Mar 9, 2006

Perempuan, isteri dan ...?

(untuk yang dah kahwin sahaje kih kih kih)

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada sesiapa yg berkenaan…
Selamat hari wanita se dunia, (ada tak hari lelaki sedunia?) Selamat berkahwin kepada sahabat2 di musim cuti sekolah nie,( di umur cam aku, kekarapan kadar aliran kahwin kengkawan adalah begitu mendadak sekali…he3, aku adalah antara yg ter awal kahwin di kalangan rakan sebaya, time umur 25 tahun sama ngan umur Nabi (alhamdulillah)

Hari ni aku just nak share ngan korang pengalaman2 yg boleh di guna pakai untuk menghiburkan pasangan korang, boleh pahala kalau korang buat perkara2 yg menambahkan kasih sayang isteri korang asalkan tidak bercanggah ngan hukum syarak.

Nabi kita ngan Aishah r.aha selalu bla bla bla (ustaz dah selalu cerita) bla bla bla (lumba lari, mandi bersama bla bla bla..)

BAGAIMANA MENAMBAT HATI ISTERI?(kisah benar)

BABAK SATU
Lokasi: rumah nenek anak aku.

Aku: wahai sayang, awak tahu tak apakah rahsia di sebalik jari jemari abang ni?

(Tentulah isteri aku nak tahu, dan isteri suka kat suami yg nampak berilmiah he he he.saje jer aku nak tunjuk terer…)

Aku kata: wahai isteriku, jari ibu ni melambangkan ugama islam, merupakan jari yg terpenting sekali dlm ke semua jari-jemari, tanpa jari ini(insyaAllah) tak boleh nak suap nasi kemulut, nak pegang pisau, nak hantar SMS, nak itu-ini, begitu begini bla bla.bla

Jari telunjuk pulak mewakili ilmu, cth org tanya mana masjid?,
aku kata:tu, !
Aku tunjuk ngan jari telunjuk(tak tau lah korang tunjuk ngan ibu jari he he)

Mana binatang jahat tu?
Aku kata: Tuuuuuuu…tunjuk ngan jari telunjuk menunjukkan ilmu yg ada dan bukan nak menunjuk-nunjuk… (lantak koranglah kalau korang nak tunjuk ngan ibu jari)

Isteri kata: jari tengah ni mewakili apa pulak bang?

Aku kata: Jari ni mewakili: (F**K)jari nafsu, di gunakan untuk memuaskan nafsu(aku dah kabor dah, hanya org yg dah kahwin boleh baca post nie)

Sekarang cuba awak bandingkan, kelihatan jari nafsu ni lebih tinggi dari jari ilmu, (jari tengah lebih tinggi dari jari telunjuk) ini bermakana walau camne terer pun ilmu ugama , nafsu tetap mendahului, sebab tu nabi suruh kahwin, (tak tahulah kalau jari korang sama panjang-alien ke apa?)lihat jari manis(dah ada cincin), jari manis dan jari ilmu akn mengapit jari nafsu…nafsu terkawal…dan jari anak mewakili anak2 kita(dah namapun anak), maka lihat, inilah satu kehidupan yg sempurna, Sabda Nabi lebih kurang maksud: org yg berkahwin telah meyempurnakan separuh dr ugama…
ustaz pulak kata;yg separuh lagi(5 jari) adalah rukun islam!

Wah wah wah, isteriku begitu mengagumiku, he he…bertambah respect dia pada aku…betapa berilmiahnya aku ha ha ha..(cubalah korang buat kat pasangan korang, jgn buat kat awek pulak!, jangan menghampiri zina!)

BABAK2
Lokasi: pasaraya Giant-peneraju harga terendah
(Isteri aku ingatkan aku supaya apabila kami sampai pasaraya giant pesan: beli pampers.

Apabila sampai pasaraya aku kata:
Abg ada dua pesanan:
Satu,.tolong beli pampers.dan ke dua:.abang amat sayangkan awak

Isteri: senyum gembira : )

BABAK3
Lokasi: Bilik tidur pada malam ke dua di rumah mertua…

Aku: Hari ni cuba awak ceritakan 3 perkara yg paling awak suka…

(lepas tu isteri korang akan bla bla bla nak pergi berkelah bla bla nak rumah besar bla bla bla, kau dengar dan senyum saje, lepas tu rangsang dia bercakap dengan WH Questions.

Aku: Apa pulak yg awak paling benci, 3 perkara dan sebabnya.?

(isteri kau akn bla bla bla…layan..jangan tak ayan….he he he)

aku: dah habis?

Isteri : dah…

Aku: tanyalah pulak saya…he he he

Isteri: apa 3 perkara yg paling abang suka?

Aku: abg akan cakap yg abang tak suka dulu. 3 perkara yg abg tak suka pada kamu…

Isteri(berubah wajah)

Aku: abang tak suka dengan cara awak cemburu kat abang, buat abang rasa terkonkong. Abag tak suka rahsia yg awak pendamkan, ianya membuatkan abang berburuk sangka, dan abang tak suka mata awak, sebab bila abang lihat mata awak abang tak tahu, apa sebenarnya isi hati awak…

Isteri(ada unsur kecewa, dan sedih di wajahnya…)

Aku: Abang tak cakap lagi 3 perkara yg abang suka!

Isteri: cakaplah…(masih dengan nada yg sedih..kesian)

Aku; abang nak kabor yg sebenarnya abang sangat sukakan awak yg cemburu kat abang, itu adalah tanda awak sayang, cinta dan kasih pada abang he he he, abang juga suka rahsia yg awak pendamkan, kerana telinga dan hati ini hanya ingin mendengar yg indah2 sahaja dari awak dan kerana rahsia itulah juga membuatkan abang semakin ghairah untuk berdampingan dengan awak he he he
DAN…ABG SANGAT SUKA MELIHAT MATA AWAK, KERANA MATA AWAK SUNGGUH MENAWAN…!

Isteri: menangis terharu…
(nak tahu apa yg berlaku seterusnya?
Tak payahlah he he he)

BABAK4
Lokasi: kedai makan

Aku: abang dah buat 3 keputusan sejak hari pertama kau ku nikahi…abang nak pindah, nak tukar kerja dan nak tukar nama!

Isteri: he he he buang habitat ke apa?nak tukar nama, buat lawak mayat ke?

Aku: abang nak pindah ke dlm hatimu, abang nak tukar kerja, kerja abg menyintaimu, dan abang nak tukar nama, nama abang kekasih Nur******(nama di rahsiakan)

Isteri: he he he. Yelah tuhhhhhhhhh!

BABAK5
Lokasi: dapur.

Isteri: saya ada sesuatu nak cakap kat awak, tapi saya lupa….

Aku: abang dah tahu, awak nak cakap yg awak tak boleh hidup tanpa abang kan? Awak sanggup buat apa aje demi abang kan?Bla bla bla bla….

Aku dan isteri; Ha ha ha ha!

BABAK6
Lokasi: rumah mertua.
(Rumah mertua aku ada akuarium.)

Aku: awak pernah tengok tak ikan menangis?..

Isteri: mana?

Aku: ni, ikan ni sedang nangis, tapi sebab dlm air kita tak nampak dia nangis…nak tengok ikan ketawa tak?

Isteri: mana?

Lalu aku memuncungkan mulutku seperti ikan dan terus mencium mulut isteriku..lalu….argh..tak yah ceritalah nanti korang naik ‘syekh’ pulak Ha ha ha!

Ps: yg bujang tu kahwinlah cepat2 sebelum jadi mayat…lantak korang lah nak kutuk aku jiwang ke, mat lembut ke, mengada-ngadake, menunjuk-nunjuk ke…(aku memang tunjuk ngan jari telunjuk)lantak lah…korang tak kahwin lagi…korang tak tahu….betapa bestnya ada isteri yg best!
pesanan: yg perempuan, yg laki2 kahwin cepat-cepat, sempurnakan separuh dari ugama…! Mari kita bina masjid lagi!!!(alamak isteri aku tenung semacam je he he he)

kesimpulah: perempuan, isteri dan…(isteri aku jeling lagi..lari!)

Chow!

33 comments:

Anonymous said...

nak baca jugak walaupon belum kawen.. gatai..gatai..

hamka said...

benarlah kata satu org alim..
garu tak bolh hilangkan gatal..he he he...

kau kahwin cepat2, duduk pendalaman jauh gitu sorang2 bahaya...cik adik oi...

Anonymous said...

brader...saya ada tinggalkan seseorang.Antara alasan saya untuk dapat better person..Adakah niat saya tu termakbol sebab saya dah melukakan hati nya..Boleh ke saya dapat that person..some1 better

hamka said...

Ini dah masuk bab takdir…
Aku ingat lain kali aku nak tulis pasal takdir, nie..bila ntah?, ishaAllah…

Kes engkau:

JODOH AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT DATANG PADA KITA!

Zaman nabi Sulaiman ada seekor burung yg cuba memisahkan jodoh yg telah di tetapkan Allah, pendek cerita..burung tulah punca bertautnya jodoh tersebut…

Satu lagi: azab yg paling dahsyat di akhirat adalah menyesal sampai koyak2 muka, dan gigit jari sampai putus2. jadi bila buat keputusan jangan menyesal..jangan fikir yg dah lepas..dan jangan toleh ke belakang…lupakan segala kenangan dan jangan lupa dosa kita ajer..itulah modal nak menangis di malam hari…(chewah, jadi ahli kelab kaunseling lah aku tak lama lagi he he he)

Satu lagi:
Menghabiskan masa membuat keputusan lebih baik dari menghabiskan masa menyesal membuat keputusan…

Satu lagi:
Sekiranya satu hari nanti kau gagal dpt better person….tak payahlah menangis…TAK PAYAH!

Hamka
Pakar kaunseling? He he he
(boleh rujuk post terdahulu: suratan atau kebetulan?)

Anonymous said...

huhu~
ak nak kawen skang..
tapi mak ak bagi +++
x dak calon..huhu~

p/s: ok jgak skali skale tulih entry camni walopun loye tekak ak bacenye..;p

Anonymous said...

:)

alhamdulillah.. 25thun dah kawen, mcm nabi s.a.w.. cuma nabi kawen dgn Siti Khadijah r.a waktu usianya 40thun.. sungguh, mengkagumi baginda dari awal perkenalan hingga akhir hayat.. (rindunya!)

Utk anonymous:
kalau alasan anda utk mendapatkan insan yg lebih baik.. bermakna anda tidak redho dia menjadi pasangan anda ! anda tidak minat dgn si dia sebenarnya.. yang tadi hanya alasan semata-mata.

Kalau anda berminat dan suka dgn si dia, anda akan sama-sama berusaha untuk menjadikan dia insan yang terbaik di mata anda !

ehhehe mmg nak kene ambik bidang phsycology and islam lepas nie.. :D

+ akhie +

p/s:ayat power hamka.. tak payah menangis.. TAK PAYAH! terasa benar menusuk dalam lubuk hati :end:

demonsinme said...

Assalamualaikum Akhi,

Wah wah wah wahhhhhhhhhhhhhhhh....lomantik jugak anta haaa...

baguih baguih, ini satu cara boleh buat depa yang tau yang orang yang ada ilmu agama bukannya tak romantik. Depa maleh nak tengok apa yang nabi pernah tunjukkan, alhamdullilah anta insyallah dapat ingat kan kat depa ni balik.

Nampak kelakor entry anta ni tapi dalam maksudnya.

Anonymous said...

SAYA MENGUNDUR DIRI DEMI KEBAIKAN DIA..OKEH??UNTUK DIA JADI BETTER PERSON..DAN BETTER PERSON YANG SAYA CARI TU TAK SEMESTINYA BUKAN DIA.MUNGKIN DIA BAKAL 'BETTER PERSON' YG SAYA CARI TU...SAYA PUTUSKAN DIA UTK BERI DIA PELUANG UNTUK BERDIKARI DAN BERFIKIRAN LEBIH JAUH ...SEKARANG DIA LEBIH BERDIKARI.

Anonymous said...

ONE MORE THING SAYA TAK PERNAH MENYESAL TINGGALKAN DIA..TINGGALKAN DIA ADALAH SATU KEJAYAAN BESAR DALAM HIDOP SAYA...NAMPAK KEJAM KAN????TAPI DEMI KEBAIKAN SAYA DAN DIA..

Anonymous said...

alamak ! maaf anonymous

tak kejam puun tapi setiap insan ada hak untuk mencari yang terbaik di dunia akhirat :)

Carilah dengan mata hati, pasti anda menemuinya.

+ akhie +

Anonymous said...

assalamualaikum encik hamka..
nk mintak pndpt..sy dah setaun lbih knal ngn sorg ni..sy rasa kitorg mmg patut kawin..n klu bole mmg nk kawin cepat2 sbb takut fitnah dll..cuma problemnya ktorg skrg ni still blajar..sy kat europe,dia lak kat benua australasia n sy masih ada 5taun lg utk abis study..klu nk ikutkn,kewangn dll ok je.di tahap mampu..tp klu hint kat parent,diorg slalu ckp abiskan study dulu,awal lg,jauh sgt dll..mcmana ek?

Anonymous said...

Wow menariknya..terpegun dan tersenyum sendiri,,,macam pernah dengan je citer tu,..

hitomi said...

wa, romantik nya plak en. kereta mayat nie...hehehehe...bukan tia mo kawin awal, tapi blum sampai seru kali...lagipon, blum abis study la...kuang3x!!!

Anonymous said...

wow.this is romantic and islamic. cool! macam best je kawen...

hamka said...

Kakashi
huhu~
kahwin, jangan tak kahwin…
jangan tunggu lelama, nanti ‘makan bulan’…(sila rujuk-istilah org terenganu)

----------------
+akhie+...
:)

alhamdulillah..
bagus jugak akhie, tolong jawab or bagi pandangan , pada yg lain, kalu ada jawapan yg lebih baik, aku galakkan korang untuk share kat sini, terima kasih…!

-------------
Demon
Walaikumusallam Akhi,

ilmu ugama saya tak tinggi pun, dan takut ilmu ugama hanya jadi ilmu pengetahuan bukan ilmu amalan…
Ps: JANGAN JADI UMAT ISLAM YG BERMAKLUMAT SAHAJA, JADILAH YG MENGAMALKAN DAN SAMPAIKAN MAKLUMAT...

------------
hamba Allah
waalaikumusallam encik hamba Allah
ni masalAh parent nie…
mak bapak yg sengaja tangguhkan perkahwinan anak dia, kena ingat, dosa2 yg si anak buat diorang pun kena sekali…satu lagi mungkin mak bapak kou tak yakin ngan kau, jadi kau kena yakinkan kat mak bapak korang…dulu masa aku meminang awek aku (la ni bini aku), diorang mintak tempoh setahun bertunang, aku desak kena cepat2 dan bagi hadith dan fatwa amaran bahaya lambat kahwin…beberapa bulan kemudian –KAHWIN-semua dari Allah, aku takde kuasapun, kita usha sajer…

CTH hadith: 3 perkara tak boleh di lengah-lengahkan:
1. solat
2.kahwin.
3. tanam mayat.

------------
ustazah rozk
he he..babak no 3 tu aku tiru dari filem..aku edit dan sesuaikan ngan citarasa bini aku, he he tak yah cakaplah filem apa, tak nak promote-bukan filem melayu…

----------
hitomi
kuang3x!!! study jangan tak study…
ok kepada org pempuan:
kena jaga betul2 3 perkara ni,
1.aurat.
2.akhlak
3.solat awal waktu...

-------------
bakal mayat
best…bila kau dapat pasangan yg best!
4 nikmat hidup(hadtih)
1.isteri solehah
2.anak yg soleh
3.jiran yg baik
4.Rezki tidak jauh dari tumah

hamka said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hamka said...

to anonymous
(boleh tak kau letak nama samaran?)

satu nasihat..(versi ulangan)

Yang sebenarnya, kalau kita pikir2, bila lelaki dah jatuh cintan ngan pempuan dan pempuan tu sama2 suka , maka walau camne halanganpun takde hal punya, hantaran mahal ke, mak bapak tak berkenan ke, diorang tetap usha sehingga kalau kahwin laripun diorang sanggup!!(macam cerita hindustan)
Ini hanya berlaku bila suka sama suka
The moral of the story is: Allah Sangat sayangkan kita 70x lebih dari mak kita sayang kat kita, tapi kita tak nak pulak dekat dengan tuhan, kita cari alasan, masjid jauh, org alim tu tak betul, sibuk dll, walhal Allah berfirman jika kamu datang pada aku dengan berjalan Aku akan datang pada kamu dengan berlari!!!

Satu org Alim cakap , ada jodoh kita yg dah mati awal, contoh, eksiden, kena bunuh dll, so mungkin akan ada jodoh dalam next life nanti…so org cam gini macamana usha pun jodoh tetap takde, korang dapat pahala usha, dan korang kena rĂ©dha bahawa ini kehendak Allah s.b.w

Dan jangan korang cakap “kalau camtu tak payah usahalah” sebab ada unsur shirik kat situ…nauzubillah.

jadi aku pesan:
bagi perempuan, 'cari'lah suami soleh di awal waktu solat.
dan bagi lelaki, 'cari'lah wanita solehah di saf pertama kat masjid
(aku tahu pembaca aku tak slow he he he)

dan kalau nak cari suami atau isteri yg tak soleh dan solehah, aku tak payah cerita lah kat mana nak cari he he he

satu lagi lupa nak kabor,
tak rugi org yang beristiqarah, dan tak menyesal org yang bermusyuarat...

iQaH said...

:|
xD

hamka said...

Sumbangan:HAFIZBAR
(COPY/PASTE)
mimpi yang belum sempurna

aku mimpi tengah dalam bilik untuk malam pertama. bini aku punya gaya, pakaian ape seme mmg hot abis aaa. dia urut2 la depan belakang atas bawah, sekali ngan cakar harimau. lepas dah warm up, hampir2 nak melayarkan bahtera tuh, aku angkat la tangan nak berdoa. sekali aku cakap kat bini aku "honey, i lupa la doa sebelum, esok2 je la".

esoknya aku bangun2, selamaaaaaaaaat tak kena mandi. agak2 aku pasal tak jadi buat la kot, takde ape2 pertumpahan pon. aku amik wudhu' terus solat subuh. pagi lepas sarapan, bile aku teringat mimpi aku tu, aku teringat kisah sahabat nabi yg tanya sahabat yg lain masa nak makan buah.... buah ape tah aku tak ingat. dia tanya tau tak cara nak potong buah cara sunnah. yg ditanya jawab tak tau. ape lagi, diorang tak jadi makan buah pasal tak reti potong buah cara sunnah. hehehehe, cam sama kes ngan mimpi aku jer. ke aku yang perasan dah sama tahap cam sahabat?

eh eh...lagi satu kan, ada ustaz cerita, kalau mimpi bersetubuh ngan minah mana2, maknanya takde jodoh. tapi kes aku ni, kes tak jadi bersetubuh. ish aku kena tanya ustaz balik ni. lagi pon aku tak cam sape minah dalam mimpi aku tu sebenarnya.

----------
HAMKA KATA: eh?, tak de ke pembaca blog aku yg dah kahwin? yg boleh berkongsi apa2 he he he..
Mr hucs dan Nadi citra yg dah berkahwin, ada apa 2 cerita?

Anonymous said...

huwaaaaa nyesal nyer tak kawen ngan awak :((
tp tk per, 2 dah takdir ;)

hamka said...

iqah...
Selamat datang ke dunia 'mayat'
:)=hidup
x(=mayat
xD=mayat mati dalam iman

------
klavu
benar dah takdir...
untuk pengetahuan engkau:
isteri pertama saya ada dua anak,
isteri kedua langsung tidak ada anak dan isteri tu pun tak de lagi he he,
moral: perempuan, isteri dan ...?

hamka said...

untuk isteri

"KAU MASIH KU CINTAI
SUNGGUH
DARI HARI PERTAMA KAU KU NIKAHI
AKU PASTI
SEYAKINNYA PASTI
KAU LAH SATU DEVI HATIKU..."

ps: kpd yg belum kahwin, boleh gunakan babak 2,4 dan 5 untuk mak atau nenek korang...selamat mencuba ;)

Anonymous said...

"eh eh...lagi satu kan, ada ustaz cerita, kalau mimpi bersetubuh ngan minah mana2, maknanya takde jodoh. tapi kes aku ni, kes tak jadi bersetubuh. ish aku kena tanya ustaz balik ni. lagi pon aku tak cam sape minah dalam mimpi aku tu sebenarnya."

ni aku ambik yg ko copy n paste dr HAFIZBAR tu..
musykil n konfius..apsal lak klu mimpi bersetubuh maksudnya xde jodoh??ko ada dalil naqli apa2 yg mmbenarkn hujah tu??

hamka said...

Gaara…
Aku takde dalil dan nas pun…ni nak kena tanya si hafizbar..tapi dia outstation pulak, minggu depan baru online..takpe2, nanti dia balik aku tanya dia..he he he
Dan aku ucapkan selamat datng kat engkau dlm dunia ‘mayat’...
Terima ksh!

Ps: pengalaman: masa aku bujang minah2 yg aku mimpi bersetubuh memang takde jodoh ngan aku, kau bayangkanlah..kajol, kate wenslet, amoi, minah saleh dll..(boleh buat koleksi nih..tapi jadi blog pornolah pulak..astarfirullahilazim…)tapi bila dah kahwin..waktu berjauhan ngan isteri aku ,aku still mimpi bersetubuh ngan isteri aku..betul ni…dan jika dlam mimpi aku berpeluang berzina ngan wanita lain aku menolak, dan aku daqwahkan wanita tu dlm mimpi aku…aku masih ingat waktu aku bertunang aku bermimpi hampir berzina ngan tunag aku (la ni bini aku)..aku berhenti selepas ‘ringan2’ dan aku nyatakan “kita tak leh buat cam ni…kita belum kahwin” dan aku menyesal gila sebab dah ‘ringan2’ sekali aku terjaga dari tidur “alhamdulillah..mimpi sajer..tak payahlah nak taubat he he he…
Moral: korang boleh check iman korang punya tahap memalui mimpi…sebab kat dunia nyata kita tak de peluang buat dosa..but dalam mimpi Allah bagi peluang…korang boleh check sendirilah…wallaualam..(aku bukan ustaz)

-----------
Kasih aish…
Salam untuk kau ke dunia “bakal2 mayat”….
Dah terbaca..pergilah ayat power kat nenek engkau…jgn buat yg babak yg ke 6 sudah..he he..selamat mencuba dan selamat maju jaya…

Ps: nak dengar kot2 korng dah cuba tips aku ni, dan apa reaksi isteri, mak, nenek korang he he he. V peace…

Anonymous said...

(((tapi make sure masa tu da lengkap segalanya)))

kalau tak lengkap?

apa itu lengkap?

he he he

Anonymous said...

Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera

Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada

Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta

Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti

Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restu Illahi

Ku doa kau hadir
Permaisuri mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama

suami aku suka sangat lagu nie.,,siang, malam , pagi, petang asyik menyanyi saja.,, tapi yang bagus nya.,, sebelum tido pasti dia nyanyikan lagu untuk aku dan anak-anak.,,

hamka said...

OH..OH...ALANGKAH BAHAGIA NYA HA HA HA

Anonymous said...

hari lelaki sedunia ade... xtau le tempat lain celebrate ke tak tapi kat russia siap ade holiday lagi utk men's n women's day... tapi hari wanita mmg nampak lagi meriah...men's day biasenye sambut on 23rd feb..pastu women's on 8th march le

hamka said...

Tarima kasih..tu dia, ada rupanya hari lelaki sedunia..

Yg pasti dan pasti hari menjadi mayat adalah hari2

Isk..isk..

Siapa engkau?

blackpurple @ jowopinter said...

setuju 100% dengan sdra Hamka... Tak lengkap kehidupan seorang manusia selagi belum berkahwin.....tapi kalau nak berkahwin biarlah dengan sebenar2 berkahwin.....

hamka said...

kahwin jangan tak kahwin....
kalau mampu, kahwinlah lagi he he he

(agak gatal, tapi bini aku dah garu secukupnya)

irsha said...

ustazah rock, kau penat2 taip lirik kat atas tu, aku senang2 je copy/paste ke blog aku... takpe ek? VMT

hamka said...

ustazah rock!!!

kau dengar tak!!!
he he he...