Feb 24, 2010
Apa itu Derita?
Lagi lama korang hidup atas dunia ni, maka lagi banyaklah penderitaan yang korang akan alami, sampai satu tahap, bagi mereka yang takde tuhan, dek kerana terlalu banyak menderita kononnya, maka mereka akan bunuh diri, terjun bangunan, makan racun, atau melompat depan kereta mayat, lantak korangler.., apa-apapun, hari ni aku nak ajar korang bagaimana nak asingkan penderitaan mengikut katogori masing masing, supaya senang kita nak atasi setiap penderitaan yang bakal menimpa atau sedang menimpa itu.. yang mana, bila kita dah tahu penderitaan mana yang lebih sensara, maka senanglah kita nak buat tindakkan suuslan..
Sama jugak dengan perintah Alah, ada yang lebih utama dan kena didahulukan, begitu jugak bab penderitaan dunia, ada yang lebih sensara dan perlu didahulukan, sebab.., tersilap susunan dalam mengatasi masalah akan merosakkan hidup kita, sama juga tersilap susunan dalam mentaati perintah Allah.. banyak padahnya, atau tersilap susunan menghantar mayat, lagi banyak masalah, sebab tu maksud ilmu bukan sekadar tahu mana perintah Allah dan mana larangan Allah, tapi tahu mana yang lebih utama dan perlu di dahulukan..
Hari ni ramai orang pandai bab ugama, cakap berapi api, tapi bab mendahului mana yang utama, ramai yang kantoi., contoh, nak Negara islam, tapi solat berjemaah tak jaga, nak kahwin dua ikut sunnah, tapi bab solat berjemaah ikut sunnah tak pulak ikut, nak kaya macam Abdul Rahman bin Auf, tapi selamba tinggal takbir pertama.., nak pemimpin yang beriman, tapi tak buat usaha atas iman, nak jadi mayat yang tak reput, tapi Al quran malas baca, , dan macam macam lagilah.. hampeh semuanya..
Padahal semua ada susunan, lapar kena kerja, perintah Allah cari rezeki, tapi bila azan, kena solat dulu, perintah Allah solat di awal waktu, lepas tu dalam perjalan nak ke masjid, tiba tiba ada orang lemas dalam sungai, kena tolong orang tu dulu, (jika tiada orang lagi yang tolong) sebab perintah Allah termasuk dalam tunaikan hak, dan bila orang tu dah selamat, ajak mereka solat bersama korang, dakwah mereka, sebab mereka belum solat lagi kerana lemas waktu azan.., dan ini adalah perintah Allah yang paling tinggi.., dakwah! Lepas tu malam bangun tahajjud nafikan kerja korang sambil menangis depan Allah, bahawa semuanya dengan kuasa Allah.., korang hanya dipilih sahaja, menangis sambil berdoa…, dan bila dah buat semua ini ikut susunan, barulah dapat janji Allah kepada mereka yang soleh iaitu, pemimpin yang baik, Negara islam, terlepas azab kubur, dan masuk shurga, apa lagi nak di kata?
Jadi dalam bab derita, ada jugak susunan, dan kena selesai ikut keutamaan..
Senang cerita, penderitaan yang besar dalam hidup ini hanya ada empat sahaja, tak banyak bukan? Hanya empat sahaja, untuk bahagia, kita hanya kena atasi 4 masalah sahaja, simple.., err, ok, cerita aku berlegar sekitar kehidupan sebelum naik keretamayat sahaja dan berlegar pada Negara yang merdeka sahaja, derita dalam Negara yang berperang bukan empat dan derita lepas naik keretamayat ada banyak lagi, itu kita cerita lain kali..
***********
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang paling kurang deritanya berbanding empat penderitaan yang akan kita bincang nanti, dan oleh kerana derita ini paling kurang derita dari yang empat itu, maka aku namakan derita ini sebagai derita nombor empat..
Apa derita nombor empat?
Orang Bangladesh atau orang Indonesia yang tinggal keluarga jauh jauh untuk cari rezeki di Malaysia adalah contoh mereka yang menderita katogori nombor empat, korang nampak mereka macam bahagia di hujung minggu jalan-jalan kat pasar malam makan durian, tapi dalam lubuk hati mereka, perasan cemburu pada rakyat Malaysia yang tak payah susah-susah cari rezeki jauh jauh tetap ada, yelah! Korang nak ke jadi macam mereka?, tinggal anak bini cari rezeki jauh jauh sampai Afrika barat? Hilang satu nikmat hidup.., alahai orang Malaysia yang duduk kelantan tapi kena kerja Kuala Lumpurpun dah rasa tak best, apatah lagi orang Kerachi dari Paskitan yang terpaksa jual karpet kat Kubang Kriang?
Ini semua takdir, kita kena selalu bersyukur dengan nikmat Allah, sebab Allah boleh terbalikkan dunia, sekali datang selsema babi melanda Malaysia secara serius, habis lumpuh ekonomi Malaysia, last last, sebab takde kerja, tak mustahil, bini kita pulak jadi Amah kat Bangladesh, mana tahu?
Moralnya, Rezeki yang paling best adalah rezeki di kampong sendiri, maksud aku kerja yang kita kerja tu tak lah jauh dari rumah, tak lah jadi weekend husband, janganlah kerana gaji mahal kita berpisah dengan anak isteri, kasihan mereka..
Duduk jauh, bila air naik kepala, banyak benda buruk boleh jadi, yang bersuami dengan askar bertugas di sempadan, bersabarlah, mereka adalah asbab Negara kita merdeka selama 50 tahun.., yang bersuami dengan pendakwah, bersabarlah, mereka adalah asbab kita masuk shurga tanpa azab..
Benda ni nak kena planning awal, sekarang baru kahwin takpe duduk jauh, tapi usahakan cari kerja-kerja yang boleh buat korang duduk sekali, kelak bila ada anak ramai, masa tu dah kena stabil tapak rumah, dah tak payah nak travel-travel, jika susah sangat, yang wanita berhenti sahaja kerja ikut suami bertugas kat mana-mana, kang senang?
Ok, itu satu contoh derita nombor empat, senang cakap, derita nombor empat ni adalah derita sekitar bab rezeki, contoh lain macam kisah mereka yang kena pulau kat pejabat, atau kawan kawan seoffice yang tikam dari belakang, atau ada bos yang sengaja tak nak kita naik pangkat, atau rakan sekerja yang pakat-pakat tabur pasir dalam periuk nasik kita, atau kena tipu sehingga rugi berlipat ganda atau bencana datang buat rezeki kita lumpuh, atau kena potong gaji, atau bonus takde atau apa sahaja, yang mana berkaitan dengan rezeki, sekali di uji macam tu, memang sakit hati, tapi nak buat camne?, dah takdir Allah, sabar jelah..,
Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori derita nombor empat, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., ada lagi TIGA derita yang lebih dahsyat, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat kena jual karpet kat lorong Bombay, apa nak sedih?, ada rezeki boleh singgah rumah Aishwarya Rai jual karpet, Woha!
Kesimpulannya derita nombor empat adalah derita BAB REZEKI…, ramai jugak orang yang bunuh diri kerana masalah rezeki ni..isk..,
Betul tak?
*************
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita nombor empat tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang nombor empat itu, maka aku namakan derita ini sebagai derita nombor tiga..
Apa derita nombor tiga?
Oleh sebab kita dah kerja 8 jam kat pejabat dan dah ada banyak derita nombor empat, maka sekepulangan kita dari pejabat, maka kita akan balik rumah dah habiskan masa purata 16 jam kat rumah, dan dah namanya rumah, maka dah tentu kita akan ada jiran.., dan bila dah ada jiran, maka akan timbul pulak banyak cerita dan derita..
Harapan kita bila dah banyak menderita kat pejabat.., iaitu kawan kawan seoffice yang suka jaga tepi kain, suka tikam dari belakang, atau ada bos yang sengaja tak nak kita naik pangkat, atau rakan sekerja yang pakat-pakat tabur pasir dalam periuk nasik kita, atau kena tipu sehingga rugi berlipat ganda atau bencana datang buat rezeki kita lumpuh, atau kena potong gaji, atau bonus takde atau kena gangguan seksual kat pejabat, kena ramas tetek dan sebaginya, atau kena mengumpat oleh makcik munafik dan kena pulau.., , alih alih balik rumah, baru nak sampai depan pintu, kita berdepan pulak dengan jiran tentangag yang juga pulaukan kita.. aduh!
Jadi, derita nombor tiga adalah derita berkaitan jiran tetangga, ipar duai, atau saudara mara.., panjang nak cerita, tapi inilah kisah sebenar dalam masyarakat, jiran tu dengki dengan korang, lepas tu tak nak tegur dengan korang, atau adik beradik yang berebut harta sampai bergaduh tak sudah sudah.., atau ipar duai yang kikis harta.., tak cukup dengan gangguan kata kata dan fizikal, mereka ganggu pulak dengan gangguan mistik.., yang mana tak lama kemudian, jiran sebelah pulak sanggup bomohkan korang, malam malam jumpa Puaka niyang rapik sedang berak dalam tandas, atau jumpa keliwong dalam bilik air pinjam shampoo, memang masalah, (sampoo dua dalam satu tu kan mahal?), lepas tu pulak, ipar duai yang dengki dengan korang, sanggup sebar fitnah dan mengumpat.., balik kerja ada yang ludah tengok korang, tak cukup lagi?, jiran yang janda pulak kacau suami korang, mentang mentang ada kopi janda, … apa?!, kopi duda tak de ke?, aku pun pelik, kopi jantan dah ada, kopi betina takde ke bang?
Dah! Cukup! Panjang cerita bab jiran tetangga ni, rumput rumah kita panjang dah kena umpat, keluar berdakwah dah kena pulau, masak petai goreng belacan dah kena maki, baru niat nak poligami dah kena kutuk, memang sakit hati! Sampai satu tahap, ada yang bergaduh, bertumbuk, dan santau sana sini, memang teruk.., itu yang banyak drama ada cerita orang yang sanggup pindah duduk jauh jauh sebab hubungan dengan jiran tetangga dan teruk, yelah.., mana sanggup korang hidup berjiran dengan orang yang sakit hati dengan kita? Hari hari tak selamat, baiklah pindah mencari bahagia.., lepas tu pulak, bila jiran kita miskin atau kaya, maka akan wujud masalah kejiranan yang serius, atau jenis taksub pada parti, jenis assobiah, lagi teruk! Sampai bila mati tak nak datang tahlil, atau buat kenduri tak nak makan sebab tak sah sebelihan kerana berbeza parti, apa punya bangang daa.., esshh, panjang nak ceritalah bab ni, banyak yang dah makan hati, ini semua derita nombor tiga, ingat tu, derita nombor tiga…!
Kesimpulanya derita nombor tiga adalah derita BAB JIRAN DAN SAUDARA…, biasa orang akan pindah rumah atau kari dari kampong ler bila jadi kes macam ni, sanggup berhenti kerja sebab masalah ni lebih besar.. isk.
Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori yang bagaimana akan derita nombor tiga, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., ada lagi DUA derita yang lebih dahsyat, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat berjiran dengan Firaun, Haman dan Abdullah bin Ubai, apa nak sedih sangat, jika bala datang melanda kampong korang kerana kejahatan mereka, dah tentu korangpun akan kena sekali, tapi sebab korang lelaki beriman di akhir zaman, Allah akan asingkan korang dari mereka kat akhirat, tak lah derita sangat, kan?
Dan jika korang ahli masjid yang jaga solat berjemaah, menurut hadith, bila bala datang, korang akan bertebaran dan selamat, ok lah tu…
************
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita bab jiran tetangga tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang nombor tiga itu, maka aku namakan derita ini sebagai derita nombor dua..
Nombor dua, (baca dalam keadaan echo)
Apa derita nombor dua?
Dah tengok filem Si Tanggang yang di sumpah menjadi batu, atau kisah Anakin Sykwalker derhaka kepada Obi wan Konobi..? atau Filem anakku Sazali? Kisah anak derhaka yang muka ada iras-iras P Ramlee tapi menderhaka pada bapaknya Sazali yang juga ada iras muka P Ramlee.., yang mana kalaulah sepuluh tahun dahulu bapaknya Sazali pukul Sazali, dah tentu Sazali tidak akan menjadi gengster nombor satu di Singapura Bapak tau?, tapi mungkin Sazali akan menjadi Hafiz di madrasah Darul Ulum Karachi Pakistan.., apa-apalah!
Arghh, pendek cerita, derita nombor DUA terbesar dalam hidup di dunia yang fana ini adalah: apabila anak yang kita sayang, kita sanjung, kita belai dan jaga serta tatang bagai minyak petrol mahal yang di isi penuh dalam tangki, tiba tiba si anak yang kita harapkan itu, tiba tiba si anak itu, tiba tiba..oh! tergamak sungguh si anak tiba tiba mencucuh petrol itu dengan api sehingga wajah korang menjadi hitam seperti di conteng arang ke muka korang yang putih secara tiba-tiba, atau menconteng kapur jika muka korang hitam juga secara tiba tiba
Tak ke tiba-tiba? (betul tak BM aku ni?)
Maka menangislah si ibu bapa di hujung usia mengenang perbuatan anak derhaka.., dunia terasa gelap, gelap terasa hitam, hitam sudah tiada manis lagi.., dan dalam kegelapan kesedihan, tiba tiba masuk pulak dalam kubur yang gelap..
Aku pernah tengok, orang yang derita bab rezeki, lepas tu dengan jiran pun ada masalah.., tapi bila anak-anak berjaya dalam pelajaran, atau berjaya dalam hidup, atau berjaya mengharumkan nama ugama, bangsa dan Negara, senyum jer si ibu dan bapa dengan air mata kesyukuran sehingga lupa dengan derita bab rezeki dan jiran tetangga…
Tapi cuba korang tengok mereka yang takde masalah bab rezeki, dan tiada masalah dengan jiran tentangga, tapi bila anak derhaka, oh gelapnya hidup.., satu nikmat hidup yang besar telah luput dari genggaman.., tu yang banyak cerita orang buang anak yang dah besar, bukan buang bayi, bayi belum berbulu kemaulan, tapi ini anak yang dah berbulu kemaluan, tapi masih di buang ibu bapa kerana penderitaan nombor dua tadi, tak mengaku anak!!!
Derita mana lagi yang korang nafikan?
Kesimpulanya derita nombor dua adalah derita BAB ANAK DERHAKA…, biasanya si ayah akan buang anak, tak mengaku anak.., (bagi peluang pada anak balik pada hari raya bersama menantu yang cantik jelita dan mintak maaf macam Shah Rukh Khan bergaduh dengan Amitabh Bachchan dalam filem Kabhi Khushi Kabhie Gham )
Dan si ibu pulak jika dapat anak derhaka, biasanya si ibu tak macam si ayah, si ibu akan menyumpah anaknya menjadi batu.
Woha!
**********
Baik, sekarang korang dah tahu katogori derita masing masing, ada derita nombor dua, derita nombor tiga dan derita nombor empat, korang yang tentukan..
Sekarang kita akan pergi kepada derita nombor satu..
Nombor SATU!, (baca dalam keadaan echo)
Apa derita nombor satu?
Derita ini melanda semua peringakat umur.., iaitu derita apabila pasangan hidup korang tiba tiba curang, sekelip mata kau berubah..…, budak sekolahpun sanggup bunuh diri bab ni.. aduhai..
Dan untuk suami isteri, masalah rumahtangga yang berakhir dengan penceraian, adalah kesan dari penderitaan ini, dan ramai jugak yang bunuh diri…
Apabila orang yang telah sanggup seiring dan sejalan, sehidup dan semati, sangup tidur berbogel dengan kita, bergeser pusat dan berlaga lubang kencing.., tiba tiba.., si dia melukakan kita, mengkhianati kita, curang, derhaka dan berpisah…
Hati memang sedih.., dunia terasa gelap.., Lalu lagu lagu sentimental menjadi peneman bagi yang malas membaca Al quran..oh..
Aku tak perlu tulis panjang, semua tahu bagaimana deritanya jika mak dan ayah kita berpisah…, anak anak jadi derhaka.., jiran pun mengumpat, dan kerja pejabat jadi huru hara.. oh…
Sesungguhnya, Siapa saja yang mencintai manusia, maka manusia itu akan meninggalkan kamu sama ada kerana curang atau kerana menjadi mayat, Dan barangsiapa yang mencintai Allah, maka sesungguhnya Allah itu tidak akan meninggalkan kamu, dan Allah tidak akan mati dan tidak akan curang buat selama lamanya, dan Allah itu akan menerima cinta sesiapa sahaja hambanya yang bertaubat walaupun mempunyai dosa setinggi gunung mececah awan, kerana Allah adalah Kekasih Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang…
Akhir kata, ada orang di Malaysia ni, keluarga ok, anak anak semua baik baik, jiran pun baik, kerja pun selasa, rumah ada, kereta ada, pendek kata dah dapat semua nikmat hidup, tapi bila dengar Azan.., tak datangpun solat berjemaah.., jarang pergi masjid, dan tak suka orang datang berdakwah padanya.., ujianpun datang, pasangan tiba tiba curang, lalu bercerai, anak anak terabai, jiran pun kutuk dan prestasi kerja teruk lalu dibuang kerja dan akhirnya mati bunuh diri..
Nimat mana lagi yang kau dustakan?
Pulanglah kepada Allah…
Sekian.
Ps: Ok, setakat itu sahaja kali ni, aku bukan nak tolong selesaikan masalah derita korang, aku cuma boleh katogorikan derita korang sahaja, yang mana jika korang email aku cerita korang punya masalah, akau akan jawab simple sahaja.., contoh korang cerita bla bla bla, aku akan jawab, oh, ini derita no nombor tiga.., atau oh, ini derita nombor empat.. yang mana bila korang dah tahu katogori derita, senanglah korang nak selesaikan masalah masing masing, tak gitu?
Woha!
Feb 19, 2010
Haid-Boleh tak baca Al Quran?
Aku perasan sibuk, bukak email, bukak blog (dan Facebook) lalu jawab soalan mana yang aku sempat sahaja, soalan yang aku tak jawab(lagi) tu bukan sebab soalan korang tak penting, tapi aku perasan sibuk, banyak mayat yang nak kena hantar ke kubur.., eh? Ada yang bertanya, apa kerja sebenar cik Hamka keretamayat? Yelah.., jika Batman bertugas membasmi kejahatan di malam hari, tapi Batman di siang hari adalah CEO di Bruce Wayne Compeny in Gotham City. Jadi selain hantar mayat? Apa kerja cik Hamka?
Hmm...
Aku harap, siapa yang tahu identity ‘superhero’ ini, tolonglah rahsiakan akan hal “siapa aku?”, sebab jika superhero diketahui identitinya oleh orang ramai, maka orang jahat akan gunakan kelemahan superhero dan hero akan susah buat kerja..
Sebab tu jika korang tanya superhero yang lain apa kerja sebenar mereka?, contohnya tanya spiderman, ada dia ngaku bekerja sebagai jurugambar sambilan di New York Daily Bugle? Atau cuba tanya Batman, ada dia ngaku bekerja sebagai CEO? Atau cuba tanya Superman, ada dia ngaku bekerja sebagai wartawan di Daily Plenet?..
Maka, cukuplah tahu aku bekerja sebagai "driver keretamayat".., dan kerja aku, selain ‘hantar mayat’, aku akan tulis nota ugama untuk diri sendiri di blog, dan cuba jawab seolan peminat yang tahu aku bukan ustaz tapi sudi bertanya dan sabar menunggu jawapan (mungkin ambik masa bertahun- sebab keretamayat ada juga ‘villains and themed criminals’ yang perlu di tangani, almaklumlah, superhero...)
Oh, ye..,aku juga ada dah tulis sedikit tentang 'kerja' aku sebagai ‘superhero’ di sini.
So, hari ni, sebelum aku bertarung dengan ‘villains and themed criminals’, aku cuba jawab satu soalan yang di tanya sejak dua tahun lepas.
SOALAN:
assalamualaikum...
Rasa nak refresh sikit fikrah yang dah lama berkarat ni. Saya harap en Hamka boleh bagi pendapat tentang masalah saya ni.
Soklannye, buleh ke orang pompuan baca quran time dia 'datang bulan'?
kalau orang tu hafal quran, boleh baca tak apa yang dia dah hafal dengan niat tak nak bagi hafalan nya hilang? saya dah pening.., coz dapat banyak sangat pendapat dari ustaz dan ustzah yang hafiz dan bukan hafiz..
antara pendapat mereka..
1. Tak boleh langsung, kerana tiada hadis yang kata boleh
2. Boleh sebab hadith yang kata tak boleh adalah hadith daif.
3. Boleh, tapi dalam hati sahaja
4. Tak boleh, kecuali dengan niat tak nak bagi hafalan nya hilang
So, apa pendapat cik hamka?
Ps: Sebenarnya, bila dah baca quran hari hari, rasa tak leh nak tinggal takut hafalan hilang. nak baca dalam hati je macam tak best...
JAWAPAN.
walaikumusallam…
Baguslah kau sebab walaupun ada pendapat ustaz yang berkata hadith larangan membaca Al Qran ketika Haid adalah hadith Daif, tapi kau berpegang kepada Takwa..,(nak baca jugak tapi tak best dalam hati dan takut hilang jika tak baca) sebab orang bertakwa, hadith daifpun dia guna dalam kehidupan dan ini adalah perkara yang baik.., bab hadith daif dan takwa aku dah tulis, boleh rujuk di sini dan sini.
Akupun pernah Tanya ustazah masalah bab Haid dan baca al Quran,, dan jawapan yang paling aku suka adalah:
Jangan baca sebab nabi dah larang, tapi dalam kaedah pelajaran, iaitu jika SEDANG dalam proses menghafal, maka boleh baca hafalan ulangan tapi tak boleh baca hafalan baru dan jika seorang hafizah yang mantap dan sudah lama:-tak boleh, untuk hafizah yang baru sahaja.
Faham?
Senang kan?
Tapi, aku nak tambah jugaklah satu nasihat buat korang yang sedang haid, yang rasa tak boleh nak tinggal bacaan sebab takut hafalan hilang..
Pendapat aku, korang lupa pada hafalan Al quran bukan kerana korang tak baca Al quran ketika haid, tapi kerana dosa dosa yang korang buat sepanjang haid, maka moralnya adalah, jangan buat dosa-dosa ketika haid (atau pun ketika bukan haid). InsyAllah. ..Hafalan tak hilang.
Sekian.
Ok, pergi dulu, nak 'hantar mayat' jap..
Ps: yang tak ada haid pun jangan buat dosa.. : )
Feb 9, 2010
Saya Takut Hantu?
Dalam satu majlis makan malam bersama sanak saudara, seorang budak yang berusia 5 tahun kelihatan baru selasai makan-makan, lantas cuba beredar begitu sahaja namun telah dicegah oleh ibunya.
Perkara ini terjadi adalah kerana: meninggalkan meja makan dengan sisa makanan di dalam pinggan adalah tidak elok pada pandangan mata, bagus sekali ajaran si ibu, lalu di arahnya budak 5 tahun itu membuang sisa makanan ke dalam tong sampah di dapur,
Malangnya si anak enggan kerana dapur agar jauh dan lampu di dapur pula agak suram, si ibu terus jenggilkan mata lalu anaknyapun dengan berat hati mengambil sisa makanan dan berjalan dalam keadaan teragak-agak menuju tong sampah yang terletak di dapur yang lampunya suram, kelam dan seram…
Sebaik si anak itu tiba hampir satu meter di sisi tong sampah, terus anak itu menjadi pantas membaling sisa makanan ke dalam tong sampah, dan cabut lari sambil menjerit “Hantu!!!!”
Semua orang dimeja makan ketawa melihat telatah budak itu, almaklumlah, mana ada hantupun, tapi mungkin sebab budak tu dah biasa ditakutkan dengan hantu, itu yang jadi Nampak ‘kelakar’ tu..
Tapi aku rasa tak kelakarpun, malahan aku tak gelakpun.., apa yang kelakar sangat dengan melihat telatah seorang budak yang takutkan hantu..,?
Orang yang ketawa pada budak yang takutkan hantu biasanya adalah hantu juga..,
Lalu aku suruh pula anak aku simpan pinggan aku dan pingganya di dapur, dan anak aku, yang berumur 4 tahun selamba pergi ke dapur, buang sisa ke dalam tong sampah, letak pinggan dalam singki, basuh tangan, dan beredar siap menyanyi lagi.., lalu timbul soalan:
Kenapa anak aku tak takut pada hantu?
Sebab aku ajar anak aku supaya takutkan Allah sahaja, (dan juga takut sama aku), Alhamdulillah, setakat ini ajaran aku berkesan.., semua dengan kehendak Allah juga..
Sejak dari kecik lagi, aku dah bagitahu pada anak aku bahawa hantu itu tidak wujud, malahan, aku tak pernah cerita hantu pada anak aku dan larang siapa-siapa yang berdekatan dari menyebut-nyebut tentang hantu, dan jika ada hantu yang menjelma, siaplah aku kerjakan!
Aku juga ajar anak aku agar tidak takut kepada gelap, untuk itu aku buat ujian ‘seekers’ iaitu dengan meletakkan mainannya di bilik belakang, tutup semua lampu. Lepas tu aku duduk bahagian depan rumah dan arahkan anak aku, sorang sorang pergi ambil mainan dalam bilik belakang yang gelap, siapa yang berlari di kira gagal (kena pukul), siapa yang menjerit dan menangis juga di kira gagal.., (aku terajang) dan alhamdulillah mereka berjaya mencari mainan dalam rumah yang gelap (di bilik belakang pula tu) tanpa menjerit, menangis atau takut…
Maka senanglah aku tidur berasingan dengan anak anak aku, dan jimat bil letrik sebab anak aku memang suka tidur dalam gelap, kalau bukak lampu, mereka akan merayu agar di tutup, ok.., jimat letrik dan dapatlah aku beramaradana dengan isteriku tanpa perlu bimbang anak ternampak adegan yang teringin orang bujang lihat, dan itu cerita lain…
Ada jugak jam tiga pagi aku pergi bilik air bukak lampu untuk mandi wajib, sekali terlihat lembaga sedang mencakung atas tandas duduk, ingat toyol ke apa?, sekali anak aku daa, selamba berak sorang sorang di malam hari tanpa ganggu ibu bapa, (nasib baik aku tak berbogel masa tu).
So, banyak kebaikkannya bila anak tak takut hantu dan tak takut gelap, jimat bil letrik apa?!
Cuma bila anak aku dah besar, maka dari pengalaman di tadika dan kesan bergaul dengan anak anak jiran serta anak saudara, anak aku dah tanya aku akan apa itu Hantu?
Tapi memang aku dah agak, lambat laun anak aku akan tanya soalan sebegini,
Pada mulanya aku cakap hantu tu macam kucing, so, kucing?, apa nak di takut? tapi bohong sunnat tu cuma berkesan sampai umur 4 tahun jer, dah masuk tadika, anak dah tahu apa beza kucing dan hantu ,maka terpaksalah aku cari teknik lain untuk betulkan yakin anak aku, lalu aku terangkan bahawa hantu itu takde, apa yang mereka cerita dan nampak itu adalah ‘orang sakit’, seperti sakit muka, sakit kaki, sakit perut dan sebagainya…
Dan aku memang tak bagi anak aku tengok cerita hantu, Cuma kadang kadang tu bila muncul hantu dalam TV punya iklan, aku akan cakap kat anak aku, itu orang sakit, yelah, bila muncul hantu dengan mata terjulur keluar, aku cakap kat anak aku bahawa itu orang sakit mata, jatuh motor.., kalau ada hantu dengan taring dan siap ada darah, maka aku cakap itu orang sakit gigi, sebab tak gosok gigi, jika ada hantu dengan muka buruk, aku cakap itu orang sakit muka, kena api, main mancis! Woha!
Dan dengan konsep ‘orang sakit’ ni, aku tengok anak aku tak jadi macam anak saudara aku yang lain, malam malam tak menangis nak kencing, tak takut tidur dalam gelap atau tidur sorang-sorang dalam bilik, Alhamdulillah, Malahan, anak aku juga jadi teruja bila aku bawak mereka ziarah orang sakit, mereka nak tengok orang sakit yang mata terjulur keluar, atau muka buruk, tapi aku cakap, orang sakit cam gitu tu tak boleh tengok sebab doctor dah bungkus tak nak bagi darah keluar, jadi mereka hanya dapat tengok orang sakit takde kaki atau sakit biasa-biasa jer…
Tapi anak aku sekarang dah darjah satu, dan konsep ‘orang sakit’ tak sesuai untuk hantu yang terbang dalam TV, atau hantu yang tiba tiba boleh ghaib, lepas tu ada “ceplos” lagi.., di tambah lagi cerita dari kawan kawannya yang menonton cerita seram dan bercerita sama anak aku, so anak aku, Tanya lagi, tak kan orang sakit boleh terbang? Tak kan orang sakit boleh magic (sekajap hilang, sekejap menjelma), atau boleh menjadi asap, boleh bertukar rupa dari perempuan cantik kepada lembaga hudoh..,
Maka, untuk atasi masalah ni, aku terangkan pada anak aku tentang dunia filem.
Sebagai contoh, sebelum ini anak aku memang suka tengok filem Dinasour, Jurassic Park, jadi.., kebetulan dalam DVD ada part “The Making” maka ada dokumentari tentang bagaimana Steven Spielberg ‘cipta’ dinasour, robot, CGI, Pupppet dan lain lain.., anak aku cukup teruja tengok “the making” sampai ulang tengok lagi,
Terima kasih jugak kat PetroSains yang aku pergi baru baru ni di bangunan Yayasan Pahang, ada satu Dinasour yang tiada kulit, nampak kaki dan tangan yang di buat dari robot, siap ada remote untuk pengunjung gerak gerakkan, maka anak aku dapat belajar bahawa apa yang mereka lihat di TV adalah “kesan kkas” (special Efect) dan tahulah mereka bahawa, dinasour, raksasa, ultraman, superman, ceplos, hantu, dan lain lain, semuanya adalah tipu, semua itu adalah kesan khas, teknik kamera, hanya lakonan dan tak wujud…
Jadi, anak aku percaya bahawa hantu itu sama tipunya dengan kewujudan Ultraman, dinasour dan lain lain.., semua itu lakonan semata mata..
Syukur Alhamdulillah, bolehlah anak aku teruskan tidur sorang sorang dalam bilik, dan dapatlah aku peluang beramaradana dengan lebih selesa dan sejahtera.., woha!
Oleh sebab itu, jika korang ada anak, ajarlah anak takut kepada Allah sejak dari kecik lagi.., jangan sampai anak kita takut pada hantu jauh lebih takut pada Allah, iaitu bila mereka dah besar, anak remaja perempuan tak takut langsung pada Allah siap pakai seksi-seksi sambil mengaku “akulah makhluk tuhan, yang paling seksi”, siap menyanyi tu!, naduzubillah, tapi bila dengar cerita hantu kopek, terus takut sampai mengigau ngigau dalam mimpi siap ramas kopek sendiri!, macam-macam hal korang ni!
Yang lelaki pulak, selamba tinggal solat, tak takut langsung hinga pakat pakat tinggalkan solat secara berjemaah, tapi bila nak pergi kencing berdiri bawah pokok, terus jadi takut kat hantu jembalang lalu mengaku sebagai anak cucu jin dengan mintak izin pada ‘datuk’ sebab anak cucu nak tumpang kecing berdiri…, bila masa ntah nenek korang kahwin dengan jin? Tak ke Hampeh?
Walau bagaimanapun,
Aku ada jugak masa masanya ‘takut’ pada hantu, ini semua berlaku apabila aku ingin menyelesaikan masalah yang melibatkan formula yang complicated.., sebagai contoh, dalam menyelesaikan masalah elektronik, untuk membaca nilai perintang berdasarkan warna yang berbelang belang, maka aku akan ingat cerita ini:
“Haji Pak Mat Orang kaya Hendak Beli Ubi kayu Putih” yang mana Huruf di hadapan akan mewakili warna nilai perintang iaitu:
Haji = hitam-0
pak = perang-1
mat = merah-2
orang = oren-3
kaya = kuning-4
hendak = hijau-5
beli = biru-6
ubi = unggu-7
kayu = kelabu-8
putih = putih-9
Atau untuk versi English:-
Big = black-0
Boy = brown-1
Rape = red-2
One = orange-3
Young = yellow-4
Girl = green-5
But = blue-6
Very = violet-7
Gently = grey-8
Why = white-9
Woha!
Begitu jugak untuk bab lain, macam dalam bab ugama, rukun kahwin, aku guna formula SISWA..iaitu..
S-Suami
I-Isteri
S-Saksi
W-Wali
A-Akad
Jadi senang! ingat SISWA ingat rukun Nikah!!
Kalau Tok Kadi tanya kelak, tak susahpun..
(Nota untuk Mua’alaf 1: Kebiasan perkahwinan di Malaysia, sebelum Akad Nikah di jalankan, biasanya Tok Kadi(jurunikah) akan bertanya beberapa soalan untuk menguji tahap persedian bakal suami-harap maklum.)
(Nota untuk Mua’alaf 2: tapi ‘rukun’ kahwin di Malaysia bukan 5, tapi enam, iatu SISWAS, tambah satu S lagi untuk Sijil, kerana Malaysia ni, kalau kau kahwin tapi takde sijil kahwin, perkahwinan kau di kira tak sah!! kau nak kahwin kat Siam ke, Golok ke, Pnom Pheh ke, nak kahwin 4 ke, nak kahwin artis ke, ..kena ada sijil.!!! ni undang-undang Negara…kalau tak kena saman kat makhkamah syariah!!!jadi ingat SISWAS ingat rukun Nikah)
Lagi formula yang aku ingat, adalah berkenaan Rukun Haji, “No Way To Speak Chinese Tamil” yang bermaksud Niat, Wukuf, Tawaf, Cukur, Tertib (maaf, bukan racist, tapi aku sekolah melayu memang tak bercakap dalam bahasa asing)
Lagi Formula yang aku ingat, Man Always Remember Love Because Of Romance Only , eh silap, ini formula untuk rokok MARLBORO, sebenarnya: Manusia Akan Ramai Lagi Bila Orang Rogol Orang, eh?!, sama jerr, ini versi melayu… Marlboro jugak, woha!
******
Ok, balik kepada topic, tentang aku yang ‘takut’ pada hantu, ini semua berlaku apabila aku ingin menyelesaikan masalah yang melibatkan formula yang complicated.., dan aku akan takut pada hantu adalah sewatu selesaikan masalah trigonometri, mencari sudut dalam segitiga, mencari hypotenuse dan juga kecerunan…
Bukan setakat “saya takut hantu”, tapi “kakak bela hantu” dan “tok tak bela” juga..
Faham tak?
Sebagai contoh, jika korang nak kena kamilan, 1 per x kuasa dua di tambah dengan satu darab dengan dx, waktu ini korang nak kena keluakan bentuk segitiga dan anggap x bersamaan tangent tita, lalu keluarkanlah formula ini dalam mencari nilai sisi, nila sebelahan dan nilai hipotenus..
Maka waktu inilah aku akan takut pada hantu, lantas terus bibir aku bergerak gerak dengan lafaz “Saya Takut Hantu” , “kakak bela hantu” dan “tok tak bela”
“Saya Takut Hantu” adalah untuk mencari sudut Sinus, Takut untuk Tentang, dan Hantu untuk Hipotenus, manakala untuk cari sudut Kosinus, gunakan formula “Kakak Bela Hantu” yang mana “bela” untuk Bersebelahan, dan Hantu juga untuk Hipotenus, dan akhir sekali untuk Tangen, guna rumus “ Tok Tak Bela”, yang mana Tak untuk Tentang, dan Bela untuk Bersebelahan.. , jadi:-
Saya Takut Hantu: Sinus = Tentang / Hipotenus.
Kakak bela Hantu: Kosinus = Bersebelehan / Hipotenus
Tok Tak Bela; Tangen = Tentang/ Hipotenus
*Tentang=Setentang
*****
Ok, sampai sini dulu, dan sebelum tu aku nak cerita, ada sekali waktu aku tolong adik aku jawab soalan matematik, ketika aku mencari sudut sinus sambil melafaz, “saya takut hantu”, terus anak aku jerit..
“Apalah ayah ni, kata jangan takut pada hantu, tapi, ayah sendiripun takut sama hantu!”
Woha!
Ps: Susah juga nak menerangkan sesuatu kepada mereka mereka yang belum baligh…: )
Feb 4, 2010
Kereta Mayat sudah ada Facebook?
MALAYSIA, 2 Febuary 2010, sebuah blog yang dikenali sebagai www.keretamayat.blogspot.com kini sudah mempunyai akaun Facebook.
Anda boleh ‘add as fan’ di (http://www.facebook.com/keretamayat).
Beliau yang pada mulanya enggan menggunakan Facebook kerana tidak suka terlibat dalam perkara ‘on line’ akhirnya akur apabila di desak oleh para peminat yang dahagakan kasih sayang beliau agar dapat kasih sayang itu, dicurahkan pada halaman facebook.
Hamka yang saya kenal pernah berkata bahawa Facebook itu adalah seperti api yang besar, manakala mereka yang melayani facebook adalah di ibaratkan seperti kelkatu, ini adalah kerana setiap hari ada sahaja bilangan ‘kelkatu’ yang akan bertambah bilangannya ‘mengorbankan masa’ pada ‘api facebook’. Oleh kerana api ini sangat besar maka telah ramai kakitangan kerajaan dan swasta telah terkorban sehingga menjejaskan prestasi Negara.
Walau bagaimanapun, Hamka hari ini juga telah bersetuju menjadi kelkatu apabila beliau sendiri sudah ada akaun Facebook walaupun dari segi teknikal Facebook keremayat itu bukanlah Hamka yang membuatnya tapi di buat oleh salah seorang dari ribuan peminat keretamayat tapi kira Hamka punya jugalah sebab beliau sudah memberi lampu hijau yang seterusnya menukarkan dirinya kepada seekor kelkatu lalu terbang bersama mereka yang lain menuju api facebook.
Hamka, sewaktu di belanja teh tarik berkata, kejadian ini berlaku adalah berikutan tragedi penangkapan blogger aduka-teruna yang menghina Sultan, ditambah dengan kemunculan dua ekor kelkatu lain (setakat ini) yang menyamar menjadi keretamayat dan salah seorang darinya membuat komen tentang BTN di Facebook Anuar Ibrahim sedangkan kelkatu itu bukan Hamka.
“Ini bahaya, saya bukan keremayat facebook tu, mereka kelkatu yang menyamar, saya ada ‘tali pinggang’ ajaib yang lain sebelum bertukar menjadi Mask Rider Kelkatu”
Jawab Hamka ketika mengorek gigi di di sebuah restoran berjenama tempatan satu Malaysia.
Berikut adalah link Fecebook keretamayat yang palsu,
(http://www.facebook.com/keretamayat#!/profile.php?v=wall&ref=search&id=100000570962724)
Anda di galakkan hinggap sebagai kelkatu di fecebook mereka tapi bukan dengan niat bermain api, sebaliknya dengan niat memadamkan api facebook mereka dan menyelamatkan kelkatu lain yang telah terkeliru dan terbakar di sana.
Sebagai pentutup, Hamka yang tewas dan kalah dengan factor persekitaran itu, akhirnya akur lalu membenarkan satu facebook khas dibuat oleh peminatnya sebagai link utama keretamayat dalam menambahkan lagi empayar “nota ugama kepada diri sendiri” yang menjadi rujukan mereka yang suka membaca dan berfikir.
Semalam, (ada lagi, tadi dah penutup) Hamka ketika ditemui selepas solat isyak (gaya lelaki beriman di akhir zaman) yang enggan mengulas isu keremayat facebook kerana sedikit malu menjadi kelkatu telah berjaya dipujuk ke sebuah gerai mamak lalu dirasuah teh tarik akhirnya membuat satu anologi lain daripada ‘kelkatu dan api’ setelah bercakap dengan peminatnya iaitu:
“ Facebook umpama library. Blogspot umpama kilang cetak buku, bila kilang (blogspot)mencetak buku (ambil satu contoh entry keremayat), maka, kita akan hantar ke library (juga dalam bentuk yang sama dengan entry keremayat cuma dalam paparan facebook). Di library (facebook), orang boleh baca ‘buku’ tersebut (entry-entry blog). tapi tuan punya buku sudah tidak boleh edit buku itu. Jika nak edit, mestilah di kilang buku (blogspot) tapi buku yang berada di library tidak berubah (sebab sudah dicetak) Tapi tuan punya buku boleh buang buku tu (buang entry blog kat facebook) dan tidak memberi kesan langsung kepada kilang (blogspot).”
Sementara itu, menurut Hamka lagi, pembaca boleh meninggalkan komen sama ada di kilang (blogspot), atau di library (facebook). tapi, komen di blogspot tidak akan masuk facebook. Begitu juga, komen di facebook tidak akan masuk blogspot, maka bagi sesiapa yang sering gagal atau selalu ketinggalan menjadi ‘first comment’ di keretamayat blogspot, bolehlah mencuba nasib di keremayat fecebook.
Woha!
Ps: Sumber berita adalah bukan daripada Buznama.
Feb 1, 2010
Keretamayat Facebook?
Apa lah korang yang sanggup bakar gereja sebab marah tentang isu kalimah Allah?, Nabi Muhammad SAW ada ajar macam tu ke? Akupun tak setuju orang kapir kata Nabi Isa itu anak Allah, tapi kita kena marah dengan berhikmah, tak perlu bakar membakar, letak kepala babi dan sebagainya, tengok aku, sekarang aku pun sedang marah dengan perkara yang ala ala isu ni, iaitu ada orang guna nama keretamayat dan cari publisiti murahan…
Aku marah! Dulu ada orang buat “keretamayat.wordpress”, aku tak marah sangat, sebab beliau ada maklumkan pada aku, dan isi blog beliau hanya quote ayat Al quran, tak teruk sangat kesannya jika ada orang salah faham atau keliru dengan menyangka keretamayat wordpress itu aku, pun begitu, ada jugak orang email aku tanya, adakah keretamayat.blogspot dan keremayat wordpress adalah orang yang sama? Jawapannya tak.. (aku lebih hensem dan tinggi)
Lepas tu bila aku baca forum yang orang tulis pasal aku, mereka sangka aku adalah salah sorang dari forumer TKO (tranung kite online) sebab aku pernah juga jumpa orang yang guna nickname “keretamayat” dalam beberapa ruangan TKO.., maka penting di sini aku nak bagitahu korang bahawa, aku, jika bagi pendapat, hanya di sini, DI SINI! (di keretamayat.blogspot), atau dari emal keretamayat @gmail.com,
Oleh sebab itu jika korang ada terjumpa nama keretamayat selain di blog ini, yang kutuk kerajaan ke, kutuk sultan ke, kutuk penyu betelur ke, dah tentu itu bukan aku, itu adalah orang lain yang perasan unik atau lebih dramatik, ada agenda tersembunyi lalu sibuk nak guna nama aku sama macam orang kristian Malaysia yang sibuk nak guna nama Allah walaupun orang kristian Negara lain tak setuju sebab nampak macam hempeh sangat jika nak berkongsi tuhan...., dan itu cerita lain.
Tapi,
Korang boleh cakap, bukankah Allah itu tuhan semua orang?, eh, silap?., aku bukan nak cakap pasal isu ni, sambung balik.., korang boleh cakap, bukankah keretamayat itu, ‘kereta’ semua orang? Ikut suka merekalah nak guna nama kereta mayat? tak salahpun...
Yelah, keretamayat ke, papan keranda ke, lutut unta ke, kepala paip ke dan semua benda boleh jer korang pakai, tapi bila dah keretamayat blogspot dah popular, maka mereka yang guna nama kereta mayat selepas aku polular, akan kelirukan pembaca blog popular ini yang setia, akan kelirukan ribuan follower blog popular ni.., itu yang hampeh…
Dan yang terkini, ada orang yang mengaku sebagai keremayat di facebook, ada yang letak gambar kawan naruto, dan yang sekor lagi, sebijik tiru aku, dan lepas tu mengaku peminat Anuar Ibrahim yang sokong kalimah Allah, itu dah bertentangan dengan aku yang tak sokong mana mana pemimpin yang perasan unik, lepas tu boleh pulak keretamayat celup ni ulas isu BTN kat Facebook Anuar Ibrahim.., dan yang paling aku angin, keretamayat celup ni, guna logo sama macam logo blog aku, tengkorak biru, stereng dan tulisan, “semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya” Tak ke Hampeh?!
Lalu terus sahaja pembaca blog popular aku jadi keliru dan email aku yang polpular, apakah benar aku ni penyokong Anuar ibrahim? Aku cakap bila pulak aku buat link dengan ahli politik? Dan., arghh, ini yang aku cakap manusia ni mudah keliru.., sama macam nama Allah, jika orang kristian pakai dalam majalah mereka, dah tentu akan mengelirukan orang ramai., keretamayat blog spot tak sokong Anuar Ibrahim, tapi kenapa keretamayat facebook sokong anuar Ibrahim?, kenapa keretamayat tranung kita sokong Haji Hadi..?
Dah! Cukup sampai sini, kemarahan aku dah sampai ke kemuncak, aku check keretamayat facebook itu dan aku tak jumpa nama beliau, yang aku jumpa hanya lokasi, iaitu di Raub, Pahang!
Ok, aku nak pergi Raub, ada 'kereta mayat' yang aku nak bakar kat sana!.
Woha!
Ps: Siapa yang nak link, takpe tak mintak izin, jangan menyamar sudah.., dan siapa yang dah jadi friends facebook mamat tu dan mamat ni, ketahuilah, bahawa keremayat facebook, adalah bukan aku. Err, mana tangki minyak petrol aku letak tadi?