Feb 27, 2009

Siapa yang bersalah?

(Kisah Aku, Bilal, Ustaz dan pengebom berani mati…)

Nota: 95% cerita ini adalah benar, dan 5% lagi terpaksa di ubah suai untuk menyedapkan jalan cerita. Harap maklum.

Tajuk cerita:
Drama 4 minggu, pi mai pi mai tang tu

Speaker surau itu berkumandang lagi, walaupun bunyi bassnya pecah, tapi para pendengar dapat mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang agak ‘kelakar’.

Kelakar sebab selang dua tiga minit, terdengar suara ketawa ahli jemaah riuh rendah, lepas tu ustaz baca Al quran sikit, lepas bagi ulasan ayat, terdengar lagi suara ketawa ahli jemaah riuh rendah, macam menonton ‘sitcom pi mai pi mai tang tu’ gitu..

Apa yang kelakar sangat?

Setelah kajian berdasarkan pengalaman dibuat, rupa-rupanya, Lawak “bukan tempat sini,.. tempat lain”.. begitu mencuit hati para jemaah, kecuali aku!, aku tak rasa kelakarpun?

Apa yang kelakar bila ustaz cerita keburukkan ummat, dan di penghujung cerita di tambah dengan prosa ayat: “bukan tempat sini, tempat lain”..

Kelakar sebab maksiat tu bukan kat sini?..

Kelakar ke?

Kalau aku ler yang berceramah, aku akan cerita keburukkan ummat, seperti tak gi solat jemaah, lengahkan solat, suka buang masa, dan lain lain, lalu di penghujung cerita, aku akan tambah dengan prosa ayat: “bukan tempat lain, tempat sini”.. ha! Amacam? Nak gelak tak? Tentu tak gelak sebab kena batang hidung sendiri! Tapi tentu aku akan berceramah sorang-sorang sebab korang hanya suka lawak “bukan tempat sini,.. tempat lain”, dan prosa bukan lawak seperti: “bukan tempat lain, tempat sini”.. akan menconteng arang ke muka yang tak sanggup nak gelak..

Lantak korang lah, apa-apapun, cerita kali ni adalah tentang “bukan tempat lain, tapi tempat sini”..

Iaitu ustaz di atas, bila berceramah, banyak meleret dia, akan melepasi waktu azan isyak dan solat isyak akan jadi lewat, sekitar jam 9 suku hingga 9 setengah gitu..

Itu aku tak kisah, yang jadi masalah, bila dah habis ceramah, terus bilal iqamat, tak sempat aku yang ‘tertidur’ nak perbaharui wudhu dengan sempurna, dan dalam kelam kabut, jadi masbuk pulak aku sebab imam baca surah pendek, hampeh betul..

Nota kepada mualaf: Sunnah nabi, bila masuk waktu solat akan di laungkan azan, kemudian nabi akan buat sunnat qabliah, sambil menunggu jemaah mensucikan diri dari sebarang hadas, dan iqamat akan di laungkan setelah semua jemaah masuk saf..

Sambung balik, maka yang hampehnya di sini adalah, dah jadi trend kat kampung aku, bila ustaz ceramah, azan isyak di batalkan, dan jemaah tak sempat nak solat sunnat qalbiah kerana bilal terus iqamat, maka tak sempurnalah pahala solat berjemaah hanya sebab ustaz terlajak ceramah..

Alangkah ruginya pahala 100 mati syahid dalam setiap sunnah dek kerana si ustaz terlajak mengajar ugama, azan isyak dan solat qalbiah yang bertaraf sunnah mu’akad di sia-siakan..

Dan ni bukan tempat lain, tempat sini!.. hampeh betul!

Aku rasa banyak factor ceramah jadi panjang adalah kerana lawak merepek sepanjang kuliah, lawak : “bukan tempat sini, tempat lain”.. yang kerap di ulang, di campur dengan masa jemaah ketawa dan juga masa yang di ambil oleh jemaah tua semput tarik nafas sebab banyak gelak, aku rasa, jika di himpunkan mahu makan 15 minit.. jugak..

Ish…, tak kan lah kerana lawak “bukan tempat sini, tempat lain”.. membuatkan azan isyak dan solat sunnat qalbiah menjadi korban…

Tak patut bukan? Dan ni bukan tempat lain, tempat sini!..

Hampeh!

Jika zaman nabi Muhammad SAW dulu, pernah ada orang yang ganti Bilal bin Rabah r.a, seorang sahabat yang berkulit hitam merangkap mu’azin masjid Nabawi.., alasan orang tu nak azan adalah kerana factor suara beliau lebih merdu berbanding bilal..

Lepas solat, turun Malaikat dari langit lalu bertanya, kenapa tak azan hari ni? Sebagai ‘perli’ kepada orang yang tidak ikhlas azan dengan niat menunjuk nunjuk kerana suaranya tidak sampai ke langit…

Teruk kan orang tu?, perasan suara bagus, azan merdu tapi malaikat tak dengar..

Dan ini “bukan tempat sini, tempat lain”..

Tapi, kat kampong aku, penduduk langit tak dengar azan isyak bukan sebab bilal tak ikhlas, atau speaker rosak, tapi sebab memang bilal tak azan kerana ustaz ceramah terlajak 15 minit.., hampeh betul!

Ni bukan tempat lain, tempat sini!..

Lepas solat isyak tu, tiba tiba muncul lembaga berserban hitam dan berjubah putih, dari raut wajahnya, aku tahu beliau bukan orang melayu, tapi orang arab, apatah lagi bercakap arab.. arggh, malaikatkah ini?

Tapi sebab aku tak pandai cakap arab, aku jawab soalan beliau dalam bahasa English, dan mendengar aku bercakap dalam bahasa jajahan komenwel, terus ‘malaikat arab’ tu ulang balik soalan dalam bahasa English slang Arabic..

“Why, no azan isyak ya sheikh Hamka?”

“I don’t know, but always like this, maybe all of them perasan sibuk..

“What is perasan sibuk ya sheikh Hamka”

“something like musa’qqah or takazzar”

“MasyaAllah.., save me from perasan sibuk”

“so, let go to Ta’am”

“Garam Chai”

Apa-apalah, aku tokok tambah sikit perbualan tu sebab aku dah lupa dalil yang ‘malaikat arab’ tu bagi, rupa-rupanya, Pak arab tu bukan malaikat, tapi jemaah dakwah dari Sudan yang beriktikaf kat kampong aku..

Pendek cerita, kesan dari semangat ‘malaikat arab’ tadi yang menjalar ke dalam tubuh, aku call ustaz tu lalu bagi ceramah kat ustaz..

Aku bagitahu ustaz, bahawa tak elok kerana ceramah yang merepek serta lawak “bukan tempat sini, tempat lain”.., maka membuatkan azan isyak dan solat sunnat qalbiah menjadi korban… bla bla bla.. Satu sunnah bernilai 100 pahala mati syahid bla bla bla.. Ni bukan tempat lain, tempat sini!.. bla bla bla.. perasan bagus setan cucuk jarum.. bla bla bla..

“itu bukan salah saya, bilal yang iqamat, saya kena ikut penduduk kampong…”

Ustaz tu bagi alasan pulak, tapi aku masih tabah gigih..

“ustaz cakaplah kat mereka, insyAllah, mereka akan dengar..

“Baiklah, saya akan cakap pada mereka dalam kuliah minggu depan”

“terima kasih ustaz”

“anytime”

End Part 1.

*****

Seminggu kemudian…

Speaker surau itu berkumandang lagi, bunyi bassnya masih pecah, tapi para pendengar dapat mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang masih ‘kelakar’.

“ada orang tu, dapat memantu, masa interviu, menantu cakap, tak pandai berjudi dan pergi masjid tak berhenti henti..”

Ustaz berhenti sekejap, minum air dan teruskan bercerita…

“tapi lepas kahwin, menantu setan rupanya, sebab suka berjudi dan tak pergi langsung ke masjid, lalu pak mertua tanya menantu: dulu cakap tak pandai berjudi dan pergi masjid tak berhenti henti.. kenapa jadi lagu ni?”

Ustaz sambung lagi cerita.., “Menantu cakap, tak pandai berjudi sebab kalah selalu, dan tak berhenti pergi masjid sebab lalu sahaja…”

Jemaah pun ketawa..

Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”

Jemaah ketawa bertambah kuat, aku sorang jer tak ketawa, sebab aku lelaki macho, aku susah nak ketawa sambil tidur.., betul tak? Aku terjagapun sebab terdengar para jemaah yang gigih ketawa macam menonton ‘sitcom pi mai pi mai tang tu’

Nota: duduk bersila sambil tidur adalah kebolehan semula jadi aku, harap maklum.

Aku jeling jam, dah hampir waktu isyak, aku jeling ustaz dengan muka serius, walaupun lawak ustaz masih menguasai suasana, tapi aku serius, ustaz faham, dan mula ubah topic..

“saya nak tegur sikit bilal surau ni..” kata ustaz..

Aku pendekkan cerita, lepas ustaz tu cerita tentang pentingnya azan, dan solat sunnat qalbiah, maka semua mata bertumpu kepada bilal, macam bilal seorang jer yang bersalah.., lalu bilal yang merah padam muka menjerit mempertahankan diri.

“saya ikut amalam arwah bilal lama, dari dulu lagi amalan macam ni, lagipun, AJK surau, imam dan pengerusi tak pernah tegurpun, ini bukan salah saya”

Suasana jadi sedikit tegang, ustaz cuba jelaskan bahawa itu bukan kesalahan bilal, tapi imam dan AJK surau mengelak tanggungjawab dengan meletak kesalahan di bahu bilal seorang..

Relekslah bilal, bukan salah kau, tak payah perasan bersalah.., tak payah nak emo, azan sahaja, kata aku dalam hati sebab malas campur urusan orang tua..

Malam itu, ceramah lewat seperti biasa, tapi dan ada azan, Alhamdulillah, dan ada solat sunnat sebelum isyak, namun.., malangnya, azan di azankan oleh orang lain kerana bilal tu perasan disalahkan lalu bengang serta emo, ish.. macam budak budak..,

Ni bukan tempat lain, tapi tempat sini!..

End of Part 2

******

Seminggu kemudian…

Speaker surau itu terus berkumandang lagi, dan bunyi bassnya masih pecah, tapi para pendengar terus mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang ‘kelakar’ selamanya..

“ada orang tu, masa nak kahwin, saya tanya dia, boleh baca qunut tak? Dia kata boleh, saya suruh dia baca qunut panjang, dia pun baca.. quuuuuuuuuuuu nuuuuuuuuuuuut!

Jemaah pun ketawa..

Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”

Jemaah ketawa bertambah kuat, aku sorang jer tak ketawa, sebab aku lelaki macho, aku susah nak ketawa sambil tidur.., betul tak? Aku terjagapun sebab terdengar para jemaah yang gigih ketawa macam menonton ‘sitcom pi mai pi mai tang tu’

Ustaz berhenti sekejap, minum air dan teruskan bercerita…

Lepas tu saya suruh baca qunut pendek, dia baca: qnt!

Jemaah gelak,

Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”

Jemaah bergelak ketawa bertambah gigih, dan baru aku perasan, ada dua orang yang tidak terkesan dengan lawak ustaz tu, iaitu aku dan bilal…

Aku di maafkan tidak terkesan dengan ketawa sebab bakat semula jadi aku adalah tidur sambil bersila, tapi kenapa bilal tu tidak ketawa sedangkan beliau tidak kelihatan seperti bangun tidur, malahan, matanya bulat seperti bebola api ketika pesta sarkas..

Aku jeling jam, lagi seminit nak masuk waktu isyhak, aku jeling ustaz dengan muka serius, walaupun lawak uztaz masih menguasai suasana, tapi aku serius, tapi ustaz tak pedulikan aku, terus turut ketawa dengan lawak sendiri, tiba tiba, bilal bangun, terus berdiri tepi ustaz dan azan!

MasyaAllah, semua orang tergamam, sedang rancak ketawa, bilal terus melaungkan azan sedangkan ustaz tu belum tutup majlis ceramah, imam jadi malu, AJK surau jadi malu dan ustaz tu pulak yang bengang..

Ni bukan tempat lain, tapi tempat sini!..

Oleh sebab bilal dah azan melantunkan seruan sembahyang, suasana terus menjadi tegang, dan bilal terus solat sunnat, dan ustaz terpaksa habiskan ceramah…

Lepas tu solat dan berakhirlah cerita…

Ni bukan tempat lain, tapi tempat sini!..

End of Part 3

********

Seminggu kemudian…

Speaker surau itu tetap berkumandang seperti malam malam yang lalu, dan bunyi bassnya sudah tidak pecah lagi, di tukar speaker baru setelah tabung masjid mencapai target, dan dapatlah para pendengar mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang gigih ‘kelakar’

“Orang arab makan, banyak.. sekali,.. tapi, orang melayu makan, banyak.. kali”

Jemaah pun ketawa..

Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”

Jemaah ketawa bertambah kuat, aku sorang jer tak ketawa, sebab aku lelaki macho, dan aku toleh kiri kanan mencari orang orang yang susah ketawa macam aku, tapi takde, bilal pun takde, mana bilal ni?

Rindu pulak rasanya…

Lepas solat isyak, baru aku tahu rupa-rupanya, bilal tu dah kena pecat sebab malukan AJK surau dan Ustaz…

Macam-macam hal, orang yang selalu ke masjid pun boleh gaduh dan boleh perasan disalahkan, dan boleh pulak buat keputusan yang bodoh bangang, apatah lagi orang yang tak ke masjid… oh!

Apa nak jadi dengan orang islam sekarang ini?

Dan ini bukan tempat lain, tapi tempat sini!..

End of Part 4

*******
Moral of the story:
Siapa yang bersalah dalam cerita ini?,
  • Bilal yang perasan di persalahkan lalu emo?,
  • Ustaz yang tak prihatin kepada sunnah dan tak hikmah menegur?,
  • Imam yang bengang?
  • AJK masjid yang memboikot bilal?
  • Pendakwah dari arab yang menyuntik semangat cintakan sunnah ke dalam dada aku?
  • Orang yang tidur sambil bersila?
  • Speaker surau yang pecah?
  • Pemuda Umno?
  • Pengerusi DAP, Karpal Singh?

Arghh, dah start nak mengarut, akupun tak tahu siapa yang bersalah, korang buatlah penilaian masing-masing, apa-apapun, Aku dengar cerita sejak bilal tu kena boikot, bilal tu pun dah tak gi solat jemaah kat surau tu.., hampeh betul..

Aku pelik, kita jika bergaduh kat tempat kerja, esok masih datang kerja sebab semua faham, tak kerja tak dapat duit, atau gaduh kat parlimen, esok masih datang sebab faham tanggungjawab, tapi bab ugama, bila bergaduh, terus tak datang masjid, tak ke bodoh? Tak ke bangang? macam budak budak..

Akhir kata, Akupun dah pindah dari kampong tu sebab dapat kerja lain, dan tak tahu apa sudah terjadi pada mereka, dan kepada bilal, aku harap, kau jangan jadi pengebom berani mati.

Sekian

Ps: . Oleh sebab aku dah tak duduk situ, maka.. ini bukan tempat sini, tapi tempat lain!.. woha!

62 comments:

Anonymous said...

haha 1st comment
mantap ar aku

ak rase ko la yg salah hamka

Cik Muya said...

first time komen disini..
first komen dientry ini..
first time nmpak ada kesilpan perkatan: sunat qobliah bukan qalbiah :)
tp bukan first time dtg sini.

Aishah Nur Hakim said...

erk..ini kesengalan yg nyata~

azharjaafar said...

Kepakaran kau 'tidur sambil bersila.'

Kepakaran aku,'teruskanlah berbual-bual (dengan kuat dan rancak) di sisi aku yang nak tidur.' (sebab aku tak terkesan dengan perbualan kamu)...

Unknown said...

Salam

Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam"

Mazhab Hanafi:Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.

Mazhab Hanbali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.

(diambil dari laman web ustaz nie)
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Irbid, Jordan
18 Jun 2003

bagi saya, sepatutnya en hamka perlu jumper ustaz dan bilal duduk bertiga berbincang mengenai perkara tue sebelum telefon ustaz tu marah2 dier. bercakap dengan nada bertanya dan lemah lembut bukan marah2.

kemungkinan disebabkan en hamka, ustaz tu terasa dan bagi teguran kat bilal. bilal pulak kecit ati pulak.

trus trang, sy kembali kepada ajaran Islam keran dengar ceramah ustaz ismail kamus yang "kelakar". tmpat sy study dulu (sabah) ramai org Islam murtad kerana pendakwah terlalu tegas. dorang da kapir btaun2, tiba2 tak bleh minum arak, tak bleh bela anjing sumer. memangla susah. Islam dulu pun masa zaman nabi berperingkat2 kan.

bg saya lagi, lagi bagus ceramah kelakar-org ketawa-tapi masjid penuh daripada ceramah serius-org xsuka-masjid xder org.

bukan sumer org tinggi Iman, hebat amal & berilmu cam en Hamka.

bersederhanalah

janganla lagi ckp org bodoh en hamka. kiter tak tau lagi nasib kiter kat sana. mana tau org yang en hamka kater bodoh tu masuik syurga tapi kiter tak.

en hamka suker ikut sunnah nabi kan? nabi tak ckp org len bodoh pun.

cara penyelesaian bg masalah azan lambat nie camnie.
caramahlah then sampai isyak, berenti kejap supaya bleh Azan. then sambung balik. masjid tempat saya uat camtu, ok jek. takder gaduh2 pun. kalaula bagi pandangan Allah, en hamka yang bersalah dalam hal ini yang menyebabkan orgt surau berkecit ati, bilal tak datang. camner ek. tak taula nak ckp, en hamka lagi pandai dari saya, ustaz tu, bilal, serta sumer ahli surau kecuali malaikat pak arab (yang belum tentu mati dalam ISlam)

Islam itu mudah tapi kiter jangan ambil mudah dan memberatkan die lagi.

Wallahualam hurm....

Syukri Someone Something said...

dalam masjid bley gelak ketawa ke?

Anonymous said...

Ada sahabat bersembang dgn suara kuat dalam masjid rasullulah marah sgt2 sehinggakan wajah baginda sprt delima!
klu ketawa?klu gelak? xpe k?

Anonymous said...

ustaz tu kelakar, kau pun kelakar..

kat surau dekat umah aku, ceramah melewati lebih sikit waktu Isya' tapi bilal masih azan, masih boleh solat sunat...

tapi masa tu dah tinggal 1 saf saja..

hamka said...

raja

bila aku baca balik, aku rasa.., aku yang bersalah dalam bab ni..

Semoga Allah ampunkan dosa aku dan semoga korang tidak mengulang keselahan yang aku lakukan.. oh!

-------------
Cik Muya

Ada masa panjang sikit, aku edit.., perasan sibuk ni..

----------
aishah_conteng_je

aku ketingalan pengunaan kata kerja 'sengal', oh, kita tak sezaman..

-----------
azharjaafar

Aku bila tertidur, patut dah tak payah ambik wuduk sebab tidur sambil bersila, tapi kawan aku kata aku kena perbahrui wudhu sebab mereka dengar macam bunyi kentut, susah tau nak kentut sambil duduk!..

-------------
anak kucing

terima kasih anak kucing, ya, aku mengaku bersalah, aku pohon semoga Allah ampunkan dosa aku dan jadikan ini sebagai pengajaran..

dan apa mazhabpun, awal atau lewat mereka solat, yang penting azan dan solat sunnat sebelum solat..

bagi aku tak kisah nak ‘kelakar’, tapi jangan tinggal sunnah Nabi…

dan aku akan belajar bersederhana…

bab bodoh atau jahil.., boleh tak ajar aku potong ayat tu tanpa padamkan ayat tu, buat satu garisan macam potong dengan pen, aku tak pandai, huh, bodh IT jugak aku ni, tolong ajar aku!

-----------
Syukri Someone Something

Tanya ustaz kelakar.

-------------
Faz.

Satu saf, itulah penyakit perasan sibuk.. oh!

Aku kelakar, Ahli parlimen lagi kelakar!

.: ainulyaqeen :. said...

Salam..

Kes tegur-menegur di kalangan orang kita mmg susah nak terima dgn hati terbuka sebab perasan baguslar gamaknyer..

Namun org yg menegurpun kena tau sape yg ditegurnye.. nak direct atau kene diplomasi, nak kena jg hati org supaya dia x cop org yg menegurnye tu ‘perasan bagus’ plak..

Teguran berhemat dari bosku..
“hallo.. today got collection meh? brape bleh masuk lg, b4 5 can meh? Tolonglehh, we need another $$$ bla..bla..bla.. no money for salary also lohh.. please hahhh..”

hu..hu.. keja-keja.. peace!!

Ibn HAJARS said...
This comment has been removed by the author.
Marie said...

hanya Tuhan yg tahu siapa yg bersalah..kita semua hanya manusia biasa..

bro, kalau nak potong ayat tanpa padamkan ayat..taruk html tags just tukar huruf b, i or a tu jadi s kat awal & akhir perkataan yg nak dipotong mcm guna pen (strikethrough)

contoh ni ada space, kalau nak guna dlm blog buang sumer spaces : type < s > perkataan yg dipotong mcm guna pen < / s >

Anonymous said...

hehehe...

salam,,,kelakar la awk ni encik hamka..terhibur saye membaca post tersebut..

tapi betul le...saye rasa salah encik hamka jugak...salah pak arab,,,salah tok imam...salah ajk masjid...salah qariah masjid...

semua salah la,,,,

tapi yang paling salah sekali,,,orang yang x pernah rasa salah..

orang yang rasa dirinya x berdosa, kerana tidah pernah melakukan kesalahan adalah amat berdosa...kerana ujub dan takbur...

orang yang rasa dirinya amat berdosa..kerana dirinya banyak melakukan kesalahan,,,adalah orang yang tidak berdosa...(kerana dosanya sudah diampun kan Allah, bila dia merasakan demikian)

p.s:
Seorang hamba tidak akan bertaubat, melainkan Allah menyediakannya keampunan akan dosanya terlebih dahulu.....

(taubat dalam ertikata taubat nasuha)

limaumaniss said...

uik,,jadi tempat blaja it lak kt sini....huhu

The Spiral Eyes said...

apakah ustaz itu lebih utama dari Nabi mu?

MZ said...

eh betul la.
kat tempat saya selalu sangat ceramah sampai lewat isyak.
kadangkala sampai kul 9.30.

org kat rumah selalunya akan cakap camni "eh pukul berapa dah ni?"
"isyak masuk kul bape ha?"
"dah azan ke tadi?"

jadi,
kalau sebab ceramah itu lewat bukan shj org kat masjid xleh buat sunat qobliah atau termasbuk,

tetapi jugak di sini ingin dinyatakan bahawa
ia akan menyebabkan orang lain akan lambat sembahyang.

sebab xde azan.

maklumlah, azan Isyak kat TV mana ada kot.
eh ada ke?
x pasti.

well, tempat lain yg ustaz tu maksud kan ialah kat tempat sini.
agaknya..

saya ingin menyalahkan ustaz tu.
x kira.
ahaks.

saya memang budak baru belajar.
tegur la ye.
hehe.

Unknown said...

salam abg hamka

sblm apa2, tq sgt ajar saya agama dlm blog abg nie. banyak yang saya belajar. terutama tntg mengingati mati.

Nabi pun selalu pesan banyakkan mengingati pemusnah kelazatan (mati)

sy ingat lagi abg hamka tegur umat islam jangan doakan kehancuran musuh tetapi doa kepada Allah agar musuh dapat hidayah. (urm dlm entry yg maner satu ntah)

apkata, pasnie kalu abg hamka marah, abg doakan dorang tu diberi petunjuk oleh Allah swt

cthnya org2 yang tak mau solat (cam saya dulu) abg trusla tulis semoga mereka diberi petunjuk jalan yang lurus.

hehehe ni sumer pun abg hamka yang ajar saya melalui blog nie. sy ulang tayang jek balik.

sy cdgkan lagi abg pegi jumper pakcik bilal tu sebelum abg hamka nek keta mayat (bukan pemandu). nnti susah nak mintak maap

semoga sy, abg hamka, dan sumer pembaca blog nie diberi petunjuk oleh Allah swt.

Wallahuallam

Anonymous said...

Itulah. Aku pun selalu juga dengar frasa itu.

Err... Bass speaker surau yang aku singgah hari itu pun pecah juga. Bukan di sini la, tapi di tempat lain.....

Syukri Someone Something said...
This comment has been removed by the author.
Syukri Someone Something said...

Ada sahabat bersembang dgn suara kuat dalam masjid rasullulah marah sgt2 sehinggakan wajah baginda sprt delima!
klu ketawa?klu gelak? xpe k? --> 2 la x brape nak sesuai ceramah dibuat dlm mesjid..wat la kat umah penghulu ke,ketua kg ke,.. yedak? hehe

hamka said...

ainulyaqeen

aku lupa nak cerita satu part, dah banyak kali gak orang tegur bilal supaya azan dulu, baru iqamat, tapi bilal tu cakap:

“ustaz tak larangpun..”

Itu yang aku angin satu badan tu..

----------------
marie

< / s >bodoh< / s > aku buat camni, betul ke? Tapi tak jadi..

aku tak faham lagi.., slow aku bab duniawi ini, (bab akhiratpun slow gak..oh!)

tolong terang biar aku paham!

-----------
ibnuismail

terhibur bila “bukan tempat sini, tempat lain”
tapi akan tak terhibur bila “ tempat sini, bukan tempat lain”

hehehe...

----------
limaumaniss

kalau pandai, tolong ajar aku, lembab gak aku ni..ish..

-----------
The Spiral Eyes

Sape nak jawab nih?

--------------
an2blur

aku yang salah!

-----------
anak kucing

aku ada doa, dan dah suruh orang lain jumpa bilal tu..

: )

-----------
BP

Woha!

------------
Syukri Someone Something

Dulu, masa Nabi ceramah, banyak orang menangis, sekarang susah nak cari ceramah menangis.. oh

Syukri Someone Something said...

nikmatnya kalo dapat menangis kerna tuhan...

Anonymous said...

siapa yang bersalah? tanya diri sendiri...

Anonymous said...

This post has been removed by the author.

Anonymous said...

baru2 nie ade jemaah tablgh dtg kat surau ana..
then pas satu solat ni leader die bagi bayan
die citer "(sahabat nabi yg ana x igt namenye) baling batu kat org yg ckp kuat2 dalam masjid"

mcm ni la kowt bunyinyer
hehe~

Anonymous said...

masa budak2 aku penah kene pelempang ngan ayah aku sebab azan masa ustaz tgh ceramah...

Abu Zuhair said...

Askm Ust Hamka..

benarkan saya panggil ust ye..
x nak komen pasal sapa yg salah atau benar, org kata yg benar tu hak yg salah tu batil... betul ke ayat ana ini?

cuma tersentuh pasal dengar ceramah n menangis.. ku idamkan saat begitu, ku rindu cerita syirah dan janji Allah dan Rasul..

sekarang ni susah la nak cari, cuma nak kongsi pengalaman la,

1) tahun 2006 kalau x salah, ana solat raya korban kat surau sek 13 S.Alam, (surau tp boleh solat jumaat, cuma x naik title masjid je, katib baca khutbah pasal khutbah terakhir nabi, boleh kata 50% jemaah menangis la, katib tu siap terbehenti sebak. syukur ana pun antara yg sebak, (biasanye khutbah raya start saya dah sampai rumah, hehehe...)

2) solat jumaat 3 minggu lepas kat ttdi jaya S.alam (kalau x salah 3 minggu lepas, ana ni pelupa, banyak sgt tgk benda maksiat kot, x pun makan benda x bersih, hati jadi kotor... ada sesapa yg tau mcm mana nak bersihkan hati tak) katib baca khutbah pasal penderitaan rakyat palestin.. ramai yg menagis gak, tu pun nazir masjid tu cerita kat ana, ana pg solat kat masjid unta sek 18.

ceramah, setakat ni blum ada pengalam lagi, ust hamka mcm mana

salam perkenalan
Abuya Adam Zuhair
Advisor KerepeKuSuka

Tujuh Kaki Dalam said...

kat tempat aku lagi best hamka.

sebab seorg hamba Allah yg jd siak secara tak rasmi kat surau ini tegur imam pasal iqlab dia tak betul (imam tu ajak tadarrus.tapi aku tak join.malas.kawan aku yg join) terus imam tu buat mesyuarat tergempar suruh kunci surau.

habes kaki2 iktikaf di surau

habes kaki2 tahajjud di surau (mostly bujang).

habes sekarang azan dah tak perfect 5 waktu.

dah takleh buat amalan mcm dulu.

korang pk la.

imam tu!!

oh ya.

masa mesyuarat pengerusi surau tak setuju tapi dia tekan syor dan bawa kroni (ahli2 ajk yg jarang dtg surau.dtg masa ada Yb atau kadang2 semasa baca yasiin atau mungkin kdg2 masa ada masalah) untuk sokong syor dia.

apa punya tuuurrrr daa!

imam tu!!

anonymous said...

apabila kamu mengenal al-haq, maka tiada bagimu yang benar, melainkan dia.

kata SAQJ dlm fathu rabbani, ada 4 perkara yang boleh melenyapkan agamamu.

(1) kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui.
(2)kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui.
(3)kamu tidak mempelajari apa yang tidak kamu ketahui sehingga kamu tetap bodoh selama-lamanya.
(4)kamu melarang manusia untuk mempelajari apa yang tidak mereka ketahui.

untuk si ustaz, dan sekalian kita:

asal kejadianmu dari mani yang hina, dan akhir kehidupanmu adalah bangkai terbuang. lalu apakah yang menjadikan kamu lebih mulia dari yang lain?

anonymous said...

oh aku nak tambah sikit.

kita selalu melihat sebab, tetapi lupa kepada PENYEBAB.

manusia hanya "menyampaikan" ilmu, tetapi tidak pernah memberi. yang beri kefahaman, hanyalah ALLAH s.w.t. jadi, tunaikanlah hak yang Memberi, semoga dengan menunaikan hak Nya, jadilah ilmu itu, ilmu yang bermanfaat.

jgn plak ustaz tu ingat, dia dpt beri kefahaman dgn explain lebih-lebih, sehingga melewat-lewatkan solat, dan tidak azan.

p/s: mcm pro hamka plak aku ni. (OHOHOHO)

Fatimah Az-Zahrah said...

assalamualaikum wbt..
hmm ilmu saya x sampai tahap boleh beri komen terhadap cerita abg hamka..tapi alhamdulillah banyak ilmu dapat saya temui dari komen2 pembaca sekelian. sesungguhnya saya seorang yg jahil..susah menafsir sesuatu situasi yang sebenarnya tak betul tapi saya rase tiade apa2.walhal ada yg tak betul disitu.dengan menceritakan keadaan yang sebenar berlaku dikalangan kita dapat la saya mempelajarinya pelahan2.moga Allah merahmati kita semua dan diberi hidayah-NYA.

narumi aizawa said...

salam..
bro hamka,
solat sunat qobliah (sebelum) la,
bukan qolbi-ah (hati),
heheeee..

LeezhaRahim said...

Hamka Hamka Hamka...kelakar pun ader sedih pun ader..tp tk per la..at least ko mengaku jgk rasa bersalah dalam hal ni..hehehehehe...(saja gelakkan ko,tp tak tau kenapa..)

Cerita ko ni mmg berlaku maner2 pun... pasal nak memakmurkan masjid dgn kater lain nak meramaikan org ke masjid atau surau..ceramah dengan lawak2 tu ok...dalam lawak2 pn ader org duduk tertidur...lagi kalo lurus jer..mahu baring berdengkur...

tp...aku pernah jer menangis masa dengar ceramah...aku rasa gaya penyampaian yg penting..intonasi..dan tone suara tu penting...hehehehe...

Apa pun post ko kali ni aku terhiburlah...bt aku tersenyum...dan tersenyum...macam cerita bangau oh bangau..

Anonymous said...

Assalamualaikum..sy org baru kat sini..baru 3 ari kenal blog kereta mayat nih..Alhamdulillah,even blog ni terlalu keras ayat nye(ntah part mane ntah keras..)..namun dpt gak mencairkan hati sy nih..
Anyway,thanks bro hamka..
Insya-Allah,niat aja penulisan as ibadah pd Allah..kalu Allah accept amalan penulisan blog sbg asbab masuk syurga mmg cukup beruntung ar..coz seorg abid yg beribadah selama beratus tahun pon xbleh jamin amalan ratusan tahun dia tuh leh bwk dia masuk syurga..huhuhu! wallahua'lam..salam

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Cara nak potong ayat tu dengan pen..

Kalo guna microsoft word:

1. Highlight perkataan tu.
2. Klik kat format --> font.
3. Pastu kat yg kotak kecik bnyk2 kt bwh tu, tandakan samada "Strikethrough" atau pun "Double strikethrough".
4. Klik ok.

Selamat Mencuba...!!

[bakalmayat]

Anonymous said...

macam-macam hal...heheh

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

37. Orang berkulit hitam (Habsyi) bermain-main dalam masjid berdekatan Nabi (s.‘a.w).

Al-Bukhari mengambil riwayat daripada Abu Hurairah (r.anhu) yang berkata:

“Di kalangan kami terdapat orang Habsyi (mereka) bermain-main di dalam masjid berdekatan Nabi (s.‘a.w) lalu datang ‘Umar (r.anhu) dengan mengambil batu dan melontarkannya kepada mereka. Nabi (s.a.w) lalu menegahkan sambil berkata wahai ‘Umar.”

Menurut pendapatku, sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) sangat menjauhi permainan dan terlepas daripada perbuatan sia-sia (al-‘abath). Baginda (s.a.w) sangat mengetahui perkara-perkara yang dilarang Allah dan Rasul-Nya daripada menyediakan ruang untuk orang-orang yang jahil bersuka ria (al-lahw) dalam masjid di hadapannya sendiri. Masanya dipenuhi perkara-perkara ukhrawiyah dan duniawi yang lebih berharga, dan tidak ada ruang untuk berseronok.

“Allah memelihara baginda daripada perbuatan menyibukkan masjid yang mulia dengan perkara-perkara yang sia-sia, keseronokan atau perbuatan yang melalaikan (lagha).” Al-Qur’an, surah al-Kahfi (18): 5.

p/s: Aku jumpa kisah ni dalam buku “Abu Hurairah” karangan Al-Sayyid ‘Abd al-Husain Syarafuddin al-Musawi al-‘Amili halaman 79.

Allah Ta’ala sahaja yang Maha Mengetahui.

[bakalmayat]

Anonymous said...

sry lari topic,bro hamka patut wat < s > ayat < / >,kalau 2-2 penutup mmg x jadi..

apa2 pun dr blog inilah banyak kesedaran utk org yang perasan sibuk cam saye ni,terima kasih bro hamka,semoga ALLAH melimpahkan rahmat utk bro hamka dan keluarga,amin.

hamka said...

Syukri Someone Something

: )

---------
kedaijamu

itu lah kau..

-----------
Suka

Kalau dapat menangis, baik di rahsiakan, sebab setan ada bakat ungkit niat kita jadi riak.. oh..

Dan tak payah panggil aku ustaz.., boleh panggil aku abang, atau bro..

-------------
Tujuh Kaki Dalam

Tolong aku doakan imam tu supaya dapat hidayat..

-----------
zawq

jatuh ke tanah, itik tak sudu, ayam tak patuk..

------------
gurindam rasa

terima kasih

--------------
Nurul Fariza Mohd Lotfi

Aku niat biasa dalam hati lintas guna bahasa melayu, tu yang salah tulis tu.. (cover)

----------
HaGiMaRu

Bangau og bangau, kenapa kau kurus?

---------
[bakalmayat]

Aku dah buat kat Microsoft word, tapi bila aku paste kat blog, tak keluar.. kenapa?

-----------
belajar-cetak-baju

heheh

-------------
hamba allah

aku cuba lagi, tapi sebab perasan sibuk, aku cuba edit minggu depan..

LeezhaRahim said...

eemmm...Penatnya baru balik dr sukan skolah..sajer singgah jap..

baru lepas marah kat anak sbb kacau aku nk berehat..rasa bersalah ni...oh..

Anonymous said...

pakcik hamka..
xde post baru ke

Anonymous said...

salam...
kadang kita x sedar kita ade wat salah...bila ada org lain yg menegur baru kita tersedr...

susah nk wat teguran berhikmah ni....
kadang2 kita x sabo....
huhu....
kadang aku letih nk tego hosemate au secara behikmah...
sebab x penah nk dengar....
tp bile aku bace entry keretamayat yg mane ntah yg mengatakan bhw dakwah tue kna byk2 bersabo....
rasulullah dulu lg hebat ujian dakwah baginda...tp, baginda ttp bersabo n bersabo...

wahai sahabat2...
doakan aku diberi kekuatan utk terus berdakwah dan membimbing kawan2 ku disini....

en hamka...
syukran jazilan tok entry yg bermanfaat ni...

jazakallahu khairan kathiran...

antikapel....

Anonymous said...

salam alaik...

saje menyinggah lalu slepas di tipkan utk bc this blog....

cume..."ur asleep time cramah tu? (or just gimik)

not looking into anyone's faulty...

cuma...kalo bleh jgn dituding2 jarinya....buat cerita utk pringatan bersama...

btw,nice sbb mmg sentoh ape yg blaku...i mean,agak dkat ngn kte...

cume (2nd time)...time tu jek kan org pi crmaah/kuliah...n they're laughing sbb dlm majlis ilmu....

(bkn sbb maen2, spt lam hadis)

so....ape kate kite tanya ustaz (real ustaz...) btol ke x....

sbb....kalo sume prasan....they'll (ustazs) use that once in a week chance...even tpakse extend "10minit"?

korg pikirlah sendiri! (nabil raja lawak)

Anonymous said...

[s] testing testing [/s]

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Pakcik Hamka.. cengginilah..

bukan < / s > bodoh < / s > tapi....

camnih.. < s > BODOH < / s >...

hehehe...

p.s: jgn jarakkan huruf 's' tuh dgn bende macam tajam2 sket tu..

Anonymous said...

encik hamka ungkapan 'bukan berlaku kat sini tapi tempat lain' selalu di guna pakai oleh kebanyakan ustaz sebagai ungkapan 'perli' bagi orang2 yg berfikir. Tetapi berlaku sebaliknya semacam lawak bagi sesetegah orang. Aku pun bukanya orang yg mudah ketawa. Kebiasaan ungkapan sebegini atau ungkapan lawak di buat supaya pendengar tidak tertidor atau mengantuk. Tetapi jika sering berulang dan menjadi satu trend adalah tidak 'sesuai'.Dan kebanyakan ceramah yang aku ikuti, kebiasaannya ustaz akan terlajak sikit waktu isyak dan iqamah serta solat berjemaah.

Anonymous said...

Ustaz sambung lagi cerita.., “Menantu cakap, tak pandai berjudi sebab kalah selalu, dan tak berhenti pergi masjid sebab lalu sahaja…”


nak ketawa juga.

ceramah yang banyak cerita bukan di sini tapi uganda, nyata2 cerita orang melayu... haha tak selera nak gelak. lawak pun kenalah logik.

yang nak bom berani mati macam nak bunuh diri jer. niat tu sebenarnya...

baru tersedar betapa nilai azan n solat pada masanya.
terima kasih atas cerita ni.


~orang luar~

LokmanHakim said...

Assalamualaikum...

"Ye, Memang Tempat Aku, Bukan Tempat Lain..."

Sedih bila masyarakat x sedar2.. apa yang digelakkan tu sebenarnya menggelakkan diri sendiri...

Tahu atau sengaja x tahu yang ustaz tu sengaja nak sindir sinis, tapi buat-buat x tahu atau memamg langsung x tahu... huh...

Tempat aku la niii...

Semoga Allah bagi aku dan orang-orang di tempat aku dapat hidayah... x lupa juga di tempat lain... seluruh alam... Insyaallah

hamka said...

HaGiMaRu

Life like this…

------------
toaster

ish, kau ni, baru 3 hari post dan nak post baru, post lama dah amal belum?

--------------
antikapel....

kau kena niat “belajar berdakwah”.., dan bila sebut belajar, maka kena bagi laporan kepada ustaz yang terdekat, biar ustaz baiki kerja kau, kalau tak, kau akan buat dakwah di bawah pimpinan setan..

-------------
sOldierOfAllah

siapa yang bagi tip kat kau suruh baca blog aku?

--------------
NahnuNasrullah

Pakcik dah cuba, ish susah benar..,

--------------
Abdullah

Itulah pi mai pi mai tang tu..

Dan masjid yang aku cerita tu, sejak bilal tu dah merajuk, bilal baru, masih ulang ‘kejahilan’ kesalahan bilal lama, ustazpun macam setuju..

Oh!

---------------
~orang luar~

Aku Orang dalam

-------------
Luqiem

Walaikumusallam

Insyaallah

Anonymous said...

salam..

suka baca entry kali nie.. dulu memang saya ada rasa bersalah sangat sebab tak der peluang jadi pengebom beranai mati... huhu
kalau ade, memang saya nak register pun, tapi bila selalu baca blog en.Hamka, baru lah terasa penyelesaian masalah umat perlu kerana pengorbanan dalam usaha agama yang penuh kaedah dan cara yang tersendiri..

so lepas nie kalu saya baca kes pengebom berani mati- mesti saya teringat pasal entri nie.. waho!

-anak kucing kiut

hamka said...

: )

Anonymous said...

Salam Bro. Hamka

Tak sure samada dah jumpa solution to the strikethrough/potong word tuh but saya dah cuba buat strikethrough kat sini, tapi saya rasa Blogger does NOT allow it; bold, italics boleh :-). so tak dapek den nak nolong eh...

iZar

Anonymous said...

mintak maaflah pakcik hamka
sy xleh nak halang
nafsu sy yg dahagakan nota rujukan agama nih

hehe~

hamka said...

iZar

itulah, aku dah buat, tapi tak jadi gak, takpelah.., biarlah perkataan 'bodoh' tu kat situ..

--------------
toaster

biasanya aku akan post seminggu sekali, tapi semalam aku dah post entry baru, idea menulis datang tiba tiba jer.., kalau banyak datang, cepatlah aku update..

err, entry lama dah habis baca belum?

Anonymous said...

salam en. Hamka...

cara nak letak strike tu...
gi kat edit post, pastu klik 'Edit HTML' kat belah atas kanan kotak tpt tulis entri tu...

pastu cari la perkataan BODOH tu... then wat camni < s > BODOH< /s>... pastu cuba klik 'Compose' lak... letaknya kat sebelah Edit HTML tu... tgk jd ke tidak

pastikan takde ruang antara '<' dgn 's' dan '>'

juga utk penutup tu jgn ada ruang antara '<' dgn '/' dan 's' dan '>'

selamat mencuba

hamka said...

Aku berjaya akhirnya..

yahoo!

woha!

tholhah said...

klu aku pah sunat magh..belah je kuar buat khususi door 2 door de gak pekdah nye..pde dok layan celoteh ust

hamka said...

tak boleh blah gitu jer, kena mintak izin dengan ustaz.. ikram orang alim halus tertibnya

: )

Anonymous said...

tak pasti hamka mengetahui atau tidak. dalam artikel ni hamka ade berhujah dgn hadis tersangat dhoef

"Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka baginya seratus pahala mati syahid" Hadis ni terlalu dha'if dan tidak boleh dibawa hujah.

boleh semak kat buku "Koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu" yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi.

hamka said...

siapa kata hadith daif tak boleh berhujjah?

namakan dia, biar aku basuh!

nolan naim said...

wala..terbaliknya kisah hamka dengan kisah tempat saya...
kisahnya sama macam saudara hamka tapi bertukar pulak..macam biasa ustaz terlebih masa bagi ceramah hingga lewat isya 30 minit. bila saja habis ceramah bilal terus iqamat tetapi dihalang oleh ustaz(dia suruh azan), lantas bilal bagitau dah terlebih waktu dah tak boleh azan..terus ditegur ustaz tadi dengan selamba..azan bukan nak tunjuk masuk waktu, azan nak panggil orang datang solat jemaah ke masjid..

hamka said...

ha ha ha