Feb 19, 2008

Apa itu Negara Kebajikan?

(Tak sama ke antara Negara Islam dan Negara Kebajikan?)

Dah lama jugak aku tak duduk depan computer.., maksud aku, tak bukak blog dan tak update blog, bagi yang tak malu lalu email aku bertanya kabar, aku dah jawab, aku sihat sejahtera dalam email masing-masing, alhamdulillah… dan terima kasih…

Dan yang malu nak email tapi nak tahu khabar, aku di sini sihat sejahtera bersama anak dan isteri, alhamdulillah sekali lagi…

Ketiadaaan aku di alam blogesfera bukannya aku sibuk pergi berkempen politik di sini sana, Cuma hidup kita memang begini, iaitu bila tiba masa kita kena pergi, kita akan pergi, dan tak peduli tentang apa yang lain, walaupun penting- contoh: bila azan berkumadang, kamu semuapun tutup TV dan pergi solat bukan?

Lalu hari ni, bila aku nak tulis blog, takde pulak semangat yang membara.., akupun check dalam Thumb drive aku kot-kot ada entry-entry yang tak siap yang boleh aku edit dan post..

Aku jumpa draft yang bertajuk “Negara Islam”

Draft yang aku tulis pada awal bulan Febuary, sebelum Kerajaan umumkan tarikh pilihan raya, sebelum kerajaan bubar parlimen dan sebelum orang perempuan terima bunga dan coklat pada hari V..

Aku baca balik dan dapati dah terlepas tarikh aku untuk post pasal benda ni, dah tak releven entry ini untuk suasana sekarang…, orang dah tak cakap pasal Wang Pertaruhan Pilihan raya (kerana bunyinya Haram sebab ada unsur judi) tapi orang la ni cakap tentang Deposit Pilihan raya pulak, orang dah tak cakap pasal Negara Islam (sebab nampak macam tak menjadi) tapi sibuk duk cakap Pasal Negara Kebajikan pulak, … (apa-apalah)

Tapi sebab aku takde semangat yang membara untuk menulis, aku post juga enty berkenaan Negara Islam itu. Ingat! Entry ini di tulis sebelum
Kerajaan umumkan tarikh pilihan raya, sebelum kerajaan bubar parlimen dan sebelum orang perempuan terima bunga dan coklat pada hari V.., harap maklum.

Copy/paste- 8 Feb 2008

Aku pada suatu hari sedang duduk di kerusi sebelah kiri dalam sebuah kereta buatan malaysia, melunjurkan separuh kaki, bersandar dengan penuh relaks, sedang mata separa terbuka melihat kesesakan manusia-manusia dalam kenderaan lain yang sibuk lalu lalang..., semua nak cepat, nak pergi mana ntah? dan aku tahu mereka semua dan aku kelak akan berakhir di kubur juga.

Aku rasa mengantuk.

Angin dari luar jendela kereta yang separa terbuka pula menerjah muka dan mengkucar-kacirkan rambutku yan tergolong dalam katogori rambut kering itu..

Mulut kawan aku yang sedang memandu di sebelah kanan di dapati bergerak-gerak seperti sedang berbicara sesuatu, dan oleh kerana hanya aku dan dia dalam kereta, aku tahu dia menujukan kata-katanya pada aku, mungkin dia sedang cuba mengadakan beberapa rangkap perbualan dengan aku..

Aku tak dengar sangat apa yang dia cuba cakap, sebab dia bawak kereta dengan agak laju, di tambah bunyi angin masuk dalam kereta macam ombak menderu, dan bunyi enjin kederaan lain yang turut mengvariasikan perlbagai gelombang desibel..

"Ha?! Apa?! Tak dengar!!!”

Jerit aku.

Akhirnya setelah beri sedikit fokos pada pergerakkan bibir kawan aku tu, baru aku tahu rupanya dia nak aku jelaskan maksud atau erti Negara islam, apa ke hal mamat ni tanya tentang negara islam tengah-tengah jalan raya ni?

Untuk pengatuan, Kami dari destinasi X ke destinasi Y dan semuanya ambik masa beberapa Jam.

Aku senyum dan mengandaikan mungkin dia nak goda aku supaya bercakap dengannya agar dia hilang mengantuk...

Atau mungkin dia dah ada jawapan dan sajer nak tahu aku punya jawapan dan nak bandingkan lalu nak berhujah ke apa yang mana motifnya nak hilangkan mengantuk.

Atau memang dia tak mengantuk tapi sajer nak sakat aku sebab dia seorang parti XYZ.

"betul kau nak dengar jawapan itu?”

Tanya aku yang bersetuju dengan situasi itu kerana akupun boring jugak dengar bunyi lalu lintas, bunyi hon, bunyi enjin kereta dan angin menerjah dari jendela kereta..

Dia angguk beria.

Aku naikkan cermin jendela kereta kiri, On kan Air cond dan naikkan jugak cermin jendela kereta belah kanan dengan tekan punat antara dua kerusi.

Suasana terus sunyi dan suara aku jadi agak jelas untuk berbicara...

Sebelum itu, ada perkara yang agak kelakar, iaitu sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu, tiada apa-apa yang menarik sangat untuk di bicara, tapi bila masuk sahaja Sempadan Negeri Terengganu-Pahang, iaitu Daerah kemaman, terus nampak bendera PAS dan UMNO berkibar di sini sana.., dan lebih ketara bila tiba di jambatan, akan penuh dengan bendera, betul-betul macam Pilihan raya dah besok nak mengundi.
(baca: di tulis pada Hari Raya Cina 7hb Feb 2008)

Di Terengganu, Jambatan besar atau jambatan kecil, semunya akan jadi sasaran untuk di pacak bendera PAS dan UMNO, dan secara tidak langsung, mereka seolah-olah pakat-pakat bertanding bendera siapa paling tinggi, bendera siapa paling banyak, dan bendera siapa paling besar..

Hmmm, setakat ini di mata aku, bendera PAS yang ’agak’ menang, Besar dan Banyak.., simbolik kepada Negara kebajikan barangkali..

Jambatan Kemaman, Jambatan Dungun, Jambatan Kerteh, Jambatan Marang, Jambatan Kuala Ibai dan pendek kata, semua jenis jambatan, menjadi medan perang bendera...

Yang lebih kelakar, bila aku masuk ikut jalan kampung iaitu daerah Bukit Payung Marang dan pendalaman Manir terengganu, ikut jalan kecik, ikut jalan tali air lalu jumpa jambatan kecik, pun penuh jugak bendera di sini-sana..

Apahal Rakyat Terengganu ni? Apahal Generasi Ulul Albab dan Hadhari Bistari ini?

Aku lantas berfikir, di kelantan tentu lebih hebat lagi perang bendera antara PAS dan UMNO, tapi mengikut adik ipar aku yang duduk di wakaf Che Yeh, tak de pulak begitu, Terengganu sahaja yang agak over..

Oh, rupa-rupanya aku di besarakan dalam suasana begini, sebab tu aku jadi ’begitu’.. kot...

Kenapa jambatan jadi sasaran perang bendera antara PAS dan UMNO?

Kalau masa perang dunia ke dua dulu, memang askar suka bom jambatan untuk menyekat bantuan sampai atau menghalang musuh daripada lari...

Atau mungkin bila tiba di jambatan yang mana mengikut undang undang jalan raya, kenderaan wajib di bawa perlahan lalu mata akan dapat menyaksikan betapa bendera Pilihan Raya megah berkibar..

Atau mungkin simbolik kepada maksud jambatan adalah ’dunia’ yang merupakan jambatan akhirat...

Apa-apalah...

Berbalik kepada kawan aku yang mungkin tiba-tiba bertanya tentang negara islam setelah melihat bendera berkibar di sini-sana..

Pendek cerita, akupun bercerita lebih kurang begini kepada kawan aku dalam kereta buatan malaysia itu...

Pada suatu hari, Dizaman negara Islam sedang berlaku, di kota Madinah, Pusat pemerintahan Negara Islam, telah berlaku satu peristiwa dalam lipatan sejarah yang boleh menjawab serba sedikit soalan kamu tentang apa itu Negara islam...

Seorang bukan islam, telah datang ke madinah, untuk mencari sahabat lama, jejak kasih berangkali..

Setibanya di madinah, apa yang beliau lihat?

Satu pandangan di mana terlihat begitu ramai orang yang keluar masuk masjid Nabawi, berpusu-pusu..

Sebagai pendatang yang tidak perlu izin, beliau juga pergi ke Masjid, ke tempat orang ramai berkumpul..

Setibanya di sana, beliau terus di cam sebagai muka baru lalu kedatangannya di sambut baik oleh seorang penyambut tetamu (istiqbal) yang bertugas pada hari itu,

Setelah tahu tujuan lebih kurang, beliau di beri penghormatan untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.

Menjadi tetamu Nabi adalah satu kemulian untuk mana-mana manusia di zaman itu..

Setibanya di hadapan Nabi, maka beliau telah di layan dengan baik dan penuh kemulian, dan sebagai tetamu beliau berhak mendapat layanan yang Hak mengikut Islam iaitu di beri makan dan tempat tinggal,. Untuk beberapa jangka waktu, biasanya 3 hari..

Akan tetapi pada waktu dan ketika itu, Nabi Muhammad SAW tiada apa-apa makanan di sisi baginda untuk di hidangkan kepada tetamu barunya itu, lalu Baginda memanggil Saidina Abu Bakar RA dan meminta (tashkil) Abu Bakar RA untuk membantu Baginda.

Menyediakan makanan untuk tetamu Rasulullah SAW adalah satu peluang dan kemuliaan yang sangat tinggi nilainya yang di fahami oleh semua ummat islam.

Tapi, apa boleh buat? Abu Bakar RA bagitahu pada Nabi bahawa sudah satu hari suntuk beliau berlapar, bermakna tiada makanan di sisi beliau untuk di berikan kepada tetamu, dan Nabi sendiri pula sudah dua hari lapar, lalu Nabi perintahkan Abu Bakar RA pergi ke rumah anaknya Fatimah RA untuk mendapatkan sedikit makanan...

Di depan Rumah Fatimah RA anak nabi, sudah tiga kali pintu di ketuk dan salam di beri, tapi tiada jawapan, sejurus sebelum beredar, terbuka juga pintu rumah Fatimah RA dan terdengar juga suara wanita menjawab salam dengan suara yang lemah...

Ada riwayat menyatakan Fatimah bergerak dengan merangkak membuka pintu kerana sedang di azab lapar..

(aku menulis entry ini dalam keadaan kenyang, ..oh)

Saidina Ali Ra suami kepada Fatimah pada waktu tu tiada di rumah, sedang berjuang di jalan Allah..., dan setelah mengetahui hasrat Abu bakar dan hasrat Ayahnya (Nabi Muhammad SAW), maka ada sedikit hampa, Sayang seribu kali sayang, Fatimah RA juga tidak boleh membantu, kerana beliau sendiri sedang menderita kelaparan, namun Fatimah RA telah memberi sehelai kain kepada Abu Bakar Ra dengan cadangan di jual kain itu dan mudah-mudahan akan mendapat satu hidangan makanan untuk satu orang..

Abu Bakar RA rasa terharu kerana kain itu adalah hadiah dari beliau kepada Saidina Ali RA sewaktu perkahwinan dengan Fatimah RA dulu-dulu..., namun, demi tetamu Rasulullah SAW, maka segala cerita ini berlaku dan tertulis dalam lipatan sejarah.

Akhirnya, Kain itu telah di tukar dengan satu hidangan makanan oleh seorang sahabat yang aku lupa namanya, seorang sahabat Nabi yang mempunyai kedai, dan makanan itu akhirnya di bawa ke hadapan tetamu Nabi yang bukan islam itu.

Setelah selasai perut di kenyang, Nabi telah mengutus sorang sahabat lagi untuk menunjuk jalan ke arah rumah yang ingin di pergi oleh orang bukan islam itu.

Setibanya di rumah kawan lama beliau, yang rupanya sudah memeluk islam, maka beliau telah menceritakan kisah akan betapa baiknya beliau telah di layan oleh orang islam di masjid..

Apabila cerita telah di kisahkan, segala-galanya menjadi jelas, lalu berkatalah sahabat itu kepada kawan bukan islamnya bahawa kain yang di bawa oleh Abu bakar RA itu ada di rumah ini, sedang terendam dalam satu bekas, dan akulah yang menukarkan dengan makanan yang kamu makan.

Dan orang yang melayan kamu dengan baik itu adalah Nabi kami, dan ketua di sini...

Maka di situ juga orang bukan islam ini masuk islam, mengucapkan kalimah..

La Ila Ha Illah!!!

(Maaf, cerita ini bukan aku ambik dari kitab, tapi aku hanya dengar dalam satu kuliah ugama oleh Buznama tahun lepas, kalau jumpa riwayat yang lengkap, kita kongsi..)

Jadi, kepada semua pejuang Negara islam, penceramah politik, penampar poster, pengibar bendera, pengutip derma, penjaga post, pemangkah undi, dan semua yang semakna dengannya, Apa yang kita faham tentang moral di sebalik cerita di atas?

Beginilah.., Negara islam adalah Negara yang mana Pemimpinnya sentiasa mempunyai fikir dan usaha akan bagaimakah rakyatnya atau bukan rakyatnya yang belum islam dapat masuk islam walaupun beliau sendiri terpaksa berlapar..

Negara islam juga adalah Negara yang mana Penasihat dan pembantu pemimpin, wakil rakyat atau ketua kampung adalah terdiri daripada mereka-mereka yang sentiasa mempunyai fikir dan usaha akan bagaimakah ummat manusia yang belum islam dapat masuk islam walaupun mereka sendiri terpaksa berlapar..

Negara islam juga adalah Negara yang mana semua rakyatnya yang berugama islam adalah terdiri daripada mereka-mereka yang sentiasa mempunyai fikir dan usaha akan bagaimakah ummat manusia yang belum islam dapat masuk islam walaupun kita semua terpaksa berlapar..

Juga mempunyai fikir bagaimana orang islam yang jauh dari ugama dapat dekat pada Allah..

Fikir juga bagaimana semua lelaki akhil baligh dapat solat berjemaah, wanita solat awal waktu dan tutup aurat sempurna...

Pendek cerita, kepada semua pejuang Negara islam, penceramah politik, penampar poster, pengibar bendera, pengutip derma, penjaga post, dan semua yang semakna dengannya, fahamkah kamu di mana tahap kita masing-masing?

Dan berapa ramai sudah orang kafir yang sudah islam di tangan kamu?

Ketahuilah bahawa, Allah telah memberi Negara Islam kepada Ummat islam sebelum ini kerana tidak lain dan tidak bukan, adalah kerana berkat kerja Ummat islam sebelum ini yang mana tugas utama mereka adalah mengislamkan ummat manusia seluruh alam walaupun terpaksa berpisah dengan anak isteri, terpaksa bermujahadah dan terpaksa menderita kelaparan...

Jadi, fahamkah kamu di mana tahap kita masing-masing?

Dan berapa ramai sudah orang kafir yang sudah islam di tangan kita?

Dan jika kita mati pagi esok lepas subuh, adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang kafir tidak pernah kita tutup?
Dan adakah kita memang sudah bersedia jika di takdirkan esok kita mati?

Sudahkah kita?

Jika orang kafir tak rasa apa-apa bila tengok masjid kosong, apa pula perasan kamu melihat masjid kosong wahai pejuang Negara islam?, penceramah politik, penampar poster, pengibar bendera, pengutip derma, penjaga post, dan semua yang semakna dengannya..

Satu lagi, Teringat aku akan nilai Kerajaan di pandangan mata Saidina Umar Ra, yang mana apabila ada seorang haba Allah yang Murtad lalu terus di pujuk kembali islam, pendek cerita si murtad sanggup masuk islam kembali dengan syarat Saidina Umar RA kena bagi dia jadi ketua orang islam..

Saidina Umar sanggup tukar Kerajaan dengan syarat orang itu masuk islam balik kerana nilai Iman dalam diri kita adalah lebih bernilai dari segala-galanya...

Dan kita janganlah mengaku islam yang sempurna jika tidak mencintai orang lain sebagaimana kita mencintai diri sendiri...

Adakah aku dan kamu benar benar mengamalkan ayat ini?

Sudahkah kita?

Aku ulangi:-

Dan jika kita mati pagi esok lepas subuh, adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang kafir tidak pernah kita tutup?

Adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang munafik juga tidak pernah kita tutup?

Barangkali, kita juga terlupa menutup pintu Neraka untuk kita sendiri..oh!

Dan adakah kita memang sudah bersedia jika di takdirkan esok kita mati?

Sudahkah kita?

Ketahuilah, ketika kamu dan semua manusia sedang mengagungkan dunia, sedang berusaha mendapatkan dunia, sedang membesarkan dunia., di sisi Allah semua itu tiada nilai sedikitpun dan di setarafkan dengan sarang labah-labah, kepak nyamuk, bangkai dan najis..

Manakala apa yang aku cakap tentang iman, dan usaha atas iman, yang kamu tak suka cakap dan tak suka dengar, namun di sisi Allah, iman yang sebesar zarahpun di nilai dengan Shurga yang luasnya sepuluh kali ganda dunia jika dunia di nilaikan semula...

Kepada pejuang Negara islam, aku tak suruh kamu berhenti berjuang, tapi aku harap apa yang kamu kejar itu dapat dan apa yang di kendong tiada pula berciciran...

Jangan pula menjadi seperti ini:

Yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran..
Terdengar guruh di langit, air di tempayan di curahkan.

Kita ini ibarat seekor labah-labah yang tinggal dalam sebuah rumah buruk yang mana tuan rumah adalah seorang tua yang jarang duduk rumah...

Kitapun buat sarang labah-labah banyak-banyak dan duduk di tentang-tengah sarang dengan aman dan selesa...

Hidup kita begitu seronok sebab sampai masa datang lalat, nyamuk, pepatung dan lain-lain yang terlekat pada sarang lalu kitapun makan, main dan tidur, kita rasa seronok hidup begini kerana sampai masa rezeki akan datang melekat kat sarang labah-labah kita..

Lalu kerja utama kita adalah meluaskan saiz sarang labah-labah..

Bila sarang kita dah makin besar, barulah nenek tua tu perasan, lalu ambil penyapu dan sapu..

Sekali sapu, maka terus habis kehidupan kita yang hebat dan amat di cintai itu....

Sekali sapu sahaja...

Sekali jadi mayat, terus habis kehidupan kita yang hebat dan amat di cintai ini....

Dan jika kita mati pagi esok lepas subuh, adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang kafir tidak pernah kita tutup?

Adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang munafik juga tidak pernah kita tutup?

Barangkali, kita juga terlupa menutup pintu Neraka untuk kita sendiri..oh!

Dan adakah kita memang sudah bersedia jika di takdirkan esok kita mati?

Sudahkah kita?
(Tanya pada diri sendiri sama!! isk!)

*****

Kawan aku senyap, tersengih-sengih, mengantuknya sudah hilang barangkali, beliau tutup air cond, dan bukak balik cermin jendela kereta.

Angin dari luar jendela kereta yang separa terbuka lantas terus menerjah mukaku dan mengkucar-kacirkan rambutku yang sedia kering ..

Dia terus bawak kereta dengan agak laju, bunyi angin masuk dalam kereta macam ombak menderu, dan bunyi enjin kederaan lain yang turut mengvariasikan perlbagai gelombang desibel..

Akupun mulai mengantuk kembali..., letih tengok bendera yang berkibar-kibar di sini sana..

Wahai kawanku, jika kamu mengantuk balik, dan nak tanya soalan, silalah naikkan cermin jendela kereta dan On kan Air cond...

Tapi jika kamu tanya tentang maksud 'Negara Kebajikan' atau 'Islam hadhari.'.

Manalah aku tahu!

Ps: Selamat Mengundi, dan jangan lupa baca doa naik jambatan.

26 comments:

Maryam said...

cekgu,
ajarkan saya doa naik jambatan..

Anonymous said...

doa naik jembatan

'Rabbi salim, salimna'

kalau salah tolong betulkan ye..

bakalmayat said...

Kalau tak silap saya, doa naik jambatan ialah: Ya Robbi Salim Salim.

Menung juga time baca lines ni:

[Sekali jadi mayat, terus habis kehidupan kita yang hebat dan amat di cintai ini....

Dan jika kita mati pagi esok lepas subuh, adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang kafir tidak pernah kita tutup?

Adakah Shurga terhidang untuk kita?
Sedang pintu Neraka untuk orang munafik juga tidak pernah kita tutup?

Barangkali, kita juga terlupa menutup pintu Neraka untuk kita sendiri..oh!

Dan adakah kita memang sudah bersedia jika di takdirkan esok kita mati?

Sudahkah kita?]

Hmmm...

Anonymous said...

setuju dengan bro hamka.
semua orang kena ada fikir risau tentang iman, usaha atas iman dan KEADAAN UMMAT.
...
jadi sebab itulah, penampal² poster dan ajk2 lain sanggup korbankan diri, masa dan harta mereka untuk membantu memenangkan 'jemaah' yg ingin tegakkan Islam.

masing-masing sedar masih lemah iman dan masing-masing membantu sekadar yg termampu. tapi mereka ini adalah jauh lebih baik dari orang yg kononnya sudah byk beribadah tapi dalam masa yang sama membiarkan/membenarkan/merelakan kemungkaran berlaku di persekitaran. yang menyokong ? naudzubillah.

Saya kongsi satu petikan hadith,

Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka baginya dari pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dari pahala orang yang mengikutinya sedikit pun, barangsiapa yang mengajak kepada kejahatan maka keatasnya dosa sama seperti orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan sedikit pun dosa orang yang mengikutinya.

jazakAllahhukhaer

SpEkmATaKu said...

akhir nyer berakhir penantian..dh dpt bace entry baru...selamat mengundi pada semua...n to br hamka

hamka said...

Maryam Abu Ahmad

Anak murid,
Masa atas jambatan boleh baca doa seperti yang dah di ajar oleh saudara “bakal mayat”.
Tambahan:-
Dalam hati niat selamat kat jambatan sirat yang panjangnya 1500 tahun perjalanan…
Lagi banyak jambatan lagi banyak doa.

-------
amr

dan boleh juga jika nampak bendara BN, doa supaya selamat daripada timbangan amal jahat kat neraca Mizan di padang Masyar, doa ikut suka korang…

---------
bakalmayat

dan boleh juga jika nampak bendara PAS, doa selamat dari panasnya matahari yang membakar di padang masyar, ada riwayat mengatakan 12 biji matahari atas kepala, haya arasyh tempat berteduh.. cara doa ikut suka korang…

-----------
ainohikari

Aku juga sedang belajar korban..

Tambahan:-
Orang melayu kena korban perasan akan hak kerakyatan kepada kaum cina dan India..
Orang cina dan India kena korban akan hak istemewa orang melayu, islam agama rasmi..

Baru Malaysia aman damai.

Cuma tinggal ‘orang islam’ kembali kepada ‘islam’

Belajarlah korban…

----------
SpEkmATaKu

Selamat mengundi…, jangn lupa bawak spek.

Anonymous said...

aku juge sdg membaca dlm kekenyangan. alhamdulillah :)
time kaseh kerna saling mengingati.
samat ngundi utk semua.
wslm..

hafizulidham said...

negara kebajikan? mengarut. politik? lagi mengarut. negara kita dirompak dari pelbagai sudut. aku harap satu hari nanti kita mampu hidup tanpa dibobrokkan dengan kata2 dusta mereka2 yang ingin berkuasa.

Taichee~@! said...

Salaam Hamka,

Lama aku tak mengomel kat sini! Semua nampaknya dah berperisai mahu mengundi. Nasib baik aku mengundi di Lembah Klang, itupun kalau aku tak diminta untuk berpindah ke Kuching pada hari tulah!

1. Aku tak suka bendera parti politik. Sbb, bagi aku, buang duit je. Mungkin sekadar hiasan kowt?

2. Aku tak suka poster muka calon. Kenapa dorang tak buat poster yang aku tepek di blog aku je? Kan ke lebih menarik perhatian?

3. Kalau takde poster dan bendera mmg nampak mcm tak meriah dan happening, tapi kita kan semua dah tahu, sapa mahu di undi? Oh yeh! Aku lupa, tak semua ada internet. Ramai gak lagi suka bergebang di kedai kopi hatta di pintu pagar, dari pagi ke rembang tengahari, pastu sambung ke petang. Wakaka~@!

4. Aku tahu nak jawab soklan kamu tu. Senang aje. NEGARA KEBAJIKAN adalah anak syarikat = subset = subtopik kepada NEGARA ISLAM. Sebab tanpa kita faham Islam, kita pilih pemimpin yg kureng faham Islam (sbb ada had ikut hari pulak). Kalau ada pemimpin ni yang zalim, maka bagaimana mungkin kita hidup dalam kebajikan? Aku takut akan Negara KEKUFURAN dan KESESATAN...

Naudzubillah...Semoga AlLah ampunkan dosa dosa kita semua. Selamatkan kita daripada melakukan kesilapan menzalimi diri sendiri.

5. Aku dah update blog aku, jika ALlah tanya kita (kalau kita jadi monyet chimpanzee) kenapa kita pilih pemimpin yg zalim?

Hehehe, aku nak mintak tolong kau komen entry tu dari segi pengisiannya. Kalau salah, sila beri teguran, ya!

jazakallahhu khairan khotiro...

Anonymous said...

erm yer insyaALLAH sayer
xluper bwk spek sayer..
maser mengundi nnt..
kn tersilap pangkah rugi..
sia2 jd undi rosak lol...
btw izin kn sayer untuk link..
blog bro hamka dlm blog sayer..

hamka said...

selu4rbunga

selamat….

----------
hafizulidham

dibobrokkan?

Tak pernah guna ayat ni.., “BOBROK”.., macam best.
Hmm..

-------------
taichee~@!

Dalam blog kau ada 3 ekor monyet yang sedang tutup mata, telinga dan mulut..
Menggambarkan maksud, jangan dengar perkara buruk, jangan lihat perkara buruk dan jangan bercakap perkara buruk..

Walaupun anda seekor monyet atau orang utan..

‘kawan’ aku berkata, ada sekor lagi monyet yang patut muncul sambil tutup kemaluan..

Semua faham-faham sudah.
: )

----------
spekmataku

insyaALLAH, saya izinkan..
: )

Selamat Link!!

Anonymous said...

salam..

tahniah, akhirnya post baru dah kuar.. penat tunggu..




p/s - istiqbal, tashkil.. ni tabligh nye bhs.. bsh arab..

azharjaafar said...

Negara Kebajikan? Apa tu? Benda baru kot... Rumah kebajikan ada la.

Anonymous said...

ana nak komen,rasa sedih tngok org islam m'sia,bila seorang penulis lirik meninggal suma akhbar sibuk2 cerita jasa dia tp bila ulama meninggal, xde lak satu kolum khas dlm newspaper cerita apa jasa ulamak tu pada umat islam kt m'sia..

hamka said...
This comment has been removed by the author.
Azlan Zed said...

mana ada islam ada hari... islam hari2... :)

Anonymous said...

"Pada zaman ini terdapat satu kesilapan dan salah faham mengenai agama yang sudah menjadi kebiasaan iaitu 'permulaan' dianggap 'penghujung' dan 'asbab' telah dijadikan 'maksud'. Sekiranya berfikir dengan mendalam maka akan faham bahawa kesilapan ini sudah masuk kesemua bahagian agama. Ini adalah merupakan punca bagi beribu-ribu keburukan." - Asy-Syaikh Al-Arif Billah Al-Muhaddith Muhammad Ilyas Al-Kandahlawi Rahimahullah.

Allahumma Ya Robbi,Salim,Salim..

**Aku berkata kepada diriku, "xpayah mengundi mana-mana parti arr.. xpayah nak ikut cara yahudi.. ehh.. nak tegak negara apa pun, tegak iman dulu.. sembahyang subuh kat masjid pun tak tegak2, tut tut bgn pagi nak pi tegak bendera.. ehh.. try p amik dacing buh bulan penuh sebelah, bulan gerhana sebelah, tgk maner berat.. samer jer aku raser.. tu pun kalau aku boleh buat.. dan semestinya mustahil.. tapi result dier aku tau dah.. heheh.."

happy undi, undi happy :)

hamka said...

Sir Wan

Untuk hilangkan penat, tarik nafas dalam-dalam, 1..2..3 tarik..
Tarik dan hembus sehingga kerajaan umunkan wakil kerusi don masing-masing.

---------
azharjaafar

Mengikut undang-undang demokrasi, Untuk layak memerintah, parti pembakang kena menang 110 kerusi, dan untuk ubah dasar pemerintahan, kena menang 2/3 atau 146 kerusi…

Jika pembakang hanya bertanding 110 kerusi, mereka tak boleh nak ubah dasar, maka jangan berjanji kosong atau menipu rakyat untuk ubah dasar pemerintahan, err, aku tak tahu berapakah jumlah kerusi pembakang tahun ini,

Dan tiba tiba aku dengar dah tambah kerusi kepada 222 semuanya..

(apa-apalah)

bercakap mengenai kebajikan..

Aku nak balik mengundi, boleh claim duit minyak berapa ringgit?
Penggal sudah, RM 50, penggal ini minyak dah naik 30 sen tambah dengan niat ‘kebajikan’.., berapa datok?

---------
Alan Zed.

Terengganu bistari!

-------
Aliff

Mengundi kewajipan kepada negara.
: )

Anonymous said...

ohhh... wajib..? ok2.. aku nak g ngundi arr.. hehe..

Anonymous said...

salam..

Special Request ker kalau kena memaksakan diri pergi mengundi...

ewah..ewah.. SR ker kalau kena memaksakan diri pergi merayu undi..

SR ker kalau kena risau dan bimbang kalah dan menang lepas PRU?

SR ker kalau kena doa nangis berguling guling bila kalah dengan majoriti yang tipis?

SR ker?.. jawap najmussobah.. :)

hamka said...

Nota:

kepada orang PAS dan BN yang komen tapi aku tak publish..

maaf.

aku malas nak layan.

Anonymous said...

"....
Setibanya di sana, beliau terus di cam sebagai muka baru lalu kedatangannya di sambut baik oleh seorang penyambut tetamu (istiqbal) yang bertugas pada hari itu,

Setelah tahu tujuan lebih kurang, beliau di beri penghormatan untuk berjumpa dengan Nabi Mumammad SAW.

Menjadi tetamu Nabi adalah satu kemulian untuk mana-mana manusia di zaman itu.."

bro, mintak betulkan nama Nabi kita..tak sedap la baca..huhu..tq

hamka said...

dah!

Anonymous said...

ini ke Hamka yg mak en Hamka cerita kn?

BOOK DESCRIPTIONS

Title: Hamka Bercerita Sirah - Nabi Muhammad (s.a.w)

Sesuai bagi Bacaan Murid Peringkat

Sekolah Rendah & Sekolah Tinggi - Jilid 3

ISBN: 983-9422-63-4

Penerbit: Pustaka Kini

Berat Buku: Less than 1kg

Hamka lahir pada 17 Februari 1908, di Meninjau, Sumatera Barat dan kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah, Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani dan dihormati di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan penulisan kreatif dan prolifik. Beliau juga adalah seorang pujangga ulung dan ahli fikir Islam tersohor.

Cerita Sirah Nabi Muhamad (s.a.w) adalah merupakan rangkaian cerita Kisah Nabi & Rasul yang terdiri dari empat jilid dan mengandungi kisah Nabi Adam (a.s) sehinggalah kisah Nabi Isa (a.s)

Membaca dan bercerita mengenai sirah Nabi Muhammad (s.a.w), bermakna membaca sejarah hidup yang penuh pesona dan mengagumkan. Sebabnnya, Baginda Rasulullah (s.a.w) adalah teladan mulia (uswatun hasanah) dan ikutan utama (Qudwah) serta pembawa rahmat bagi sekalian alam.

p/s : sory tekeluar tajuk...

hamka said...

betul!

zamniks said...

Negara berkebajikkan... bermula dengan 13 tahun di Makkah :-

http://www.youtube.com/watch?v=fSnceNpkUyI&feature=related