Dec 26, 2007

Salah Sangka, Salah Siapa?

(Mereka yang percaya dengan semua berita dari TV, akhbar dan email forward, tidak perlu baca Blog aku)

Untuk meneruskan perjalan kereta mayat ini, aku tulis Lima cerita dengan cara yang biasa aku tulis, terpulang sama ada korang nak sangka ini umpan yang boleh membunuh ikan atau tangan yang menyelamatkan orang lemas ke apa.., aku tak paksa korang untuk naik kereta mayat ini, Cuma aku harap, dengan terzahirnya tulisan aku di sini, akhirnya jika ada tulisan aku yang salah, dapatlah aku dan kita semua belajar apa yang betul dari korang yang ikhlas mengajar atau menegur.., InsyAllah..

Gua tak angkat pot...

:)

CERITA SATU

Aku jarang solat di Masjid, kecuali hari Jummat…, kejap, jangan terkejut dan tuduh aku munafik kerana tak pergi solat di masjid berjemaah 5 waktu sehari semalam, jangan sangka melulu, dan jangan salah sangka, kerana buruk akibatnya kepada mereka yang bersangka buruk dan ada azab buruk untuknya..,

Aku tahu di zaman Nabi 1400 tahun dulu, memang orang munafik tak pergi solat berjemaah 5 waktu, mereka pergi jarang-jarang, macam umat islam akhir zaman la ni..,

Baiklah, sebelum korang salah sangka dan sebelum aku perasan bagus, sebagai lelaki beriman akhir zaman, aku nak kata kenapa aku jarang solat di Masjid, dan jika ke Masjid hanya hari Jummat adalah kerana dekat rumah aku dah ada surau,

Jadi aku tak nak sewenang-wenang ‘langkah surau’ atau ‘langkah masjid’ kerana apa yang dah ada depan mata, itulah yang di dahulukan.., jadi aku hanya pergi SURAU dan mungkin hari Jumaat sahaja aku ke Masjid, bergantung kepada hal ehwal islam setempat…

Sebenarnya Surau juga adalah masjid walaupun orang Malaysia namakan surau tu sebagai surau, kerana tiada beza sebenarnya sebab surau juga adalah rumah Allah, dan rumah Allah sudah tentu di kenali sebagai Masjid.., Cuma yang jadi bezanya kat Malaysia ni, bila rumah Allah yang takde solat jumaat orang akan namakan sebagai surau.., dan rumah Allah yang ada solat jumaat orang akan namakan sebagai Masjid..,, pening tak? Aku tambah lagi, iaitu kalau tak silap aku, kat sesetengah bandar di Malaysia, ada yang tidak menamakan masjid yang tak de solat jumaat sebagai surau kerana Masjid yang ada solat jummaat akan di namakan Masjid jamek, dan masjid yang takde solat jumaat akan di namakan masjid sahaja. Begitulah lebih kurang perbezaan antara masjid dan surau..

Aku rasa kat Mekah dan Madinah tak de surau, semua mereka panggil masjid, mereka tak mendikrimasikan tempat yang tak de solat Jumaat kepada nama lain, masjid kecik ke, masjid besar ke semua mereka namakan sebagai masjid, malahan ada jugak masjid jin! Apa lagi nak di kata?..,

Berbalik kepada Malaysia tempat tumpah darah ibuku ketika melahirkan aku, bila ada nama surau untuk rumah Allah yang tak de solat jummat, maka timbul pulak masalah kepada penduduk Malaysia yang kebih arab daripada bangsa arab kerana dalam adab masjid, kena niat beriktikaf apabila masuk dalam masjid, tapi ada orang kat Malaysia yang tak nak berniat iktikaf apabila ke surau dengan alasan, surau bukan masjid., pulak?

Makan dan minum di masjid adalah haram kecuali dengan niat iktikaf, maka korangpun selamba makan, minum dan tidur di surau tanpa niat iktikaf, apa ke hal?

Ustaz mana ajar kau?

Hormatilah rumah Allah kerana dengan berniat iktikaf, kamu sudah ikut Sunnah nabi dan segala amal kamu sepanjang tempoh iktikaf di kira ibadat, duduk lepak pun dapat pahala bila berniat iktikaf, dan jika kamu makan dan minum hatta tidurpun, akan dapat pahala..

Hanya semudah itu..

Jadi tak payahlah nak bergaduh dan bertekak, Pergilah belajar ugama dan Berniatlah iktikaf walaupun di ‘surau’..

Jangam Mendkriminasikan Rumah Allah…

CERITA DUA

Aku suka solat kat tempat perempuan..., kejap, jangan terkejut dan tuduh aku gila seks hanya kerana baca rangkap pertama bahawa aku suka solat kat tempat perempuan, jangan sangka melulu, dan jangan salah sangka, kerana buruk akibatnya kepada mereka yang bersangka buruk dan ada azab buruk untuknya..,

Aku tahu di zaman Islam sedang tersebar ke seluruh dunia dahulu, orang perempuan jaga aurat dan adab sehingga masing masing solat awal waktu di dalam rumah masing masing, dan orang lelaki pula pakat pakat penuhkan masjid.., tapi sekarang dah tiba akhir zaman yang mana orang perempuan pakat pakat keluar rumah sehingga tak sempat nak masak dan akibannya kedai makan mulai bersepah, dan orang perempuan dah tak malu makan kat kedai, dan itu cerita lain..

Baiklah, sebelum korang salah sangka dan sebelum aku perasan bagus, sebagai lelaki beriman akhir zaman, aku nak kata kenapa aku suka solat kat tempat perempuan kerana apabila hari jummat, kain tabir akan di singkap, sebab waktu tu perempuan tak wajib datang, dan aku suka solat di ruang wanita kerana tempat tu biasanya lengang, tak sesak dan lebih kemas serta wangi.., jadi apa salahnya aku suka solat kat tempat perempuan? Tak salah bukan?

Untuk yang baru masuk islam semalam, orang perempuan tak pergi solat jummaat kerana tak wajib untuk mereka, hanya untuk lelaki, walaupun bagaimanapun, tak pula waktu tu orang perempuan jadi afdal pergi ke pusat membeli belah sampai lengah solat zohor, nak masuk neraka waktu tengah hari ke? Baik korang siapakan diri belajar dari suami masing masing tentang isi khutbah Jumaat hari itu, faham?

Tapi bila dengar khutbah kat tempat perempuan ada jugak buruknya, iyelah, bila dah duduk kat tempat yang lengang, tak sesak dan lebih kemas serta wangi.., atas karpet berbelang yang tebal dan duduk betul betul di bawah kipas, serta tangah hari yang panas dan waktu rehat kerja pulak, tak tertidur abang di buatnya, jadi maafkanlah abang wahai sayang, abang tak beberapa dengar khutbah tadi, terlelap, lagipun spekar pecah, bunyi tak jelas, bunyi kuat sangat (atau bunyi perlahan sangat)..

Tapi mangkuk mana ntah, ambik selipar abang, selipar murah macam tu pun tergamak di ambiknya , hampeh betul!!

Lepas tu ada pulak mangkuk yang parking kereta tengah jalan dan tak reti nak balik awal, dah ler datang lewat, parking pulak kat laluan utama, masa tulah nak solat rawatib lama-lama, tak ke hampeh?!!

Begitulah Marah aku kepada system yang buat bini aku tak berani nak tanya isi khutbah jummat lebih-lebih…

CERITA TIGA

Aku tak beberapa suka dengar Khutbah…, kejap, jangan terkejut dan tuduh aku munafik, jangan sangka melulu, dan jangan salah sangka, kerana buruk akibatnya kepada mereka yang bersangka buruk dan ada azab buruk untuknya..,

Korang tahu tak?, di zaman islam berkembang dulu-dulu, khutbah jummat hanya seringkas solat sunnat dua rakaat, kerana khtubah itu sendiri adalah ganti untuk dua rakaat solat zohor yang mana hari tu korang hanya solat dua rakaat sahaja, tidak empat seperti biasa kerana dan tolak dua ganti khutbah jumaat..

Tapi hari itulah korang nak brain wash cukup-cukup, selepas bagi amaran tak boleh bercakap ketika khutbah, korangpun lenjan dan pulun habis-habisan, mentang mentang kami tak boleh menyampuk dan terpaksa duduk diam, korang bantai khutbah berjam-jam!, ada masjid yang cecah 2.30 baru habis, dah melampau, aku lapar tak makan nasik lagi,

Baik, sebelum korang salah sangka, aku sebenarnya TAK kesah jika kamu nak baca khutbah lama lama, asal apa yang kamu cakap tu penting!!, tapi yang aku nak marah adalah, Aku dah lah seminggu sekali datang masjid, datangnya aku nak dengar cerita tentang takwa dan tentang akhirat, tapi korang dok bantai jugak cerita-cerita hal dunia, apa ke hal? woi! Dah seminggu aku cerita dunia kat tempat kerja aku.., kawan aku pulak setahun sekali baru datang masjid dengar khutbah raya, tapi korang ambik peluang ni untuk berkempen, masjid pembakang bila tak perlu teks dari kerajaan, apa lagi.., masa tulah nak berkempen dan nak dedahkan kesalahan system, nak yakin dengan senjata islam, Negara islam bla bla bla.., adoh!!

Aku pergi pulak masjid kerajaan, aku pergi nak dengar cerita akhirat, tapi masa tulah korang nak cerita tentang dunia, pentingnya pelancong datang ke Negara kita, pentingnya ekonomi, pentingnya beli barangan tempatan, pentingnya sukan, bla bla bla bla!!!

Tak ke hampeh?

Tahu tak korang apakah TIGA perkara yang malaikat duduk bincang siang malam atas langit sana?

Tahu tak korang apakah TIGA perkara yang malaikat duduk bantah membantah siang malam atas langit sana?

Tahu tak korang apakah TIGA perkara yang malaikat duduk tingkah meningkah siang malam atas langit sana?

Allah dah tanya soalan ni pada Nabi dulu dan Nabi tak tahu nak jawab apa pada mulanya, lalu Allah letakan ’tanganNYA’ ke atas dada Nabi dan seluruh alam pun terbentang di mata Nabi Muhamad SAW lalu Nabi pun menjawab ke tiga-tiga perkara yang malaikat duduk bincang, bantah, tingkah pada seluruh siang malam di atas langit sana?

Kenapa tak masukkan ke tiga-tiga perkara ini dalam khutbah masing masing?, bukankah ketiga tiga perkara ini begitu penting kerana tanpanya segala amalan lain tidak berguna?

Dan ketiga tiga perkara ini telah gagal di hayati oleh ummat islam yang buat kamu di jajah, di hina, ekonomi jatuh dan merempat di pandangan mata orang kapir.., tapi kamu masih merepek dalam khtubah masing masing kerana sedang silap dalam sangkaan, sedang hadirin pula tertidur dan angguk macam faham...

Apa lagi nak di kata?

CERITA EMPAT

Setiap Manusia akan bertindak mengikut sangkaan masing-masing, sekiranya apa yang di sangkanya itu adalah betul, maka betullah hidupnya dan apabila apa yang di sangkanya itu adalah tidak betul, maka gagallah keseluruhan hidupnya..

Oleh yang demikian, Allah telah hantar beribu ribu Nabi dari kalangan ummat manusia terpilih untuk membetulkan sangkaan ummat manusia..

Sebagai contoh: Di Zaman Jahilian dulu, orang arab sangka tuhan itu ada sebanyak 360 yang di zahirkan dalam bentuk berhala, dan pakat pakat sembah siang malam.., lalu datanglah Nabi Akhir Zaman yang membetulkan sangkaan manusia bahawa, TuHan hanya satu dengan lafaz: Tiada Tuhan Melainkan Allah, Tiada Yang Berkuasa Melainkan Allah, Tiada Yang dapat memberi Manfaat atau Mudarat Melainkan Allah, Kesenangan atau Kesusahan semuanya adalah dalam Kudrat, Kehendak, Perintah dan Izin Allah Yang Satu…

Untuk betulkan sangkaan kita, maka Nabi Muhammad S.A.W telah ajar kita semua agar betullkan lidah dengan memperbanyakkan ucapan Iman, dan memperbaharui Iman masing-masing agar kita selalu betul dalam bersangka terhadap Allah SubhaNahuwaTa’ala..

Namun, kerana gagal menjaga lidah masing-masing, ummat hari ini telah hidup dalam sangkaan yang berbeza.., ada yang sangka bila ada Negara Islam, senjata islam barulah ummat islam akan berjaya, lalu dengan sangkaan inilah mereka berdoa dan menyembah Allah.., dan bergerak mencari pengaruh sedang Sunnah yang asal telah di tinggalkan..

Ada pulak yang sangka bila ada Negara yang Maju, ekonomi yang kukuh, maka orang kapir akan respek dan kagum dengan orang islam, lalu dengan sangkaan inilah mereka berdoa dan menyembah Allah.., kerja siang malam untuk mengukuhkan ekonomi sedang Sunnah yang asal telah di tinggalkan..

Aku tak nak ulas lebih-lebih, kerana takut yang salah sangka akan bertambah besar pula salah sangkanya, dan takut yang dah betul sangkaan akan jadi salah sangka pula..oh!

Tulisan aku dalam blog ini pada sangkaan sesetengah orang adalah seperti tangan yang menghulur ke dalam air, dan merekapun ambil peluang untuk mencapai tangan ini lalu timbullah mereka..

Bagi orang yang lain pula, pada sangkaan mereka, tulisan aku ini adalah seperti umpan yang menghulur ke dalam air, yang mana jika mereka ‘ngap’, aku ‘ngep’! he he he, .. dan itu hanyalah sangkaan mereka semata mata…

Apa-apapun, seperti aku nyatakan dari dulu lagi, tulisan aku adalah nota ugama untuk aku sendiri, aku tak link dengan sape-sape dan aku tak peduli korang link ke tidak, aku menulis bukan nak suruh korang jadi seperti aku atau korang kena bersetuju dengan aku, HAKIKATNYA:, Aku menulis KERANA AKU TAK NAK JADI MACAM KORANG!

Makin banyak perbezaan pendapat aku dengan korang MAKIN TIDAK SAMALAH KITA…

Dan tidak samanya aku dengan korang adalah kejayaan besar untuk aku!

Aku berjaya tidak menjadi seperti orang yang aku tidak ingin jadi iaitu :-’Korang’!

Woha!

Sebab tu aku tak declare bahawa aku sedang buat Dakwah di sini, Kerana dakwah yang korang sangka adalah untuk ajak orang berbuat baik, sedangkan apa yang aku buat adalah bukan sebab nak suruh korang ikut aku, tapi buat ’dakwah’ sebab aku tak nak jadi macam korang! Kerana jika aku tak buat, maka nampak macam kita sama jer lebih kurang... Maka aku tetap buat supaya aku tak jadi SALAH macam korang, Dan dah tentu jika korang ikut, maka korang akan jadi macam orang ’Dakwah’ pulak, dan itu baik untuk korang dan ada jugak saham untuk aku, tapi yang paling penting, diri sendiri terbaiki apabila kita betulkan Lidah kita dengan sangkaan yang betul..! faham tak?!!

Akhir kata, Lantakkan samaada korang nak setuju atau tidak tapi yang penting korang FAHAM APA YANG AKU FAHAM, bila dah faham barulah layak korang ‘BETUL’kan aku..

CERITA LIMA

Pada suatu hari di Hari raya Aidil Adha, aku pergi ke masjid, di jalanan aku berjumpa sahabat lama, sebagai lelaki beriman akhir zaman, setelah bertegur sapa, kami berjalan dengan menundukkan kepala ke masjid, membawa sifat dalam solat ke luar solat..

Di pintu pagar masjid, aku berpisah dengan rakanku, dia ke kanan dan aku kiri kerana aku nak pergi ke ruang solat wanita yang lebih lengang, tak sesak dan kemas serta wangi..,

Seketika kemudian aku patah balik dan aku lihat kawan aku sedang tersengih lalu gelakkan aku!!

"Cis, kenapa kau tak halang aku ke sana”

Marah aku kepada sysytem...

"Engkau tu tawadhuk sangat, jalan tak tengok kiri kanan”

Kawan aku beralasan..

"Menjerit semua perempuan kat tempat wudhu tengok janggut aku, aku ingat hari ni hari jummat he he he”

Kataku, sambil gelak cover malu

"Kalau kau pakai baju 'PAS TAWAN TERENGGANU', tentu orang akan kata orang PAS gila seks, kalau kau pakai baju 'ISLAM HADHARI, TERENGGANU BISTARI', dah tentu pulak orang akan kata orang BN gila seks, tapi hari ni kau pakai jubah dan serban.., nampaknya 'ORANG TABLIGH' lah yang akan jadi sasaran fitnah.."

"Semoga Allah ampunkan dosa aku kerana buat mereka berdosa dalam SALAH SANGKA”..

Sekian...

Seperti biasa, khutbah Raya hari itu masih sempat bercerita tentang dunia..

Ps: Ok, pilihran raya dah dekat, masjid mana yang khutbahnya beratkan cerita tentang akhirat, aku undi kamu!

39 comments:

Anonymous said...

bila dengar kutbah jumaat cari pot kat tiang masjid. boleh sandar sambil denagr kutbah. walau pun tak wangi, tak de ruang yang selesa. Mengucap panjang.

mekanik kereta mayat

azharjaafar said...

Akhir2 ni khutbah kat masjid2 Selangor ada improve sikit. Kalau nak dengar khutbah tak pakai teks kena solat Jumaat di Masjid Bdr Baru Sri Petaling.

Khutbah paling best untuk aku adalah khutbah masa aku nikah... (aku bukan dengar sangat khutbah tu, fikiran melayang..)

Anonymous said...

Masa Pas perintah terengganu dahulu, masa nak dekat pilihan Raya memang masjid masjid berkutbah begitu lama.., nak kekalkan kerusilah katakan..

Akhirnya kalah jua..

harap parti bertanding dapat ambik ikhtibar..

Anonymous said...

Salams Bro.

Kelakar la your writing. Spontaneous ketawa. hahahah. I know bukan maksudnya nak buat readers ketawa but yang Bro termasuk toilet tuh, a funny scene.

hamka said...

mekanik kereta mayat

Dah lama kau tak datang repair aku..
Errr, kau mengucap panjang atau menguap panjang?

-------------
azharjaafar

Sekarang banyak majid yang aku pergi bila khutbah dah ada power point..
Seluruh Malaysia macm tu ke?

--------------
Blogder

Moral: berjalan tunduk pandangan, jangan lupa tengok sikit kiri kanan
He he he

Anonymous said...

bang..mane yang 3 perkara malaikat dok bincangtu...ke saya yg x nampak....

Anonymous said...

assalamu'alaikum...

ntah le wak dol... aku pon carik gak... mungkin si keta hamka tu tersondol bonggol kot... tu yang tcicir citer pasal 3 perkara tu... wohaaa... aku bersangka buruk ke? :P

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum bro hamka,

ni la satu2nye blog yang aku bace sampai ke komen2nya sekali..

he he he..

blog kau ade ruh

hamka said...

Dol dan ahmadbusu

Wa’alaikumusallam..

Aku memang sengaja tak taruk hadith tu, sebab tajuk cerita ni bukan pasal 3 perkara tu, dan aku saje nak korang rapat dengan ustaz ulamak, boleh Tanya mereka dan lihat bagaimana kelak Tuhan menambah ilmu di dada kamu..

Kelak. Sampai masa matang, aku ulas cerita itu.. boleh?

-------
bungamelur

Samalah kita, ini la satu-satunye blog yang aku juga akan bace sampai ke komen-komennya sekali.., kadang kadang komen korang mengganggu tidurku..

Komen korang memang ada ‘ruh’ he he he..

Anonymous said...

assalamaualaikum hamka..

Kali ni nak ulas skit boleh? Dengar dari nada dan tone penulisan macam marah jerk..

Betul ke marah nih..? Asal jadi macam tu?

Hmm.. isi kali ni pun macam ade bias2 kemarahan yang easily detected.

Sorry if i am wrong..

Anonymous said...

hamka,
...
aku nak kentut kat sini boleh tak?
aku tak buruk sangka kat ko..
so aku anggap ko setuju jer...

nah kentut aku!


PROTTT PRETTT PROOOTTT PROOOTT PROOT..

he..he.he.

sorry Hamka...! sorry sebab ke-kurang hajar aku tadi.

relex ler.. ko pun ngaku yang ko bukan bagus sangat kan...

so aku kentut la... he.he.he..

Anonymous said...

errr...

lex lerr..
lagipun kentot aku tak berbau...
dan tak berbunyi....

tp at least ko boleh bayangkan..

he..he.he..

azharjaafar said...

Aku dengar ada ustaz kata
setan lari terkentut-kentut
bila dengar azan.

Anonymous said...

salam..

salah siapa?..
salah siapa yang rasa-rasa kita telah berjaya?
bila lihat manusia terpelajar tapi masih sangka '..ahh kolot nye...'
salah siapa yang fikir-fikir kita telah berjaya?
bila lihat manusia terpelajar tapi masih sangka '..ahh itu dulu...'
salah siapa yang buat-buat kita telah berjaya?
bila lihat manusia terpelajar tapi masih sangka '..ahh asyik-asyik benda yang sama..'

Ya Allah.. kiranya dapat orang-orang kat malaysia ini ..terutamanya yang baru balik dari haji FAHAM akan maksud haji mereka dan kembali ke malaysia dan bawa amanat haji seperti amanat Nabi Muhammad SAW, amal dan sampaikan agama... walau satu ayat seperti mana Sunnah Nabi SAW...

--woha, tak tahu nak cakap ape..
--woha, tak tahu nak tulis ape..
emm salah siapa?.. salah saya!

Anonymous said...

oh dan satu lagi aku tersangatlah suka dengan blog2 yg komen2 pengunjung di balas oleh penulis blog dan kau adelah salah satu dr mereka yg tidak ramai itu..

he he he

Anonymous said...

-bagitahu la hamka, mak usu gelak tak nampak gigi tadi tau, pastu yang gelak kuat-kuat anak-anak dara sebab masing-masing cemburu dengan serban dan jubah putih mu..
-sabar lah, mereka jarang sekali lihat pakaian full sunnah, kalu ditambah celak, dan minyak wangi oud, agak-agak mereka pun salah sangka.. harap-harap tidak..

Anonymous said...

Teruskan memblog 'keretamayat' sket sbyk saya adalah
golongan yg menerima huluran tangan supaya x lemas :)

hamka said...

Wan Mohd Faiz

Aku bukan marah!, nasihat..!!

Ps: jerit dengan kuat dengan nada marah, macam filem P Ramlee yang marah kat bini dia tak bagi kahwin dua- rujuk filem madu tiga untuk faham dengan senario ini

--------------
kentut

Aku bukak kitab Hadith susunan Ulamak bab Iman ada Hadith lebih kurang maksud yang aku translit balik,

"Syaitan itu akan sengaja kentut kerana tidak mahu mendengar kebaikkan kerana sesiapa yang dengar kebaikkan akan jadi saksi baik di akhirat kelak, maka kentutlah syaitan itu agar hanya mendengar bunyi kentutnya.."

PROTTT PRETTT PROOOTTT PROOOTT PROOT..(kau dengar tak ni?)

----------
kentut-virtual

“ kentot aku tak berbau...”

Bau tak penting, yang penting, bunyi mahu kuat..

He he he

---------------
azharjaafar

ada orang Tanya:
nak sokong mana, parti ABC atau parti XYZ?

Aku kata:

Masing masing cakap yang ni busuk, yang tu busuk..
Bagi aku semua busuk, sorang berak sorang kentut.., pandai pandailah kau angkat Hadas..!

-----------------------
Mak usu di tabir gelak ..

Mak usu heran bukan dengan orang yang kata “ahh asyik-asyik benda yang sama..”.

Padahal, kita baca al fatihah 17 kali sehari pun benda yang sama, pergi haji tempat yang sama, puasa pada bulan yang sama,,dan Tuhan kita tetap sama.. sampai bila bilapun..
Kenapa perlu pada pembaharuan?

Orang yang bosan dengan perkara yang sama sebenarnya (malas nak letak hokum-tak layak)

Ps: Mak usu, lain kali saya tulis tentang 3 perkara itu..

---------------
bungamelur

dan satu lagi aku tersangatlah suka dengan komen pengunjung yang bijak dan di balas positif dan kau adelah salah satu dr mereka yg tidak ramai itu..

he he he

-------------
Anonymous
Sama seperti yang kau tulis dalam email, bukan?

;)

Abu S.H said...

"Kalau kau pakai baju 'PAS TAWAN TERENGGANU', tentu orang akan kata orang PAS gila seks, kalau kau pakai baju 'ISLAM HADHARI, TERENGGANU BISTARI', dah tentu pulak orang akan kata orang BN gila seks, tapi hari ni kau pakai jubah dan serban.., nampaknya 'ORANG TABLIGH' lah yang akan jadi sasaran fitnah.."

sgt dalam...
- jgn fitnah orang cuba buat sunnah.
- org buat sunnah jgn letak diri dalam keadaan fitnah..

aku sendawa.....buang angin ikut atas..tak yah amik wudhu'

Anonymous said...

aku 'suka' akhlak hamka-kentut. memang best..adab jadik tetamu memang macam tu..akhlak ahli neraka pun kadang2 cam tu..kuwang hajau.

hehehe

Anonymous said...

"ada orang Tanya:
nak sokong mana, parti ABC atau parti XYZ?

Aku kata:

Masing masing cakap yang ni busuk, yang tu busuk..
Bagi aku semua busuk, sorang berak sorang kentut.., pandai pandailah kau angkat Hadas..!"

bagi aku dua2 mulia, sebab kerana ada merekalah dunia tak kiamat lagi sebab mereka ini orang islam kebnyakannya... datnglah pada mereka siang dan malam dengan penuh fikir, insyaALLAH yakin pada Allah, Allah akan ubah mereka kalau mereka perlu diubah..

Pada aku kita busukkan diri kita dahulu sebelum busukkan diri orang lain.. Tak gitu Hamka?

P/S: kepada semua pembaca blog keretamayat, aku ni pandai2 cakap jer.. tapi sekarang ni aku ade satu sakit kronik yang amat kririkal, sila dan sila doakan aku..please.. aku sekarnag ini sudah mula bersangka buruk pada TUHAN kita yang satu.. Tolong doakan aku..

hamka said...

abu_harraz

aku baru baca kisah menarik tentang orang yang amal sunnah di blog Azharjaafar(klick komen nombor dua)

sajer promote..:)

-------------
bapak indah

Pernah dalam satu majlig ugama, seorang sahabat Nabi terkentut, maka ustaz yang sedang mengajar, keluar arahan supaya orang yang kentut bangun dan pergi ambik wudhu..

Tapi ini tentu akan memalukan tuan punya kentutan..

Maka seorang sahabt lain mencadangkan agar semua sahabat dalam majlis itu memperbaharui kentut, eh, silap.. memperbaharui wudhu....

Lalu, bangunlah semua yang hadir dalam majilis pergi memperbaharui wudhu atau ambik wudhu..

Moralnya..

MARILAH KITA SEMUA PERGI AMBIK WUDHU WALAUPUN KITA DAH TAHU SIAPA YANG KENTUT..

--------------
Tolong

Aku tak dapat nak tolong kau buat masa ni.., hanya doa dari jauh

Sedikit nasihat:

Sebelum buruk sangka, manusia itu akan salah sangka terlebih dahulu..

Seperti mana cerita aku di atas, ‘orang tabligh’ gila seks kerana di lihat berada di tempat wudhu perempuan pada pagi hari raya..

Orang ‘tabligh’ itu pula di lebelkan hanya kerana memakai sunnah…

Jadi cuba cari twist ending..

Maknanya cuba kau betulkan balik salah sangka kau pada tuhan, kemudian betulkan sangkaan, dan akhir sekali, baik sangka!

Woha!

Anonymous said...

Cerita pasal khutbah jumaat, pengalaman sadis. Hari panas terik, jemaah dengan sejadah bentang atas rumput dan atas tar... diulangi.. atas tar... Bayangkanlah khutbah begitu panjang sangat. Khatib tu tak sensitif ke dengan kesesengsaraan jemaah yang di luar. Maklumlah dekat mimbar ada air-cond/ kipas di henjut khutbah lama-lama.

Sepatutnya boleh guna budi bicara.

Setuju pasal haram makan, minum atau tidur di masjid/ surau melainkan dengan niat i'tikaf. Jarang diterapkan atau diterangkan kat mana-mana masjid/ surau.

Anonymous said...

Parti-A salah. Parti B-tak betul.
dua2 tak boleh pakai. Lepas tu semua melayu tak payah berparti dan tak yah ambik tahu hal2 politik. Akibat tak berparti, Cina menang pilihanraya secara free sebab skg ni cina sangat hebat berpolitik dan jauh bijak daripada Melayu.

Lepas tu Malaysia jadi cam singapore. nak beribadat pun susah.

Padan muka Melayu. Lurus, bodoh dan bendul. Fikir logik pun tak reti betapa pentingnya politik.

Kadang2 keBODOHan dan keBANGANGan bangsa Melayu adalah terperasan bagus dalam hati walaupun mulut selalu berkata ' AKU ADALAH INSAN PALING HINA'

betul juga ada orang cakap bahawa kaum Melayu boleh berfikir dan taat kepada agama, tetapi kehebatan LOGIK akal tersangat kurang yang boleh disama ertikan dengan 'BENDUL'. Maknanya Melayu memang BENDUL.

Anonymous said...

fuhh! nasib baik aku berdarah Jawa-ponorogo.
-wasalam

azharjaafar said...

OOh.. baru la aku paham kenapa orang Melayu kata 'jangan langkah bendul'.

Sebenarnya bukan Melayu yang bendul. 'Bendul sebenar2 bendul' adalah orang yang 'Yakin sebenar2 yakin' selain cara Nabi pun boleh gak!

*Nasib baik bapak aku Jawa dan mak aku Minang.

Anonymous said...

nabi dan sahabat pun berpolitik. dunia dan akhirat tak boleh dipisahkan. sama2 penting.

di malaysia, cara islam boleh menang adalah kemenangan dalam politik. (dan itulah yang paling sukar)

kalau setakat beribadat siang-malam dan mengharapkan kemenangan islam dengan cara magic dan tiba2 bergolek dari Allah, no way.

Amat Tak logik langsung dan menyalahi takdir itu sendiri yang berlandaskan cause and effect.

kalau nak tau, memang zionist suka orang islam yang lemah dan hanya beribadat pada tikar-sejadah siang-dan-malam.

(tiada beza dengan tok sami yang pisahkan terus dunia-dan-akhirat)

berpolitik juga suatu ibadat dan contribute dalam Islam. ia juga sunnah bagi mereka yang mengkaji hadith.

Islamic-politic itulah yang paling ditakuti oleh zionist.

bodohnyeeee.....!!!!

Perkuatkanlah logik dalam minda dan hikmah scientific ke-Islaman dalam minda anda semua.....

pleaseeee.........

Allah tidak lihat Hasilnya. Tetapi Allah melihat perjuangannya...

Maha Suci Allah adalah segala-galanya.

Anonymous said...

Hamka wrote:
Ps: Ok, pilihran raya dah dekat, masjid mana yang khutbahnya beratkan cerita tentang akhirat, aku undi kamu!



hek ele... macam bagus-bagus.
perasan penting pulak dier.

sbnrnya,
Sama ada PAS, Umno, DAP pun tak kisah dgn kewujudan ko, hamka!

tak ada ko pun tak per.
Ko tak yah ngundi pun takper...
buat panjang Queue jer. buat semak pusat mengundi.

elok blog ni dinamakan sebagai Kubur-Hamka.

bunyik Lebih brutal!

hik! hik! hik!

azharjaafar said...

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(al Fatihah 6 & 7)

*jalan orang yg dapat nikmat =
jalan nabi & sahabat

jalan dimurkai & sesat =
jalan yahudi dan nasrani

hamka said...

Apa-apapun komen korang..

aku dah jawab dah kat atas..

"Gua tak angkat pot"...

:)

ps: suka minum teh boh di bancu susu cap te-pot..

Anonymous said...

assalamualaikum hamka.

hik..hik..hik..

ko merajuk ker hamka?
tak la kot...

ko pun dah tua-bangka. bapak org. takkan nak merajuk kot? tul tak? bughok beno si-tua bangka merajuk.

hik..hik.hik..

aku harap ko tak marah. Simpan marah ko tu. anggap sebagai...
KENA SAKAT.

Biasala kan... org yang berasa diri dia pendakwah memang selalu kena sakat. takder pendakwah yg tak kena sakat melainkan ader semua.

errr.. aku sebenarnya bukannya aper..

aku suka teknik ko yang berdakwah tp tak macam berdakwah.

isu kecik ko beso-besokan. tulis pun panjang2. Gunakan banyak prosa ulang ke-depan kendian ke belakang balik. tunggang-langgang. berjela2.

pahtu burok-sangka kat Parti AAA
kemudian kondemn kat Parti XYZ
(walaupun kununnya kau selalu menasihati orang jangan buruk sangka)

hik..hik..hik..

aku tak kategorikan ko pendakwah yang hebat sebaliknya aku kategorikan ko

sebagai.....

PenGGILA bahasa-pasar yang hebat.
tahniah!

oklah...tulis lagi..
tulis lagi..

suka aku dan kawan2 baca sebab FREE.

hik..hik..hik

wasalam

hamka said...

sesekali kena sakat, best jugak

:)

Anonymous said...

Salam...

..bukan tujuan untuk mengambil hati hamka..
..bukan jua tujuan mengambil hati sesiapa..
..tetapi bila membaca hamka disakat-sakat terasa bagai mana nak mengambil hati dan simpati ALlah swt, agar taufik dan hidayahNYA tersebar di seluruh alam,

agak-agaknya bila2 pun hamka walaupun ko disakat-sakat tapi setakat sebelah mate jer pandang, dan kalau sentap pun ko terus delete jer komen pengunjung blog ko then tahap bagaimana pun derita mu, tetap memang kefahaman agama ini hanya akan diberi kepada mereka yang susah payah kerana agama...

pun begitu nota-nota ko di dalam blog tetap menjadi peringatan bagi ambo dan keluarga..

hamka, ape azam baru tahun 2008?
citer arrr ...

hamka said...

aku tak kecik hatipun, gua tak angkat pot..

best jugak bila komen kat sini meriah, asyik kena puji sahaja, boleh riak aku nanti he he he..

ps: aku dah cerita pasal tahun baru..

Anonymous said...

err..
selalunya encik hamka angkat pot ker ?

encik hamka faham ker maksud istilah 'pot' tu ?

tp tak kisahlah.. bcoz masing2 punya kefahaman.

kat balai tempat kitaorang bekerja ni pot tu maknanya ganja. atau benda2 yang memabukkan.

hisap candu. hisap pot. hidu gam.
setup 'dapur' dan pot.

Tapi terpulanglah pada encik Hamka.

maafkan saya yer.

wasalam.

hamka said...

betul!

walau macam mana tension pun kononnya, tak akan minum arak atau angkat pot..

pandai.

Anonymous said...

allo bro,,wa baru jer nengok web nie,,,sesuai ngan jiwa wa,,khutbah,,,,,yg wa tau khutbah to,,tanper teks,,kalo da ado teks to,,da kirer membaco to,,

Anonymous said...

slalu kata jgn buruk sangka,,tpi kdg2 bnyk gak sya terbaca yg artikel en lelaki beriman akhir zaman ni mcm ada buruk sangka..kena btg idung sndiri ka?n slalu kta kena rndah diri la..tpi slalu gak tbaca artikel yg mcm puji diri n hentaman yg melampau.sorry klu sya menyinggung n buat en terasa sbb sya bkan ustazah....