Dec 3, 2006

Kenapa Ummat islam di tindas?

(dan apa kita patut buat?)

Intro-di petik dari lirik lagu...

Di daerah itu langit kelabu..., sejak lama...
Suria di situ tiada lagi, bercahaya...

Degup jantung dan denyutan nadi...
Di setiap saat ada yang terhenti...

Melalui, penderitan hari ke hari..


Melewati machine Photostat di opisku… terdapat banyak gambar gambar mangsa perang Lubnan yang di tampal merata riti.., gambar mayat berkecai, kepala bersepai, perut terburai menghiasi dinding bilik fotostat…, hati mana yang tak tersentuh melihat mayat wanita dan kanak kanak yang mengerikan akibat di bedil, di bom dan sebagainya..?

Laku timbul soalan?

Kenapa Allah tidak membantu mereka? Kenapa Ummat islam sentiasa di tindas?

Nota: Soalan yang membuatkan sebahagian orang islam menjadi murtad…, dan ramai orang kapir tak nak murtad (ugama mereka)

BACK TO THE FUTURE

Hari itu tiada azan subuh kedengaran, yang ada hanya bunyi tembakan dan ledakkan senjata, kemudian kelihatan sebuah Lori Tentera sedang bergerak laju dalam kedinginan kabus pagi, Oleh kerana jalan yang tidak rata dan banyak bonggol, kelihatan lori itu seperti melompat-lompat dan terhuyung hayang, sehinggalah ianya berhenti di hadapan sebuah masjid.

Apabila melihat dua lelaki yang berpakaian tentera turun dari lori, barulah di ketahui bahawa, ‘jalan yang tidak rata’ dan ‘banyak bonggol’ itu rupanya adalah timbunan mayat manusia, dan di hadapan masjid itu juga bergelimpangan mayat manusia yang di bunuh kejam, dari dalam masjid keluar beberapa lagi tentera dengan senjata lengkap, salah seorang dari mereka memegang sebatang tongkat yang cantik ukirannya, oh, itu rupanya tongkat yang biasa di pegang oleh imam setiap kali berkhutbah juma’at!!..

Kemudian, tentera itu melontarkan tongkat mimbar masjid itu ke belakang lori tadi, kelihatan di dalam lori itu telah di penuhi oleh tongkat mimbar dari masjid-masjid yang lain, ada berbagai bentuk dan ukiran, ada yang di perbuat dari kayu dan juga besi!!

Apa-apapun, bagi setiap tonggkat masjid yang di kumpulkan itu menandakan satu kampung orang islam telah di bunuh, semua wanita di perkosa dan seluruh harta di rampas…

Berkatalah seorang tentera kepada rakannya..
"bagus sungguh tindakkan jeneral tertinggi yang membuat strategi menyerang negara islam yang solat subuhnya tidak seramai solat jummaat, katanya idea kreatif ini di ambil dari kitab orang islam, kerana itulah iraq, palestin, bosnia, indonesia, afghanistan telah berjaya kita tewaskan, tuhan mereka tidak membantu mereka, ha ha ha..!

kemudian rakannya yang aetis berkata: "seolah-olah, tuhan itu wujud..."

Argh, kita lupakan soal ketuhanan, nagara mana pulak yang subuhnya tidak seramai jummat, ayoh kita serang...!!!

. . . . .

. . . . .

. . . . .

ONCE OPON TIME IN MADINAH

Pada suatu hari, Nabi Muhammad saw telah pulang ke rumah dengan kerut wajah yang berlainan sekali, seperti ada sesuatu yang cemas dan sangat penting untuk di beritakan, tanpa berkata sepatahpun pada isterinya, siti Aisyah r.a yang dapat merasakan sesuatu yang besar telah berlaku pada baginda, Nabi Muhammad s.a.w terus mengambil wudhu dan segera ke masjid yang terletak bersebelahan rumah baginda.

Kemudian tanpa solat sunnat wudhu!!!, dan juga tanpa solat sunnat tahayatul masjid!!!, Nabi Muhammad s.a.w terus ke mimbar masjid untuk memberi khabar berita yang sangat penting kepada ummat, sangat penting sehingga baginda menangguhkan solat solat sunnat yang biasa Nabi buat!!!

Dari atas mimbar, Nabi bersabda (lebih kurang maksud):

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran, jika tidak Allah akan melantik raja yang zalim memerintah kamu, dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, di waktu itu, doa orang alim pun tidak akan di terima Allah, kamu meminta bantuan tapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkanmu!!!!

Kemudian, baginda terus turun dari mimbar, sedang hadith ini di riwayat dari Aisyah r.a yang mendegar sabda nabi dengan cara melengkapkan telinga ke dinding…(rumah Nabi bersebelah masjid Nabawi..

TODAY AND AGAIN

Seorang sahabat korang telah di pukul oleh seseorang, sebagai sahabat setiakawan. Korang lekas-lekas membantunya, korang hantar dia ke hospital, korang jahit lukanya dan korang merawat serta melawat dia sehingga sembuh…

Yey! Dia sudah sembuh…

Tak lama kemudian korang dengar dia di pukul orang lagi, korang sekali lagi dengan lekas-lekas membantunya, korang hantar dia ke hospital, korang jahit lukanya dan korang merawat serta melawat dia sehingga sembuh…

Alhamdulillah, dia sudah sembuh…dan... dia di pukul orang lagi…

Nampaknya sahabat korang akan menemui ajal dan bakal jadi mayat, memang benar dan baik sekali jika korang merawat dan mengubat luka sahabat korang, tetapi mengapa korang tidak menyelesaikan masalah itu dengan merujuk kepada punca…

Kenapa tidak bertanya kepada si pemukul sahabat korang akan kenapakah dia di pukul bertalu-talu?

Janganlah korang jadi macam anjing yang bodoh, bila orang baling kayu, digigitnya kayu…lepas tu baling batu kat dia, anjing bodoh tu gigit pulak batu tu, anjing tu gigit ngan marah dan anggap dia telah buat keputusan yg bijak, (bodoh sebenarnya), last-last, orang tembak ngan peluru baru mampus!

Mengapa anjing tu tak gigit orang yang baling tu awal-awal?(contoh)

Begitulah ummat islam hari ini, bila saudara seislam kita di timpa bala atau di zalimi, kita cepat cepat hantar bantuan makanan dan ubat-ubatan, tak lupa juga senjata dan tentara sukarela, tak salah.., dan bagus sekali, cuma masalah itu tak akan selesai sampai bila-bila, malahan bertambah parah… kerana ada bala yang lebih besar akan datang dan ada raja yang lebih zalim akan menyerang selagi ummat islam tidak menjalankan kerja dakwah!! (menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran)

Sampai bila korang nak gigit kayu dan batu!

Adakah engkau ingat Allah ciptakan orang kafir tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka?

Ingatlah wahai kawan-kawan, satu org kafir mati semua orang islam berdosa tau!
Nabi bila ada mayat yahudi ‘lewat’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..
Nabi jawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka...

INGATLAH doa org yang teraniaya adalah sangat makbul..walaupun seorang kafir….sekarang siapa yg teraniaya:
Kita org islam kah atau mereka org kafir?

Mereka orang bukan islam telah di zalimi oleh orang islam karena tak menyampaikan da'wah kepada mereka…
Sebab tu bila org islam perang dengan org kafir-orang kafir menang-sebab mereka telah di zalimi-orang islam tak da'wah mereka…

Zaman ini amat banyak orang pergi hají dan jumlah org islam lebih berlipat ganda dari jumlah orang islam di zaman Nabi, dan ada yg doa, “Ya Allah Laknatlah America, dan sekutunya, Tapi bila perang Amerika-iraq, Amerika-afghanistan, Israel-palestin, Serbia-bosnia,..kemana pergi 1000 malaikat yg menolong sahabat dalam perang badar?
Mengapa Allah tak menolong org islam?
Ingat dalam sejarah islam, kemenangan hanya apabila Allah membantu kita…ahli badar 313 orang adalah mereka2 yg telah menunaikan hak da'wah pada org kafir selama 13 tahun di mekah…, merka amal ma'aruf dan nahu mungkar!!, so logic Allah bantu mereka…tapi hari nih kita ingin berperang dengan orang kafir, sudah berapa lama berda'wah kepada mereka..satu jam? Seminit?menangislah kawan..

(Akulah yang patut menangis!!!)

Negara yang aman bukanlah satu kejayaan…
Negara yang di serang pula bukanlah satu kegagalan..

Kejayaan adalah dapat taat perintah Allah!!!
Dalam Negara aman ada perintah Allah, dalam Negara perperanganpun ada perintah Allah…

Nabi dan para sahabat r.a dalam perperanganpun solat berjemaah, tapi ummat islam yang bukan dalam perperangan selamba tinggal solat jemaah kerana sibuk tengok cerita perang...

Di ulangi!!

Kejayaan bukan dalam Negara aman, dan kegagalan bukan dalam Negara perperangan, dalam Negara aman ada perintah Allah sekian-sekian, dalam Negara perperangan ada perintah Allah sekian-sekian, kejayaan adalah bila dapat taat perintah Allah!!!
Orang palestin nak pergi solat berjemaah, tapi tak dapat kerana di halang oleh tentera yahudi, tapi malaysia sekarang Negara aman tapi masjid masih kosong, orang palestin patut menangis tengok rakyat Malaysia yang di uji kemewahan ini!!!!

(aku patut menangis sekali lagi-tapi takde air mata kerana hati aku keras..oh!!!)

RETURN TO THE SOURCE

Seorang yang berpakaian macam ustaz bertanya padaku:

“kenapa ummat islam sekarang tidak bersatu padu? Mengapa UMNO, PAS, ABIM, JIM, SYIAH, SUNNI, TABLIGH, AL-ARQAM, TALIBAN, AL-QAEDA, IKHWAN bla bla bla… (etc..etc.. 73 semuanya) tidak bersatu padu?
Bukankah baik jika semua jemaah islam ini bersatu?

Aku yang 'bukan ustaz tapi di rujuk orang' lalu berkata:
Jika burung helang di ikat salah satu kakinya dengan burung merpati dan salah satu kaki burung merpati di ikat pula dengan burung sendidik.., mana mungkin burung-burung ini boleh terbang dan sampai ke distinasi?

Pengabungan ini tidak akan dapat di buat kerana distinasi setiap burung itu berbeza, begitu jugak dengan gerakkan so call Islamic yang kau sebutkan itu, setiap gerakkan mempunya distanasi yang berbeza dan musuh utama yang berbeza(rujuk post sebelum tentang musuh) !! Maka nasihat aku setelah berbuih nasihat engkau, jika kau rasa apa yang kau buat benar, maka ‘bismilah’, go on dan berikhlaslah!!!

“lakum di nukum wali yadin”….

Tapi, apa yang kau buat ni hamka, seperti ajak orang solat jemaah, beriktikaf di masjid, ziarah dan lain lain adalah satu cabang pada dakwah, iaitu ajak kepada kebaikkan, kenapa orang macam engkau tak mencegah mungkar?

(orang macam aku?-sebenarnya aku dah tulis jawapan soalan ni dulu dalam tajuk “bagaimana mencegah mungkar”.., tapi takpe, aku jawab dengan cara yang lain pulak!!)

Aku kata:
Kau tuduh 'aku'tak buat mencegah mungkar?, aku boleh jawab soalan engkau, tapi jawapan aku adalah dalam bentuk soalan dan jawapannya ada dalam soalan itu..

Aku ulangi, jawapan yang akan aku berikan adalah dalam bentuk soalan dan jawapannya ada dalam soalan itu.., sejauh mana kau jawab soalan itu, sebanyak itulah jawapan yang engkau akan dapat!!!

Jawapan dalam bentuk soalan:

“BAGAIMANA NABI MUHAMMAD S.A.W MENCEGAH MUNGKAR ??”

(Tiada lagi soalan atau jawapan dari mamat tu, semoga aku dan dia mendapat hidayat buat selamanya dari Allah yang Maha Pengasih..oh)

THE ANSWER...

Di bawah aku bagi tajuk tentang cerita Nabi Muhammad s.a.w berdakwah yang korang boleh amalkan dalam mengajak kepada kebaikkan, dan mencegah mungkar,
Korang boleh kaji dan fikir dari cerita di bawah akan bagaimana nabi mencegah mungkar...


  1. Kisah Nabi di caci oleh orang yahudi yang buta, Nabi menyuapnya makanan sehingga Nabi wafat…
  2. Kisah Nabi di ludah oleh seorang pemuda yang di upah oleh abu jahal, bila pemuda itu sakit, apa Nabi buat?
  3. Kisah Nabi dengan Saidina Umar yang membunuh anaknya hidup hidup dan mendera adiknya dengan kejam kerana masuk islam.
  4. Kisah Nabi memaafkan pembunuh Hamzah r.a.
  5. Kisah Nabi membasuh kencing orang biadap dalam masjid, sedangkan sahabat ingin membunuhnya!
  6. Kisah Nabi menyuruh Aisyah bersembunyi kerana seorang yang jahat telah datang berkunjung, tapi bagaimana nabi melayannya?
  7. Kisah nabi di tampar yahudi sehingga berbirat pipinya, kemudian Nabi merawat tangannya yang luka dengan air mata!!
  8. Kisah Nabi di baling batu di taif, Nabi cedara dan berdarah, dan telah memaafkan mereka pada hari yang sama!!
  9. Kisah seorang wanita tua yang ingin berpindah kerana tidak mahu masuk islam, Nabi telah menolong beliau berpindah, wanita tua itu menangis akhirnya kerana...
  10. Kisah seorang yang meminta izin berzina dan bagaimana Nabi melayamnya, sedang sahabat yang lain ingin membunuhnya!!
  11. Kisah Nabi menjawab aduan tentang seorang pencuri.
  12. Kisah Nabi dan tetamu yang sengaja buang najis dalam rumahnya.
  13. Kisah nabi memaafkan Hindun yang pernah melapah mayat bapa saudara Nabi
  14. Kisah Nabi menangani tuduhan melengahkan hutang oleh seorang yahudi, dia telah mencekik leher Nabi, apa Nabi buat?
  15. Kisah nabi di cela Khalid, tapi apa layanan Nabi kepada keluarga khalid sehingga Khalid tidak sabar masuk islam!!
  16. Kisah Nabi menghiburkan Abu supian yang telah banyak meyusahkannya.
  17. Kisah Nabi bersolat dengan bersungguh sungguh untuk ketua orang munafik.
  18. Kisah Nabi menangis apabila melihat mayat yahudi…
  19. Kisah nabi menghadiahkan serban kepada anak abu jahal yang pernah menyakitinya.
  20. Kisah Nabi memaafkan orang yang ingin membunuhnya!!
  21. Kisah Nabi melayan orang yang mengaku berzina.

Ada banyak lagi, cerita-cerita tentang bagaimana Nabi berdakwah, oleh sebab aku bukan ustaz, baik korang rujuk ustaz dan kitab, di sini jelas bahawa cara mencagah kemungkaran bukanlah bertindak seperti mereka yang di sampuk kuasa binatang lalu mencegah mungkar dengan imej batman, spiderman, keluangman, dan terbaru, cicakman..., biarlah orang kapir sajer yang mencagah mungar lagu tu..., korang orang islam, cegahlan mungkar sebagaimana Nabi mencegah mungkar!!!-jangan nak bercita cita menjadi hero yang ada kuasa binatang!!!!

------------

ps: semua superhero akan menjadi mayat!!!

38 comments:

Anonymous said...

baguih..baguih..

nurul said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nurul said...

salam...

Nabi Muhammad SAW is the best teacher ever...(Al-Muallim)

http://www.youtube.com/watch?v=RJxVYZOhhEM

ps:eh Bro Hamka aritu masa Bro tak update ur page,ade tya ur nye Tok Guru...then Tok Guru pun tak tau (Tok Guru perasan sibuk)ehe

Takbir!!!

Anonymous said...

salam,,

hamka,apa khabar sihat tak klu tak sehat camana kau nak update blog,,kohkohkoh,,

saya lihat hamka menyenaraikan 21 cara Nabi SAW mencegah kemungkarn,,,
dalam 21 tu semua nya membuktikan Nabi SAW berdakwah dengan lemah lembut terhadap orang kafir.

soalan saya,bagaimana pula cara berdakwah dgn org islam tapi perangai macam orang kafir tak islamiknya?

disebabkan orang kafir itu "tidak tahu" ,sedangkan orang islam itu "tahu".Adakah kita masih perlu berlemah lembut.

Sekian,terima kasih.Sebarang kekhilafan harap dimaafin.

Anonymous said...

marilah merindui nabi kita(saw)

ujian para anbia' rasanya beratus ganda dari kita...oh

Anonymous said...

salam~~~
baca entry ni teringt satu soln dr sahabat saya,,

`apa ko rasa bila tiap hari tgk
minah n mamat jepun yg cun
melecun n kacak2 belaka`

saya jwb..

`x rasa pape..biase je`

lalu shbt tu kata..

`x rase kesian ke ngn dorg.
xdpt kenal islam yg syumul
lg indah ini..tggungjwb ko
besar,,tau x`

lalu..saya pun terpk..terukny aku..xpnah pk semua tu..x dakwah pun ngn dorg sume...

ingt pesan seorg sensei@ustaz dulu..rugi seeumur idup bila dok bertahun2 kat negara org kapir..tp x penah pun sampaikan agama kat dorg..

ooo..lemahnya aku~~~~~

Anonymous said...

Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini
telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan
memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan
balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat
untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang
yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan
yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut
berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di
dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon
keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan
agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat
mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan
telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah
perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat
aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas
siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah
perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia
mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa
tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini
nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap
dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di
bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night
even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not
alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right
side and the other one was by your left side. If you were alone of course
you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut dan terkesima bila dengar penjelasan perogol
tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin
juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala
laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara
kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang
menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat
pun malas dekat).
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang
diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalula h
amalkannya.

Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan
nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan
sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi.
Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah
di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan
memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]
"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yang sedang sengsara di Lubnan,
Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta di seluruh pelosok dunia
akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuhMu. Peliharakanlah
mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke
atas mereka. Amin, ya Rabbal 'Alamin."

bluecherry @ fai said...

Hamka, nak sangat tahu makna perkara kat bawah nih.. kalau dah pernah terangkan.. kasi tau bulan bila, leh pi tengok kat 'archeive'.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari

hamka said...

Anonymous

Baguih dok ada..
(Allah belaka)

-----
wahidah

salam...

siapa tuk guru engkau?

------
YgonJ

salam,,

apa yang aku senaraikan bukan cara Nabi berdakwah pada org kapir sahaja- check balik,
dan jawapan aku juga dalam bentuk soalan..

“bagaimana Nabi SAW berdakwah kepada org islam tapi perangai macam orang kafir tak islamiknya?

Sekian,terima kasih.

-------
yuukikagaku

mereka eksport Tv, DVD, peti ais bla bla bla
bila kita nak ekport kalimah Allah?

(salah aku)
ooo..lemahnya aku~~~~~

----------
...ruff-sakura-edge...

MORAL CERITA INI:

Tumpang lalu..

aku mintak maaf dulu, aku tulis keras sikit, aku tak tuju pada kau, aku tuju pada am, iaitu jika korang pakai tudung dan kena rogol even kau dah baca ayat sekian2, jangan ada yg murtad pulak, yang tolong kita Allah, pakai pakaian tutup aurat perintah Allah, bukan pakai sebab yang lain, berapa ramai yang murtad bila buat amal tapi Allah tak tolong bila emergrncy, sebab tak ikhlas…

Nabi suruh kita ikhlas…, buat kerana Allah, aku rasa ada orang ‘gelak’ bila kita buat statement pelik2, macam fakta sains atau cerita pelik dan tak masuk akal,

Kerana tu Nabi tak berdakwah guna mukjizat!

Maaf, aku tujukan nasihat ini kepada email forward yang ..’gelak’…

Ps: perempuan keluar rumah kena tutup aurat sempurna dan bergerak dengan muhrim, dan bertawakkal lah! (macam minah tu..)

He he he, aku tak maksudkan kau ...ruff-sakura-edge..., jangan merajuk, dah ramai pembaca blog aku yang merajuk bila aku tegur sikit,..,, bila nasihat personal kena lemah lembut dan hikmah, tapi dalam syarahan atau ceramah kena tegas tapi untuk umum, bukan tuju pada individu, aku tumpang komen di bawah komen kau saje..tumpang lalu..

------------
blue_cherry

aku belum terangkan lagi kot..?
insyAllah, lain kali..
terima kasih

zwitterion said...

menjadi guru yg ihklas, tunjuk contoh yg baik..pesan pd diri sendiri!

Anonymous said...

hidup di negara orang ini buatkan saya rs bsalah bila byk org2 kafir di sekeliling tp tak mampu berbuat apa2 yg boleh menarik mereka msk islam... tp berpakaian sbg seorg muslim/muslimah juga adalah satu dakwah... tp sgt sedih berada di sini br sy dpt tahu mereka mmg tak tahu langsung bagaimana islam yg sebenarnya. tp lebih menyedhkn degnan sahabat2 non-muslim di msia. kenapa mereka tak tertarik pd Islam... wpon pendedahan terhdp islam meluas? mungkin juga sbb kita sendiri tak tunjuk imej seorang muslim yg sebenarnya pada mereka. Mereka mencarut f***... (cth) kita pun buat... mereka tgk porn kita pon tgk... cemane mereka nk tertarik...sbb nmpk sama je...

hamka said...

zwitterion

Aku suka cikgu!!
Selamat bertugas cikgu!!

-----
lu'lu

Walaupun aku tulis itu betul (sepatutnya). Tapi aku sendiri mengaku aku belum buat ‘apa-apa’ lagi, just tulis dan tidak serupa bikin…
Aku sedang belajar amal apa yang aku cakap/tulis..

Doakan aku berjaya!!

Anonymous said...

salam...

sorry...tak paham lgsg apa bro kata...apsal den nk mrh lak? leh trgkn?

Amanitium Cho said...

hamka, terima kasih. satu lagi penulisan taraf tinggi kau.

No Name said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hamka said...

ruff-sakura-edge...
salam...

he he he, tak paham takpe..(nasib baik tak paham:)

-------
amanitium

semakin tinggi, bila jatuh pecah berderai..
dan, apa guna ‘tinggi’ jika..(isi sendiri nasihat yang sedap hawa telinga)

-------
noheartfilin

aku betulkan komen engkau..

c/p
salam
1st time komen..

aku rasa btul2 banyak dosa..isk2..ampuni kami ya ALLAH..

teruskan kerja ‘menulis’ ini..

Zackyun said...

teringat lagu ababil-raihan

"mengapa kita ditindas? tiada pertolongan dari Tuhan kah?"

aku sedih...aku bukan yg baik dan tbaik....

Anonymous said...

pernah bkwn dgn non-muslim guy, tp syg, sampai skrg dia tak dpt hidayah nak peluk islam...

bnyk jugak cara dbuat nak tlg 'celik' kan dia pasal islam, tp tulah, setakat mana pun usaha kiter, pasti Allah jua yg menentukan..ataupun usaha sy tak cukup 110% kot..

pendapat bro?

sang mentari

hamka said...

zackyah fimiyun

aku nak tumpang sedih engkau….isk
teringat lagu : ‘negaraku’..

---------
sang mentari

usaha 100% adalah berdakwah sampai mereka jadi mayat, cth: Nabi dan Abu talib, barulah boleh guna ayat: hidayat di tangan Allah.. dengan sedihnya..isk..

kalau mereka tak jadi mayat lagi dan kita cakap ‘aku dah cakap dah’.., lalu stop dakwah merekahmmm, 1 % pun belum lagi!!!

pesan kat aku! Isk!!!

---------
coldstarz_12
Walaikumusallam..

Banyak mase engko, aku tak boleh buat on-line sebab tak komitmen pada masa..
Dan aku punya inglish lagi look stupid when writing bla bla bla…

Kalau kau ada masa kau translitlah soalan mamat tu dan kita sama2 pikir akah jawapannya..insyAllah(sambil tangan mengurut janggut)

Abu S.H said...

apa maksud mengurut janggut?
selalunye yang di urut ialah badan2 yg sakit2, kaki2 yang lenguh2, urut tapak kaki, urut batin oleh bukan tok batin dan seumpamanya...

kalau urut janggut? janggut kau sakitkah hamka? gunalah syampu sunsilk.

usap janggut cam ner pulak ek?

Anonymous said...

abih tuh bro, kalau sorang pun sy tak leh nak dakwah kan, camner? tak leh jd muslim sejati la ni..

p/s :

1) sy dh tk kwn dgn that guy lg, dia dh pun bkahwin dgn wanita se agamanya...so, sy dah gagal la ni bro... ;(

2) nk dakwah dgn rakan2 seagama sendiri pun susah..camner nak sedarkan non-muslim..

sang mentari

hamka said...

abu_harraz

mengurut janggut:
makna: meluruskan janggut yang kerinting
maksud: sedang berfikir…

usap janggut; wanita kepada suami..

ps: menurut seorang ustaz(aku dengar), ahli shurga takde janggut, tapi ahli neraka dan syaitan adalah berjanggut di akhirat kelak, yang mana malaikat akan tarik janggut mereka masuk neraka!!!
Wallahu’lam

-------------
coldstarz_12
salam

berdebat menggekapkan hati dan menjadikan kita bodoh…
belajarlah muzakarah..
bagaimana adab muzakarah secara sunnah..
jahu berbeza yang sesetangah ustaz dok buat-so better rujuk kitab..insyAllah.

ps: -orang kapir yang bijak-2 semakin menghampiri islam,sedang orang islam yang bodoh-2 sedang menjauhi islam- dan orang islam yang bangang2 sedang memalukan islam..

------------
sang mentari

aku pernah tulis pasal ni dulu, pasal dakwah takde org ikut-apa kita nak buat?, tapi oleh sebab aku ni pelupa orangnya, silah kiranya kau rujuk post yang dulu2, maafkan aku..

Abu S.H said...

sang mentari,

aku rasalah, mungkin sebab dakwah tu tak berjaya ialah sebab dakwah perempuan kepada bukan muhrim kot?
wallahualam bab ni...

hamka, betul ke cerita ustaz tu? kenapa ek??? (sambil mengurut janggut sebab takde orang nak usapkan janggut kat opis ni)

hamka said...

terbalik,

macam kat sana boleh minum arak, bersetubuh lebih dari 4, dan lain lain...

so, yang ada janggut dah tak berjanggut...

ahli neraka sajer yg berjanggut

wallahua'lam
(sambil menggetel tahi hidung-pedang kecik)

Anonymous said...

okeh bro

nt sy refer entry tuh

p/s : sy pun kadang2 lupa gak ;)

sang mentari

Anonymous said...

salam...

setelah aku menghayati apa yg bro kata tu..aku dh paham....ya la..aku pon copy pste ja..bkn kau yg karang...huahuahua...xpa.. aku xkesah..lagipon nasht ko tu ada betulnya...dont worry lorh...

p/s: dlm hati tu geram la jugak..

kimsalam kat isteri ek...

salam...

Anonymous said...

ada ksilapn ckit kat komen td... bkn kau..tapi aku..

***bkn [kau] yg karang...

[] <--= aku

sorry

hamka said...

sang mentari

:)

------
sakura

:)

ps: senyum itu sedekah..

Anonymous said...

salam...

bro hamka xdak idea..huahauha...

hamka said...

he he he

(perasan sibuk + malas = takde idea)

:)

tokencat said...

btul aa lu'lu'.. skrg ni sibuk isu murtad.. tp org murtad ngan x murtad pun lebey kurang jer (cth - rukun solat pun xtau.. apetah lg nk solat..) smue org sibuk nk jd artis n org kaye drp sibuk bsedia jd mayat.. jd meh ler kite pakat2 kembang dakwah n baiki diri di samping medoakan kejayaan same2 dunia akhirat insyaAllah..

hamka said...

insyaAllah...

Anonymous said...

Tumpang lalu...

"Selamat hari jadi.... nyum-nyum-nyum sambil makan kueh hari jadi sendiri.... celebrate gan kucing tersayang, kak Peah namanya. Kak Peah selalu doakan akak murah rezeki so that dia boleh tumpang semangkuk!

Akak S.

Anonymous said...

Alhamdulillah... dah bertambah peluang utk mengenal Tuhan. Lebih panjang umur kita, lebih tinggi expectation Tuhan utk kita beribadat kepadaNya...

Kenapa umat Islam ditindas? Sbb umat Islam sekarang sgt lemah...aduuuuhhhh!

hamka said...

akak s, dah masuk 48 tahunlah umur kakak ye?
semoga kakak berkat umur dan murah jodoh, maaf jika saya ada terkasar bahasa dalam menulis kepada golongan bujang..isk..isk,.

selamat hari lahir..

--------
tak bernama

akulah orang islam yang lemah itu..isk,isk..

sari said...

artikel'a mnrik,,,

Perniagaan Internet said...

marilah merindui nabi kita(saw)

ujian para anbia' rasanya beratus ganda dari kita...oh! ;)

Anonymous said...

salam