Jun 1, 2007

Siapa Orang yang Sombong?

(Tak sia-sia neraka di cipta, apabila orang sombong memasukinya.. oh!)

Dalam dunia ni di penuhi dengan orang orang yang sombong, berlagak bagus dan perasan hebat.., tak ke manapun mereka kerana akhirnya mereka akan jadi mayat orang sombong, mayat berlagak bagus atau mayat perasan hebat, tu jerrr. Takdelah hebat sangat kan?., masuk neraka : hebat ke?

Sedarkah korang?
Hanya Allah yang layak bersifat sombong (AL-mutakabbir) dan Allah sangat murka kepada hambanya yang berlagak sombong (takabbur)

Tapi Allah takde sifat tawaduk.., rendah diri, dan ALLAH SUKA SANGAT kat hambanya yang rendah diri, maka sedarlah diri sikit bahawa korang semua adalah HAMBA yang hina dina, datang dari lubang kencing dan akan kembali ke lubang 'cacing', bakal menjadi mayat yang berulat dan setiap rongga akan di penuhi binatang melata.. isk isk isk.. sorang sorang minum air hujan, sorang sorang baham tanah! (akupun!)

Di beritakan, orang yang ada sifat sombong walaupun sebesar zarah, nescaya akan di masukkan ke dalam Neraka, akan keluar raksasa dari neraka yang akan meragut orang sombong di padang mahsyar laksana ayam meragut biji bijian..

****
Sebenarnya, nama lain bagi ugama adalah taat…

Apabila seorang hamba taat kepada Allah, maka itu adalah ugama.
Dan apabila seorang hamba tidak taat kepada Allah, maka itu adalah mengingkari ugama.

Orang yang mengingkari ugama adalah orang yang sombong..

Kita semua tahu bahawa kebanyakkan orang yang sombong terdiri daripada ahli dunia, seperti orang kaya, jutawan, artis, model, ahli sukan, orang berpangkat, dan sebagainya..

Namun ada jugak orang miskin yang sombong, orang hodoh yang sombong atau orang bodoh yang sombong.. apa kes?

Bila aku pergi ziarah rumah dia atas maksud ugama di halaunya aku, dia kata aku ni puak yang tinggal dunia dan nak akhirat sajer, tapi jika aku rujuk rumah dia, yang diperbuat dari papan 'play wood' dan kayu lapik fork-lift, lubang tutup dengan poster papan, rumah senget dan atap zink lubang sini sana.., aku rasa dia yang tinggal dunia jika nak bandingkan dengan rumah aku.. oh!

Dan yang lebih haru ada yang pandai ugama tapi berlagak sombong..

Contoh terawal makhluk sombong yang pandai ugama adalah ketua malaikat, berlagak bagus pada Nabi Adam a.s yang menyebabkan Allah murka padanya lalu di sumpah menjadi IBLIS laknatullah..

Begitulah jugak bagi mereka yang rasa diri bagus, rasa diri super born muslimin atau super born muslimat terus berlagak sombong pada member-member lama yang belum dapat hidayat, yang masih tak tutup aurat atau yang tak solat, wah wah wah.., terus letak hokum tak boleh kawan dengan dia, haram dan sebagainya.., lepas tu ngumpat sini sana..

Termasuklah juga member member aku yang alim (mari mengumpat) yang berlagak sombong dengan orang yang buat dosa dan maksiat, terus caci bos atau menteri dengan alasan hukumnya harus.., tapi setan cucuk jarum sampai cerita semua tepi kain orang, dan untuk bestkan lagi cerita dah masuk unsur fitnah, tak ke haram tu?
Kalau aku usul dosa mereka seperti,: “kau kutuk orang tapi korang sendiri tak gi solat jemaah pun sebab tengok tv astro”, terus kendur dan mengaku iman saya lemah, tapi orang lain iman lemah kau tak peduli, terus berlagak sombong dan kutuk sini sana, pergilah jumpa orang yang lemah iman tu direct dan tegur cara baik, atau korang yang lemah iman??, janganlah korang jadi lelaki dayus yang selalu salahkan isteri di ranjang padahal dia yang lemah tenaga batin! Cis sekali lagi!! (aku bukan sombong dan marah, aku nasihat jer he he he)

Maka untuk pendekkan cerita, aku nak kongsi sikit ilmu iaitu : dalam ugama islam , ada TIGA tempat yang mudah buat korang jadi sombong jika tak jaga betul betul akan niat dan ikhlas...
Oleh yang demikian, nasihat aku: cubalah elak dari menjadi ketiga tiga watak ini..

1) Menjadi Ketua

Tak kiralah sama ada jadi ketua kampong ke, ketua masjid ke, ketua pengakap ke, ketua usrah ke, cubalah elak dari memegang jawatan dan pangkat.., mudah datang penyakit sombong dan takkabbur, Abu bakar dan saidina Umar Ra yang menjadi islam contoh sendiri menolak untuk menjadi ketua orang islam, tapi bila orang ramai dah lantik barulah layak pegang jawatan tu…

Orang yang melantik dirinya sendiri menjadi imam di murkai Allah.. (sedang ahli jemaah tak suka)
Dan orang yang melantik dirinya sendiri menjadi pemimpin adalah tak layak jadi pemimpin..

“Orang yang layak, di kejar pangkat”
“Orang yang tak layak, mengejar pangkat”

Sebab tu hari ni aku malas nak sokong orang yang melantik dirinya sendiri jadi pemimpin, “undilah saya?” walaupun tokok ugama!!, tapi jika dia tak mintak pun dan orang ramai ‘paksa’ dia jadi boss, itu yang terbaik!!!

Assalamualaikum boss..!!!

2) Berceramah

Berceramah jika tak kena gaya memang boleh datang sifat sombong dan takabbur.., terutamanya ustaz yang ceramah di bayar mahal, di tempah hotel dan di puja oleh pera pendengar, di sinilah akan muncul ajaran sesat atau ceramah syok sendiri, aku kadang kadang tak tahan telinga duduk dalam ceramah ugama dari ustaz yang merendah rendahkan orang islam yang lain, perasan diri masuk shurga, kutuk dan umpat sini sana, buat lawak bodoh dan apa kejadah ntah?! Kalau ikut hati aku nak blahhh, aku tak nak ustaz tu menghina kebijaksanaan aku.. isk isk.., tapi tak nak timbul fitnah, tahan telinga jer ler. Ish ish…

Nabi dulu belajar rendah diri dengan berdakwah dari pintu ke pintu, jika korang memang penceramah tetap di masjid tapi tak pergi jumpa masyarakat, lagi cepat datang sifat sombong dan takakbur, sehingga orang yang pergi dakwah pintu ke pintu pun korang sanggup kutuk.., korang cakap mereka macam pengemis, memang mereka 'pengemis'!, mereke mengemis manusia kembali kepada ALLAH..!!!

Lalu aku terus quote al quran dan hadith yang aku copy paste dari blog ustaz dan ustazah..

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. " (QS. 31:18)

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)

Ada banyak hadith Nabi dan ayat Al-quran cerita pasal ni. (boleh rujuk sendiri) dan biar aku cerita sikit.. yang aku ambik dari BUZNAMA. Dan tak ada kaitan dengan penceramah di atas tapi ada kaitan dengan sikap sombong…

Ada satu hari tu, ketika saidina Ali RA pulang dari medan perperangan, beliau telah pulang dalam keadaan mendabik dada, mungkin kerana beliau tidak pernah tewas pabila berhadapan dengan mana mana musuh atau mungkin dalam hidupnya tidak pernah bertemu dengan musuh yang setara dengannya..

Di jalanan, beliau di sambut oleh penduduk madinah dengan meriah, kemudian datanglah isterinya memberi salam tapi tidak di pedulikan oleh saidina Ali ra.

Lantas siti fatimah ra mengadu kepada Rasullulah SAW akan perangai saidina Ali itu..
Lalu Nabi pergi bertemu saidina Ali dan bagitahu bahawa di belakang bukit sana ada seorang yang jauh lebih hebat dan handal dari kamu (lebih kurang maksud)

Sebagai seorang pendekar yang handal, saidina Ali berasa teruja lalu memacu kuda ke belakang bukit untuk bertemu pendekar yang di katakan jauh lebih handal darinya..

Di belakang bukit terlihat seorang hamba Allah yang berbungkus kepala, hanya nampak mata (macam ninja kot) dan di tangannya ada pedang..

Pabila saidina Ali sudah dekat maka lelaki misteri itu terus menyerang saidina Ali ra sampai terjatuh pedang dari tangan saidina Ali.

Orang itu beredar sebaik sahaja berjaya tewaskan saidina Ali r.a.

Tapi saidina Ali mencabar untuk bertarung buat kali ke dua.

Dan dalam pertarungan round 2 itu, sekali lagi saidina Ali tewas dan pedang terjatuh dari tangannya.

Saidina ali r.a cabar lagi, dan round 3 pun sama, saidina Ali tak sempat langsung untuk menyerang kerana pemuda misteri itu begitu tangkas dan Ali ra hanya sempat bertahan sebelum pedangnya terlucut kerana beratnya setiap pukulan pedang pihak lawan..

Akhirnya pemuda misteri itu berlalu dan saidina Ali ra berfikir, jika dalam peperangan beliau bertemu dengan musuh begini, apa akan jadi..?

Kemudian saidina Ali pulang bertemu rasullullah saw (dengan tidak lagi mendabik dada) dan bertanya siapakah lelaki misteri itu?

Jawab Nabi SAW: itulah ayah kepada seorang anak perempuan yang engkau tidak jawab salamnya..

The moral of the story is: (ini nasihat basic untuk bebudak...) kalau korang hebat, ada yang lebih hebat dari korang, kalau korang kuat, ada yang lebih kuat dari korang, kalau korang bijak, ada yang lebih bijak dari korang.., so tak payah berlagak sombong.. (akupun!!)

Nabi Musa a.s bila di tanya orang ramai, siapakah yang lebih baik dari kamu? Katanya takde dah (lebih kurang) lalu Allah tegur dan suruh baginda pergi belajar ugama dengan Nabi khidir a.s, tapi Nabi khidir enggan ajar kerana Nabi Musa as kurang ada sifat sabar.. (panjang cerita, boleh rujuk kitab)

Eh aku macam dah terlajak jauh dari cerita sebenar, ok kita pergi pada bab ketiga yang mudah buat korang jadi sombong..:

3) Tempat rujuk.

Ni biasa terjadi bila semua orang pakat-pakat rujuk masalah ugama kat korang, jika tak kena gaya maka akan mudahlah datang sifat sombong dan takabbur, muftipun kena hati hati bila keluarkan fatwa, tak kena gaya setan cucuk jarum maka rosaklah manusia..

Dan ini aku nak nasihat kat diri aku sendirlah ni, bila aku tulis blog keretamayat, maka ramai orang yang rujuk aku masalah ugama, nasihat aku adalah:

Jangan rosakkan masa depan korang.Aku manusia biasa, ada orang yang anggap aku macam ustaz, ulama’..dan mintak upah aku solat hajat dan buat air tawar…aku manusia biasa, aku tak buat solat hajat secara on-line..maafkan aku kepada yang email, aku ulangi : aku manusia biasa, dan aku bukan ustaz..kata-kataku tak semestinya betul..aku bukan sekolah ugama atau sekolah pondok..sekolah pondok telefon je dulu-dulu sebab masa tu takde handphone (tak lawak)…malahan aku adalah aliran vokasional..

Tapi tak salahkan seorang pendosa bercakap perkara ugama, betul tak..?

Satu pengalaman, pernah aku pergi solat magrib di masjid hijau bukit kuang kat kemaman, aku pakai serban dan jubah..terus diorang tolak aku jadi imam… dan di tambah dengan pengalaman berceramah kat surau-surau dan masjid-masjid.. itupun sebab aku kenal dengan ustaz-ustaz dan mereka bagi peluang pada aku (paksa aku!! )..

Maka, Adalah bebarapa orang sahabat yang mula melayan aku macam orang alim..
Jika jumpa aku, mesti nak cium tangan..

Teringin rasanya aku nak hulurkan kaki kananku agar dia berbai'at dengan ku he he he..

Lalu mereka-mereka ini selalu bertanya soalan soalan ugama yang apa sahaja jawapan aku..di telannya bulat-bulat!!!

Maklumlah, aku ni seorang alim di pandangan mata mereka..oh..Bahaya betul..…Kadang –kadang mereka SMS aku malam-malam bertanya hal-hal ugama..
Tanya macamana nak bersetubuh… macamana nak inzalkan isteri dan banyak lagiler…

Kalau korang perasan, masa aku mula tulis blog ni dulu, aku ada taruk kat blog:

Penulis mengalu-alukan sebarang soalan mengenai dunia dan akhirat…

Tapi korang tahu apa jadi?
Bersepah soalan datang dan kebanyakkanya merepek…
Sebab tu la ni aku dah delete dan tulis macam apa yang ada kat sebelah kanan tu..

Tapi jika korang nak tanya aku apa-apapun aku still masih jawab..Cuma aku tak janji akan jawab terus…insyaAllah..Dan aku amat alu-alukan sekiranya apa yang aku tulis tak betul dan salah…korang tegur…

Terima kasih kepada mereka yang menegur…aku hargainya..!!!

Dan sekali lagi aku menasihati diri aku sendiri yang menjadi rujukan kepada semua bakal mayat sekalian:-

BERHATI HATILAH BILA MENJADI TEMPAT RUJUK, JANGAN TERLALU GHAIRAH BAGI PENDAPAT DAN JANGAN PERASAN DIRI BAGUS!!! INI BUKAN MASA AKU NAK BEREMOSI ATAU BERLAGAK PANDAI..

Eh, aku macam keliru dan hilang arah bila tulis entry ni, nak cerita pasal sombong menjadi tempat rujuk ke? atau nak cerita berhati hati bila merujuk..,? arghhh aku pun bukanya paham sangat!! Oh!
Aku harap korang paham, tentang apa yang aku tulis dan untuk apa aku di sini.., takpe korang tak setuju, yang penting korang paham, paham tak?

(arghh, lantaklah, bukan pentingpun..isk)

Satu lagi perkara yang aku nak terangkan adalah perbezaan antara MALAS dan SOMBONG..

Ramai orang cakap aku sombong tapi hakikatnya aku seorang yang 'malas'..

Contoh jika korang ajak aku berdebat dan aku tolak, aku bukan sombong tapi malassssssss…

Macam jika korang panggil aku dari jauh suruh datang mengadap korang, tapi aku tak pergi kerana malas atau apa sahaja alasan lain, aku bukan sombong! Aku malas sebenarnya, yang mana jika korang pulak datang mengadap aku, elok jer aku layan he he he..

Begitulah yang terjadi bila korang tanya aku soalan ugama tapi aku take time 2, 3 bulan baru jawab, bukan aku sombong tapi perasan sibuk (malas), atau korang nak berkenalan atau nak suruh aku komen kat blog korang atau suruh aku link blog korang apa kejadah lagi, tapi aku tolak.., itulah MALAS namanya dan aku bukan seorang yang sombong walaupun ramai awek awek cun cakap aku sombong kerana gagal mengurat aku he he he, sekali lagi.., AKU MALAS DAA…

Walaubagaimanapun aku ambik kesempatan untuk mintak maaf banyak banyak kepada mereka yang telah sudi email aku dan tanya seoalan-soalan mengenai ugama, tapi sehingga ke hari ini aku masih belum reply atau ulas kat blog, maafkan aku kerana perasan sibuk(malas) dan buat korang resah menanti.. maafkan aku, sementara aku jawab... mungkin korang boleh merujuk kepada orang yang lebih layak di rujuk, seperti : kaunter pertanyaan.

Namun, mencelah dengan bergaya kat entry ni, aku nak tulis beberapa peraturan kepada korang yang nak email aku:- harap dapat ambik pengajaran, insyAllah..

  1. Aku dah mention aku bukan ustaz atau ulamak atau mufti, maka bila nak tanya soalan, jangan tanya pasal HUKUM HAKAM! Benda tu dah jelas, tak perlukan seorang aku untuk jawab HALAL –HARAM.., just tanya benda yang buat korang confuse.. seperti kenapa solat tak khusyuk?, kenapa doa tak makbul? dan sebagainya, tapi jika korang tanya soalan berbentuk hokum hakam seperti:- apakah hukumnya isteri menghisap kemaluan suami?, maka oleh kerana aku bukan mufti, maka aku jawab, boleh hisap kemaluan suami, tapi masin sikit ler.. he he he. (ambik engkau kekekeke)
  2. Jangan mengharap aku akan jawab soalan korang serta merta, mungkin ambik masa sepurnama atau setengah tahun, atau mungkin tahun depan, kerana aku manusia biasa, banyak keperluan dunia yang membebankan untuk aku penuhi, selain dari hidup mengikut nafsu, aku juga terpegaruh dengan hasutan iblis, maka tak kira di mana korang berada, walaupun antara tidur dan jaga, silalah doakan aku menjadi mayat yang di redai Allah. (amin)
  3. Bila aku publish soalan korang kat blog ni dan aku tulis jawapan dari aku sekali, jangan perasan aku sedang nasihat tuan punya soalan, kemungkinan untuk tuan punya soalan untuk baca entry aku adalah 1% dan lagi 90% adalah pembaca tetap blog ini dan 9% pembaca baru yang tersesat.., (percentage di ambik dari kelapa lutut) maka korang tak payah rasa terhina dan malu, dan tuduh aku nak beremosi atau tunjuk pandai bagi nasihat, mungkin tuan punya soalan dah bunuh diri lepas email aku kerana sedang sedih, tapi isi blog ini adalah untuk melengkapkan nota ugama yang aku attach secara tak langsung, so, siapa yang rasa nak belajar dari seorang aku yang bukan ustaz ni, di persilakan..
  4. Kalau korang tak nak soalan korang aku publish, sila mention, kalau tak aku akan publish sesuka hati aku.. he he he
  5. Jangan tanya soalan yang dah aku tulis dalam entry, nampak sangat korang baru naik keretamayat tapi malas nak terokai dunia keretamayat, sila baca semua entry terlebih dahulu baru boleh email, dan boleh jugak baca komen-komen pembaca keretamayat.. ada yang bijak dan guiness tapi ada jugak yang slow dan bodoh..huh!
  6. Jangan terlalu bertanya soalan peribadi.., aku adalah rahsia dan misteri. Kalau tanya no akaun bank aku boleh kot, ehem ehem..!
  7. Kalau boleh, jangan guna short word dalam soalan, orang melayu jangan buat kerja cincai, aku akan edit ejaan yang singkat kepada standard bahasa melayu, aku nak menjadi bangsa bermaruah, tak nak buat kerja cincai, korang boleh check dalam blog entry yang lama dan sekarang, dah takde ‘kot’ short word dalam entry baru, ini bukan sms! (tapi jika ada satu dua yang terlepas, kira cincai ler.. oh..)
  8. Jangan suruh aku buat solat hajat ON LINE.., tahlil ON LINE, dan yang sewaktu dengannya.., tolonglah jangan.., tolonglah..!!!
  9. Jangan ajak aku joint MLM, Frenster, email group, multiply dan yang sewaktu dengannya, aku nak duduk kubur sorang sorang, jangan buat aku susah nak jadi mayat kerana terlalu banyak komitmen..oh!(malas tapi tidak sombong)
  10. Jangan forward Email bodoh kat aku, tak larat aku nak delete…!!

SEKIAN..

Ps: Terima kasih kepada yang sudi email dan sudi komen di sepanjang blog keretamayat ini.., terima kasih daun kulat, pendek umur esok kita jadi mayat.. (tak lawak dan tak sombong he he he)

55 comments:

Anonymous said...

saya pengkomen pertama. tahniah utk saya. tapi saya tak sedar bahawa sesungguhnya sape2 yg letak komen
- saya first
- saya second
- atau semakna dengannya....

adalah kambing bermuka biawak. sila hentikan perbuatan BODOH dan kebudak2an ni.... BANGANG!

hamka said...

dan orang yang bijak adalah mereka yang awal datang ke masjid, solat awal waktu..

Anonymous said...

Hafizbar,

walau ko rasa sePANDAI dan BIJAKSANA mana pun ko, janganlah guna bahasa kasar sangat...

Unknown said...

hafizbar: aku penah buat gitu..ha ha ha..

hamka:ejaan guiness tu macam jenama arak aje..genius la weh!

whatever it is, entry ko ni aku suka baca sebab banyak kisah..he he he..entry kat hafizbar tu pulak banyak mencarut..tapi aku hari2 masuk situ..sebab asbab apa yang korang tulis pun..aku boleh belajar macam2 benda dan muhasabah diri..

Amatullah said...
This comment has been removed by the author.
Amatullah said...

Mechanism kekufuran

'aba wastakbara wakana minal kafirin..'

engkar ---> takabbur ----> kafir

Macam syaitan... huh... terus masuk step no 2... na'uzubillah...

Anonymous said...

oh..kadang2 orang yg rase diri alim,hebat neh,lecehnye ialah ske pandang rendah orang lain.kadang2 die laa peng'gosip' paling hebat..merendah2kan org len cam nak rak..aduihh laa kan orang2 cani..camne nak buat orang laen ikut cakap..mane cukup appearance je beb~~

tp solute la kat ketua2 kampung,ketua usrah,ketua klas..yang leh wat org solute abes dengan takyah nak cakap2 besa yg cambest..xperlu cakap2 besa neh kalu da sememangnye bes..^_~ orang tengok pon tenaang je ati,senang je nak ikot ckp..

tangan kotor said...

assalamualaikum...
manusia (aku-kau-kita)mmg mudah terpengaruh/rasa diri hebat/lupa diri..aperaaa..tak sangka ada orang mintak kirim sembahyang hajat secara online..haha kelakar betol..brader rajin ke bagi ceramah kat masjid2/rumah ke rumah??stay/'overnite' kat masjid??
aku nak try la buat mcm tuh.psl hari2/tiap detik dn waktu..aku asyik buat dosa-dosa-dosa..tapi entah bila.huehueh..
harap terus siarkan entry yg berguna untuk semua..harap mengurangkan penggunaan bahasa kesat/tidak sopan/makian..

Anonymous said...

i wonder how come u have soo many ideas n soo much time to update ur blog..n ur entry best2 lak tuh..(jgn sombong =p)
haa another thing..this blog mmg 18sx..sebbaik i'm not underage.pheww

-anak msia diperantauan-

Anonymous said...

Bukan stakat 18sx, malah seswai diratekan utk org da berkahwin shj!..hehe.

-ibn abdillah-

Anonymous said...

huhu.. kesian Hamka.. penat tulis panjang2 psl sombong.. alih2 1st komen terus ade manusia tunjuk sombong.. die lah hebat.. die lah mantap.. org lain semua babi, anjing biawak, setan etc..

betul la ko kate tu Hamka.. org yg bagi ceramah senang dpt sifat sombong.. mentang2 tulis blog bg nasihat n ramai org jenguk.. terus rase dri bagus.. org nasihat cmne pn dh tak terima.. sedangkan nasihat caci maki die nak pulak suruh org len terima.. org lain nasihat tak pernah pulak die nk terima.. ko berhati2 la Hamka.. aku tak nak ko jadi gitu jgk nt..

aku kecewa sebenarnya Hamka.. aku tgh2 seronok baca entry ko.. tp bile masuk ruangan komen.......

anonymous37

MIddkA1 said...

Huhu... knp tak dpt no 7 nie? No 1 da dapat da dl.. Haha(tgh riak wal takabbur).

Hamka, ap maksud Nabi SAW sabda "Itulah bapa kpd perempuan yg engkau tidak jawab salam"? Maksud Nabi SAW, Nabi sendiri yg battle(of the sword) dgn Hazrat Saidina Ali r.a?

Gempak seh Nabi! Tu baru pakai pedang, belum pakai m16 ke. Klao tembak mesti headshot je(andaian jer)...

->Aku bangge dgn Nabi aku. Aku sombong jd ummat Nabi SAW dgn org2 kaffir yg tak dapat hidayat, sedangkan amalan-amalan sunnah Nabi SAW sendiri aku tak terikut. Esok kat padang mahsyar Nabi tak mengaku aku ummat badinda!! Owh...

tangan kotor said...

salamat semua.
aha.aku rasa penyakit.tak reti2/buat2 tak reti/mmg tak reti..sedang menular dikalangan Kita..
betul la kot..kita ni sedang menyombongkan diri/lupa diri..maklumlah..malaysia aman damai..
pedulik ape dengan iraq?palestin?indon?selatan siam bla bl abla..aku rasa la..garis sempadan ni membuatkan kita tak pedulik dgn orang yg seagama..
ah.jiran sendiri pon tak pedulik,ni kan pulak orang asing..
aha.apeda merepek..cabot~

Anonymous said...

aku adalah pengkomen yg ke-15... har har har... suke hati bapak aku la nak tulis ape pon.... yg ko sibuk buat ape huh?? hafizbar yg bajet cool... blah la wei!! bajet bagus la...
(jgn emo weih, ilek arr... ko kan cool!!)

hahahaha...

SILA HENTIKAN PERBUATAN bodoh DAN kebudak2kan ni...
(bajet bagus sgt la tuh.. padahal bodoh sombong!!)
suke hati aku la... mampus arr!! sibuk!!
aku kan budak2 lagi... biar la aku dgn lEGO aku.. kui3
aku tau ko emo... tarik nafas!! lepas!! hahahahha...
oklah hafiz bar
shalom~~~

Anonymous said...

salam..

Bro Hamka, saya rasa saya pun dah semakin sombong...
selisih ngan orang ziarah dari rumah ke rumah serasa takut nak tegur kerana airmata ini dahulu gugur kerana hidayah Allah pilih untuk keluar.. namun kini takdir-Nya saya tak mampu menangis seperti dahulu..

adakah saya telah mula sombong yang bangat!!...
yelah... ujian untuk seperti dahulu terasa berat sekarang kerana selasa yg saya dapat, kerana wanita yg saya pikat, kerana kerja yg saya buat..

-ejulitaishah

Cool said...

*makan apple-pie* nak?

Aku takmo sombong ngn org... org sombong tu menyombong ngn akuk.. aku cuba tak mau menyombong..tapi tersombong.

*EGO neh EGO neh*



neh nehneh!@~
Haih.

hamka said...

Nurzaiti

Huh! Kantoi, “genius” bukan jenama arak oh oh.. patut aku tulis “gorgeous”!!

---------
Amatullah

Dan last! Masuk neraka (naduzubillah)

Kirim salam kat ketua usrah…

---------
yang.mati.akal

kita memang patut memaki diri sendiri..

------
anak msia diperantauan-

tiba tiba nak jadi sombong tapi bila nampak lidah kau tak jadi he he =P

---------
ibn abdillah-

Sepatutnya:
Untuk orang yang tak SLOW sahaja (aku kadang2 slow gak isk)

--------------
Anonymous 37

Kau kutk hafizbar, hafizbar kutuk kau, dua dua aku tak delete..
Lantak korang ler..

---------------
Midkazen

"Itulah bapa kpd perempuan yg engkau tidak jawab salam"? Maksud Nabi SAW, Nabi sendiri yg battle(of the sword) dgn Hazrat Saidina Ali r.a?

Betul!!!!

-----------
yang.mati.akal

betul dah apa yang kau tulis.., (akupun tak pedulik dengan ummat, sibuk jadi ‘pendakwah moden’ malu kat Allah isk..oh!)

--------
johndoe84

lantak ko ler..

---------
ejulitaishah

kalu kau dah pernah dapat hidayat, lepas tu kau tinggalkan hidayat tu.., sebelum jadi mayat, pulanglah..,

ps: penipu yang paling handal, kaki belit, putar alam, semua menteri di tipunya, semua orang di tipunya, tapi bila menjelang kemayatannya, dia akan berkata: oh! Sesungguhnya aku telah di tipu oleh dunia!!

-----------
Jiji, 24

Takpe ‘sombong’ dengan lelaki bukan muhrim..

Azlan Zed said...

aku ada member, citer agama pung pang pung pang... aku selamba tanye, ko dah semayang belum ? dia x jawab... aku selamba sound, ko balik semayang dulu, baru ko nak citer agama ngan aku... selepas dari itu, bila dia nak cakap pasal agama, mesti tgk kiri kanan takut aku ada... takut kena sound lagi kot... heh...

p/s: sombong kah aku dalam kes ini ? atau member aku yg bodoh sombong..? harap en hamka sudi beri pandangan... :)

Anonymous said...

Hafizbar! I hope u'll read this.. you better stop writing.. tak kisah le messagge apa yang u nak sampaikan tapi kena lah ada caranya, bukan bercakap mencarut-carut macam tak diajar orang tua. Bapak u ajar macam tu ke? Saya rasa tidak...

hamka said...

alan

jika dia sorang pempuan, mungkin dia datang bulan.., so kira ok kot..

ps: buat tak paham...

sd. said...

cnt stop laughing baca entry ni ok.but yup, still ada msg yg disampaikan.i like ur style la hamka.keep up d good work.yeah

lama x komen kan?
hehe

Ferdaus said...

Assalamu'alaikum.

Sebenarnya dah lama nak tanya soalan ini, tapi tidak mempunyai kesempatan atau tidak menjumpai masa dan tempat yang sesuai untuk ditanyakan persoalan tersebut.

Soalannya, bila Tuan nak bukukan segala isi kandungan blog ini dan supaya boleh dibuat rujukan bacaan tanpa memerlukan sambungan internet dan boleh dibawa kemana sahaja hatta untuk dibaca sewaktu duduk menunaikan hajat dibilik kecil?

Maaf, jika soalan terlalu panjang untuk difahami.

Terima kasih.

Ferdaus.

Anonymous said...

Hamka aku ngan lelaki, aku pandang ujung mata jek (pandangla jugak haha, kalo muka yg macam johnny depp tuh dengan dua dua ujung mata aku pandang)

oh kacak@!~

tapi aku tak sombong@!~ jual mahal jek@!~

oh johnny@!~

Anonymous said...

amboi..amboi..jiji..johnny depp pandang dua mata eh..hehe..aku pon same..ensem bangat captain jack sparrow..uhuh..bro..emm..nk tanya satu mende yg jadi kemusykilan aku ne..setiap entry bro..kat bawah entry tu kan..ade LABELS..ape di maksudkan oleh bro mengenai label itu?adakah label tersebut mengandungi makna pasal entry yg deboom nanti?erk..apekah yg telah aku tanya ne???..apepun..jwb bro..huhu

*elcoyote*

Cool said...

*blush*

Aku suka dia dulu!@!~





Evolusi blog HAMKA

Blog -> Comment Box -> Forum -> Chat Room -> *akan datang?*

Anonymous said...

salam...

'kalu kau dah pernah dapat hidayat, lepas tu kau tinggalkan hidayat tu.., sebelum jadi mayat, pulanglah.., '

...hasrat untuk pulang tetap tersimpan kejap..
.. pulang untuk kembali mengemis hidayah dari Allah
.. pulang untuk kembali menangis maghfirah dari Allah

.. tapi aku tak kuat kerana dugaan yang terlalu besar
.. biarpun simpanan rahmat Allah melimpah ruah dan lebih besar dari segala-segalanya..

adakalanya takut untuk bercinta adalah salah satu dari sifat bercinta.. maka aku pun begitu, takut akan hidayah kerana kerja dan amanah pada hidayah yang aku dapat ialah ...'sampaikan walau satu ayat'

kata-kata amanat akhir ketika wukuf, saiyidul ambiya itu... terlalu mudah didengar.. tetapi hati aku remuk dan hancur bila diri ini tertewas pada syaitan dan nafsu sendiri...

-abu huzaifah

Anonymous said...

Dalam lombong ada duri,
awek arab makan kurma;
orang sombong selalu rugi,
seperti arnab dan kura-kura.

Anonymous said...

silap...
seperti arnab dengan* kura-kura

hamka said...

sayda

lama, sampai membuatkan aku rindu, hehehe

---------
Ferdaus

Eloklah tu baca buku keretamayat dalam jamban, jika mana yang tak berkenan dan setuju, boleh koyak dan flush dalam jamban..

(banyangkan bunyi flush)

Ps: dulu ada penulis buku motivasi berniat untuk bukukan keretamayat.. projek itu tergendala kerana beliau terpaksa buat urusan ‘hidup mati’ terlebih dahulu, kita doakan beliau berjaya dalam bidag yang di ceburi itu.. (amin)

---------
jiji

aku pulak jika perempuan tu cun macam Liz Swann atau Keira-Aliya-Knightley, aku tak pandang pun.., lebih baik aku pandang burung kakak tua kekekeke

Blog -> Comment Box -> Forum -> Chat Room -> penulis jadi mayat.

-----------
*elcoyote*

labels tu hanyalah himpunan entry mengikut tajuk soalan, seperti; apa? Siapa? Kenapa? Bagaimana?, senang korang nak jejak mayat kelak.., dan nak ingatkan korang akan soalan dalam kubur> seperti siapa tuhan kamu? Mana kiblat kamu dan lain-lain..

--------
abu huzaifah

orang yang pernah buat usaha ugama, bila tinggalkan usaha ugama, gaya macam orang yang bercerai bini, jika ternampak akan rasa gelisah, jika di ziarah akan termenung panjang, hati berkecelaru, kadang kadang terbayang bayang, rindu ada, malu ada, takut pun ada,

demi masa depan, silalah rujuk kembali sebelum ‘bini’ korang di ambil orang.., atau sebelum korang menjadi mayat..

sebelum jadi mayat, pulanglah.., '

-------------
seifu

Orang tamak selalu haloba,
Orang riak selalu sombong,
Jangan korang tamak holaba
Seperti anjing dan bayang bayang

(apa aku merepek?)

Anonymous said...

ooo..gitu eh..sori r bro..SLOW sket..eheh..actually aku pon jenis muka sombong gak..hahah..aku highlight "MUKA SOMBONG"..aku pon tak faham nape 1st impression org kat aku mesti ckp aku sombong..adakah kerana aku slalu tundukkan pandangan bile berjalan? (aku perasan bagus..oh..) or mungkin aku tak suke senyum?aku rase aku dah senyum..ops..kena praktik lagi la ni senyuman ku..muahahaha..

Anonymous said...

tahniah kepada hafizbar kerana "mengambingkan mukanya sendiri kepada biawak"

hafizbar = orang byk ilmu yang sombong dan perasan bagus serta degil dan tak amik nasihat orang supaya guna perkataan beradab yg melambangkan akhlak agama yang dianutinya.

jgn tersenyum bila membaca komen ini, sebab anda berhutang dengan byk orang.bila nak mintak maap dan bila nak di maafkan?

Anonymous said...

assalamualaikum..

wei..apit
(eh,suka-suki aku je pnggil cmni)tekejut seh.. web site betul2 ditutup..
sedih-sedih..
serius ni..

sory bro hamka,pinjam ruangan komen ni..huuuu...

Anonymous said...

aritu aku ada baca kat satu blog...dia tulis...org yg suka forward email fitnah adalah bangsat, perangai setan, celaka, bangang, setan bermuka manusia, kambing bermuka ayam etc...
maka aku pon dgn SOMBONGnya tak nak dgr nasihat beliau sbb dia mencarut2 camtu...
sebab aku BERBURUK SANGKA dgn penulis blog tu...aku rasa dia seorg yg sombong...walaupon aku tahu aku takleh berburuk sangka tp aku tak peduli...lalu aku pun tulis kat ruangan komen

"ade manusia tunjuk sombong.. die lah hebat.. die lah mantap.. org lain semua babi, anjing biawak, setan etc.."

sombong kan penulis blog tu...ada ke dia kata org yg fwd email fitnah tu setan la, anjing la...
bukan takat tu aje, dia kata org yg perangai kebudak2an tu adalah kambing bermuka biawak, bangang etc...

eeee...sombong kan dia tu...?

(cerita di atas adalah rekaan semata2)

Anonymous said...

awek cun sombong = jual mahal
awek tak cun sombong = carik pasal

MIddkA1 said...

KANDUNGAN AYAT AL-QURAN & KEBENARANNYA :

Bilangan patah perkataan air dlm Quran = 118

Bilangan patah perkataan tanah dlm Quran = 66

Jika dicampur jumlah keduanya, 118+66=184

Peratus kandungan air di muka bumi,
118/184 X 100%=64% !

----------------

Bilangan patah perkataan lelaki dlm Quran = 121

Bilangan patah perkataan perempuan dlm Quran = 150

Peratus lelaki = 45%
Peratus bilangan perempuan = 50%

Kesimpulan, bilangan perempuan lebih ramai dari lelaki mengikut statistik populasi kelahiran manusia setiap tahun... Kenyataan Al-Quran membenarkan fakta ini...

Peratus air di muka bumi lebih tinggi berbanding tanah di bumi...

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahman)

Hamka, aku tulis dah tak cincai... Heheh(riak)

MIddkA1 said...

Err... satu lagi, soalan bodoh nie, pantun hamka menarik cite rase perut aku...

Anjing tamakkan bayang2 ke? Atau anjing sombong dgn bayang2?

kekeke~~~

hamka said...

Eh, blog hafizbar dah di tutup! Tapi tak payahlah kutuk hafizbar kat blog aku..

Walau camnepun, aku tak delete mana mana komen, korang kena bertangunggjawab dengan setiap komen korang..

Woha!

--------
elcoyote

he he he.., aku adalah seorang pendiam, lebih suka memerhati, tapi jika jumpa beregu popolar, terbalik sikap aku…, eh aku ni bukankah misteri dah rahsia?

Stop!

----------
seifu

sombong kerana nak jaga maruah kira ok ler, tapi jika sombong pada lelaki hodoh dan miskin, tapi jika lelaki hemsem dan kaya, bukan main mengada-ngada! Perempuan tak guna!

Tapi walaupun aku tidak hensem, aku sombong dengan semua pempuan, terutama perempuan cantik he he he..

---------
Midkazen

baguslah jika dah tak tulis cincai...
marilah kita menjadi masyarat yang bermaruah
MASYARAKAT YANG BERMARUAH BERMULA DARI MU..!

Anonymous said...

Peratus lelaki = 45%
Peratus bilangan perempuan = 50%

abis lg 5% apa? undecided ke?

Unknown said...

salam ;)

dipendekkan cerita... jgn sombong.

orang sombong mukanya monyong. hehe

Anonymous said...

abe hamka

apakah maksudnya ayat ini di perenggan no 4:

"Tapi Allah takde sifat tawaduk.., "

MIddkA1 said...

Shalom(salam ikut bahase yahudi)...

Hikhik...

5% itu pandai-pandailah ko letak jang... Jangan bersangke buruk sudah... Hehehe. Aku cume buat penghisaban berdasarkan index kandungan ayat-ayat yg terkandung dlm Quran...

Mungkin aku tersilap buat kiraan, yela, aku nie bukan purrfect, hanya Allah yg sempurna...Dan//

Hanya Allah & Rasul-Nya yg lebih mengetahui...

hamka said...

Cik Kema

Selamat naik kereta mayat..

---------
Anonymous

apakah maksudnya ayat ini di perenggan no 4:

"Tapi Allah takde sifat tawaduk.., "

makna nya, Allah tak akan cakap,

Aku lemah, aku tak pandai, aku tak kuat, (sifat tawaduk)

Tapi Allah perintahkan korang puji dia dan DIA sendiri memuji dirinYA sendiri (al mutakabbir)

Aku MAha kuat, Aku Maha Bijaksana dan lain lain

Boleh rujuk al quran..

-----------
Midkazen

Hanya Allah & Rasul-Nya yg lebih mengetahui...

hamka said...

BERITA

AKU NAK CUTI PANJANG, ADA MASA AKU UPDATE BLOG, INSYALLAH

Najwa Aiman said...

cari yang ipoh mali... talak sombong punyeeeeeee.......

oya... sorang staf kat kat PPUM tu mmg agak sombong walaupun tak hodoh.

dan yagn sorang lagi dah lah hodoh, sombong pulak...

cari yang ipoh mali jugak.

Anonymous said...

teruskan p.cik kereta mayat

Anonymous said...

Rasullullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia..dan meyampaikan risalah islam..

bile nk menyampaikan risalah islam tu.maksudnye kena cuba menyampaikan dngn akhlahk yg terbaikkan?
bukn ape takut ade yg akn salah faham..contohnya ade yg akn mixkan yg islam dngn yg bathil ke...

wallahua`lam

Anonymous said...

Uhuk uhuk!!!..Kof kof!!
terbatuk-batuk lak..

MUKHLIS said...

ada sape2 kat sini jual ubat batuk tak?

demonsinme said...

Master Hamka:

A gift for you.

Forgive me if this is too long, it is the only way I know to show repect and awe to thoughts of a friend in this intangible plane.

Seeing Blind

Hello,
I am new here,
I came from a land of the bewildered,
I have no friends nor lover.

Would you come closer to this tired traveler,
so that I can see you a little bit clearer,
please do not have no fear,
as I am a paralized blind from ear to ear,
a gift i got from me deeds in the coming years,
as a sentinel for devilish deers.

Now, now, do not be wary,
as a blind could never see,
there fore I could never pinch your little tootsy,
like what the demonic diety did to me,
so there is nothing for you to worry.

What is that you said in me hands you see?
that makes you head go weepity wee,
ahh, no, no, don't you go awry,
I'll tell you of the things I brought with me,
so you'll see a what a blind man sees.

A wand in my left and and a torch in me right hand,
is much appropriate for a blinded man,
one for shining the routes to thid land,
the other for telling an enemy from a friend.

A straight line crossed with a cresent on my neck,
a sign of me religous pack,
an order of sinning saints,
who seeks the pleasures of pain,
in hope one day I will again,
be a saintly sinner who preaches out pious blasmephemies,
making me an enemy pf the blasphemous piety.

As for this coarse velvet that I wore,
I know it is an eye spre,
but it is a precious gift from me lady whore,
who reminds me we are whoring ladies,
who love to be barbaric gentlemen,
and kill gentlemen barbaricly.

Worry not child,
as i am blind as a blind could be,
and all I know is the darkness that in it you be,
it is the light that helps me see.

Anonymous said...

Coldstarz - kemaman

Assalamualaikum..
lama nya tak step in dalam ruangan komen..
ramai gak pembaca blog yang tak puas hati sesama sendiri mengutuk dan mencaci sesama sendiri, jangan lah begitu..
kalau ada yang tak kena tegurlah dengan berhikmah...aku suka gak baca komen korang semua, tapi...tak suka ar..kalu ada yang mengutuk sesama sendiri - kitakan org islam...? semua nya bersaudara - jgn la kutuk saudara-saudara anda sendiri - kalu org yang lain agama baca...tentu dorang rasa kelakar - jom berdamai...aku sokong semua org berbaik - posa dah nak dekat - hehehe -

hamka said...

Cik keretamayat tidak meninggalkan sebarang komen terhadap komen pembaca setakat ini, nampaknya beliau sedang bercuti dan perasan sibuk, namun sempat post entry baru yang dah lama terperam dalam “my document”..

Selamat jumpa lagi

Eleanor Konon said...

Salam, memang betul kesombongan atau keegoan itu sebenarnya datang dari hawa nafsu ditambah dengan dorongan syaitan. Na'udzubillahi min zalik.. siapala sebenarnya kita ni nak sombong.

Peringatan bagi diri sendiri, kerana bukan sombong luar je yang ada bersama manusia, tapi sombong dalam pun ada, dan lagi senang berleluasa kalau tak kawal diri dan muhasabah diri..Astarghfirullah, cuba Dia sahaja yg tahu dosa2 kita walaupun seberat zarah.. Check dan re-check diri.

hamka said...

cuba= cuma...

apa-apapun, insyAllah

IchiGO Mochi said...

assalammualaikum...kalo y kes mamat nak ayat awek x dapet..n then kate sombong..tu nak panggil kire mashok nerake keee??? xplain kit

hamka said...

itu bukan sombong, itu jual mahal