Oct 12, 2006

Malaysia di timpa BALA?

(sedar atau tidak, aku dan korang berada dalam Bala dan Tragedi..)

Entry ini di mulai dengan back up muzik Intro dari lagu Tragedy Oktober…

(bayangkan sebuah lebuh raya yang sunyi..kumudian terdengarlah bait bait suara menyanyi...)

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

(kemudian dari jauh, muncul sebuah motosikal berkuasa tinggi…)

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

(motosikal itu semakin jelas kelihatan..)

Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober..

(sekarang kelihatan seorang rockers memakai jaket kulit dan sedang menunggang motor berkuasa tinggi, oh! tak lupa juga cermin mata hitam dan di perut rockers itu ada tangan wanita yang lembut sedang memeluk dari belakang, siapa lagi jika bukan Ziana Zain, eh!, silap, Erra Fazira..!)

Arghh, tak baik pulak bulan puasa sebegini, aku suruh korang bayangkan orang buat maksiat…oh!, aku cuma teringat, masa aku form 5 dulu-dulu, lagu "Tragedy Oktober" nyanyian Awie, adalah antara lagu yang popular waktu tu.., tapi jika korang nak bayangkan jugak, bayangkanlah Awie membonceng isterinya, iaitu ..eh? siapa hah?

Hari ni aku menelis entry yang agak merepek sementara menunggu waktu berbuka puasa bagi kawasan yang sewaktu dengannya..(8 jam lagi tu..)
Aku nak cerita mengenai tragedy Oktober dan beberapa tragedi dalam hidupku dah aku rasa ada antara tragedi itu yang pernah korang alami sendiri, dan tragedi ini juga di alami oleh seluruh penduduk Malaysia amnya.., jadi terimalah cerita 12 tragedi!!

------------------

Cerita Tragedi Januari..
Berjumpa malaikat selepas isyak...

Pada zaman Nabi SAW dulu, pernah malaikat jibrail a.s turun ke bumi dan pergi ke masjid lalu bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, lebih kurang maksud:
"Kenapa tak ada orang azan hari ini? "

Jawapan yang aku ringkaskan:
Sebenarnya ada yang azan pada hari itu tapi bukan Bilal bin Rabah r.a yang biasa azan, tapi di ganti oleh seorang yang bersuara lebih merdu, oleh kerana si pengganti bilal yang baru, melaungkan azan kerana suaranya merdu dan mungkin timbul perasaan bagus, menyebabkan para penduduk langit(malaikat) tidak mendengar azan pada hari tersebut, lalu malaikat jibrail telah menegur kita semua bahawa amalan yang di buat dengan niat yang selain Allah, amatlah rugi walupun cantik dan indah pada pandangan mata manusia..

Dan aku pulak pernah mengalami pengalaman seperti ini, satu hari ada sorang ustaz buat kuliah lepas magrib dan pembelajarannya telah berlanjutan hingga ke 9.30 malam!
Sebaik sajer kuliahnya habis, dia terus memerintahkan bilal untuk qamat, aku terkejut, kerana Azan sebelum solat adalah Sunnah yang besar dan dakwah yang paling sempurna, tapi aku tahu siapa aku, aku bukan ustaz dan confirm masih banyak jahil bab-bab ugama, lalu aku pun iku1 bersolat di masjid tanpa azan!..oh!

Lepas isyak aku di datangi oleh seorang lelaki yang kelihatan macam orang arab, berserban putih dan berjubah, malaikat kah? bisik hati kecilku, dan lelaki itu bertanya aku;
(dalam bahasa ingris)"Kenapa tak ada orang azan hari ini?"

Aku cakap: sebab ada kuliah, bla bla bla (i'm look so stupid when speaking)
Lelaki itu gelengkan kepala dan cakap kat aku bahawa solat jemaah tak sempurna jika takde azan, dan dia cakap kat negara dia (arab) walau macam mana pangjangpun kuliah, hingga menjangkau waktu solat yang betul, bila tiba nak solat tu tetap kena azan, oh rupanya lelaki itu adalah jemaah tabligh dari Sudan yang lepak kat masjid tu 3 hari.., aku ingat malaikat! ..oh!

Nota: Sesungguhnya solat tanpa azan itu adalah satu tragedi! kerana dalam hadith bagitahu lebih kurang maksud, Allah suka kat orang yang dalam perjalanan berhenti dan azan lalu solat berjamaah, atau orang yang sibuk berkerja di ladang, tapi bila masuk waktu solat terus berhenti kerja dan melaungkan azan serta mengajak pekerja lain solat berjemaah,!! tapi kes aku ni bukan dalam perjalanan atau di ladang, dalam masijd solat berjemaah tapi tak de azan..oh!

-----------------

Cerita Tragedi Febuary
Menjadi Halimunan di Lebuh Raya..

Ini bukan targedi, tapi lebih kepada misteri nusantara, cerita di jalan raya, kelihatan sebuah kereta dalam perjalan dari terengganu ke kemaman , Sahabatku anak pak taib yang telah bawak kereta dengan kelajuan lebih 110 km/jam telah kena 'speed trap', lalu di tahan polis, ketika kejadian ada 3 buah kereta yang di tahan sama (serentak), dan kereta anak pak Taib ini berada dalam posisi tengah..

Kebetulan(suratan sebenarnya) sebelum tu ada dengar ceramah cerita Nabi di kepung oleh musuh lalu Nabi baca beberapa potong ayat dari surah yassin, yang menyebabkan Nabi menjadi 'halimunan' di mata orang kapir yang nak bunuh baginda SAW, maka anak Pak taib dan semua ahli jemaah dalam kerata membaca surah itu dan bertawakkal kepada Allah..

Dalam hati:
"segala yang berlaku adalah dengan izin Allah, kena saman dengan izin Allah, dapat duit bayar saman dengan izin Allah, semuanya dari Allah!, kami telah salah bawak kerata laju dan kami bertawakkal kepada Allah"

Maka misteri nusantarapun berlaku, polis tu langsung tak nampak (pedulikan) kami!, mereka just saman kereta kat depan dan kat belakang, kami yang sedang berzikir rasa iman naik mendadak, semuanya dari Allah, atau mungkin jugak polis takut tangok serban dan janggut yang di punyai oleh Ustaz A!
Kata salah sorang dalam kerata,
"InsyAllah, kita dah tak de apa-ape, rasanya kita dah boleh beredar, lalu lampu signal di beri dan kami pun beredar perlahan lahan dan satu orang polis pun tak nampak (peduli) kami, kami pun blah! zoom!!! Chow!

Nota kepada polis: kereta tu adalah kereta satria warna kuning, plat wilayah persekutuan, kepunyaan anak Pak Taib-harap maklum.

Untuk mengakhiri cerita tragedy halimunan ini, aku yang selalu tumpang anak pak taib balik kampung, pada suatu pagi yang indah telah tidak berbuat demikan, aku balik naik kereta sendiri, kat tempat kerja, aku dapat emergency call dari sahabat lain yang si anak Pak taib ini kemalangan kat selekoh Merchang terengganu, dan kereta dia TOTAL LOST!!
Tapi masih berlaku misteri nusantara yang mana si anak Pak taib ini langsung tak cedera, malahan tak layak dapat MC pun..(SubhanAllah)

Dia kata: aku terbabas, kereta berputar dan langgar pokok kelapa, berputar putar, dua hingga tiga batang pokok kelapa aku langgar, hingga tayar kiri depan kereta duduk kat tempat yang kau selalu duduk tu!, tapi kat tempat aku jer selamat, alhamdulillah asbab baca doa naik kenderaan, aku selamat, Allah nak suruh aku berbakti lagi kepada Agama!!!

Alhamdulillah kau masih hidup,
Aku kata: Allah "MASIH" sayangkan engkau,

(tapi kalau kau mati )

Aku cakap: Allah "LEBIH" sayangkan kau..oh!

----------------

Cerita Tragedi March
Menempah Neraka..

Aku pernah membebel macam mak nenek bila tiba bab melengahkan solat ni, biasanya orang perempuanlah terutamanya, suka sangat solat lengah-lengah, tengok Hindustan, bawang putih bawang merah, Impian Illyana, La Mujer En El Espejo dan lain lain, tengah dok tunda-tunda solat tiba tiba haid datang? Nak solat cemne? Dah kena tunggu 7 hari lebih kurang, korang yakin ke boleh hidup selama masa 7 hari tu..? sekali jadi mayat! Dah tentu masuk Neraka selama 60 tahun kerana tertinggal satu waktu dengan sengaja. Tak ke TRAGEDI namanya tu.?.ish..ish..!

Ada hadith bagitahu lebih kurang maksud, sesiapa yang terluput waktu solat yang betul samalah seperti orang yang kehilangan seluruh keluarga dan hartanya, Tak ke BALA dan TRAGEDI tu!!!!

Ni aku nak bagitahu sikit lagi kat orang perempuan walaupun korang dah tahu..

Haid yang habis menjelang margrib dan korang sebaik sajer mandi wajib lepas tu solat magrib, kena Qadha (ganti) solat Asar dan Zohor..

Haid yang habis menjelang isyak dan korang sebaik sajer mandi wajib lepas tu solat isyak, kena Qadha juga solat Magrib dan Asar..

Haid yang habis menjelang Subuh dan korang sebaik sajer mandi wajib lepas tu solat subuh, kena Qadha jugak solat isyak dan magrib..

Begitulah jugak dengan Zohor, Asar dan lain-lain!

---------------------

Cerita Tragedi April
Telinga di tuang timah yang mendidih...

Ini khas untuk lelaki, pun aku pernah membebel macam mak nenek dalam post yang lalu-lalu,
Meninggalkan solat jemaah adalah satu tragedy..

Satu tragedy yang dahsyat kerana di padang masyar orang yang solat tapi tak ikut cara nabi akan di halau, atau senang cerita: Nabi tak mengaku ummat!

Banyak hadith celaan dan azab bagi mereka yang sengaja meninggalkan solat jemaah. Jadi kat kaum adam semua yang tak de haid dan Nifas, kenapa waktu azan zohor, korang sibuk makan-makan lunch? Dah kebulur sangat ke?

Patutnya Aku gi kedai makan waktu azan tu dan sound:
"OH, PATUTLAH MASJID KOSONG...!!! KAT SINI KORANG RAMAI-RAMAI YE…"
Tapi aku tak buat pun..kalau aku buat dah tentu aku kena belasah, maka dah tentu aku akan membalas balik serangan korang, oleh sebab korang ramai aku terpaksa menghabiskan masa 20 hingga 30 minit untuk menewaskan korang semua, maka dah tentu lepas tu org dah habis solat, oleh kerana aku tak nak tertinggal takbir pertama, maka aku tak buatlah!!!..cis!!…

Bercerita mengenai takbir pertama..
Ni lagi satu TRAGEDI yang dahsyat! Dan penulis adalah orang yang sentiasa di timpa bencana sebegini,!..oh!

Ya! Tertinggal takbir pertama adalah satu bencana, satu tragedy!

Pernah seorang sahabat nabi Muhammad SAW kalu tak silap aku nama nya: “Abdul rahman Bin Auf", kerana sibuk berniaga telah tertinggal takbir pertama bersama Nabi SAW, lepas solat dia sedekahkan semua keuntungan perniagaanya pada hari itu untuk menebus kerugian tertinggal Takbir Pertama, namun Sabda nabi lebih kurang maksud: jika kau tebus harta senilai dengan dunia dan seisinya, pasti tidak akan dapat menebus fadhilat Takbir pertama…oh!

Hari ni aku bukan setakat tertinggal takbir pertama, kalau solat zohor tu kadang-kadang, sampai empat takbir aku tertinggal, sempat duduk tahiyat akhir bersama imam sahaja.(aku ler ni !).isk..isk..,
Aku memang teruk! Perasan sibuk, Pendosa dan makhluk hina, korang doa lah aku supaya setiap hari dapt solat dengan takbir pertama..isk..isk..kerana sesiapa yang bersolat tanpa tertinggal takbir pertama bersama imam selama 40 hari, maka dia bebas dari api neraka dan bebas dari sifat munafik..!!(hadith)

(masih ada ciri-ciri munafik rupanya aku ni..oh)

--------------------

Cerita Tragedi Mei
Bertemu malaikat maut di waktu senja

Pada bulan Mei yang lalu, aku dan anak Pak Taib, member kamcing aku, sedang dalam perjalanan pulang dari Kemaman ke Terengganu, tiba di merchang Terengganu, kami sempat melihat sebuah kereta iswara yang telah terbabas dan melanggar bas dari arah yang bertentangan.Kami pun sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, cari parking dan pergi tengok keadaan ehwal kemalangan tu dan aku rasa mungkin drebar kereta tu dah jadi mayat kerana kereta tu terporosok ke bawah bas..walau camne pun aku lihat penumpang kereta tu masih bergerak-gerak dengan darah membanjari wajahnya..aku dan kawan2 cuba menolong tapi tak terdaya.., melihat keadaan mereka yang macam dah takde harapan, lalu aku dan kawan2 ku mengajar mangsa mengucap kalimah syahadah…Kemudian ada org lain menyampuk..
“Oi, brother, tu org cina tu, tak payahlah talkin…"

Oh! ye ke? aku tak pasti org tu cina ke melayu sebab kejadian berlaku waktu magrib..
"argh..takpelah cinapun..masuk islam lagi bagus.., entah entah mualaf.!.,

Di pendekkan cerita, semakin ramai rakyat Malaysia yang prihatin datang jengah untuk tengok-tengok apa yang patut untuk di ceritakan kepada sanak saudara kelak, bila dah makin ramai yang datang maka aku dan anak Pak taib telah 'tertolak' ke belakang..

"Camne hamka?"
Tanya anak pak taib sambil melihat.. ambulance dan bomba yang baru tiba..

Magrib dah nak habis, kita serahkan pada yg pakar, kita gi solat jamak (takdim) dulu.."

Dalam kereta, aku mengeluh kerana orang pakat ketawa bila aku ajar mangsa tu mengucap kerana mangsa berbangsa cina, tapi risau aku yang takut takut ler mangsa itu mualaf berakhir bila upadate paper esoknya:

Copy/paste dari utusan malaysia:

Peniaga maut kereta terperosok bawah bas
Oleh: RAJMAH HASANMARANG

16 Mei - Seorang peniaga maut manakala rakannya parah apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 38.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Merchang, dekat sini malam tadi.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta, Tee Ah Aun, 23, berasal dari Subang Mewah Jaya, Subang Jaya, Selangor.
Ah Aun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Terengganu.
Sementara rakannya yang parah dikenali sebagai Lee Way Yeong, 26, berasal dari Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan.Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Farid Mahmud, berkata, kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam semasa mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dari Kuantan.
Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta di laluan berkembar tetapi gagal lalu bertembung dengan sebuah bas dari arah bertentangan.
Kereta mangsa yang terperosok di bawah bas kemudian terseret kira-kira 30 meter dari tempat kejadian,'' katanya kepada Utusan Malaysia lewat malam tadi.

-----------
Moral : hati hati bawak kereta, semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya! nak naik ambulance atau keretamayat?

----------------------

Cerita Tragedi Jun
Menjadi Iblis!

Ini banyak berlaku zaman Nabi, zaman sekarang pun banyak, rasa diri dah bagus, Bila ada makhluk Tuhan yg tampil untuk tegur korang, maka korang mulalah pandang si penegur atas-bawah, dan sekiranya si penegur ada sedikit keburukkan…maka korang membuat kesimpulan: KAU TAK LAYAK TEGUR AKU..!
Wah wah wah.., Macam setan yg benci di tegur…walaupun Allah yg menegur..nauzubillah…!

Orang macam gini sebenarnya mengundang BALA dan TRAGEDI, kalau rujuk Al-Quran, dah banyak mana kaum yang telah Allah hancurkan gara gara sombong dengan orang yang menegur..

Ingatlah bahawa pedang yang hebat masih memerlukan seorang pendekar yang handal untuk menjadikan ianya hebat!!

Taminsari tak beretri tanpa pencak silat dari Hang tuah!

Korang yang perasan bagus, masih perlu kepada 'penyedar', dan Bala atau Tragedi itu sendiri adalah satu penyedar!!

Hakikatnya,
Setiap org perlu kepada “penyedar” walaupun ia seorang Nabi, apatah lagi aku, korang dan semua ummat manusia..sangat perlu kepada ‘penyedar’..dan penyedar yg paling baik adalah diri sendiri…

Nota: di sini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yg secara tidak langsung menjadi ‘penyedar’ aku…oh..terharunya..

Sambung balik, Penyedar adalah manusia biasa yg mempunyai kesilapan juga…maka memang satu larangan ugama supaya kita tidak melihat kepada penyedar semata2, tapi lihatlah apa yg mereka sedarkan…

(siaran ulanagn)
Sebenarnya al Quran adalah ‘surat’ dari Allah yg di ‘alamat’kan kepada semua ummat manusia..dan semua org layak jadi ‘posmen’…semua orang…!!
Alangkah ruginya seorang yg tak mahu terima surat kiriman wang hanya kerana tidak suka dengan posmen yg mungkin berpakaian selekeh….atau motor yg buruk..atau posmen dari bangsa yang kita tak suka,
(posmen tu tetap dapat gaji daa…)

Bukankah jelas ‘alamat’ kita kat ‘surat’ tu..oh,..sungguh kasihan…cubalah lihat Al-quran itu..sungguh jelas ‘nama’ dan ‘alamat’nya..jadi terimalah walaupun ianya disampaikan oleh seorang yg baru semalam masuk islam,,…

Lembaga Hasil hantar surat melalui posmen, korang pulak benci kat posmen lalu koyak surat tu, tunggulah Lembaga Hasil datang tangkap korang, Ha ha ha!
Tak ke TRAGEDI namanya tu.?.ish..ish..!

---------------------

Cerita Tragedi Julai
Di tipu shaitan...

Tertinggal amalan yang telah lama istiqamah adalah satu tragedi!dan memang tragedi ! sebab setan takut dengan amalan yang istiqamah kerana istiqamah adalah tanda kepada ikhlas..

Jadi kepada korang yang dah istiqamah buat satu-satu amal, kena hati-hati, jangan sampai setan dapat peluang buat kita perasan sibuk lalu tinggal zikir, solat sunat rawatib, solat nafil, Al-quran dan lain lain, sekiranya terjadi, kena anggap ini tragedi, taubat dan mulakan hidup baru..!

----------------------------

Cerita Tragedi Ogust
Tertinggal majlis ilmu..

Tak perlu pada huraian, korang sedia maklum..

------------------

Cerita Tragedi September
Runtuhnya sebuah menara...

Mereka yang berumahtangga, Jangan bercerai, dan jika bercerai-jangan talak tiga, jika talak tiga-jangan cina buta, jika cina buta-jangan terjun perigi!!!ini adalah satu tragedy yang dahsyat dalam rumahtangga, bermakna jangan main main dan bergurau dengan ‘talak’, bergurau dengan talak-akibatnya akan berakhirlah dengan tragedi, berguraulah dengan 'galak'-takpe..

(tapi tak boleh pulak bergurau dengan A-galak!-tak lawak-jangan gelak)

---------------------------

Cerita Tragedi November
Menderita Kelaparan selama 60 hari ...

Tak kena gaya, berpuasalah korang dua bulan berturut-turut, akibat bersetubuh di bulan Ramadhan pada waktu siang..oh!, Tak ke targedi tu?,

Satu lagi bila korang menyamakan anggota badan isteri dengan mak, (ZIHAR) huh!
Kawan aku pernah kena ni, dan tahniah kat engkao sahabat kerana telah berjaya berpuasa zahir dan batin selama 2 bulan..tahniah!

-------------------------

Cerita Tragedi December
Tertinggal Wukuf di Arafah..

Ini adalah satu BALA dan TRAGEDI jua bagi mereka yang pergi haji, aku tak nak kupas dengan lebih langjut sebab tak de pengalaman..oh!

……….
PERSOALANNYA..
Ok, sekarang korang dah dengar cerita 12 Tragedi.., namun demikian, adakah kita menganggap bahawa targedi di atas itu adalah tragedi?

Kenapa aku yang terlibat dengan dosa dan tragedi ini tapi masih selamba bergelak ketawa bersama keluarga dan rakan rakan? Adakah kitaorang seekor makhluk munafik yang mana perkara ini hanya di anggap seperti seekor lalat yang hinggap di hidung?
Atau adakah korang memang bertabiat seekor lalat yang setiap hari bergelumang najis sehingga tak perlu lagi menutup lubang hidung apabila melihat tahik?

Kata seorang pemungut sampah sarap yang melalui rumah aku pada setiap ahad, selasa dan jummaat berkata:
Pakcik tak bau busukpun!!,
kerana bila hari hari angkat sampah, apa nak di heran dengan sampah, bukan kah itu sampah? Apa nak heran!

Nota: kerja pemungut sampah bukanya hina, halal lagi!-ini adalah contoh.

Begitu jugaklah korang dan aku yang terlibat dengan dosa dan tragedi ini hari-hari, bila hari hari tinggal takbir pertama, bila hari hari tinggal solat jemaah, bila hari hari lengah-lengahkan solat, bila hari hari mengumpat maka dah tak rasa apa-apa, rasa macam lalat hinggap sahaja, hati dah jadi hitam…oh!, perangai jadi setan!!!-naduzubillah

KENAPA JADI MACAM TU?

Aku bagi contoh kenapa korang selamba dengan taragedi dan dosa ini..err bukan contoh tapi eksperiment, begini ceritanya, satu hari korang pergi beli anak kambing dan bawa pulang dari pasar dengan mendukung anak kambing..

Aku pulak dan mamat serta anak pak taib, iaitu kami tiga orang nak pekenakan korang, he he heh.

Masa korang lalu sorang sorang sambil dukung kambing, berselisihlah dengan anak pak Taib, lalu anak pak taib tu buat buat terkejut sambil berkata:

“Eh, kau gila ke, dukung anak anjing?

Tentu korang akan terkejut dan cakap anak pak taib tu gila.., lepas tu korang jalan lagi dan berselisihlah pulak dengan mamat, kata mamat:

“Kau ni orang islam ke orang kapir? Kenapa kau dukung anak anjing tu?”

Korang dah mulai konfius dah, tengok anak kambing tu atas bawah, ada tanduk, ada janggut, tapi korang tabah, teruskan juga perjalanan hinggalah akhirnya korang jumpa aku (ha ha ha) yang sedang berserban dan berjubah, sebaik sajer aku lihat korang, aku mengeleng-gelengkan kepala sambil beristigfar..

“Astarfirullahalazim, tergamak kau dukung anak anjing ? "

Huh! Korang dah tak fikir panjang dah, terus campakakan ‘anak anjing’ tu dan mintak maaf kat aku, ha ha ha!

Itulah yang berlaku kat korang orang islam , iaitu bila dah ramai orang gila cakap yang anak kambing tu sebagai anak anjing, korang mulai rasa bahawa betul dan tak salah anak anjing tu ada tanduk dan janggut!!

Samalah dengan korang yang lengah-lengahkan solat, tinggal takbir pertama, tak pergi solat jemaah, rasa takde salah apa-apepun., maklumlah kat opis berapa ramai yang tak gi solat jemaah, ustaz pun ada sama! Lepas tu buat fatwa pulak, keluarga bahagia kenalah solat jemaah ngan isteri kat rumah.., untuk khusuk dalam solat, solatlah sorang-sorang takde gangguan..bla bla bla! blah!!

Hello!
Mazhab mana korang belajar tu?
Ni yang aku angin satu badan ni!
Orang kapir tengok masjid kosong tak rasa sedih pun, munasabahlah sebab depa tu kapiq, yang korang orang islam selamba tengok masjid kosong, tak rasa salahpun, aku tak nak letak hukum sebab aku bukan ustaz, tapi zaman Nabi yang tak gi solat jemaah ni orang munafik sajer..dah lah tu kawan-kawan, rentikanlah buat kerja tak senonoh tu..dah lama ke buat kerja tak senonoh ni?bawak bawak lah mengucap…, korang jangan rasa lambat lagi nak jadi mayat!
Cuba tutup lubang hidung dan mulut korang selama 8 minit, huh berulatlah mayat korang kat depan PC tu..!!, ingat! Rumah kata pergi, Keretamayat kata mari, !!

(lalu tangan kananku berjabat dengan tangan kiriku sendiri, dengan posisi berdiri dan tangan berjabat separas perut, aku menyeru sambil menanyi..)

Pulanglah pada Tuhan
cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

( korus )
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

(start menangis)

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

(badan henjut-henjut menahan sebak, sedang air mata terus bergenang dan meleleh..!)

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa


Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

( ulang korus sampai tahlil hari ke dua- Lagu : Fatamorgana)

----------------

Eh, encik Hamka? Mana tragedy oktober?

Oh! Ye ke? Tak perasan pulak aku belum tulis akan tragedy oktober..
mmmmmmm…

(fikir jap)

....

....

Ok, dah dapat dah!

-----------------

Cerita Tragedi Oktober
Apakah tragedi okteber itu?

Hek, elehh, itupun tak tahu ke,?
Sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkebangan semasa, tragedy oktober adalah satu peristiwa yang cukup sedih lagi mengharukan apabila seorang wanita di tampar dengan kejam oleh pakwenya, (bukan suami isteri), dan sebagai meminta maaf, pakwanya yang juga seorang penyayi telah mengarang sebuah lagu yang berjudul “tragedy oktober”, kerana bagi pasangan itu, menampar kekasihnya pada bulan oktober adalah satu tragedy, Tak percaya rujuk filem tragedi okteber… lakonan Amy Mastura yang di tampar oleh Awie pada bulan oktober!!!!

Arghh, aku dah melalut, dan bertambah lagha…, baiklah sebagai mengakhiri post ini, aku copy/paste lagu tragedy oktober yang asal, tapi aku tukar kepad tragedi ramadahan, mereka yang berbuka puasa dengan sengaja, eloklah menyanyi lagu ini sambil naik keretamayat…

Tak sanggup lagi aku
Mengenang DOSA lalu
KEJAHILAN menghantui diriku

Biarkan DOSA pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tidak mahu ku ULANG lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi RAMADHAN

(Korus)
Sesalan ku hanya untukmu TUHAN
Ampunilah segala dosa-dosaku
TELAH sengaja aku,

MENGEKARI DiriMU
Bagiku Kau TEMPATKU MENGADU
OH, TUHANKU

Hanya satu ku pinta
KEAMPUNAN dariMu
Berilah peluang hidupku
Aku rela DIMALU
NAIK KERETA MAYAT
AKHIRAT SELAMAT SELAMANYA

Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi RAMADHAN

(Ulang korus sampai malam 7 likur)

Mengakhiri post ini sekali lagi, sempena bulan ramadhan, adalah satu tragedi yang besar berlaku jika korang berbuka dengan sengaja kerana sape-sape yang meninggalkan puasa dengan sengaja, maka ia tidak akan dapat menggantikan puasanya walaupun ia berpuasa seumur hidupnya!!!!
Tak ke BALA dan TRAGEDI tu!!!!

Sekian.

ps: Menjadi mayat adalah satu tragedi bagi sesetengah orang, tapi menjadi Rahmat pula bagi sesetengah orang! selamat menjadi mayat!

(Di tulis pada bulan Oktober 2006, bersamaan bulan Ramadhan 1427 Hijrah.)

53 comments:

Abu S.H said...

nak gi buka. first time buka kat opis!!!!!!
hari pertama 10 ramadhan terakhir!!!
argghh...!! tapi tempat pertama..hehe

Anonymous said...

Tiada Tuhan melainkan ALLAH, Nabi Muhammad pesuruh ALLAH..aku mohon keampunan dari mu ya ALLAH..aku mohon syurga mu ya ALLAH..aku mohon dijauhkan dari neraka mu ya ALLAH..SELAMAT BERBUKA PUASA

kakLuna said...

Assalamualaikum Hamka,

Saya nak minta izin link blog Hamka dalam blog saya.

Banyak saya 'terkena' dengan tulisan Hamka, tapi saya ucap terima kasih sebab tulisan macam ni la yang jadi 'penegur' saya.

Anonymous said...

sedara cina yang kemalangan,... yang meninggal tu, .. sempat mengucap egh?

errr... emak aku mualaf. tapi bukan cina.

kat surau tempat aku, ada seorang mualaf berbangsa cina,... paling slalu datang awal ke surau.

Acik fosilmitra said...

Assalamu'alaikum wbt.

Jalan cite yg menarik... masalah penaipan kata yg teratur... ditambah dengan gambaran yg diberikan mmg amat berkesan utk dimasukkan ke pawagam berdekatan cite saudara nih!.. hehe.

Salam ukhuwah fillah dari acik fosilmitra.

Anonymous said...

assalamualaikum - bukan budak nano:

aku ada kawan, sebelum kawin ngan maknya, bapaknya masuk islam, then lepas beberapa tahun and dah dapat anak -( kawan aku )- mereka bercerai dan ayahnya kembali ke agama asal...
aku tau kawan aku ni, sayangkan bapaknya, tapi...
-benarlah tuhan boleh cabut iman anytime yang Dia nak - tapi aku doa agar dia kembali ke pangkal jalan,coz aku rasa sayang kat keluarga dia, coz mak dan ayahnya baik orangnya...cuma aku tak faham kenapa selepas seketika saja dorang bercerai... - korang pun tolonglah kami juga, dengan mendoakan agar ayahnya kembali ke jalan yang benar...kay..? coz ni pun dah masuk dalam kategori tragedi jugak,(lebih dari sekadar tragedi aku rasa...)


:bukan budak nano...

Abu S.H said...

adakah tragedi yang ke 13? tragedi azan dalam bas mungkin?

hamka, aku doakan ko dan aku akan selalu dapat takbiratul ula 40 hari..uhuk uhukk..aku masih GAGAL mendaptkannye..

jangan, jangan, jangan kau tak mainkan bait2 lagu2 dari hijjaz...bagus utk menyentuh hati aku..
aku pun nak nangis sebab laghaaaaa

Anonymous said...

assalamualaikum......
kat jb nih ramai yang dah tak reti hormat RAMADAN....saye sindri tengok depan mata orang isap rokok..orang yang leih tua plak tuh....tapi nape saye tak brani nak tgr...isk2....

Abu S.H said...

PENGUMUMAN:
Since ramai yang baca blog ni suka kepada Agama, maka agak sesuei lah aku buat pengumuman ni.

Penyimpan Mohor Kecik Raja2:
Malam ini di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar (area telawi2 tu..tak kan tak tauuuuu) solat tarawikh akan di bawakan oleh Sheik Ahmad Jibril dari Mesir. Ulamak dan Imam Besar. (Tun M jemput dia dtg mesia, dia pegi merata dunia bulan ramadhan ni)
Maka anda semua dijemput hadir (dan solat)

Rugi sapa yg dekat tak dtg..Hamka pun boleh gak dtg naik keta anak pak taib

bluecherry @ fai said...

Sapa tak sedih masjid kosong? Kalau lah aku lelaki..

Hari2 lalu surau depan umah, tak sampai 10 tapak dah sampai. Saf setakat 2 je, sedih sesangat.
Kawasan perumahan rata2 islam 80%.

Tolong terangkan malam lailatulqadar bole?

Anonymous said...

Saya faham sikit, kata orang malam lailatulqadar tu tika malaikat turun kepada mereka yg tika itu tgh beribadat.
Apakah ini termasuk mereka yg telah beribadat lebih awal pada malam itu[selepas mahgrib dan berakhir pukul 2] dan kata la turunnya Malaikat itu pukul 4, dia telah tido.
Apakah dia menerima berkat lailatulqadar tu?

Anonymous said...

Nak kongsi pengalaman (tragedi kot?) semasa di Padang Arafah semasa melakukan haji. Pada malam kami sampai di padang arafah, kami telah di berikan kemah lain dari yang telah diperuntukkan kepada kami. Kemah sebenar kami telah diberikan kepada orang terdahulu. Tanpa membantah kami berehatlah di kemah yang diberi tersebut.
Tetapi tidak lama kemudian satu kumpulan baru yang sepatutnya diberi kemah tersebut sampai, dan mahukan kami keluar dari kemah tersebut. Cara mereka (salah saorang dari mereka bergelar "Datuk" kerana ada mendengar dia di panggil begitu) meminta kami keluar sungguh menyakitkan hati. Hanya kesabaran saja yang dapat mengelak dari berlakunya pertengkaran. Oleh kerana masih terdapat kemah lain yang masih kosong, kami dibenarkan tinggal disitu oleh petugas tabung haji. Sebaliknya kumpulan yang baru sampai itu di arah untuk ke kemah yang masih kosong.
Mereka masih tidak puas hati dan terus memperli kami, sehingga dikatakan sebagai pendatang haram, namun demikian kami tetap tidak ambil peduli (perasaan baik..oh), dan akhirnya mereka berhenti memperli dan tidak menganggu kami lagi.Mungkin itu dugaan Allah kepada kami.
Esoknya paginya, kami diberitahu oleh seorang ustaz tabung haji bahawa "Datuk" itu dah bukak Ihramnya, bila ditanya dia kata dah habis buat haji dan nak balik ke Mekah. Wallahuaklam

Anonymous said...

apa kata kita bagi tips supaya orang rajin berjemaah dimasjid..

1. mulakan dengan satu waktu dulu, pastu dua,tiga dan seterusnya.
2. kalau rasa susah nak pakai baju melayu, pakai la t-shirt dulu.pastu slow2la tukar ke baju melayu, jubah.
3.kalau rasa susah nak gi masjid direct, singgah dimasjid.pergi la mana-mana dulu, pastu singgah dimasjid.

Anonymous said...

::mUsLiMah::

Assalamualaikum...

Hamka, saya baca entry awk kali nie, saya rasa nk menangis, sebak sbb trasa ada sifat munafik yg tebal kat diri sendri...dahler sblm nie da buat dosa... menyakitkan ati ibu bapa sendri...dosa nya saya hamka....

Skrg nie saye xbyk ckp sbb takut terckp bebenda yg salah dan menyakitkan ati org,atau termengumpat....ati pun sentiasa tak senang mengenangkan dosa sendri....

But wat ever it is, trime kasih bebyk hamka sbb letak entry yg sgt beguna....desert for the soul...

Moga perjuangan awk dirahmati...

13may said...

hmmm...selama ini hidup aku penuh dgn tragedi...

Anonymous said...

kalau pompaun tu lambat solat, tiba2 datang haid, sebelum habis waktu solat...
tidak mengapa kerana waktu solat belum habis..

cuma salah kalau dia melengahkan solat untuk buat benda lagha..

Kalau kerja seperti doktor pakar bedah jantung yg katalah waktu operationnya sebelum zuhur dan habis dekat2 asar,ini dikecualikanlah
sebab melibatkan nyawa (baru kira darurah).

bluecherry @ fai said...

ustazahrock, saya baru je baca. Masey.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Aku respek gaya bahasa ko hamka tapi, aku still rasa ko perlu sediakan dan bagitau rawi2 hadith yang ko bagi.

Sebab hanya hadith2 soheh sahaja boleh dijadikan hujah (memberikan dakwah adalah termasuk dalam kategori hujah) dan hadith2 yang tidak mempunyai sanad dan rawi yang lengkap boleh dianggap dhoif atau maudhu' (betulkan aku jika aku silap)

Ustaz aku cakap, orang yang sebarkan hadith2 tanpa rawi yang soheh dan yakin akan integrity rawi tersebut maka dia boleh dianggap menyebarkan pendustaan. Na'uzubillah..

Aku dah tany soalan ni kat ko dulu tapi jawapan yang aku paham ialah "cari sendiri lah, takkan semua nak kena suap!" (aku mungkin bersangka buruk)...

Bagi aku, adalah menjadi tanggungjawab si pemberi hadith untuk mempertahankan kesohehan hadith yang disampaikannya dan salah satu cara yang terbaik adalah dengan memberikan riwayat, sanad dan rawi lengkap bagi setiap hadith.

Bear in mind yang banyak hadith2 "popular" yang ada dalam masyarakat hari ini adalah bersifat Dhoif jika tidak Maudhu' so kena hati2....

Abu S.H said...

akula,

hamka beriktikaf kot..

pasal hadith tu...aku stoojoo la jugak..aku memang AMAT suka orang bagi perawi.

apa kata ko pun tolong hamka bagi perawi - yang mana ko tau la...

sama2 ler kiter..

p/s - hamka dah kata dia tulis blog utk ingatkan dia...cuma ada orang lain baca. dia tak penah promo blog dia.
so boleh ke guna hadith dhaif in this case?
Kira maca ko ada buku nota sendiri, pastu orang pulak baca...hehe

-aku pandai2 je- (bukan on behalf of hamka ye)

Anonymous said...

akula..

mmg btul ape yg ko ckp psl hadith dhaif n maudhu' tu...aku pn mcm hucs lg suka dgr hadith yg disertakan riwayat,sanad n rawi yg lengkap.tp jgn lupa ramai jgk ilmuan ugama kita ckp tkkisah gune asalkan niat ikhlas utk beramal.mksdnye sini bkn beramal krn semata2 utk mndpt fadhilat dr hadith itu tp krn Allah swt,yg mana kt sini hadith tu sbg booster..

note: dlm kitab fadhael amal ,dikatakan ade byk hadith yg lemah,mgkn dhaef atau maudhu' tp ilmuan ugama tkde kata nk bann kitab tu sbb diorg tahu org tabligh gne hanya utk beramal.

tp kalu kite tahu ade hadith sahih berkaitan dgn amalan kita maka kenalah gne yg sahih tu kn

psl hadith sahih ke tak ni,dr dulu sampailh skarang tkabis2 lg org dk ckp..kes ni sama dgn bidaah lah lbh krg.tp bro hamka dh byk kali bgtau sblm ni,kt sini bkn tmptnye utk ckp hal2 bnde tue (masai)

ape yg penting niat ikhlas utk beramal.kl tahu hadith sahih tp xberamal tkkena jgk kan.

wallahhualam

Anonymous said...

terima kasih la Hamka atas post nih... sy mengaku tidak tahu tentang wanita yang sdh habis haidh perlu qadha' solatnya... sy masih tak faham tentang ini sebenarnya... selama ini saya ingat bila dah mandi wajib tak perlulah gantikan solat2 yg sebelumnya... pls sumbody enlighten me on dis... im totally confused!

apa pun terima kasih... saya cuma harap di bulan Ramadhan yang mulia ini saya dpt pertingkatkan lg iman saya... ya Allah bantulah hamba-Mu ini yang banyak tersilap...

Anonymous said...

alo brother.. ops... assalamuaikum.. emm... bagus ler bro wat blog ni.. ni name nyer dakwah cyber hehehe.. nway gud luck eh.. USAHA ATAS IMAN DAN AMAL

Abu S.H said...

marjan,
saya rasa anda telah tersilap paham.
wanita hanya perlu qadha jika:

- waktu zohor dah masuk kul 1.15,
- dia berlengah samapi kul 3.30 pun tak solat lagi
-tiba2 pukul 3.35, dia terperasan dah dtg bulan
- nanti lepas dah suci, dia wajib qadha solat zoohor itu...bukan semua solat sepanjang waktu haid.

p/s maaf kalau saya salah teka pemahaman awak..

p/p/s hamka kuar tiga hari ke? pengkalan bujok atau masjid negeri pahang? atau kat kwsn hucs sri petaling? hehehe - hanya menserkap jaghang...

Najwa Aiman said...

tragedi (tak ingat bulan, tapi akhir tahun) 1998: rakan yg seasrama dan sekelas bertahun dulu muncul kembali, terserempak di sebuah kedai. bila seru namanya dia senyum dan kata, akuada nama lain skg (dia dah masuk islam). bila aku tanya bagaimana ko boleh masuk islam? dia kata, sebab hidayah yg Allah berikan melalui seorang stranger yg dia tak pernah kenal.

rasa macam kena tampar, sebab selama bertahun dia kenal aku, aku rasa aku tak pernah sebut ttg islam pada dia.. takut kerajaan marah sebab isu sensitif! arrrghh...!!!!!

Abu S.H said...

aduh..pipiku juga sakitttt!!!!

Abu S.H said...

bintang kesejukan,
kalau ko belum baca..sila pegi ke http://ntahapahantah.blogspot.com/2006/10/apa-beza-aku-dengan-mereka.html

coldstarz_12 said...

jap aku g baca jap...

coldstarz_12 said...

Ramadhan dah hampir berlalu - ia datang dengan meriahnya disambut ngan berjuta-2 orang di dalam dan luar masjid, ramai yang sanggup bangun tengah-2 malam nak sambutnya..
namun kini ia pergi secara senyap-2 dan penuh kecil hati - ia tetamu agung - tapi ramai yang seolah-2 tak sabar nak mengusirnya...-aku terpikir tetiba - tetamu yang satu ini datang dengan buah tangan yang cukup-2 mahal - dari tempat yang cukup-2 jauh...ia mengambil perjalanan selama 11 bulan nak sampai di bumi dan mengetuk setiap pintu rumah tanpa tertinggal sebuah rumahpun, menyapa semua orang hingga semua yang sedar dan waras menyedari kehadirannya.....namun...kini ia seolah-2 dipinggirkan - sedangkan di sepuluh malam yang terakhir inilah, tetamu ini memberi peluang setiap orang untuk cabutan bertuahnya!! - satu dalam seribu !!! sapelah yang menang hadiah utamanya - sijil penghargaan dan piala keredhaan dari Pencipta seluruh dunia!! Pentadbir seluruh alam - pemilik mutlak sekelian makhluk - dan Seutama-2 Tuhan...?? sapelah yang dapat hadiah misteri, cabutan bertuah, sebuah "lailatulqadar..??" dan nama siapa lah yang akan disebut dengan penuh bangga untuk menerima hadiah-2 itu? tahun depan tetamu ini akan datang lagikah..? tahun depan aku sempat lagikah bertemunya...?tetamu ini tengah bersiap-2 nak pulang ke tempatnya -tak sukakah dia pada dunia ini?? tetamu ini tengah bersiap-2 nak pergi,tak sukakan pada kehadiran tetamu yang satu ini...? Nabi sendiri menangisi..sedang kita yang hina ini menghalaunya secara halus...dan tetamu yang terhormat ini..makin bersiap untuk pergi....- Tuhan sayangkan kita sangat-sangat - sebab tu dia bagitau Tetamu ni sepaya jenguk kita dan bagi hadiah free. Kita lak yang menolaknya..dah cukup kaya agaknya!!!

(aku kata kat diri aku sendirini..)

Anonymous said...

Assalamualaikum

anonymous,

Yes aku setuju kalau nak guna untuk amalan sendiri, maka MUNGKIN dibolehkan. aku tekankan MUNGKIN kerana kita kena sentiasa hati2 dengan hadith2 palsu dan juga cerita2 bersifat Israiliyat yang direka oleh sesetengah musuh Islam. Pokok pangkalnya kena ada ilmu kalau nak beramal. Bukan semata2 bukak mana2 kitab then amal apa yang kitab tu bagitahu...

Tapi dari sudut nak berkongsi dengan orang, maka (ustaz aku cakap la) sangat perlu kita memberikan sanad dan rawi yang lengkap kerana dibimbangi hasil perkongsian kita itu akan digunakan oleh orang yang mendapatnya untuk dijadikan Hujjah. Dan hadith dhoif sekalipun tidak boleh dijadikan hujjah, apatah lagi hadith Maudhu'...

hucs,

Aku bukan pakar hadith so tak bolehler nak bagi semua rawi2 hadith yang Hamka bagi tu..

Aku tanya sebab banyak hadith dan cerita yang Hamka bagi tu tak pernah aku dengar (aku memang jahil!) so aku nak belajar ler dari Hamka tapi kalau boleh nak tahu dulu apa status hadith dan cerita2 yang diberi tersebut, baru boleh nak guna untuk amal / hujjah...

P/S: Rumah korang tak pasang pelita ker? Masa aku kecik2 dulu palcik aku cakap, kalau tak pasang pelita nanti malaikat yang turun bawa rahmat Lailatul Qadar tak nampak rumah kita.. (Yang ni kompom cerita Israiliyat)

hamka said...

Assalamulaikum semua,
Aku cuba jawab semua soalan dan komen..insyAllah

--------------
hucs
he he he

------------
Luna

Waalaikumusallam Luna,
Aku izinkan keinginan engkau untuk link dengan aku…he he he
Terima kasih kerana mengakui kewujudan aku!!

----------
akuokay

(((sedara cina yang kemalangan,... yang meninggal tu, .. sempat mengucap egh?))

aku tak dengar pulak dia ucapkan ke tak, tapi alangkah hebatnya Allah sehingga org kapir tu saat nak mati ada jugak orang islam yang datang ajak masuk islam, bukankah semuanya perangcangan Allah?

----------
ustazahrock

kau janganlah sesekali je menyampuk, selalu-selalulah menyampuk!!
Aku suka sangat cara kau menyampuk!

---------
fosilmitra

Waalaikumusallam wbrkt

Achik…, kau nak buat filem? Aku rela jadi pelokon, aku nak berlakon sebagai mayat..tapi aku tak nak bersentuhan lelaki dan perempuan..
Salam ukhuwah fillah lestari selamnya! He he he

---------
bukan budak nano:

Waalaikumusallam wbrkt

Semoga kawan kau tu dan bapaknya kembali ke jalan pulang ..
Aku nak menyanyi sikit..

“Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan”

ps: nano adalah degil-(bagi yang tak tahu)

--------
hucs

azan dalam bas tidak menjadi tragedi kerana bas itu berhenti dan bagi aku masa untuk solat.., kalu bas tu tak berhenti gak, memang targedi!!!

Maaf tak datang undangan engkau, kereta anak pak taib ‘total lost’!!

------
alshadid

Waalaikumusallam wbrkt
bukan kat jb sajer kot…(aku bersangka buruk) atau kat JB memnag teruk!!! (entah apa sangkaan aku)

---------
blue_cherry

(((Tolong terangkan malam lailatulqadar bole?)))
aku cadangkan baca kitab fadhilat ramadhan, betul ni, (senyum)

---------
Anonymous

(((Apakah ini termasuk mereka yg telah beribadat lebih awal pada malam itu[selepas mahgrib dan berakhir pukul 2] dan kata la turunnya Malaikat itu pukul 4, dia telah tido.
Apakah dia menerima berkat lailatulqadar tu?)))

Takpe, bertarawikh malam tu pun dapat berkat lailatul qadar, dah tertidur nak buat camne?, namun Allah suka kat orag yang tunjuk kat Allah yang dia ni berusaha cari lailatul qadar, lalu pergi iktikaf kat masjid, dan letih langsung tertidur, pun Allah suka!!

---------
zabs

terima kasih atas perkongsian pengalaman pakcik, ada iras iras tragedi tertinggal wukuf di arafah tu.., di katakan pada malam itulah Nabi berdoa satu doa yang penting untuk orang yang pergi haji, aku pun tak tahu sangat, aku pun kena pergi haji cepat-cepat.

Pakcik doakan aku!!!

----------
mamat

(((apa kata kita bagi tips supaya orang rajin berjemaah dimasjid..)))

tip yang aku paham supaya orang rajin berjemaah dimasjid telah pun di buat kat malysia ni, yang mana pak imam dan bilal dapt tip, so diorang tak miss dtng sebab dapat tip, aku rasa nampaknya makmumpun kena dapat tip-baru masjid penuh ha ha ha

ps: aku nak jadi makmum saf pertama, tip lebih sikit kot..

----------
::mUsLiMah::
Waalaikumusallam


(((Hamka, saya baca entry awk kali nie, saya rasa nk menangis, ))

kenapa’ nak’ menangis sajer?, menangis lah terus!!! Gugurkan air mata penyesalamu itu, menangislah sepuas puas hatimu…!!

(Lalu wanita itu memeluk leleki ini smbil menangis..)

---------
13may

semoga kau selamat dan sejahtera dari sebrang tragedi..
(tragedy 13 mei?)

-------
Anonymous

(((kalau pompaun tu lambat solat, tiba2 datang haid, sebelum habis waktu solat...
tidak mengapa kerana waktu solat belum habis..)))

yang ni, tepuk dada tanya iman!!!

--------
akula
Waalaikumusallam

Kalau aku tulis satu hadish, dan kau cakap ‘aku tak pernah dengarpun’…
Itu adalah salah engkau, kerana kurangnya ilmu di dada, he he he

Sombongkan aku ni? Dan aku tak galakkan orang lain buat macam aku buat, biarlah aku sajer yang membebankan pembaca dengan menyuruh mereka mencari dalil dan Nas sendiri! Aku memang kejam! Di tambah dengan kejahilan aku sendiri yang memang tak tahu dalil dan nas…
Lagu targedi oktobert tu pun aku tak tahu kord gitar dia..alangkah jahilnya aku..

Aku rasa blog aku ni amat kurang quote Al-quran dan hadith, yang banyak adalah TAMSIL, macam cerita kambing tu, aku mintak maaf sebab tak letak sumber rawi, dan aku setuju dengan Hucs yang kata:
(((hamka dah kata dia tulis blog utk ingatkan dia...cuma ada orang lain baca. dia tak penah promo blog dia.
so boleh ke guna hadith dhaif in this case?
Kira maca ko ada buku nota sendiri, pastu orang pulak baca...hehe)))

---------
hucs

dulu, aku ada satu buku nota, yang aku tulis apa yang best tentang ugama atau idea idea serta ungkapan2 yang best atau hadith, biasa bila aku dengar ceramah atau baca buku, aku terus tulis dalm nota aku, dan aku tak catit rawi dan Nas…

satu hari anak pak taib baca dan dia suka lalu copy/paste(fotostat)

nota itu juga di salin oleh rakan seopis, kawan2 dan ramai jugak..

awal tahun ni, aku belajar tulis blog, lalu aku masukkan apa yang ada dalam nota tu dalam blog..
maka menjadilah blog keretamayat..

aku baru tulis 20 % apa yang ada dalam nota tu, so aku akan tulis lagi, sangat banyak ilham dan tamsil-tamsil yang best2 untuk aku tulis, tunggu masa sajer, insyAllah, aku akan tulis, korang doakanlah aku, kerana kadang2 aku MALASSSS sangat lalu perasan sibuk!!!

----------
marjan

((( sy mengaku tidak tahu tentang wanita yang sdh habis haidh perlu qadha' solatnya)))

apa yang hucs tulis tu betul, Cuma bila tiba waktu suci (menurut ustaz dari mesir,) wanita itu kena qada dua s0latnya yang belakang, bukan semua sekali-harap maklum!

-----------
Najwa Aiman

((( takut kerajaan marah sebab isu sensitif! arrrghh...!!!!!)))

arghhh!! Aku tak paham!!

-----------
coldstarz_12
Waalaikumusallam

Hucs dah jawan kat blog dia, semua boleh baca..
dan walaupun kau tulis komen panjang, aku suka baca tapi aku tak nak komen panjang :
Aku ucapkan terima kasih!!!

coldstarz_12 said...

Aku memang suka menulis...sori le ye...kalu ada yang berpinar mata membacanya... sempena ramadhan yang mulia n syawal yang coming soon ni..aku menyusun 10 jari tgh dan 10 jari kaki - minta maaf k

Anonymous said...

salam, bro hamka.

baru sampai kat tragedi february, sebelum lupa nk tanya ayat mana yg dibaca drp surh yaasin tu, yg Nabi SAW baca nak kabur pandangan musuh tu?

ok, nanti hamka tolong jawab ya, nk sambung balik..

Ferdaus said...

.... malu kat orang Mu'alaf sebab mereka Islam kerana hidayah Allah direct kat mereka, kita orang melayu Islam nasiblah lahir dari ibu yang Islam.... kalau tak.. entah la...

Kerana, orang Mu'alaf lebih menyerlah lagi keimanan mereka jika dibandingkan dengan kita yang memang lahir sebagai Islam ini.

Malahan, kita lihat orang Mu'alaf yang lebih beria-ia berdakwah untuk orang kafir masuk Islam, dari kita yang tak pernah langsung terpikir nak berdakwah. Sampai orang tabligh datang dekat-dekat Maghrib ajak pergi surau/masjid pun, kita siap tutup pintu lagi... kan? kan?

Anonymous said...

salam...
le...byk rupe nye trgedi yg kite x sedo...isk...
sori le bro hamka,awal2 dulu sy dah amek link bro...
dah kate pmbace senyap...senyap2 jela amek...hahah...
nak mmudahkan gi kat link la kunun...pape hal pon trimass bro! (bru nk jd pmbace snyap,bile cik luna mintak izin trase lak...adesh!)

Anonymous said...

alamak! seriusly?? kene qada 2 solat? adeh.. selama qada 1 solat yg blkg jerk.

tp baru baca Fiqh Syafii.. "Dari Aishah r.a: Kami diperintah mmbayar puasa, dan tidak diperintah membayar sembahyang" [r.w Bukhari n Muslim]..

double confusion..tulun.. tulun....

ps: take the safe side dulu, marathon qada sembahyang.

pps: moga2 tak jd mayat b4 habis qada semayang.

ILynn Virgobiru said...

xtau lgsg kene qada'?
sbb ustazah semua yg ajar xpenah bgtau walhal mereka adalah amat bertauliah sekali

hamka said...

coldstarz_12

Aku pulak suka membaca apa yang pembaca blog ni komen..he he

----------------
faith_sakinah

salam,

ayat dia : Waj’-al-naaa-mim-bai-ni-aidi-him-sad’dam…(hingga akhir)
wallauha’lam

-------------
ferdaus

Sahabat yang unggul, semuanya mua’alaf…
Memang patut malu kat orang Mu'alaf ni..Al-quran dah habis hafal. Aku masih terkial-kial..isk!

------------
husna

selamat datang wahai pembaca senyap, takpe tak mintak izinpun..
jemputlah dtg selalu!

----------
hm dan ILynn
Aku belajar macam tu ler, ustazah dari mesir cakap macam tu, nanti(tak janji) aku tanya dia balik jika dia balik Malaysia..insyaAllah

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Kpd lyn dll, ana nak ta'kid lagi apa yg hamka terangkan pasal qadha solat.dua tiga hari yg lepas,ana dengar shekh Nuruddin terangkan bab al-ihaathoh yg berkaitan dengan masalah haid pada program tafaquhnya bersama alkhawat di mesir.Memang betul yg Hamka terangkan, kalau haid dah berhenti pada waktu menjelang maghrib,selepas solat maghrib kena qadha solat zohor dan asar iaitu kena qadha 2 solat yg boleh dijamak.Begitulah juga bagi haid yg habis menjelang subuh.kena qadha solat maghrib dan isyak juga.Yg tak tahu tu kena belajar.Yg dah tahu tu kenalah amal.Mungkin banyak perkara lain lagi yg melibatkan fardhu ain yg kita tak tahu yg mana kena rujuk org alim, bukan hanya melalui blog yg amat terbatas ni.Betul tak Hamka..

Anonymous said...

salam..

bg sesape yg ingin menanyakan tntg hukum figh dan lain2,saya sarankn pegi berguru or bertanye kt org yg mmg tinggi ilmu ugamanye..dan blehla jgk
pegi ke website spt al-ahkam.net dan tranungkite.net.. dlm website ni ade bhgn forum agama utk sesape yg ade mslh dlm hal2 begini..malah admin,moderator dlm forum ni mmg diakui tinggi ilmu ugamanye.

ini cuma sbg alternatif..hrp sama2 bleh manfaatkn..
(termasuklh kpd sesape yg ingin bertanyakn psl hadith2)

wallahhuta'ala

hamka said...

Alhamdulillah..., terima kasih.

Anonymous said...

HIMPUNAN HADITH DHOIF BERKENAAN PUASA

PUASA


1 Awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahan keampunan dan akhir pembebasan dari neraka

Az-Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Hisyam bin ' Ammar dari jalan Sallam bin Sawwar dari Maslamah bin Ash-Shalti dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :


Ertinya: Awal bulan Ramadhan adalah rahmat , pertengahannya keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari Neraka

Hadith ini adalah Munkar

Kata Az-Zahabi : Ibnu 'Adiy berkata : Sallam ini munkar Hadithnya , demikian pula kata Al-'Uqaili . Salah satunya ialah hadith ini . ( * )

Hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi Ad-Dunya, Al-Khatib dan Ibn 'Asakir. Kata
Al-Albani: Hadisnya sangat dhaif.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 500




2 Tidur orang yang berpuasa itu adalah satu ibadat

Ad - Dailami meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :


Ertinya: Tidur orang yang berpuasa itu adalah satu ibadat

Hadith ini Maudhu'

Penyakitnya ialah Sulaiman bin 'Amru , iaitu Abu Daud An-Nakha'i , seorang pembohong dan sangat terkenal mereka Hadith . Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Lebih daripada tiga puluh orang ( ulama hadith ) mengatakan ia mereka Hadith .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 478



3 Manafaat melaparkan perut

Al-Ghazali menyebutkan dalam Al-Ihya' bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :


Ertinya: Barangsiapa yang melaparkan perutnya nescaya besarlah fikirannya dan cerdiklah hatinya

Kata Al-Iraqi : Hadith ini tiada asalnya

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 479



4 Penghulu segala amalan adalah lapar


Al-Ghazali menyebutkan dalam Al-Ihya' bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :


Ertinya: Penghulu segala amalan itu ialah lapar dan kehinaan diri ialah pakaian bulu

Kata Al-'Iraqi : Hadith ini tiada asalnya .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 479



5 Perkhabaran-perkhabaran ghaib sepanjang di bulan Ramadhan

Ibnu - Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhammad bin Abu Tahir Anas r.a. katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :



Ertinya: Apabila malam pertama bulan Ramadhan berserulah Tuhan Al- Jalil akan Malik Ridhwan penjaga Syurga seraya berfirman : Persiapkan Syurgaku dan hiasilah dia untuk orang - orang yang berpuasa dari umat Ahmad , janganlah engkau menutupnya bagi mereka sehingga habis bulan mereka ( Ramadhan ). Kemudian Tuhan Al-Jalil memanggil Malaikat penjaga Neraka : Hai Malik ! Malik menjawab : Ya Tuhanku! Kemudian Allah berfirman : Tutuplah pintu - pintu Neraka Jahim dari orang - orang yang berpuasa dari umat Ahmad dan janganlah engkau membukanya untuk mereka . Kemudian menyeru Jibrail : Ya Jibrail ! Lalu Jibrail menjawab : Ya Tuhanku ! Lalu Tuhan berfirman : Turunlah engkau ke bumi dan rantaikan syaitan - syaitan yang jahat itu supaya mereka tidak merosakkan puasa umat Ahmad.
Pada tiap - tiap hari bulan Ramadhan iaitu di kala matahari naik dan di kala berbuka puasa Allah mempunyai orang - orang yang dibebaskan dari Neraka laki - laki dan wanita . Pada tiap - tiap langit Allah mempunyai seorang Malaikat yang balungnya di bawah ' Arasy Ar-Rahman manakala dua kakinya berada diperbatasan bumi ketujuh yang bawah , satu sayapnya berada di Masriq yang bertatahkan marjan , mutiara besar dan permata , dan satu sayap lagi berada di Mahgrib yang bertatahkan dengan marjan , mutiara besar dan permata , Malaikat itu berseru : Adakah orang yang bertaubat yang akan diterima taubatnya ? Adalah orang yang berdoa' yang akan diqabulkan doa'nya ? Adalah orang yang teraniaya yang akan ditolong ? Adalah orang yang memohon ampun yang akan diberikan keampunan ? Adakah orang yang meminta yang akan diberikan permintaannya ? Nabi bersabda lagi : Dan Tuhan berseru sepanjang bulan Ramadhan: Para hambaku laki-laki dan perempuan , bergembiralah, hampir - hampir akan diangkat dari kamu akan makanan - makanan ini kepada rahmat dan kemuliannku
Apabila malam Lailatul-Qadri Jibrail turun dalam satu golongan para Malaikat yang berselawat ( berdoa') ke atas tiap - tiap hamba Allah yang bangun dan yang duduk berzikir kepada Allah Azza Wa Jalla

Apabila Hari Raya Fitrah Allah membanggakan mereka kepada para Malaikatnya : Hai para Malaikatku , apakah balasan bagi buruh yang telah menunaikan kerjanya ? Para Malaikat menjawab : Ya Tuhan kami , balasannya ialah disempurnakan upahnya. Allah lalu berfirman : Hamba - hambaku yang laki - laki dan perempuan, telah menunaikan kewajipanku atas mereka, kemudian mereka keluar dengan mengangkatkan suara mereka berdoa' kepadaku. Demi kebesaran dan kemuliaanku, demi ketinggian tempatku, pasti Aku akan kabulkan doa' mereka pad hari ini. Kembalilah, sesungguhnya Aku telah memberi keampunan kepada kamu dan Aku telah gantikan kejahatan - kejahatan kamu dengan kebaikan - kebaikan , maka mereka pun kembali dengan mendapat keampunan ).

Hadith ini adalah Maudhu'

Kata Ibnul- Jauzi: Hadith ini tidak sah . Ashram yang terdapat dalam sanadnya ialah Ashram bin Hausyab. Kata Yahya : Dia adalah pembohong yang sangat jelek . Kata Ibnu Hibban : Ashram ini membuat Hadith atas orang - orang yang thiqah .


Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 503



6 Kelebihan Puasa di bulan Rejab

Abu Muhammad Al- Khallal , Ad-Dailami , Al-Ashbahani meriwayatkan dari Mansor bin Yazid Al-Asadi , dari Musa bin 'Imran , dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :


Ertinya: Bahawasanya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab , airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu , barangsiapa berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai itu.

Kata Az-Zahabi : Mansor bin Yazid tidak dikenali orangnya dan khabarnya ( Hadithnya ) adalah Batil

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 514



7 Puasa bulan Rejab

Ibnu - Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhammad bin Abdul - Baqi dari jalan Abu Bakr Muhammad bin Al-Hasan An Naqqasy , dari Abu Sa'id r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :


Ertinya: Rejab adalah bulan Allah , Sya'ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku , maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah , maka ia wajib mendapat keridhaan dari Allah Yang Maha Agung dan menempatkan dalam Syurga Al-Firdaus yang tertinggi . Barangsiapa berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda , timbangan tiap - tiap ganda bagaikan bukit - bukit di dunia . Barangsiapa berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya sepanjang perjalanan setahun . Barangsiapa berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala , gila , kusta dan sopak , dari fitnah Al-Masih Ad - Dajjal dan dari azab kubur. Barangsiapa berpuasa enam hari dari bulan Rejab, maka ia keluar dari kuburnya dengan wajah yang lebih bersinar daripada sinar bulan pada malam purnama .

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab , maka pintu - pintu tujuh buah Neraka ditutup baginya , tiap - tiap sehari puasa ditutup satu pintu dari pintu - pintu Neraka itu . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab, maka dibuka untuknya pintu Syurga yang lapan buah itu , tiap- tiap sehari puasa sebuah pintu dibuka .

Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari bulan Rekab , maka ia keluar dari kuburnya sedangkan ia menyeru lah Ilaha Illallah , maka wajahnya tidak datang kecuali syurgalah baginya . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab , maka Allah menjadikan untuknya atas tiap- tiap satu mail Shirath akan permaidani yang ia beristirahat di atasnya .

Barangsiapa berpuasa sebelas hari dari bulan Rejab , maka ia tidak akan dilihat di Akhirat nanti lebih utama daripadanya kecuali orang yang berpuasa Rejab seperti dia ataupun lebih daripadanya . Barangsiapa berpuasa dua belas hari dari bulan Rejab , maka pada hari Qiamat Allah memakaikannya dua pakaian , satu pakaian lebih baik daripada dunia dan segala isinya .
Barangsiapa berpuasa tiga belas hari dari bulan Rejab , maka dihidangkan untuknya sebuah hidangan dalam bayang - bayang ' Arasy lalu ia memakannya sedangkan orang ramai berada dalam kesusahan yang amat sangat . Barangsiapa berpuasa empat belas hari dari bulan Rejab , maka Allah memberikannya pahala yang tidak pernah dilihat oleh mata , tidak didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati .
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dari bulan Rejab , maka Allah menempatkan dia di hari Qiamat di tempat orang - orang yang selamat , tiada lalu seorang Malaikat Muqarrabin dan tiada lalu pula seorang Nabi yang diutuskan kecuali mereka berkata : Berbahagialah engkau ! Engkau adalah di antara orang - orang yang selamat sejahtera ).

Kata Ibnu - Jauzi :Hadith ini adalah Maudhu'

Al-Kasa-i yang terdapat dalam sanadnya tidak dikenal orangnya . Manakala An-Naqqassi iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin Al- Hasan An- Naqqassi dituduh berbohong

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 529



8. Puasa Tiga Bulan Berturut -turut
Maksudnya:


Dari Abu Hurairah ra : Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah menyempurnakan puasa sebulan penuh selepas Ramadhan melainkan bulan Rejab dan Sya'ban.

I. Periwayat Hadith: At-Thabarani

2. Status Hadith: SANGAT LEMAH

3. Sebabnya:
Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Yusuf bin Athiyyah bin Thabit.
Kata Imam Al-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
Kata Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
Kata Imam Abu Hatim, Imam Abu Zur' ah dan Imam Ad-Daruqutni: Ia seorang yang lemah hadithnya.
Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak harus berhujjah dengannya.
Kata Imam Ibnu Ma'in dan Imam Abu Daud: Ia tidak memiliki sesuatu (yang soheh untuk dijadikan pegangan).

4. Keterangan:


Hadith ini tidak dapat dijadikan hujjah tentang puasa 3 bulan berturut-turut iaitu Rejab, Sya'ban dan seterusnya disambung dengan Ramadhan sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam. .
Tidak thabit Nabi SAW berpuasa sebulan penuh pada bulan-bulan lain melainkan Ramadhan sahaja.Inilah amalan Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah ra, katanya:
Maksudnya:
Dan aku tidak pemah melihatnya (Nabi SAW) berpuasa sebulan penuh semenjak datang ke Madinah kecuali Ramadhan.
.Inilah petunjuk Nabi SAW yang merupakan sebaik-baik petunjuk untuk diikuti dan dicontohi. Allah SWT berfirman:
Maksudnya:
Dan apa-apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu maka ambil/terimalah.

5. Kesimpulan:





Nabi SAW tidak pemah berpuasa tiga bulan berturut-turut terus menerus.

Anonymous said...

Slamat menyambut ari raya pada minggu depan....

jam tu iblis dah tak dibelenggu lagi...

Jgn lee kita cepat sgt nak lupa diri diatas kejayaan dan kemenangan kita di bulan ramadhan.. Bila kita leka balik iblis senyum balik leeee......

ontahsapo said...

selamat hari raya utk kau hamka.... semoga beroleh rahmatnya....

blackpurple @ jowopinter said...

Lama juga tak menulis di kotak komen Selalu singgah tak meninggalkan jejak..



Slmt Hari Raya utk kau sefamili..

Maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran kata-kata samada di dalam entri atau di kotak komen sepanjang berblogging......

Abu S.H said...

Salam kepada semua kat sini...

Maaf, Maaf, Maaf Zahir Batin kalau ada terkasar bahasa, termenyampuk, terperasan jadi hamka, termenyibuk, dan semua perkara2 'ter' dan tak 'ter'. Aku mohon ampun lagi sekali.

aku nak cuti dah. raya ada date ngan hamka, nervous nih, tak penah jumpa..hahahaha

Anonymous said...

time kasih kpd akula atas pemberitahuan hadith2 dhoif tue..

hrp shbt2 lain pn same2 bleh amik dan jgn lg jd pak turut n pak ambik je..dgr org ckp,ye ye btul je sume..

..................

yg sy blaja,kite disunatkn pose di bulan rejab krn bln Rejab adlh slh satu bulan2 haram tp fadhilat2 khas berpose tu mmg tkwujud.(sumenye dh dipostkn oleh akula)

jazakallah

Anonymous said...

assalamualaikum,
semoga tulisan tuan hamba bisa menjadi asbab hidayah pada orang seperti hamba ini

hamka said...

9 online user, maafkan aku yang dah lama tak up-date, akusedang upate sekarang-insyaAllah, jap lagi aku post!

lepas ni baru aku jawab komen!

faizal yusup said...

Salam aidilfitri buat semua warga kereta mayat,
greng nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya dan yang paling penting nak minta maaf zahir dan batin kalau ada kejanggalan kata sepanjang berada di sini.

Buat Hamka,
semoga sejahtera di hari raya ini disamping keluarga yang tersayang...

greng @ Ahmad Faizal Mohamed Yusup

hamka said...

Akula

Terima kasih atas perkongsian anda, tapi aku rasa Mr, hucs dah terangkan tentang hadith ni kat komen “apa itu puasa”-boleh rujuk-insyaAllah.

-------
Anonymous
Selamat mencari lailatul qadar ..

---------
ontahsapo

ehkau pun samo ah, kosong-kosong ler kito,..

-------
blackpurple

singgah tak meninggalkan jejak..?
aku rindu jejak engkau..
Slmt Hari Raya utk kau sefamili..

Maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran kata-kata samada di dalam entri atau di kotak komen sepanjang berblogging......

----------
hucs

aku maafkan engkau, nah kaki kanan aku, siapa nak berbai’at dengan aku mari sini!!!he he he

------------
greng

Salam aidilfitri buat Ahmad Faizal Mohamed Yusup
(rupa-rupanya kita semua masih hidup lagi kat dunia ni..)

Anonymous said...

Mau tanya kau hamka, atau sesiapa yang arif. Kalau berjimak di siang hari pada bulan ramadhan, si lelaki wajib kena kifarat (betul kan?).

Bagaimana pula dengan ..ehem tak sampai hati nak tulis la.. kalau 'buat tak senonoh' sehingga mengeluarkan air mani dengan sengaja.

Adakah termasuk dalam golongan yang dikenakan kifarat? Dalam buku yang setakat aku baca diceritakan bahawa perbuatan tersebut membatalkan puasa, tetapi tidak diceritakan tentang kifaratnya.

sunsea'r said...

Untuk tragedi Bulan mei tu, xpatut la org gelak...at least kita berdakwah kat dia hingga hujung nyawa...apa la..

hamka said...

kan?