak komen isu macam ni, pusing pusing balik isu yang sama jugak, tahun demi tahun, asyik sebut benda yang sama jugak

Anonymous said...

Subhanallah... Tak terpikir pun mcm tu.. Mmg bagus jawapannye.

Anonymous said...

hamka troll teerbaek

yui said...

soalan tu sendiri bercanggah.. dia bagi cth org yg masuk Islam..diseksa teruk2.. tp still percaya Islam dan mati dalam Islam..

tapi dia tanya situasi orang yang keluar Islam...

Dah dalam Islam ada hukum macam tu, kenalah ikut.. lagi satu, kenapa nak keluar in the first place aiiii pening fikir org mcm ni =(

namakuamir said...

hamka, tulis entry pasal apa itu istidraj bleh tak?

ramai org yg rasa kaya tapi sebenarnya miskin...

dan org yg nmpak miskin boleh jadik lebih kaya dari org kaya...

maaf...out of topic..

adila_alim said...

En Hamka tolong tanya balik kat yang bertanya tu, nape tak fikir kenapa ada orang sanggup kene bunuh, seksa dan tengok ahli keluarga kene bunuh, seksa etc dari meninggalkan agama sendiri. Dah macam pluralisme pulak suka-suka hati peluk mana-mana agama tapi claim agama tu sampai jugak kat tuhan yang satu. Sangat hairan.

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

pakcik kereta mayat: "Akhir kata: izinkan aku pulak nak tanya kepada si penanya, Kenapa orang yang boleh minum arak dan berzina, tiba tiba tinggalkan semua kebebasan itu kerana mahu masuk ugama islam yang larang zina, larang munum arak, potong hujung kulit zakar dan BUNUH jika murtad, manakala mereka yang mahu murtad pula (baca: maleis) mahukan kebebasan minum arak atau kebebasan berzina dan mahukan hukum murtad di kaji balik, kenapa ek?,"

haha.... cuba fikir balik...

KENAPA??


HAMKA, nice entry.

Tiara Fazlin said...

woha! ini cool!

hamka said...

aku sokong semua yang sokong aku, dan menyokong diri sendiri- woha!

Frodo Baggins said...

... dan saya mohon mencadang

Anonymous said...

Ad kepentingan dunia sebab tu guna agama untuk capai matlamatnya...x kira ap yg jadik-jadiklaaa....bro Islam is d wei of laif..x kisa ap situasi smasa yg pnting agama mau truuus d amal smpai jd mayat...

adam said...

kejar dunia kamu mati, kejar akhirat kamu abadi.

[ a D D y ] said...

gua baca tulisan gua dah tau..ni mesti tulisan pemilik blog paling serius kat tanah melayu..kahkahkah..

gua saspek dia jadik anon ke empat
(hamka, sia2 kau buat usaha agama kalau keluar kat blog ayat cam ni "kalau tak de hukum bunuh, dah lama MCA DAP pura2 masuk islam". ape la paranoid sangat orang melayu kat malaysia ni.)

mungkin apa yang hamka cuba sampaikan berbeza dengan pemahaman anon ni..

tapi takpe..

luorang komen dulu

Zaini said...

ini artikel mmg legend. save dlm evernote dulu. eh.

namakuamir said...

entry ni agak berat ntuk org yg slow....

soutulmujahid.com said...

penanya soalan keliru sebab dia letak mikiyas (standard/ukuran) berfikir pd benda2 logik akal semata2, bukan meletak mikiyas pada hukum syarak

hamka said...

gagal bersangka baik dengan perintah Allah menjadikan orang islam murtad, gagal bersangka baik dengan takdir menjadikan orang kapir kekal kapir..

Anonymous said...

selagi kita hidup, tidak ada apa apa yang pasti...

kita hanya bertemu kepastian setelah kita mati dan mengadap ilahi,

selagi kita hidup,apa yang pasti ialah ketidakpastian!

argghhhhh!yang pasti topik kali ni jauh dari mencapai espected komen rating!

try your luck to the next topic!........ha ha ha

yuna said...

tajuk buat semangat mahu komen, tapi membaca tagline

(MCA yang tidak setuju hudud bergabung dengan UMNO, dan DAP yang tidak setuju Negara Islam bergabung dengan PAS, Hmmmm.)

terus malas mahu komen, sebab terkena batang hidung semua orang.

YUNA!

~gUrL in pUrPle~ said...
This comment has been removed by the author.
~gUrL in pUrPle~ said...

terbaik, terumanya ayat ni :

pinjam ayat kau, sejarah dah buktikan, Penyeksaan dan hukuman mati tidak langsung menakutkan TRUE BELIEVERS, so kenapa nak takut?, biar mati bermaruah dari hidup hina, korang kan 'TRUE BELIEVERS' -Woha!

hehe

Anonymous said...

What makes Islam one of the fastest growing religions?

This is a simple answer if you think logically. You have to be open minded and ask yourself, with so many religions in the world, how can all be correct? Would God have so many religions to confuse humanity? No! With that in mind, use process of elimination and narrow the choices. The religion has to be a WORLD religion and not limited to the boundaries of one country, because the real God would not have trouble spreading His word across the globe. With that being said, which religions come to mind? Only Judaism, Christianity and Islam are spread all over.

Out of the 3 religions, what has the most followers? Christianity with 2.1 billion, and Islam with 1.8 billion followers. So basically out of 6 billion people in the WORLD, 4+ billion people are either a MUSLIM or a CHRISTIAN! Not only that, all 3 religions believe in the God of Abraham, or God (the One and Only Almighty). So now out of the 2 religions left, which is correct? The New Testament was written AFTER Jesus (PBUH) was no longer around. Alcohol, swine, and everything forbidden in the Old Testament was now permissible in the New Testament. How could the real God change His mind? He is not mortal... so what is going on?

Islam is the final Abrahamic religion of God. It is not a new religion but a restoration of the teachings of Moses, Christ, Noah and all other prophets.

The Quran is the final word of God and remains in tact since revelation and God Himself promised to protect the Quran till the final day. Do you know how it is protected? The human mind-- It has been memorized since day 1 word for word and passed down for generations, even today. There are hundreds of versions of the Bible, and only one Quran, which is recited the same all over the globe! Look up Hafiz. How do we know the Quran is Gods words? NO MORTAL COULD HAVE THAT DATA! Links below show what I mean.

20,000 Americans convert annually, 70,000 French annually, list goes on. Islam is the fastest growing religion simply because the truth prevails. 2 billion followers and counting.

Some people say in poor nations Muslims have higher birthrates. So does that mean in non-Islamic poor nations, there are less birthrates, such as China, India, Brazil, Mexico, Ethiopia, Thailand, Philippines, Columbia, etc? The birthrates in non-Muslim countries are the same as Muslim countries. So that theory can be put to rest. In fact, there are more poorer non-Muslim states than Muslim.

Anonymous said...

Komen diatas mmg menarik. Tapi saya tak pandai bahasa inggeris. Saya akan cuba memahamkannya. Tapi boleh sesiapa tolong saya terjemahkan dalam bahasa melayu? Malunya saya... Tapi kalau malu bertanya, takut sesat jalan...diharap ada yg dpt membantu.

Anonymous said...

mugkin tiade lgi hri esk,jd igat la ALLAH..

adam said...

Untuk Anon 1:12 PM, July 02, 2012,

Nah translation untuk anda, semoga anda dapat memahaminya.

என்ன இஸ்லாமியம் வேகமாக வளரும் மதம் ஒரு செய்கிறது?

நீங்கள் தர்க்கப்பூர்வமாக நினைத்தால் இந்த எளிமையான பதில். நீங்கள் மனமுள்ளவனாகவும் மற்றும் உலகின் பல மதங்களை கொண்ட, உங்களை கேட்க வேண்டும், எப்படி சரியாக இருக்க முடியும்? கடவுள் மனித குழப்புவதற்கு பல மதங்கள் வேண்டும்? இல்லை! மனதில் கொண்டு, நீக்குதல் செயல்முறை பயன்படுத்த மற்றும் தேர்வுகளை சுருக்கி. மதம் உண்மையான கடவுள் உலகம் முழுவதும் அவரது வார்த்தை பரப்பி பிரச்சனை இல்லை என்பதால், உலக மதம் இருக்க வேண்டும் மற்றும் ஒரு நாட்டின் எல்லைகளை மட்டுமல்ல. என்று மதங்கள் மனதில் வந்து இது, என்றார்? செய்யப்பட்டு மட்டுமே யூதம், கிறித்துவம் மற்றும் இஸ்லாமியம் அனைத்து முழுவதும் பரவலாக உள்ளது.

3 மதங்களின் அவுட், என்ன மிகவும் பின்தொடர்கிறார்கள்? 1.8 பில்லியன் தொடர்ந்து 2.1 பில்லியன், மற்றும் இஸ்லாமியம் கொண்ட கிறித்துவம். எனவே அடிப்படையில் உலகின் 6 பில்லியன் மக்கள், 4 வெளியே + பில்லியன் மக்கள் அல்லது ஒரு முஸ்லீம் அல்லது ஒரு கிரிஸ்துவர் உள்ளன! மட்டும் அனைத்து 3 மதங்கள் ஆபிரகாம் கடவுள், அல்லது கடவுள் (ஒரே கடவுள்) நம்பிக்கை, என்று. விட்டு 2 மதங்களின் எனவே இப்போது, இது சரியானதா? இயேசு (ஸல்) சுற்றி இனி பிறகு புதிய ஏற்பாட்டில் எழுதப்பட்டது. பழைய ஏற்பாட்டில் தடை மது, பன்றி, மற்றும் எல்லாம் இப்போது புதிய ஏற்பாட்டில் அனுமதிக்கப்பட்ட இருந்தது. எப்படி உண்மையான கடவுள் அவரது மனதில் மாற்ற முடியும்? அவர் மரணம் அல்ல ... அதனால் என்ன நடக்கிறது?

இஸ்லாமியம் கடவுள் இறுதி ஆபிரகாமிய மதம். இது ஒரு புதிய மதத்தை ஆனால் மோசே, கிறிஸ்து, நோவா மற்றும் அனைத்து பிற தீர்க்கதரிசிகள் போதனைகளின் ஒரு மீட்பு இல்லை.

குர்ஆன் இறைவனின் இறுதி வார்த்தை வெளிப்படுத்துதல் மற்றும் கடவுள் தாமே இறுதி நாள் வரை குர்ஆன் பாதுகாக்க உறுதியளித்த பின்னர் திறமை உள்ளது. நீங்கள் அதை பாதுகாக்கப்படுவதால், எப்படி தெரியுமா? மனித மனம் - இது வார்த்தையை நாள் 1 வார்த்தை இருந்து நினைவில் கூட தலைமுறைகள், இன்று கீழே சென்று விட்டது. பைபிள் பதிப்புகள் நூற்றுக்கணக்கான, மற்றும் உலகம் முழுவதும் அதே பாடலுடைய இது ஒரே ஒரு குர்ஆன், உள்ளன! ஹபீஸ் பார்க்க. எப்படி நாம் குர்ஆன் கடவுளின் வார்த்தைகள் என்று தெரியுமா? எந்த மனிதனின் தரவு அல்லவா! கீழுள்ள நான் என்ன காண்பிக்கின்றன.

20,000 அமெரிக்கர்கள் ஆண்டுதோறும் 70,000 பிரஞ்சு, ஆண்டுதோறும் மாற்ற, பட்டியலில் செல்கிறது. இஸ்லாமியம் உண்மை வெல்லும் வெறுமனே ஏனெனில் மிக வேகமாக வளர்ந்து வரும் மதம். 2 பில்லியன் பின்பற்றுபவர்கள் மற்றும் எண்ணும்.

சிலர் முஸ்லிம்கள் அதிக birthrates வேண்டும் ஏழை நாடுகளில் சொல்ல. அதனால் அல்லாத இஸ்லாமிய ஏழை நாடுகளில் அர்த்தம், அதாவது சீனா, இந்தியா, பிரேசில், மெக்ஸிக்கோ, எத்தியோப்பியா, தாய்லாந்து, பிலிப்பைன்ஸ், கொலம்பியா போன்ற குறைந்த birthrates, உள்ளன? அல்லாத முஸ்லீம் நாடுகளில் birthrates முஸ்லீம் நாடுகளில் அதே உள்ளன. அதனால் கோட்பாடு மற்ற வைக்க முடியும். உண்மையில், முஸ்லீம் விட ஏழை அல்லாத முஸ்லீம் நாடுகளின் உள்ளன.

susumanis said...

Rasulullah saw bersabda, berpegang teguh pada 2 benda, Al Quran dan Hadith dan kita x akan pernah sesat :-)

Anonymous said...

goole transle kan ada:


Islam satu agama yang paling pantas berkembang?
Ini adalah jawapan yang mudah jika anda berfikir secara logik. Anda perlu berfikiran terbuka dan bertanya kepada diri sendiri, dengan agama yang begitu banyak di dunia, bagaimana semua boleh menjadi betul? Tak kan Tuhan buat agama yang begitu banyak untuk mengelirukan umat manusia? Tidak! Dengan itu, menggunakan proses minda terbuka dan logik otak. Agama mestilah bersifat global dan tidak terhad kepada sempadan satu negara atau bangsa, kerana Allah tidak akan mempunyai masalah untuk menyebarkan perkataan-Nya di seluruh dunia. Dengan itu, agama apa yang bersifat global? Hanya Yahudi, Kristian dan Islam tersebar di seluruh.
daripada 3 agama besar ini, ugama mana yang mempunyai pengikut paling ramai? Agama Kristian dengan 2.1 bilion, dan Islam dengan 1.8 bilion pengikut. Jadi, pada asasnya daripada 6 bilion orang di DUNIA ini, 4 bilion orang adalah sama ada di kalangan Muslim atau KRISTIAN! Bukan saja itu, semua 3 agama percaya kepada Tuhan Abraham, atau Tuhan (Satu dan Hanya Maha Kuasa). Jadi sekarang daripada 2 agama ditinggalkan, mana yang betul? Bible versi Perjanjian Baru ditulis SELEPAS Nabi Isa sudah tiada lagi. Alkohol, babi, dan segala sesuatu yang dilarang di dalam Perjanjian Lama kini dibenarkan di dalam Perjanjian Baru. Bagaimana Tuhan yang sebenar boleh menukar fikiran-Nya? Ni tentu ekrja manusia, jadi apa yang sedang berlaku?
Islam adalah agama terakhir. Ia bukanlah agama baru tetapi pemulihan ajaran Musa, Kristus, Nuh dan semua nabi-nabi lain.
Al-Quran adalah perkataan Allah yang terakhir dan kekal dalam kebijaksanaan sejak wahyu dan Allah sendiri berjanji untuk melindungi al-Quran hingga hari akhir. Adakah anda tahu bagaimana ia dilindungi? Minda manusia - telah dihafal sejak perkataan hari pertama sehingga ke hari ini. Terdapat beratus-ratus versi injil, dan hanya satu Al-Quran yang dibacakan sama di seluruh dunia! Rujuk para Hafiz. Mereka mampu hafal 6666 ayat tanpa silap sedikitpun, dan Bagaimana kita tahu Al-Quran adalah Tuhan kata-kata? Rujuk bab sains yang tepat dengan Al quran,

hamka said...

:)

unGu said...

yeay... ade pergaduhan...

bagi yang takkan suka tukar die nya paradigma ... mmg akan sentiasa berada di takuk yang lama... dan sentiasa prejudis...

baca entry ini dalam keadaan positif... berlapang dada... dan anda akan faham ayang yang en. hamka kita nak sampaikan..

jangan terlalu prejudis.

lemon melon said...

Betul apa yg kau cakap. Aku sokong. Banyak org yg mempolitikkan agama, ambik agama separuh2 ikut nafsu dia je. Yang bab hukum murtad kena bunuh tu memang betul, tetapi kita sebagai orang awam x boleh laksanakan secara individu kerana kuasa membunuh org murtad terletak pada tangan pemerintah islam. Jadi peranan kita sekarang adalah untuk memilih pemimpin islam yg akan mengamalkan islam dalam pemerintahan secara total, bukan ambik separuh2 ikut nafsu. Tu je kbai.

hamka said...

ramai member aku yang asalnya cerdik, tapi bila mereka memilih untuk berjuang dalam kepartian, jadi bodoh bangang sebab terpaksa limitkan akal untuk menyokong apa sahaja keputusan parti sokongan mereka..

kesian sangat...

Anonymous said...

Apa masalah dgn tajuk Hamka kalini... jawapan die xde mslh pn... mslh pd mreka yg suka kluar fatwa sndiri... sblm tny knape harus dibunuh, knape x tny apa tgjwab kite andai ade yg nk murtad... pe ptut wat, dn bunuh bkn solution yg ptama... bacala byk2 kitab, jgn men dgar ustaz jual cd agama, ustaz wat ceramah lawak bodoh, belajar dr ustaz atau guru mursyid yg boleh terang ikut al-quran, hadis dn ijtimak ulama... bkn ikut suke2 klua fatwa sndiri... fahami tajuk hamka kasi ni, krn ia sgt pnuh berisi tuk kita semua...

Anonymous said...

askm..

bila ada perselisihan,kembalikanlah kepada Allah dan rasul..

kat atas dunia ni takde sorang pun hamba Allah yg dah kembali mengadap Allah,apalagi rasul...

jadi berpada padalah mengeluarkan pendapat...

pendapat kita mungkin betul,mungkin tidak...

begitu juga pendapat orang...

janganlah kita membuang adab sesama muslim hanya nak menegakkan pendapat kita...

hormatilah perasaan saudara kita dalam mengeluarkan pendapat..

semoga kita semua berada didalam rahmat Allah walaupun pendapat kita berbeza..

-saudara seagama-

Anonymous said...

Ye lah. Adam tu mcm hebat. Nak tlg translatekan pada tulisan yg bukan dalam bahasa melayu. Tak lawak lah! Bodohnya dia. Sombong bila ada sahabat kita yg tak berapa fasih berbahasa inggeris.

hamka said...

i rest my case

aku_ein said...

Salam semua..

Pe la ko ni adam, mainkan orang ek..sian anon kat atas tu..xbaik tau..xpe la..aku anggap ko bergurau..

Kalau dah fanatik kepada sesuatu xkisah la parti ke, pasukan ke, apa ke, apa yang xkena/kurang tepat pada satu2 perkara, maka kita akan fikir secara "dalam kotak"..maka hasilnya mesti xboleh terima pendapat atau kritikan orang lain..

cuba la baca n fahamkan..fikir balik, yang baik ambik, buruk tu buang..xkisah la kalau ada yang sakit bontot tu..normal aa..

adam said...

@aku_ein dan anon

Haha.

Marah... emosi betul dengan saya. Sampai dibodohkan gitu.

Maksud saya, anon di atas sebenarnya boleh mencari translation di internet, tak susah pun hal kecil begini. Be independent. Blog boleh cari, takkan google translate tak boleh cari.

Saya pun tak reti english sangat, sebab itu guna google translate dan bila baca rasa seronok pula ditukar ke bahasa lain.

So..tada copy paste Tamil.

Hahaha.

hamka said...

kena nyanyi lagi jamal abdilah, kisah katak bawah kotak, nampaknya, he he he

hamka said...

typo=lagu=lagi

adam said...

@Hamka

Saya juga tujukan lagu ini buat anon dan aku_ein yang marah saya. Isk isk.

Dan maafkan saya buat anon yang bertanya.

Anonymous said...

askm..

ada teratak di hujung kampung..

bawah cermin kopak ada kotak..

tersembunyi bawahnya ada tempurung,

sembunyi bawahnya katak melalak..

aku maafkan kamu..

tak perlu kita bertemu cukup kau tahu..

yang aku maafkan kamu..

tolong teruskan hidup,jangan sebut namaku..

-saudara seagama-

ps-sila google untuk lirik yg penuh.aku suka lagu ni pasal lirik dia memang penuh makna..pada aku inilah lagu paling cerdik setakat ni....he he he

Papagomo said...

PARA PEMIMPIM ULAMAK PAS MESTI MENJAWAB PERSOALAN ASAS INI DGN JUJUR & AMANAH.. My questions to PAS seperti berikut:-

1) How PAS expect to implement hudud laws with their position being the minority islamic party within PR. (as it stands today.. Pas 23seats vs. DAP 31seats + PKR 21 seats..) and DAP & PKR tolak hudud dgn terang & rasmi.. So.. Hadi expect to fight the for the hudud with those miserable 23 seats..

Nak tipu sapa. Tipu diri sendiri. So.. how do you describe the lie about perjuang hudud when Hadi sendiri TAHU PAS tak mampu laksana.. (Why do you think Hadi had to change his own infamous "Amanat Hadi" from negara islam to negara kebajikkan.)
Isn't it because PAS realised that PAS has not enough power to fight DAP & PKR.. untuk laksanakan hudud.

2) Why is PAS, sebagai sebuah party Islam, beria2 utk menjatuh kerajaan BN yg "Muslim Majority Government" utk ganti dgn PR yg "Muslim Minority Government".

p.s:- BN has 94 MP seats Muslim and PAS has only 23 MP seats Muslim in PR..
In what way PR is more islamic.
In what way the PAS 23 MP seats boleh menjamin kesinambungan dominasi muslim dalam kerajaan Malaysia when PAS is obvious Party minority in PR (kerusi parlimen PAS dalam PR.. tak sampai pun 1/3 kerusi parlimen PR.. and Hadi nak sembang hudud. and ko percaya.).. So.. Adakah Pemimpin PAS tipu ahli ATAU ahli PAS sememangnya kurang cerdik.

3) BN sebagai sebuah "Muslim Majority Government" dan berbekalkan penguasaan 95 kerusi parlimen Islam dalam BN telah berjaya mempertahankan dana kerajaan hanya utk Masjid dan BUKAN utk rumah ibadat agama lain, majoriti hampir 90% penjawat awam umat Islam, kuota Islam/melayu di IPTA, UiTM, MRSM, IKM, IKBN dan mcm2 lagi (aku pasti kita semua sedia maklum).. Itulah baru dinamakan strategi & ilmu politik..

Mampukah PAS mempertahankan seninambungan penguasaan Islam dalam kerajaan Malaysia yg buat masa ini adalah merupakan sebuah "Muslim Minority Government"..

seat PAS 23 vs. 31DAP + 21 PKR.. 23 kerusi PAS boleh pertahankan semua yg di atas? Mimpi di siang hari namanya tu..

Kalau kamu seorang Islam/Melayu.. Jujurlah pada diri dalam menjawab persoalan ini.. Ini bukan soalan politik.. ini soalan Agama Islam & Bangsa Melayu..

Bukan aku kata Hj Hadi tak bagus.. Cuma yg aku kata ialah.. sehebat mana pun Hj Hadi + semua pemimpin PAS.. kalau tak cukup penguasaan kerusi parlimen dalam Pakatan.. maka segala hak keistimewaan Islam/Melayu bakal terhakis..

Dalilnya :- Sekarang ni.. belum pun berkuasa.. Tony Pua (DAP) sudah berani mempersoalkan secara terbuka dalam Parlimen kenapa UMNO hanya beri dana kerajaan untuk Masjid.. Bila Ahli Parlimen UMNO keras membantah persoalan Tony Pua tu.. tiada seorang pun Ahli Parlimen PAS yg menegur Tony Pua dalam Parlimen.. Semua senyap.. Bukan Ahli Parlimen PAS tak hebat.. semuanya hebat2.. Tapi ini lah jadinya bila penguasaan kerusi parlimen Islam dalam PR tidak cukup dominan..

papagomo said...

4) So.. when PAS realise that PAS tak mampu utk laksana hudud dalam PR tapi tetap menjaja hukum hudud di ceramah2 PAS.. Adakah itu Retorik Berpolitik atau Retorik Beragama? Hati2.. Retorik Beragama dgn "Munafik" ada persama atau tidak.

5) Kenapa terdapat perbezaaan pada peruntukkan dalam "Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud)" Kelantan Dgn "Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hdud & Qisas) Terengganu 2002". Ringkasan Soalan.. Kenapa Hudud Kelantan & Hudud Terengganu berbeza? Pakai Quran lain2 ke.

6) Kenapa kedua2 PAS Kelantan & PAS Terengganu hanya gubal Enakmen Hudud & Qisas TAPI KENAPA KEDUA2 TAK diwartakan PENGUATKUASAAN Enakmen2 yg telah di luluskan DUN masing2. (p.s.: Kerajaan Pusat tak ada kuasa halang penguatkuasaan Enakmen2 undang Syariah tersebut ke atas umat Islam di negera masing2.. Enakmen2 Huduh Qisas tu sekadar utk buat show aje ke. Bukankah ini satu lagi Retorik Beragama.

7) Kenapa Kerajaan PAS Kedah pulak lansung tak gubal sebarang Enakmen Hudud & Qisas.. Tak berbunyi lansung di DUN Kedah... PAS Kedah pakai Quran yg lain lagi ke?

Sekali lagi jelas berlaku Retorik Beragama yg boleh membawa kepada kemunafikkan bila janji tak dapat ditunai. Janji Laksanakan Hudud BUKAN sekadar janji pilihanraya kepada pengundi aje.. Tapi janji pilihanraya utk laksanakan hudud juga melibatkan janji kepada Allah s.w.t. yg maha esa lagi maha mengetahui.. ULAMAK JENIS APA YG BERANI MUNGKIRI JANJI KEPADA ALLAH s.w.t.

8) Kenapa Kerajaan PAS Kedah lansung tak kuatkuasakan pembatalan lesen arak seluruh KEDAH terutama di Langkawi. Kenapa PAS Kelantan & PAS Kedah berbeza melaksanakan pelbagai hukum2 Islam ini. Quran lain2 ke.

9) Kenapa pimpinan PAS lansung tak jawab issue pecah Amanah berhubung..:-

a) Penyelewengan secara total kutipan Berjuta Ringgit "Tabung Memali" (Rujuk buku "Air Mata di Bumi Memali" yg ditulis oleh bekas activist hard core PAS.. Ini melibatkan Tabung Wang Amanah untuk Anak2 Yatim & Ibu Tunggal peninggal 14 org "Pejuang Hard Core PAS"..

b) Penyelewengan secara total dana Kohilal yg lebih 40juta Ringgit..

c) Duit Berjuta yg dikutip pada setiap ceramah & programme PAS.. Where, When & What have all that duit derma yg berjuta2 tersebut dibelanjakan? Dana derma ahli PAS tu di audit ke. atau ahli PAS tak boleh persoalkan takut dosa persoalkan integrity "Ulamak"..

10) "Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M.
BAHAGIAN IV"

.

papagomo said...

"Seksyen 14. Liwat.

Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur."

DRP DEFINASI DI ATAS.. PERBUATAN SUAMI MEMASUKKAN ZAKAR KEDALAM DUBUR ISTERI BUKAN LIWAT. SO.. KALAU IANYA TIDAK TERMASUK DALAM PERBUATAN LIWAT.. ADAKAH PAS KATA IANYA HALAL.

11) Kemana perginya peruntukkan Kerajaan Pusat semenjak tahun 2000 & Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukan melebihi RM2billion untuk Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih.

Bermacam-macam bantuan dan pertolongan yang kerajaan pusat berikan untuk mengatasi masalah air di Kelantan, tapi sampai ke hari ini tak selesai-selesai lagi. Kenapa tak selesai dan kemana duit pergi.

I have given facts & NOT fictions.. Is it wrong? Why? You think we CANNOT highlight the wrongdoings of PAS's "Ulamak" leaders.. Why. Just because they are "Ulamak"..

PEMIMPIM PAS WAJIB JAWAB ALL 11 questions yg kat atas ni dulu.. Kalau ko lulus jawab soalan2 ni.. Baru la PEMIMPIN PAS layak utk timbulkan persoalan2 lain.. Kalau soalan2 ni pun tak lulus jawab..

Hakikatnya, kita org Islam/melayu tak perlu taksub kpd mana2 pemimpin.. Good leaders come and go & bad leaders pun come and go..

Berjuang perlu dgn strategi yg halus lagi BIJAKSANA.. We must fight with wisdom and not just with intelligence & perasaan.. bukan sekadar untuk sorak sana sorak sini..

RENUNG2KANLAH.. SALURKAN MANA2 BAKAT & ILMU YG ADA KPD JALAN YG LEBIH MEMBINA (CONSTRUCTIVE) BUKANNYA JALAN YG MENGHANCURKAN (DESTRUCTIVE).. InsyaAllah.

Nerzhul said...

kill 'em all - Metallica

Anonymous said...

salam

aik..!mimpi apa papagomo hantar pos kat ruang komen hamka?
papagomo tido kat masjid sri petaling ke malam tadi...?

deen said...

Pembekal Dan Pemborong Pakaian Kanak-Kanak
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami membekalkan pakaian kanak-kanak untuk umur 6 tahun kebawah termasuk bayi secara borong dengan harga yang berpatutan.

sekiranya berminat, boleh hubungi / SMS kami ditalian 013-2855233 (En.Deen) atau email ke:myauladstore@gmail.com.

Sekian, terima kasih. wassalam.

hamka said...

deen, kau kena cas 10% keuntungan atau kena beli buku aku 10 bijik baru boleh letak iklan..heh!

Anonymous said...

perggg papagomo pn ada,hahaha..


ya Allah..aku mohon hidayatmu utk hambamu sekelian alam...

atas kalimah yg satu..

agar kami semua berpimpingan tangan masuk ke syurgaMu..

Anonymous said...

Cayalah papagomo !

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

papagomo di blog kereta mayat??? errmmm......

AbgJanggut said...

papagomo pon nanti jadi mayat jugak brooo..... tak kan dah jadi mayat nak naik teksi pulak balik True House

Anonymous said...

Saya adalah Anon:

1:12 PM, July 02, 2012
Gelarkan saya Pak Zain. Umor saya 67 tahun. Saya adalah bekas guru di Perak. Saya mengajar matapelajaran pendidikan Islam kepada murid-murid sekolah rendah. Saya akan luangkan masa saya untuk mempelajari ugama melalui internet. Saya tidak fasih berbahasa inggeris. Agak sukar jika saya mahu merujuk ke kamus. Lalu, saudara adam menyuruh saya google. Saya tidak berapa faham. Tapi anak saya membantu saya. Alhamdulillah. Saya belajar untuk menterjemah menggunakan google kini. Saya gembira kerana ada anak muda seperti saudara hamka yang bisa menggunakan internet untuk berdakwah. Kerana itu saya mengikuti blog ini. Dahulu saya tidak pandai berkomen. Kini, anak saya telah ajar saya untuk komen. Komen yang sebelum ini adalah komen pertama saya.

aku_ein said...

@Adam,

Ada aku marah ke..aku rasa ko salah faham..aku xmarah..mungkin cara pembacaan ko n pemahaman ko rasa aku marah..

Memang Papagomo ada beri komen panjang tentang PAS, tapi tu bukan komen dia, komen kelate comey tu..dia copy paste je dari blog dia..xkisah la..dia cuma nak utarakan persoalan untuk kita bincangkan..ehh..ye ke..

Pada masa yang sama Hamka dah glamer..Papagomo pun dah join..xnak komen perkara lain tentang agama ke (atau aku yang xperasan dia ada komen)..

kipas siling said...

kasihan orang kita zaman sekarang ni.
makin keliru makin celaru.
ulamak ni cakap ni ulamak tu cakap tu.
masing2 guna hujah dalil dan nas..
orang kita la ni dah la ramai jenis malas baca al quran n hadith..
kalo baca metro n harakah berjam2 pun bole.
so..terima bulat2 je la cakap tok guru n pak menteri.
kasihan..kasihan..

Akulah Hero said...

enchik Hamka kena istgfar, sebab dah makin femes.
takut2 dunia masuk dlm hati...
nasihat utk aku jugak...sob..sob..
btw, aku sentiasa sokong engkau, dgn syarat nti nak tumpang kreta mayat ko (dan tahlil skali) bila dah arwah nti...peace..

hamka said...

ASTARFIRULLAH HA AZIM..

pesan ulamak, jika orang selalu puji kita, atau orang suka merujuk masalah ugama dengan kita, dan orang suka menjadi pengikut kita, maka pada waktu itu..

hendaklah kita pergi basuh tandas untuk buang sifat khibir yang bakal tiba!!

Woha!

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

Kepada Pak Zain,

Dari tulisan pak zain saya sudah tahu, bahawa tuan adalah seorang yang sudah berumur. Ini kerana anak muda zaman sekarang mana ada yang tulis perkataan penuh.. Semuanya suka tulis singkatan. Semuanya nak cepat... Saya respect tuan, walau pun tuan dah berumur, tapi tuan masih ada kemahuan untuk belajar ilmu2 internet yang menjadi kegilaan anak muda zaman sekarang.

Anonymous said...

Assalam

Touch down. As usual..
2 thumbs up bro!

Khalid
P/s: perasaan sibuk....he..he..

Bukan dari ummatku orang yang tak hormat orang tua, tak kasih pada yang muda dan muliakan orang alim (lebih kurang).

Pak Zain....pemanis didalam entri kali ini...Masyallah. Saya berumur 43 tahun. Saya selalu ingat saya yang paling tua. Moga Allah swt lanjutkan usia tuan dengan penuh keberkatan dari semua arah!

Ridhwan bin mohd yunus said...

salam tuan dimuliakan allah.. berbalik kepada isu murtad... ada bebearape pengalaman saya menghadapi orang2 murtad nie...

pengalaman pertama berlaku ditempat saya dan sekarang sedang dibicarakan di mahkamah syariah di sebuah negeri .. .. Saudara baru tersebut adalah orang daerah saya, memeluk agama islam di daerah saya kerana terpikat dengan kejantanan lelaki iran katanya.. mereka berkahwin seterusnya mempunyai anak.. apabila berlaku masalah dalam rumahtangga yang mereka tidak berjaya selesaikanya secara rundingan maka mereka membuat keputusan untuk bercerai . selepas bercerai maka saudara baru ini mohon untuk keluar dari agama islam.. permohonan beliau dibuat secara rasmi.. melalui mahkamah syariah.. sehingga sekarang masih belum didengar ape keputusan dari pihak mahkamah..

pengalaman yang kedua.. pengalaman bersama orang-orang asli.. orang asli didaerah saya sangat istimewa.. meraka ini sentiasa dapat bantuan dan mempunyai pegawai khas dari jabatan yang khusus.. jabatan orang asli dan juga pegawai orang asli bagi orang asli beragama islam di Jabatan agama Johor . bantuan demi bantuan baik dari jabatan orang asli ataupun majlis agama islam .. kalau anda pernah beli barang secend hand di rengit , ada sederet kedai orang asli yang diberi kepada orang asli untuk berniaga.. mereka menjual barang secand hand dari singapura.. free tu.. tak payah bayar sewa.. jaga elok2 jeks.. cantik plak tu kedainya..

itulah yang menyebabkan pada pandangan saya orang asli ditempat saya menteliti mereka tertinggal jauh 10 tahun kebelakang.. menteliti lah.. ataupun dengan kata lain cara pemikiran mereka macam orang taun 70 an.. apetah lagi kalau rumah mereka terusik akibat bencana banjir misal kata.. maka menjerit2 lah mereka semasa proses memohon bantuan seolah2 hilang pedoman emm.. tiada allah dihati mereka pada hal mereka diistiharkan sebagai orang islam.. bukan semua tetapi itulah realiti sebahagiannya.. itulah juga yang berlaku apabila mereka yang beragama islam megajuk2 atau sentiasa mempermainkan atau mengugut2 untuk keluar agama islam jika tidak dapat mengamalkan kebiasaan mereka contoh minum arak ,tidak berpuasa , berjudi dan sebagainya.. ada yang menyatakan pada saya mereka menyesal sebab dalam ic mereka ada bin dan tidak boleh makan depan orang ramai di bulan puasa... akan tetapi bila tiba hari raya.. mereka lah orang pertama yang datang ke pejabat untuk mengambil duit raya sumbangan majlis agama islam.. wah wah wah.. meriah hidup.. bukan semua.. tapi ada.. hanya sebahagian sahaja dari mereka..

pengalaman ketiga..
pengalaman tersebut mengingatkan aku pada seseorang.. opss sebenarnya kawan kepada seseorang..

ada seorang agen hartanah yang kaya raya kot.. ntah nampak macam kaya berbangsa chong hwa.. chong hwa tu nama sekolah sebenarnya.. dulu aku satu bus dengan budak2 sek chong hwa la.. sama2 lambat.. hahaha.. diorang nie dalam bus memang baik.. baca buku jeks.. diam.. tak macam budak hindi.. kalau budak hindi naik bus.. ya allah.. cukup 3 orang.. bergoyang la bus.. hahaha.. aku nak citer ape nie..

ok.. pengalaman dengan orang murtad.. agen hartanah tu ada isteri dan mereka berkahwin mengikut tradisi mereka.. akhirnya mereka dapat anak.. akan tetapi anak mereka mengikut agama ibunya.. agama ibunya adalah agama islam.. dan mereka sedaya upaya untuk menukarkan agama ibu mereka itu kepada bukan islam tetapi tidak mahu ke mahkamah syariah.... pelbagai alasan diberikan antaranya adalah.. asal keturunan dia adalah orang asli laut.. bapak yang sebenarnya orang bukan islam.. semasa mengandung kan dia maknya berkahwin dengan orang lain beragama islam.. bila dia lahir dia di binkan bapak yang bernikah dengan maknya... adoi.. macam 2 la..

begitu la sebahagian daripada cerita orang2 murtad yang mengistiharkan secara rasmi atau murtad senyap2 .. biasanya terdiri dari saudara baru dan orang asli.. kaunseling berterusan memang disediakan untuk mereka.. malah disediakan duit tambang bagi saudara baru yang berniat untuk belajar kelas fardu ain..

menusukhati said...

kisah tempat aku pula...

seorang pakcik asalnya katolik,peluk islam kerana nak kahwin dengan orang melayu islam.bosan,dia cerai bini dia,murtad kembali menjadi kristian.tak perlu ke mana2 jabatan untuk mohon untuk tukar status agama..cakap ja dah tak suka agama islam dan lagi best dengan agama asal.

jadi sekarang,dia makan babi macam makan kfc,teguk arak macam minum coca cola..

Anonymous said...

Kalo yg free thinker tu cmana plak? Mcm irshad manji tu?

hamka said...

Terima kasih kepada Pak Zain..

bab irshad Manji tu, cuba tanya orang PAS, mereka kan pejuang islam sejati, hihihi

Anonymous said...

.: Hehe :-)
Inila link original penanya soalan emel tu tadi = [ http://obefiend.blogspot.com/2011/10/aku-salah-faham-kisah-zaman-nabi-nabi.html ]. sebenarnya ada hamba ALlah yang tolong post-kan soalan Obefiend ke Hamka. Jadi, terbaekkkk juga bila Hamka tolong jawapkan.

Bgmn saya tau soalan ini Obefiend yang tanya???

Sila baca blognya di [http://obefiend.blogspot.com ] dan you will know only this guy in this world will write like this ;-)

Sama-sama kita bantu memberi pencerahan kepada beliau~
:-)

Makasyehhhhh~~
:.

adoy41 said...

Anon yg komen bahase inggeris tu mesti org yg tanya soalan ni kan?? Hehe.. dah taw da sbb slalu base blog die..

Hamka, ko kene tasykil dye kluar 3 hari sebab ko la paling bernasib taskil dye.. heheh

hamka said...

peringatan itu bermanfaat untuk orang yang beriman...

: )

Robot Polis said...

Satu ilham datang dalam minda aku!

salah satu sebabnya kena bunuh jika mereka tak nak kembali, kerana ada sesetengah murtadin ni akan mempergunakan apa yang mereka tahu berkenaan Islam untuk menyebarkan perkara yang tidak tepat dan merosakkan pandangan orang lain terhadap Islam.

Mereka akan memfitnah Islam dan menghalang Islam tersebar kepada orang lain.

kan?kan?

hamka said...

wah, dapat ilham lagi

Unknown said...

salam semua..baik2 aja noo..;-)
skadar berbagi pendpat ilmu aku yg cetek naïf tahap gaban..
MURTAD???prsoalan ni mmang dh lama jdi polemic,,skrg ja yg digembar gembur sstgh pihak..
mainan dia smpai skali dgn aku nk terkonfiusss,,fiuhh,,
sekali kita imbas memang nmpak hokum murtad bunuh ni x adil la,kejam,unsur2 pemaksaan beragama,sadis n hapa2 lgi(negative)..
bila imbas 2 3 5 kali baru nmpak kebenaran knapa islam wat hokum cam gitu,,
kalu hokum murtad bunuh ni xda ,
aku yakin 100% dh lama musuh2 islam mudah nk menyusup utuk merosakan islam dari dalam(musang berbulu ayam)..mesti musuh islam terkinja2 suka bab ada ruang taktik burukkn islam dari dalam..bila ada hukuman ni tobat diaorg piker byk kali x berani nk pura2 peluk islam dgn niat jahat diaorg,,,huu,,
so??xkan xnmpak lagi keindahan kbijaksanaan ISLAM yg diredhai Allah s.w.t ni??
sempurna sioll islam yg gua cintai nihh..muahhhh..renung2la noo,,peace

Unknown said...

aku dulu masa jahil la,,memang x setuju, tolak hokum bunuh murtad ni..mcm2 terjun dlm kpala otak,,x adil la,sadis,kejam, n hapa2 ja la,,bila dh cerdik skit cam skrg baru gua nmpak kebenaran keindahan islam tuu..terang habih mudah dh ni,,kalu x phm2 gak,,pi bawak2 bertobat noo,,korg igt Rasulullah suka2 smpaikn ssuatu hokum,,ada hikmah besar di sbaliknya..okehh,,peace

Anonymous said...

Sebab orang tak boleh keluar Islam lah orang Islam semakin ramai. Sbb yg Muslim tu termasuklah yg dah murtad tapi tak umumkan kat orang yg diorang dah murtad. Dan nak tahu tak, yg Muslim 1billion plus dlm Record tu termasuklah Syiah dan yg "sesat2" yg lain yg korang benci sangat tu.

hamka said...

kerana itu Allah suruh orang islam pun doa dalam solat sebnayak 17 kali, berikan kami jalan yang benar, kerana banyakkanya cabang kesesatan, wallahu'lam.