Aug 11, 2008

Bagaimana hilangkan boring?

(soalan yang paling boring pernah aku jawab, paling!)

Ya, aku tahu, korang dah lama hidup, sudah kenyang makan maksiat, sudah bosan mengumpul dosa, Cuma belum bersedia bunuh diri sahaja, dan bila sudah selesai semua itu, korang email aku dan tanya soalan yang merepek dan merapu, iaitu bagaimana nak menghilangkan boring..

(boringnya)

Dan aku tahu, manusia cukup takut untuk menjadi seorang yang boring dan hidup dalam dunia yang memboringkan, lalu korang keluar rumah untuk hilangkan boring, masuk kelab golf, masuk kelab kereta, kelab memancing, kelab catur, kelab malam, kelab karoeke, kelab dangdut, kelab mengumpul setem dan sebagainya, (kelab keretamayat tak masuk pulak?) lalu dalam kesibukkan korang dengan hobi yang tidak boleh bawak masuk kubur itu, boleh pulak korang bangga menjadi orang yang tak boring kononnya dan pandang hina pada orang lain yang boring, tapi sebenarnya korang pun boring gak.., tak ke boring?

Tapi sebab aku nak jimatkan kos boring korang daripada habiskan duit untuk pergi ke semua tempat di atas yang mahal-mahal, memandangkan pulak kadar inflasi yang semakin naik dan kuasa beli yang semakin turun, di tambah harga minyak yang tak pernah turun, dan mas kahwin yang sentiasa naik, jadi..

Daripada korang terpaksa belanja besar untuk hilangkan boring, aku bagilah jugak nasihat boring dari aku yang betul betul menjimatkan kos akan bagaimana nak menghilangkan boring, terimalah:…

Bagaimana hilangkan boring dengan kos yang murah

(Nota: segala kejadian yang tidak diingini andai berlaku ketika korang jalankan aktiviti ini adalah di luar tanggung jawab keretamayat.-harap maklum)

Tip hilangkan boring di waktu pagi
Sebaik sahaja korang bangun awal pagi, tak payah tunggu apa lagi, terus kenakan pakaian sukan sepenuhnya, ikat tali kasut ketat-ketat, tarik stoking tinggi-tinggi dan pergi joging..

Namun aku tak nafikan, joging adalah antara perkara atau sukan yang boring jugak, oleh sebab itu korang kena buat kelainan sikit, baru tak boring..

Apa kata sebelum korang pergi joging, korang cari kayu dalam sekaki ke dua kaki punya panjang dan lepas tu korang basahkan hujun kayu dengan bahan api yang likat, kemudian korang ambik mancis dan nyalakan hujung kayu itu..

Maka siaplah sebuah ‘obor’, dan teruskan joging sambil memegang obor itu, ini akan dapat menghilangkan boring korang kerana ianya adalah satu perkara yang tak pernah di buat orang, unik dan lain daripada yang lain, dan sudah tentu korang akan menjadi perhatian seluruh warganegara yang ‘kagum’ melihat korang berlari seawal jam 6 pagi sambil bawak obor…

Tapi aku tak bertanggung jawab jika korang di pukul oleh orang kampong kerana korang disyakki nak pergi bakar rumah mereka..

Woha!

Tip hilangkan boring di waktu tengah hari.
Jika korang sedang bekerja, apa kata waktu rehat tengah hari, korang pergi lepak tepi pantai, ambil beberapa keping gambar mengunakan Handphone bagi menunjukkan ‘alibi’ kewujudan korang di sana, lepas dah hilang boring, baru masuk kerja, lewat sikitpun takpe, bila bos tanya kenapa masuk lewat?

Korang cakaplah:
“Saya terpaksa masuk lewat kerana terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan ikan paus yang terdampar di laut pulang ke pangkuan ibunya, tapi dah lama tunggu, takde pulak ikan paus yang sedia membunuh diri”

Lalu korang tunjuk gambar tepi pantai pada bos, dan apa sahaja reaksi bos korang, boring tentu hilang, he he ..

Tip hilangkan boring di waktu petang.
Pastikan kereta korang ada satu tong besar dan pastikan jugak tong itu penuh berisi RO water, sekepulangan sahaja korang dari kerja, jangan terus balik rumah, sebab jalan biasa sesak dan itu akan memboringkan korang, maka kali ni, korang kena ikut jalan kampung yang terdekat, tak kiraler kampung siapa-siapapun, kampung orang aslipun takpe.

Bukan apa, kat kawasan kampung, biasa penduduk di waktu petang akan habiskan masa dengan membakar sampah, walaupun niat murni mereka adalah untuk mengurangkan beban Majlis Perbendaran atau mempupuskan nyamuk, tapi membakar sampah secara terbuka sebenarnya merbahaya kepada atmosphera bumi, dan silap gaya akan mempupuskan manusia.

Maka jika korang nampak orang kampung sedang membuat pembakaran terbuka, korang terus pergi padamkan api itu dengan menggunakan RO water, dan bagi sikit ceramah tentang bahayanya pencemaran akibat kebodohan rakyat negara dunia ketiga, juga ceritakan kesan CFC kepada molukul ozon, yang mana apa sahaja reaksi orang kampung, boring korang tentu hilang, ye tak?!

Woha!

Tip hilangkan boring di waktu malam.
Apa kata korang pergi mandi lepas makan malam, pakai baju lawa lawa, rambut sikat rapi kiri kanan, dan lepas siap semua tu korangpun pergiler berdiri di tepi mana mana jalan utama..

Bila nampak kereta Teksi, korang pun luruskan tangan dan gerakkan sikit jari jemari yang menunjukkan korang ingin kereta teksi itu berhenti..

Bila teksi dah berhenti, korang jangan masuk terus dalam Teksi tu, tapi korang bergerak ke pintu driver teksi tu, alahai, buat macam polis selalu buat bila road block tu..

Dengan penuh kesopanan dan bergaya seperti pemuda yang hafal rukun Negara, korang ketuk sikit cermin depan kereta teksi tu, dan bila cermin dah turun, korang terus tanya soalan ni kat pemandu teksi tu.

“Dah lama bawak kereta teksi ni bang?”

Lalu bila driver teksi tu layang korang berborak, Pasti boring korang hilang. Tak gitu?

Woha!

******

EH! Kejap, korang yang tanya aku bagaimana hilangkan boring ni, adakah korang orang kafir atau korang orang islam?

Kalau korang orang kafir kira ok ler tanya bagaimana nak hilangkan boring, sebab dunia ni shurga korang yang boring, tapi jika korang orang islam tanya bagaiamana nak hilangkan boring ini dah pelik.., ini dah melanggar adab orang beriman dan bertakwa..

Korang tak tahu ke?, Firaun, namrud, Qarun, Haman dan semua ahli neraka nak kembali ke dunia walupun satu saat sebab nak selamatkan akhirat mereka, boleh pulak korang tanya aku bagaimana nak hilangkan boring?

Korang tak tahu ke? Ahli shurga bila masuk shurga akan menyesal akan masa yang telah dihabiskan tanpa zikirullah..

Ni yang aku boring ni!

Orang islam ada banyak kerja sebelum jadi mayat, tiba tiba boleh pulak korang perasan boring?

Dah berapa ramai korang ajak orang kapir masuk islam?

Yang dah masuk islam pulak setalah di ajak korang, dah habis ke ajar mereka amenjadi orang islam yang sejati?

Tafsir Al quran dah habis baca ke?

Kisah sahabat sudah melekat di minda ke?

Kitab Hadith Fadhail dan Masail dah habis baca ke?
Huh! Taubat belum tahu di terima atau tidak, solat belum lagi kusyuk dan al Quran belum banyak hafal, boleh pulak korang nak buat benda lain lain yang merepek untuk hilangkan boring.., nak masuk neraka ke?

Ingat! Orang kapir jer boleh boring, sebab dunia ni di cipta demikian, dunia di cipta dengan penuh sifat keboringan, lagu yang sedap boleh bertahan berapa minggu jer dalm carta?, ratu cantik boleh tahan berapa tahun jer punya gebu?, filem terbaik boleh tahan berapa lama sahaja di pawagam?, dunia ni memang hampeh dan memboringkan, maka kasihan kat orang kafir kerana dunia ni shurga mereka, shurga yang boring..

Tak pernah tengok ke orang kafir melancong ke sini sebab mereka dah boring dengan hidup di sana, Tak pernah tengok ke orang kafir buat rumah besar besar tapi tak duduk?, Tak pernah tengok ke orang kafir kahwin isteri cantik cantik tapi tidur dengan perempuan lain?, Tak pernah tengok ke orang kafir buat filem Batman versi Tom Burton lepas tu reset balik buat filem Batman versi Christopher Nolan pulak, delete superman III dan buat balik superman Return, sebab?

Mereka BORING, dan cuba sedaya upaya buat apa sahaja yang merepek agar tidak BORING.

Dan ramai jugak orang kafir yang mati bunuh diri sebab dah BORING dengan hidup!!

Maka korang wahai orang-orang islam sekalian. Tarik balik kalimah boring korang masing masing..

Hidup atas dunia ini hanya sementara, (dah start cermah boring dari aku bagi sesetengah dari korang yang hati gelap) esok lusa korang naik kereta mayat, masa tu baru korang menyesal dengan masa boring korang di dunia yang telah di sia-siakan…, kemudian korang menangis nak kembali semula di waktu boring untuk ibadat pada Allah.., tapi Allah bagi peluang sekali sahaja seumur hidup.., dan aku juga akan benarkan korang naik kereta mayat sekali sahaja, itu pun jalan sahala, aku tak ambik tiket pergi balik…

Akhir kata, jika korang boring sangat, pergilah belajar berdakwah, apa salahnya mati ketika sedang belajar menjadi pendakwah...

Cuma nasihat aku, jangan pulak korang boring berdakwah cara nabi lalu berdakwah ikut cara nafsu korang, dakwah dengan cara bidaah yang tak perlu aku sebutkan lagi..

Sesungguhnya, jika korang ikhlas dalam mentaati perintah Allah, maka Allah akan mencampak kemanisan iman, yang mana korang akan berdakwah dengan cara Nabi sampai jadi mayat kerana di situ ada kemanisan iman..

Mereka yang berdakwah selain dari cara Nabi adalah mereka yang tiada kemanisan iman, lalu mencari hiburan dalam dakwah dan ceramah yang mana akhirnya mereka perasan mereka betul, dan mati dalam keadaan tidak bertaubat lagi, maka berjayalah syaitan menyesatkan ummat manusia walaupun dalam kerja dakwah. Oh...

Dan aku memang cukup boring dengan dakwah bidaah korang.., kerana aku tak merasa kemanisan iman di situ. Maafkan aku kerana boring dengan korang...

End.

Ps: Bukankah lagu Isabella Search jika di nyanyi hari-hari akan jadi boring gila, tapi Al fatihah yang di baca 17 kali sehari tak pernah boring sampai naik kereta mayat? Bukankah itu tanda kemanisan iman?

Apa lagi nak di kata?

46 comments:

Anonymous said...

1st!!

[aku tengah boring gak ni..]

Anonymous said...

ko ni faz...
ngam2 aku dah taip
ko muncul

kasi la aku 1st lak

Anonymous said...

hamka,

[aku tangkas dan pantas!]

ko komen sampai lupa tulih nama ko sendiri ke...

terima kasih sebab entri ko muncul masa betul-betul aku tengah boring ni...

first part tu buat aku tergelak sorang-sorang depan PC..haha

[nasib baik bos cuti!..]

azharjaafar said...

Aku boring dengan 3 komen di atas.

Anonymous said...

ala...apa yg ada pada nama..

ya allah...
baru ku sedar,
selama ni dah byk masa boring aku tbuang mcm tu aje..

*insafdah*

Anonymous said...

ham,
drpd semangat nak baca entry ko ,jadi boring lak ...hmmm


RON

hamka said...

faz

kalau hari isnin, waktu pejabat, cepat jer korang komen.. huhu

----------
Anonymous

Ni sape tak letak nama tapi ni, ni yang buat aku boring giler ni!

--------------
azharjaafar

maafkan aku kerana memboringkan mereka dan kau, he he

----------
*insafdah*

Pergi baca Al quran!

-----------
RON

Takpe kau boring baca blog aku, Jangan kau boring baca hadith dan Al quran sudah..

: )

Unknown said...

Bila boring, saya buat Sudoku!

Try it! Its good for the grey matters too!

SpEkmATaKu said...

org kafir percaya psl
reincarnation..kalu mati
nnt bleh idup lagi dan lagi
sehingga la mencapai karma
nirvana[kalu xclap ku la]

so sbb diorg igt diorny nyawa byk
sbb tu la dior xteragak2 nk bunuh diri cm tue jek...

tp klu la diorg tau y idup manusia skali jek..xkn nye diorg amek jalan sesingkat itu to suicide..

kite idup skali jek
so jgn sia2 kn masa y ada nie
insyAllah...

live life to d fullest...
n hope d ujungnya nnt dpt syurga
ameen..

Yusry Rosly said...

1st part, aku ketawa sampai keluar darah kot idung aku...aku pun xtau camne leh kuar.

2nd part aku menangis sampai kluar darah ikut mata aku...kali ini aku tau knapa.

rupenya hari ini hari period mata aku..

[jgn prcaya dgn apa yg aku tulis, itu hanya kerna aku sdg boring hidup keseorangan...]

limaumaniss said...

korang ni masih nak kata korang boring...mcm mana korang bleh kata boring lagi setelah korang ditarbiyah oleh posting nih yg sebegini rupa??aku akan cuba pastikan tiada lagi keboringan atau kebuhsanan(perkataan yg selalu aku gunakan)melanda diri aku...

teringat pesan al banna ...yg asalnya kata2 saidina umar(betulkan aku kalau salah ) "kita umat islam ada lbh banyak tangungjawab dari masa yg kita ada"..dari sini aku dah sedar yg kita umat islam ni x de masa nak dibuang sebenarnye....sbb masa yg ada pon tak cukup untk kita laksanakan segala tangungjawab kita di dunia ni yang tak tertangung oleh kita...oh!!!


ni adalah pesanan utk diri aku jugak...sbb kekadang aku sendiri terlupa dgn pesanan hasssan al banna tuh.....aduh!!

wassalam..

Anonymous said...

salam Bro Hamka..
trus insaf!!sedikit demi sedikit iman aku dah bertambah.aku rase Allah tu masih sayang kn aku..sbb sekarang aku suke bace bab2 agama..sbb aku kn masih mude..pintu taubat masih terbuka..thanks Bro Hamka sbb menginsafkan aku...(time aku boring,aku menjahit..boleh gitu??)

Anonymous said...

assaah kassaifi....=
masa itu seperti pedang...

Anonymous said...

assalammualaikum

bro...dakwah cam nabi tu cam mana?

hamka said...

VersedAnggerik

Oh ye ke?

----------
SpEkmATaKu

ameen..

-----------
Kafur

Jangan jadi mayat yang boring sudah, err, ada ke mayat yang tak boring?

----------
limaumaniss

err, aku boring tengah hari ni, jom belanja aku minum , he he

----------
shidah

time aku boring pulak ,aku tulis nota ugama untuk diri sendiri, (blog keretamayat).boleh gitu??

----------
secret

walikumusallam

aku ada tulis banyak kali dalam entry yang lepas, boleh rujuk.

Anonymous said...

salam..

keperluan untuk merasa jemu.. aka boring..
mungkin ada rasa jemu..
mungkin ada rasa tak jemu..
mungkin ada rasa entah jemu entah tidak jemu..

namun pernahkah kita fikir.. atas alasan apa keperluan kita untuk teruskan membaca blog hamka..

namun pernahkah kita risau.. atas alasan apa keperluan hamka untuk teruskan menulis blog untuk nota agama beliau..

andai kata kalian kita paham bahawa dengan masa yang dicurahakan,
dengan nota yang dititipkan,
dengan antara tegur lawak biru dan tegur lawak berbulu..

beliau mulai membenih erti kasihan..
beliau mulai membenih rasa sayang..
beliau mulai menyiram rasa cinta..

kasihan pada berkurangan amal agama dalam diri kita..
sayang pada kemampuan kita sebagai umat Nabi SAW tersia begitu sahaja..
cinta pada semua bait-bait doa Nabi SAW ketika kocakan darah baginda yang mulia mengalir pada kasut yang digunakan oleh baginda sekembali dari Taif..

” Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau”..

”Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya.”

..sabarkan lah kejemuan hamka untuk menulis dan sabarkanlah kejemuan kita untuk membaca nota agama beliau..

-ibn sabil

limaumaniss said...

erk...memula baca macam tak paham..tp dah paham..tulisan ibn sabil....

hamka?? belanja minum?? saya tengah tak buhsan ni....tunggula nanti kalau buhsan leh la kot...heheeh... (anggap je tak lawak)..

piece..

sungguh aku tidak buhsan sekarang nih..!!hua hua

Anonymous said...

bosan/boring tu apa?

Anonymous said...

sama ngn matchip. bosan/boring tu apa?

banyak mende lg yg perlu diselesaikan. hal2 dunia je dah byk, hal2 bekalan akhirat lg sibuk nk kumpul.

(kurang phm sket ngn org yg boring ni. tktau apsal dieorg bleh boring)

Anonymous said...

salam..

bagi mereke yg luper..

besday Hamka 9 Ogos 1977.. korang yang tak wish wish sekarang!!
lewat 5 hari dah nie!!

-uztazah rock biasa-biasa jer ahak!

Anonymous said...

Ps: Tak wish hari jadi tak semestinya tak sayang.., betul tak?, abangkan berbeza!

hehe kitaorang pun berbeza jugekk!!

-kacip khadijah..

hamka said...

ibn sabil

(aku sambung sajak puitis engkau)…

ketika aku sedang belajar berehat di antara dua lutut dan dahi…
di situ, aku cuba untuk menangisi ummat dan diri sendiri
tetapi, hati ini terlalu keras untuk membenarkan air mata itu mengalir..

Mungkinkah? Dosaku terlalu basah untuk ku tambah air mata?
Mungkinkah, dosaku sudah penuh sehingga tiada ruang lagi untuk di isi penyesalan…?

(Err, aku berhenti takat ini, lain kali sambung lagi)

: )

----------
Limaumaniss

Aku sajer jer buat buat bosan..
Sajer buat bosan dengan besan.

-------
Matchip/ FF

bosan aku bila menhadiri ceramah ugama yang ustaz bukak kitab tapi bercakap apa yang bukan dalam kitab.

-------
-uztazah rock/kacip khadijah..

Tak pe, aku tak kisah, nak bagi hadiah bila bilapun boleh, nak akaun maybank 2u aku tak?

Charger dan bateri laptop aku dah kong!

He he

Anonymous said...

Hmm.. itulah mukjizat Quran.. baca 800 juta kali pun x boring.. each time it brings new meaning.. new soul..

How can we get bored when each word is a vow we make to Allah! Macam akad nikah dgn tok kadi.. kena akad 800 juta kali pon x boring .:wink:.

zackzara said...

Artikel yg bagus.. saya mesti pilih!

*boring kalau terpikir boring*

YUSRY said...

sempoi la bro hamka...

rossees said...

taubat tak nak boring lagi... tapi kadang2 x lepas dengan masalah mood...huhu....

hamka said...

(menguap)

errr, mengantuk pulak tangah hari begini, apa lagi, tidur ler aku..

zzzzz

:)

Anonymous said...

eh..terkena btg idung yg x bapa nk mancung ni la pulak. baru je mengeluh boring...huh...tetiba buka je ketemayat...terus x jd nk rasa boring lg...

jom try kasi malaikat boring tgk mayat kita sbb x leh nak seksa kita sbb amalan kita yg hasanah!!! (tapi mampukah aku nak wat mcm tu skali??? dosa yg ada pun x terhitung)

oh! :( hina nya hambaMU ini :'(

INTAN RH said...

baca blog Hamka,
hilang la boring :)

Anonymous said...

salam...

dear hamka yang comey..
hamka yang telah berusia 31 tahun 6 hari..huhuhu

dah dekat nak nifsu syaaban dah..
bila nak kuar entri

1. Kitab lama membekas amal menanti kitab baru melakar niat.

2. Doa Penutup Buku / Doa Pembuka Buku Amal

3. Gerhanakah Sya'ban tahun ini.. alangkah sedihnya

4. Ramadhanku yang terakhir?
http://akulelakiitu.wordpress.com

-1 more day

UmmuSarah said...

Salam,

15 Syaaban tarikh banyak jemaah2 keluar...bertebaran di seluruh pelusuk dunia. Dakwah kebesaran Allah. Sesiapa yg terasa boring, apa kata cuba sesuatu yg baru? Bila lagi nak blaja dakwah cari nabi.Peluang2 sebegini jangan di persia-siakan. Rebutlah selagi hayat dikandung badan.

Zackyun said...

giller boring aku baca entry kau kali ni..

hehe..takdelah

lepas ni maksud boring tiada dalam kamus hidup daku..

(aku dah sebarkan virus-katakan-tak-nak-pada-boring kat kawan2 aku- jd dorg semua mcm btaubat nak buat perkara2 yg boring)

hamka said...

aku nak cuti, sampai hari selasa..

selamat nisfu syaaban

: )

atap_aje said...

Lepas ni kalau boring gak, buat dakwah, paling kurang pun untuk hilangkan boring, tido, kalau tido cara nabi, dapat pahala gak.

orang kafir nak hilangkan boring, panjat gunung, lompat ngan scamler, tido bersama binatang berbisa, berlari, berbasikal, berenang keliling dunia, buat maksiat sampai mabuk dan jadi mayat. adakah orang islam nak tiru cara mereka jugak?? Ohh... Hidayat...

Anonymous said...

"Ps: Bukankah lagu Isabella Search jika di nyanyi hari-hari akan jadi boring gila, tapi Al fatihah yang di baca 17 kali sehari tak pernah boring sampai naik kereta mayat? Bukankah itu tanda kemanisan iman?"

Subhanallah..sebelum ni mmg tak perasan..tima kasih kat hamka sebab memerasankan saya..

hamka said...

:)

mushroom said...

pernah terasa boring dalam idup nih...tp bila layan Quran trus ilang boring...hahaha...best btol...

hamka said...

Semoga dapat istiqamah, dan itulah tandanya ikhlas..

mushroom said...

sj nak share...

kalo korg susah ati tanpa sebab or bersebab...takyah susah2 cari tisu nak lap air mata ke...(bagi pompuan..) or nak bawak moto lelaju gaya awie dalam sembilu ke..(utk lelaki..)korg baca je surah Thaha...surah tu ada aura buleh kasik waraskan balik otak kita..aku penah try..mmg berkesan. aku mmg dh amalkan baca Thaha kalo aku tekanan ngan kerja..rasa best giler pas baca..

:)

hamka said...

Aku dapat ilmu baru kali ni, terima kasih

:)

Anonymous said...

Cara aku hilangkan boring adalah dengan membaca berita online. Hahahaha

Anonymous said...

satu ceramah yang baik untuk dijadikan santapan, terima kasih banyak2 ikhlasa dari mohdyusuf86@yahoo.com

MyZa 90 said...

Alhamdulillah lepas baca artikel ni, membuka pemikiran sy,supaya x boring dalm hidup yg penuh kenikmatan hanya pada luaran,,selama ni sy asyik terpk boring dlm idup,tp sangkaan sy salah, bahawa idup ni mcm2 le wat terutama ibadah.untuk bekalan mengadap Tuhan Yang Maha Esa.

MyZa 90 said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

:)

Beed said...

Boring juga baca tulisana ni semua