Mar 12, 2008

Berjumpa di Padang Mahsyar?

(Cerita aku yang solat tak khuyuk kerana buat orang lain tak khusyuk dalam solat mereka…,oh)

****
Aku sedang solat asar secara berjemaah.

Tiba tiba terdengar intro lagu yang biasa aku dengar, iaitu lagu dikir barat versi Terengganu yang bertajuk “KERABU PUCUK PAKU” nanyian Mat Over.

"Handphone siapa yang tak OFF time solat nih?"
Tanya syaitan kepada aku. Aku tak jawab.., dan aku cuba khusuk dalam solat.., sedang syaitan dalam darah aku turut bernyayi lagu itu tanpa silap lirik sedikitpun..

Nok Makang sedak, kita pitih tadok,
Bining beranok rapak, anok ramai telajok,
Kadang pisang sikak, kita dok dang koyok,
Ada lagi hok dok teriok,
Wo Ho..
Hok ni kecing, hok tu berok!"


Aku perasan itu bukan Ring tone H/P aku atau bunyi mesej masuk, tapi yang mushkilnya, kuat benar bunyinya.., dan syaitan terus mengulit aku.., lena di ulit syaitan..

Tambah pulok kije buleh sikit-sikik
Banyak hok duk saja perabih duik
Lepah-lepah ise dok dang makang nasik
Bosang anok duk jerik
Wo ho
Pagi pagi mitok duit

Hah! Baru aku perasan, berpeluh aku di buatnya kerana rupa-rupanya, bunyi nada dering ‘kerabu pucuk paku’ itu datang dari poket kiri aku, lalu terbayanglah peritwa aku dan isteri aku keluar makan lunch tengah hari tadi, dan bila azan zohor, isteri aku suruh aku pegang handphone dia, senang nak solat di masjid katanya, lalu aku taruk dalam poket kiri dan pergi solat sama-sama, pendek cerita.., bila dah masuk kerja balik, rupanya aku dan dia tak ingat tentang H/P tu, nipis sangat kot.., dan bila nak solat asar tadi aku hanya OFF kan handphone aku, oh!? apa aku nak buat sekarang.. ? What should I do? Kuch kuch hotai hey!

Kadang-kadang mari pikir dalam hati
Macam mana cara nak tambah rezeki
Mujur lah pagi ni ade saing mari
Ajok niaga kecik-kecik
Wo ho
Rase senang dalam hati

Aku berharap lagu tu akan berhenti bila masuk rangkap kedua, tapi tidak,. Lagu itu tidak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti..Oh.., dan.. Oh sekali lagi…

Amber meniaga buat kusi rotang
Ade warna coklat warna itang
Nok ato dekat jabat kraf tangang
Jalan kolej bukit bintang
Woho..
Boleh tambah pendapatang

Aku bergerak dengan tiga pergerakan kecil untuk OFF kan H/P tu tapi gagal, ada ustaz kata tak boleh OFFkan H/P masa solat, solat akan tak sah, tapi jika aku tak OFFkan H/P aku, solat orang lain pulak yang tak sah!! Aku berijitihad, aku akan bergerak 3 kali lagi untuk OFFkan H/P aku tanpa batalkan solat aku. Dalam waktu peralihan pergerakkan iktidal ke sujud, aku berjaya OFFkan H/P tu… Woha!

Maafkan aku wahai ahli jemaah yang lain, AKU TAK SENGAJA.. SUNGGUH!!!

Selesai solat, masa nak pakai kasut, tiba tiba ada Mamat sound dengan kuat:

“HandPhone siapa yang berbunyi tadi?”

Arggh!!, sudah..!!, apa aku nak buat? Aku ada dua pilihan, sama ada Aku nak berdiam diri tak mengaku, dan berharap mereka lupakan dan maafkan berdasarkan pengkelanaan waktu, yang mana mungkin kesan aplikasinya di padang Masyar kelak, aku akan di azab kerana dah berdosa dengan semua ahli surau yang seramai 6 orang itu kerana buat mereka solat tak kusyuk.. Oh.. dan Oh sekali lag!!!

Sambil ikat tali kasut, aku berfikir, nak mengaku ke tak nak?

Nak ke tak nak?

Aku buat kajian pantas, jika aku mengaku paling kuatpun mereka akan membebel dan pandang hina pada aku, atau mungkin mereka akan ludah aku atau santau aku, atau mungkin mereka akan bertarung dengan aku, dan dah tentu mereka akan berjaya kalahkan aku sebab mereka ramai, di tambah pula pangkat mereka sebagai lelaki beriman akhir zaman kerana solat asar berjemaah, lalu musah dapat nusrah Allah, dan mungkin aku akan mati kena belasah, dan adakah aku akan mati sebagai para syuhada? Oh!! Jauh benar aku merepek…

Tapi.., jika tak mengaku, silap haribulan aku akan jumpa mereka lagi di padang Masyar.., berjumpa sebagai pendosa yang mana mungkin aku akan di azab…Oh

Berjumpa di padang Masyar? Aku tak nak.., aku tak ndak!!!

*****

Apabila bercerita mengenai “Berjumpa di padang Masyar”.., korang pernah tak alami situasi di begini:

Situasi satu:
Pernah tak korang bila ‘nasihat’ orang yang perasan betul, yang mempunyai penderian (salah) yang tetap, lalu bila mereka dah tak nak dengar nasihat korang lagi, dan dengan perasan ilmu ugama dah cukup, akhirnya mereka akan berkata:

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Yang bermaksud: “Aku sebenarnya yang betul, kamu adalah ahli neraka, nasihat kamu kat aku tetap tak guna kerana aku adalah ahli shurga, tok guru aku dah jamin dah aku masuk shurga, bila kita jumpa di padang Mahsyar kelak, baru kamu tahu bahawa kamu adalah ahli neraka dan betapa aku adalah ahli shurga…”

(Tak kan sampai macam tu kot?)

Situasi Dua:
Atau pernah tak korang bila secara tiba tiba, berbetulan hari tu mood korang baik, semangat ada lebih sikit, lantas bila sesorang terajak berdebat dengan korang tentang hal ehwal ugama, lalu korang dengan bersungguh terangkan tentang kefahaman ugama yang korang rasa betul lalu berdebat di sini sana, akhirnya bila dah takde hujjah yang bernas akibat segala dalil dan tamsil korang di patahkan pihak lawan, lalu korang yang dah takde idea nak berhujjah lalu menjawab..

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Yang bermaksud: “Korang sorang sahajalah yang betul, mereka yang pandai berdebat tu adalah ahli neraka, korang adalah ahli shurga walaupun segala hujjah korang tak releven, bila dah jumpa di padang Mahsyar, baru mereka tahu bahawa mereka adalah ahli neraka dan betapa korang adalah ahli shurga…”

(wah wah wah, meriahnya hidup!)

Situasi Tiga:
Atau pernah tak korang bila dengar ceramah politik, tentang bagaimana seorang ustaz yang mengajak para pendengarnya pergi mengundi parti XYZ, sebab jika tak undi parti XYZ, mati akan masuk neraka kerana bila parti XYZ kalah, bermakna parti ABC akan memang, dan segala maksiat yang di buat oleh jajahan parti ABC akan di tanggung oleh orang yang tak undi parti XYZ..

Untuk mengukuhkan hujjah, ustaz tu akan berkata…

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Yang bermaksud: “Ustaz sebenarnya yang betul, kamu tak undi parti XYZ adalah ahli neraka, Ustaz ahli shurga, bila dah jumpa di padang Mahsyar, baru kamu tahu bahawa kamu adalah ahli neraka dan betapa Ustaz adalah ahli shurga…”

(Apa-apalah..)

Bagi aku, (bukan ustaz), Jika seorang Nabi yang di kasyafkan nampak Neraka dan Shurga, dan dah tentu confirm masuk Shurga dengan janji Allah Ta’ala.., maka tak salah jika Nabi nak berkata..

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Tetapi sebagai salah sorang ummat akhir zaman, yang tak tahu lagi hujung pangkal, lebih baik mencampakan diri dalam kerisaun terhadap ummat.., bukan marah kepada ummat..

Nak marahpun, nak emosionalpun, tak payahlah nak habislan segala usaha dengan berkata: “Kita jumpa di Padang Masyar”

Nampak bunyi macam orang kecewa dan marah…

Kecewa kerana orang tak dengar kata korang, dan marah sebab orang langsung tak nak dengar kata korang!!

Yang lebih dahsyat, bila dah bengang, terus doa pihak lawan masuk neraka…

Sahabat,
Orang yang tidak ikhlas berdakwah akan dapat dua perkara:-Iaitu:-
  • Marah.
  • Putus asa.

Nabi dan Sahabat dalam berdakwah tidak ada nak marah, putus asa apatah lagi, jika orang tak nak dengar cakap, tak terima nasihat, tak kan nak putus asa dan terus anggap orang tu masuk neraka, kita sorang yang masuk shurga lantas dengan berani berkata:_

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Sahabat, bukan senang nak masuk shurga.., dan bukan sedikit azabnya di padang Masyar.. orang yang bertakwa seperti Abu Bakar RA atau Saidina Umar Ra, sangat risaukan akhirat.., tak berani nak berkata sembarangan…

Shurga neraka belum tentu nasib kita..

Orang bertakwa sangat takut kepada hari pembalasan, bukan boleh main-main..,

Kamu tahu apa ada di padang Masyar? Biar aku cerita sepintas lalu, refresh untuk aku jugak..

*****

Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang Masyar dalam keadaan berbogel..

"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."

Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"

Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..

Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata Nabi.., dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban lapar dan dahaga..

Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..

Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk aku..)

Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.

Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…

Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil menangis berkata..

"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..

“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”


Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.

“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”


Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.

“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”


Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:

Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..

Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..

Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…

Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.

Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepalapun mendidih..

Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)

Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…

Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..

Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..

Panjang cerita, boleh rujuk ustaz, moral cerita aku adalah, padang masyar itu benar, maka selamatkanlah ummat islam daripada azabnya…

Bila dah marah atau kecewa, tak payahlah cakap nak jumpa di padang Masyar, bersabarlah dan cuba selamatkan mereka.., jangan marah dan putus asa.OK?!

Kalau nak jumpa di padang masyarpun, sama-samalah jumpa di bawah arash…, jangan jumpa di mahkamah nombor dua, nombor satu apatah lagi..oH!…

*****

Berbalik kepada kisah aku yang tak OFF H/P dalam surau buat ahli jemaah marah, buat ahli jemmah surau di ganggu ring tone lagu Kerabu pucuk paku.., akhirnya aku buat keputusan mendadak untuk mengaku, sebab?

AKU TAK NAK JUMPA KORANG DI MAHKAMAH ALLAH..Oh!

Aku lantas cepat-cepat bersalam dengan mereka sambil mengaku bahawa sayalah tuan punya ring tone kerabu pucuk paku yang tak tutup Handphone tadi.. aku cuba jadi lelaki beriman di akhir zaman..

Bila aku bersalam dengan JEJAKA yang sound tadi, mamat tu terus berkata.., dan aku dah cuak dah, sebab aku memang bersalah...

“sedap lagu tu.., dah lama aku cari, boleh send lagu tu kat aku tak?”

Sambil ON kan Bluetooth kat H/P dia..

Woha!

Begitulah care kalu mahu hidup,
Buat ape saja yang kite sanggup
Jangan duduk saja buat buncit perut,
Lama-lama buleh meletup
Woho.., Anak bini buleh cabut

Ps: Kita semua jumpa di Padang Masyar OK?!, err, maksud aku di bawah arasy, boleh?!, (insyAllah….)

47 comments:

Anonymous said...

aduh...bro hamka, lawak siot ending dia.
....lawak suspended...

nway, mesej tentang padang mahsyar tu patut sama kita ambil.

jazakAllah.

hamka said...

Asalamulaikum semua.

Aku masih bercuti, dan terus bercuti sehingga minggu depan..

jumpa lagi isnin depan jika belum jadi mayat..

gunakanlah hak kebebebasan berkomen dengan baik.

wasallam.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tun teja said...

masuk blog ni.. tun mesti seram teringat mati. amalan dh la nipis..
tun skrg berada dlm zaman jahiliah nih.. tgh mencari ilmu akhirat. trime kasih bro hamka.

Anonymous said...

Wa'alaikumussalam to Bro Hamka.. =)

Insaf... =`(

Perlu ambil tindakan dengan segera nih...

Baru dapat berlindung bawah lindungan arasy kelak =)

Amiin ya Allah

p/s: Aku rasa kesimpulan yang boleh dibuat ialah kena buat kerja dakwah (baru tak dituntut kat akhirat kelak).

Dan kena jaga amal2 agama especially solat jemaah (Nabi yang begitu kasih pada ummatnya pun diberitakan pernah bersabda untuk bakar mereka yang solat bersendirian di rumah)

Oh..

Ummati...ummati..

p/s2: (peringatan utk diri sendiri dan sengaja ditulis disini) Kena selalu buat dakwah jumpa manusia. Agar tak dituntut dihadapan Allah SWT di akhirat kelak. Dan tindakan perlu diambil segera...Sangat segera. Salam 3H..

Anonymous said...

wuishhh ngerik siot..! sib baik hepi ending.. hehehhe

padang mahsyar laaagi ngerik.. dan memaaang ngerik! selamatkah aku dan kita?

Anonymous said...

ehem...

hamka,

cun jugak tun teja ni eh?

harap amalan pun cun sama..

oh!

aku masih bujang!

Anonymous said...

adeh!

pasal awek plak aku komen..

lepas khatam entry untuk kali ini..

terus aku msg sorang kawan minta ampun salah silap bicara..

huhu..

takut jumpa di mahkamah Allah dan aku tak lepas plak nanti!

Unknown said...

semuanya tentang kehilangan nyawa, he3...

Anonymous said...

salam...
hahhaa...
gelak dulu sebab ending yang tak disangka2....
semoga kisah padang menyedarkan kita..
amin...

Anonymous said...

msg yg sgt berguna...mengingatkan sayer bahawa akhirat itu benar & padang masyar jg benar...adus~~imanku cuma senipis bawang...layakkah aku utk berteduh di bawah arash Allah?

Anonymous said...

hehe..

sorg pakai lagu kerab upucuk paku.. sorg pakai lagu anak tok de besar.. ahaha.. sehati sejiwa nampaknyer pasangan nih..

nanti anak2 nak lagu apa bro? "ayahku kawen lagi?"--kiskiskis

jgn mara no.. gurra kate org trg. :)

Anonymous said...

Ansar @ Bungamelur ko ni silap web ler...patut gi myjodoh.net huah3 :)

Anonymous said...

kulit baik.. isi lagi terbaik!

mim said...

Dalam insaf2 tetibe tergelak sakan..haha pecah perut..

Tgk2 balik kump kat padang mahsyar tu tak tau la diri nie ader kat maner..rasenyer umat Nabi Muhammad saw yg paling teruk kot..
Gerun dn insaf..

Time kasih pakcik.. ;)
Insyaallah ader saham tuk akhirat atas ingatan2 nie..

Anonymous said...

adoi...lawak betui bro hamka...
kita jumpa di pintu masjid..:)

Emazull said...

Assalamualaikum,

Sejak election, kepala saya berserabut dengan ajakan syaitan membaca blog2 politik yang mengundang rasa amarah.

Terima kasih kerana blog saudara melapangkan sedikit kepala saya.

EMA

Azlan Zed said...

hand phone = little devil's toy. :)

Abu S.H said...

ikut pemahaman saya: (bukan nak ajar hamka, tapi nak share ilmu)

1. boleh off handphone dengan sebelah tangan. hati2 dgn 3 pergerakan.

2. Insha Allah tak berdosa sebab betul2 tak ingat hp bini dlm poket kiri tu.

3. Tak perlu jawab pun kalau org tanya sapa punye hp bunyi. Buat senyap je. Insha allah akan dijaga jaga aib kita. Kita bukan sengaja.

4. pakai ringtone biasa dan bukan lagu. utk keselamatan dan tindakan yg lebih wara', Insha Allah.

5. JEJAKA tu dpt lagu tu je ke? Kau tak offer lagu tokde besor beranok banyok dok dang dok dang tu ke?

azharjaafar said...

Sepatutnya hamka, bila ko habis je bagi salam lepas solat, terus tanya dengan kuat;

"Handphone sapa yang bebunyik tadi? Tak reti nak off ke? Kacau orang semayang je.."

fa-rho-ha-alif-nun said...

ahahahahahaa bro azharjaafar.
nice. kekekekekeke.
da tgelak tgk entry encik hamka, tgelak pulak tgk komen2 saudara/i semua. XD

Anonymous said...

Hamka, nk tanye sket. menurut Ustaz tu, kenapa lak tak bleh off HP mase smyg eh? mmg confirm akan lebih 3 pergerakan ke?

-anonymous37-

Anonymous said...

Yg xblh ialah lebih 3 pergerakan bturut2 atau lebih. Kalo ko gerak skali n stop jap, then gerak blk, itu kira reset, back to kiraan pertama. Tanya www.zaharuddin.net. Ustz dah bc smua kitab mazhab shafie. Aku dgr ms kursus solat dia (30 mac ada lg kursus last), buat lum pnah lg. Tp mmg wajib tutup hp.

Apapun lelaki senang nk off hp sbb hp kt poket slua. Pompuan aku xtau ler, biasa hp dlm poket handbag. 1 hal la pulak nk bongkok amik handbag tu kan. Tsangkut tlekung kt zip handbag lain citer.

Jd pak imam b4 solat jgn suh rapat n luruskan saf je kena pesan switch off or silence hp. Utk kekita ni, nk jumpa datuk bandar n mb pun ada protokol...kita kan nk jumpa Yang MAHA Dipertua Agong time solat tu...sendiri mau ingat ler ;)

hamka said...

ainohikari

terima kasih untuk JEJAKA itu sebenarnya, sama ada dia berniat nak cover aku atau serius cari lagu tu..

terima kasih segalanya..

---------
tun teja

seperti yang aku selalu pesan, walau macam mana baguspun entry aku, kena rujuk ustaz jugak, ok?

: )

----------
bakalmayat

Salam..

----------
alongcute

semoga selamat, amin.

---------
Ansar @ Bungamelur

Akupun dah ‘lama’ tak kahwin..

Err, gurau ejer..

Aku rasa, nama kau kena tukar pada ‘Ansar @ Bunga telur’..

Heh!

----------
blogmenjerit

dah ada blog menjerit, tinggal mayat menjeritlah pulak..

----------
damak

di padang mahsyar tak boleh gelak dah kot.. isk.

----------
along

sama sama melayakkan diri, modalnya adalah masa, dan mayat sahaja yang tiada masa…

-----------
sakuragiRL

tanpa aku sedari, anak-anak aku dah terhafal lagu tu.., oh! Ummat menderita.

---------
ultraman

kau jangan nak cover line, kau pun nak ngurat jugak kan??

Kan? Kan?

-----------
Sir Wan

Tak faham..

--------
mim

Amin..

---------
Emazull

Sekali sekala,. Lepas ni aku nak tulis sikit pasal pilihan raya, insyAllah..

Selamat serabut kepala lagi..

----------
alan zed

top up prepaid hand phone anak perempuan anda, dan sama-sama nantikan kebuncitan perutnya..

Oh!

-----------
abu_harraz

Aku ada perasaan ‘serba salah’ kat JEJAKA itu.., tak gitu?

Dan ikut pemahaman kau, aku pun paham begitu juga… sebab ahli jemaah 6 orang, aku mintak maaf, tapi jika solat jummmat, aku ignore, sebab ‘tak sengaja’…

--------------
azharjaafar

Aku ada satu lagi cerita benar.

Ada sorang mamat ni, time solat H/P berbunyi lagu rock tak ingat, Tokyo drift kalau tak silap, (cover solat tak khuyuk), dia cuba OFF tapi gagal.., H/P tu bunyi banyk kali sampai waktu duduk tahiyat akhir..

lepas habis solat, dia terus jawab panggilan dengan nada marah..

“woi, kau tak reti bahasa ke, mana boleh kacau orang sedang solat, tak ada otak ke? bla bla bla…

Sambil marah dia terus bangun tak toleh kiri kanan dan terus blah, sambil mulut tak henti henti maki orang dalam tepon dia..

Kami semua tak berani marah dia, sebab gerun tengok gaya dia..

Pandai betul dia cover lain..

-------------
feerhan

ha!

---------
anonymous37-

Ada ustaz ceramah macam tu, aku tak berani nak argue, tapi aku berijtihad.., ‘boleh’, jangan lebih 3 pergerakkan..

-------------
Patinmasakgulaitempoyaknyamnyam

Kau dah ciplak nama resepi aku ni.. he he he he

Anonymous said...

sebenarnya bila dah nikah bukan selalu jugak dapat "kahwin" kan hamka?

apatah lagi bila isteri berbadan dua..

err..

start bulan ke berapa baru tak "kahwin' yer?

kemain soalan aku tak padan bujang!

harap semua berfikiran matang..

hehe

Anonymous said...

pembuka penutup cerita baik, isi tengah2 cerita terbaik.. bereh boh?

hamka said...

Ansar @ Bungamelur

Kau dah salah tafsir, dah lama tak kahwin bukan bermaksud dah lama tak bersetubuh.., tak salah menyutubuhi isteri yang mengandung, doctor kata bagus apa sebab tut tut ut (sensor) 18 SX.. blab la bla..

Maksud dah lama tak kahwin adalah, aku dah beberapa tahun tak kahwin lagi, baru sekali kahwin.., itu pun dah lama, kena faham tu!

Ha!

--------
Sir Wan

pembuka penutup cerita berlaku 2 hari sebelum mengundi, isi tengah akan berlaku tak lama lagi..oh!

Anonymous said...

Hmmm, seronok btul cik abang2 kita nie kalau berseloroh ttg kahwin. Ingat, kawin tu nikmat bersetubuh tu tak sampai 5 minit...tapi tanggungjawabnya kekal dunia sampai akhirat. Fikir2kanlah ye. Jangan setakat nak sedap nikah/kahwin/setubuh tapi nak kna juga fikir mcm mana nak bagi isteri/anak/keluarga faham & amal agama.
Ramai wanita tersepit kerana perbuatan/kecuaian lelaki.
Jangan mare, hanya berpesan-pesan kpd yg baik.

-Siti Wan Kembang-

hamka said...

bersetubuh tak sampai 5 minit?

kenapa tak galakakn suami buat senaman rimau?

(arghh dah makin merepek..)

Anonymous said...

oh!

aku dah silap paham..

almaklumlah aku lom kahwen..

harap ampun semua..

insyaAllah kalau dah Allah pilih hang punya dua isteri maka berlaku adil lah antara keduanya..

akhirat nanti di tuntut keadilan tu ha.

Anonymous said...

Sedara ansar kena blaja memahami ayat orang dewasa, hoho.

alhamdulillah, sy baca sekali sudah boleh faham.^_^
.....
Berkenaan mematikan handphone yang berbunyi itu, saya ada mendengar ceramah dan membaca artikel sesetengah ustaz yang mengatakan bahawa hukumnya adalah WAJIB.

Supaya kita semua nampak lebih jelas, saya copy/paste ulasan ringkas ustaz zaharuddin apabila ditanya tentang masalah ini.
...selamat membaca...

Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).

Ini kerana :-

1) Tegahan dari terpesong minda & hati :

Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.



2)Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran " ( Riwayat Abu Daud : 1332)

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.

Pergerakan

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )

Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

hamka said...

Alhamdulillah.

terjawab segala kemushkilan..

terima kasih.

Anonymous said...

haha.. baru td aku terjumpa versi lain anok tokde besar..

anok tokde besar
mok gaduh nok wi belaki
menanok pn panda
begulai pon tok reti

perase anok dio lawa
takut kito wat lari
kito pon tok lapa
tino lain lawa lagi

hehe.. takde kaitan sgt pn ngn entry ni.. cuma teringt Hamka nye ringtone lagu anok tokde besar versi anak ramai.. ni versi kawen awal lak..

hamka said...

Ayah aku suka dengar lagu dikir barat, bila ringtone lagiu aku berbunyi dan selepasa aku jawab panggilan, ada saje modal ayah aku dan aku akan bersembang sekitar lirik lagu dikir barat..,

iqram orang tua...

: )

Anonymous said...

ahah..tergelak den baca pengakhirannya..tengah insaf..tetiba gelak kuat..rumet ternganga..huhu..alhamdulillah..aku dah selamat jejak kaki ikot Bro..last week..arap aku dapat bahgiekan suami aku...amin..

hamka said...

bagus!!

selamat bahagia ke pintu shurga!!
:)

otosan said...

alhamdulillahirabbila'lamin

syurga neraka
bukan amalan dapat membayarnya

hanya keredhaanMu Ya Rabb!

amin!

Anonymous said...

salam sedara hamka..

1st time baca kisah padang mahsyar yg sebegini detail..rujuk buku/kitab mane ye?

hamka said...

aku lupa nama kitab, cuma aku ingat-ingat lupa dan releted dengan entry sedia ada dalam blog dakwah kawan-kawan..

van qif said...

Assalamualaikum..

Cerita di padang mahsyar itu lebih menarik perhatian...tapi ish kenaper hati ni keras sangat sampai susah nak menangis kerana DOSA YANG BANYAK...Ya Allah lembutkan hati kami semua...

MMM...Pak cik tgk tu Ustaz Zaharudin siap kasi komen lagi dalam blog ni...x sangka betul saya, ader gak Ustaz yang prihatin ngan blog ni...alhamdulilah..

Wokeh dah lewat ni...nak tido, takut lewat subuh esok...

Adioss Amigoss

hamka said...

errr, Adioss Amigoss tu apa sebenarnya?

van qif said...

Assalamulaikum,

adioss=bye2

amigos=my freind

bye2 my freind....

Pak cik nanti tolong email saya yer..ada problem sikit...terima kasih banyak2...wassalam

van qif said...

sorry maksud saya tadi ialah tolong reply my email..TQ

Anonymous said...

wahh...teruje...
besh cite...lawak+dpt pengajaran..
go go hamka...
hehe:)

hamka said...

bukan lawak..

tapi "pereda ketengangan"..

John Rodriguez said...

bersetubuh tak sampai 5 minit? kenapa tak galakakn suami buat senaman rimau? (arghh dah makin merepek..)

hamka said...

woha!