Oct 19, 2023
Qunut Nazilah yang lengang?
Oct 9, 2023
Sepagi di Mandinah
Satu pagi di Madinah, waktu tunggu isteri keluar dari Taman syurga Raudah…, saya lepak tepi masjid Nabawi dan terlihat beratus ratus jemaah Haji wanita dari pelbagai negara sedang beratur nak masuk Taman Raudhah.. masa tu geng Malaysia dah masuk..
Geng wanita beratur ni mungkin Indonesia, arau Viatnam, atau
kemboja, atau Thailand, saya tak pati sebab wajah iras orang melayu..
Sementara tunggu giliran masuk, mereka semua menyanyi lagu
Nasyid orang Ansar yang sangat gembira sambut Nabi di sempadan Madinah..
To·la·‘al·bad·ru ‘a·lai·na
Min tha·ni·ya·til·wa·da‘
Wa·ja·basy·syuk·ru ‘a·lai·na
Ma da·‘a lil·la·hi da‘
Lantas saya yang sedang baring atas karpet terbayang suasana
zaman awal Madinah dulu, wanita beratur tunggu Nabi datang, dan menyanyi….
Kemudian bila Saya hayati makna lagu ini, rasa sebak sebab
mereka jumpa Nabi waktu hidup, beruntunglah penduduk awal Madinah sedangkan
kita nak ziarah Nabi yang dah wafat kena bersesak bagai dan dapat lintas tengok
kubur kejap jer.. sebab kena halau dengan askar arab.
Saya pejam mata hayati makna lagu nasyid sebab jemaah yang
beratur tu makin kuat bernasyid…
Bagi yang tak tahu..
Al kisahnya 5 tahun lepas Nabi berdakwah di Mekah, sikit
demi sedikit ada hamba abdi yang masuk Islam, tapi tiada yang berani ibadat
secara terang terang, jika tertangkap pasti ada yang diseksa atau dibunuh.
Tiba tiba orang kafir dengar ura ura Nabi nak Hijrah ke
tempat lain, maka muncul ancaman bunuh jika Nabi keluar Mekah, lalu dihalang
oleh keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib
Abu Lahab ketua orang kafir telah buat SOP yang mana, Baikot
semua keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, lepas ni tidak boleh kahwin
dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, tak boleh beli barang mereka, dan
tak boleh jual barang mereka, tak boleh ziarah, tak boleh buat hubungan social,
sekat semua sumber rezeki mereka dan orang Islam tak dibenarkan rentas daerah.
Alangkah azlimnya SOP ini padahal Nabi pun saudara mara Abu
Lahab jugak.
PKP pun bermula, Nabi dan penyokongnya di pulau dan dikepung
di lembah Abu Mutalib, selama tiga tahun.
Tiga tahun yang penuh seksa…
SOP perjanjian Boikot ini digantung di Ka’bah. Dan semua
orang wajib taat, siapa langgar SOP seperti pergi hantar makanan, atau pergi
jual barang, akan dipukul dan diseksa.
PKP kita makanan masih ada atas meja, InsyaAllah ada bantuan
dari jiran, tapi PKP Nabi Diceritakan terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu
serta rumput kering. Ada anak sahabat yang mati atas ribaan kerana ibunya tiada
susu.
Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan
tiba di Mekah, Orang Kafir sanggup beli dengan harga dua kali ganda membuatkan
tiada peniaga yang mahu curi masuk jual makanan sedang di rumah kami, dari jauh
mereka mampu mendengar tangisan anak menjerit kelaparan setiap hari.
Tekanan kelaparan sangat dahsyat sehingga Saad bin Abi
Waqqas cerita beliau makan kulit unta yang dijumpai di tengah jalan, dan makan
sikit sikit untuk bertahan hidup.
Maka banyaklah kisah sedih orang islam yang tak boleh ke
mana mana, tak boleh kerja, tak boleh ke ladang, ada duit tapi tak boleh beli
makanan, ada jodoh tapi tak boleh kahwin, dan masalah utama adalah kebuluran.
Maka kita waktu diuji sikit lapar sebab Order lambat sampai,
ingatlah kisah Nabi dan sahabat diuji dengan tiada apa apa langsung boleh
dimakan…
Tiga tahun kemudian, Nabi bagitahu pada Abu Talib, yang SOP
tergantung dekat Kaabah tu dah musnah di makan anai anai kecuali nama Allah,
dan orang yang tulis SOP itu telah lumpuh kedua tangannya.
Abu Talib pun bawa berita ini, dan bila orang kafir periksa
memang betul SOP dah musnah di makan anak anai kecuali nama Allah, dan penulis
SOP sudah lumpuh tangannya, maka timbul kegerunan dengan “sihir” nabi Muhammad,
padahal itu semua adalah Mukjizat, lalu mereka membatalkan PKP maka bolehlah
Nabi dan sahabat kembali bekerja, beli makanan, kahwin, ziarah, rentas daerah,
dan berdakwah!
Namun ujian Allah datang lagi, sebelum Nabi nak berhijrah,
tahun itu Abu Talib yang selalu menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW meninggal
dunia, lebih sedih Abu Talib mati tanpa islam, bercucuran air mata Nabi sedih
tengok jenazah Abi Talib yang susah payah kena PKP bersamanya, namun mati dalam
keadaan bukan islam. Nabi sedih kerana sedar tanpa Iman bapa saudaranya akan
kekal selamanya dalam neraka.
Bertambah sedih, tahun itu jugak, sebulan selepas kematian
Abu Talib, Khatijah isteri tersayang meninggal di ribaan Rasulullah SAW, dan
dikatanya punca kematian adalah akibat kekurangan makanan waktu PKP.
Bercucuran lagi air mata Nabi, sedih sungguh, dua orang
tersayang meninggal dunia berturut turut, dan takde mana mana tempat sanggup
terima Islam..
Tapi Nabi tak putus asa, sempena dah boleh rentas dareah,
Nabi cuba berhjrah ke Taif sebab dah tiada orang nak lindungi dia di Mekah,
sampai di Taif kisah sedih berulang lagi, Nabi kena pukul, Nabi kena baling
batu hingga berdarah darah, sepanjang jalan orang tua, orang muda, dan kanak
kanak baling batu pada Nabi yang umurnya 50 tahun!
Bayangkan jika ayah kita umur 50 tahun kena baling sebijik
batu? Tapi Nabi Muhammad SAW umur 50 tahun kena baling beratus ratus bijik batu
sampai orang baling tu penat.
Nabi kemudian pulang terhencot hencot dari Taif dengan
bercucuran air mata dan bercuruan darah dipakaian hingga mengalir ke kaki, ada
riwayat kata capal nabi dibasahi darah hari itu.
Nabi akhirnya duduk rehat bawah pokok menangis pada Allah,
ujian apa pun saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha. ujian apa pun
saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha.
Malaikat pun datang nak buat serangan pada penduduk Taif,
Tapi Nabi tak benarkan, Nabi bagitahu jika bereka tak nak beriman, aku doakan
anak cucu mereka yang beriman.
Biar habis lencun baju Nabi dengan darah, pemaaf tetap sifat
Nabi, maka tahun habis PKP itulah merupakan tahun kesedihan dalam kelendar
Islam.
Kesedihan Nabi tidak lama, berlakulah peristiwa Israk dan
Mikraj, Nabi naik kelangit bertemu Allah dan dapat perintah solat lima waktu..
Habis israk Mikraj, sangka orang kafir orang Islam akan lari
sebab terdengar macam mengarut, tapi sahabat makin bertambah Iman dan makin ramai
yang peluk Islam.
Orang kafir meyuarat nak bunuh Nabi. namun Nabi dengan
semangat baru secara senyap senyap Nabi rentas daerah dan Hijrah ke Madinah.
Sebab Nabi dan buat perjanjian dengan penduduk Madinah di
Mina, dan penduduk Madinah sangat gembira terima kedatangan Nabi..
Maka Nasyid selamat datang telah disusun..
To·la·‘al·bad·ru ‘a·lai·na
Min tha·ni·ya·til·wa·da‘
Wa·ja·basy·syuk·ru ‘a·lai·na
Ma da·‘a lil·la·hi da‘
Makna dalam melayu saya cuba seragamkan…
Hadirmu bagai purnama
Muncul di lembah Wada‘
Wajiblah kami gembira
Kekasih Allah tiba..
Wahai Rasul yang dikasihi
Engkau akan kami taati
Engkaulah pembimbing kami
Alhlakmu yang terpuji
Sol·lal·la·hu ‘a·la Mu·ham·mad
Sol·lal·la·hu ‘a·lai·hi wa·sal·lam
Hadirmu bagai purnama
Hilanglah segala gelita
Engkaulah paling mulia
Wajahmu bercahaya
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
Bergabung semua purnama
Kau lebih berkejora
Tiada dapat persona
Cahaya atas cahaya
Ya na·bi sa·lam ‘a·lai·ka
Ya ro·sul sa·lam ‘a·laik
Ya mu·ai·ya·du ya mu·maj·jad
Ya i·ma·mal·qib·la·tain
HAJ-JIE! HAJ-JIE! HAJ-JIE!
Entah macam mana dalam rinduan berirama pada Rasullullah,
muncul askar arab marah marah!
Rupanya memang betul askar arab sedang marah pada geng
wanita yang beratur nak masuk Raudhah tapi bernasyid kuat kuat tadi.
HAJ-JIE! HAJ-JIE! HAJ-JIE!
Woha!
Sep 3, 2023
Terpancut air mani ketika tawaf?
Kisah kali ini agak sulit, bacaan untuk suami isteri sahaja..
Alkisahnya ustazah cerita waktu dia bertugas jaga Jemaah
Haji, dapat panggilan telefon dari seorang lelaki yang sedang menangis..
“Puan, saya terpancut air mani ketika tawaf, adakah haji
saya rosak?”
Ustazah tu tanya, Ada isteri ikut pergi Haji tak?
Katanya Ada.. Ada guna bilik berkat tak? Katanya isteri tak
nak, malu…
Ustazah tu pula menangis sebab dia bertugas tinggalkan suami
dua bulan di Malaysia dan faham masalah lelaki yang bila air mani penuh dalam
Telor (testis) maka perlu dilepaskan sama ada melalui jimak, atau onani, atau
mimpi…
Atau nafsu syahwat dilemahkan melalui puasa atau di
kurangkan makan..
Jadi alkisahnya bila lelaki normal yang berjimak dua ke tiga
kali seminggu tiba tiba pergi Haji selama 40 hari, isteri pula tak nak guna
bilik berkat sebab malu maka emosi lelaki pun tak stabil..
Maka timbullah kisah Waktu tawaf zakar suami tiba tiba
tegang sebab kain ehram mana ada seluar dalam? Lepas tu bergesek gesek dengan
wanita dari pelbagai negara, tujuh pusingan tawaf tu dekat sejam dan bersesak
dengan macam macam perempuan maka tak pelik ada lelaki yang terpancut air
mani..
Nauzubillah… semoga Allah lindungi kita dari ujian Nafsu shahwat..
Maka ustazah nasihat pada isteri lelaki itu agar gunakan
bilik berkat dan kena ganti balik Tawaf, yang mana keluar air mani ketika tawaf
hukum haji tak rosak, tak perlu bayar dam cuma berdosa dan kena bertaubat..
Maka nasihat saya pada isteri yang faham suami masing
masing, yang jimak dua ke tiga kali seminggu di Malaysia, maka di Mekah ini,
janganlah malu guna bilik berkat..
Bantulah emosi shahwat suami agar dapat sempurnakan haji
dengan tenang…
Rujuk sejarah..
Sebelum Nabi pakai Ehram, Nabi telah berjimak dengan semua
isterinya.. maka sunnah sebelum pergi Haji, lepaskan shahwat ditempat yang
halal..
Nabi juga ada pesan pada sahabat yang pergi haji tak bawa
binatang, agar lepas umrah berjimaklah dengan pasangan..
Tapi ada sahabat Nabi bantah, Kata sahabat:
“Kita keluar sebagai haji, kita hanya menginginkan haji,
tapi Nabi suruh buat Haji tammatuk, (bersenang lenang) sedangkan jarak antara
kita dengan Arafah tinggal empat malam, dan baginda membenarkan kami untuk
bersama dengan isteri-isteri kami. Adakah Kita akan datang ke Arafah sementara
kemaluan baru sahaja menitiskan air mani?
Kata-kata itu sampai ke telinga Nabi SAW.. Baginda SAW
bersabda,
“Apakah kamu akan mengajarkanku tentang ALLAH, wahai kaum
muslimin? Kamu sudah mengetahui bahawa aku adalah orang yang paling bertakwa,
paling jujur, dan paling baik di antara kamu. Lakukanlah apa yang kuperintahkan
kepada kamu. Sesungguhnya aku, kalau tidak terlanjur membawa sembelihan, pasti
aku sudah bertahalul seperti yang kamu lakukan Dan kalau aku boleh mengulang
apa yang telah kulakukan, tentu aku tidak akan membawa haiwan sembelihan.
Bertahallullah kamu.”
Maka sahabat pun insaf mendengar kata Nabi, lalu merekapun
potong rambut untuk bertahalul.., Dan berjimak dengan isteri masing masing..
Kembali kepada hati ini..
Hari Arafah dah dekat, bagi mereka yang buat Haji Tammatuk,
Tabung Haji ada pesan agar jangan buat Umrah sunat takut penat sebab tenaga
banyak nak pakai kat Arafah… sila berehat dan bertenang..
Selain itu, Tabung Haji juga ada sediakan bilik berkat..
Saya dapat tahu, ada yang buat bilik berkat sendiri dengan
pakat bincang bersama kawan sesebilik untuk kosongkan bilik ikut
jadual..terpulang rezeki masing masing..
Saya ni ramai geng pakcik dalam bilik maka saya pilih bilik
berkat jer, huhuhu..
Akhir kata, Kepada suami isteri yang malu walau air dah naik
kepala hingga air mazi menitis waktu tawaf, ingatlah pesan Nabi..
”Pada kemaluan setiap orang di antara kamu itu ada sedekah”
Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah apakah jika salah
seorang di antara kami melepaskan syahwatnya (mencampuri isterinya) itu
mendapat pahala?”
Baginda menjawab: “Benar. Bukankah kalau dia meletakkannya
di tempat yang haram dia berdosa? Demikian pula jika dia meletakkannya di
tempat yang halal, maka dia mendapat pahala. Apakah kamu menghitung kejelekan
sahaja tanpa menghitung kebaikan?”
Allahuakbar, berjimak itu sedekah, dan sedekah ditanah suci
itu ganda 100 ribu pahala!
Maka jangan lah malu ajak pasangan anda bersedekah di bilik
berkat!
Woha!
Ps: Kepada yang belum pergi Haji, doa dan niat lah nak pergi
bersama pasangan, pergi waktu muda, yang mana Waktu Ehram jaga pantang larang
dengan mujahadah, tapi lepas tahalul, bertamatuklah…(berseronok seronok).. dan
jika malu nak tulis nama waktu guna bilik berkat, tulis jer nama abang
keretamayat, sebab bantu orang bersedekah juga dapat pahala! woha!
Jun 6, 2023
Pakcik Misteri berbau ubat?
Jam 4 pagi anak mengadu sakit dada…. Tak boleh tidur dan sukar bernafas..
Maka terus bawa ke unit Kecamasan… terus kena tahan, ubat
masuk ikut tangan…
Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah..
Rezeki orang Malaysia..
Dua petugas depan pintu masuk, check anak, lepas tu bawa
jumpa dua orang doktor, lepas tu jumpa dua pegawai farmasi dan lepas tu jumpa
pegawai urus bayaran, tapi kena cas RM1 sahaja…
Allalhuakbar, moga Allah terus limpah rezeki pada kita
semua..
Waktu tunggu anak tadi, borak dengan sorang pakcik dan
keluar topik haji maka-pak cik tu pesan pergi Mekah Madinah nanti bawalah ubat
banyak-banyak. kat sana mahal dan nak beratur panjang,
Jadi kat sini murah kita bawa siap-siap pelbagai jenis ubat
seperti ubat batuk, ubat Selesema, ubat demam, ubat lelah, ubat sakit perut,
ubat sakit tekak, gula gula hacks, dan pelbagai lagi..
Waktu pak cik tu cakap.. saya macam terdetik dalam hati..
eh? kenapa nak bergantung pada ubat banyak sangat? Bawa sekadar perlu sahaja,
selebihnya bergantung pada Allah..
Tapi rupanya bisikan saya tu salah, sebab pak cik tu cakap:
“Kamu bawa ubat banyak-banyak, bukan sebab kamu takut sakit
dan bergantung pada ubat semata mata, kami tu masih muda insya-Allah sihat tapi
kamu bawa ubat dengan niat nak bantu Jemaah Haji lain yang sakit, yang tua,
yang tak bawa ubat.. besar pahala bagi ubat pada jemaah haji yang sakit, tanda
haji mabrur, banyak bantu orang waktu Haji”
Terus saya insaf di tempat kejadian, insya-Allah esok saya
borong senggugus ubat ubatan, bukan untuk saya, tapi untuk jemaah haji yang tak
sihat berhampiran saya.
Woha!
Jun 5, 2023
Kenapa kena melontar?
“Ayah, kenapa pergi Haji kena melontar Syaitan sebanyak tujuh puluh kali?”
“Haji adalah perintah Allah, dalam Haji ada banyak ibadat
yang datang dari kisah Nabi Ibrahim dan pengorbananya..”
“cer citer”
Bayangkan, seorang lelaki yang belum pernah ada anak, dan
tidak jemu berdoa inginkan anak lelaki yang soleh, tapi dari tahun ke tahun
belum ada rezeki dapat anak..
Alkisahnya, ada riwayat cerita Nabi Ibrahim pernah membuat
ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah.
Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka kagumlah para
malaikat akan betapa hebatnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah dan memuji
muji Nabi Ibrahim.
Jawab Nabi Ibrahim..
“Semua yang menjadi
korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak
lelaki, sudah tentu aku juga sanggup
korbankan dia untuk Allah.”
Maka masa berjalan, dikatakan ketika umur Nabi Ibrahim 70
tahun, Isterinya mengandung, dan bila anak lahir sahaja, ternyata anak lelaki
seperti yang di idamkan, namun datang perintah Allah untuk buat pengorbanan
yang pertama..
Iaitu kena tnggalkan anak lelaki dan isteri tercinta di padang
pasir, serah nasib mereka pada Allah..
Nabi Ibrahim pun buat walau hati merasa berat, tapi dengan
Yakin Allah pasti bantu, maka munculah persitiwa Sae, Siti Hajar berlari tujuh
kali antara Safar dan Marwah, dan munculnya air Zam Zam, dan wujudnya kota
Mekah..
Bila anak dah remaja, 13 tahun lebih kurang, Nabi Ibrahim
datang ziarah, tapi dapat pula wahyu untuk korbankan anak, bukan tinggal kat
padang pasir yang lain pula, tapi sembelih macam haiwan korban..
Maka beratlah hati, sebab anak dah besar, apa kata isteri?
Dan kemucak ujian datang pula Syaitan menjelma di tiga lokasi, hasut Nabi
Ibrahim, isteri, dan anaknya, pertikaikan perintah Allah, sanggup kamu bunuh
anak kamu? Sanggup kamu biarkan suami kamu bunuh anak kamu? Sanggu kamu biarkan
ayah kamu bunuh kamu dan buat mak kamu menangis?
Ringkas cerita, maka Nabi Ibrahim, anaknya, dan isterinya
telah melontar Syaitan dengan batu, di lokasi yang Jemaah Haji melontar
sekarang ini, dan mereka bertiga bekerja-sama jayakan wahyu, ibadah korban
tetap di buat, pisau Nabi Ismail tolong asah, waktu sembelih mula mula Nabi
Ismail suruh ayahnya ikat kaki takut dia lari, tapi waktu nak sembelih, katanya
tak payah ikat dia memang tak akan lari, begitulah kisahnya..
Akhirnya pisau tak lut, leher tak putus, Nabi Ismail tak
sakit dan siap tolong asah pisau lagi, hakikat kuasa Allah, pisau yang tajam
tak bagi mudarat atas daging leher yang lembut, Malaikat Jibril pun datang bawa
Qibas dari langit sebagai ganti.. bagitahu Allah dah terima pengorbanan kamu..
Maka hari ini, pergi Haji, akan ada ibadat Sae macam isteri
Nabi Ibrahim waktu kena tinggal, akan ada ibadat melontar macam Nabi Ibrahim
melontar syaitan, dan akan ada ibadat korban binatang macam Nabi Ismail kena
korban..
Lepas persitiwa tu, datang pula wahyu, Allah suruh Nabi
Ibarahim dan anaknya bina Kaabah..
Nabi Ibrahim pun bina, dan bila siap, Allah suruh Nabi
Ibrahim buat panggilan Haji panggi orang ramai datang dari empat penjuru
kaabah..
Walaupun zaman tu takde orang, Nabi Ibrahim pun buat seruan
Haji lalu Allah pun sebarkan panggilan itu, hingga beribu ribu tahun kemudian..
“Ayah pun dapat panggilan Haji?”
“Pandai anak ayah, Labaikallah!”
“Berapa kali Ayah akan melontar syaitan di sana?”
"70 kali"
"Banyaknya..."
“Okey, alang alang dah tanya ni, ayah nak bagi tugasan,
tolong senaraikan 70 penyakit hati untuk bantu orang niat melontar membuang
penyakit hati dalam dirinya”
“Okey kejap ayah...”
Anak lelaki pun duduk bincang tulis 70 penyakit hati, tak
sampai sepuluh minit, mereka dah siap, perghhhh dahsyat.
Hebat anak ayah, tahu semua penyakit hati, dari mana
korang dapat ilmu ini?
"Chat Gpt, ayah"
Woha!
Tips doa lama?
Tips berdoa lama dan panjang tanpa sedar masa berlalu…
Alkisahnya, Pagi ini lepas subuh kami berlatih jalan kaki 3
km di pantai untuk latihan ibadat tawaf musim haji, semoga Allah terima..
Waktu berjalan kaki, Isteri tanya doa apa kita nak baca
supaya kita tak lupa bilangan tawaf sebanyak tujuh pusingan?
Saya bagi tahu pada isteri, jom kita guna hadis Abu zar yang
berkenaan lima perkara paling penting iaitu (1) agama (2)keluarga (3) kesihatan
(4) sumber rezeki dan (5)masa lapang..
Okey kita susun macam ni..
Tawaf yang pertama..
Pusingan tawaf yang pertama kita zikir dan baca doa serta
Al-Quran mana-mana yang kita hafal. warm up dulu..
Tawaf kedua, kita mulakan doa khas untuk perkara agama
dengan rujuk rukun Islam, contohnya buat haji kita doa Allah terima haji kita
dan haji orang lain, bab zakat kita doa Allah terima zakat kita dan zakat orang
lain, ibadat puasa kita doa Allah terima puasa kita dah puasa orang lain,
tarawih kita dan tarawih orang lain, begitu juga bab solat dan bab kalimah
tauhid kita doa tentang kerja-kerja dakwah serta doa hidayat maka insya-Allah
pusingan kedua ini kita selesai bercerita dan berdoa pada Allah tentang nikmat
beragama… nikmat rukun Islam, Alhamdulillah
Pusingan ketiga kita doa tentang keluarga.. kita mulakan
dengan doa pada ibu bapa kemudian pada pasangan, kemudian kepada anak kita
bermula daripada anak sulung, anak nombor dua hingga anak bongsu kita autisme
boy, lepas tu kita doa pula kepada adik beradik kita juga kita doa kepada
saudara mara kita dan kita doa juga kepada kawan-kawan kita serta kita doa
kepada jiran-jiran kita insya-Allah pusingan ketiga selesai dengan doa kebaikan
kepada hubungan kekeluargaan..
Waktu ini jika ada yang kirim doa, kita baca waktu ini…
pusingan ke tiga..
Pusingan keempat kita doa tentang kesihatan yang kita boleh
mulakan kembali dengan-dengan kesihatan pada ibu bapa kita, juga kepada diri
kita sendiri, juga kepada kawan-kawan kita yang mana-mana sedang sakit kita
sebut nama dia depan kaabah, Ya Allah Sembuhkan penyakit sahabat saya, Follower
saya… maka habis lah pusingan yang keempat..
Okey pusingan yang kelima kita doa tentang sumber rezeki
kita, tentang pekerjaan kita dan mohon keberkatan pendapatan kita, mohon sumber
rezeki yang tak disangka sangka, mohon kita dimudahkan bayar hutang, mohon
orang terbuka hati bayar hutang kita, semua kita doa pasal kerja kita, pasal
business.. Panjang bab ni sedar-sedar dah sampai Rukun Yamani.. Woha!
Okey untuk tawaf yang keenam kita doa tentang keberkatan
masa lapang kita iaitu bab hobi kita, ya Allah bagilah keberkatan masa.. contoh
abang suka menulis kita doa ya Allah jadilah tulisanku ini tulisan yang tidak
membebankan aku di akhirat, tulisan yang memberi menafaat pada pembaca, isteri
suka jahit contohnya biarlah menjadi asbab kebaikan orang menutup aurat, apa apa jer doa tentang hobi, minta supaya
Allah bagi masa lapang untuk sumber kebaikkan, kelapangan dipanjangkanh masa
hingga kita boleh baca banyak buku-buku yang bermanfaat, kita boleh pergi
ziarah tempat-tempat yang meningkatkan keImanan..
Ok dah sampai tawaf ke tujuh, kita cool down semua doa
peribadi, kita kembali kepada doa utama yang kita hafal, atau surah pendek yang
kita hafal, kembali kepada zikir dan jangan lupa setiap kali kita lalu dekat
dengan rukun Yamani, kita baca doa selamat dari azab api Neraka, sebab Nabi berbuat
demikian dan dikatakan ada 70 malaikat yang akan mengaminkan doa khas di Rukun
Yamani sampai Harajul Asward, maka doa dijauhkan api nereka ini jangan
tinggal..
Habis tawaf buat solat sunat area depan pintu kaabah, atau
makam ibrahim, dan sambung doa kat situ apa apa yang nak tambah..
Jangan lupa minum air zam zam lepas tawaf, sebab nak doa
banyak lagi kat Sae..
Ok.. Doa dan tertib yang sama juga kita buat dekat bukit
Safa dan Marwah kita mulakan dengan zikir dan doa peribadi pada Sae yang
pertama, lepas tu Sae kedua, kita doa tentang agama, Sae ketiga tentang
Keluarga, Sae keempat tentang kesihatan, Sae ke lima tentang sumber rezeki, Sae
ke enam tentang masa lapang, dan Sae ke tujuh kembali kepada zikir zikir khas
Maka insya-Allah bila kita buat macam ini kita tak terasa
pun tawaf dan Sae tu lama, sebab banyak nak doa, Eh? Dah sampai hujung? Dah
habis tujuh Sae? Allahuakbar? Tak cukup masa, ok esok saya buat tawaf sunat
tingkat atas dan sambung doa..
Tips doa begini juga sangat berguna di padang Arafah yang
mana doa selama empat jam lepas zohor hingga Magrib kita fokus pada susunan
yang telah Abu zar Riwayat kan daripada hadis Nabi ini, lima perkara sebelum
lima perkara, insya-Allah masa akan rasa sangat cepat berlalu dan kita akan
tenggelam dalam nikmatnya berdoa hingga bercucuran air mata…
Maka selamat berdoa wahai Duyufurahman sekalian, dan jika
amalkan Tips ini dan teringat nama saya dalam doamu, tolong selit kan nama
saya, Hamka…
Haji hamka!
Woha
Jun 4, 2023
Berhutang pergi Haji?
"Dengar cerita Abang keretamayat ada Berhutang pergi Haji? Sedangkan haji ni untuk yang mampu sahaja, jika abang keretamayat berhutang, kira tak mampulah, dan tak wajib, kenapa menyusahkan diri kepada yang tak wajib? "
Begitulah komen sorang pembaca, Aduhai..
Alkisahnya, Abang keretamayat ni ada beli rumah, beli
kereta, pakai hutang.., maka apa salahnya abang berhutang pergi haji?, sebab
hutang ni pun sunnah, Nabi pun berhutang, dengan syarat kita mampu bayar ikut
akad, ikut perjanjian, maka mampu berhutang, dan mampu bayar hutang, kira
mampulah tu, dan eloklah pergi haji bila dah sampai seru..
Jika rujuk fatwa, dibolehkah berhutang pergi haji jika mampu
membayarnya…
Dan ada hadis, kita pergi Haji ni Allah akan ganti balik
semua belanja, abang mayat yakin, pasti Allah ganti balik, sebab tu abang mayat
nak pergi sangat bila dapat panggilan…
Untuk info, abang keretamayat sangat susah nak pinjam duit orang,
boleh rujuk kawan kawan, sebab berhutang ni boleh masuk dosa besar jika gagal
bayar waktu di janjikan, hinggakan ada hadis, orang mati syahid pun tak boleh
masuk syurga jika hutang tak bayar..
Tapi dalam keadaan musim Haji, kos tambang yang agak tinggi,
kos nak upah orang jaga anak OKU, kos nak belanja di sana, kos untuk anak anak
yang ditinggalkan, kenderaan pulak rosak, , Iron baju rosak, mesin basuh rosak,
,basikal anak patah pengayuh, telefon jatuh skrin retak, selipar tertukar di
Masjid, baju sukan anak hilang di asrama, dan lain lain ujian kecil di celah
celah kehidupan, maka abang keretamayat akhirnya sampai ke pintu TERPAKSA
berhutang..oh…
Tapi, abang mayat cairkan dulu harta yang ada, isteri pergi
jual gelang emas, abang pergi jual kereta, (dah cerita Panjang kisah ini) yang
mana kereta tak boleh jual sebab rosak, dapat pula call dari Bank Islam nak
ajak buat pinjaman peribadi dan abang mayat hampir tergoda.
Tapi Abang doa, YA Allah, hantarkan kepadaku penghutang dari
syurga..
Maka di celah celah kehidupan itu, muncul pemberi pinjam
dari syurga, terdiri dari adik beradik, beberapa sahabat, dan follower
keretamayat yang sudi tawarkan pinjaman tanpa riba, bayaran tak ditetapkan just
ikut kemampuan, dan jika berlaku kematian, akan dihalalkan..
Allahuakbar!
Terima kasih pada tuan puan, dan syukur pada Allah kerana
kurniakan pemberi pinjam dari syurga kepada saya.
SubhanAllah!
Beri pinjam kerana mampu, dan halalkan jika kematian, inilah
contoh pemberi pinjam dari syurga! SubhanALlah!
Belum cerita pemberi hadiah dari syurga, musim haji begini
muncul ramai orang yang selamba bagi hadiah, dari dua angka, hingga ada yang
sampai empat angka?!
Allahuakbar!
Ringkas cerita, bila ramai datang nak bagi pinjaman tanpa
riba, lebih kurang 10 orang, dan bila dikira cukup segala keperluan dengan
berhutang.. tambang cukup, belanja di sana cukup, wang nak tinggal kat keluarga
pun cukup! Ya, dengan berhutang, akan cukuplah semuanya, huhuhu…
Namun saya azam, nak bayar hutang sebelum pergi Haji, maka
berkat rezeki dari Allah, jual Ebook, Jual Tanjak, jual buku, jual gelang emas,
jual kereta, jual barang terpakai, dan sumbangan hadiah dari usahawan syurga,
maka saya dah bayar semua hutang orang, dari 10 orang tinggal tiga sahaja yang
terdiri dari sorang adik beradik, sorang kawan, dan sorang follower
keretamayat.
Tiga orang ni memang tak nak saya bayar sebelum pergi Haji,
mahu wang mereka digunakan di sana, dan jika ada apa apa berlaku seperti kematian, akan di
halalkan, oh terharunya..
Maka terima kasih tak terhingga pada tuan puan, dan syukur
pada Allah kerana di celah celah kehidupan ini, Allah kurniakan pemberi
pinjaman dari syurga kepada saya.
Dan saya azam, nak jadi peminjam dari syurga yang mana
insyaAllah, segera balik Haji nanti, akan saya bayarkan hutang mereka semua..
akan saya pinjam semangat Siti Hajar berlari dari Safar dan Marwah yang berusaha keras cari air di padag pasir
hingga muncul Zam Zam, maka saya akan usaha keras cari Zam Zam nanti, untuk
segera bayar hutang, InsyaAllah!
Untuk itu, saya dah stop semua tawaran pinjaman, yang mana
semalam ada adik beradik yang lain datang nak bagi pinjam lagi, saya cakap dah
cukup, kawan nak bagi pinjam tanpa riba, saya cakap, terima kasih, dah cukup,
dan ada follower keretamayat nak bagi pinjam RM30k, saya cakap maaf, dah tak
nak berhutang lagi, maafkan saya,
Tapi jika nak bagi hadiah, sedekah, sumbangan, atau nak beli
Ebook Hamka keretamayat, ada tiga tajuk, dengan harga seikhlas hati, saya
terima, tapi hutang, maaf, kouta cukup untuk tiga orang itu sahaja.
Saya juga bertetima kasih ada follower nak kirimkan bag
besar haji, minta maaf, ada orang dekat dah mendahului bagi pinjam bag, maka
bag haji saya dah ada.
Ada yang kirim “baucer” beli kasut dan selipar, Alhamdulillah,
saya dah dapatkan selipar untuk saya dan kasut untuk orang rumah yang akan kami
gunakan untuk tawaf, wukuf, rukun haji semua,
InsyaAllah.. semoga niat baik kita Allah terima.
Ada yang nak kirimkan kain Ehram, Alhamdulillah, kain Ehram
dah cukup, abang saya Haji tahun lepas, ada bagi, terima kasih atas segala
niat.
Ada yang kirimkan Sim Card, baik! Saya akan insert Sim kat
sana..
Ada yang hadiahkan segugus ubat ubatan.. moha menjadi asbab
bertambah sihat..
Dan banyak lagi rezeki Allah datangkan bertalu talu
sedangkan saya hanyalah sorang pendosa yang tidak layak untuk mengecap semua
nikmat ini, Allahuahkbar..
Dan terima kasih juga kepada semua Usahawan Syurga yang sudi
beli Ebook abang keretamayat dengan harga seikhlas hati, hadiah belian anda,
sangat-sangat membantu melapangkan hutang dari 10 orang kepada tiga orang,
sangat sangat membantu ladang pahala yang terbentang depan mata ini… terima
kasih, walau yang beli dengan harga RM1 pun, abang keretamayat ucapkan terima
kasih, apatah lagi yang beli dengan harga lebih RM50, terima kasih seluas
keampuan Arafah…
Dan terima kasih juga kepada Jutawan Syurga yang sudi beri
hadiah Haji tanpa beli apa apa, abang keretamayat tetap minta E-mail mereka,
dan hadiahkan Ebook terkini abang keretamayat berjudul Di Bawah Teduhan Kaabah.
Semoga Allah terima segala niat baik kita dan ditakdirkan
pula menzahirkannya, Amin..
Ps: Akhir kata, Kepada sesiapa yang ada bukti saya berhutang
padanya, tapi tidak dapat surat hutang bertulis dari saya, mohon hubungi saya,
tuntut dengan saya segala hutang jika ada, bantu saya pergi Haji tanpa hutang
tidak bertulis.
Kepada sesiapa yang beli Ebook Seikhlas hati dan belum
dapat, mohon tuntut segera pada saya, bantu saya tidak berhutang sebelum pergi
Haji. Woha!
Maka doakan semua bakal haji, dapat pergi Haji, dan dapat
Haji Mabrur, dan pulang semula berbakti pada agama, bangsa, dan dunia, serta
segera bayar hutang.. Amin Ya Rabbal Alamin..