Aug 16, 2011

Tahukah korang???

(Beberapa fakta yang di tulis dalam keadaan lapar yang mungkin korang tahu tapi buat buat tak tahu di Bulan Ramadhan.)

  1. Amalan SUNAT di bulan Ramadhan pahalanya sama dengan amalan FARDU, dan amalan FARDU di ganda 70 kali ganda, tapi solat FARDU berjemaah tidak ramai orang buat manakala solat SUNNAT tarawikh ramai pula orang buat.
  2. Bulan Ramadhan terdiri daripada tiga bahagian iaitu 10 hari awalnya rahmat, 10 hari pertengahannya keampunan dan 10 hari akhirnya kelepasan dari api neraka, manakala kebanyakkan masjid surau pula terbahagia kepada tiga bahagian, 10 hari awalnya penuh, 10 hari pertengahannya ‘lega’ dan 10 hari akhirnya lengang(merujuk kepada saf masjid/surau)
  3. Berita dapat bonus setengah bulan lebih di rasai gembira dari berita mendapat bonus seribu bulan, kerana kesesakkan orang di pasar berbanding kelengangan orang di 10 akhir Ramadhan terserlah sudah.(rujuk point no.2)
  4. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka, tapi kita hanya mampu beristigfar melihat orang berbuka puasa membazir ikan ikan bakar di meja meja.-isk.
  5. Sesungguhnya Allah membebaskan hamba hamba dari api neraka pada setiap malam pada bulan Ramadhan, manakala korang pula membebaskan letupan letupan dari bunga api dan mercun pada setiap malam bulan ramadhan.
  6. Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar, dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam. Aku tidak tambah apa apa hadith ini, begitulah bunyinya.
  7. Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja walaupun hanya sehari dalam bulan Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadha’nya walaupun berpuasa seumur hidup, manakala sesiapa yang tidak sempat menempah baju raya dengan sengaja ,walaupun hanya sehelai tanpa keuzuran atau sakit,dia pasti akan dapat menempah seribu helai lagi walaupun tak habis pakai seumur hidup.Moral: jangan ponteng puasa.
  8. Tardapat banyak lawak yang menggunakan prosa, jika nak batal puasa koreklah hidung, namun dewasa ini, banyak sudah pendapat ulamak yang mengatakan korek hidung tidak batal puasa, namun mengorek hidung di hadapan khalayak perlulah di elak kerana bimbang orang lain pula batal puasa(akibat muntah)
  9. Aku masih was was bila ada Buzanama cakap, boleh bersetubuh dengan isteri di bulan puasa dengan syarat korek hidung sebelum bersetubuh yang mana hukum asal denda bagi mereka yang bersetubuh di bulan ramadhan adalah kena berpuasa dua bulan berturut turut. Tapi bila korek hidung kena ganti satu hari sahaja, Ustaz tu salah! tapi kejadian ini berlaku waktu aku sekolah menengah dan masih jahil, jika ustaz ni baca blog aku hari ini, di harap ustaz itu insaf serta merta di tempat kejadian.(rujuk point no.8)
  10. Hadith kelebihan solat sunnat tarawikh yang menceritakan kelebihan melampau lampau di yang di gantung gantung di masjid dan surau adalah hadith palsu walaupun ada yang tak tahu hadith itu palsu, tapi masjid tetap kosong di akhir ramadhan kerana mereka lebih gemar membeli gubahan hiasan bunga bunga dan pasu pasu.
  11. Tahukah korang, bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, tak tahu? Itu yang aku nak bagitahu.
  12. Puasa politik atau mogok lapar direka oleh Mahatma Gandhi, orang islam tak payah nak tunjuk perasaan dengan mogok lapar-bodoh ke apa?
  13. Terdapat orang(sesetengah ustaz) yang mana pada bulan tidak puasa, cukup anti dengan hadith fadhail, katnya hadith itu untuk budak budak, tapi bila bulan puasa suka pula mendengar dan menyampaikan hadith fadhail, ini mungkin ada kaitan dengan syaitan yang di rantai pada bulan puasa kerana syaitan memang tidak suka dengan kelebihan amalan yang dijanjikan dalam hadith fadhail.
  14. Ada orang islam yang berpuasa dinegara 4 musin yang siang harinya pendek, sekejap sahaja mereka puasa sudah masuk waktu berbuka dan ada orang islam yang siang harinya panjang sampai 18 jam baru berbuka, selamat berpuasa. Allah know best!
  15. Bulan tak puasa solat magrib paling penuh dalam carta solat paling popular dii kuti solat isyak, manakala solat subuh paling lengang, tapi bila tiba bulan puasa, solat subuh penuh macam solat magrib, wah bagusnya, tapi solat maghrib pulak menjadi lengang kerana sibuk berbuka.pulak!
  16. Kita hendaklah memberitahu orang yang mengumpat di depan kita supaya berhenti mengumpat dengan menyatakan “aku sedang berpuasa” kerana mengumpat di depan orang yang berpuasa adalah satu kesalahan walaupun mengumpat orang lain.
  17. Ada orang yang puasa tapi tak solat sedangkan solat adalah amalan pertama yang akan di hisab yang mana jika solat diterima barulah amalan lain akan diterima, namun jangan suruh orang puasa tapi tak solat itu berbuka, itu bengong namanya, tapi suruhlah orang puasa tapi tak solat itu supaya bersolat.
  18. Diberitakan sahabat Nabi menangis di akhir Ramadhan kerana sedih bulan mulia dah nak berlalu, tapi kita (tak payahlah aku mengumpat dibulan puasa- rujuk point 16)
  19. Kebanyakkan lagu lagu raya yang seronok di dengar itu adalah dinyayikan oleh orang yang sudah lama meninggal dunia. Bukan sepatutnya rasa seram ke?-woha!
  20. Di 10 malam akhir ramadahan, ada orang buat solat tahajjud berjemaah dan mungkin ada yang buat dengan tidak berjemaah, yang berjemaah jangan perasan bagus sebab yang buat asing asing itu sedang ikut sunnah Nabi.
  21. Dahulu jika sabit kesalahan di dapati telah bersalahnya seorang islam itu tidak berpuasa dengan sengaja, hukuman untuk mereka adalah naik keretamayat, tak tahu hukuman ini masih berjalan atau tak. Tapi aku yang naik keretamayat ni puasa(muka serius)
  22. Setiap tahun penyanyi Mam Bai yang pernah popular dengan lagu “masih aku tarasa” mengharapkan Ramadhan tahun ini lebih bermakna agar dapat Mam Bai lalui Dengan sempurna- aku juga mengharapkan begitu, sambil menyanyi lagu : Harapan ramadhan.., selangkah demi selanglah, ewah..
  23. Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur, maka makanlah sahur, dan jika tak berselera, sila mandi sebelum sahur, insyAllah, korang akan makan macam makan tengah hari, kalau yang berhadas besar, syariat mengajar mandi wajib dahalu baru makan.
  24. Segerakan berbuka, kerana itu sunnah, tapi ada masjid segerakan tarawikh tapi tinggal solat sunnat ba'adiah lepas isyak, apa kes?
  25. Ada antara korang yang ketika membaca perenggang ini, masih belum membayar zakat fitrah.Mengaku jelah...
  26. Hendaklah kita belajar bercakap bab ugama supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab ugama’ dalam kubur yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab ugama, maka malaikat Nakir akan hantuk kepala kita ke tanah!
  27. Satu hari nanti korang kena naik keretamayat bukan kerana tidak puasa tapi kerana sudah jadi mayat. Mungkin puasa tahun ni adalah puasa last korang atau mak bapak korang, semua orang akan jadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya.

Sekian.

Ps: Maaf kerana agak merepek di pertengahan Ramadhan... namun, jika korang baca entry ini di waktu aku sudah mati, sudah naik keretamayat.., tutuplah aibku dan sedekahkan aku “al-baqarah”-Woha!

(aku gurau jer bab ‘Al baqarah’ tu, sedekahkan ‘Al fatihah’ cukup.. amin.)

80 comments:

hamka said...

baik kau baca balik, aku baru edit sebab salah eja sana sini.

Amin007.Ledang said...

oh orang ke 3 baca.
satu pedoman yang baik.

cuma tengah fikir macam mana nak iftikaf pada surau yang buat tarawih hari2

Anonymous said...

10 minit lg. ah ah.. ku ble bukak pose dah.. woha!!! bestnyer SABAH

Anonymous said...

org ke 4 bce woha..aku dh nk bukok pose ni...tp jgn igt aku xpose ,,,aku kt sabah ni.....

Wanita Bertudung Hijau said...

ustaz kata patutnya amalan bersedekah iaitu amalan duit raya diamalkan pd bulan puasa, kerana sedekah pd bln syawal pahalanya tak setanding sedekah pd bln puasa.

ustaz kata, tu cadangan drpd dia :-)

sekadar berkongsi

kamayusoff said...

terima kasih hamka

Anonymous said...

Assalamualaikum.

erk.ad yang terkena batang hidum.syukran perkongsian.malam2 terakhir ramadhan masjid lengang, shoping2 complex tak mampu menampung pelanggan yang berasak;)

p/s: tetiba komen.biasa jadi silent reader je.^^selamat berbuka.

nuha said...

bagus2x...:) selamat mengejar lailatul qadar....

Menusuk Hati said...

baca

iman Haikal said...

bab zakat tu.. so true... terbaiklahh hamka..hehe

Azmi Sham said...

Selamat berpuasa dan selamat berbuka...

Anonymous said...

ada lg typo. ba'adiah bukan bardiah
peace.

senyumSOYA said...

nak tanya sket bley..
pasal yang ni..
"betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam..."

bley bagi contoh x?


terima kasih atas perkongsian.. =)

nikmzakmal said...

ha..ha...

. said...

amin.

dayanaazhar:) said...

minggu terakhir ramadan pembebasan daripada api neraka tapi muslim mentah menyalakan bunga api dan mercun lalu terputus nikmat ada jari. haihhhh (ketololan terserlah)

Wan said...

mamat tu mcm anti hadis ja

Anonymous said...

suka point #26.. mintak izin post dlm fb.. : )

anonymax said...

yg terbaik dlm post nie adalah picture fesbuk tu...stailo punya jawapan...2 thumbs up :)

Anonymous said...

"betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam..."


Mohon pencerahan juga.

Unknown said...

Katalah kalau orang yang bersetubuh siang Ramadhan tu batalkan puasa dengan cara lain (contohnya makan) sekalipun, asal2 niat dia nak batal puasa tu untuk apa? Untuk makan, atau untuk bersetubuh? Dia tak patut cipta fatwa kaum kera

Anonymous said...

aku sampai hari ni x berapa nak faham pembayaran zakat camne,sbb dulu bekas suami yg bayarkan,skrg suami dah takde,camne nak bayar..

en_j

Nisa said...

dah xkomen. best la bro! :) Jangan riak. ni utk semangat tulis dgn lagi best! hikhik!

Nurul Husna said...

mintak izin copy post ke-2 dan postkan dalam facebook...saya ada letak link kereta mayat...

Anonymous said...

Saya ni student jer, tapi nak berzakat. boleh ke? camne ea?

mia said...

betul sangat. Frust jugak bila baru pertengahan Ramadhan dah sibuk keluar lagu raya.

rara said...

crime.

hamka said...

teringin nak respond tapi masa tak mengizinkan, esok esok aku jawab mana yang sempat,

sementara itu korang pakat pakatlah buat macam blog sendiri, ok.

selamat malam.

~fam~ said...

kalau berqyamulail di masjid negeri shah alam berjemaah, besar kemungkinan tak dapat makan sahur...

tapi, tak semestinya orang yang tak berjemaah qiyamulail nak mengejar makan sahur...

woha!

Siti Syawal said...

best.. =)

Shukery Azizan said...

abg hamka..

mungkin kita boleh share2 kot..
ada Buznama cakap, pasal point kau yg keberapa tah, ada tulis yang nie,

"Bulan Ramadhan terdiri daripada tiga bahagian iaitu 10 hari awalnya rahmat, 10 hari pertengahannya keampunan dan 10 hari akhirnya kelepasan dari api neraka, "

Buznama tu cakap, ni hadith palsu..
mungkin kau boleh rujuk mana-mana ustaz hadis dan aku juga akan rujuk sama..aku dengar hadith ni palsu antara sebab sanad dia atau perawi dia..

peace ^^,

Anonymous said...

Assalam

Aku sedekahkan kau Al Fatiha ketika kau masih hidup lagi!

he..he..
133%

MFI said...

aku tak tahu pun pasal batal puasa dengan sengaja tak dapat ganti seumur hidup..jahilnya aku...
boleh tolong bagi hadis pasal tu tak hamka? nak kena sebarkan ni..aku yakin ramai tak tahu psal ni..

Suhaibah said...

Saya doakan encik hamka dan anak isteri sihat dan dapat menambahkan pahala di bulan ramadan dan bulan2 yang lain juga. Saya pun doakan semua pembaca blog keretamayat dan seluruh umat islam di seluruh dunia pun dpt menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan. Semoga semua kita naik keretamayat dlm keadaan yg penuh kerahmatan juga. Amiiinnnn...

Anonymous said...

SALAH SATU 'KEAJAIBAN PUASA' MENGAJAR SEORANG ISLAM TENTANG KEJUJURAN.MISKIPUN DEPAN MATA ADA MAKANAN TAPI TETAP TIDAK MENJAMAH KERANA DIANYA SEDANG BERPUASA DAN TIADA YG MELIHAT WALAUPUN ORANG ITU MUNGKIN TAK SOLAT SAMASEKALI PUN.
MAKNANYA ADALAH IMAN TAPI LEMAH,JUSTERU KENA USAHAKAN SUPAYA SEMUA PERINTAH ALLAH DAPAT DIPENUHI DGN CARA YG DITUNJUKKAN NABI.
PUASA DLM RUKUN ADALAH LEPAS SEMBAHYANG DAN KALIMAH.
MAKNANYA ORG TAK SEMBAHYANG PUASA TERTOLAK KERANA DISANA YG DAHULU DITANYA IALAH SOLAT,KALAU LULUS MAKA SEMUA AKAN DIKIRA ,JIKA TIDAK SEMUANYA AKAN TERTOLAK.
DALAM AGAMA TERTIB RUKUN DIJADIKAN PANDUAN BAGAIMANA IMAN DAHULU DIKUTI YG SETERUSNYA.
JADI TUAN YANG MULIA KENA USAHAKAN IMAN MASING2 DGN CARA YG DI TUNJUKKAN OLEH NABI.
TERTIB BAGAIMANA NABI DAPAT AGAMA DAN MEMBENTUK SAHABAT MENGAMALKAN AGAMA DAN MENJADI GOLONGAN TERBAIK DLM ISLAM ADALAH CARA YANG SEBENAR-BENARNYA UNTUK MENGEMILANGKAN ISLAM

Muhammad Reekelme said...
This comment has been removed by the author.
Muallaf said...

Muallaf..

But when nabi muhammad s.a.w has been thrown by the stones at thaif is he response with the big stone? Do u know what is the meaning of that big stone? This is the meaning:

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azab Mu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

kapalselam said...

Bdk ni guna quran je bagi dalil. Klu betul2 ilmu agama tinggi mesti taw yg quran n hadis adalah sumber rujukan. Yg adik g tanya hamka bwt pa?dia bkn ustz,g tanya muhadthin.klu hadith adk xnk pakai, g tanya mufassirin, insyaAllah dia bole bgtaw adik apa kaitan quran dgn hadith.

Muhammad Reekelme said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Reekelme said...

salam hamka,

setelah fikir2 panjang, saya minta maaf. saya undur diri.

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Selamat beramal.

woha! ;)

wssalam.

Menusuk Hati said...

semalam komen hari ni baru baca.woha!zakat,tunggu pagi raya barulah feel.

Unknown said...

Nak tanya, Ahli hadis/ulamak Hadis termasuk Dr Maza menyatakan Hadis bahawa 10 hari puasa adalah hari rahmat..10 hari kedua... 10 hari ketiga itu adalah pengampunan adalah Hadis Mungkar...

hadis yg direka oleh Ahli Sufi...

mohon pencerahan.

terima kasih dan selamat berpuasa.

musafir hina said...

baca point ke 25 tu baru teringat...hehe...

Miss Anom said...

hamka g terawih ke x?? pukul 10.33 dh respon bls komen, sblm ni kul 9.45pm dh respon komen, huhu

gurau je jgn marah=))

selmat hari raya-:P

Peace Yoh said...

Alhamdulillah.. aku dah bayar zakat fitrah masa baca tulisan ni.. semoga harta pencarianku Allah bersihkan.. semoga hatiku dibersihkan juga.. semoga hati penulis blog dan juga pembaca tegar beliau juga dibersihkan.. aminn...

uan609 said...

Aku suka quote no.4 ngan no.26

P/s : bercakaplah hal-hal agama nescaya kamu akan perasan bagus pada awalnya dan mula meresap kesal dan ikhlas bila dah biasa bercakap mengenainya. Insyaallah..
Aku harapkan redha Allah.

sero said...

aku pun belum setelkan zakat utk famili aku ni...

Anonymous said...

best ar..mohon share..:)

*kukubima

saiful said...

alhamdulillah akhir PEACE YOH taubat jugak, atleast PEACE YOH dah bercakap mengikut akal, berkat HAMKA doa nangis2 utk PEACE YOH kot!? tiada yang berkuasa melainkan ALLAH!!

Peace Yoh said...

saiful, kenapa komen anda tak seperti orang yang sedang berpuasa di bulan ramadhan? heh heh.. bulan ni bulan baik, sebut yang baik2 jela kan. nampaknya anda macam tak menghayati bulan ramadhan ni saudara..masih nak memerli.. seolah2 mengatakan saya ni gila tak berakal. sudah2 la ya? bersederhanalah... penulis blog sepatutnya tegur orang yang begini.. saat diucapkan perkataan yang baik, dibalas dengan perlian. innalillah wainnaa ilaihi raaji'uunn.

hamka said...

JAWAB MANA YANG SEMPAT
---------
senyumSOYA said:
nak tanya sket bley.. "betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam..." bley bagi contoh x?

Hamka said: Boleh baca keterengan hadith tu panjang lebar dalam kitab Fadhilat puasa karangan Muhadithin Maulana Zakaria, secara ringkasnya, orang puasa yang tak jaga mata, telinga, lidah akan sia sialah puasanya, dan orang bangun malam yang tak jaga niatnya, akan sia sialah berjaga malamnya, wallahu'lam.

------
en_j said:
aku sampai hari ni x berapa nak faham pembayaran zakat camne,sbb dulu bekas suami yg bayarkan,skrg suami dah takde,camne nak bayar..

Hamka said: Zakat apa ni? zakat fitrah ke? zakat lain? the best way, pergi kauter zakat, bayar fidyah pun boleh..

--------
Shukery said: Buznama tu cakap, ni hadith palsu..mungkin kau boleh rujuk mana-mana ustaz hadis dan aku juga akan rujuk sama..aku dengar hadith ni palsu antara sebab sanad dia atau perawi dia..

Hamka said: memalsukan hadith juga satu dosa jika hadith itu benar, kerana itu Ulamak perkenalkan istilah Hadith Daif yang mana makna Hadith itu di sokong oleh ayat Al quran atau hadith soheh lain, aku rasa bab Hadith kelebihan, memang dibenarkan guna hadith daif, kerana hadith daif bukan hadith palsu, cuma kelemahan perawi, tak perlui gaduh bab ni, sebab peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin, aku dah tulis panjang lebar bab hadith daif dalam entry: http://keretamayat.blogspot.com/2008/10/anti-hadith-daif.html

-----
MFI said: aku tak tahu pun pasal batal puasa dengan sengaja tak dapat ganti seumur hidup..jahilnya aku...
boleh tolong bagi hadis pasal tu tak hamka? nak kena sebarkan ni..aku yakin ramai tak tahu psal ni..

Hamka said: Ganti sehari cukup untuk satu hari yang di tinggalkan, cuma maksud Hadith ini, keberkatan itu yang tak dapat walau ganti seumur hidup, sila rujuk tafsir dalam kitab Fadhilat puasa karangan Muhadithin Maulana Zakaria

--------
Muhammad Reekelme said: setelah fikir2 panjang, saya minta maaf. saya undur diri.

Hamka said: kenapa delete komen? tapi tak pe, ambik positif, iaitu jika ada anti hadith nak berdebat dengan korang, boleh jawab ringkas macam aku jawab dalam FB tu atau jawab panjang macam dalam blog melalui entry: Anti Hadith Daif?

-------
Zulfikar Hazri said: Nak tanya, Ahli hadis/ulamak Hadis termasuk Dr Maza menyatakan Hadis bahawa 10 hari puasa adalah hari rahmat..10 hari kedua... 10 hari ketiga itu adalah pengampunan adalah Hadis Mungkar...

Hamka said: Dr Maza tu Muhadithin ke? esok dah kita nak mati, "Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman. (QS. 51:55)

------
Miss Anom said: hamka g terawih ke x?? pukul 10.33 dh respon bls komen, sblm ni kul 9.45pm dh respon komen, huhu

Hamka said: korang boleh sangka baik, mungkin aku buat 8 rakkaat, dan balik rumah lalu bukak internet, atau aku berpuasa di sabah, he he., atau aku boring dengar ceramah lepas 4 rakaat lalu update komen dalam surau yang mana orang nampak macam sedang salin isi tazkirah, padahal, update blog-woha!

------
Peace Yoh said: penulis blog sepatutnya tegur orang yang begini.. saat diucapkan perkataan yang baik, dibalas dengan perlian. innalillah wainnaa ilaihi raaji'uunn.

Hamka said: Hi saiful!

Dr. Bentara said...

"Bulan Ramadhan terdiri daripada tiga bahagian iaitu 10 hari awalnya rahmat, 10 hari pertengahannya keampunan dan 10 hari akhirnya kelepasan dari api neraka"

- minta check samada ianya hadith atau tidak.

Anonymous said...

bab ustaz fadhail tu aq setuju..hahaha..kt marhala aq siap de ustaz bacekn lg bku taklim utk jemaah sebelum start solat terawih..syahdu rase bile taklim pas subuh hadirin nye ramai (smpi kne bace pki mic..mungkinkah utk ramadhan saja atauu.???

wallahu'alam..

~mr_coOl~

fuad ansari said...

peringatan bersahaja namanya ni... moga semakin ramai yg dapat manfaat..(",)

ツ -cekguru- said...

point no 24, ba'diah atau baadiah..bardiah lebih kepada makna sejuk dsebabkn ada huruf r.
artikel yg bgus! TQ ^_^

Anonymous said...

tahniah. ada cilinya. ada manisnya. Allah suruh kita lakukan amal baik tanpa bersoal-soal. tapi ada juga nak tau teknikal hadis. wrong place. rujuk pada ustaz. Hamka bukan ustaz. Tak paham ker??

Sekali lagi jazakumullah hamka..

anakjaiman said...

hamka ni bagus la, cara pemikiran kau ni aku suka, kau buat aku rasa allah dan islam tu adil dan tak membebankan. iya aku islam mungkin pada namatapi sejak lepak kat kereta mayat ni memang aku rasa ada perubahan dalam penghayatan aku tentang islam. aku benci pada islam ikutan, islam sebab makbapak aku islam. hee okay dah! bebel panjang pulak. thanks kongsi ilmu, semoga kau dapat diberkati.

♥CiK PuaN NaKaMuRa♥ said...

bro,sinis tapi banyak peringatan yang kadang2 kita lupa...thanks ya!

Unknown said...

selamat berpuasa kepada semua pembaca...

PemilikMataCoklat said...

aku tak tau pun ko tau ni,hehe

kdabai

hamka said...

ok aku dah edit ejaan arab tu, selamat bertartil

cape said...

Ada lagi fakta:

Orang melayu paling menepati masa bila time berbuka puasa!

detective nie said...

baguih na hamka......
entry ni bleh kasi org yg selalu melakukan kesilapan tersedar.....
kita ni x lme lagi nak naik kereta mayat...so.....pada yg x sdr2 lagi..(termasuk saya) jm kita sesama mngejar keampunan allah bukan syurga semata....kerna setiap yg islam dijamin kesyurga tetapi bukan setiap org islam dijamin terlepas azabb api neraka.....(agak2 bpe lame kene tggu bes azab kat neraka bru dapat masuk syurga...dosa byk ni)

Anonymous said...

http://budak-blogmudah.blogspot.com/
http://budak-blogmudah.blogspot.com/
http://budak-blogmudah.blogspot.com/

Anonymous said...

wei hamka. gelak besar aku. sungguh bagus teguran ko pada Saiful...
lain kali org suruh aku tegur org lain aku nak wat mcm ni la. hi3...

by kanda sateria

cik tini said...

HAmka kad raya sy anta dh smp?? hehe

Unknown said...

''kena rajin2 belajar dn bercakap bab ugama cbb bila kita mati Malaikat ajak kita borak bab agama klw x tahu kepala kena hantuk kat tanah''
Seram gila, the best point of all point.
Thank's

norainimy said...

semoga kita semua mendapat keberkatan Allah. terima kasih hamka

Zul fattah said...

terbaik r..nak copy r..cam ni..

Anonymous said...

Assalam

Tahukah korang....cam mane hebak pong pose korang...kalu solah out!...maka sia-sialah berpuasa.

Sila kemaskini solah anda! Ketahuilah di bulan ramadhan pahala dan ganjaran yang wajib/fardhu digandakn 70 kali.

Solah isyak berjemaah seumpama beribadat separuh malam.....
Solah isyak berjemaah di bulan ramadhan seumpama 70 kali beribadat separuh malam...

Solah subuh berjemaah seumpama beribadat sepanjang-panjang malam..
Solah subuh berjemaah di bulan ramadhan seumpama 70 kali beribadat sepanjang malam.

Kemaskini solah ana, anta, antum..he..he..

Khalid
Wahai Izrail bilakah giliran aku!

mijie said...

seriusnya selepas membaca perkara yg ke 25, baru semalam selesaikan zakat tu

Anonymous said...

tujuan murni..tp disampaikn dgn cara y kurang betul..

Anonymous said...

"10 hari puasa adalah hari rahmat..10 hari kedua... 10 hari ketiga itu adalah pengampunan adalah Hadis Mungkar..."

Hadis tersebut adalah BUKAN daripada nabi, dhaif jiddan, dan munkar. Berhati-hatilah kita dalam menilai dan mengkategorikan hadis tersebut,sama ada benar-benar daripada nabi atau pun tidak, ataupun hanyalah hadis palsu yang direka semata-semata walaupun demi kebaikan, hendak mengajak manusia semakin mendekati Tuhan. Soalnya bukan matlamat tersebut tetapi cara tersebut yang tidak kena pada tempatnya kerana Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang sengaja melakukan pendustaan keatasku,maka siapkanlah tempat duduknya di dalam api neraka.[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Justeru, marilah seluruh umat Islam untuk kita berhati-hati di dalam urusan agama ini. Renungilah pesanan al-Imam Abdullah ibn Mubarak: “Untuk mengetahui hadith sahih memerlukan kepada penelitian, sedangkan hadith dhaif begitu mudah untuk didapati”. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa di atas kesalahan yang dilakukan disebabkan kejahilan atau kealpaan seorang manusia. Akhirnya, semoga matlamat ketaqwaan daripada ibadah puasa ini akan diperolehi dan menjadi bekalan untuk menempuhi kehidupan dunia ini seterusnya mencapai kejayaan hakiki di akhirat kelak.

hamka said...

memalsukan hadith juga dosa bang, semoga Allah ampunkan kamu dan kami

Anonymous said...

"memalsukan hadith juga dosa bang". Of whom are you talking about? You're saying that out of your pride being this blog's owner right? I understand :)

Anonymous said...

I hope this short lecture (mp3) helps you understand the basic science of ahadith better, dear Hamka.

Yasir Qadhi - Science of Ahadith

hamka said...

bro, can you give me a name who responsible declare that hadith is false in the first place.

and let me give a name why i write that hadith in my blog, i just refer to this guy:

(from wiki)

The initial books assigned to him were: Usulu'sh-Shashi (usul al-fiqh), `Ilmu's-Sighah (morphology), Mi'ata `Amil Manzum (syntax), Sharh Mi'ata `Amil (syntax), Khulasah Nahw Mir (syntax), Nafhatu'l-Yaman (literature), Munyatu'l-Musalli (fiqh of prayer), and Qala Aqulu (logic).
After a promotion, he taught Mirqatu'l-Mantiq (logic), Sharh Tahdhib (logic), Al-Kafiyah (Arabic grammar), Sharh Mullah Jami (Arabic grammar), Mukhtasar al-Quduri (fiqh), Nuru'l-Idah (fiqh), Usulu'sh-Shashi (usul al-fiqh), and Bahth fa`l, Bahth Ism.
In 1336 there was further promotion. Some of the books he was assigned were Maqamat (literature), Sab`ah Muallaqah (literature), Qutbi (logic), Mir Qutbi (logic), and Kanzu'd-Daqa'iq (fiqh)
During and after 1336, he also taught Hamasa (literature) and the first volume of Al-Hidayah (fiqh).
In 1338 he accompanied his shaykh, Khalil Ahmad Saharanpuri, for Hajj. They returned in Muharram 1339. He then taught Nuru'l-Anwar for three years.
Beginning in 1341, he was given important books of hadith to teach. From Rajab 1341 (February/March 1923), the responsibility to teach three chapters of Sahih al-Bukhari was transferred to him. He was also responsible for teaching Mishkatu'l-Masabih from Shawwal 1341 (May/June 1923) to Sha'ban 1344 (February/March 1926).
In Shawwaal 1344 AH, he again accompanied Khalil Ahmad Saharanpuri for Hajj. In 1345 AH, he traveled to Medina, where he taught Sunan Abu Dawud at Madaris al-`Ulum ash-Shar`iyah for a year. While in Medina, he commenced the writing of Awjaz ul Masalik ila Muwatta Imam Malik. He was twenty-nine at the time. It was also in Medina that Saharanpuri conferred upon Muhammad Zakariya khilafah (spiritual succesorship), authorizing him in all four main tariqas (Chishtiya, Naqshbandiya, Qadiriya, and Suhrawardiya).
Upon returning to India on 18 Safar 1346 AH (17 August 1927), he resumed teaching at Mazahir Uloom Saharanpur and was given the responsibility to teach Sunan Abi Dawud and half of Sahih al-Bukhari. In that year he also taught Sunan an-Nasa'i and Muwatta Imam Muhammad.
For approximately the next 30 years he continued to teach Sunan Abi Dawud and half of Sahih al-Bukhari. During this period he also often taught Jami` at-Tirmidhi and Sahih Muslim.
After the death of the school's principle around 1375 AH, Muhammad Zakariya was given responsibility to teach the full Sahih al-Bukhari, and the responsibility to teach Sunan Abi Dawud was given to another teacher.
He continued to teach until 1388 AH, when he developed cataracts. In total, he taught half of Sahih al-Bukhari 25 times, the complete work 16 times, and Sunan Abi Dawud 30 times.

hamka said...

(cont)

His first written work was a three-volume commentary of Alfiyah Ibn Malik, which he wrote as a student when he was only thirteen.
His work, Fadha'il-e-Qur'an has been translated into eleven languages, Fadha'il-e-Ramadan into twelve languages, and Fadha'il-e-Salaah into fifteen languages.
According to Wali ad-Din Nadwi, Muhammad Zakariya wrote 4 books on tafsir and tajwid, 44 books on hadith and its related sciences, 6 books on fiqh and its related sciences, 24 historical and biographical books, 4 books on aqidah, 12 books on zuhd (abstinence) and riqaq (heart-softening accounts), 3 books on Arabic grammar and logic, and 6 books on modern-day groups and movements.
According to Muhammad Shahid Saharanpuri (Muhammad Zakariya's maternal grandson), his written works amount to 103, of which 42 have been published and 61 remain unpublished. He wrote 2 books on tafsir, 60 books on hadith, 4 books on fiqh and usul al-fiqh, 22 books on tarikh and sirah, 2 books on tajwid and qira'ah, 3 books on Arabic grammar, classical logic, and geometry, 3 books on suluk and ihsan, 4 books in defense of Islam, and 3 books on miscellaneous subjects

He is remembered for his contribution to the studies of hadith and as the author of the eighteen-volume Awjazu'l-Masalik ila Muwatta' Malik, a commentary on the Muwatta of Imam Malik. His name is Maulana Zakaria.

Anonymous said...

[Reposting comment on the right article]

Dekat atas ni pun dah ramai yang utarakan. Tapi hadith "3 bahagian ramadhan" tu adalah dhaif.

Tak salah meriwayatkannya, kerana ia bukan mawdu, juga bukan dhaif jiddan. Tapi saudara hamka tidak penuhkan 3 syarat dalam meriwayatkan satu-satu hadith dhaif, iaitu:
PERLU DINYATAKAN bahawa Hadith dhaif itu adalah hadith dhaif. Samada di awal atau di akhir hadith.

Menegur kerana Allah. Semoga Allah rahmati kita semua. Ameen.

hamka said...

terima kasih tuan, :)