(Artis bila di tanya, mahukan pasangan bagaimana? Jawab mereka, mahu yang beriman, bila bercerai, jawab mereka, sudah tiada jodoh, jawapan mereka sungguh betul)
SOALAN PEMBACA TERPILIH:
En. hamka,
Saya telah baca blog en.hamka dan banyak sangat pengajaran yang saya dapat dari sana... kalo ada masa dan tidak keberatan saya ingin bertanya sedikit, bukan la pertanyaan cuma nak minta sedikit nasihat.saya tau mungkin en hamka seorang yang sibuk dan jika tidak membalas emel ini saya tidak lah berkecil hati...
begini, saya seorang perempuan yang bakal berkahwen pada umur 29 tahun, masalah saya sekarang, baru saya tahu tunang saya pernah terlanjur waktu muda dahulu, tapi sekarang dia sudah berubah,sudah sembahyang, sudah bertaubat, saya pada mulanya tidak dapat terima tapi akhirnya terima juga, apa yang saya takut, adakah seseorang lelaki yang pernah buat jahat waktu muda itu boleh membimbing kita lepas kawen, bagaimana nak tahu tunang saya itu sudah benar benar bertaubat, sebenarnya saya rasa takut tersalah pilih tetapi saya buang jauh2 kerana perasaan sayang saya...apa pendapat en hamka??
ini pertanyaan peribadi saya,jika boleh di kongsikan untuk kebaikan, kongsi la...
terima kasih.
******
JAWAPAN HAMKA KERETAMAYAT.
Macam macam hal korang nih (geleng geleng kepala sambil beristigfar), semoga Allah terima niat baik kita dan zahirkan niat baik kita dengan cara yang terbaik.
Baik, aku perasan sibuk, maka aku akan stick pada satu masalah sahaja untuk aku jawab iaitu “bagaimana nak tahu tunang saya itu sudah benar benar bertaubat?”harap dapat membantu dan orang lain pun dapat tumpang masalah ini.
Baik, bab bagaimana nak tahu pasangan kita itu sudah bertaubat, atau sudah betul betul beriman, mudah sahaja caranya. (bagi aku ler)
Pertama korang kena pastikan lokasi tempat tinggal pasangan korang, adakah mereka berada di Sabah? Terengganu? Atau di mana mana sahaja, lepas tu sila rujuk lokasi mereka dengan jadual waktu solat dengan klik pada web web Islamic, boleh kilik di sini.
Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhrim telefon) dan dengar jawapan pasangan anda.
Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.
Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?
Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.
Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.
Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi. Kenapa?”
Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”
Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik SMS sahaja,.”
Dah selesai hunbungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?
******
Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:
Jika jawapan A:
Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..
Jika jawapan B:
Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!
Jika jawapan C.
Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putus sahaja!
Jika jawapan D:
Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?
Jika jawapan E:
Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!
Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.
Ulasan:
Semua wanita mahukan suami yang beriman (merujuk kepada jawapan artis wanita), sekarang, dalam menilai tahap iman pasangan anda, maka rujuklah pada amalan solat mereka, kerana solat adalah tiang ugama, dan solat adalah amalan pertama yang akan di soal pada hari akhirat, yang mana jika solat lulus, maka akan cerahlan amalan lain untuk lulus seperti puasa, zakat dan haji, kira tahap solat ni jika SPM macam BM wajib lulus, Cuma yang beza SPM dan solat ni adalah, jika tak lulus SPM masih boleh pergi melancong ke pyramid tengok mayat firaun, tapi jika tak lulus solat, alamak masuk nerakalah bersama tuan punya pyramid iaitu Firaun laknatullah,
Solat orang beriman pulak bukan setakat sekadar solat, tapi hendaklah solat secara berjemaah bagi lelaki, dan awal waktu bagi perempuan.
Solat berjemaah adalah petunjuk terbaik dalam menentukan pasangan korang benar benar beriman atau sekadar islam di IC sahaja, zaman nabi Muhammad SAW, nak tahu orang munafik juga melalui solat berjemaah, yang mana mereka yang tidak datang solat berjemaah di zaman Nabi, itulah orang munafik, simple.
Tapi zaman sekarang, aku tak nak letak fatwa mereka yang solat di rumah itu munafik, itu kau jawablah dengan Allah, Cuma menjawab email di atas, yang nak tahu betulkah pasangannya benar benar sudah bertaubat, jawapan aku, rujuklah amalan solat berjemaah mereka.
Ingat falsafah kereta mayat ini:,
Orang islam berjaya bukan sebab ada Negara islam (sahaja) tapi sebab Masjid di negara islam betul betul di makmurkan.. (rujuk masjid Nabawi dan solat sahabat di zaman itu)
Berapa banyak Negara islam hari ini yang telah di jajah Negara Kafir sebagai bukti bahawa Negara Islam sahaja tidak cukup jika orang Islam sendiri mengabaikan solat berjemaah atau tidak ambik bahagian dalam perkara memakmurkan rumah Allah..
Terbukti sudah, Orang yang berjuang untuk dapat Negara Islam acuan mereka sendiri, tapi lupa untuk berjuang meMakmurkan Rumah Allah ikut acuan Nabi, maka mereka adalah bodoh dan Hempeh! (maaf, aku terpaksa guna perkataan ‘bodoh’, sebab tak nak guna hukum akhirat kepada mereka yang belum jadi mayat)
Sambung balik, jadi dah jelas sudah, bahawa menjadi kewajipan ke atas bahu semua orang islam untuk memakmurkan Rumah Allah..
Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)
Apa lagi nak di kata?
Malahan ada juga riwayat bagi tahu Neraka Lam-Lam dicipta untuk orag yang melengah-lengahkan solat…
Itu cerita Ancaman, Fadhilat solat jemaah pula:
Lebih kurang hadith: kalau korang nampak ada satu orang yang selalu ke masjid, maka korang kena bersaksi dia tu ahli shurga,
Hadith lain: 40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam, korang bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama bersama imam, maka belumlah bebas kita ini dari sifat meunafik..oh, pesan pada diri sendiri.
Jadi nak cari calon suami, carilah mereka yang jaga solat berjemaah, atau dapat pasangan yang pernah buat dosa dan mengaku sudah bertubat, jadikan solat berjemaah mereka sebagai petunjuk taubat mereka, kerana jika korang dapat suami yang solat lengah lengah, tak mustahil anak korang akan solat jarang jarang, dan cucu langsung tidak solat. Bila anak cucu tak solat, mana lagi sumber pahala lepas jadi mayat? Tak ke naye?!
“TAPI HAMKA, TUNANG SAYA TU IMAM MUDA, DAN BERTUGAS SEBAGAI IMAM DI MASJID, UJIAN DI ATAS TAK MEMBANTU!”
Kalau imam masjid, cuba buat ujian ni waktu beliau tak bertugas, jika waktu tak bertugas dia solat di rumah, memang bangang!
Woha!
Sekian.
PS: Pastikan korang telefon waktu haid, dan semoga aku dapat amal apa yang aku tulis, pesan kepada diri sendiri.