Sep 13, 2008
DEMI ?
(Ini bukan sequel filem “Kami The Movie” tapi ini adalah drama baru yang berjudul “Demi The Movie” dan ini adalah kisah benar yang aku tulis tentang kenangan diperkarangan Hospital selang waktu melawat mengubat rindu pada isteri yang dah masuk wad sejak 5 hari yang lalu…)
Demi 1
Pada awal Ramadhan baru baru ni, Bini aku SMS, katanya dia lupa nak kunci pintu pagar dengan mangga waktu pergi kerja tadi, dia hanya kunci pintu rumah, dan tanya pendapat aku, perlukah dia balik untuk kunci pintu pagar?
Aku yang perasan sibuk dipejabat terus tekan tekan telefon dengan pantas hantar SMS:
“Pergilah balik dan kunci, demi..”
Ops!, aku tak sempat habiskan ayat SMS, tapi dah tertekan butang ‘send’, aku sepatutnya habiskan ayat dengan menulis … “Pergilah balik dan kunci, demi keselamatan, jaga barang, jaga iman”
Tapi takpelah, harap bini aku faham, lalu aku terus sambung kerja tanpa hantar SMS susulan, dan seperti yang di duga, bini aku SMS balik:
“demi apa?”
Aku terus balas SMS:
“demi cintaku padamu”
Woha!
Ps: Demi sesungguhnya, kuncilah barang barangmu, dan barulah bertawakkal kepada Allah.., jaga barang, jaga iman..
Demi 2
Akrian, seminggu sebelum Ramdhan, kelihatan seorang rakan yang baru keluar dari klinik pergigian sambil menayangkan giginya yang putih bersih kesan langsung daripada kerja kerja mencuci gigi oleh doctor gigi pakar, lalu tersengih-sengihlah mamat ni seperti tyrannosaurus yang bangga dengan giginya yang bersih dan kuat..
Dan kehidupan mamat itu berubah selepas mencuci gigi kerana semenjak dari itu, apabila masuk sahaja waktu solat, dan apabila masing masing menolak diri enggan menjadi imam solat berjemaah, akhirnya mamat itu yang terpaksa jadi imam setelah dipersetujui oleh semua ahli jemaah dengan alasan :
“Gigi kau lebih putih dari kami..”
Ps: Demi sesungguhnya, kebersihan itu sebahagian dari iman, dan Allah suka dengan orang orang yang mensucikan diri…
Demi 3
Minggu lepas pulak, Bini aku ada SMS,
“abang nak makan apa bukak puasa nanti?
Aku reply:
“Nasi lauk ikan keli, demi”
Bini aku tanya balik.
“demi apa?”
Aku terus balas SMS:
“demi cintaku padamu”
Woha!
Ps: Demi sesungguhnya, manusia itu mudah lupa…
Demi 4
Kereta yang aku start tak hidup-hidup, seorang kawan yang baru nak pulang dari kerja nampak aku terkial kial lalu datang menghampiri..
“kenapa?”
“kereta ni tak hidup, macam takde bateri, tapi jika aku bukak radio, hidup”
“bateri lemah kot?”
“agaknyalah”
“dah berapa lama tak tukar bateri?”
“Dah dekat 3 tahun rasanya”
“Patutlah, ni nak kena tukar baru, kau ada ‘jumper’? charge pakai bateri kereta aku”
“takde..”
Kemudian datang lagi seorang rakan dan tanya, Kenapa?
Lepas tu berulang balik jawapan macam tadi, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..
Tak lama lepas tu datang lagi seorang rakan dan tanya, Kenapa?
Lepas tu berulang balik jawapan macam tadi jugak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..
lepas tu, datang lagi seorang rakan dan tanya, Kenapa?
Lepas tu jugak, berulang balik jawapan macam tadi gak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..
Tidak beberapa lama kemudian, datang lagi seorang rakan dan tanya juga, Kenapa?
Dan lepas tu berulang balik jawapan macam tadi jugak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..
Datang lagi yang lain, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..
Datang yang lain pulak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..
Arghh!!!, aku dah penat dah nak explain condition kereta aku pada semua rakyat Malaysia yang prihatin.., lain kali aku nak rakam jawapan lengkap dan Onkan player bila ada yang tanya.., pendek cerita semua rakyat Malaysia yang prihatin tu takde ‘jumper’ dalam kereta, jadi sebulat suara bersetuju untuk tolak kereta aku sampai hidup..
Inilah pengalaman pertama dalam hidup, kereta aku di tolak orang untuk ‘hidup’..
Dapat ilmu baru hari ni, kaki tekan clutch, masukkan gear satu, bila kereta di tolak, lepaskan clutch dengan pantas dan tekan minyak terus, ajar seorang rakyat Malaysia yang prihatin pada aku akan bagaimana nak hidupkan kereta tanpa bateri..
Maka mereka pun tolak..,
Tapi dan tiga kali tolak tak berjaya jugak..
Dahlah bulan puasa, kesian kat mereka..
Tiba tiba baru aku perasan, ketika mereka tolak kereta aku, ada satu benda yang aku tak buat, kalu aku tanya mereka tentang apa yang aku lupa buat tu, nampak bodoh pulak soalan tu, akupun ‘buat’ secara senyap-senyap apa yang aku lupa buat dan merayu agar mereka tolak lagi sekali dan kali ni aku akan berdoa dengan sungguh sungguh, pujuk aku pada mereka..
Maka dengan izin Allah, Sekali tolak, kereta terus hidup, broom!
Mereka gembira kepenatan, itulah, kena doa sungguh sungguh dulu, kata salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin..
Kemudian akupun berterus terang, tadi.., aku lupa nak ON kan suis kereta..
Dalam kepenatan setelah menolak kereta , mereka tak marahkan aku, tapi mereka pakat pakat ketawakan aku!
Lantaklah, dan terima kasih banyak banyak wahai rakyat Malaysia yang prihatin sekalian, ada banyak pengajaran dalam cerita ini, antaranya adalah, bateri bila dah setahun setengah memang nak kena buat tindakan, lepas tu jika tak nak buat tindakan, jangan lupa bawak ‘jumper’ dalam kereta, dan akhir sekali bila nak tolong tolak kereta ke, bas ke, lori ke, kapal terbang ke, pastikan driver tu ON kan suis kenderaan….
Ps: Demi sesungguhnya, ingat-mengingati dan tolong menolong itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman…
Demi 5
Bini aku SMS pada hari yang lain,
“abang nak makan apa bukak puasa nanti?
Aku reply:
“Nasi goreng petai, demi”
….
Eh, pelik, Bini aku tak reply pun SMS macam biasa untuk tanya balik ‘demi’ apa...
Aku pulak yang tak sabar dan telefon..
“Kenapa awak tak tanya ‘demi’ apa?”
“Dah tahu, demi cintaku padamu..”
“tak, abang bukan nak bagitahu, ‘demi cintaku pada mu’ macam biasa, tapi ada ‘demi’ lain..
“demi apa?”
Nanti abang SMS, segan nak cakap..
Pendek cerita, lepas tu, Akupun taip SMS dan sent kat bini aku..
“demi SESEUNGGUHNYA, aku cinta pada mu”
Ha!
Demi 6
Seorang saudara perempuan yang belum kahwin dan masih remaja datang rumah aku untuk jaga anak anak aku terutamanya waktu aku nak pergi solat tarawih sebab bini masuk wad, pada pagi semalam, ketika aku sibuk layan anak-anak aku mandi, telefon aku berbunyi dan bergetar yang menandakan masuknya isyarat Masuk SMS..
Aku yang sibuk nak layan anak-anak aku pakai baju selepas mandi, pesan kat saudara perempuan yang belum kahwin dan masih remaja tu tolong baca SMS kuat-kuat!
Lalu saudara perempuan yang belum kahwin dan masih remaja tu bukak SMS aku dan baca kuat kuat:
“Hamka, batal tak puasa aku sebab..”
Tiba tiba jer saudara perempuan yang belum kahwin dan masih remaja tu tak nak baca SMS sebaliknya suruh aku baca sendiri, aku tanya kenapa, boleh pulak dia beredar…
Aku pun baca balik SMS tadi..
“Hamka, batal tak puasa aku sebab tadi aku bermimpi bersetubuh sampai pancut keluar air mani”
Woha! Patutlah minah tu lari, sambil tersengih sengih, aku jawab SMS tu.., macam-macam hal!
Ps: Demi Sesungguhnya, mereka yang sengaja memancutkan air mani di bulan Ramadhan akan mendapat hukuman dari Allah..
Demi 7
Sekarang bini aku dan anak terbaru sedang terlantar di katil hospital, sebelum ini mereka berada di wad yang berbeza, tapi alhamdulillah, bini aku dah dibenarkan keluar wad untuk para ibu semalam, dan sekarang terpaksa tinggal di wad untuk anak pulak kerana anak aku masih tak sihat.., semoga Allah ampunkan dosa dosa kami…
Dan Bini aku ada suruh aku beli seluar dalam saiz besar sebab tak selesa pakai seluar dalam yang biasa kerana luka jahitan akibat pembedahan…, takpe, demi cintaku padamu, jap lagi abang pergi beli..
Dan sebelum tu aku taip SMS dan hantar pada bini aku..
“DEMI ALLAH Aku cinta padamu ”
Ps: DEMI kian tadi, cerita tentang manusia manusia yang belum jadi mayat, maaf agak boring kerana aku sedang mabuk bau ubat agaknya… lalu meracau di ruang menunggu Hospital..
Ps2. Cuba korang jawab SMS dari pasangan korang dan tinggalkan ayat 'demi' tergantung, lepas tu bila mereka tanya, korang jawab macam cerita aku, kalau terjadi apa-apa yang best, boleh kongsi.. :)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
34 comments:
Pada malam yang gelap, hujan renyai2, lepas isyak, lokasi masih di masjid kerana masih ramai manusia nak diziarah. Tiba2 kepala pening. Jadi aku sms bini aku;
"suruh budak2 tidur sekarang, demi.."
Amacam, boleh?
Bulan puasa di waktu malam, takde hal..
jangan kau cerita Pada subuh yang gelap, hujan renyai2, lepas israk, ...
errr, aku sedang 'puasa' 40 hari..
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh.
wah, 5 minit aku post kau dah datang komen, memang kau banyk free waktu siang, bukan?
Demi anakku dan isteriku aku tak keluar 40 hari tahun lepas..
Demi rakyat Malaysia.
Aku nak tanyer Hamka demi.
Kenapa kat Malaysia jadi macam tu skang ni? Horror nyer...
P/S: Korang tak buat "kerja" ker? Ke aku yang tak buat sungguh2? Explainlah skit..
Demi Ummat ini, aku akan korbankan diri, harta dan masa aku.
baru tadi teringat nk sms seseorang...tapi....DEMI nk jaga iman..aku tak jadi sms...heheh...biarkanlah!!..ohh...
sukar sungguh menjaga hati...dan iman....hehehe...
wassalam..
nk dekat buka pose dah ni..:)
akan di cuba, insyaAllah...
cuba apa en marzuki...?rasa cam baru jumpa en ni baru2 ni kat alam maya...hmm..dah sampai ke sini jugak rupanya ya...
tahniah... bertambahnya harta.
lelaki ke perempuan?
ASSALAMUALAIKUM
Please dear friend, come by to my space, and leave me your thought, as it is something I dearly sought.
___________ooOoo___________
WHEN DARK ONE COMES
when the dark one come,
let not smile to tears it succumb,
let not fear raise his arrogant thumb,
let not love be turn to a limping lump,
in confusion when the dark one come.
the dark one come,
not to bring glum,
but notes sweeter than rum,
something that our children could hum.
___________ooOoo___________
oo(O)oo
Ni sesuai untuk kaum adam saja nih..eh ke boleh dua2 guna?
hahaha.....
DEMI makcikkantin sekolah..
aku korbankan 2 kupangku...
smart2x sebab dalam ketawa,last2
ko bubuh kata2xhikmah...
waduh2 romantika bro eh.....dapat baby baru Alhamdullilah.Bro memang tugas isteri ambik order suami ke? fuyooo nak kena belajar masak sungguh2 ni
*insafdah*
romantik gak ko ni ek..
tny ckit
batal tak pose kalau sms berbau lucah ngan suami...?
salam..
semoga.. kehadiran cahaya mata menambah kan lagi kasih sayang antara kalian berdua..
-ibn
Salam..lepas jer baca entry demi ni..aku try lar hantar sms kat husband aku..dia tak bls sms tp dia direct call aku..dan terus tanya demi aper? aku pun ikut lar cam hamka ckp..dia confuse..kesian husband aku slow skit..kena lar aku explain naper..apa2 pun tahniah for new born baby..aku doakan hamka sekeluarga sihat sejahtera..
to hamka, 'puasa 40 hari' takper demi kesihatan wife.. mcm husband aku gak kena puasa 100 hari..la ni tinggal 22 hari lagi..woha..
(Maria-BPP)
Hamka,
Entry ko yang tah keberapa ni betul-betul buat aku teringin nak jumpa ko & isteri ko tu...
Nanti kalo aku ada rezeki jodoh dan kahwin, aku jemput ko..jangan tak datang pulak ek...
demi yang ko maksudkan ni sama dengan sebab/kerana ke?
tak faham aku..
demi masa tu maksud apa pulak. kan bersumpah kan?
lagi tak faham aku.
so sweet..
comel =]
ohh roman-tik..
tak menjadi la bro ayat demi ni, 'dia' xlayan. kahkah...
amboi...ramai yg mencuba nasib nampak....erm..bila aku nk bersuami ni...nak gak try....oh!!!...demi cintaku pada...mu.....kikiki
alhamdulillah..
tahniah bro hamka..
smga ALLAH mmberikan keluargamu kebahagiaan didunia dan akhirat.
dan termasuk dalam golongan yang mulia,beriman,serta paling penting terlepas dari azab api neraka.
AMIN..
sampaikan salam sy pada isteri bro hamka.
semoga sentiasa dbwah lindungan kasih bro dan kasih ALLAH..
AMIN.
*BDAK BARU BLAJAR*
sopian
Aku ada kawan nama sopian yang kerja sebagai juruakauan, setiap tahun dia keluar 40 hari, err, kau ke tu ?
----------
Wan M Faiz
Betul, salah aku tak buat "kerja" tak buat sungguh-sungguh..
Sebab tu aku tak boleh nak komen apa-apa.. isk!
-----------
limaumaniss
Demi Bulan Posa, eloklah tu.. he he
-----------
Marzuki
Kasihan… takpe, gagal sekali bukan bererti , arghh, sambung sendiri!
-----------
Maryam Abu Ahmad
Lelaki.
Alhamdulillah..
-----------
demonsinme
bila balik Mekkah? Lama senyap?
----------
Bebaskan
Untuk mak dan ayah pun boleh.., :)
---------
perokoksoleh
2 kupang jer?
Sikit benar pelaburan? ‘Biasa’ makcikkantin sekolah ada anak dara jelita, he
----------
power ranges
kau tak baca lagi entry aku tahun 2006 “perempuan, isteri dan…?”
-----------
*insafdah*
Puasa mungkin tak batal, tapi pahala puasa mungkin batal..
Dah takde kerje ke?
---------
ibn
Semoga! Amin!
-----------
(Maria-BPP)
100 hari,takde bypass ke?
----------
faz
InsyAllah, aku datang jika tiada sebarang aral yang menlintangi hari hari kehidupan
----------
kavkiskey
demi sama jugak dengan tujuan, matlamat, lebih kurang cam gitu, rujuk kamus dewan..
----------
stu_comot
Kabhi kusyi
---------
munirah
=]
----------
atap_aje
dunia sementara..
--------
*BDAK BARU BLAJAR*
Terima kasih
Hamka, saya SMS couple sy "sekamat berbuka puasa demi.." . Tapi dia balas "syg, slmt berbuka puasa. Mkn elok2 tau. Syg awak". So ape kes?
congrats bro atas kehadiran org baru..hehe..ak pon nak ade org baru jugak lah..bila la rezeki ak n suami..
wah.. best nye org cuk cte2 dpt anak.. huhu..nnt kalo ade rezeki dan jodoh.. aku pun nk jugak berfamily. huhu
ske la idea demi ni.. hurm.. blelah aku buleh pakai idea ni ek.. huhu
thanks fer all the reminders en.Hamka.
p/s: smoga smua dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat Allah. ^-^
Salam ramadhan..
Menarik isi kandungan post ni.
Teringin pula menjadi hamka yang pandai menulis...
saya bukan la tak pandai menulis sambil bercerita tapi kekadang tak jadi jalan ceritanya..
Boleh tak suatu hari nanti ajar kan kami menulis....
Apapun Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam
DEMI nak baca entri ni..aku terpaksa curik2 bukak blog kereta mayat ni kt opis..kes aku ni termasuk bawah akta mencuri ke ar?
capoeira
itu kes perasan sibuk…
cuba tukar demi kepada 'sake'.. heh!
--------
elcoyote
dunia oh dunia, ada yang buang anak di sana, dan ada yang nak anak di sini..
insyAllah, Allah know best!
------
valsa nine
^-^
---------
hanani
itu kau kena Tanya bos kau, rujuk surat pekeliling, tengok akta surjaj dan kanun seksaan, tengok jangan tak tengok..
“DEMI ALLAH Aku cinta padamu ”
mahalnya ayat ni..
bertuah badan.
Post a Comment