Tanya sama Abang keretamayat, copy/pste email:
Salam En. Hamka,
Saya ada baca tentang entry encik Hamka berkenaan jika si isteri menolak keinginan suami untuk bersama, akan menimbulkan marah pada suami, dan malaikat akan laknat si isteri sampai ke subuh.
Bagaimana pula, jika si suami menolak ajakan isteri?.
Terus terang, semenjak berkahwin awal tahun lepas, suami saya sibuk dengan laptopnya,
Dan saya sering tidur sendirian sampai pagi untuk ke pejabat. Boleh di kira, berapa kali dia tido bersama saya sampai ke pagi.
Pernah saya tegur suami saya, dia kata semenjak bujang dia memang gemarkan gadjet-gadjetnya..
Dan pada akhir tahun lepas juga, Alhamdulillah kami telah dikurniakan cahaya mata yang sangat comel.
Dan semenjak itu jugalah, baby saya akan tido bersama saya sampai ke pagi. Manakala ayahnya masih sibuk dengan laptopnya, bukan buat kerja office, tetapi tengok movie, baca blog, buat blog, kadang-kadang baca buku agama.
Dan kebiasaannya, dia hanya berdiam diri tidak bekomunikasi. Hanya dengan gadjetnya sahaja.
Dan semenjak baby lahir jugalah, suami saya selalu cakap tidak mahu mengadakan hubungan kelamin, takut cepat sangat nanti ada adik. Jadi semenjak itu jugalah, apabila saya ajak dia bersama. Macam-macam alasan dia beri, malas mandi, takde mood.
Kalau di kira sekarang umur baby dah 12 bulan,... dan dia hanya suka ringan-ringan je. Dan selalunya, dia mengelat.
Saya kadang-kadang jadi muram di ofic. Kadang-kadang saya menangis tanpa punca. Saya sedih dengan keadaan saya sekarang.
Nak kata suami saya ada perempuan lain, dia selalu di rumah lepas ofice.
Saya pun tak tau macam mana nak buat dah. Ada sampai saya terfikir nak lari ke rumah mak. Walau rumah mak sekangkang girafah dengan rumah kami, tapi famili saya semua orang kuat ugama. Confirm, saya kena halau semula pergi rumah suami saya.
Saya tak tau pada siapa perlu saya cerita perkara ni. Harap En. Hamka dapat memberi ketenangan pada jiwa ni.
Yang benar,
Isteri Runsing
*********************
Jawapan dari bukan Ustaz, Hamka keretamayat.Salam..
Laki kau tu boleh masuk neraka jika mati depan PC tanpa sempat bertaubat.., berdosa hukumnya tak bagi nafkah seks pada isteri dengan sengaja.., Hurghh..!, (mengeluh) aku pelik betul pada lelaki yang dah ada bini, tapi boleh pulak tengok bini macam tikus tengok besi.., lepas tu kau cakap laki kau suka tengok movie.., esh, aku tengok iklan movie ‘salt’, tak boleh tahan dah.., tengok bibir Angelina Jolie terus aku cium bini aku.., belum lagi tengok iklan alat senaman! Woha!
Salah satu tujuan kahwin adalah untuk bersetubuh puas puas, tapi jika dapat pasangan yang dingin, memang naya.., Hurghh..!, (mengeluh)..
Ada sahabat nabi Muhammad SAW, yang sibuk dengan tahajjud, bila isterinya mengadu pada Nabi, maka Nabi nasihat sahabatnya itu agar luangkan masa bersetubuh dengan isteri.., tapi laki puan, setakat sibuk dengan laptop dan blog ugama? Apa kejadah?
Cuba bagi link blog suami puan aku nak tengok, apa isi kandungan dia, berapa follower dia? Berapa ramai komen entry dia? Bernas tak bernas pilihan entry dia? Boleh?
Nak jugak aku tahu apa orang yang dah lama tak bersetubuh menulis..
Hurghh..!, (mengeluh sambil geleng geleng kepala)
Akupun tulis blog, bila tulis blog kadang kadang takde idea, tapi lepas berjimak, idea datang mencurah curah.., mintak maaflah sebab ada entry aku ditulis dalam keadaan hadas besar..
Kepada suami puan yang ada blog ugama, cuba tulis satu enrty berkenaan: dosa tak bagi nafkah seks pada isteri..
Jika takde idea, aku bagi bahan:-
Ni point penting untuk entry :Hukum tak bagi nafkah seks pada isteri..
- Seks bukan hanya hak suami tetapi juga hak isteri. Allah taala berfirman yang bermaksud "Kamu adalah pakaian bagi mereka dan mereka adalah pakaian bagi kamu." (Al-Baqarah : 187)
- Berdosa menyusahkan pasangan, Firman Allah"Dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka." (At-Talaq : 6)
- Di dalam hukum Islam terdapat hukum iilaa' iaitu apabila suami bersumpah tidak mahu menggauli isterinya lebih dari empat bulan, maka isteri boleh mintak cerai dan tak berdosa isteri buat demikian. Jika suami tak nak menceraikan isterinya, maka Hakim Mahkamah Syariah boleh menceraikan mereka.
- Iilaa’juga boleh terjadi tanpa perlu suami bersumpah, yang mana suami apabila dengan sengaja tak nak bersetubuh, maka hukumnya sama, isteri boleh mintak cerai selepas 4 bulan, (pendapat Imam Malik)
- Jika terbukti suami mati pucuk, dan Isteri takut berzina atau buat dosa lain, maka isteri boleh memohon bercerai secara taklik, atau suami ceraikan dengan rela…, jika tak nak, maka suami akan tanggung dosa isteri berzina, dan akhirnya isteri dan suami tadi dua dua masuk neraka.., sebab sorang berzina, sorang lagi tak nak ceraikan buat isteri dia berzina…
Boleh tulis entry macam tu?
Hurghh..!, (mengeluh)
Ok, Balik kepada puan, aku rasa mungkin suami puan ada masalah seks, seperti lemah tanaga batin, atau lambat terangsang..,
Nasihat aku mudah sahaja,
Jika puan masih sayangkan suami puan,
Aku cadangkan,
Apa kata puan beli pil Viagra atau Buah Goji (Wolfberry China) dan bancuhkan secara rahsia dalam air kopi suami puan.., (cara bancuhan perlu rujuk kepada doctor takut terlebih dos), lepas tu hidang pada suami puan, dan bersedialah untuk mandi wajib!
Selesailah masalah insyAllah, dan Selamat Hari raya!
Ps: jangan hidang waktu sahur, nanti tak pasal pasal kena berpuasa dua bulan berturut turut- woha!
72 comments:
saaaatuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!
gila gedik gua buat macam tu. haha. korang pun buat apa, kan? hehe. jom baca.
selamat hari raya..
huhu
4th! hepi raya..PEACE!
Apa punya manusia gila kat gadjet. ni mesti time muda muda kuat main game Dota atau counter strike nih. takpun paling koman ragnarok.
Rugi la siapa tak sempat memuaskan nafsu isterinya. mak aih.
6th ... selamat ari raya yeah
gua bot kecil. haha. tp apa punya suaaaaaaamiiiiiiiii daa~
hadas besar...
patutla entry ko ade 'nur' semacam
rugi.rugi.taem muda sihat walafiat tak nak buat.dah semput apa pun tak sempat.
eh encik hamka,lari tajuk sikit.nak tanya,lara nak nikah,tapi walimah nak jamu bihun sup je.mana perlu/wajar didahulukan?perasaan orang atau kemampuan diri?
main game lagi best dari bersetubuh??!! noob! orang gila gajet/geek/otaku memang ramai yang lemah komunikasi dan pemalu terutama ngan wanita. cuba puan cari kostume dan lakonkan watak² heroin filem atau katun/anime kegemaran suami untuk menarik perhatian beliau. hehe
xtau nak komen ape....since aku masih aku sekarang ni...~~
yang pasti, ngantok aku masa buat report hilang serta merta setelah membaca ini...huhu
bro, selmat hari raya...maaf zahir batin to bro hamka n readers....:)
Mak ai... Ini mcm org pun ade ke? Syukur mengandung n dapat anak. Jadi, main la dengan anak. YiHa! Byk2 doa n 'action' ye.
Tak baca lagi. Nak letak iklan dulu. Macam biasa kat rumah baru boleh baca keretamayat.
Samsung Home Theater Harga Raya.
kesian bini dia......
baca dulu,,baru letak iklan...aduiii
Cehh, ingatkan I yg terawal. Ade lg yg awal rupenye. Isk isk Isk.
nice entri..
sastra komain suka entri2 begini..
kasik wa promote sket blog ni..
huhuhu...
~~nah...lagu Melayu Deli - Sri Banang Dan Pancang~~
~~untuk puan~~
bila cakap bancuh secara rahsia, teringat plak masa saya kerja kat kedai makan kakak dulu. suatu hari, ada customer laki datang dengan 2 pompuan bawak beg besar. tetiba si lelaki datang kat dapur, "dik, jap gi tolong campur serbuk ni kat dalam air diorang tu. diorang kena sihir, bomoh suruh letak, tapi jgn bagitau diorang.." laki tu bagi kat aku satu bungkus serbuk putih yang aku tak tau apa tapi aku agak je benda tu dadah or pil tidur... gila laki tu...
gyahahahaha
hughhh
mustahil la ada org tak berjima sebab update blog? aiyok, memang mustahil!
aku pelik dengan orang yang suka sangat bila dia jadi pengomen nombor satu...dapat pahala ka??
tekan nak komen ja jumpa yang
1sttttt
satuuuuu
pertamaaaa
masa sekolah dulu nak score nombor satu dalam kelas, malu-malu..
aku kalau bila aku nak laki aku wat culas, letih la, mengantuk la - terus aku tukaq uniform - lingerie hitam corset dengan sarung kaki fishnet siap whip untuk tibai-tibai ganas bagi calaq dada dia!
biasa neh! orang mintak xmau bagi
yang penting bini maw sexy, wangi, jaga diri dan jaga vagina!! paham? ni pakai kain batik dengan t-shirt belengas baw susu masam, rambut sanggul taik ayam seciput, walaupun claim muka original lawa, kalau dah tak pandai jaga diri, tetap la itu gadget2 tu yang utama di mata laki hang!
masalahnya orang ppuan neh, bila dah berlaki dan beranak pinak, dia dah rasa selesa..busuk comot belemoih pun takpa, dah ada laki..dah ada anak, dah tua..tak payah bersiap-siap dah..
pastu bila laki pun tak maw pandang, dah kelam kabut - tak plak tanya apa kurang kat diri sendiri
kalau nak kata laki mati pucuk, habih anak tu mai mana???
tah tah laki hang layan pornsite - sebab imaginasi dia macam tu dan hang tak tercapai imaginasi dia tu
dan kalau ada baca buku Permata Yang Hilang, ada dia cakap lebih kurang 'layan porn boleh menghilangkan separuh syawat walaupun tak mengeluarkan mani'
camtu la, aku pun lupa
so, cerminlah diri andaaaa....
sorry komen terpanjang, dah kalah entry plak! huhu
salam
owh.. gitu ek? sama la ngan nafkah zahir bro? cane nak terangkan kat suami yg xle beri nafkah bkn sbb x mampu tp mls.. cane? cane?
Salam,
Saya rasa puan yg bermasalah (yg suaminya enggan layan dia) tu bukan lah org seperti yg katakan iaitu tak jaga penampilan atau tak pandai nk tarik perhatian suami dia. Kesian dia... Kalau blh jgn la keras sgt mberi komen, org tgh tenggelam punca. Kita pn xtau lg adakah hidup kita akan bahagia slamanya..
Kita x tau ape punca sbenarnya, mgkin dtg dari puan itu sdiri, atau mgkin jgk ada sesuatu yg dirahsiakan oleh suami.
Hrp puan byk bersabar dan berdoa supaya dberi pertolongan oleh Allah.
hahaha ringan2
ntah-ntah dia ada pompuan lain kat dalam laptop.ngee~
2 setangah lagi aku nak kawen.. heh heh... barulah masuk level "bot-bot kecil.. "
Salam... Tidak puas Hati.. HATI memang x pernah puas.. Pasti ada Suami x puas Hati dgn Isteri, Isteri x puas Hati dgn suami.. (saya pun bukan Uztaz) Puan cubalah tenung2 diri dalam cermin dan tnya what wrong is it u or your husban or both of u have problem.. Ini persetuhan halal cari atau ubah strategi jgn biar suami bosan sesetengah lelaki memerlukan intraksi dari isteri jgn diam mcm kayu ianya perhubungan 2 hala bukan sok sendiri apabila de respon bru best.. 1 tip's jgn diam masa bersama dn jgn terus tido lepas game teruskan interaksi(borak ke).. Time dia dok cbok dgn gajet2 puan dtng je goda kat mane pun jln je harapan pasti ade.. Klw x pun pegang je Gajet dia pasti bangun punyo.. Usaha dan usaha lagi.. Wassalam..
Tahun lepas beraya di kedah
tahun ini beraya di jengka
puasa sudah zakat pun sudah
beraya kita hindari prasangka
Lupakan sengketa bermaafan
dari hujung rambut ke hujung jari
halalkan kata-kata mana yang termakan
sesama muslim jauhi cakar-mencakari
Bila umat ini tidak buat apa yang sepatutnya mereka buat, maka mereka akan buat apa yang tidak sepatutnya mereka buat....
Bila kita tidak korban apa yang sepatutnya kita korban, maka kita akan korban apa yang tidak sepatutnya kita korban....
Bila aku tidak mati ditempat yang sepatutnya aku mati, maka aku akan mati ditempat yang tidak sepatutnya aku mati...Selamat Menaiki keretamayat!
salam..
Entri yang sangat tidak elok pada sepuluh ramadhan yang akhir..
ketika Nabi saw, mengikat ketat kain Baginda, Hamka pula beria-ia nak melonggar-londeh-berlaga-goji..
hai, mohon ditangguhkan entri ini lepas raya ok, musim nikah lagi, tercalar pula hormat pada hamka :(
bahaya bot-bot kecik bicara mengenai hal dalam selimut..
-Rom&parsi
aduh..camana boleh jadi begini..
mesti ada salah dimana-mana. nak lagi senag, slow talk dengan suami. mungkin ada apa-apa yang tak kena..
salam...
memang sya tak nafikan ada ramai sebenarnye yang bermasalah macam puan di atas..
kalau orang bujang yang tak kahwin lagi, sibuk berkhalwat, berzina..
orang yang dah kahwin pulak dah bagi yang halal pun tak nak jugak??? dunia...dunia...
kasihan pada puan yang bermasalah
semoga Allah membantu anda...
Mungkin alasan suami puan untuk tidak bersama dengan mengatakan "tak nak adik cepat sangat" hanyalah sekadar alasan..
ye lah, biasanya orang dah bersalin ni,kalau tak jaga betul..main pun x ada ummmphh(kata orang jantan laaa)
Jadi, saranan saya, apa yang perlu puan buat ialah kembalikan semula ciri-ciri anak dara dulu..
Puan pergilah berurut,yang paling bagus ialah berurut 'jawa', xmahal pun..1jam dalam RM40 je.. nanti tukang urut akan 'sengkak' perut puan, bagi rahim naik ke kedudukan asal..
Berdasarkan pengalaman saya, suami saya pun komen after sengkak perut, memang lain rasanye...
So boleh la mencube...
Selain tu jugak, kite orang pompuan ni kena lah jaga pemakanan.
mungkin puan boleh try untuk makan jamu, kalau tak pandai, makan ubat tradisional yang ada kat pasaran pun boleh..
saya syorkan lah makn ayuzip drink, lobata dan d'folia sendayu tinggi..selain daripada bagi suami teringat2 bila keluar rumah, badan kita pun jadi lagi sihat dan segar..
huhu
selain tu jugak..kite mesti sentiasa sexy dan 'hott'..
jangan jadi macam 'kayu' jerk..
kenalah pandai bervariasi..
1 more pakaila baju tido yang sexy2sket, kat kedai pun dah banyak jual kan..
ni asyik pakai baju kelawar jer laki mana tak boring kan..
(orang johor ni kalau cakap mesti ada kan... kat blakang..huhu kantoi)
itu kalau masalah datang dari diri puan sendiri..kalau datang dari suami pulak, selain daripada 'mencampurkan pil viagra dan buah goji secara rahsia' ,
puan pun boleh pergi beli minyak sensaoil (yang ada jual kat pasaran tu), pandai2 lah puan pergi goda and 'servis' dia..
Kalau suami tak nak jugak.. tak tahu lah saya..
Last but not least..saya sarankan puan agar tak putus berdoa kepada Allah supaya suami puan berubah..
Walau apa pun kita boleh berusaha tapi jangan putus berdoa kerana cuma Allah yang boleh makbulkan segala permintaan kita..
Kepada saudara hamka, saya mintak maaflah komen panjang sangat..
saya cuma kasihan dengan wanita-wanita yang bermasalah sebegini... mesti sangat tertekan dan stress..
Sekian..selamat mencuba kepada puan!
wassalam
Aku ucapkan selamat hari raya kepada semua bakal mayat sekalian,
hati hati di jalan raya, bagi peluang 'keretamayat' rehat sikit..
salam aidilfitri!
aku rse seksa je..ni dia..dh dpt..ble wat bini cam2..
tak tahu nak komen ker tak nak.
tengah tunggu buka puasa selama 1 jam lagi hehehe
ah tunggu aku kahwin laa komen hehehe
hahaha... macam mana la aku bulih tersesat sampai ke sini dekat2 nk buka nih.... ha ha.
.
sian bini. Yang tak berbini lagi kesian..hehe
suka gila baca! sangat ilmiah, tapi tak boring! :D
Assalamualaikum,
Aku suka baca blog KM dengan wife...
Untuk kaum wanita yang mungkin ada masalah dengan "keperempuanan"...sila dapatkan Jus Bidadari keluaran DCL, harga around rm50 rasanya...
InsyaALLAH para suami akan cakap "Setiap Malam Adalah Malam Jumaat"...
Untuk lelaki plak rajin2 la amalkan senaman sit-up...takyah nak try ubat "tahan lama" atau "ubat kuat" yang ntah apa2...
Jaga kesihatan rohani dan jasmani, insyaALLAH bahagia...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Wassalam.
lawak22........plik pn ada....haha
Anonymous said...
salam..
Entri yang sangat tidak elok pada sepuluh ramadhan yang akhir..
ketika Nabi saw, mengikat ketat kain Baginda, Hamka pula beria-ia nak melonggar-londeh-berlaga-goji..
hai, mohon ditangguhkan entri ini lepas raya ok, musim nikah lagi, tercalar pula hormat pada hamka :(
bahaya bot-bot kecik bicara mengenai hal dalam selimut..
-Rom&parsi
2:06 AM, September 07, 2010
Salam & Selamat Hari Raya kepada semua,
Bukan baik tapi saja aku nak bagi sedikit nasihat percuma kepada semua terutama kepada pengomen di atas yang telah aku copy/paste komen dia...
"tak perlu mencari kelemahan insan lain walau siapa pun mereka, tapi kita perlu lihat kelebihan dalam diri seseorang nescaya kita akan menjumpai banyak kelebihan/kebaikan tersebut"
Maaf Zahir & Batin.
Wassalam.
salam,
aku tak kawen lg...so xleh coment lebeh2 la...hheheh...
yg aku nk komen,sian bini dye...
byk2 la bsbr eh...
Skymatrix said...
""tak perlu mencari kelemahan insan lain walau siapa pun mereka, tapi kita perlu lihat kelebihan dalam diri seseorang nescaya kita akan menjumpai banyak kelebihan/kebaikan tersebut"
>>>>>>>> i likeeeee it!!
Assalamualaikum sume,
tumpang lalu jew....
"Selamat Hary Raye ..maaf zahir batin yee"..
Salam,
aku lupe nk tmbh,
slmt arey raya....
halow kereta mayat..
giler..claass bangat,pjg lebarlah plakk bab lakibini nie yekk..hahaha
selamat arie rayer uncle..duit rayer jangan lupe bagi kat budakk nie..huhuhu
di satu pagi yang dingin.. aku berkata-kata kepada isteri tercinta ( berbual- bual )
"isteriku sayang .. macam mana performent abg selama ini.. ok ke... ada yang ayang tak puas hati..”
“ emmhh. ok “ jawab isteri ku..
“ oh.. dalam 1 hingga sepuluh berapa markah ayang bagi…”
isteriku sambil menggerakkan kesepuluh jari-jarinya perlahan-lahan”..
“wah.. kalau begitu abg mahu tambah lagi satu la “ kataku sambil tergelak kecil …
“abg.. abg nak kawen dengan sape bang ??? dengan subaidah ( bukan nama sebenar ) ke dengan tumirah ( pun bukan nama sebenar ) … ..” isteriku mengusik aku pula ..
“ermhh.. kering badan abg bila dua-dua tu jadi isteri abg… heh.. kene sedut hari hari…” kataku sambil tersenyum senyum bahagia bila mengenangkan kisah subaidah dan tumirah
subaidah ( bukan nama sebenar )
dia seorang gadis yang kukenali di sekolah menengah.. orangnya sungguh cantik lagi rupawan.. aktif berpesatuan dan aktif juga dalam bidang nyanyian... kebetulan pula gadis nan ayu itu duduk di kerusi belakang ku pada tahun peperiksaan.. aku pula suka berlawak untuk menghiburkan hati sendiri.. bila aku da buat lawak dia tonjol kepalaku.. adoi.. seksa aku rasa mase tuh.. cam kena buli pulak.. tak de kebebasan untuk menghiburkan hati sendiri..
suatu ketika.. di tingkatan empat... dia masih memilih untuk duduk dibelakang ku... dia berkata.. “wan aku dah tunang.. bulan depan aku kawin.. ko datang umah aku wan.. ..”
maka.. dari majlis pernikahan hingga lah majlis persandingan dua mata ini menjadi saksi kepada sebuah sunnah nabi yang telah dihidupkan .. minda ini juga membayangkan jeritan saitan sambil berkata. Aduhai celaka lah diriku, orang muda ini telah selamat dari tipu dayaku… heh
tujuh tahun berlalu..
umurku baru berusia 20 an , aku terserempak dengan dia yang bernama subaidah dengan dresinggnya macam anak dara.. ( dulu aku panggil dresing.. ), hai sorang jeks.. laki ko mana .. anak ko yang dua orang tu mane.. ???
“ wan aku dah divoice( bercerai ) ... lelaki tak guna .. tak bertanggungjawab.. tak power.. nafkah x cukup... ada ke .. susu anak di buat beli rokok.. dan bla.. bla.. bla... hisap ganja.. bla bla bla.. “ katanya..
“aik.. dulu ko jugak yang nak kawen.. sekarang ko cakap cam tu pulak..”
“ blom kawen lain dah kawen lain.. nanti ko tau la wan...” katanya dengan nada tinggi sambil meninggikan dada.. heh..
aku memang kene mengiyakan kata-katanya kerana dia sudah berkawin.. sedangkan aku.. menikmati cerita orang kawen... heh..
sebulan kemudian di tempat yang lain..
“ wan.. boleh tolong aku tak.. ko jadi saksi nikah aku boleh tak.. bapak aku nak nikahkan aku..”
dengan sape kata ku..”
“Dengan mat perang.. penembak tepat berpangkat kepten “. Balasnya dengan ringkas. “hah.. kepten.. pegawai tentera tu.. bukan prebet2.,, mesti power kan.. penembak tepat plak tu…”
“ko wat la kat pej agama.. apasal ko nak nikah cam koboi jeks.. “
“tolong aku la wan.. aku dah tahap wajib nie.. ko kalau tak jadi saksi aku.. lepas tu aku berzina .. ko tanggung dosa aku ko nak “
“ Amboi-amboi …. wajib bagi ko bukan pada aku.. heh.. . “.
“masalah nya dia ada isteri lagi… sebab tu aku nak nikah jeks dulu lepas tu baru uruskan kat pej agama. “
“.ko ni nak kawin tak sabo-sabo.. uruskan jela dulu… kalau kawen ngan aku nak jugak aku... ni dengan orang lain .. ko uruskan la sendiri.. kang tak pasal-pasal pulak aku yang kena tangkap sebab nikah tanpa kebenaran.. tolong ape namanya tuh…. “
Sebulan selepas itu mereka pun selamat untuk bernikah kali kedua .. dua dua kali kedua… tentera tu ceraikan isterinya dan memohon poligami dalam eddah dan mereka pun berkahwin.. dapat anak sorang…
Tujuh tahun selepas itu..
Eh… subaidah ke ni… mane tudung ko…. Dah makin rageed ko sekarang eks… dia.. tersenyum sambil memandang ku…
“ko buat ape sekarang .. “
“aku buat salun ngan jadi kontraktor… nah kad aku… ada masa talipon la no tu….”
“eh.. Laki ko tak marah ke aku talipon ko??? .. ada karang kena tembak…??? “
“ aku dah divoice……. Oh.. ok.. aku pun berlalu tanpa kata… sehingga sekarang aku masih pengang kadnya tapi tak pernah talipon takut kena tonjol kepala.. heh
Tumirah….. ( bukan nama sebenar )
Rakan sekerja aku… Insan yang ku kenali penuh dengan ujian hidup.. daripada rumah tangga yang penuh dengan konflik ….. dan akhirnya berpisah atas alasan lelaki tiada umhh walaupun anak dah dua.. ..
di temukan jodoh pula dengan lelaki yang betul-betul berkemampuan… power kuat.. kalau tengok muka jeks memang dah tau.. kuat….
Akan tetapi.. kekuatan tersebut memakan diri apabila hari-hari bengkak badan dan kaki.. bengkak mata dan juga pipi… adakah ini kuat… akhirnya hidup menjadi sepi apabila tiada laki.. sepi ke.. yeks.. sepi.. apabila datang ke daerah ini untuk bekerja… anak2 ditinggal dirumah orang tua… tidak kah itu sepi……
Kadang-kadang.. kisah2 hidup sebilangan manusia membuatkan aku insaf..dan ber syukur diatas kurniaan allah selama ini….kekadang ye la. Walaupun ada suami.. gilakan gejet.. sabar jela doa dan usaha.. dan doa… aku ingin berpesan kepada diri ku ini…. Kasih sayang hanya dapat diikat dengan ketaqwaan keimanan … dengan mengamalkan perintah allah dan ikut sunnah nabi… insyallah… tak sesat dan akan ada kejayaan untuk dunia , akhirat…. Aku berpesan kepada diriku…. Bukan untuk orang lain…. Di samping mengasah kemahiran menulis kerana allah taala.. baru nak belaja-belaja menulis….. untuk diriku….
Sahaja aku mengomen blog kereta mayat kerana allah taala..
rasanya bini tu kena nyanyi lagu 'alif minyak masak' ha-ha
Assalam.
Mungkin juga dia sakit.. 'gila gajet'!he..he..
Fight fire with fire.
If you cannot stop them, join them!
Syor.....!
Cuba ambil tahu sikit pasal gajet-gajet dia tu...buat-buat berminat. He..he..Borak pasal gajet semata-mata nak curi perhatian suami kerana Allah swt! (Nawaitu)
And please....kalau tak berhasil jangan keciwa!..
Apa-apa saja yang dia suka...ambil tahu dan jadikan modal untuk berborak, berbincang, bergurau dll.
Dia suami dingin...kurniaan Tuhan pada kita. Sabarlah kejap....diakhirat nanti tiada perkataan dingin dalam perhubungan seks...
Dikatakan...sekali masuk, 40 tahun..he..he..(kiraan akhirat)
sehinggakan....bulu-bulu roma merasakan nikmat berjimak. Wallahu'alam.
Khalid
P/s: dunia bukan tempat memuaskan nafsu. Akhirat tempat melempiaskan nafsu serakah....orang mukmin didunia seperti orang-orang yang terpenjara..lebih kurang kata kekasih no. 1 saw.
belum tulis entry baru, di musim perayaan, keretamayatpun tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas.
nyam nyam, (sedang menikmati kuih raya, kemuncak nikmat, makan serdak kuih.., nyam nyam)
salam..
'dinginnya di malam ini..
suasana pilu..'
WOha!
-makan serdak kuih raya dgn kopi gojiguarana
-megat
hari hari d0k singgah bl0g ni, tp x berupdate jugak. Sedih bet0l.
Sesungguhnya, hamka memg perasan sibuk time ry ni. Kumpul duit ry ank lah 2. Haha.
Dlm byk2 ayat bl0g ni, i suka yg ini 'nikmat mana lagi yg aku dustakan lg'.
Terima kasih ya Allah.
-bungakalerpink-
very best info...
~http://novelinz.blogspot.com~
Assalam.
Katakan kepada semua insan yang tidak dapat balik kampung pada Hari Raya Aidilfitri.....
Kampung kita bukan Terengganu, Penang atau Johor...Bangladesh, Pakistan atau India!!
Kampung kita adalah akhirat. Jannah adalah tanah tumpah air kita!
Kita semua berasal dari jannah dan akan kembali ke jannah. Insyallah!
Bila sudah sampai jannah, hari-hari adalah hari raya........
Hari Raya Tanpa Henti...Non Stop Raya! he..he..he..
Hari Raya di dunia hanyalah sampel kepada Non Stop Raya yang telah dijanjikan Illahi...
Khalid
Suami yang dingin..apabila mati! he..he..he..
bagus entry ni..kesian wanita tu..mungkin sbb sy tak kawen lg, jd tak tahu 'nikmatnya'..pendirian saya senang je; kalau org dah tak sudi tak mau la terhegeh-hegeh..tapi ni bukan kapel-suatu hubungan terlarang-ini adalah rumah tangga yang wajib dipertahankan..ntah taktaula macam mana kalau sy kawen nanti..smoga dberi kekuatan mmpertahankan rumah tangga dan mnjadikannya syurga dunia buat suami..untuk puan tu; banyak komen dan cadangan yg bernas2 kat atas tu..selamat mncuba! .^_^.
iklan:
lepas raya, followers dah cecah 3000.
habis iklan.
Nyam nyam, makan serdak kuih.
salam hamka... dah 3tahun xmasuk blog ni... hehe...cian kat puan tu...nasib baik ada anak..boleh buat teman tido.. bsyukur dgn apa yg ada... sy ontheway..he...
bagus bagus, nyam, nyam
salam en hamka....
kisah akak kat atas nie same je la ngan sy
geram kadang2
kate syg tp peluk pon xnak
dulu masa baru kawen suke ckp syg la rindu la..padahal baru g opis dalam 2jam..
skunk nie nk tido same2 bole kira dgn jari je.
rasa macam nak buang je lappy dier tu
ade idea lain tak mcm mne nk settlekan prob nie?
dah beli viagra belum?
hurm orang yang tak penah hadapi masalah ni, memangla takkan faham. aku dlu bncuh tongkat ali, laki aku p panggil pelacur plak dah.. hurm salah sndri sbb takde ghupe sgt cam model..aku da mekap pki lawa2 pun, tak pndg pun.. kekadang rase nk je wat pembedahan plastik, seb baik takde duit.. aku bukannye huduh sgt. hidung mncung, hitam manis, bdn langsing..
aii..takpelah, sabo je, klo dpt msuk syurga, merasala jadi cantik lbih dr bidadari, merasala sume yg aku tak dapat skang ni..
Ingatkan saya seorang je menghadapi masalah macam ni..
Nak kata saya x cantik, maaf la, saya ni memang cantik..
Sekarang ni saya redha je la, tgk je la perangai dia mcm mana..Baru sembilan bulan x bersama since anak lahir, masih belum smpai tahap nk bancuh kopi lagi..Tapi tgk la nanti macma mana..
Semoga saya tabah menghadapi dugaan ini..
husband aku baik tp mcm tu jugak. isteri yg bnyk meminta. asyik2 kita ja yg mula.. dh confront tp dia diam ja.. dh 10 tahun kawen,aku dh bosan.. aku dh hilang sayang pd dia.. skrg, aku sayang diri sendiri, dh x peduli kalau dia x beri, selagi dia x bg, selagi tu aku x minta, bab duit pun dh berkira dgn dia, duit gaji perabih beli bju cantik dgn produk kecantikan.. keje nk melawa ja skrg, beras habis pun aku buat bodo je.. aku ckp dgn dia aku dh x sayang dia mcm dulu lg, kalau dia nk cari lain pun aku x kn jeles, aku dh x sayang aku ckp.. kalau blh, lepaskn aku sbb aku pun nk bahagia.. suami perasan isteri dia dh semakin dingin.. tetiba ja dia berubah.. jd baik yakmat, ckp baik2, tolong buat kerja rumah, buat muka manis, tak sinis, tak tolak, siap mintak lg.. (boleh pulakk??!!! :O)
ironi, ironi... kenapa skrg baru nk berubah? bila isteri ugut nk fasakh???!! bila isteri dh x peduli??!! BENCI la lelaki? Knpa berubah bila aku dh tak sayang!!?? nangis aku.. huhu..
Dunia di cipta sebagai medan ujian.
lelaki di uji di luar rumah.
Wanita du uji dalam rumah.
semoga bersatu di syurga.
chewah
em sedih la saya baca luahan hati kak di atas..
mungkin jugak suami kak tu suka main sendiri kot...
saya baru umur24 suami 35
saya kalau boleh tiap2 mlm nak
tp apakan daya 3 hari sekali naru dapat atau 2 hari sekali..mcm2 st goda dia siap isap dia punya pun dia boleh tolak...
dlm hati ni bila tolak camtu rasa mcm nk cari jantan lain je....
tp sy ingat Allah je...
mcm nk bunuh pun ada gak..geram bila xdapat.
dulu masa baru kawen sy umur 18 dia 29taun...siang2 pun nak....sekarang terbalik plak sy plak ajak buat siang2 xnk plak...pelik la nak kata sy ni xlawa mmg lawa...berat 50kg je ukuran badan 26,34,37...kulit sederhana la muka ala2 arabian....ank dh 3 org yg kecik 7 bulan....sy layan dia mcm raja cakap x pnh tggi suara..surirumah setiap masa bergaya...makan st masak tiap2 hari.solat pun xtggal....sy pening la nape dia jd cmtu....suka sgt tolak bila saya ajak dia buat sexs....alasan letih....
suami gay mungkin.. x bernafsu pada wanita...
Post a Comment