Aug 30, 2013
Mesir? Satu pandangan...
(Kenapa orang islam sanggup bunuh membunuh sesama islam-pendapat
peribadi)
Di Malaysia, apabila kita memandu kereta, terlihat kadang
kadang di bahu jalan, bangkai lembu, kambing, kucing, anjing, biawak dan
mungkin terjumpa bangkai tenuk atau tapir bergelimpangan mati terbujur kaku
lalu kita mengelak bangkai tersebut dan meneruskan perjalanan sebab kita semua
perasan sibuk.
Tapi jika korang memandu di mesir, dan Negara islam yang
lain seperti di Iraq, Iran, Libya, Palestin, Syria, dan lain-lain Negara islam
yang berada dalam konflik perperangan, akan ada mayat mayat manusia
bergelimpangan dibahu bahu jalan..., yang telah mengorbankan ribuan nyawa orang
awam, termasuk wanita dan kanak kanak, juga termasuk orang tua yang tak
terdaya, sehingga mayat mereka bukan setakat bergelimpangan di bahu bahu jalan,
malahan mayat mereka ada di sekolah, di pejabat, di rumah dan dimana sahaja tempat
rusuhan melanda.
Melihat mayat mereka yang ramai ini, apa korang akan buat? Teruskan
perjalanan sebab perasan sibuk?, atau sebelum sempat korang teruskan memandu tiba
tiba muncul sekumpulan orang islam yang memakai baju kalis peluru, siap dengan
senjata M16 ditangan, mengepong korang dan bertanya:
“Syiah atau Sunni?”
“Penyokong Mursi atau penyokong Tentera?”
“Hamas atau fatah?”
“Wahabi atau salafi?”
“PAS atau UMNO?”
Walaupun soalan itu senang di jawab, tapi jika yang bertanya
tidak setuju dengan jawapan korang, maka akan turut sertalah mayat korang
bergelimpangan di bahu bahu jalan..., innalillahhiwainnalilahirajioon..
Persoalannya:
Kenapa orang islam mesti bunuh orang islam?
Kenapa ada orang islam tergamak bunuh saudara seislamnya?
Bukankah ada hadis Sahih Bukhari (31) yang diriwayatkan oleh
Abu bakar bahawa pernah beliau melarang seorang sahabat yang bernama Qais yang
berniat mahu menolong sebelah pihak sahaja dalam perlawanan pedang sesama islam
dengan berkata, "Apabila dua orang islam berperang, maka si pembunuh dan
yang terbunuh, keduanya masuk neraka." Lalu Qais bertanya, "kenapa
yang terbunuh juga masuk neraka?" Abu Bakar menjawab, "Karena orang
yang terbunuh itu juga berniat untuk membunuh saudara islamnya."
Dari hadis ini, jelas menyatakan bahawa kita orang islam
mestilah berdamai, jangan bergaduh.., jika berbeza pendapatpun tak perlulah
sampai bunuh membunuh kerana Allah benci dengan orang yang melampau dalam
sesuatu urusan (rujuk al quran)
Jadi dalam kes di mesir dan Negara islam yang lain, Apakah
puncanya sehingga ada orang islam yang sanggup bunuh membunuh sesama islam?
Aku tidak tahu peristiwa sebenar yang berlaku di Negara islam
yang bergolak sehingga mereka sanggup membunuh sesama islam, yang aku tahu (sumber
buznama) puak pelampau dalam Syiah cakap puak sunni kafir kerana bunuh keturunan Ali dan
darah puak sunni menjadi halal, begitu jugak puak pelampau dalam Sunni membuat dakwaan
demikian, katanya puak Syiah akan bunuh siapa sahaja termasuk kanak-kanak yang
bernama umar, atau abu bakar, lalu berperang! sama juga penyokong taksub Mursi ada
yang mengatakan Kerajaan merampas adalah kerajaan kafir sebab mendapat dana
dari Yahudi, jihad syahid menentang kerajaan zalim, dan begitulah juga
sebaliknya dari penyokong kerajaan yang taksub.., saling kafir mengkafir, guna bom kemia, dan serangan berani
mati.. huhuhu..
Tapi itu semua aku dengar dari ceramah buznama sahaja, fakta
sebenar punca mereka saling kafir mengakfir dan saling bunuh membunuh di Arab
sana adalah diluar pengetahuanku yang terhad..
Namun, kafir mengakfir ini bukan hanya di timur tengah, Tapi
juga berlaku di Malaysia, Cuma di Malaysia, bila dah kafirkan saudara islam,
mereka tidaklah angkat senjata pergi berperang macam orang arab, orang Malaysia
masih rasional al maklumlah Negara kita merdeka juga dengan cara rasional penuh
diplomasi, jadi di Malaysia, kesan dari kafirkan saudara islam di zahirkan
dengan solat berangsingan, tidak pergi solat jenazah, cerai bini, tak makan
sembelihan pihak sana, tak bertegur sapa, mencaci dan mengutuk, mengumpat dan
menfitnah, atau bina masjid lain sebab tak sah solat di masjid yang di bina
oleh kerajaan ‘kafir’. Dan macam macam lagi kelakuan ganjil dan bangang oleh puak
puak yang suka kafirkan orang ini, Adohai..
Jadi, di Malaysia, Pada pendapat aku sebagai seorang ‘driver’
keretamayat yang hina ini, punca masalah orang islam sanggup kafirkan orang
islam adalah apabila kita terlalu taksub dengan kefahaman agama kita masing
masing, taksub dengan sentiment masing masing, kagum dengan pendapat sendiri,
atau kita rasa ustaz kitalah yang paling betul, parti kitalah yang paling
islamik, fahaman sayalah yang paling cool, lalu akhirnya, kesan dari sangkaan
dan ego, maka akhirnya korang akan selamba-mamba mengkafirkan semua orang yang
tidak sependapat dengan korang, adohai..
Contoh dalam politik di Malaysia, adalah kerja bangang bila
penyokong politik sanggup pertahankan habis habisan pendapat ustaz mereka yang
jelas salah, (guna fatwa kera misalnya) sehingga sanggup tolak dalil Al quran
dan hadis kerana sentimen dan emosi.., lat-last, sekali lagi: selamba-mamba
mengkafirkan semua orang yang tidak menyokong pendapat korang, Hampeh!
Dan perkara ini berlaku di seluruh dunia, yang mana sesama
islam saling kafir mengakfirkan antara satu sama lain, lalu hadis di atas,
islam bunuh sesama islam masuk neraka adalah tidak terpakai bagi korang kerana
korang anggap: Syiah/Sunni/ Penyokong Mursi/ penyokong Tentera/ Hamas /fatah
/PAS/UMNO/ Wahabi/salafi /Taliban/tabligh /JIM/JAKIM/
Arqam/____________/(gariskan puak yang korang tuduh kafir) adalah kafir dan darah mereka menjadi halal!
Asrtarfirullah hal azim..
Benci sungguh korang pada orang ‘kafir ‘ye? Apa korang ingat
Allah cipta orang ‘kafir’ tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Lepas
tu Allah jadikan korang orang islam pulak ‘bertugas’ untuk bunuh mereka dan
cepatkan mereka ke neraka? Begitu? (tepok dahi) Adohai..
Bagaimana nak atasi masalah suka kafirkan orang (di Malaysia)
atau suka bunuh orang (di Timur tengah)
Ini hanyalah pendapat peribadi, yang mana aku pacar yang
hina ini berpendapat bahawa, sifat kafirkan orang sewenang wenangnya ini adalah
kerana dalam diri kita tidak ada perasaan cinta ummat dan dalam kepala kita tiada
fikir risau atas ummat sebagaimana yang dimiliki oleh rasul rasul yang
diutuskan..
Bagaimana nak dapat perasaan cinta kepada ummat dan fikir
risau atas ummat?
Caranya adalah dengan berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan
lemah lembut seperti Rasul Rasul yang di utuskan kerana Nabi sangat cintakan
ummat, sehingga pernah apabila ada orang kafir meniggal tanpa sempat di dakwah
Nabi mengalirkan air mata..
InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu
bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan
dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat.
Jadi, Inilah masalah ummat islam di Malaysia yang
sebenarnya, iaitu korang rajin beribadat tapi lupa nak berdakwah dan berhikmah
macam Rasul Rasul yang di utuskan.
Buktinya, waktu aku bujang duduk menyewa dengan kawan-kawan
yang jahil agama, takde sorang pun dari korang yang datang ketuk pintu rumah
sewa kami lalu berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan.
Kalau ada yang datangpun, setakat orang ‘tabligh’ yang takde 'ilmu', adohai..
Kemana pergi bijak pandai dalam kumpulan islam yang mengaku
ilmu penuh di dada, yang selalu berdebat di TV dan internet? Yang selalu
berdakwah guna FB dan sajak?, yang selalu perasan bagus dalam ceramah mintak
derma? Yang selalu kafirkan sesama islam?
Bila masa ustaz-ustaz korang nak datang ketuk pintu rumah
kami berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan?
Inilah masalah yang melanda ummat islam, tafsir bab dakwah
dengan silap, (tafsir bab solat jemaahpun silap jugak) lalu anggap diri sendiri
sudah berdakwah walau hanya setakat gantung bendera atau kutip derma.., lalu
tinggak sunnah berdakwah cara Rasul
Rasul yang di utuskan.., isk!
Ketahuilah, apabila korang tinggal dakwah cara Nabi, maka korang
sudah mulai benci pada orang yang buat maksiat dan mulai menuduh mereka yang
engkar perintah tuhan walaupun masih islam sebagi kafir, (sepatutnya benci
maksiat mereka sahaja, bukan benci orang yang buat maksiat)
Waktu ni korang dah mulai berdoa agar mereka pecah perut, biar
bala bencana menimpa orang ‘kafir’ sehingga mereka pupus.. biar datang tsunami,
gempa bumi, twister, volcano, deep impact, vertical limit, avalanche, perfect
storm, Armageddon, solar attack, war of z, key oo dan lain lain…
Tapi, siang malam korang berdoa, dari depan Kaabah
sehinggalah ke pentas mendiklimasikan sajak, dari tabung derma ke tabung derma,
dari padang sekolah ke padang stadium, tapi doa membinasakan mereka tidak
makbul-makbul, dan korang makin sakit hati..
Dalam sakit hati. Korang teruskan ‘beribadat’ sahaja tanpa
berdakwah macam Nabi, maka lama-kelamaan, akibat tinggalkan dakwah cara Nabi,
maka korang bulan setakat kehilangan fikir risau ummat atau hilanglnya perasaan
kecintaan sesama manusia, tapi korang waktu itu, korang dah jadikan MEMBUNUH
orang ‘kafir’ itu satu ibadat.., di sinilah segala bencana bermula.., Lalu tumpahlah
darah orang islam membunuh sesama islam kerana masing masing saling kafir
mengkafir sesama mereka yang membuka pintu neraka seluas luasnya.., Arghh, dah
dua dua di tuduh kafir, maka benarlah hadis riwayat Abu bakar diatas, yang mengatakan
bahawa: membunuh masuk neraka, yang terbunuh pun masuk neraka.. Adohai..
Patut kita semua tahu akan Tujuan Allah hantar Nabi dan
rasul bukan untuk bunuh orang kapir, setakat nak bunuh orang kapir, Allah boleh
hantar nyamuk dan angin jer.., tapi Tujuan Allah hantar Nabi dan rasul adalah
untuk dakwah orang yang jauh daripada islam di bawa kepada islam dengan lemah
lembut..,
Setakat buat dakwah guna cara bidaah tak selesai masalah,
berdakwah cara berdemotrasi, lagilah teruk sebab ramai yang mati apabila ada
yang merusuh, Adohai...
Maka aku jemput semua ustaz ustaz politik dan fahaman
pelik-pelik diluar sana, rajin rajinkan diri ketuk pintu rumah jiran jiran masing
masing menyeru mereka kepada Allah dengan cara yang lemah lembut, bukannya
mengumpat mereka di masjid sebab tak duduk majlis korang dengan menuduh mereka
kafir, adohai..,
InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu
bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan
dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat, insyaAllah..
Wahai sahabatku..ingatlah, kita tidaklah sebaik Nabi Musa
a.s dan mereka (Baca: orang yang korang tuduh kafir) tidaklah sejahat firaun
(mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdakwah dengan lemah
lembut (hikmah)pada firaun…
Akhir kata, jangan pulak tuduh aku kafir apabila menegur korang
disini, sebab dalam hadis ada menyebut, jika orang yang dituduh kafir itu tidak
kafir, maka orang yang menuduh kafir itu yang akan menjadi kafir,
Hah! Kan dah jadi kafir!
Eh? Aku pulak kafirkan orang? (tepuk dahi)
Naduzubillah, tutup entry dengan tasbih kafarah.
Ps: Aku ajak korang berdakwah cara Nabi, tak payahlah nak melenting sangat, adohai...
Aug 17, 2013
Jangan kahwin dengan orang jauh?
(Tip bagaimana membuatkan memandu jauh ke rumah mertua rasa
sekejap, caya jangan tak cayer!)
Lepas Raya, ramai kenalan yang mengadu jalam sesak ketika
balik kampung, perjalanan dari perlis ke terengganu yang biasanya 7 jam
katanya, dah cecah 10 jam. Selain masalah penat memandu dan kemalangan nyawa
yang berlaku kerana rumah mertua sangat jauh. Bagaimana nak atasi masalah ini? Turunkan
harga kereta? Naik taraf pengangkutan awam? Tukar kerajaan? Atau yang lebih
realistik:
“Jangan kahwin dengan orang jauh”
Ya, Nasihat ini aku tujukan kepada orang
yang belum berkahwin, tidak payahlah cari pasangan jauh-jauh, selain masalah
balik beraya, masalah nak bagi komitment pada orang tua pun payah, katakan anda
kena balik kampung dua minggu sekali, jarak pula dari perlis sampailah ke
sabah, atau dari Perlis ke Mersing, tidak kah letih?, tidak kah mujahadah?, tak
kah merbahaya?
Jadi kepada semua orang bujang, Jangan tuduh aku tak pernah pesan, yang belum berkahwin, fikir fikirkan lah masalah ini.
Jadi kepada semua orang bujang, Jangan tuduh aku tak pernah pesan, yang belum berkahwin, fikir fikirkan lah masalah ini.
Aku tahu masa bercinta semuanya indah..
"Adanya engkau di sisiku, hilanglah jarak dan waktu.
"
Wah, wah wah! Asyiknya bercinta, sampai lupa segala-galanya..
Bila bersama yang tersayang, lamapun rasa sekejap. Jauhpun
rasa dekat. Busuk kentut pun tiba tiba menjadi wangi. Jenis yang tidur ketika
matahari terbit sudah pandai merenung fajar sidik. Malas menjadi rajin, rajin
menjadi selera, selera menjadi gemuk, dan gemuk menjadi diri sendiri.
Bila berjauh terseksa merindu, sesaat bagai setahun
kononnya. Wah wah wah, meriahnya bercinta..
Semua lirik lagu cinta di hafal tanpa rehal.Tiba tiba
Shahrukh khan menjadi mentor, Irama bolywood menjadi soundtrack. sudah minat
colour pink, dan Teddy Bear. Sudah tahu maksud tersirat di sebalik warna bunga
kononnya. Sudah pandai mengaplikasikan sabun dan bedak.
Waktu bercinta korang minum dalam mangkuk yang sama, jumpa
tidak bercakap apa-apapun tak ape, tak boring., enjoy the silence! Kalau tak
jumpa, dapat tengok bumbung rumah pun jadi.Secara tiba-tiba perbelanjaan demi
cinta menjadi murni dan mulia. Novel cinta tebal menjadi bantal. Masa depan
seolah olah cerah membara lantas sama sama berazam mahu sehidup semati,
sebantal sekapan, mahu sama-sama minum air hujan, Sama-sama baham tanah. Itu
prinsip korang bersama..
Segala jenis pakaiannya menjadi perhatian korang, Pandangan
sisi, depan dan atas (dan dalam) menjadi perpekstif yang mengujakan lalu
Mengukir nama dikayu kayu dan memahat dibatu batu,.
Tapi bila sudah kahwin, waktu memandu, mata pula semakin
mengantuk, hari raya pertama di rumah mertua, mahu balik baraya di rumah
sendiri petang itu juga kena tempuh perjalanan 10 jam, masa dan duit akan habis
di jalanan, sedang peluang untuk kemalangan semakin tinggi. Salah pasangan
makin menjadi menjadi-jadi (masukkan segala yang negatif selepas kahwin di
sini)
Maka sebelum semua ini berlaku, kahwinlah dengan orang yang
dekat, tak adalah dekat sangat, kalau jauh pun setakat 2 ke 3 jam sudah sampai,
tak letih sangat, boleh solat jamak dan jimat masa boleh pulak buat jimak. He
he
Aku nasihat sahaja tapi jodoh tetap Allah yang tentukan,
juga berpesan kepada anak-anak aku, jangan cari menantu ayah orang jauh-jauh,
kalau anda cari besan dengan orang pendalaman borneo misalnya, tidak kah
kasihan kepada ayah dan bonda kelak bila terpaksa naik kapal terbang tiket
sehala pergi ke sabah, selepas menapak jauh ke pedalaman borneo, kemudian naik
bot menyusuri sungai dalam hutan, merentas desa di kaki gunung kinabalu, dalam
jauh perjalanan, sempat pula berkenalan dengan orang utan dan sempat juga
memetik bunga reflesia yang dipagari periuk kera, baru sampai ke rumah besan..,
lepas tu terpaksa guna bahasa isyarat sebab ayah tak pandai loghat tempatan!,
lepas tu.. lepas tu ! oh! Tak sanggup ayah nak gambarkan pengalaman disakat
orang utan dan di sumpit oleh tok batin kerana buat lawak mayat disana..oh!
Maka kahwinlah dengan orang dekat, paling jauhpun 2
marhalah, demi kebahagian di hari mendatang.Tapi jika sudah jodoh kamu dengan
orang jauh, orang afrika, ayah redhakan sahajalah.
“Tapi kan bang, bukakah Nabi ada pesan suruh kahwin dengan
orang jauh?”
Tanya bini dalam kereta, lalu jawab aku yang sedang memandu:
“Untuk bini pertama, elok kahwin orang dekat, bini kedua dan
seterusnya baru kahwin dengan orang jauh, woha!”
Terus aku hilang mengantuk sebab dibebel bini sejauh dua
marhalah, eh, ni dah jadi tip tak nak mengantuk waktu memandu, huhuhu...
Akhir kata:
Sebenarnya tak salah langsung korang nak berkahwin dengan
orang jauh, tak berdosapun, dah jodoh korang dengan orang jauh, apa salahnya?,
semua takdir Allah..
Bila korang penat memandu dan rasa letih bila perjalanan
sangat jauh, aku ada rahsia untuk kongsi dengan korang akan bagaimana nak
membuatkan perjalanan yang jauh ke rumah mertua rasa singkat.
Untuk pengetahuan korang, Aku sendiri pun kahwin dengan
orang jauh, bila balik kampung bini (pahang), bertolak dari terengganu, tapi
aku rasa sekejap sangat.
Sebab?
Kerana aku bercinta selepas kahwin, Betul sungguh bahawa
cinta itu membuat jarak dan waktu menjadi singkat...
Bak kata Zamani Slam dalam lagu Jalan Keindahan:
“Adanya engkau disampingku, Hilanglah jarak dan waktu, Kekasih perjalanan ini, Terlalu mengasyikkan”
Bak kata Zamani Slam dalam lagu Jalan Keindahan:
“Adanya engkau disampingku, Hilanglah jarak dan waktu, Kekasih perjalanan ini, Terlalu mengasyikkan”
So, kepada sesiapa yang balik kampung bini yang jauh tapi korang
terasa dekat, tahniah aku ucapkan.
Kagum dari jauh!
Kagum dari jauh!
Woha!
Ps: Sambung nyanyi: "Teserlah kebenaran, kepadamu kasih,
Sebenarnya jalan keindahan.."
PS2: Ada ada sahaja kisah laki bini, abaikan tip yang
melampau dan tidak masuk akal. Selamat Berbulan madu dirumah mertua masing
masing. Hati hati memandu, ingatkan mertua yang tersayang. Dan cintailah bini
korang sampai hujung nyawa, Adohai..
Aug 5, 2013
Iktikaf di Masjid PAS?
(Satu hari di Masjid Rusila-Pandang dari sudut positif)
Aku search “Ustaz Azhar Idrus tidur masjid”, dengan niat mencari ceramah dari ustaz PAS
tentang adab tidur di masjid. Apa yang aku jumpa?, “hokum tidur telanjang..”
dan “hokum tidur berbogel”.. serta ceramah lawak tentang kesalahan dalam tidur
laki bini, Adohai..
Jadi di kesempatan ini aku nak Tanya orang PAS yang suka baca
blog aku, Ada tak korang jumpa ceramah dari ustaz PAS tentang adab tidur dalam
masjid?
Sebab semalam aku di ajak oleh kawan beriktikaf di masjid
Rusila Terengganu dekat rumah Haji Hadi (Macam baik sangat aku ni iktikaf pun
nak cerita kat blog- pergi mampos- adohai). Bila sampai sana, ramai orang PAS
yang tidur tanpa alas apa apa, ada yang meniarap, ada yang kaki terjulur pada
Al quran.., ada yang muka tersembam pada karpet dengan mulut terbukak..
Adohai..
Nampaknya Haji Hadi atau Ustaz Azhar idrus kena bagi tarbiah
sikit kat pemuda PAS agar lebih menjaga kebersihan masjid.
Aku ikhlas menegur, sebab masjid ni rumah Allah, makanpun
Nabi ajar kena ada saprah(alas), apatah lagi tidur di masjid, jika korang nak
tidur sekejap aku tak kesah, tapi aku sampai jam 12 malam, korang dah tidur tanpa
alas apa apa dengan cara meniarap muka ke karpet, aku bangun jam 3 pagi, korang
masih tersembam kat situ, macam mana tu? Adohai.., korang tak tahu ke
bila tidur macam macam cecair boleh keluar seperti air liur basi, air mani, air kencing dan
air tulang belakang, tak ke mengotorkan masjid?
Bila aku mengadu kat sorang brader yang belum tidur, boleh
pulak dia cakap, orang UMNO lagi teruk, langung tak datang iktikaf, Woha!
Nasihat aku, Hentikanlah sikap membandingkan diri dengan
orang yang lebih rendah dari kita terutama bab agama, contoh penyanyi yang
pakai seksi bila di tegur, tak elok kakak menyanyi dengan pakai baju seksi, boleh
pulak penyanyi tu jawab macam orang PAS di atas, Pelacur lagi seksi dik.., akak
seksi tapi tak berzina, Hampeh!
Tepuk dahi! Zaman dah terbalik, nak maju dalam agama, orang
PAS kena bandingkan diri dengan sahabat Nabi, bukan dengan orang UMNO atau sape
sape zaman ni, baru agama boleh maju, adohai..
Lagi satu Masjid Rusila tak di design untuk ibadat iktikaf
yang mana jika nak mengaji, bila bukak lampu akan mengganggu orang yang sedang
menangis dalam bertahajjud, atau berzikir dalam gelap, patut ada lampu yang
mana sumbernya terlindung dan cahaya hanya menuju pada pembaca Al quran, boleh
rujuk design di Masjid Seri Petaling jika nak tiru.
Alhamdulillah, jam 3 pagi ramai orang kampong datang solat
qiayamulai kat situ, maka wujudlah suasana ummat islam mencari lailatul qadar
dengan niat ihtisab, Alhamdulillah..
Semoga dalam tahajjud pemuda PAS di Rusila, ada terselit jua akan doa dengan
air mata mendoakan hidayat kepada UMNO dan semua ummat islam di seluruh dunia
agar semua ummat islam bersatu dan dimuliakan.
Akhir kata, jika korang ada terjumpa ceramah dalam FB atau
blog dari Ustaz PAS tentang adab tidur di masjid, bolehlah print dan tampal di
Masjid Rusila. Insya-Allah.
Sekian coretan di hujung Ramadhan, Selamat menuju Lailatul Jaizah.
Takbir!
Aug 1, 2013
Bagaimana Beriktikaf?
( Cik Aminah jatuh dalam parit, Cik Baba
Ketewa jerit jerit, tapi mereka mungkin tidak tahu ganjaran yang dikurniakan
untuk orang orang yang beriktikaf adalah dijauhkan dari api neraka sejauh tiga
parit)
Duduk di rumah berdua-dua-an bagi Laki Bini
agak merbahaya kepada bot bot kecil walaupun mungkin bini korang sudah akur
dengan memakai tudung penuh dalam rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak
diingini, tetapi godaan untuk menyelak kain bini tetap dating, maka nasihat
aku, eloklah beriktikaf di masjid berhampiran rumah korang,
Lagipun beriktkaf
di 10 akhir ramadhan adalah Sunnah Nabi, dan Alhamdulillah, jika ada ustaz kat
tempat korang mahu buat program beriktikaf di masjid selama beberapa hari maka
dapatlah kita tumpang beriktikaf di sisi orang alim, bertambah beruntung lagi kepada mereka yang beritikaf di akhir
ramadhan adalah kepastian mendapat ganjaran seribu bulan kerana beribadat di
malam qadar. Bonus seribu bulan tu!,
Menurut hadith yang lain pula, satu hari
beriktikaf di masjid akan di jauhkan
dari api neraka sejauh tiga parit, yang mana jarak satu parit adalah seperti
langit dan bumi, manakala mereka yang tidak beriktikaf di masjid dan lebih suka
tidur di rumah bersama bini, hanya mendapat satu ‘parit’ sahaja…, adohai.
Namun, perlu di ingat, duduk beriktikaf di
rumah Allah ada banyak pantang larang dan Adab susila, kerana.., alahai jika
mahu pergi ke rumah PM pun ada adab tertentu, mahu pergi jumpa Raja pun ada
adab tertentu, apatah lagi mahu pergi duduk di Rumah Allah, Raja segala Raja, lagi
lagilah kena beradab!
Maka di sini, aku ringkaskan 30 ADAB MASJID
yang perlu orang islam tahu sebagai panduan bersama.
30 ADAB MASJID
1. Pastikan masuk masjid melangkah dengan
kaki kanan, di padang mahsyar kelak ada disediakan tempat khas untuk pemimpin
yang adil di bawah arasy yang mulia, maka anda sebagai pemimpin pada anggota
badan ditubuh badan, pastikan ‘rakyat’ kita tidak di zalimi, iaitu masuk tandas
kaki kiri dan keluar tandas kaki kanan, masuk masjid kaki kanan keluar masjid
kaki kiri.
2. Pastikan kita tidak berhadas besar atau
kecil semasa berada dalam masjid…. Makruh berhadas kecil dan terus duduk dalam
masjid, manakala haram jika berhadas besar tapi selamba masuk ke masjid!
3. Jangan lupa baca doa ketika Masuk
Masjid.
"ALLAHUMMAF TAHLI ABWAABA RAHMATIKA”
(Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu
rahmat-Mu)
4. Terus niat beriktikaf, jika tidak tahu
boleh rujuk sign board di bahagian depan masjid, biasanya ada, jika tidak ada
pergi tanya AJK masjid, kenapa tidak ada?, masukkan keperluan papan niat
beriktkaf di dalam mesyuarat selepas terawih malam ini juga. Ingat! Tidak boleh
makan dan minum serta tidur dalam masjid melainkan dengan niat beriktikaf.
5. Buat solat tahiyatul Masjid, jika tidak
pandai, terus bertanya kepada AJK masjid, patut mereka tahu, jika tidak tahu,
boleh gugurkan nama AJK masjid yang tidak berguna itu. Hampeh!
6.Seandainya ada majlis ugama sedang
berlangsung dalam masjid seperti ceramah ugama, tidak perlu solat sunnat lagi,
sebaiknya, terus duduk dalam majlis ceramah, dan jangan bagi salam kepada orang
yang sedang berceramah, pendek kata jangan ganggu majlis zikrullah tapi
sertailah majlis zikrullah.
7. Jangan bersolat di belakang atau di depan
pintu, perbuatan ini akan menyusahkan dan membebankan orang untuk melintas -
pakai otak sikit!
8. Jika anda mahu bertasbih, jangan sampai mengganggu
orang yang membaca Al-quran dengan zikir yang kuat.Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar.
9 . Jika anda mahu membaca Al-Quran, jangan sampai
mengganggu orang yang sedang solat sunat dengan merdunya suara anda kononya.
Bacalah untuk Allah kerana (Aku ulang) Allah Maha Mendengar.
10. Jika anda mahu bersolat sunnat jangan sampai mengganggu orang yang sedang tidur dengan
niat beriktikaf.
11. Arghh, pendek kata, semua jangan ganggu
antara satu sama lain, boleh insyaAllah?
12. Jika mahu makan waktu sahur atau
berbuka, pastikan ada alas makananan(saprah). Sangat berdosa mereka yang
sengaja mengotorkan masjid.
13. Masuk bab jangan mengotorkan masjid,
maka jangan sikat rambut/potong kuku/korek hidung/korek telinga/cabut bulu
ketiak dan lain lain aktiviti yang boleh mengotorkan masjid.
14. Tidak boleh membuat bunyi yang ada
unsur muzik dalam masjid seperti bertepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul,
bergendang, main gitar dan lain lain.( ring tone telefon perlulah dalam mod
bisu.)
15. Jangan alih barang atau buat hiasan
dalam masjid sesuka hati seperti alih jam dinding, alih almari buku. alih kayu
ktubah, ianya akan meyusahkan AJK.., walaupun korang pakar hiasan dalaman
sekalipun, pendek kata kena minta izin dari pihak AJK jika mahu membuat hiasan
dalaman atau luaran, jika mahu cas telefonpun jika boleh, mintalah izin atau
terus sedekah wang dalam tabung masjid.
16. Jangan melunjurkan kaki ke arah kiblat,
atau masa berceramah atau masa tidur, perbuatan itu adalah tidak sopan. Lagipun depan masjid banyak ayat Al quran.
17. Terima kasih kerana tidak meniarap
dalam masjid.
18. Sekiranya tidur dan mimpi bersetubuh
lalu terpancut air mani, kena berambus dari masjid cepat cepat. Haram duduk
dalam masjid dalam keadaan hadas besar, sesudah mandi di kolah masjid baru
boleh masuk sambung tidur jika subuh belum masuk.
19. Dari jendela masjid, tidak elok meludah
ke arah kiblat.
20, Tidak boleh berniaga dalam masjid, jika
mahu jual barang, sila keluar dari masjid. Ustaz pun sama, jangan sibuk nak
jual buku dalam masjid.
21. Tidak boleh membuat pengumuman mencari
barang hilang dalam masjid, tetapi boleh membuat pengumuman barang jumpa di
waktu yang sesuai.
22. Jika mahu keluar dari masjid maka
ucapkanlah :
"ALLAHUMMA IN-NI AS ALUKA MIN FADLIKA”
(Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu
dari karunia-Mu)
23. jika mahu tegakkan ugama islam,
bermesyuaratlah di masjid, bukannya di balai raya, atau di kedai kopi.
24. Jangan main video call dengan bini
waktu iktikaf, tak payah gelojoh sangat. Adohai.
25. Dalam masjid, Sebelum tidur pastikan
ada alas tidur, al- Maklumlah bila tidur macam macam cecair boleh keluar
seperti air liur basi, air mani dan air tulang belakang. Aku cukup tidak setuju
melihat papan tanda yang menulis, “dilarang tidur dalam masjid” kerana ini
bertentangan dengan Sunnah Nabi, sepatutnya mereka tulis, “dilarang tidur tanpa
alas”. Mana mana AJK yang tulis “di larang tidur”, maka AJK itu jahil bab
agama, bolehlah di pecat malam ini jugak!
26:Banyakkan dakwah, taklim, ibadat dan
khidmat ketika beriktikaf.
27:Tidak di galakkan membawa kanak-kanak
bawah umur beriktikaf di masjid..
28:Jangan ketawa kuat kuat dalam masjid,
dan jangan menangis kuat kuat, menangis macam biasa, dan ketawa eloklah tak
payah. Pesan Nabi: Jika korang tahu apa yang aku tahu, pasti korang akan banyak
menangis.
29.. 30..
Arghhh, cukup sampai sini, jika ada nak
tambah atau betulkan, boleh isi kat ruang komen, Selamat beriktikaf!
Sekian.
Ps: Di hari akhirat nanti, Allah akan
bertanya pada malaikat: di manakah jiran-jiranku? Maka Malaikat bertanya:
siapakah jiran-jiranMU? Lalu Allah Berfirman: Jiran-jiranku adalah mereka yang
memakmurkan masjid.
(Semoga kita dapat amal apa yang kita
dengar dan sampaikan)
Jul 26, 2013
7 Hari mencari Sahur?
(Koleksi kisah laki bini dari FB Hamka Keretamayat di awal
Ramadhan beberapa hari yang lalu.., layan..)
Sahur hari pertama
Sebelum tidur, berkatalah laki kepada bini..
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
Beberapa jam kemudian
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 20 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Aku bermimpi ke malam tadi?, nampaknya hanya bini yang paham
laki masing masing, adohai...
Sahur Hari kedua
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
kata laki pada bini sebelum tidur.
Menjelang sahur, terdengarlah bunyi bawang menyeringai dalam
kuali, kemudian terdengar sodep menari nari bergulir dengan perisa nasi goreng
dan bahan bahannya, ha ha ha, siapa sangka, di awal kedinginan pagi sebegini
ada insan bernama lelaki yang sangat mahir dalam memasak nasik goreng u.s.a..,
ha ha!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 25 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
cis! rupanya aku hanya bermimpi masak nasik goreng, cilako!!
, kesimpulan sekali lagi, hanya bini yang paham laki masing masing, adohai...
Sahur Hari ketiga
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar
abang..."
Belum sempat aku habiskan kata kata, ada jari telunjuk kanan
bini atas bibir aku dan jari telunjuk kiri beliau pula di atas bibirnya.
(Enjoy the silence....)
"Bang, ketahuilah, saya sedia masak berbuka dan sahur
untuk abang seumur hidup saya. Malahan saya bahagia menunaikannya...
Ps: Kagum dengan orang perempuan.., terima kasih kepada
semua bini di seluruh dunia yang memahami hakikat nikmat memasak untuk laki masing
masing, kagum dari jauh!
Sesat mencari sahur di hari ke empat
Alamak, aku dah sesat, aku tak patut berada di lorong ini,
ini kawasan perempuan, buat apa aku masuk ikut sini, mana peta? Mana peta?
Aku raba poket kiri? Peta takde, aku raba poket kanan pun
takde peta? Arggh, ni mesti peta yang bini aku bagi kat rumah tu terjatuh kat
lorong ramai perempuan tadi, nak kena patah balik ni masuk lorong yang ramai
perempuan seksi, adohai..
Jika bini aku ada disisi, tentu aku tak sesat macam
sekarang, tapi bini aku sedang berpantang kat rumah, macam mana ni?
Aku takde pilihan lain, dari terus sesat, akupun masuk balik
ke lorong tadi, abaikan betis mereka yang putih dan gebu, aku mahu cari peta,
mana? Mana?
Hah itu dia!., harap bukan tisu muka yang di buang oleh
wanita tak senonoh..
Aku pungut kertas yang bergumpal, bukak dan Alhamdulilah,
memang itu peta yang bini aku sediakan sebelum aku keluar rumah.
Aku baca panduan peta tersebut untuk mengelakkan aku sesat
lagi:
“garam, gula, kobis, anggur hitam dah beli, ok, sekarang nak
kena cari beras, biskut, kurma, dan kentang..”
Aku lipat ‘peta’, tolak trolley sambil tersenyum kerana
tidak sesat lagi dalam membeli belah.
Woha!
Perbualan ketika sahur di hari ke lima
"Abang, binatang apa yang jika mahu puasa, tapi tak
boleh berpuasa kerana tidak tahan deangan godaan di bulan puasa?"
Tanya bini ala teka teki sewaktu bersahur.
"ular" jawab aku kekenyangan tapi nasi belum habis
sebab ambil lauk banyak sangat.
"kenapa ular?"tanya bini
"sebab ular tidur lama sangat sampai puasa
batal-woha!"
Bini geleng kepala dan berkata:
“salah! jawapannya adalah ayam,”
“Apahal pula ayam?” sanggah aku.
Kata bini:
“Sebab manusia selalu membazir makanan dan buang dibelakang
rumah, jadi ayam setiap hari dibulan puasa tidak mampu menahan godaan makan
makanan yang dibazir manusia, huhu, insaflah wahai insan, woha!”
Teki teki sambil perli yang tak tahan tu, adohai.., membazir
itu saudara syaitan.., insaf.., insaf.
Sahur hari keenam
"Awak nak dengar tak abang ubah lirik lagu “harapan Ramadhan” kepada “harapan terawikh”
"Awak nak dengar tak abang ubah lirik lagu “harapan Ramadhan” kepada “harapan terawikh”
Tanya aku pada bini, terus bini angguk setuju, lalu akupun
menyanyi:
****
“Ku mengharapkan Tarawih malam ini penuh makna ,
Agar dapat kulalui Dengan sempurna,
Sebaris demi sebaris,
Sejuzuk sudah pun berlalu,
Masa yang pantas berlalu,
Hingga tak terasa ku berada
Di dalam sembahyang tarawikh”
“Ku mengharapkan Tarawih malam ini penuh makna ,
Agar dapat kulalui Dengan sempurna,
Sebaris demi sebaris,
Sejuzuk sudah pun berlalu,
Masa yang pantas berlalu,
Hingga tak terasa ku berada
Di dalam sembahyang tarawikh”
****
Bini gelak, dan bertanya:
Bini gelak, dan bertanya:
“Wah! Sedapnya abang tukar lirik, bila dapat idea tukar
lirik ni?”
“Masa solat terawikh malam tadi, ada ringtone Handphone sape
ntah yang berbunyik lagu ni waktu rakaat ke lapan, tu yang abang ubah lirik
kisah orang khuyuk sembahyang..”
“Ha ah.., Khuyuklah sangat, Woha!”
Adohai, kantoi!!
Beli kuih di hari ke enam
Hari ni bawak anak 4 orang pergi bazar Ramadhan, setiap sorang aku bagi RM2, mereka boleh pilih nak beli apa-apa, tapi terhad pada RM2.
Hari ni bawak anak 4 orang pergi bazar Ramadhan, setiap sorang aku bagi RM2, mereka boleh pilih nak beli apa-apa, tapi terhad pada RM2.
Anak aku yang sulung (10 tahun) dan adiknya ( 8 tahun)
berpecah dari aku kerana mereka dah besar, sempat aku kirimkan mereka beli kuih
lompang untuk ibunya, jadi aku tambah RM 2 untuk mereka, sementara aku bersama
dengan anak perempuan ( 7 tahun) dan anak lelaki ( 5 tahun) pergi cari kuih
mengikut halwa masing masing.
Di hujung bazar Ramadhan, anak perempuan aku beli burger
mini, anak lelaki yang masih tadika beli kek coklat. Kemudian datanglah dua
lagi anak aku yang membeli kuih gulung dan sorang lagi kuih puteri mandi, eh?
Mana kuih lompang?
Anak aku tak kenal pulak kuih lompang?, adohai.., maka
terpaksalah aku meredah bazar Ramadhan membeli kuih lompang demi untuk bini.
Sampai rumah, semua kuih di hidang atas meja, Lompang untuk
bini, kuih gulung untuk anak no 1, kuih puteri mandi untuk anak no2, mini
burger untuk anak no 3 dan kek coklat untuk anak no 4.
Eh? Mana kuih aku?
Mana kuih untuk Hamka keretamayat?
Nampaknya aku lupa membeli kuih untuk diri sendiri.
Begitulah kisah Bapak Mithali- Woha!
Sahur yang menyedihkan di hari ke tujuh.
Kisah laki bini kali ini agak sedih..
Malam tadi, Bini tanya:
“abang sahur nak makan apa?”
Laki setelah berfikir sejenak, menjawab:
“Nasi lemak, dah lama abang tak makan nasi lemak, sejak
bulan puasa belum lagi makan nasi lemak”
Bini senyum lalu berkata:
“Abang pergi beli santan, bahan lain semua sudah ada”
Lepas terawikh, aku pergi kedai runcit untuk beli kelapa
parut, namun malangnya, Kelapa ada, tapi orang bertugas mesin kelapa pulak tak
ada, kata kakak jaga kaunter kedai runcit, orang tu belum balik solat terawikh.
Aku pun Tanya mana parang, aku kopak kelapa sendiri, dan aku mesin sendiri di
kedai itu, Kakak itu senyum tengok aku yang berbakat dalam parut kelapa,
malahan kakak tu gelak bila ada pelanggan lain mintak aku parut kelapa jugak,
adohai..
Sampai rumah, aku tolong bini masak, perah santan, siang ikan
bilis dan sebagainya. Al maklumlah bini sedang berpantang.., akhirnya nasi
lemak yang sedang di masak dalam periuk elektrik mulai berbau wangi, sambal
yang sudah siap di goreng juga berbau harum, timun yang sidah siap dihiris juga
menimbulkan aroma menarik, Cuma tinggal telur goreng mata kerbau sahaja belum
goreng, Arghh, besok waktu sahur sempatlah aku menggoreng telor tu, insyaAllah.
Ok, sekarang Jam sudah 12 tengah malam, kami laki bini tidur
dahulu, besok kita sahur nasi lemak sama-sama. Yahooo!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pagi ini, kami laki bini hanya memandang nasi lemak yang siap terhidang di bawah saji, bersama alunan azan subuh…
.
.
.
.
.
.
.
.
Pagi ini, kami laki bini hanya memandang nasi lemak yang siap terhidang di bawah saji, bersama alunan azan subuh…
Rupanya kitaorang terjaga sebaik azan subuh berkumandang…
Sob.. Sob..
Tak ada rezeki makan nasi lemak di bulan puasa ini nampaknya..,
namun..,
Syukur pada Allah, kerana Malaysia masih aman.
Jul 22, 2013
Cerpen Ramadhan oleh Driver Keretamayat?
(Keretamayat
mempunyai dua fungsi di bulan puasa, pertama membawa mayat ke kubur, kedua
membawa orang yang didapati bersalah kerana tidak berpuasa 'bersiar siar'- only
in Malaysia)
Tajuk Cerpen: Orang
jahat masuk neraka.
Kereta mayat yang
aku cuba hidupkan enjinnya gagal untuk berfungsi, pesalah yang tidak berpuasa
di kerusi belakang kelihatan sedikit ceria. Aku cuba hidupkan lagi, tapi enjin
terus batuk batuk dan mati.
“kenapa bang?”
Tanya salah seorang yang di tangkap ketika makan nasi lemak di kedai mamak jam
sembilan pagi.
“kereta ini tak hidup, macam tak ada bateri, tapi jika aku on radio, hidup” Jawab aku sambil mengerutkan kening..
“bateri lemah kot?” Duga si pemuda yang ditangkap hisap rokok di khalayak umum waktu tengah hari.
“Agaknyalah” Jawab aku sambil keluar dari keretamayat dan membuka bahagian enjin.
“Sudah berapa lama tak tukar bateri?” Tanya pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa.
“Sudah dekat 3 tahun rasanya” Jawab aku setelah membuka pintu enjin keretamayat.
“Patutlah, ni nak kena tukar baru, kau ada ‘jumper’? jom kita pergi beli Cable Jumper” Cadang si pesalah yang di tangkap makan nasi lemak di kedai mamak jam sembilan pagi.
“kereta ini tak hidup, macam tak ada bateri, tapi jika aku on radio, hidup” Jawab aku sambil mengerutkan kening..
“bateri lemah kot?” Duga si pemuda yang ditangkap hisap rokok di khalayak umum waktu tengah hari.
“Agaknyalah” Jawab aku sambil keluar dari keretamayat dan membuka bahagian enjin.
“Sudah berapa lama tak tukar bateri?” Tanya pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa.
“Sudah dekat 3 tahun rasanya” Jawab aku setelah membuka pintu enjin keretamayat.
“Patutlah, ni nak kena tukar baru, kau ada ‘jumper’? jom kita pergi beli Cable Jumper” Cadang si pesalah yang di tangkap makan nasi lemak di kedai mamak jam sembilan pagi.
“korang tolaklah
kereta mayat ini, lagipun korang semua tak puasa, eloklah.. Woha!”
Mereka semua
mengeluh tapi akur pada arahan driver keretamayat..
Mari belajar ilmu baru hari ni, iaitu bagaimana mahu menghidupkan kereta yang tiada bateri, mula mula kaki tekan clutch, masukkan gear satu, bila kereta di tolak, lepaskan clutch dengan pantas dan tekan minyak terus, ajar pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa pada aku akan bagaimana untuk hidupkan kereta tanpa bateri.
Maka mereka pun tolak..,
Mari belajar ilmu baru hari ni, iaitu bagaimana mahu menghidupkan kereta yang tiada bateri, mula mula kaki tekan clutch, masukkan gear satu, bila kereta di tolak, lepaskan clutch dengan pantas dan tekan minyak terus, ajar pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa pada aku akan bagaimana untuk hidupkan kereta tanpa bateri.
Maka mereka pun tolak..,
Tolak!!
Tolak!!!
TOLAK!!!
Tak hidup jugak?
Tolak lagi!!
Lagi!!
Tolak!!!
Arggh, sudah tiga
kali tolak namun masih tidak berjaya juga.
Mereka semua kepenatan.., walaupun mereka tidak berpuasa, tetapi menolak keretamayat di tengah hari begini, memang mujahadah..., mereka pun serba salah juga, Jika tolak dan kereta mayat hidup, akan dimalukan, tapi jika tidak hidup, kena tolak lagi macam orang gila, adohai..
Mereka semua kepenatan.., walaupun mereka tidak berpuasa, tetapi menolak keretamayat di tengah hari begini, memang mujahadah..., mereka pun serba salah juga, Jika tolak dan kereta mayat hidup, akan dimalukan, tapi jika tidak hidup, kena tolak lagi macam orang gila, adohai..
“Bang, boleh tak
kami semua minum air sekejap, kami memang tidak berpuasa..”
Aku tidak menjawab,
cuma mengajak mereka berehat di surau berdekatan, di surau mereka membasuh muka
dan curi curi minum air paip, kemudan mereka semua bersandar di beranda surau.
Aku masuk ke
dalam surau dan mencari kitab fadfhilat ramadhan, alhamdulillah, ada di meja
mengajar sebelah imam, terus aku ambil dan duduk depan mereka,
“Elok korang
rehat ni, aku nak bagi tazkirah sikit...” kata aku kepada semua pesalah yang
didenda naik kereta mayat.
Aku buka kitab
dan mula membaca hadith:
“Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari
bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah
ditentukan untuk masuk Neraka...”
Pemuda yang ditangkap
ketika membeli nombor ekor di bulan puasa angkat tangan untuk bertanya:
“Bang, nak tanya,
kepada siapakah sebenarnya ditujukan akan sejuta manusia yang kesemuanya telah
ditentukan untuk masuk Neraka tapi kemudian di bebaskan jua akhirnya dalam
hadith di atas, siapa? sejuta ahli neraka itu di rujuk kepada yang masih hidup
atau yang sudah jadi mayat? Jika sejuta ahli neraka dalam hadith di atas itu ditujukan
kepada mereka yang telah jadi mayat, maka mayat yang mana dulu akan di
bebaskan? Mungkin mayat yang anak cucunya berdoa untuk mereka atau bagaimana?
Mayat yang tiada anak dan cucu pula bagaimana?”
Pergh, boleh
tahan soalan mamat ini, tapi aku bukan ustaz, hanya pemandu kereta mayat, lalu
jawab aku:
“Maaf, saya pun
jahil bab ugama, tapi yang saya faham, hadith mana manapun pastilah merujuk
kepada orang yang belum jadi mayat, Apabila Nabi bersabda, maka dituju kepada
sahabat untuk beramal dengan hadith tersebut, jadi bab hadith ini, sejuta ahli
neraka itu ditujukan kepada kita semua yang masih hidup kerana antara kita
memang sudah banyak buat dosa sehingga telah tertulis nama di pintu-pintu
neraka!. Naduzubillah!
Sebagai contoh
sebab-musabab nama tertulis di pintu neraka, Nabi bersabda:
“Seseorang yang
meninggalkan walaupun satu solah fardu dengan sengaja, namanya akan tertulis
dipintu neraka dan dia pasti akan memasukkinya.”
(Kitab Qurratul
Uyun)
Hadith lain:
“Seseorang yang meninggalkan solat sehingga
terluput waktunya, kemudian menqadakan solah itu maka dia akan diseksa dalam
neraka selama satu huqub.Satu huqub bersamaan lapan pulun tahun dan satu hari
(di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia ini)”
Jadi aku yang
jahil ini beranggapan bahawa sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada kita yang
masih hidup, yang mana mungkin ada antara kita telah sengaja tidak solat, maka
nama sudah tertulis dipintu neraka sedang kita masih belum jadi mayat lagi…,
tapi tidak semestinya anggapan aku betul, tapi setelah dirujuk kepada hadith
Nabi yang yang di ambil pada tarikh 30 hb syaaban riwayat Hazrat Salman R.a
yang mengatakan Nabi telah arahkan kami memperbanyakkanlah bulan puasa dua
perkara(dari empat perkara) yang tidak boleh tidak kamu perlukan iaitu memohon
shurga daripada Allah dan meminta perlindungan dari api neraka, nampaknya
memang Nabi ada suruh kita banyakkan mohon selamat dari azab api neraka pada
bulan Ramadhan dan minta pula adalah bagi pihak diri kita sendiri..
Maka aku berharap
kita semua bertawajuh pada ALLAH agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu
adalah kita: aku dan kamu semua!
Walaupun, setelah
segala dosa itu kita cucuri dengan air mata menyesal, taubat dan qadha mana
yang tinggal, namun kuasa memadam nama dipintu neraka adalah di tangan Allah,
maka sempena bulan puasa ini di waktu berbuka, sekali lagi aku harap kita sama
sama dapat bertawajuh pada ALLAH dengan sepenuh harapan agar sejuta ahli neraka
yang di bebaskan itu adalah termasuk kita semua.
Lagipun, ikut
quote Hadith yang mula-mula di atas, Allah hanya bebaskan sejuta ahli neraka
sahaja setiap hari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada 30 juta ahli
neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan. Sedangkan Ummat islam ada
berbelion-belion di atas muka bumi ini!.
Maka mahu tidak
mahu, kita memang kena ikut sangat sabda Nabi dalam Hadith di atas yang
mengatakan
“Perbanyakkanlah bulan ini dua perkara iaitu memohon shurga daripada
Allah dan meminta PERLINDUNGAN DARI API NERAKA.”
Oleh kerana sudah
banyak hari juga Ramadhan telah berlalu, dan sementara peluang sejuta ahli
neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, maka marilah kita
‘berlumba-lumba’ di bulan Ramadhan ini dengan bersolat sunnat tarawih,
bertadarus Al Quran, beriktikaf, berdakwah, dan lain lain ibadat demi meraih
perhatian Allah agar kita termasuk dalam 30 juta ahli neraka yang akan di
bebaskan.., amin!
Nabi Muhammad SAW
pernah bersabda,
“Allah akan
menumpukan perhatianNYA kepadamu dalam bulan Ramadhan, Dia akan menurunkan
Rahmat, dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan
perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada
para Malaikatnya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan.
Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada
Rahmat Allah pada bulan ini”
(riwayat Ubadah
bin Sommit RA):
Maka, tunggu apa
lagi? peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap
hari, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam,
hanya sejuta sahaja sehari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada hanya 30
juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan…
Inilah bulan kita
nak bersolat tarawikh kerana bulan ini sahaja yang ada, jangan berbaring di
depan TV, inilah bulan amalan sunat mendapat ganjaran fardu, dan amalan fardu
di ganda-gandakan.
Dan ada satu lagi
berita baik, dari Hadith pertama di atas, masih ada sambungan, tapi di sampuk
oleh pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa. Maka sambungan
Hadith yang mula mula di baca tadi:
“..Apabila tiba
hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan pada hari itu
ahli neraka sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal
sehingga ke akhir bulan.”
Wah!! ini SUDAH
SANGAT SANGAT BAGUS! Dari 30 juta ahli neraka telah di tambah kepada 60 JUTA!
Betapa Pemurahnya Allah! tunggu apa lagi? peluang 30 juta dah di tambah kepada
60 juta! Ingat!ADA 60 JUTA ahli neraka yang akan di bebaskan dari neraka dan
peluang ini masih di buka, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion
billion ummat islam, hanya 60 juta sahaja yang confirm masuk neraka akan di
bebaskan.!
Jangan berlengah
lagi, kunjungilah masjid yang berhampiran untuk keterangan lanjut, dan tarih
tutup adalah pada 1 syawal..
InyaAllah!
(Sudah jadi macam
iklan Jualan murahlah pula, adohai..)
Aku tutup buku
Fadhail dengan muka ceria tapi wajah Pemuda yang ditangkap ketika membeli
nombor ekor di bulan puasa itu masih
tidak puas hati, beliau mulai bersuara:
"Bang, semua
hujah abang itu menggunakan hadith, kenapa tidak guna hujah Al quran sahaja,
sebab hadith boleh di ubah ubah, bagus jika abang keretamayat guna dalil Al
quran sahaja dalam memberi hujah."
Jawab aku:
“Kau ni anti
hadith ke? Allah yang takdirkan segala galaNYA, apa kau sangka Allah mahu biar sahaja
hadith di ubah tanpa pengawasan Allah? tepuk dada tanya iman. masa sudah
semakin pendek, langkahan kita langkahan maut, menuju kubur.., kau mati esok,
dalam Al quran tak cerita detail macam mana nak tanam, nak aku tanam kaki kau
terjulur keluar?”
Mereka yang lain
gelak, lalu aku ajak mereka sambung tolak keretamayat..
Tiba tiba baru
aku perasan, ketika mereka tolak kereta aku sebelum ini, ada satu benda yang
aku terlupa buat, kalau aku bagitahu mereka tentang apa yang aku terlupa buat itu,
tentu mereka akan maki aku, lalu aku pun buat secara senyap senyap, dan dengan
izin Allah, sekali tolak, kereta mayat terus hidup, broom!
Mereka gembira kepenatan, itulah, kena dengar tazkirah dahulu, baru datang nusrah Allah, kata aku yang membuatkan mereka semua tersengeh..
Kemudian akupun berterus terang, sebenarnya tadi.., aku lupa nak ON kan suis kereta. Adohai...
Dalam kepenatan setelah menolak kereta , mereka tidak marahkan aku, tapi mereka pakat pakat ketawakan aku kerana jahil bab enjin kereta! Jawab aku:
Mereka gembira kepenatan, itulah, kena dengar tazkirah dahulu, baru datang nusrah Allah, kata aku yang membuatkan mereka semua tersengeh..
Kemudian akupun berterus terang, sebenarnya tadi.., aku lupa nak ON kan suis kereta. Adohai...
Dalam kepenatan setelah menolak kereta , mereka tidak marahkan aku, tapi mereka pakat pakat ketawakan aku kerana jahil bab enjin kereta! Jawab aku:
‘err, aku memang
jahil bab dunia-woha!”
Mereka terus
ketawakan aku lagi, nampaknya hati manusia menjadi lembut setelah mendengar
‘suara’ Nabi (hadith), almaklumlah, sahabat yang brutal dan kejam bunuh anak
hidup-hidup di zaman jahiliah boleh jadi baik setelah mendengar ‘suara’ Nabi,
apatah lagi kita semua yang setakat bunuh cicak.
Dari jauh mereka
bertiga naik keretamayat sambil tersengih kepenatan, lalu aku pun membawa
mereka bersiar siar di jalan raya, harmoni sungguh hukuman orang yang tidak
berpuasa di Malaysia, adohai..
Ps: Bateri bila sudah setahun setengah memang perlu buat
tindakan, selepas itu jika perasan sibuk untuk buat tindakan, jangan lupa bawa
‘jumper’ dalam kereta, dan akhir sekali bila mahu tolong tolak kereta, pastikan
driver tu ON kan suis kenderaan, kemudian berlumba lumbalah membuat kebaikkan
di bulan puasa, dan kepada yang tidak berpuasa, denda di akhirat bukan setakat tolak
keretamayat.., tapi lebih teruk dari itu. Oh...!
Jul 18, 2013
Kisah Laki bini- Tahukah korang?
( Pada suatu hari di Bulan Puasa, Oh ye.., di Malaysia)
Kepada semua laki bini, tahukah korang akan apa yang berlaku
pada malam pertama di bulan Ramadhan?
Jawab laki bini: “Malam
pertama ramadhan, kami pergi supermarket beli stok sebulan untuk sahur dan
berbuka, kami juga pergi membeli baju raya untuk anak anak kerana ada jualan
murah, dan kami juga menempah baju melayu dan baju kurung, kemudian kami pergi
makan besar besaran, maklumlah esok sudah mahu puasa”.
Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, sesungguhnya,
syurga telah diharumkan dan dihiasi yang mana apabila tiba malam pertama dari
bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan
‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang
pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang
tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya.
Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:
Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:
“ Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”
Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,
“Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan. Hari ini
pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad
s.a.w.”
Kemudian, Allah
berfirman,
“ Wahai Ridhwan ! Bukakanlah pintu-pintu syurga dan
wahai Malik penjaga neraka tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang
berpuasa daripada kalangan umat Nabi Muhammad! Dan Wahai Jibrail! Turunlah ke
bumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka dengan
rantai kemudian lontarkanlah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat
merosakkkan puasa umat Muhammad kekasihKu.”
Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…
****
Habis babak malam pertama, Kepada semua laki bini sekalian,
tahukah korang akan apa yang berlaku pada setiap kali waktu berbuka?
Jawab laki bini: “Setiap
kali waktu berbuka, kami akan hidangkan berbagai makanan dan beraneka kuih yang
dibeli di Bazar ramdhan, sebaik azan, kami makan banyak, minum air banyak, dan
tambah makanan dan makan sehingga kenyang tetapi makanan masih belum habis lalu
kami buang ke dalam tong sampah dan kami berehat kekenyangan hingga tertidur
sampai terluput waktu maghrib.”
Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, bahawa setiap
hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan Allah akan membebaskan sejuta
manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka.
Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…
*****
Habis babak waktu berbuka, Kepada semua laki bini sekalian,
tahukah korang akan apa yang berlaku pada setiap malam di bulan Ramadhan?
Jawab laki bini: “Setiap
malam, selepas azan margrib kami makan bersungguh sungguh, kemudan kami rehat,
sudah mendekati isyak, kami solat magrib dirumah, kemudian baru ke surau
bertarawih 8 rakaat, pulang jam 9.30 malam, sambung makan dan main mercun
bersama anak anak, layan astro sampai tertidur, bangun sahur, makan lagi dan
tidur balik. Subuhpun terlajak.”
Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, bahawa pada
setiap malam dari Ramadhan, Allah akan memerintahkan seorang penyeru supaya dia
menyeru tiga kali bagi pihak Allah,
Seruan pertama:
Seruan pertama:
“Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya?”
Seruan kedua:
“Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya?”
Seruan ketiga
“Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Aku mengampuninya?”
Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…
*****
Habis babak sepanjang malam, kepada semua laki bini
sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada malam (lailatul) qadar?
Jawab laki bini: “Sudah
dekat raya, kami laki bini keluar ke pasar membeli bahan bahan membuat kuih,
dan pulang ke rumah membuat kuih sampai sahur. Tidak sempat untuk bertarawih
lagi, tapi masih sempat temani anak bermain bunga api.”
Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, sesungguhnya
apabila tiba Lailatulqadar Allah akan memerintahkan malaikat Jibrail a.s supaya
turun bersama satu kumpulan besar malaikat. Bersama mereka terdapat bendera
hijau. Malaikat jibrail akan memacakkan bendera itu di atas Kaabah. Malaikat
Jibrail a.s mempunyai seratus sayap,dua daripada sayap tersebut tidak pernah
dibuka kecuali pada malam lailatul qadar itu sahaja.
Lalu beliau membuka
kedua-dua sayapnya sehingga menutupi timur dan barat. Kemudian pada malam
tersebut Jibrail a.s akan mendorong para malaikat lain supaya mereka pergi
memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri dan duduk, bersolah atau
berzikir.
Kemudian, para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan meng-aminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibrail a.s akan menyeru segala malaikat,
Kemudian, para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan meng-aminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibrail a.s akan menyeru segala malaikat,
“ Sekarang pulanglah.!”
Para malaikat itu pun akan bertanya,
Para malaikat itu pun akan bertanya,
“ Wahai Jibrail apakah yang Allah telah lakukan terhadap keperluan-keperluan
orang beriman di kalangan umat Muhammad?”
Beliau akan menjawab,
Beliau akan menjawab,
“ Allah telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan
mereka semua kecuali empat jenis manusia.”
Kepada Laki bini, tahukan korang akan siapakah mereka empat jenis manusia yang tidak mendapat keampunan Allah pada malam lailatul qadar?
Sesungguhnya empat jenis manusia yang tidak mendapat keampunan Allah pada malam lailatul qadar adalah:
1. Peminum arak yang berterusan,
2. Seseorang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya,
3. Seseorang yang memutuskan silaturrahim
4. Sesorang yang berhasad dengki
Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…
Kepada Laki bini, tahukan korang akan siapakah mereka empat jenis manusia yang tidak mendapat keampunan Allah pada malam lailatul qadar?
Sesungguhnya empat jenis manusia yang tidak mendapat keampunan Allah pada malam lailatul qadar adalah:
1. Peminum arak yang berterusan,
2. Seseorang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya,
3. Seseorang yang memutuskan silaturrahim
4. Sesorang yang berhasad dengki
Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…
****
Habis babak malam seribu bulan, Kepada semua laki bini
sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada penghujung ramadhan?
Jawab laki bini: “kami
akan cuba pakai baju baru, buat kuih lagi, cat rumah, gantung langsir dan
membeli itu ini kerana raya setahun sekali. Malam raya kami akan hias rumah
kami dengan pelita macam raya india, main mercun macam raya cina, dan gantung
lampu kelip kelip macam raya krismas, di waktu malam raya, akan ada Filem
melayu yang baru masuk pawagam di tayangkan di TV, dan sambil makan serta
mendengar lagu raya, kami bergembira.”
Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, bahawa di
penghujung Ramadhan Allah akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah
ditentukan untuk masuk neraka. Kemudian apabila tiba malam hari raya
aidil-fitri maka pada malam itu disebut sebagai Lailatul Jaizah iaitu malam
pengurniaan hadiah bagi mereka yang masih sibuk beribadat.
Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…
****
Habis babak malam raya, Kepada semua laki bini sekalian,
tahukah korang akan apa yang berlaku pada pagi hari raya?
Jawab laki bini: “Kami
sudah insaf wahai Hamka pemandu keretamayat, jawapan korang membuatkan kami
malu kepada diri sendiri, tolonglah ceritakan kepada kami laki bini akan
peristiwa yang berlaku di pagi hari raya.. isk.”
Macam macam hal kisah laki bini ni, adohai...
Sesungguhnya, Pada pagi hari raya Aidilfitri, Allah
menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan
berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang
boleh didengari oleh semua makluk Allah selain jin dan manusia.
Mereka berkata,
“ Wahai umat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan yang Maha pemurah yang
mengurniakan dengan banyaknya dan yang mengampuni dosa-dosa besar.”
Kemudian, Apabila orang islam tiba ditempat sembahyang raya, Allah akan bertanya kepada para malaikat,
Kemudian, Apabila orang islam tiba ditempat sembahyang raya, Allah akan bertanya kepada para malaikat,
“Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?”
Para malaikat akan berkata,
Para malaikat akan berkata,
” Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.”
Lalu Allah berfirman,
Lalu Allah berfirman,
“ Sesungguhnya Aku jadikan kamu sebagai saksi, wahai malaikatku,
sesungguhnya Aku jadikan keredaan dan keampunanKu sebagai pahala puasa bulan
Ramadhan dan ibadat malam mereka.”
Kemudian Allah akan berfirman kepada kita semua manusia!
"Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah daripadaKu.
Kemudian Allah akan berfirman kepada kita semua manusia!
"Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah daripadaKu.
Demi kemuliaan dan keagunganKu, kamu tidak memohon sesuatu daripadaKu pada
hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu untuk kepentingan akhirat melainkan Aku
pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu
mohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagimu.
Demi kemuliaanKu, Aku akan tutup keaiban-keaibanmu selama mana sengkau
mengingatiKu.
Demi kemulian dan keagunganKu, tidaklah aku menghina kamu dan tidak juga
memalukan kamu di kalangan orang yang orang-orang kapir.
Bersurailah dalam keadaan kamu di ampunkan dan telah Ku tukarkan segala keburukkan kamu kepada kebaikkan.
Bersurailah dalam keadaan kamu di ampunkan dan telah Ku tukarkan segala keburukkan kamu kepada kebaikkan.
Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah reda dengan kamu.”
Maka gembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang di kurniakan Allah kepada umat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan Ramadhan.
Akrian, gembira dan menangislah jua laki bini yang insaf dengan nikmat Allah lalu berubahlah mereka menjadi insan yang bertakwa hendaknya, amin...
Maka gembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang di kurniakan Allah kepada umat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan Ramadhan.
Akrian, gembira dan menangislah jua laki bini yang insaf dengan nikmat Allah lalu berubahlah mereka menjadi insan yang bertakwa hendaknya, amin...
Ps:Pinjam lawak ustaz: Errr, Ini bukan laki bini kat sini,
ini laki bini kat tempat lain- woha! (sambil tangan atas bahu dan mata ke atas,
kelakarlah sangat.., adohai)
Subscribe to:
Posts (Atom)


