Sep 3, 2007

Apa hukum Mengundi? Part III.

(Menjelang Pilihan raya...)

Ada pembaca blog ini yang telah hidup dengan aman di Negara Malaysia selama 50 tahun bertanya:-

Soalan 1

benarkah kite wajib mengunci calon islam sahaja ?
benarkah kite tak boley mengundi calon bukan islam?

Sebab ituhari ayah suruh daftar gune alamat kampung, pasal calonnye kawan ayah. islam.
tapi tak boley. kena ikut address umah. tapi calon yang kat umah ni cina. so, kalau takley undi yang bukan islam camne? buat undi rosak je la ek?dah try tanye kawan-kawan tapi takde yang boley jawapan yang boley diterima pakai.so, cane ek?

Soalan 2

Apa hukumnya mengundi orang kapir?

Jawapan..

Sampai bila-bilapun aku tak boleh bagi faywa dan hukum kerana aku tidak layak..

Tapi aku nak jawab gak,

Ni fatwa yang aku keluarkan dari poket kanan dan masukkan ke poket kiri..
Aku pakai fatwa ni, korang nak ikut kena tanggung sendiri..

Jika calon kafir tak halang korang iktikaf di masjid, berdakwah pintu ke pintu, biarkan korang selesa dalam ibadat,

Manakala calon islam pula halang korang iktikaf di masjid, halang korang berdakwah pintu ke pintu, buat korang rasa tak selesa dalam ibadat,

Maka undilah calon kafir itu..

Buat apa aku undi calon islam yang munafik?

Walaubagaimanapun, korang lebih mengetahui keperibadian colon MB korang..

Nota: kepada semua calon wakil rakyat: dah dapat tangkap klu dari aku untuk menang?

Ps: parti keremayat adalah bersimbol skull sedang pegang stereng, poster ada di jalan-jalan raya dan motifnya adalah berhati hati di jalan raya... "anda semua akan jadi mayat dan anda tidak mapu mengubahnya!!" (slogan)

44 comments:

Abu S.H said...

Kalau kita nak masuk gelanggang, mesti kita nak pengadil tak berat sebelah kan?

Kalau dah tahu pengadil dan penganjur pun makan gaji dengan lawan kita.....ada ke tanah yang rata utk bertarung? Samapi bila2 pun jadi pertarungan kartun. Mengarut seehhh... Sikit punye simple..........


Itu fatwa dari kocek atas baju ke kocek poket seluar dalam (jenis ad apoket punye...haa..tu laaaa..korang tak tahu)

Anonymous said...

ni apa yg sy pernah dengar dan pendapat sajalah..

dibolehkan bergabung dengan kafir (samada UMNO dan MCA atau PAS dan DAP) sekiranya mereka berjanji untuk taat setia kepada pemerintahan Islam.

tapi pada zaman ini...... nampaknya bilangan kafir dalam Parlimen semakin ramai..dibimbangi mereka melebihi majoriti muslim...

-rahman baginda-

Anonymous said...

Taubah [4] Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.

Anonymous said...

Taubah [7] Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjidilharam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.

wynn said...

huu.. menarik fatwa masuk-kocek-kiri-kuar-kocek-kanan tuh!

time kaseh.. *maseh berfikir2*

Anonymous said...

anonymous,

ko nye quote dr surah taubah tu adalah OUT OF CONTEXT/TOPIC...

anyway ko(anonymous) telah ambil langkah paling best iaitu kembali kepada al-quran dan sunnah...dan bukannya keluarkan pendapat dr poket seluar/baju whatever...

p/s:kepada sesapa yg berkenaan...kalo tak tahu sile le bertanye bknnye kuarkan fatwe sendiri...tak kisah la pendapat ko dr poket seluar ke poket jubah beli kat mekah ke...adios!

Abu S.H said...

aku..\
dah bertanya dah..sebab tu keluarkan fatwa sendiri....

utk diri sendiri..setelah faham seperti yang di anjurkan oleh alim ulama.

even langkah kembali ke alquran, kalau ikut tafsiran sendiri-sendiri tanpa mengikut orang2 yang ahli dalam 13 perkara yang wajib pakar sebelum tafsir alquran, maka itu pun seperti fatwa poket sendiri jugak..

ko paham tak aku?

Azlan Zed said...

kalau undi calon islam yg 'ada hari' macam maner? hehe.

Anonymous said...

abu_harraz, seriously komen aku sebelum ni bukan tuju kat ko...

aku bkn puji anonymous sebab pendapat dia, tapi aku puji dia sebab dia buat langkah paling best...iaitu kembali kepada al-quran dan sunnah...tetapi melangkah sahaja tidak bermakna ko akan sampai ke tmpt yg ko tuju...langkah ko perlu dibimbing oleh orang yg arif tentang jalan yg dilalui.insya Allah tak sesat

atau dgn kata yg lebih mudah difahami - ko kembali kpd al-quran dan sunnah tetapi perlu dibimbing oleh arg yg alim...barulah ko "sampai ke tempat yg dituju" iaitu mengeluarkan hukum/pendapat yg berasaskan nas bukan dari poket.

p/s:aku bg komen bkn utk berdebat cuma nk igtkan diri aku dan korang agar jgn kuarkan hukum/fatwa/pendapat sendiri tentang perkara yg melibatkan agama.please.

aku tak kisah korang nk ckp aku ni bg komen cam bagus ke apa ke.seriously aku tak peduli.tp please jgn kuarkan pendapat sendiri bila melibatkan hukum.

Abu S.H said...

maksud dah bertanay dan seidik dan keluarkan fatwa sendiri tu ialah, meng'echo' kan apa yang ulama dah terang dan jelaskan....

bukan ulama politik..ulama yg tak de apa2 kes dengan poitik..


ko ingat aku/hamka berani betul2 ke nak berfatwa dari kocek aku/hamka...hishhh..

Anonymous said...

"meng'echo' kan apa yang ulama dah terang dan jelaskan...."

betulkah ko meng'echo' kan apa yg ulama' terang dan jelaskan?

jom lihat balik persoalan yg dikemukakan...

benarkah kite wajib mengunci calon islam sahaja ?
benarkah kite tak boley mengundi calon bukan islam?
Apa hukumnya mengundi orang kapir?

drpd jawapan hamka yg diambil dr poket whatever dptlah dirumuskan bhw
1.tidak wajib mengundi calon islam sahaja
2.kita boleh mengundi calon bkn islam
3.mengundi org kapir hukumnya dibolehkan(tdk dinyatakan wajib,sunat atau makruh)

TETAPI....semua itu adalah bersyarat...syaratnya ialah...

"Jika calon kafir tak halang korang iktikaf di masjid, berdakwah pintu ke pintu, biarkan korang selesa dalam ibadat,

Manakala calon islam pula halang korang iktikaf di masjid, halang korang berdakwah pintu ke pintu, buat korang rasa tak selesa dalam ibadat,

Maka undilah calon kafir itu.."

dan fatwa yg ko pakai itu adalah nonsense utk digunakan dalam masalah ini...sbb ko tak sedar bhw hukum yg ko bg adalah dlm keadaan bersyarat...bnyk benda haram jadi tak haram bila berlaku syarat2 tertentu...

contohnya org tanya ko apa hukum mkn babi? maka ko pun jwb...

kalo ko dlm hutan dah seminggu ko tak makan pastu ko jumpa 2 ketul daging... 1 daging babi yg elok dan 1 daging lembu yg beracun...

maka makanlah daging babi itu...

so adakah jwpn kpd persoalan itu ialah...makan babi adalah dibolehkan...

argh aku dah ngantuk nk tido...

akhir kata aku nak tanya hamka satu soalan...

ada 2 org calon pilihanraya...1 kapir 1 islam...kedua2 calon tak halang ko ibadah,iktikaf,dakwah whatever...skang bagaimana hukumnya?boleh atau tdk aku undi org kapir itu kerana yg satu lg adalah muslim dr parti yg aku tak suka?

inilah persoalan dlm entri ko yg perlu ko jawab kalo ko nk jawab...

p/s:aku tak kata undi org kapir tu haram/halal etc...aku tak kata aku bangkang pendapat hamka atau abu harraz...aku cuma nk korang perhatikan beberapa perkara dalam mengeluarkan pendpt berkaitan hukum...

dan aku bkn ulama'.sekian terima kasih

Anonymous said...

edit sikit

setakat ni aku bkn penyokong mana2 parti politik.dan aku juga belom berdaftar sbg pengundi sbb aku blk m'sia kejap2 je.so harap tak labelkan aku dgn anything.

wanie_agk said...

aku tak pernah mengundi sebab aku tak pernah percaya pada proses perundian kita!

Abu S.H said...

aku..

terima kasih atas peringatan.

yang sebenarnya telah ku kaji lamaaaa sebelum ini berkenaan apa2 yang telah dibincangkan..

maka..ucapan terima kasih sahaja lah yang mampu ku ucapkan kerana sudi memberi perhatian...

aku dengan fatwa poketku...kau dengan tak nak berfatwa poket mu..

babai

hamka said...

abu_harraz

Abu harraz adalah seorang yang telah banyak berkorban untuk sebuah parti pada masa dahulu,
Sekarang memilih jalan hidup yang lain..
Maka, boleh terima pengalaman hidup beliau untuk pedoman menuju damai abadi..

Ps: seluar dalam ada poket? Biasa seluar dalam aku ada lubang..

--------
rahman baginda-

bila orang islam bergaduh dengan serius sesama mereka, nampaknya bilangan kafir dalam Parlimen akan semakin ramai.. apa lagi nak di kata?

--------
Anonymous

Jika ada lagi dalil dan nas, boleh masukkan, aku jahil sangat!!

--------
wynn

fikir-fikirkanlah..

-----------
aku

Sampai bila-bilapun aku tak layak keluarkan fatwa..
Dah tulis panjang lebar..

Moral entry aku (huh! Nak jugak ada moral)

(((“Nota: kepada semua calon wakil rakyat: dah dapat tangkap klu dari aku untuk menang?”)))

Dah dapat (klu) petunjuk aku?

KLU aku itu berguna untuk semua ummat islam yang nak jadi MB..insyAllah.

-------------
alan zed

tengok IC kamu betul betul, baru-baru ni ada orang murtad yang nak buang perkataan islam dalam IC, dengan alasan susah nak buat maksiat..

nasib baik IC kita tak tambah perkataan-perkataan lain di belakang perkataan islam..
kerajaanpun paham..

ps; tak kira kamu ‘ada hari’ atau had hari, gunakan klu aku itu, insyAllah… kayaklah kamu memerintah..

------------
aku:

(((ada 2 org calon pilihanraya...1 kapir 1 islam...kedua2 calon tak halang ko ibadah,iktikaf,dakwah whatever...skang bagaimana hukumnya?boleh atau tdk aku undi org kapir itu kerana yg satu lg adalah muslim dr parti yg aku tak suka?

inilah persoalan dlm entri ko yg perlu ko jawab kalo ko nk jawab...)))

Inilah persoalan yang aku tak nak jawab (setakat ini)..

Sekian terima kasih.

-----------
wanie_agk

kau ni nak kena letak hokum ni, tapi aku lupa fatwa letak kat poket mana?, lain kali aku cari..

Abu S.H said...

ko letak kat poket baju beli kat gombak yan gko pakai semalam, dan dah masuk mesin basuh pagi tadi..isk isk isk....habih la fatwa ko...kena basuh

hamka said...

itulah..

blog aku bukan tempat rujuk mutlak untuk pengguna internet..

kadar user on line dalam 300/day

tiada banyak yang boleh di konsi bersama para pembaca..

blog aku hanya black sheep zombie.., lebih kurang begitu

Anonymous said...

owh jgnlah merendah diri encik hamka...seriously tulisan ko mmg best dan aku dpt bnyk manfaat...terima kasih banyak2...

tp kitorang pembaca2 setia blog ko ni sedar bahawa ko juga adalah manusia biasa, tiada sunyi dari kesilapan dan keterlupaan...kalo kitorang rasa ko salah kitorang tegur...kalo teguran kitorang betul maka ko terima dan mengakui kesilapan ko...tp mungkin juga kitorang yang silap so ko boleh perjelaskan...maka kami terima penjelasan ko dan mengakui kesilpan kami...bknkah ingat mengingati dan tegur menegur itu yg dianjurkan oleh agama?

dan verily sikap tidak mahu mengakui kesilapan itu adalah antara kelemahan yg paling hina...

p/s: teruskan menulis... (mungkin ada org kata yg aku ni pembaca blog hamka yg bangang...bila aku setuju ngan kata2 hamka aku puji dia...tp bila aku tak setuju aku bangkang...haha...jawapan aku cuma satu...aku diajar untuk tidak taksub dgn sesiapa...adios!)

owh ya komen aku yg ni tiada kaitan ngan entri ni.sekian terima kasih.

Anonymous said...

aku setuju ngan aku.err. maksud aku aku setuju ngan komen yg diberikan oleh "aku".

cuba ko lihat jawapan ko terhadap soalan budak dlm entri ko tu:-

(((Tapi aku nak jawab gak,

Ni fatwa yang aku keluarkan dari poket kanan dan masukkan ke poket kiri..
Aku pakai fatwa ni, korang nak ikut kena tanggung sendiri..

Jika calon kafir tak halang korang iktikaf di masjid, berdakwah pintu ke pintu, biarkan korang selesa dalam ibadat,

Manakala calon islam pula halang korang iktikaf di masjid, halang korang berdakwah pintu ke pintu, buat korang rasa tak selesa dalam ibadat,

Maka undilah calon kafir itu..)))

aku nk tanya ko, sepanjang ko mengundi (kalo pernah la) pernah tak ko jumpa situasi begitu?iaitu calon org kafir yg tak halang ko buat ibadah,dakwah etc dan calon org muslim yg halang ko wat ibadah,dakwah etc?

so bila fatwa yg ko pakai tu boleh dipraktikkan oleh bdk yg bertanya tu?

atau kesimpulan mudahnya, fatwa yg ko pakai tu tidak menjawab langsung soalan yg ditanya.silala beri jwpn en. hamka.please...........
aku ni jahil arghhhhhh....tak lama lg nk ngundi!

Anonymous said...

kamikaze..

kenapa kau mengundi?
tak kira la islam ke bukan islam ke, parti bagus ke, parti tak bagus ke..
kenapa kau mengundi?

sebab nak pilih pemimpin?
bagaimana cara pilih pemimpin dalam islam?
apa tertib2 nak pilih pemimpin?

kau nak tau boleh ke tidak mengundi..
apsal ko mengundi..aku tanya lagi.

nak pilih org islam jadi pemimpin?

bagaimana islam suruh pilih pemimpin?

oh..zaman skang ni mestilah pakai parti politik..demokrasi..kalau tak macam mana?
itu jawapan orang yang nak mengundi?

baiklah..sistem pilihanraya itu sendiri..

di cedok dari mana?
Sapa mulakan sistem itu?
Kenapa kita kena ikut orang kafir yang mulakan sistem itu?

Sebab setakat ni cara tu je ada..

Ye ke???
Dah explore cara lain?
Dah explore aspek teknikal cara lain? Belum?
Dah tanya Allah..?
Jangan la tanya Ulama politik..memang la dia berjawapan utk politik..

Nak aku bagitau?
Kita kan ada Allah?

Bagaimana caranya Allah nak tolong supaya tak pakai sistem itu?

Sendiri mau jawab......
Sebelum kau pergi mengundi....
Baik kau pikir kenapa kau kena pergi mengundi dan adakah mengarut semua ini?

KAlau dah dapat jawapan, teruskanlah apa2 yang kau perlu teruskan...

Anonymous said...

Sephiyyan,

Kenape ko naik kereta?

Sebab aku nak pergi ke kedai

Baiklah, kereta itu sendiri..


Dicedok dari mana?

Siapa yang cipta?

Kenape ko ikut cara orang kapir nak pegi kedai?

Dah explore cara lain?
Dah explore aspek teknikal cara lain?

Sebelum ko naik kereta, ko kena fikirkan kenapa ko kena naik kereta dan mengarutkah semua ini?

Jangan la tanya penjual kereta sebab memangla dia bagi jawapan untuk jual kereta...


"Apa yang tak sempurna wajib melainkan dengan adanya 'ia', maka 'ia' menjadi wajib"
-Kaedah Usul Fiqh-


KAlau dah dapat jawapan, teruskanlah apa2 yang kau perlu teruskan...

hamka said...

aku

Oh! Aku Dalam keadaan apa-apapun, kita akan sentiasa salah pada pandangan mata manusia, walaupun ada manusia yang pandang kita dengan betul atau memang kita betul..

Tapi itu kes lain, kes aku adalah terlupa mengaku salah dan perasan betul, betul tu cik aku, aku salah dan silalah tegur lagi,

Lain kali aku cuba jawab cara yang betul, bukan cara keretamayat aku..

Dari aku yang hampeh.

------------
kamikaze

apa yang aku tulis itu adalah kisah benar..

senang cerita cam gini, dulu ada parti ABC telah memerintah sebuah negeri..
Tapi mungkin parti ABC tu tak laksanakan islam 100% dan kadang-kadang guna wakil bukan muslim, maka parti ABC tu telah kalah pada parti XYZ yang berjanji nak amalkan islam 100%

tapi bila parti XYZ memerintah, ada antara ahli mereka perasan merekalah islam yang ebtul semua salah, lalu ada yang menghalang iktikaf di masjid, halang orang berdakwah pintu ke pintu, buat orang rasa tak selesa dalam ibadat,

Aku sendiri pernah kena halau dari masjid...
Ayah aku pernah kena halau dari masjid..
Adik aku kena halau dari masjid..
Adik ipar aku kena halau dari masjid..

Alasan antara mereka, kami dah islam, kau tak payahlan nak ajar kami amal islam..

Ada masjid yang dulu benarkan buat program dakwah, telah di block oleh pengerusi dan AJK parti XYZ.

5 tahun kemudian, parti XYZ telah kalah dan di ganti balik oleh parti ABC.
Dan serta merta program, dakwah, iktikaf di benarkan semula..

Itu adalah cerita benar..

Errr, untuk pilihan raya akan datang, dah dapat tangkap klu dari aku untuk menang?

Anonymous said...

aku yang satu lagi,
hahaha..itu soalan utk golongan salaf...

aku bukan..
aku suka naik kereta yang orang kapir buat..

ini dah salah perbandingan ini...

aku paham maksud kau..
tapi itu bukan maksud aku.

pilihanraya dan kenderaan sesuatu yang berbeza

sistem pilihanraya mengarut, penindasan, penipuan, dabik dada, mengaibkan orang..alah maals lah nak list down..

kenderaan tak mengarut

hahaha...
aku paham maksud kau..
kau tak paham maksud aku..

apa2 pun syabas dah tahniah...
kerana cuba buat perbnadingan yang selalu orang parti parti buat...

terima kasih...

Anonymous said...

Sephiyyan,

Hahaha (aku nak gelak jugaklah)..

Aku bukan salafi, bukan penyokong pasti ABC atau XYZ atau KMZ.

Aku seorang yang lihat keadaan semasa sekitar aku dan cuba bandingkan dengan ilmu seciput yang aku ada untuk rungkaikan persoalan2 biasa yang orang macam ko selalu utarakan...

Soalan aku:

Ada perkara / aspek teknikal lain yang ko boleh gunakan untuk lantik pemimpin Islam waktu sekarang ni?

Anonymous said...

salam suma.
saya dah dapat KLU hamka tu..
tapi sya tak yakin parti ni boleh ke memerintah dgn bagus?. memang dlm soal agama parti ni bagus, tapi dalam soal pembangunan ekonomi sya masih was-was.
Dlm daerah sya parti sekarang ni sudah banyak menyempang dari landasan agama yg sebenar.sekarang dlm parti itu sendiri berlaku percanggahan pendapat.Wakil rakyat sesuka hati melantik dan melucutkan jawatan ahli mereka tanpa persetujuan orang ramai..
Parti mana yg harus dilantik
1. Parti yang kuat dari segi ekonominya
2. Parti yang kuat dari segi agamanya.
undi anda menentukan hala tuju negara anda..

suria...

Anonymous said...

aku yg satu lagi,

"Ada perkara / aspek teknikal lain yang ko boleh gunakan untuk lantik pemimpin Islam waktu sekarang ni? "

dakwah.
sampai akar umbi.
akan naik pemimpin.
secara otomatik.
kerana kebatilan akan hilang.
bantuan allah akan tiba.
kalau tak sampai akar umbi.
sampai bila pun tak de pemimpin islam.
cuma pemimpin yang agama dia islam.
yang memang dah banyak,berterabur.

aku maleh nak huraikan.....
aku letih..semput..takde tenaga..
aku nak power!..superrr..powerrr..
ahhh...

Anonymous said...

Anonymous,

Mana lagi penting, Agama or Ekonomi?

Kita dah tengok orang2 yang ko cakap pandai ekonomi membangunkan negara. Memang ekonomi best giler (best betul ker?) tapi ke mana pegi akhlak? akidah? iman? amal???

Aku tak tahu golongan yang agama tu boleh memimpin ekonomi ke tak. Mungkin tak boleh, mungkin boleh. Tapi kalau kita bangunkan agama, insha Allah ekonomi pun akan turut membangun sebab agama Islam adalah CARA HIDUP dan amat mementingkan kekuatan para penganutnya di dalam semua segi, bukan macam agama lain yang hanya di gereja or kuil...

Sephiyyan,

Ko memang betul! Supeeer Powerrrr lah ko!

Dakwah memang perlu. Sangat perlu. Tapi melalui parti / pilihanraya tak boleh dakwah ke?

Ramai kata politik tu terlalu kotor tapi kalaupun kotor, kita kena jauhkan ke? Tak boleh ke dakwah melalui politik? ker dakwah tu tak termasuk politik? kalau tak termasuk, syumul tak Islam? Bukanke Islam ni Syumul, ada panduan untuk kita dalam SEMUA bidang kehidupan??

Perhatian sekali lagi bahwa aku bukan penyokong parti ABC or XYZ or KMZ or RXZ or RG Sports or SS 2. Aku adalah aku yang tengok dari jauh....

Jom minum Superrrr Powerrrr.. Malam ni malam jumaat.

Najwa Aiman said...

Undi secara adil - undi mereka yang layak. Letak mereka di tempat yang sepatutnya.

Memandai-mandai je aku nih...

Anonymous said...

sila rujuk kembali post ini untuk jawapan mengundi di pihak yang benar....

Anonymous said...

sila rujuk kembali post ini untuk jawapan mengundi di pihak yang benar.

bukak keretamayat blogspot com rujuk bulan 3 punya entry tajuk bagaimana menjadi pemimpin.

Ps: yang tadi aku tersalahlah.. en. hamka nanti tolong deletekan post pertama.

Abu S.H said...

Bila nak kuar "The Return of Apa Hukum Mengundi? atau "Apa Hukum Mengundi The TV Series"

Anonymous said...

Saya nak kongsi satu perkara menarik yg saya belajar kat suatu majlis ilmu. Jika 50 % orang Islam bersolat...maka ekonomi negara itu akan dikuasai oleh org Islam. Jika 51% dari org Islam bersolat, maka orang kafir akan hilang punca rezeki...ie mereka akan gulung tikar. Semasa pemerintahan khalifah Abu Bakar, beliau menangis bila mendengar berita bahawa orang kafir menguasai ekonomi.Kesimpulannya, ganjaran utk org Islam itu diberi atas amalan.Bila org Islam tak beramal, Allah tidak beri nusrah. Marilah kita masing2 fikir, risau & usaha atas saudara2 & kawan2 kita yg tak bersolat. Dengan solat, Allah beri Ekonomi.

Anonymous said...

Kepada UmmuSarah sila rujuk apa maksud solat pada post lepas yang ditulis en. hamka... dan walaupun solat kena lakukan degan ikhlas... jangan sekadar solat kerana menunaikan perkara wajib... tapi kena ikhlas melakukan..(tanamkan cinta kita kepada allah dan nabi) baru lah menjadi seperti yang dilakukan para sahabat satu ketik dulu....

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Sdra Hamka,
Undi adalah rahsia. Ha ha ha.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan....

Anonymous said...

tk sabarnya nk tunggu entry baru ..

Anonymous said...

apa daa korang susah2 pikir hukum mengundi ni?kan ke dah ada lagu kt tv yg bgtau apa hukum mengundi...

mari kita nyanyi sama2...

"Marilah mari pergi mengundi
tunaikan KEWAJIPAN pada negara... jeng jeng jeng... (ulang chorus sampai hamka publish entry baru)

haa...kan dah bgtau dlm lagu tu apa hukum mengundi.hoho
(tp takde lak lagu yg bgtau hukum mengundi org bkn muslim.huhu)

p/s1:ini adalah lawak bosan semata2

p/s2:aku belom berdaftar sbg pengundi walaupun dah terlebih umur

x/box:hamka kalo ko jd calon pilihanraya aku undi ko.h

Anonymous said...

huhu..
GE hampir dekat..
ya ya..

erk!
selamat menyambut ramadhan bro :)

Anonymous said...

Hamka perasan sibuk, esok atau lusa post baru akan di post, harap maklum..

Abu S.H said...

hamka,
pergilah bagi ceramah kat batu buruk pasal kewajipan mengundi part IV.

Baru aman dunia.....

isk..isk..

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya nak cerita kisah benar juga. Sebuah cerita yg hampir sama dgn kisah di atas. Ada sebuah persatuan pelajar yg bernama KLM. Mereka memperjuangkan parti XYZ di sebuah tempat belajar di luar negara.semenjak parti XYZ menang,persatuan KLM pun tunjuk belang.

Ada antara exco mereka perasan merekalah islam yang betul semua salah, lalu ada yang menghalang orang berdakwah pintu ke pintu, menghalang orang buat taklim, mengejek-ngejek kitab yg mereka baca,buat orang rasa tak selesa dalam ibadat,

Saya sendiri pernah diejek oleh exco persatuan tersebut di hadapan org ramai kerana melakukan perkara tersebut.

Alasan antara mereka, kami dah islam, kau tak payahlan nak ajar kami amal islam..

Kalau dulu ada org buat program dakwah, telah di block oleh exco dan AJK persatuan pelajar KLM yg taksub dgn parti XYZ, menyebabkan mereka tertekan dan usaha dakwah di situ terhalang.

5 tahun kemudian, parti XYZ telah kalah dan di ganti balik oleh parti ABC.

Akibatnya datanglah wakil drp kerajaan parti ABC ke sini lantas menghapuskan persatuan KLM yg mereka puja selama ini.Maka rebahlah sebuah persatuan KLM diganti dengan persatuan PQR.

Kepada persatuan PQR.... fikir-fikirkanlah... dapat tak klunya

Anonymous said...

walau ape pun terjadi, aku takkan mengundi gak. heheh.. aku tak percaya sistem undi mengundi ni. demokrasi adalah idea semata-mata.

hamka said...

walaikumusallam..

naik pening baca komen korang, esok dah nak puasa, aku tulis entry baru mengenai tajuk ini, dan tak payah kita bukak bab ni lagi, bulan posa jika masih hidup kita cerita bab iman dan amal, insyAllah..

Mohd Iznan Shamsuddin said...

hahaha....musimnya hampir tiba...mari kita start kempen awal2...supaya bila org2 tu nak fire kita...dah siap ada dah entry2 utk diorag...hahaha

hamka said...

ha ha ha!

(ada idea boleh kongsi)