May 24, 2020
Solat Raya di rumah?
Kenapa kena solat raya walaupun di rumah? Benda sunat jer
kot.. tak payahlah susah susah.
(Baca sampai post credit, ada kejutan untuk yang tidak mahu
bersolat raya)
Relax bro? Sabar. Jangan ambik keputusan tak nak solat raya
dulu.
Kita dah berpuasa sebulan sepanjang siang dan sudah
bertarawih sebulan sepanjang malam maka kemuncak amal adalah solat sunat hari
raya di pagi. Best part ni!
"Tak buat tak apa kot? Bukannya dosa"
Bro...buat dapat pahala sempurna sebab sunat muakad. jika
tak buat rugi sangat sangat walaupun tak dosa.
Korang tahu tak? Dalam hadis cerita pada pagi hari raya
Aidilfitri, Allah menghantar para malaikat ke setiap tempat dibumi yang ada
orang islam Lalu mereka akan menyeru umat islam untuk pergi solat raya dan bagi
tahu ada hadiah besar menanti lepas dengar khutbah raya.
Masa tu dada kita lapang dan berbunga bunga sangat tapi
tahun ni PKPB tak boleh solat di masjid. Hu hu
Tapi takpe, kita buat solat raya di rumah. Mulakan dengan
mandi sunat hari raya, pakai baju baru, wangi wangi sikit dan sarapan sedap
sedap. Lepas tu dah kenyang kita duduk bertakbir di ruang solat.
Tahun ni tak de bimbang tertinggal solat sebab imam cepat
kerana kitalah Imam. Haha.
Jam 8 ke atas dah boleh start solat.
Semua dah siap? Ayah jadi imam. Dua rakaat sahaja iaitu 7
takbir rakaat pertama, dan 5 takbir rakaat kedua.
Siap solat ayah kena berkhutbah sambil berdiri dan pegang
tongkat.
Rukun khutbah ada lima sahaja iaitu (1) Memuji Allah,
kemudian (2)Selawat ke atas Nabi, lepas tu (3)pesan supaya semua ummat islam
bertaqwa, lepas tu khatib ada (4) baca beberapa ayat Al-Quran dan akhir sekali
Khatib (5) berdoa kebaikkan untuk semua orang islam.”
Sunat jugak sebelum khutbah pertama takbir 7 kali.
Kemudian berkhutbah sambil berdiri
Lepas tu duduk berdoa dalam hati ramai ramai.
Sambung khutbah ke 2, mulakan dengan takbir 5 kali dan
ending khutbah doa ramai ramai, menangis lagi bagus.
Waktu kita khusyuk berdoa tu, sama sama renung sebuah hadis
yang ada bercerita bahawa waktu kita solat hari raya Allah akan bertanya kepada
para malaikat,
“Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah
menyempurnakan kerjanya?”
Para malaikat akan berkata,
” Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasannya ialah
disempurnakan ganjarannya.”
Lalu Allah berfirman,
“ Sesungguhnya Aku jadikan kamu sebagai saksi, wahai
malaikatku, sesungguhnya Aku jadikan keredaan dan keampunanKu sebagai ganjaran
puasa bulan Ramadhan dan ibadat malam mereka.”
Lalu malaikatpun bergembira.
Kemudian Allah akan berfirman kepada semua manusia waktu
berdoa lepas.solat raya:
"Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah daripadaKu.
Demi kemuliaan dan keagunganKu, kamu tidak memohon sesuatu
daripadaKu pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu untuk kepentingan akhirat
melainkan Aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia
yang kamu mohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagimu.
Demi kemuliaanKu, Aku akan tutup keaiban-keaibanmu selama
mana sengkau mengingatiKu.
Demi kemulian dan keagunganKu, tidaklah aku menghina kamu
dan tidak juga memalukan kamu di kalangan orang yang orang-orang kapir.
Bersurailah dalam keadaan kamu di ampunkan dan telah Ku
tukarkan segala keburukkan kamu kepada kebaikkan.
Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah
reda dengan kamu.”
Maka gembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka
dengan segala yang di kurniakan Allah kepada umat ini apabila mereka telah
selesai solat hari raya.
Kita pun dah habis solat raya bergembiralah sambung makan,
ziarah saudara mara, selfie? Video call, FB live, dan enjoy hidup sebagai
muslim.
Kenapa enjoy? Sebab kita sedar janji Allah iaitu selepas
solat hari raya aidilfitri, bahawa semua orang islam yang berjaya berpuasa dan
bertarawih telah di ampunkan segala dosa-dosanya dan menjadikan mereka dalam
keadaan ‘fitrah’ yakni suci dari sebarang dosa dan noda…
Maka ucapan selamat hari raya aidilfitri benar benar di
rasai firrahnya.
Alhamdulillah.
Ok, sampai sini dulu coleteh saya, nak pergi pinjam tongkat
khutbah jumaat kat masjid, baru feel khutbah tu sampai
Woha!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Post credit.
(Syaitan terlepas dan tersenyum sebab ada sebelas bulan
untuk mereka menggelumangkan manusia dengan dosa lalu menjerumuskan kita semua
ke lembah neraka..)
.
.
.
Bersambung... Puasa enam Strikes Back! Woha!
May 21, 2020
Nikmat di sebalik PKP?
Antara nikmat hidup yang saya dapat (buat masa ini) adalah
mempunyai anak bini yang taat dan patuh.
Anak paling besar form 5, kemudian Form 3, Form 2, Year 6,
dan Year 1.
Atau di tukar pada pandangan lebih berhakikat makrifat, saya
ada anak SPM, PT3, Next PT3, UPSR, dan OKU Autisme. Lengkap semua ada.
Jika jantina, empat lelaki, satu perempuan.
Alkisahnya, di musim PKPB ini…
Kami mulakan hidup dengan Bini masak sahur, dan kejut saya,
saya akan kejut anak anak, mula mula lembut urut kaki, lepas tu geletek perut,
dan jika masih tak bangun, saya akan simbah air!
Ada anak yang terus bangun panggil nama, dan ada anak yang
basah lencun baru bangun. Ha ha!
Tapi saya waktu simbah air tu tak marah pun, saya cakap
lemah lembut:
“bangun sayang, jangan buang masa ayah kejut kamu tak
bangun-bangun, berapa rakaat tahajjud ayah rugi jika asyik follow up kamu
bangun ke tak”
Sambil cakap, samial saya curah air ke wajah mereka. Terus
bangun insaf.
Kemudian kami akan bertahajjud asing asing dan bersahur
berjemaah.
Lepas Sahur solat Subuh berjemaah. Juru Azan, Imam,
pembentang sejadah, pemberi makan sisa makanan pada kucing, pembasung pinggang,
semua dah ada nama sebab dah dimesyuaratkan semalam, maka semua ada tugas dan
tahu peranan masing masing.
Lepas solat, baca hadis Nabi, sorang satu hadis, ada enam
beranak, maka enam orang bermakna 6 hadis. Anak OKU jer kami biarkan tidur
sebab dia belum faham dunia ketuhanan.
Habis Taklim (Bacaan hadis) saya akan buat syarah sedikit
atau tazkirah dengan merujuk kepada dalil dari sekitar hadis yang di baca tadi.
Kemudian kami akan bermesyuarat, saya akan bagitahu maksud
mensyuarat adalah untuk sempurnakan tazakar (kehendak) agama dan bagaimana
Allah ambik kerja dari kita.
Kelebihan Mesyuarat, tidak akan menyesal di akhirat dan
dapat pahala kerana Sunnah serta janji Allah akan bantu umat islam yang
bermesyuarat.
Lalu mesyurat dimulakan dengan Karkuzahri (laporan semalam),
masing masing kena ceritakan apa yang mereka buat semalam, seperti baca surah
apa? Tugasan semalam terlaksana tak? Ada berdakwah tak? Baca buku cerita sikit
moral, dan apa mereka buat waktu lapang.
Waktu ni saya akan tegur mana mana kesilapan anak, best
dapat tegur anak yang dah solat subuh, baca hadis dan mendengar dengan pasrah.
Mereka sangat mendengar cakap bila di tegur dari seorang ayah dalam majlis
agama sebegini.
Habis semua bagi laporan maka kami akan bagi kerja (takazar)
kepada semua anak, jadi ada jawatan Imam, Bilal, Azan, Khidmat, jemur baju,
jaga kucing, layan adik OKU makan, ajar mengaji adik, lipat sejadah, Tazkirah
lepas asar, Muzakarah lepas zohor, serta banyak lagi dan semua itu akan di
gilir gilirkan.
Habis menyuarat, kami akan berjalan keliling rumah ambik
vitamin D sambil habiskan zikir 300, iaitu 100 untuk Allah, 100 untuk Nabi, dan
100 untuk diri kita sendiri yang terdiri daripada, Tahlil, Selawat dan
Istigfar.
Lepas tu infardi amal hinggalah berkumpul balik waktu solat
untuk tazkirah sifat sahabat, muzakarah adab, dan sebagainya.
Petang lepas asar kami sekali lagi keliling rumah sambil
zikir 300, dan waktu ni anak digalakkan bersukan walaupun bulan puasa.
Lepas berbuka, mengaji dan Tarawih 20 rakaat sebab anak
remaja semua dah baligh, saya cukuplah jadi Imam witir.
Kemudan moreh depan TV sambil layan kartun, dan habis moreh
saya suruh anak anak sambung mengaji habiskan satu juzuk (bukan semua anak
mampu-huhuhu, dua orang sahaja yang berjaya sehari sejuzuk) dan lepas tu semua
berehat untuk sahur esok.
Jadi, Kepada cikgu cikgu anak saya yang follow FB saya,
sungguh sepanjang PKP ni saya dah ajar semua anak ilmu berceramah dan ilmu
bermuzakarah pelbagai jurus ilmu, lepas ni boleh lantik anak saya berceramah
jika cikgu kekurangan pentazkirah-woha!
Terutama anak sulung saya yang belajar di MRSM, form 5,
kepada cikgu MRSM sekolah anak saya tu, habis PKP nanti, nak suruh dia jadi
Imam, pentazkirah, ajak muzakarah, semua dia boleh cikgu. Jika dia tolak, cikgu
sebut nama saya, tentu dia akan terus setuju- woha!
Alhamdulillah atas nikmat anak yang taat dan patut (setakat
ini)
Sungguh PKP ini memberi peluang untuk saya seorang ayah
mengajar ilmu pada semua anak anak.
Ayah dah boleh mati kot, Salam sayang dari kubur nnati dan
korang semua ni anak anak ayah, bila ayah dah up lambung lambung pada mata
dunia, tolonglah cover line sikit yer.
Woha!
Ps: Saya tulis ni korang ingat saya hebat? Tak pun.., ada
kawan kawan saya jauh lebih hebat, saya tengok anak dia siap di ajar jadi
Mualim dan Maulana sepanjang PKP ni, sehari 3 juzuk, siap ada latihan memanah
dan berdakwah, dan saya tengok jadual keluarganya lebih padat tanpa TV dan
internet, Tarawih mereka satu juzuk 20 rakaat, sedang tarawih anak saya hanya
surah terpilih, lalu saya malu pada diri sendiri jadi tulisan ini untuk
muhasabah diri bahawa saya tak hebat manapun, semua rezeki dari Allah.
Perjalanan masih jauh namun saya tetap bersukur dengan
nikmat hidup di zaman PKP yang memberi peluang untuk bersama anak bini dan ajar
mereka agama. Semoga penulisan ini meberi kebaikan kepada kita semua. Amin.
Link lain dari penulis Hamka Keretamayat, boleh follow:
https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube)
https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page)
https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram)
https://t.me/keretamayat (Telegram)
Jom belajar Bijak mengurus Wang :
May 13, 2020
Kereta pertama Saya?
(Selamatkan diri dari Neraka Wang dengan membaca kisah ini)
Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah .. Amboi,
amboi.
Ingat lirik lagu Altimet? Beliau perli sikap orang muda nak
bergaya beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa dan bertambah malang bila PKP.
Kereta mewah tak boleh bergerak jauh, masa tu baru kita sedar yang penting
rumah sendiri, sedikit besar dan selesa.
Rumah sewa pulak, jika dapat tuan rumah yang tidak berperi
kemanusian. Kita mintak tangguh bayar di tunjuknya kereta mewah boleh beli,
kenapa sewa tak boleh bayar? Aduh!
Lalu di halaunya kita walaupun sedang PKPB tak boleh nak
rentas negeri.. aduh. Dah lah pakai baju hitam putih, kat luar pulak hujan
lebat dan ada road block bersama polis garang, sedih gila..
Inilah Neraka Wang bak kata Afyan Mat Rawi, ramai orang muda
tersilap beli kereta mewah dan masuk neraka wang hinga terperangkap dalam
hutang seumur hidup.
(korang kena baca ebook dia pasal cara uruskan wang termasuk
dalam bab kereta, jika nak ubah nasib sebab Allah tak akan ubah nasib kita
melainkan diri kita sendiri mengubahnya.)
Sambung kisah saya, kisah kereta pertama saya.
ALkisahnya, Kereta pertama saya adalah Dahaitsu Charade,
beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. Sayang betul, rupanya tak ada satu
pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere.
Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
(gambar kereta ni saya ambik dekat forum carigold)
Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah
bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan
bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu
hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta
macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap
cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok
dan teruskan perjalanan.
Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang
beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.
Sebab saya beli rumah dulu, tak ada siapa ajar saya buat
kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal
umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang
waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.
Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat
kaki, baru saya beli kereta proton wira yang ada aircond, dan bila bilangan
anak melebihi kerusi wira, saya beli MPV ala ala keretamayat, cukuplah kami
tujuh beranak.
Oh, lupa, kereta charade saya jual waktu beli kereta wira
dan jual dekat ejen MLM Suraco, pernah Nampak kereta ni melintas dengan sticker
Sureco tahun 2005 dulu, tak tahu apa cerita kereta tu sekarang.
Jadi begitulah kisah kereta pertama saya sekaligus rumah
pertama saya.
Rumah pertama saya sekarang dah buat rumah sewa, rumah kedua
juga buat sewa dan rasa sangat best bila penyewa mintak tangguh bayar saya
kata, ok jer, sedang PKP ni, saya faham..
Rumah ketiga adalah banglo mini atas tanah lot, bolehlah
anak syurga saya berlari keliling rumah tiap tiap hari, taklah bosan sangat dia
waktuPKP ni.
Jadi isu Neraka wang ni memang nak kena belajar, dan
bagaiman jika saya cakap modal nak belajar tak sampai pun seratus ringgit,
rezeki korang sebab ada pakar kewangan dah tulis panduan nak uruskan wang
dengan sangat baik, saya sendiri beli ebook tu baca dan suruh anak anak baca
agar mereka semua tak buat kesilapan neraka wang!
Dengar kata harga asal RM299. Tapi si Afyan ni buat promosi
dalam masa dua tiga hari ni, hanya RM 57. (JIMAT Lebih 80%)
Baik korang klik, baca, dan bersetuju di hujung ebook, Woha!
Ps: kereta terakhir tak payah cerita sebab semua tahu sudah: kereta Mayat. Woha!
May 2, 2020
PKP-Cara khusyuk solat?
Tiap kali lepas solat, kami buat muzakarah, salah sorang
dari anak akan jadi Amir Muzakarah, Si amir akan minta cadangan tajuk untuk di
muzakarahkan, ada pelbagai cadangan, dan hari ni amir pilih tajuk: Bagaimana
nak Khusyuk dalam solat.
Amir cerita, Maksud solat adalah membawa ketaatan dalam
solat ke luar solat hingga mampu mencegah maksiat, bermakna, jika solat masih
buat maksiat, maka solat tak mencapai maksud, jangan tinggalkan solat sebab
buat maksiat, tapi khusyukkan solat hingga mampu cegah maksiat melalui cara
membawa ketaatan dalam solat ke luar solat.
Kemudan, Amir Mesyuarat minta setiap ahli muzakarah kongsi
ilmu tentang cara Khusyuk dalam solat.
Antara ilmu yang dikongsi dari anak bini tadi:
1. Hafal makna Al fatihah dan semua lafaz arab dalam solat
2. Sedar Allah sedang berdialog dengan kita kerana Solat ini
adalah bercakap dengan Allah
3. Fikir kebesaran Allah waktu solat
4. Sedar Allah Maha tahu apa ada dalam hati, Alah Maha
mendengar setiap bisikan, dan Allah Maha Nampak apa yang otak kita gambarkan
5. Solat dengan sangkaan, ini solat terakhir
6. Bayangkan diri kita hanya habuk jika dibandingkan dengan
galaxie ciptaan Allah.
7. Solat dengan gambaran sedang solat atas titian sirat,
jika lalai akan jatuh dalam neraka
8. Jika Imam baca tak tahu makna, bayangkan bentuk huruf
yang di baca dengan niat tengok huruf al quranpun dapat pahala (anak darjah
enam bagi idea ni, menarik)
9. Bayangkan Nabi sedang lihat kita solat
10.Bayangkan arwah atuk dan nenek sedang tengok kita solat
11.Bagi wanita, bayangkan kejap lagi darah Haid, maka solat
ini adalah terkahir dan bimbang jika mayti waktu Haid tak berpeluang lagi untuk
solat
12. Bayangkan pahala solat seperti rezeki berkat, seksa
kubur angkat, tangan kanan terima kitab, titi sirat pantas kilat, masuk syurga
tanpa hisab.
13. Waktu rukuk dan sujud wujudkan perasaan seolah olah di
beri peluang rukuk dan sukud dalam kubur dan padang mahsyar
14.Segerakan solat awal waktu, berjemaah, tempat azan di
azankan.
15. Redha jadi imam Solat dengan niat nak belajar khusyuk
16.Bandingkan nikmat solat pada orang yang tak pernah solat,
lalu rasa bersyukur sebab Allah pilih kita untuk solat
17.Kena rasa dapat solat adalah hadiah dari Allah, maka
solat dengan gembira
18....
19...
20...
Ada lagi tak?
Sedang sedap muzakarah, bini cakap cukuplah setengah jam,
sebab dah tiba waktu berbuka puasa, nanti lepas tarawih sambung muzakarah bab Penawar bagi
hati pulak,
Maka sampai sini dulu, jika tuan tuan ada idea dan ilmu
tentang cara untuk khusyuk dalam solat, sila kongsi dalam komen, boleh kami dan
kita semua guna waktu muzakarah lain kali.
Woha!
May 1, 2020
PKP-Kita semua orang Tabligh?
Pada satu hari, sebelum covid 19 melanda negara, ada orang
tabligh yang masuk hospital kerana kemalangan dan kakinya putus.
Di Hospital, selain doktor rawat kakinya, beliau juga di
datangi pakar sakit jiwa berbangsa cina, yang memujuknya agar bertabah dan
jangan bunuh diri.
Tapi Dr cina tu agak terkejut dengan sifat redho dan sabar
pada pendakwah yang putus kaki, usahkah nak bunuh diri, malahan bersyukur pada
anggota lain yang tidak putus, siap pendakwah tu pula dakwah doktor tu tentang
kebesaran Allah. Katanya: Cukuplah Allah bagi saya dan hanya dengan mengingati
Allah hati akan menjadi tenang.
Dari cerita ni, kita boleh tahu, jika betul didikan agama,
kos upah Doktor berpuluh ribu untuk pujuk hati pesakit pun dapat di jimatkan.
Kan? Woha!
Insya-Allah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi
tenang. Cukuplah Allah bagi kita, dan nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi kini, banyak dengar kisah jururawat puji kerjasama
orang tabligh waktu dikuaratin, takde yang merungut, malah saling bagi kerja
sama dan pandai mencari ketenangan dengan majlis taklim, muzakarah, zikir dan
ibadat.
Jadi sempena PKP berpanjangan, jom kita cari ketenangan
dirumah dengan gaya orang tabligh, kerana kita semua orang tabligh.
Woha!
Apr 30, 2020
PKP macam azab kubur?
Bila kena PKP, nasib kita semua tak sama, ada orang PKP di
rumah banglo, makanan penuh atas meja, ada banyak hiburan dalam rumah, pasangan
pulak sangat best dan saling menyayangi.
Manakala ada orang rumah sempit, tiada makanan, lepas tu
bergaduh pula dengan pasangan, dan macam macam cerita yang sedih untuk di
ceritakan.
Saya Alhamdulillah, walau pakai kereta buatan Malaysia
sahaja, tapi sempat buat rumah atas tanah lot, maka tak lah rasa sempit sangat,
lepas tu alhamdulillah masih ada makanan atas meja, anak anak semua taat dan
patuh, isteri pun menyenangkan hati, dan rasa macam orang pencen, bangun pagi
tak payah pergi kerja dan buat apa yang kita suka iaitu membaca, menulis, dan
menonton.
Ketika sedang saya rehat di belakang rumah, di bawah pokok
sambil layan isu semasa di internet, kakak saya call bertanya kabar, beliau
seorang guru dan beliau bercerita betapa gembira sewaktu PKP ini kerana anak
anak dapat berkumpul, dapat baca taklim, dapat bincang bab agama, dapat makan
berjemaah, dan dia rasa seperti nikmat pencen di awalkan cuma yang bezanya,
pencen bersama badan yang sihat, si kakak juga tingal di rumah atas tanah lot
dan dapatah dia berkebun dibelakang rumah.
Kata kakak: “Hamka, agaknya beginilah nasib kita di kubur!”
Saya ringkaskan isi perbualan kami, saya setuju dengan
pendapat kakak saya bahawa nanti dalam kubur, kita akan kena PKP dalam lubang
kubur masing masing, tak boleh nak kemana-mana, tapi jika kita bawa bekal solat
yang cukup, al quran, silaturahim, semuanya akan jadi teman dalam kubut dan
akan hiburkan kita sampai kiamat.
Rujuk hadis, ada kisah waktu malaikat nak soal dan seksa
dalam kubur, akan datang al quran dalam bentuk manusia membela kita, akan
datang silaturahim yang akan meluaskan kubur kita, akan datang solat malam
menerangkankan kubur kita, dan banyak lagi amal ibadat akan datang memeriahkan
PKP kita di dalam kubur.
Tapi jika kita mati dalam keadaan derhaka pada Allah, maka
kuburPKP kita akan jadi sempit, lepas tu dilepaskan pulak ular berbisa untuk
azab mayat, dan malaikat nakir akan palu kita siang dan malam lalu kita dipukul
dipalu sehari hari barulah kita sedarkan diri hidup di dunia tidak bererti
akhirat di sana sangatlah rugi.. ni dah menyanyi lagu selimut putih ni.. woha!
Jadi insaflah kita diwaktu PKP ni sebab di Malaysia, masih
ada orang bagi bantuan makanan, kerajaan bagi duit, dan lain-lain bantuan, tapi
dalam kubur kena PKP kita nak minta bantuan siapa? Nak harap doa orang hidup
tahlil untuk kita tak boleh pulak sebab kita waktu hidup anti bidaah hasanah?
Habis tu nak ke mana?
Sementara masih hidup waktu PKP ini, Stay home, jangan
merayap, sabar walau terpaksa bekurung, bersyukur dengan segala nikmat walau
sekecil kecil nikmat, bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian,
jaga solat awal waktu, baca al quran, baca makna, banyakkan berdoa ddan
bertaubat, mudah mudahan PKP kita di kubur nanti indah dan meriah macam hari
hari hari raya.
Woha!
Apr 29, 2020
PKP di zaman Nabi?
PKP-Perintah kawalan pergerakan yang mujahadah bagi kita,
ada tak ala-ala PKP yang terkena pada Nabi Nabi terdahulu?
- Nabi Yunus 40 hari dalam perut Ikan
- Nabi Musa 30 hari di Bukit Tursina, lepas tu bila kaumnya murtad, Allah tambah 10 hari menjadikan 40 hari.
- Nabi Ibrahim 40 hari dalam api
Dan PKP kita dah menghampiri 40 hari.
Maka beruntunglah siapa yang sepanjang PKP ni dapat jaga
solat berjemaah bersama keluarga dan dapat takbir pertama bersama Imam,
beruntunglah kerana ada hadis, barang siapa yang solat berjemaah bersama takbir
pertama, akan mendapat jaminan kebebasan dari api neraka dan bebas dari sifat
minafik.
Jom rebut dua insuran dari Allah melalui amalan ini.
Amin...
Alkisanya..
Semalam anak baca taklim, kisah sahabat yang agak panjang
dan menariknya, kisah sahabat tu ala-ala PKP.
Tiga sahabat Nabi kena pulau sebab tak ikut Jemaah dakwah
dan jihad, yang mana waktu semua penduduk lelaki Madinah keluar berjihad, tiga
sahabat ni sibuk dengan kerja dikebun nak petik kurma baru masak.
Nama sahabat itu adalah Kaab, Hillal dan Murarah R.A.
Bila Nabi balik berdakwah, lapan puluh orang munafik bagi
alasan ada masalah peribadi tak dapat join nabi berdakwah dan berjihad lalu
Nabi maafkan, tapi tiga sahabat ni tak nak cakap bohong dan pilih untuk mengaku
bersalah, sibuk dengan kebun.
Lalu ketiga tiga mereka kena hokum ala ala PKP, iaitu semua
orang kena jarakkan hubungan social dengan ketiga sahabat tadi, tak boleh
bercakap, tak boleh tegur, pendek kata semua kena pulaukan orang yang sengaja
tak nak bantu agama kerana sibuk dengan dunia.
Malahan isteri mereka semua balik rumah masing masing
kecuali isteri Hilal sebab Hilal dah tua tak mau nak urus diri. Isteri Hilal
minta izin nak jaga suami uzur dan Nabi benarkan tapi tak boleh bersetubuh.
Maka bermulah episode kemurungan tiga sahabat itu, sangat
sedih dan nangis hari hari.
Sahabat tu pergi pasar tiada orang tegur, pergi masjid orang
tak tegur, salam pun orang tak jawab, semua penduduk Madinah patuh arahan Nabi
iaitu jangan buat hubungan social dengan orang yang segaja tak nak ikut keluar
berdakwah dan berjihad.
Aduh, sedihnya.., sahabat tu sangat takut mati waktu PKP tu
sebab confirm masuk neraka, dan takut Nabi wafat waktu mereka masih PKP sebab
tiada siapa yang boleh bantu mereka.
Sahabat tu kena pulau lebih 40 hari hingga orang kafir
datang dakwah mereka suruh tukar agama dan nak bagi hidup mewah kat nagara
kafir.
Bencana apakah ini?
Tapi sahabat tu sabar, setia pada islam dan mengaku bersalah
dalam bertaubat, hari hari menangis bertaubat hingga hari ke 50, Allah ampunkan
dosa mereka dan Nabi umum taubat mereka di terima lepas solat subuh, terus
sahabat ni peluk Nabi dan bagitahu nak bagi semua harta untuk agama tapi Nabi
suruh simpan sedikit untuk anak bini.
Moral cerita ni, zaman Nabi, tak ikut Nabi berdakwah kena
pulau.., akhir zaman lagi sedih, orang berdakwah pulak kena pulau, aduh..
Sempena PKP di rumah ini, marilah kita insafi dosa kita yang
banyak abaikan dakwah .
Kepada Allah kita semua akan kembali, dan seburuk buruk
takdir bila kita dipulau oleh Allah di akhirat, nak pergi mana? Maka insafilah,
bertaubatlah kerana abaikan dakwah dan moga Allah ampunkan dosa kita semua
keraan Allah Maha pengampun.
Semoga woha sampai syurga.
Woha!
Subscribe to:
Posts (Atom)
