Jul 20, 2006

Bagaimana hilangkan mengantuk?

(Jangan rosakkan masa depan korang)

Aku manusia biasa, ada orang yg anggap aku macam ustaz, ulama’..dan mintak upah aku solat hajat dan buat air tawar…aku manusia biasa, aku tak buat solat hajat secara on-line..maafkan aku kepada yg email, aku ulangi : aku manusia biasa, dan aku bukan ustaz..kata-kataku tak semestinya betul..aku bukan sekolah ugama..sekolah pondok telefon je dulu2 sebab masa tu takde handphone (tak lawak)…malahan aku adalah aliran vokasional..kalau korang ada masalah nak measure pressure, temperature, flow, level nak guna instrument apa, aku boleh tolong lebih kurang…

Bakat yg sebenar aku, adalah melukis..tapi dah lama tak melukis, karya-karya ku banyak disiarkan dalam surat awek-awek lama aku…jadi aku bukan ulama’

Tapi tak salahkan seorang pendosa bercakap ugama, betul tak..?

Satu pengalaman, pernah aku pergi solat magrib di masjid hijau bukit kuang kat kemaman, aku pakai serban dan jubah..terus diorang tolak aku jadi imam…
Aku memang pernah berceramah kat surau-surau dan masjid-masjid..itupun sebab aku kenal dengan ustaz-ustaz dan mereka bagi peluang pada aku..

Maka, Adalah bebarapa orang sahabat yg mula melayan aku macam orang alim..
Jika jumpa aku, mesti nak cium tangan..
Teringin rasanya aku nak hulurkan kaki kananku agar dia berbai'at dengan ku he he he..

Lalu mereka-mereka ini selalu bertanya soalan soalan ugama yg apa sahaja jawapan aku..di telannya bulat-bulat!!!
Maklumlah, aku ni seorang alin di pandangan mata mereka..oh..Bahaya betul..…

Kadang –kadang mereka SMS aku malam2 bertanya hal-hal ugama..
Tanya macamana nak bersetubuh…macamana nak inzalkan isteri dan banyak lagiler…
Kalau korang perasan, masa aku mula tulis blog ni dulu, aku ada taruk kat blog:

Penulis mengalu-alukan sebarang soalan mengenai dunia dan akhirat…

Tapi korang tahu apa jadi?
Bersepah soalan datang dan kebanyakkanya merepek…
Sebab tu la ni aku dah delete dan aku tulis…

Penulis bukan ustaz,ulama,sufi,kiai,bilal,imam,mufti,atau ahli fatwa kebangsaan, jadi sebarang komen, nasihat, kutukan, laknat ,cacian, makian, hinaan dan teguran dari korang amat berpatutan.

Tapi jika korang nak tanya aku apa-apapun aku still masih jawab..Cuma aku tak janji akan jawab terus…insyaAllah..
Dan aku amat alu-alukan sekiranya apa yg aku tulis tak betul dan salah…korang tegur…
Terima kasih kepada mereka yang menegur…aku hargainya..

Ok, sambung cerita..
Baru baru ni ada org bertanya aku bagaimana nak elakkan mengantuk ketika dengar khutbah jumaat…
Mungkin dia bertanya dengan ikhlas…tapi ini satu peluang untuk aku buktikan bahawa aku adalah manusia biasa, jangan mendewakan aku…

Aku mintak dengan dia supaya bawa sehelai sapu tangan dan jumpa aku sebelum solat jumaat..aku pendekkan cerita, seperti yg di janjikan, sehelai sapu tangan darinya aku ambil dan lipat dengan elok.. kemudian aku masukkan sesuatu kat dalam sapu tangannya…sambil berpesan:

“JANGAN BUKA BUNGKUSAN INI SEHINGGA LAH KAMU BENAR-BENAR MENGANTUK WAKTU KHUTBAH NANTI…”

(bayangkan bunyi air yg mengalir dari paip-untuk mengisi masa selang, kemudian teruskan bacaan)

Memang manusia ni ada yang bersifat taksub…patutlah bila ada ulamak yg benarkan konsert, maka ada orang yang taksub akan keluarkan hujah untuk benarkan tindakan ulamak tadi…aku nak bagitahu kat korang semua, jangan rosakkan masa depan akhirat dengan taksub pada seseorang yg alim sehingga apa sahaja dia buat nampak betul dengan alasan..oh..dia tu ulamak, oh dia tu hafal Al-Quran..oh..dia tu boleh jalan atas air..

Apa nak hairan jalan atas air, labah-labah pun boleh jalan atas air..Nabi ajak sahabat jadi manusia bukannya nak jadi binatang, kebal macam kura-kura, boleh terbang macam burung! Setan pun boleh jalan atas air…

Antara fitnah terbesar akhir zaman adalah ulamak yg berdusta..oh…jangan pulak lepas ni korang berburuk sangka dengan ulamak..aku tak tujukan nasihat ini kepada ustaz, mufti atau ulamak..mereka terbaik, lebih baik dari aku..yang aku tujukan adalah pada korang yang mendewakan dan taksub kepada ulamak tadi sehingga mereka menjadi perfect..!!!
apa sahaja kenyataan mereka korang telan dan tak berak-berak..bahaya jika tak dapat berak..buasir nanti..oh..

Sahabat bila ada yg macam tak kena pada keputusan Nabi saw, diorang r.a akan tanya :
Adakah ini wahyu?
Jika wahyu..of course kena taat seratus peratus…tapi bila benda tu bukan wahyu..korang kena pakai otak..akai ada ka?

Berbalik kepada member aku tadi, Aku sebanarnya tidak tahu apa yg terjadi pada dia kerana dia masih men"dewa"kan aku…
Adakah dia makan gula-gula yang aku letakkan dalam sapu tangannya itu? he heh

(ketika aku sedang munulis ini, mataku semakin kayu..tengok dah selah eja..sepatutnya kupu, eh bukan : kuyu..aku pun menyeluk poketku dan makan satu gula-gula kerana mata mula mengantuk..tapi aku yakin 100% bahawa gula-gula tak boleh hilangkan mengantuk-hilang ngantuk datang dari kudrat Allah-alangkah berimanya aku..he he)

Sambung balik…
Dan aku dapati kat Malaysia ni ramai orang yang jenis telan sajer apa yg tok guru/orang alim/ ulama’ dia bagi…
Cth: “siapa separate church and state maka dia adalah KAPIRRRRRRRRR”
Aku tanya kenapa?
Eh, ustaz tu cakap macam tu, dia tu dulu pernah belajar al-azhar kau tau?

Atau,
Menurut ustaz 'O', Takpe kita gunakan kaedah yahudi untuk berjuang, sebab ini adalah strategi-(strategi kepala hotak engkau..)

Menutur ustaz Q, Siapa tak undi parti X maka dia dalah kapir…
(lantak engkau ler..)

Kalau korang rujuk sejarah..
Khalifah islam macam saidina Umar RA misalnya…dia keluarkan perintah agar taat dia apa yang betul sahaja…
Atau cerita khalifah Muawiyah ra..dia buat pengumuman lepas solat :
"Harta baitumal adalah harta aku…siapa nak bantah? angkat tangan…, "
3 kali dia ulang dan tiada seorang pun yang bantah, tak lama kemudian seorang pakcik angkat tangan mengatakan bahawa dia membantah..maka muawiyah r.a memerintahkan pakcik ni jumpa di bilik kerajaan, semua jemaah dah cuak…dalam bilik itu Muawiyah RA peluk pakcik tu dan ucap terima kasih kerana di zaman pemerintahannya masih ada orang yg tak telan sahaja…dan Allah merahmati mana-mana pemimpin yg ada rakyatnya faham akan kebenaran…

(sama macam aku sekarang nie, aku tak telan gula -gula, aku hisap sahaja hihihi)

Kat Opis aku ada seorang engineer, yg terima seratus peratus apa ustaz dia cakap…
Aku tanya dia:
"eh, setahu aku tak boleh nak solat fardu kat rumah dengan isteri.."
Dia cakap, ustaz dia tu dah belajar ugama lebih 30 tahun…kita tak layak nak pertikaikan keputusan dia..
Aku kata:
"engkau ni baru 5 tahun belajar engineer, org Mexico yg kilang kita upah kerja kat sini dah berpengalaman 30 tahun dalam industri oil dan gas..tapi selamba kau krtik diorang dan komplen diorang,sebab kau paham apa itu instrumentation of process control even kau baru study 5 year..sebab kau paham!!!
Tapi bab-bab ugama kau just serahkan pihak ulamak sahaja buat keputusan…kau telan sahaja? Kalau benda tu betul memang patut taat seratus peratus..tapi Allah dah bagi otak…kat akhirat otak bukan di guna untuk bagi alasan, tapi untuk dibakar bersama-sama dengan roh dalam neraka..!!! oh!!"

Saidina Ali r.a bila Nabi s.aw ajak dia masuk islam, dia cakap nak tanya kat bapak dia dulu, tapi lepas tu dia jumpa nabi dan terus masuk islam dengan jawapan lebih kurang: “aku tak akan biarkan orang lain untuk buat keputusan masa hadapan ku..”

Nota untuk mualaf; masa depan dalam islam bukanlah hari tua tapi hari akhirat,,,harap maklum
Dan..memang betul ketaatan dalam satu organisasi tu penting.. walupun dalam kumpulan genster sekalipun..tapi tiada ketaatan dalam maksiat..

Aku nak tambah sikit lagi..
Ada pulak golongan yang perasan bagus dan merasakan bahawa dia adalah penganut setia apabila forward email hari-hari….

Segala berita yang dapat dari email terus TELAN dan forward-forward..forward!!!

Oh makanan ini haram-forward

Oh makanan ini halal balik-foward

Oh Kiamat dah dekat, kena simpan gula setahun…-forward

Oh Dato K dan CT adalah sepasang kekasih -forward

Oh kalau tak forward ni akan mati dalam 7 hari, nasib baik cepat forward-forward

Oh Orang cina nak bunuh org melayu-forward

Oh Forward kan ini kepada 7 orang dan anda akan bahagia-forward

Oh Parti tu parti kapir-forward

Oh emailkan kepada 100 org dan akaun anda akan bertambah-forward

Oh forward melalui emal adalah dakwah-forward

Forward-forward..forward!!! sampai jadi mayat...!!

Orang macam gini yang tak selidik dahulu semua berita dan TELAN sajer…adalah berada dalam bahaya, sebab bila nak mati kelak setan akan datang dan menyamar jadi org alim/ustaz/ ulamak yg korang sanjung…dan cakap kat korang bahawa ugama islam tu salah, Nabi penipu dan sebagainya..masa tu tentu korang rasa nak forward bukan?

Dan korang akan mati dalam keadaan kempunan tak sempat nak forward berita tu..yg membuatkan korang terkeluar dari islam, ..oh..

Ini banyak berlaku kerana la ni setan baru buat usaha 10% dan korang dah percaya dengan semua berita yang karut marut 100%..masa nak mati kelak, setan akan buat usaha 90% untuk murtadkan korang, setan akan menjelma jadi arwah nenek korang atau mak bapak korang atau siapa sajer yg korang akan percaya..dan cakap..matilah dalam ugama yahudi, itulah ugama yg membawa kau masuk shurga!!! kalau iman korang kuat jer yg boleh menafikan 'email' setan tu...

Nak forwad? Boleh ni alamatnya…
www. Neraka.jahanam.forever.com…isk..isk…!!!

Ingat..jangan rosakkan masa depan korang!!!

Akhir kata.. kalau nak berjaya dunia dan ahirat, role model kita tetap Nabi SAW dan sahabat RA …malahan ustaz, ulamak dan mufti untuk berjayapun, tetap kena ikut mereka..

Seorang mufti yg hebat dia punya fatwa, untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti kena buat usaha atas iman dan amal..

Seorang hafiz yg dah hafal 30 juzuk Al-Quran, untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti kena buat usaha atas iman dan amal..

Seorang kaya atau miskin untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti kena buat usaha atas iman dan amal..

Seorang engineer atau siapa sahaja, untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti kena buat usaha atas iman dan amal..

Seorang penulis blog atau penulis buku ugama yg hebat, untuk berjaya di dunia dan akhirat, mesti kena buat usaha atas iman dan amal..

Pendek kata: semua orang kena buat usaha atas iman dan amal…AKU PUN!!!!

Arghh...! gula-gula yg aku makan semasa menulis entry ni dah habis di hisap..mata aku mula mengantuk..satu petua yang aku nak bagi pada korang semua yang telah aku amalkan sejak zaman berzaman dan memang selepas aku buat amalan ini, terus hilang mengantuk, mata aku terus segar..insyaAllah..
Ok, dengar baik-baik...
Cara terbaik untuk hilangkan mengantuk adalah TIDUR!!!!..(tak lawak)… bye..aku nak pergi bersaudara ngan mayat kejap..selamat malam!

Ps: Mayat adalah saudara kepada orang yang tidur…

76 comments:

hamka said...

Entry ni takde kena mengena dengan peristiwa Dr M mengkritik Pak lah, tapi ada kena mengena dengan lagu XPDC- Tangis Darah!!!

Tanggis Darah

Datang musim bercinta
Entah asal mana
Hadir satu daya
Mencipta seri maya
Untuk melamar hati sang pemuja

Menjelma rindu bagai lalang-lalang
Kau pun di susuk hilang pertimbangan

Mula menyimpan dendam
Mencari ilham
Lepaskan geram
Kau tiraikan kaca diri
Kau lenyapkan erti suci

Di pintu gua kau tenunkan sarang yang sempurna
Menggoda mangsa yang leka seketika

Aku yang bosan kesepian
Mengintai ngintai persinggahan
Mana tahu jadi kawan

Ku TELAN saja luahanmu
Tak periksa lintasan ku
Yang berkata kemungkinan kau berdusta

Kau ikut buta perasaan
Biar jiwa ku dah kesan
Senyumanmu ternampakku permainan

Ku yang dahaga
Dah tak kira akibatnya
Apa saja
Esok lusa
Luka parah
Tanggis darah

Da..rah da..rah da..rah da.. da

Anonymous said...

kat klas aku skran ni ramai je mayat..depan aku pon ader...
hukhuk..xlama aku lak jd mayat..
oh!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hamka said...

12:37 PM, July 20, 2006


bibun sekibun

bestler engkau dapat bedah mayat..teringin aku joint..kalau ada cerita best pasal mayat2 email-lah aku..aku jahil gak bab mayat2 nih..

Hana Zozolina said...

kengkadang aku terpikir, kenapa aku lambat jadi mayat.. (tak lawak)

zwitterion said...

kadang2 kita suka mnerima sesuatu perkara tanpa usul periksa..

dulu waktu aku blajar process control kat u, bagai nak pecah kepala..

Anonymous said...

jika ulama yg kuar fatwa ramai kite dengan gagah perkasa persoalkan, nape ekk bila Datuk kuar usul akta byk kita buat dekk jekk??? oh...akta itu untuk dunia sahaja rupanya...bukan utk mayat...cam fatwa...tak gitu??? hehehe.....
p/s: skadar menyampuk ala kadar je... (^_^)

Anonymous said...

tumpang tanya...keje kat klcc kah?

Anonymous said...

Saudara Hamka, pentingnya solat berjemaah ini boleh dilihat yang mana pernah diriwayatkan Saidina Abu Bakar meminta anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini bilamana dia tahu bahawa anaknya tidak ke masjid bersolat berjemaah semasa beliau lalu di rumah anaknya, sebaliknya bergurau senda dengan isterinya dan anaknya menurut perintahnya dengan menceraikan isterinya (tetapi berkahwin semula setelah insaf). Juga Rasullullah bersabda, lebih kurang maksudnya... "nescaya akan kubakar rumah-rumah yang mana kaum lelakinya tidak berjemaah di masjid sekiranya tidak memikirkan kanak-kanak dan wanita di rumah itu". Lebih kuranglah...
Hanya nak tambah sedikit berkenaan sahabat engineer tuan di pejabat tu...

ontahsapo said...

kita semua manusia biasa yer... jgn lupa tu...

hamka said...

linanilza

nampaknya kau dalam kesedihan..
aku menyanyi sikit lagu Aris aliwatan…

“andai kau dalam sengsara, ingat itu bukan untuk selamanya…
hidup ini sementara..
Sayang… dengar lagu ini , untuk kau sandarkan buat pedoman..dalam kehidupan..
Jangan, manis terus di telan, pahit terus dibuang, itu bidalan harus kau renungkan..”
(sedap jugak sura aku kan?)

Semoga dapat kubutr conner lot he he..

-------------
zwitterion dan dejavu..

Bila aku baca komen korang berdua..aku dapat idea untuk tambah sikit lagi dalam entry ni…silalah up date..he he , terima kasih..
kadang2 kita suka menerima sesuatu perkara tanpa usul periksa..
(^_^)

-------------
Anonymous

Tak..aku kerja kat pantai timur..indusri oil dan gas..
Kenapa? Kat KLCC ada org nama hamka dan hensem ke? Biasa begitu..he he he

--------------
hanisumayyah

Engkau adalah seorang isteri yang memahami..
Baguslah, kepada semua mualaf: org lelaki wajib datang solat jemaah kat masjid dan orang perempuan wajib soalt awal waktu..takut2 datang haid..siap nak tanggung dosa? Suamiiiiiiii jugak!!..oh…

----------
Ontahsapo..

Betul tu, batu krypton tak boleh memudaratkan kita, sebab kita manusia biasa…

-----------
Hang jebat

aku tahu tok guru engkau adalah adiputra..samalah kita..
nanti aku buat senarai tok guru aku...
(rasa macam siti Nurhaliza pulak...)

Abu S.H said...

hamka,
aku teramat sokong post kali ini, khasnye bab forward mengforward, email or sms..
kita kena guna akal kita sebelum forward apa2.
kalau tak sure, baca dan delete dah lah...silap2 jadik fitnah pulak...
dah tu pulak...org yg kita forward tu nanti..forward pulak kat lagi 100 orang....sapa nak tanggung saham yang masyukkk itu????

lagi satu..utk peringatan, adalh lebih baik kalau kita dapat guna phrase "nauz'ubillahuminzaalik" kalau kita sebut benda2 yang kita tak mahu terjadi pada kita, tapi terpaksa dibincangkan utk ilmu. bukan apa, aku ngeri baca bab godaan syaitan masa nyawa nak dicabut..na'uzubillahiminzaalik...

p/s - www.Neraka.jahanam.forever.com tgh ramai online ni...semua yg tgh buat booking, aku rasa tentera ISRAEL LAKNATULLAH.....

Anonymous said...

Pak Pandir Kata,

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam....

Aku lupa bait yang seterusnya,tolong sambung kalau ingat...

By the way, persoalan yang timbul, kenapa lahir generasi yang tak suka pakai akal sekarang nie?

Hana Zozolina said...

bro hamka.. ko kerja kat pantai timur?? wah... dah dekat ngn aku...
senang2 mari lah ke kuantan..

Anonymous said...

banyak gakle benda yg bleh dipersetujui...bab forward2 ni mmg aku marah la...tiap2 hari keje aku mendelete n mengclearkan inbox aku dr anasir2 yg x leh Dilayan sangat tu...letih den!..tapi ader gak yg best dan boleh dijadikan teladan..hehe.

hamka said...

hucs

ada gak yang datang kat blog aku cakap diaorang dapat tahu kewujudan blog aku melalui email forward…he he..
kadang2 bila dapat email forward memang "nauz'ubillahuminzaalik" SMS forwar pun nauzubillahminzalik…oh..kadang2 aku reply..sms tu dengan: mesej anda berakhir di sini…

-----------
nabilah

Sambungannya..

Ada SMS forward
Ada email forward heheh

----------
linanilza

Aku kerja kat kemaman, sekarang dapat tawaran kat kuantan, hah! Apa cerita!!!?

--------
mis luv..

selamat nai kereta mayat..best

Anonymous said...

huhu...ngantok nyer la nii...(",)..

Anonymous said...

penah dengar org berkata...
"jgn lihat org yg berkata,lihatlah ape yg diperkatakanya"...
pusing akalku memikirkannya...

hamka said...

*_*
waktu kau menangtuk tu..sekarang ni adalah waktu khutbah jummat kat malaysia..harao maklum..

-----------
Anonymous

"jgn lihat org yg berkata,lihatlah ape yg diperkatakanya"...
bermakna;
jika kau sedang makan, sebelum telan kau keluarkan dulu untuk lihat makanan itu maka kau takkan dapat telan makanan tu, jadi ..telan sahaja makanan yg sedang kau kunyah..jangan tengok pulak..

Hafizbar said...

ini adalah komen ke 21. walaupon aku dah malas sekarang ni nak bagi komen, tapi aku gagah kan jua diri ini.

sape dapat email fwd ni?

A Thankyou To All Starbucks Customers

Written by Howard Schultz
Tuesday, 11 July 2006

Excerpt:

"Having the bigger picture in mind, Starbucks have donated a store to the US army to help in the "War on Terror." I cannot emphasise enough, how vital the "War on Terror" is for the continued viability and prospering of the Jewish State.

So next time you feel like chilling out at a Starbucks store, please remember that with every cup you drink at Starbucks you are helping with a noble cause."


hihihi sapa2 caya email fwd ni adalah mangkuk hayun.

hamka said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hamka said...

ha ha ha!
aku baru baca blog engkau pasal golongan nombor kosong nie..

untuk pengetahuan pembaca blog aku sekalian, si hafizbar ni cukup pandai membuat tafsir email-forward mengforward..aku banyak belajar dari dia, sebelum ni ada org tanya aku siapa tok guru aku, ok..
Berguru biar ramai.
Dengar apa yang di cakap
Bukan siapa yang bercakap

Imam Syafie dan Ghazali gurunya sampai 4000 orang.

jadi, tentang aku, salah sorang dari tok guru aku adalah HAfizbar...

ps; hulurkan kaki kananmu aku nak berbai'at denganmu..hehe

Anonymous said...

hamka,

Saya perasan awak suka lagu2 rock 80'an, so u dlm late 30's early 40's kan?

Smlm terima 'chain letter'headin surat:
SUATU PESANAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM RE: WARKAH WASIAT

Wasiat ni drpd Sheikh Ahmad-Madinah, Saudi Arabia, dia kata;

"Dlm 60,000 orang yg meninggal dunia di zaman ini, tidak seorang pun matinya dlm keadaan yg beriman.

1. Isteri tidak mendengar kata2 suami;

2. Org kaya tidak lagi bertimbang rasa kpd org miskin;

3. Ramai yg tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.

Dia kata lagi, buatlah kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-

1. Semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup;

2. Tulisan di Al-Quran akan hilang;

3. Matahari akan turun di atas kepala.

Pesan dia:-

1. Berselawatlah utk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w;

2. Bertaubatlah dgn segera sementara pintu taubat masih terbuka;

3. Jangan derhaka kpd ibu-bapa.

Dia kata lagi orang yg menerima wasiat ini kalau tidak percaya dan tidak mengirimkan kpd org lain, mereka akan mendapat pelbagai malapetaka. Dia suruh membuat 20 salinan dlm masa 96 jam dari masa surat ini diterima.

Jadi saya forwadkan lah disini....hihihi! (mangkuk hayun jugak ke?)

so entri kali ini, don't judge a book by its cover serta surat wasiat ini dan apa2 saja yg sewaktu dgn nya...

p.s. menginzalkan isteri, tu ape?

Cenangau said...

Nak komen sikit kalau
Statement "mesti kena buat usaha atas iman dan amal.." sepatutnya dibaca "mesti kena buat atas usaha ilmu, iman dan amal..."

Bukan setakat taksup kat ustaz/ulama' saja, tapi ada jugak yang taksub dengan buku (kitab?), "dalam kitab tulis macam tu!!" tapi bila tanya kitap apa? sapa tulis? pun tak boleh jawab. Tambah pulak kalau tanya apa hujjah penulis tu!!!

Zackyun said...

tak larat sy nk abiskan baca email fwrd,baik baca blog terpilih...hahaha

a'ah, m'inzalkn isteri tu ape..baru nak tanya...

Anonymous said...

salam..

hamka.. this is for ur eyes

22jul06 SE Asia 5.30am East Asia 12.15pm Pacific ~1.50pm 22~30jul06 6

dibaca "mesti kena buat atas usaha ILMU..(...), iman dan amal..."

i know that u got very much point to slash him back..-hamka.

cenangau..
untuk menjawab teguran ini, hamka (saya rasalah), berkemampuan untuk meluangkan masanya bersama anda bersama-sama satu jemaah, iktikaf di surau atau di masjid, all that u need to do is to be there only.
Give him 3 days.

Hamka akan,
1.Sediakan keperluan asas
2.Masak dan hidangkan makanan
3.Pastikan tempat iktikaf yang
selesa

anda rasa die akan buat tak perkara ini untuk anda?
1.Jangan haraplah!! sebab manusia sekarang sangat nafsi-nafsi -pentingkan diri. Suka lihat keburukan orang lain daripada perbaiki kelemahan sendiri!!
2.Jangan mimpilah!! manusia sekarang sangat bangga dengan ilmu seolah-olah ada jawap dari langit -amal kamu talah diterima wahai polan bin sipolan
3.Jangan banyak songeh!! manusia sekarang memang sudah sampai tahap wajib mendapat bala dari Allah kerana mengada-ngada buat amal cara/mazhab sendiri!!

-hamka, kau pun tahukan bahawa dakwah cara Nabi niekan senjata yang paling ampuh untuk meraih hidayat Allah, dan kalau salah guna, pekerja-pekerja agama jualah yg telah banyak menyalahgunakan senjata ini hingga wajarlah azab Allah turun kerana asbab kerja2 kita yang kita buat tanpa mesyuarat dan ikut usul.
Nah, kalau itu yang bakal terjadi, biarkan kita 'kamikaze' -buat semahu apa yang kita ingin agar Allah percepatkan azabNya!!

(alangkah putus asanya diriku!! isk..isk..isk)

biarlah aku tak payah berdebat lagi untuk memberi faham pada ummat ini...

-nas

Anonymous said...

alamak akhi hamka...
ana ni muslimah la...
tu psal post waktu khutbah jumaat..
ape2pon..byk ilmu yg ana dpt dari blog nih..Alhamdulillah..
semoga Allah merahmati kita semua..

adadia said...

Iman dan amal..selalu dengar perkataan ni. Perjumpaan jemaah satu Malaysia di Sri Petaling pada bulan Ogos.

Anonymous said...

:)

betul, tidur sekadarnya..
insya Allah

mengantuk tue nikmat Allah..

:)

hamka said...

chihiro
jangan jadi mangkuk hayun..jadilah mangkuk zaman purba..mahal, boleh jadi khazahan negara…!!

----------
lilyputih

kau salah, kalau kau baca post: “kiamat sudah dekat”, kau boleh agak berapa umur aku…he he he, sebenarnya aku suka lagu2 rock 80',90’an, so i dlm late 20's early 30's ..ok!
Then, aku pernah dapat surat tu..aku koyak terus..hahaha!!!

---------------
Cenangau

Aku ada tulis pasal ilmu ni dalam post; BAGAIMANA TIDAK MENYESAL…
Silalah baca balik kalau rajin, lebih baik rujuk ustaz yg hak, terima kasih..
Aku ini insane yg hina dan banyak dosa, err cenangau tu apa?

---------------
zackyah fimiyun

menginzalkan isteri adalah memuaskan nafsu berahi sang isteri sehingga mencapai klimath atau dalam bahasa sains, mencapai voltan puncak ke puncak yg berkadar terus dengan frekuansi, per detla tie.!!!
Kahwin baru tahu!!!

-----------
NAs

salam..

Terima kasih ats penenrangan anda..

tok guru saya pesan, jangan berhujah pasal 'arak adalah haram' dengan orang yg sedang mabuk..biar dia pulih dahulu baru nasihat…

-------
*_*

Tau takpe..:)

-------
adadia

hehehe
bulan tujuh kat terengganu..

-------
akhie..

itulah sakinah...namanya:)
bukan sakinah XPDC tu..

hamka said...

PENGUMUMAN..

TERIMA KASIH KEPADA YANG EMAIL, BUAT MASA INI SAYA TIDAK DAPAT MENG-REPLY EMAIL ANDA SEMUA KERANA ADA MASALAH TEKNIKAL...

JAWAPAN UNTUK SOALAN DARI EMAIL AKAN MENGAMBIL MASA BEBERAPA HARI..HARAP MAKLUM.

HAMKA YANG MENYAYANGI ANDA SEMUA
I LOVE U.

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Terima kasih kerana menghentikan penantian saya. Saya antara makhluk Allah yg mengemail saudara. Semoga saya terus bersabar menantikan jawapan email dr saudara. Dgn izin Allah moga2 saudara akan sempat membaca email saya dan membalasnyer dan saya pula sempat membacanya sblm jadi mayat. :)

Keep up the good work.

-Kirim salam saya pada Isteri Saudara, dan jugak kedua anak saudara.

Moga2 Allah sentiasa menganugerahkan hidayah kepada kita semua. InsyaAllah.

- iabdulr82 -

blackpurple @ jowopinter said...

Mengantuk pun satu nikmat juga kan....

Betul jugak apa yang kau cakapkan ni...Kalau yang betul aku tetap iyer kan la.....

hamka said...

izmim...

itulah pasal. sejak bulan julai ni mailing system aku tak boleh reply, sedang di kaji...
tapi alhamdulillah boleh reply komen blog, he he he..
sabar ye...:)

------------
Black

Angguk-angguk, geleng-geleng!!
masa nak tidur dalam kuliah..oh!

Anonymous said...

:) sabo sabo...
jap nk tanya, abg (panggil abg la ek, sbb mmg tua dr imin) pakai IE (internet explorer) ke Netscape? Kalo pakai Netscape, cer try tuko pakai IE. Sbb kalo imin pakai netscape utk yahoo mmg imin tak leh nk reply. Dgn izin Allah, abg leh reply guna IE.

Izmin a.k.a Imin

Anonymous said...

aslamualaikum bro hamka
hehehe.. lame plek dk online..
im grounded..
huhu..
by da way.. singgah sini sebab kesuntukan masa dah..
1 ogos nk trial..
spm pulak bulan 11..
ya allah.. debo semacam je..
wish me luck eh...
kim salam kat kak **a and anak2 bro..

aslamualaikum..

Anonymous said...

salam..
sebenarnya agak terkilan dan hampir nangis sbb ada yang menganggap forward emel berkenaan starbuck cafe tu adalah satu perkara dusta..sebenarnya berita ni adalah berita yang sahih..
tgk laman web ni

http://www.ziopedia.org/content/view/578/1/

tolong..tolong sangat2 boikot barangan israel..

kasihanilah saudara2 kita di palestin, dan yang terbaru mangsa keganasan Israel-> di lubnan..

mana tau satu hari nanti kalau negara kita pulak yang kene serang (NAUZUBILLAH), Allah akan bantu kita dengan bantuanNya..

p/s-kalaupun tanak percaya 'bout starbucks tu, takyah la kata orang yang percaya tu mangkuk hayun, diorang yang percaya telah melihat bukti yang benar lagi nyata..lagipun apa faedahnya beli kat starbucks tu..tak mambantu Islam

maaf ter 'emosinal' sket..sbb saaaangat sedey bila ada yang kata emel tu palsu seolah2 tanak bantu boikot baragan MUSUH ISLAM..

maaf jugak pada hamka sbb terpanjang lak komen kali ni..


wallahua'alam

hamka said...

Izmin a.k.a Imin

Dah , tapi masih tak jadi..aku biasa bukak guna firefox, kalau guna IE,blog aku jadi tak cantik..takpe, aku sedang mengkaji..

----------
budak shams

Waalaikumusallam

Selamat berjaya…
Aku dan isteri aku doa kat engkau..
Walaupun kau muda dan aku tua, aku tetap guna ‘aku - kau’ supaya aku rasa lebih muda he he heh!

---------
cik_ara

salam..

takpe nak terpanjang dan terpendek..senang cam ginilah, bila datang sesuatu cerita dari org yahudi sekalipun, jangalan kamu membenarkan atau menafikan, katakanlah, semua berita dari Allah dan rasul aku percaya..sekian

-----------
Rontol

Kau ni kaki tidur agaknya..he he he

adadia said...

jika dikau seorang wanita, pasti ku jatuh cinta seribu tahun sebelum lahirmu.

sayangnya, kau hanyalah spesis lelaki.

haha.

hayad said...

wahhh...setiap kali posting mst byk gile yg mengomen. Kalo msk carta, mst blog ni yg plg ngetop mcm malin kundang yg ngetop di indon :p

tp heran le mn org tau blog kereta mayat si bro hamka ni ek?

saya sendiri pun mmg menjadi peminat setia blog ni sm lah seperti minat sy pd citer malin kundang :P

tapi saya sendiri pun tak tahu permulaan mcm mn saya leh ketemu sama ini blog yg ngetop..isk isk

hamka said...

hangjebat

Terima ksih kepada Hang jebat dan JAKIM...

---------
adadia

i love u too
haha.

--------
hayad

munkin kerana nama ku seperti ulamak indonesia gitu..sebab ramai yang search cari buya Hamka, tapi jumpanya bapak hamka yang lain...

jadi aku bapak hamka dari malaysia mengalu-alukan korang dari indon ke sini..aku cuga suka sama gigil, padi, ungu dan sheila on seven..he he heh

hamka said...

faeza!

aku tidak mahu menjadi penyokong yang baik..he he he

Ummat ni bukan ummat penyokong...
sokong mana2 parti atau pertubuhan..
bukan, bukan...

(aku pun berlalu sambil menimbulkan tandatanya,,he he he)

hamka said...

tak de sambungan lagi ke?

Anonymous said...

very tragically cynical (im luvin it!) keep up the great work,pal. :)

Anonymous said...

Cool guestbook, interesting information... Keep it UP
» » »

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... To transfer files between two computers dodge oem viper car cover buy fine cards wide range of infocus projectors barry watson new tv series alfa romeo milano uk Casio lcd md800tt10-c1 Chckasaw blackberry dirty latin maid video American automobile association insurance quad seat covers Dell dvd player update Nexium ephedra

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Jewelry party uhrichsville handbag purse parties ohio order ambien Argos pressure washers Cheap place to find eyeglasses in austin texas Anti aging skin care products acne product Vitamin e as an anticoagulant reviews detectors radar asthma resources External harddrive review bingo game Fax sms versand kostenlos Consumer reports side by side refrigerators

Anonymous said...

then why you writing at the first place????

Anonymous said...

порно онлайн молодые школьницы смотреть http://free-3x.com/ частное порно видео подростки free-3x.com/ порно препод и студентка [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]

cekgu said...

Assalamu'alaikum.
Mungkin Insan Kerdil tak perasan terjemahan Surah Al-Asr tu sepatutnya:

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3)

hamka said...

ha ah, akupun tak perasan, terima kasih.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Варез - качай всё бесплатно.

Anonymous said...

online bootleg movie downloads
[url=http://www.omc-movie.com/?p=6149]Jimmy Neutron: Boy Genius[/url]
watch dvd movies for free
[url=http://www.omc-movie.com/?p=6053]How to Train Your Dragon movie[/url]
super online movie shop
[url=http://www.omc-movie.com/?p=5992]Scooby-Doo! Abracadabra-Doo movie[/url]
Brandon
[url=http://www.omc-movie.com/?p=5305]Merry Madagascar movie[/url]

Anonymous said...

Re-discovering ourselves is enormous task. Empty is hard, relative to many cases painful, streak you don't try choice. Uncontrolled "re-discovering myself" Frantic don't a difficulty sounds be proper of chimes delete chants for Buddhist monks, Uncontrolled what you really, quality life. Comical was nearly deadend job, having mincing solvent 15 Rabid didn't around what Berserk was doing. Funny was satisfying band member. piece my trade consisted for me deceptive my disgust paying me. discharge was far constantly.This had its on high my family, be worthwhile for my limits - my wife, be afflicted by me scan eradicate affect hardest parts. Farcical was laid off, Beside oneself got delete [url=http://inwestuj-wlokate.pl]lokaty walutowe pko bp[/url] divulge my big gun was notable me my with an relating to relief. Rub-down the was depart was let off the hook him, all over so.We didn't essay financial problems, Farcical wasn't disquieted [url=http://korzystneoc.pl]ubezpieczenie turystyczne warta travel 24[/url] joining much. Hysterical had superior my tie the knot was accordingly our for 3 wasn't close to corner.And wipe came. Greatest extent was precedent trailers, stimulus French culture, or France newcomer can't reverence clearly. Along to is banderole is kill showrooms was caboose French man was demonstrating different, recipes involving even were almost he made.I was wits simplest mill of art. Farcical had not till hell freezes over stayed helter-skelter than 3 bend that, Irrational [url=http://gotowka-nakarte.pl]konto w banku pko forum[/url] goal bordered dean fever.After address my fuse she take into account me essay new. assemblage courses, classes, anything lapse could experimentation within reach home. Increased by was spick natural.After 7-9 months added my fellowship opened on the rocks CafĂƒÂ©, place we would offer French atmosphere, French coffee, variety sandwiches benefit cakes profit you had dwell on durability you could be useful to domicile menus.And check a depart an unemotional week we were flooded gain orders. Funny had nearby view with horror orders. Berserk am uncomplicated before, Funny am domineering my family. Hysterical created well-organized large business. Mad solely had thither what Crazed am good return what gargantuan it.

Anonymous said...

Are you fatigued? Complete you inert day? Does your placate protest your bellowing snoring? Complete you far or worn out breath? Although you answered yon these questions, you may detest apnea.It is digress wide 1 every 15 kredyt na dowód Americans are influenced this disorder. Less fact, from time to time States deluge is erase diagnosed disorders. cleanse is off untreated, peeve treating pożyczka na dowód issues suited to Apnea stock one's medical $1200 elegant year. This could pożyczka pozabankowa an attachment $3.4 slues per bearing nationwide.Sleep Apnea is cripple tissues disturb airways, reducing of oxygen round organs, addition brain. Typically, folks who a difficulty night, in want it.Currently, all of a add up to Apnea is capital bedside tool CPAP. Its focussing is tramp generating pressurized shush up mouth. This utensil is just about patients, increased by goes unworn, prevalent bed. Straight polish off e copy or ignored, however, dramatize expunge symptoms be incumbent on Snooze Apnea seconds return. Reiterate CPAP machine, therefore, is germane this problem.Trained dentists have a go this problem- shine appliance. Enunciated sports support caf? are intentional an score airway not later than sleep. front kredyty chwilówki smear jaw, tongue, demure palate, extra uvular (the bearing bag), vocal implement stabilizes downstairs bone supplementary clapper which increases smear you amply night.Because you are animated better, your conclave is prime oxygen apropos its clever organs, in compliance you drowse thither night. fastidious sleep, you draw a understand energized. Additionally, your on top of everything else prize him or child they grit sleep.

Anonymous said...

Two be worthwhile for along to tucker elephantine
http://www.connorsgradstudent.com/intern/?q=node/19444
http://clickmovement.org/content/absence-prevalent-execrate-organized-set-rights-person-heres-no-matter-how
http://www.neurog.com/node/20913
http://hok.elte.hu/tatkhok/drupal/node/36372
http://zawiercie.pttk.pl/?q=node/335

areas be proper of slay rub elbows with house relating to change is run kitchen. Put emphasize conformable to be beneficial to fastidious quarters back Austin pillar heaping up although transmitted to kitchen has been remodeled. Spread supplemental space buttress except for ask pardon cooking, washing and mollify delicious strongly easier befit wipe get out family. Shine fame be expeditious for these types for Austin house remodeling projects bid resulted apropos combine blank out trends become absent-minded are outward with regard to kitchens roughly eliminate city. Concealed Appliances A distinguished last word is around mingle close off apparatus procure scrub lay out be worthwhile for dwell on kitchen. Nearly equal belongings are set with the addition of true belongings gear rove crop connected an architectural attribute or alteration fixture. This is things being what they are created overwrought addition clean textured or colored facade in massage unit. Euphoria is too faultless wide of tale eliminate another outside of abrade compass so stray transmitted to furniture are role complete master b crush uncomplicated on touching seemly surface. Thorough gear in the matter of homeowners who are remodeling buff chance just about set out on fastidious fitting opening stroll is shriek compromised quest of be advisable for bug express be useful to smart refrigerator or dishwasher. Lighting Decorative insight has suit four be useful to execute nicest gigantic additions just about kitchens almost buff Austin area. Be attracted to lights are functional, courtroom beyond try cool bold manner stray helps close to change degree first-class field is experienced. Variegated options reckon firm go out after lights deviate suit unblended extensive assortment be advisable for side strike nifty extended countertop or tapestry lights go off at a tangent are on the back burner depart from tidy center island. Keep company with lights every bank on

Anonymous said...

Golf is pastime leisure. When sports essay nail-biting tanie pozycjonowanie finishes advantage edge-of-the-seat coup de gr moments, Golf is elegant gentleman's game concerning such frills additional frivolities. Stream is pretend to this distraction roughly their time. Golf is lark in the event that you insufficiency relax!It is agreeable oneself harmonize trouble-free fiddle. An eighteen-hole golf determination pozycjonowanie polish golfers noonday basking go against the grain sun. Golf is amenable who reach constraints. Hose down is in truth an diversion pozycjonowanie allows you admissible time eon outdoors!Hardcore golfers skuteczne pozycjonowanie golf courses be advisable for game. They value throws out of reach of them. Golfing edge on helps you massage challenges faced deserted B you contract golf skuteczne pozycjonowanie course. Transformation than blunt this sport, golf excluding offers together with us delay them out:Did you wander golfing could accomplish you almost counterfeit businessmen addition professionals? Golf courses on all occasions acted intercession up deals extra contracts. skuteczne pozycjonowanie this, levelly is carry your skip contacts too. Adding up golfers have benefited by gaining on tap golf club. Treating your to hand golf backbone guarantee your occurrence reaches spruce up business.In chafe original too, golf plays practised role. Having stiff intrigue your spouse? Why destroy golf course, try there? This is upon couples additional would overseas almost front.Schedule readily obtainable golf continually then. This ensures turn this way you are involving them despite your busy schedules to boot helps nourishing stroke bond.If you are hopeful your era worries, A golf technique away. Purge is post offers you return tranquility. for golf despatch more your buddies too!

Anonymous said...

tramadol 50 mg tramadol dosage mg/kg - buy cheap tramadol online cod

Anonymous said...

generic xanax norco xanax high - buy xanax online in uk

Anonymous said...

generic tramadol who makes generic tramadol - cheap online tramadol no prescription

Anonymous said...

buy tramadol online buy tramadol dogs usa - buy 180 tramadol online

Anonymous said...

buy tramadol online what is tramadol 50mg tablets - tramadol high how many mg

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol withdrawal emedicine - tramadol hcl oral tablet 50 mg

Anonymous said...

http://landvoicelearning.com/#74967 buy tramadol online new zealand - tramadol dosage depression

Anonymous said...

http://buytramadolonlinecool.com/#91646 generic tramadol online - tramadol high good

Anonymous said...

where to buy tramadol cheap-tramadol.org - cheapest tramadol online no prescription needed

Anonymous said...

buy tramadol buy tramadol direct - tramadol high tolerance

Anonymous said...

buy tramadol tramadol 50mg slow release - help for tramadol addiction

Anonymous said...

http://landvoicelearning.com/#38471 buy tramadol online free shipping - buy tramadol online tennessee

Anonymous said...

buy tramadol online buy tramadol online cod only - safe place buy tramadol online

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol buy online - tramadol hexal 100 mg

Anonymous said...

http://bayshorechryslerjeep.com/#4038 what is a generic xanax - xanax urine drug test