Jun 11, 2013
Apa ada pada Israq dan Mikraj?
(Jika ada salah cerita aku, sila betulkan di ruang komen,
nanti aku edit balik, sama sama kita belajar...)
Salam Hamka, tolong jawab soalan Hamba Allah di bawah,
kesian dia:
Hamka said:
Aku mintak maaf jika
soalan ini sudah ada orang PAS jawab kepada YB yang bertanya, sebab israk
mikraj ni disambut setiap tahun, bukan 30 tahun sekali, sepatutnya YB atau
orang lain dah tahu lama kisah ni sebab semua ustaz tahu, termasuk ustaz PAS
dan UMNO, malahan aku rasa artis seperti Abby abadi, Bob Lokman, dan pelakon
Leftenan Adnan tu pun tahu kisah israk dan mikraj ini, tapi mungkin YB yang
bertanya perasan sibuk hingga baru dengar kisah Nabi naik ulang alik jumpa
Allah, dan baru rasa nak tanya dengan Twiiter kepada seluruh rakyat malaysia.
Aku tak tahu sama ada YB sendiri yang hantar atau mungkin
anak YB yang pinjam akaun tweet beliau, atau mungkin ini fitnah dari orang yang
tidak suka kepada YB, aku cuba sangka baik,
Tapi takpelah, dah korang panjangkan soalan jenis bermusim
ini kepada aku, rasa tak best pulak jika aku tangguh lama sangat, maka aku
cerita sepintas lalu kepada mereka yang baru tahu kisah Nabi Muhammad SAW naik
ke langit dengan pantas dan ulang alik jumpa Allah.
Begini kisahnya..
(masukkan intro muzik ala ala arab di sini)
Kisah ni dah lama, 1400 tahun yang lalu...
Ketika Nabi sedih tengok bangsa dia buat dosa dan
kerosakkan, maksiat sini sana, bunuh anak hidup hidup dan (masukkan segala
jenis jenayah yang terlitas di fikiran korang). Maka Nabi Muhammad SAW telah
menyendiri di gua Hirak dalam keadaan fikir risau terhadap ummat.
Lalu datanglah malaikat jibrail a.s wakil kepada Tuhan
memberi jalan penyelesan kepada masalah ummat yang melanda masyarkat arab. Pada
mulanya Nabi takut dan berpeluh, tapi setelah ditenangkan oleh bininya, dan
dengan pendapat dari bapa saudaranya bahawa itulah tanda kenabian, maka Nabi
muhammad SAW pun berdakwah pada penduduk Mekkah dengan cara jumpa manusia
sorang demi sorang.
Dakwah cara jumpa orang ni memang mujahadah (susah), Nabi
kena maki, kena ludah, kena lempang, kena sepak dan macam macam lagilah, tapi
Nabi faham, ini perintah Allah, dakwah cara jumpa orang ni telah di buat oleh
semua Nabi terdahulu, dan cara ni banyak gagal dari berjaya, Nabi musa dakwah
cara macam ni, Firaun tak ikutpun, Nabi nuh dakwah cara macam ni selama 950
tahun, 83 orang jer ikut. Nabi ibrahim dakwah namrud cara macam ni pun gagal.
Tapi Allah tetap lantik Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh sebagai nabi ulul Azmi,
kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi kita berjaya ikut perintah
Allah.
10 tahun kemudian, adalah lebih kurang dua tiga ratus orang
ikut Nabi Muhammad SAW, terutama orang miskin dan hamba abdi, itupun kena seksa
jugak, malahan nabi dan orang islam kena boikot tak boleh dijual makanan kepada
mereka, maka adalah anak anak orang islam yang mati kelaparan.
Dalam keadaan susah macam tu, Nabi masih tabah berdakwah
siang dan malam, sehinggalah dua orang yang paling Nabi sayang, telah meninggal
dunia. Pertama, Abu Talib selaku pakcik
yang jaga baginda waktu kecil (nabi anak yatim) Pakcik yang akan membela nasib
nabi bila di serang oleh orang kafir, sehingga orang kafir tak tergamak nak
bunuh Nabi kerana hormat pada bapak saudaranya, namun yang menyedihkan Nabi,
bapak saudaranya mati dalam keadaan kafir, beliau akan masuk neraka selamanya,
aku pun sedih jika orang yang aku sayang, mati masuk neraka.., adohai..
Orang kedua yang Nabi sayang tapi meninggal pada tahun yang
sama adalah isteri beliau, iaitu Khatijah r.aha, Dulu bila penat berdakwah dan
penat kena maki dengan orang kampung, balik rumah dilayan bini dengan mesra,
hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah
takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang,
jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang
sorang.., siapa tak sayang bini ooii?
Dalam kesedihan sebegitu, orang kapir makin rancak
menyusahkan nabi, maklumlah bapak saudara Nabi yang selalu back up dah mati,
maka Nabi buat keputusan untuk berhijrah ke taif.
Di taif Nabi datang jumpa ketua mereka mintak izin untuk
tinggal di sana dan berdakwah tentang agama islam. Tapi Nabi kena pukul, waktu
itu umur Nabi lebih kurang 50 tahun, dah tua tapi kena pukul dan di baling batu
oleh orang kampung sejauh 1 km lebih kurang, Nabi luka dan berdarah, dan nabi
telah meninggalkan Taif dalam keadaan cedera dan menangis.
Dalam kesedihan yang bertalu talu, datang peristiwa yang
bakal menjadi penyejuk mata baginda Nabi Muhammad SAW, yang mana malaikat
Jibril telah datang dan membawa Nabi melihat dunia yang selama ini baginda
hanya beriman tanpa melihatnya, dengan menaiki binantang yang bukan berasal dari
bumi, Nabi telah naik ke langit dan melihat alam akhirat dengan mata kepala
baginda.
Korang pun jika berdakwah tiba tiba diberi peluang meihat
shurga dan neraka, melihat nikmat shurga dan azab neraka, tentu rasa seronok
sangat.., dan Nabi digembirakan lagi oleh Allah dengan berpeluang bertemu rakan
seperjuangan dan berbual dengan Nabi Nabi terdahulu yang sama susah seperti
baginda, dan kemuncak israk dan mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.
Dalam satu hadis yang aku petik dari Buznama, Allah telah
bertanya pada Nabi, apakah perkara yang malaikat saling berbahas, Nabi jawab:
aku tidak tahu, lalu Allah buka 7 petala langit depan mata Nabi maka Nabi
menjawab malaikat sedang membahaskan pahala orang yang solat di malam yang
sejuk dan hari yang panas, lalu di hujung pertemuan Nabi kekasih Allah, maka
telah dikurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir zaman yakni solat 50
waktu sehari semalam.
Dalam riwayat yang lain, Nabi telah melihat di setiap
lapisan langit terdapat malaikat yang sedang sujud, dilapisan langit lain ada
malaikat yang sedang rukuk, dilapisan langit lain pula ada yang mengaji, ada
yang bertasbih yang mana rupanya solat adalah himpunan kekuatan 7 petala langit
yang mampu selesaikan masalah dunia dan akhirat apabila dilakukan dengan tertib
dan yakin yang betul.
Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi
Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada
ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula
untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,
Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa
namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja,
namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakn dengan peluang bertemu dengan
Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan
yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah,
akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan
dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih
sama dengan 50 waktu. Subhanallah.
Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah
menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi
Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah
kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah
berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih kurang.
Tidak lama selepas israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW bersama beberapa orang pengikut telah
berhijrah ke Madinah, 10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan
ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling
kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir
sehingga ke hari ini.
Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir,
kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat
hanya sekali seminggu ke, sekali setahun ke, Ini adalah kerana yakin dan iman
dalam diri korang sangat rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam
berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya
bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, adohai..
Bagi mereka yang bertanya 'boleh sesiapa sahkan perkara Nabi
naik ulang alik jumpa Allah?' Maka jika
di umur senja korang beragama islam tapi masih belum yakin dengan peristiwa israk
dan mikraj, dan masih bertanya, betuk ke tidak?, habis tu bila masa pulak korang
nak solat 5 waktu? Adohai..
Akhir kata, orang
kapir memang tidak percaya kisah Nabi pergi ke langit jumpa Allah dan balik
semula ke dunia hanya satu malam? Mungkin ada yang bertanya berapa laju buraq
yang ditungangi Nabi, jawapannya, hajalu= Jarak/masa. Dan masa adalah termasuk
ciptaan Allah.
Demi Masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang
beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan hak dan berpesan dengan sabar.
Sekian terima kasih.
Ps; Semoga jawapan yang ringkas ini memuaskan Twiiter semua
pihak, tutup majlis dengan tasbih kafarah.
( Rujukan: Buznama dan Sahih Bukhari Book: 59, Hadith: 3207)
Jun 5, 2013
Keburukan kahwin awal?
(Tanya sama Abang Keretamayat)
Soalan pembaca:
"Salam, saya telah membaca buku anda yang menggalakkan pemuda
pemuda berkahwin awal, tapi tahukan anda berapa umur pemuda mengikut tafsir
ulamak, mereka adalah 25 tahun hingga ke 40 tahun, kisah Aisyah berkahwin awal
juga tidak tepat, bukan 9 tahun seperti yang di dakwa.
Berkahwin awal banyak masalah akan timbul. Kebanyakkan kes
penceraian yang berlaku di negara ini adalah disebabkan kahwin muda kerana
mereka belum matang.
Pasangan yang berkahwin muda biasanya mempunyai masalah
kewangan kerana status ekonomi si suami muda biasanya belum stabil seusia
belasan tahun atau sekitar 20-an. Ini memberikan tekanan hidup dan mula
menyebabkan berlakunya masalah rumah tangga.
Rumah tangga mungkin retak akibat pergaduhan sesama pasangan.
Pergaduhan semakin memuncak dan tekanan hidup akibat kewangan yang tidak kukuh
boleh mennyebabkan berlakunya kes penceraian.
Orang muda sepatutnya digalakkan fokus kepada apa yang
dilakukan seperti belajar, bekerjaya, berjihad dan sebagainya. Bagi mereka yang
mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan mampu fokus tanpa
memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka teruskanlah, tidak perlu
digalakkan berkahwin kerana akan menganggu pemuda yang aktif, menganggu kerja
jihad mereka, mengganggu untuk mereka berkelana mencari ilmu, biarkan pemuda
yang pasif sahaja berkahwin awal.
Ingatlah! Bagi mereka yang sedang dalam lamunan cinta,
fikir-fikirkanlah untuk berkahwin, dan jika masih belum bersedia, jangan
sesekali bermain "api".
Satu analogi yang saya petik dari sebuah forum islamik untuk
seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah
itu..
"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya
adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk
melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya,
nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta
ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke
dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan
yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan
pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan
ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."
"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga
lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap
pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam
perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi
belum tentu menjadi realiti.."
Nasihat saya, galakkan pemuda mencari ilmu, bukan galakkan
mereka berkahwin awal tanpa ilmu."
Hamka said:
Bila masa pulak aku suruh pemuda tak payah belajar ilmu?
Adohai..
Jika korang dah jadi mak bapak kelak, ketahuilah, mendengar
berita anak bercerai (sebab kahwin awal) adalah lebih ‘murni’ dari mendengar
berita anak berzina (sebab lambat kahwin).
Atau, menjaga cucu akibat anak bercerai, adalah lebih baik
dari menjaga cucu anak berzina, entah betul ke cucu korang tu?
Fikir-fikirkanlah kenapa Tuhan matangkan kemaluan orang muda
di usia muda..
Malas aku nak ulas, tepuk dada tanya iman, tepuk lutut
tanyalah nafsu..
Ps: Iklan di atas juga elok untuk mereka yang sudah lama
berkahwin, pakat pakat cari ilham untuk bersanding semula depan anak anak,
barulan anak tak boleh komplen akan kenapa tak jemput mereka sewaktu
bersanding! Woha!
May 26, 2013
Kitab Fadhail Amal itu sesat?
(Tanya sama abang keretamayat, betul ke Kitab Fadhail Amal
mengandungi hadis dhaif dan maudhu?)
Soalan pembaca:
“Salam En. Hamka,boleh tak En.hamka beri pencerahan mengenai
video ini ? katanya kitab fadhail amal mengandungi sebanyak 80% hadis daif dan
palsu, mohon pencerahan kerana pernah terbaca dalam entry lama cik Hamka
menggalakkan laki bini membaca kitab ini di rumah waktu malam selepas isyak
selama setengah jam untuk wujudkan suasana agama. Jika kitab ini banyak hadis
palsu, mohon en Hamka betulkan entry yang lama itu.
Hamka said:
Bab kitab Fadhail itu, kita kena faham satu perkata,
kitab itu adalah kitab KOMPILASI hadith
termasuk kompilasi pandangan ulamak berkenaan hadis Fadhail amal, dan di tulis
oleh Pakar hadith yang mempunyai pengalaman berpuluh puluh tahun khatam ilmu
hadis, maka adalah tidak cerdik jika orang komplen kitab kompilasi kerana
kitab tu bukan baru di reka, tapi di petik dari beratus ratus kitab, jadi jika
nak komplen, pergilah rujuk kitab yang beratus ratus tu, dan jika tak jumpa,
itu menunjukan orang yang komplen bukan pakar hadith, tapi 'pemalas', dan belajar
mungkin nak dapatkan sijil PhD sahaja..,
patut mereka cakap, oh hadith bab Nabi keluar tangan dari kubur di petik dari
kitab XYZ, kitab tu tak betul kerana penulis kitab tu adalah ABC, baru betul
nak komplen,
Tapi jika komplen, tak tahu asal usul hadith, dah telefon penerbit
sana tapi tak paham bahasa, alasan tah apa-apa, kelakar!, sebab dia ingat
hadith ni setakat apa yang dia belajar, nasib baik ustaz ni sokong UMNO, jika
sokong PAS, tentu rosak nama ISLAM pada parti PAS- woha!
Ps: Tolong paham mengenai perbezaan antara hadis daif dan hadis maudhu, dan tolong paham perbezaan kitab guna pendapat sendiri dengan kitab kompilasi, jika tak paham ni, tak layak korang nak komplen hadis, adohai..
******
UPDATE: 28 Mei 2013.
Rupanya, kritikan UFB bukan pada kitab Fadhail Amal yang selalu orang Tabligh baca yang mengandungi Fadhail Solat, zikir, quran, dan dakwah, tapi kritikan UFB adalah kepada kitab Fadhail yang lain iaitu kitab Fadhail sedekah dan Haji, kesilapan UFB mungkin sebab tajuk sama., atau beliau mungkin tidak tahu kitab Fadhail haji dan sedekah tidak dibaca dalam majlis taklim orang tabligh, patutlah bila aku baca kitab Fadhail yang selalu orang tabligh baca tak pernah jumpa kisah tangan Nabi keluar dari kubur, sekali salah kitab daa..,
Akhir kata, walaupun kitab Fadhail Haji dan Fadhail sedekah belum aku baca, aku tetap bersangka baik dengan penulis kitab tersebut kerana beliau adalah pakar hadis dan kitab itu bukan kitab baru tapi kitab kompilasi, apapun kita doakan semoga UFB dan kita semua beroleh hidayat yang berkekaan.., amin.
![]() |
| Rupanya kitab fadilat sedekah dan haji, sila take note. |
May 20, 2013
Apa pandapat kamu tentang mati?
(Dari blog ke FB, dari FB ke blog, mana yang baik tu ikut,
mana yang tak baik tu, tegur, adohai…)
Cerita bermula pada suatu petang, sudah hampir ke waktu magrib. Lebih kurang 30 minit lagi sebelum azan berkumandang, tiba-tiba:
“Assalamulaikum” suara dari luar pintu
“Walaikumusallam,” suara aku bersama aroma teh tarik..
Lantas terpanculah wajah sorang lelaki yang bermuka hensem di depan pintu rumahku, rambutnya tersikat rapi, wajah bersih dari sebarang misai dan janggut serta berpakaian kemas, lengkap dengan tali leher bersama kilauan kasut yang memancar mancar.
“Tahniah bang, rumah abang terpilih dalam taman ini sebagai lokasi demo untuk produk baru kami, tak lama bang, 15 minit sahaja, dan syarikat kami ada meyediakan cenderamata dan kami akan ambil beberapa keping gambar abang dan rumah abang untuk di letakkan dalam majalah kami”
3 minit kemudian, sebelum dia menghabiskan kata kata, aku sebagai seorang yang skema dan menghafal rukun negara, menolak demo itu dengan cara yang lemah lembut, berhemah dan bersopan santun.
Tapi dia tetap mahu buat demo dengan sungguh sungguh kerana rumah abang sudah terpilih katanya, tak lama bang 15 minit sahaja katanya lagi.blablabla.. Puas aku bagitahu bahawa aku tak berminat, tak mahu, tak mboh, tok sir, tapi dia begitu beria-ria menghina kebijaksanaan aku, maka terpaksalah aku menggunakan ugama sebagai senjata utama untuk menghalau penjual yang ada unsur paksa dalam jualan produk entah apa-apa.
Cerita bermula pada suatu petang, sudah hampir ke waktu magrib. Lebih kurang 30 minit lagi sebelum azan berkumandang, tiba-tiba:
“Assalamulaikum” suara dari luar pintu
“Walaikumusallam,” suara aku bersama aroma teh tarik..
Lantas terpanculah wajah sorang lelaki yang bermuka hensem di depan pintu rumahku, rambutnya tersikat rapi, wajah bersih dari sebarang misai dan janggut serta berpakaian kemas, lengkap dengan tali leher bersama kilauan kasut yang memancar mancar.
“Tahniah bang, rumah abang terpilih dalam taman ini sebagai lokasi demo untuk produk baru kami, tak lama bang, 15 minit sahaja, dan syarikat kami ada meyediakan cenderamata dan kami akan ambil beberapa keping gambar abang dan rumah abang untuk di letakkan dalam majalah kami”
3 minit kemudian, sebelum dia menghabiskan kata kata, aku sebagai seorang yang skema dan menghafal rukun negara, menolak demo itu dengan cara yang lemah lembut, berhemah dan bersopan santun.
Tapi dia tetap mahu buat demo dengan sungguh sungguh kerana rumah abang sudah terpilih katanya, tak lama bang 15 minit sahaja katanya lagi.blablabla.. Puas aku bagitahu bahawa aku tak berminat, tak mahu, tak mboh, tok sir, tapi dia begitu beria-ria menghina kebijaksanaan aku, maka terpaksalah aku menggunakan ugama sebagai senjata utama untuk menghalau penjual yang ada unsur paksa dalam jualan produk entah apa-apa.
“Apa pandapat kamu tentang mati?”
Tanya aku dengan kuat, dan dia terus terdiam dan agak terkejut. Lantas aku kembali mesra dengan menggosok bahunya dan mula berceramah ugama.
“Semua orang akan jadi mayat..”
Aku lihat wajah dia sudah berubah, aku teruskan kata kata..
“kalau kita kaya, kita akan jadi mayat orang kaya, kalau kita miskin kita akan jadi mayat orang miskin, kalau kita menipu, kita akan jadi mayat penipu, mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah kita!”
Aku lihat dia murung, aku teruskan bercerita tentang azab kubur, tentang iman, tentang kehidupan akhirat dan pertolongan Allah kepada Nabi-Nabi. Aku juga memberi takzirah akan pentingnya solat jemaah di masjid bagi lelaki beserta fadihalt solat tahajjud.
Dia nampak mahu berundur, aku pegang tangan dia dan terus berceramah. Aku bagi akan pentingnya ummat islam berdakwah, dan bagaimana mahu jadi pendakwah cara Nabi Muhammad SAW.
Dia toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok handphone dengan muka sedih. Aku tak peduli, aku cerita pula tentang lapisan isi neraka serta azab neraka.
"Errr takpelah bang, saya ada masa 15 minit sahaja, nanti bos saya marah"
Dia beralasan dengan gelabah, tapi jawab aku:
Tanya aku dengan kuat, dan dia terus terdiam dan agak terkejut. Lantas aku kembali mesra dengan menggosok bahunya dan mula berceramah ugama.
“Semua orang akan jadi mayat..”
Aku lihat wajah dia sudah berubah, aku teruskan kata kata..
“kalau kita kaya, kita akan jadi mayat orang kaya, kalau kita miskin kita akan jadi mayat orang miskin, kalau kita menipu, kita akan jadi mayat penipu, mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah kita!”
Aku lihat dia murung, aku teruskan bercerita tentang azab kubur, tentang iman, tentang kehidupan akhirat dan pertolongan Allah kepada Nabi-Nabi. Aku juga memberi takzirah akan pentingnya solat jemaah di masjid bagi lelaki beserta fadihalt solat tahajjud.
Dia nampak mahu berundur, aku pegang tangan dia dan terus berceramah. Aku bagi akan pentingnya ummat islam berdakwah, dan bagaimana mahu jadi pendakwah cara Nabi Muhammad SAW.
Dia toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok handphone dengan muka sedih. Aku tak peduli, aku cerita pula tentang lapisan isi neraka serta azab neraka.
"Errr takpelah bang, saya ada masa 15 minit sahaja, nanti bos saya marah"
Dia beralasan dengan gelabah, tapi jawab aku:
"Eh apa pulak? Bukankah rumah saya telah terpilih?,
marilah kita solat magrib di masjid, lepas tu kita sambung, ada banyak lagi
saya mahu cerita"
“tapi bang.., saya.., saya…”
pendek cerita, dah dekat lagi 5 minit mahu margib, aku 'lepaskan' dia pergi.., aku tengok dia langkah laju laju.., dan tak toleh belakang lagi.
Bini aku yang mengintai dari balik langsir gelak besar bila tengok hamba Allah tu jalan laju laju tak toleh belakang.
Woha!
pendek cerita, dah dekat lagi 5 minit mahu margib, aku 'lepaskan' dia pergi.., aku tengok dia langkah laju laju.., dan tak toleh belakang lagi.
Bini aku yang mengintai dari balik langsir gelak besar bila tengok hamba Allah tu jalan laju laju tak toleh belakang.
Woha!
Moral of the story:
Manusia yang hati gelap memang takut sangat dengan cerita ugama, kalau sedang
tengok TV sekali terdengar azan, kelam kabut tukar channel TV lain. Ada
member-member sedang asyik borak tentang sport rim kereta lah, juga tentang
lubang kencing berlaga lah, kadang kadang cerita tentang movie blockbuster lah,
atau isu-isu semasa, sekali cuba kita buka topik ugama, huh! Terus
member-member blah sorang demi sorang, atau toleh kiri kanan, garu telinga,
gosok hidung, dan sesekali tengok handphone dengan muka bosan. Eh, ada yang
berlakon jawab panggilan, Ha ha! Aku pernah pakai jubah siap berserban, lalu
jalan jalan ke arah mat rempit yang sedang lepak bawah lampu tangah malam,
kelam kabut mereka lari macam polis buat ‘ambush’, adohai..
Jadi, pelajaran hari ini adalah, sekiranya kita didatangi oleh penjual yang ‘paksa’ kita membeli barang, mulakan perbualan dengan soalan:
“apa pandapat kamu tentang mati?”
Ps: Video di atas adalah hiasan sahaja, adohai...
Jadi, pelajaran hari ini adalah, sekiranya kita didatangi oleh penjual yang ‘paksa’ kita membeli barang, mulakan perbualan dengan soalan:
“apa pandapat kamu tentang mati?”
Ps: Video di atas adalah hiasan sahaja, adohai...
May 13, 2013
Wanita bukan dari rusuk lelaki?
(kisah Laki bini pertama dalam sejarah manusia...)
Soalan pembaca:
“Bang, saya ada baca majalah i mukasurat 75 edisi nov 2006
katanya perempuan tidak berasal dari rusuk lelaki, betul ke?
Hamka said:
Huh! Nasib baik kau cakap ambik dari majalah, ingat ambik
dari kitab atau quran.., adohai..
Dalam sebuah hadis yang dipetik dari Bukhari dan Muslim,
Nabi Muhammad SAW besabda:, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita
dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan
sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu
cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya
akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita
(dengan kebaikan).
Berbalik soalan dari pembaca di atas berkenaan sama ada
benarkah wanita pertama dijadikan dari tulang rusuk, maka di dapati ramai
ulamak yang bersetuju dengan dalil dari hadis ini antaranya sahabat Abdullah
Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan
ramai lagi., maka aku yang bukan ulamak pun just follow.., lagipun dalam bab
membenarkan hadis, selagi benda tu tak menjejaskan iman dan akidah, tak
payahlah nak berhujah dan bergaduh.., adohai..
Kepada mereka yang tak tahu, (mungkin baru masuk islam
semalam), tersebutlah kisah Nabi Adam seorang manusia pertama ciptaan Allah
yang tinggal di dalam shurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya tapi masih
merasa sunyi lalu Allah telah mencipta ‘penghilang kesepian’ iaitu Hawa yang di
cipta dari tulang rusuk yang dekat dengan lengang untuk dilindungi dan dekat
dengan hati untuk dicintai, chewah..
Maka tinggalah Nabi Adam dan Hawa dalam keadaan bersuka ria
dan bebas berbuat apa saje kecuali jangan makan buah larangan.
Pendek cerita syaitan datang untuk menggoda Nabi Adam makan
buah tu, tapi orang lelaki memang cool!, orang lelaki tak mudah terpengaruh
dengan anasir luar, tak terpengaruh dengan iklan murahan, tak terkesan dengan
promosi jualan murah…, tapi tidak dengan perempuan, selamba je syaitan pujuk
suruh makan buah larangan, terus makan, perempuan memang mudah terpengaruh
dengan pujukan, tak percaya cubalah tanya orang yang jual karpet, atau dengan
ejen MLM, sasaran mereka perempuan, sebab perempuan mudah percaya…, sekali pasaraya
bual sale selepas di naikkan harga dan potong kepada harga asal, maka
berbondong-bondonglah orang perempuan ajak laki pergi kesana termasuk bini aku
pun ajak sama…woha!
Tapi ada bagus jugak perempuan ni sebab dia ingat kat laki
dia, dia makan separuh je, lepas tu simpan separuh kat Nabi Adam…kalau aku
pergi kedai mamak pekena roti canai dengan teh tarik, takdenya aku nak bungkus
bagi bini aku tapi bini aku kalau ada jamuan kat opis dia,mesti bungkus bawa
balik kat aku.., aku respect betul lah bini bab simpan makanan untuk laki, he
he..
Maka marahlah Nabi Adam bila Hawa dah makan buah larangan,
tapi, adohai..… orang lelaki kena pujuk rayu ngan perempuan cantik…habis tergoda!
sama macam aku: sebab akulah yang drive kereta pergi pasaraya dan pikul
barang-barang yang di borong oleh bini aku, semuanya gara gara aku yang memang
cair kalau perempuan macam bini aku datang pujuk aku…, habis iman aku…,
adohai..
Akhirnya Nabi Adam pun makanlah buah tu sama tapi ditahan
oleh malaikat, tu yang jadi buah halkum tu…, kalau tak kitapun akan ada darah
haid, sebab lepas Hawa makan buah larangan, darah mencurah keluar dari
kemaluannya yang menyebabkan mereka telah jadi kotor dan tak layak lagi duduk
dalam syurga lalu di buang ke dunia.., panjang cerita, boleh rujuk Buznama. Akupun dengar dari buznama, sebab aku bukanlah
terer macam ustaz,.. harap maklum.
So moral of the strory:
Perkara yang tak rosak akidah, tak payahlah nak bergadoh dan
berbahas sampai pening kepala, terima jer pendapat sahabat Nabi dan ulamak,
adohai...
Sekian kisah Laki bini pertama dalam sejarah manusia...
Ps: Mana bini ni? Bisik aku yang sedang beratur nak bayar
barang dari Q yang panjang tapi dah sampai giliran namun bini yang kata nak
pergi scan sayur sekejap tapi tak nampak batang hidung mesti sedang pilih
barang lain lah tu yang di buat potongan separuh harga selepas pasaraya
menaikkan harga tapi aku redha kerana salah aku juga yang mudah tergoda dengan
pujukan dari bini yang menggoda macam bini aku- woha!
May 7, 2013
Lain kalilah? Kenapa PAS 'kalah'?
("Kalimah yang popular di ulang ulang; 'ini kali lah'
dan 'lain kali lah'.. sedangkan kalimah
yang paling afdal di ulang ulang adalah 'laailaha illallah..'-azharjaafar)
PAS kalah lagi, nasihat aku ikutlah nasihat yang di petik
dari FB orang pas yang faham ugama:
Copy/paste:
Saya menceritakan rasa sedih Parti Islam Tidak memenangi
Pilihanraya kepada seorang Murabbi.
Dengan tenang beliau menjawab,: "itulah tanda perjuangan Parti Islam itu di landasan
yang betul". Islam tak akan menang
jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tak akan menang jika ada yang
gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan
islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Kita berjuang kerana Allah bukan
kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa. Mari kita muhasabah diri kita.
Muhasabah jentera kita. Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera
mereka.Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?
End copy paste.
Jawapan terbaik selepas kalah, kepada pembangkang, sila take
note, adohai..
Pendapat aku kenapa ‘perjuangan islam’ kalah:
1) Orang
sokong pas ramai tak solat jemaah, macam mana islam nak menang, jika aku tegur,
di tuduh macai umno, adohai....
2) Indicator
perjuangan islam bukan 5 tahun sekali, indicator yang sepatutnya, 5 kali setiap
hari, cuba tanya semalam solat 5 waktu awal waktu tak? kat masjid tak? khyusuk
tak? tak paham paham lagi?, lepas tu doa bala dengan perasan Allah dekat dengan
kita, adohai..., buat malu parti so call islamik jer jika ugama kita sokong
tapi tak dokong.., hampeh.
3) Hudud di
perjuang tapi takde dalam manifesto, hudud di perjuang tapi solat tak
diperjuang, Nabi naik ke langit ambik hukum hudud ke hukum solat? aku tahu
hudud penting tapi solat lagi penting, nampak sangat jihad gantung bendera tak
ada tarbiah, sebab selamba tinggal solat jemaah, argg, naik syeikh pulak aku
ni-woha!
4) Allah
yang menangkan UMNO, Allah yang kalahkah PAS, masa untuk muhasabah diri, kenapa
Allah tak tolong PAS? jawapan dah diberi oleh ustaz azhar idrus di atas, harap
paham dan tolonglah jadil pandai.
5) Ulamak
bukan Tuan guru Nik aziz sahaja, beliau belajar di india, lepas beliau belajar
adakah madrasah tutup? Kemana pergi class mate beliau? Ke mana pergi ulamak
senior dan junior beliau?, ini bermakana bukan semua ulamak duduk dalam PAS.
Ada ramai lagi ulamak lain yang tidak berpendapat politik demokrasii ni sama
dengan politik Nabi, mengaji dulu apa beza kedua-duanya, ramai ulamak menolak
politik demokrasi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah
Rasulullah, Mahabbah Sunnah dan Mahabbah Umattu Rasulillah. sila tak note.
6) Ramai
pengikut Pas gagal ikut sunnah Para Sahabat ranhum dalam menghadapi pemimpin
zalim seperti Hajjaj bin Yusuf. Caci maki, fitnah, dan buat lawak dengan serang
peribadi bukanlah cara islam, Check!
7) Perjuangan
PAS guna cara politik demokrasi, di ijtihad kerana bagi mereka ia satu jenis
darurat untuk melawan kerajaan zalim,dan dan aku juga mengundi untuk tunaikan
tanggungjawab sebagai rakyat atas sistem negara demokrasi,tapi aku tidak
iktikad ia sebagai sebuah perjuangan sebenar, so adalah salah bila anggap
inilah satu satunya jalan jihad. Adohai...
8) Hentikanlah
kafir mengkafir, solat tak di terima dan lain lain fatwa kaum kera kerana tak
ada dalil direct mengatakan masuk neraka kalau tak mengundi atau tak ikut
perjuangan parti,tapi conferm masuk neraka orang yang tak solat,puasa dan
lain-lain. Sila take note.
9) Cuba
renung dalam dalam dan tarik nafas dan akuilah bahawa Islam tidak akan tertegak
dengan sistem demokrasi, panjang jika nak tulis bab ni..
10) Ramai orang
Pas mengaku berjihad sekatat kempen kat FB atau whatsapp, .. mana cukup upload
gambar jalan rosak.. mana cukup upload gambar rosmah mansur.. ect ect
ect.., media arus perdana dikuasai BN..,
orang kampung takde internet, nak berdakwah kena guna jalan betul.. jangan
berat bontot nak jumpa masyarakat.. nama calon wakil rakyat, tapi rakyat tak
kenal.. cuma tunjuk muka masa penamaan calon.. dakwah jauh sekali.., dah tau
ramai melayu fobia dengan PAS, sorok dulu politik masa berdakwah.., guna cara
pendekatan akhlak terpuji macam Nabi, baru ada mirip sunnah.., tak paham paham
lagi?
11) cukuplah
jadi bodoh kerana politik dengan cara dedah aib musuh, tapi bela aib kawan
sendiri.., Nabi bila Aisyah dituduh berzina, Nabi tak emosi dan terus bela
macam korang bela ahli parti, nabi siasat dulu, malahan Nabi cakap, jika
Fatimah mencuri aku sendiri akan potong tangannya, bukan macam korang.., ahli
parti saya baik baik belaka, mana ada berzina, video besi tak boleh jadi saksi,
tapi jika umno buat silap, tak ada bukti terus sebar, itulah budaya politik
sempit yang memalukan islam..
12) Nak menang
politik, jangan cipta banyak musuh, korang cakap polis sebagai anjing kerajaan,
sedangkan polis mengundi, bini polis mengundi, anak beranak polis mengundi,
lepas tu korang cakap askar sandiwara berperang, sedangkan askar mengundi, bini askar mengundi, anak beranak
askar mengundi, lepas tu korang nak tutup lynas, sedangkan pekerja lynas mengundi,
bini pekerja lynas mengundi, anak beranak pekerja lynas mengundi, lepas tu korang nak tutup tol, nak
tutup proton, nak hapus AES, nak hapus PTPTN sedangkan semua pihak tu mengundi,
bini mereka mengundi, anak mereka mengundi.., arghh, pilikrlah sendiri..
13) Jangan jadi
bodoh buang masa pasang bendera tinggi, bendera besar, bendera banyak, lepas tu
berjaga siang malam sedangkan orang mengundi bukan sebab bendera, membazir
saudara syaitan..
14) Saidina
Umar bila ada jemaah islam kalah perang, beliau akan suruh semak apakah sunnah
Nabi yang jemaah itu tak buat, bila di semak, ternyata solat jemaah tak lurus,
bila lurus baru menang, cuba check kitab sejarah..
15) So, yang utama aku nak komplen adalah bab solat
berjemaah, ramai lagi orang PAS fail jaga solat jemaah, sedangkan dengan
menjaga solat jemaah, barulah pertolongan Allah itu bersama kita, insyaAllah,
ternyata ceramah lawak dari ustaz PAS tidak memberi kesan tarbiah yang di
harapkan.., mungkin kena ubah cara lawak kepada cara sunnah, mudah mudahan.,
Ok, Cukuplah 15, (jika ada korang boleh tambah) lagipun itu hanya pendapat aku yang hina dina, Aku sayang PAS dan semua orang islam, masih
ada ruang untuk muhasabah diri, aku bukan nak menghina, tapi aku nak menegur,
salah UMNO tak perlu aku tulis sebab korang dah sedia maklum, tapi salah PAS
takde ustaz ustaz nak tegur, maka biarkan aku yang sayang pada semua orang islam
ni menegur kerana Allah, aku tak rugi jika korang tak nak ikut pesanan aku, aku
sendirilah yang rugi jika tidak amal apa yang aku sampaikan.., sekian pesan
kepada diri sendiri.
Sebagai penutup, kita layan Kisah Laki Bini di hari
mengundi.
*****
Bini: Adohai abang, kan dah cakap jangan korek hidung dengan
dakwat SPR, kan dah 7 hari tak hilang..
Laki: Diorang cakap boleh hilang kena air, tapi dakwat abang
punya ni tak hilang.., waaaa.... woha!
Ps: entry ini bukan perbandingan antara PAS dan UMNO, tapi antara PAS
dan ISLAM, sila berlapang dada..., lagipun aku tulis ini selepas PRU, sebab aku ikhlas nak menegur.., dan ini agak deep, sila take note jika tak slow.
Ps2: Aku ulang, Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa. Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita. Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu? (Jawapan terbaik selepas kalah, kepada pembangkang, sila take note, adohai..)
Ps2: Aku ulang, Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa. Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita. Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu? (Jawapan terbaik selepas kalah, kepada pembangkang, sila take note, adohai..)
Apr 30, 2013
Gaji minimum, bagus?
(Menetapkan Gaji Minimum Adalah Idea Yang Buruk Bagi Rakyat-Posted
by Shahabudeen)
Please ‘enjoy and be educated’.
Copy/paste...
Soalan pembaca beberapa bulan yang lalu..
“Saudara Hamka, saya nak mengadu mengenai masalah gaji
minimum yang ditetapkan oleh kerajaan baru baru ini membuatkan kami pengusaha
pusat jagaan kanak kanak (setelah bermusyuarat dengan wakil semua pusat jagaan)
terpaksa menaikkan yuran dari RM180 kepada RM300 kerana gaji minimum seorang pengasuh
tanpa potongan KWSP wajib RM900 yang mana jika tidak patuhi, akan di denda. Akibatnya,
beberapa pusat jagaan kanak kanak terpaksa di tutup kerana tiada lagi ibu bapa
mahu menghantar anak mereka dan kami terpaksa membuang pekerja. Ternyata kesan
kerajaan menetapkan gaji minimum sangat menyusahkan peniaga kecil seperti kami,
tolong ulas isu ni di blog saudara kerana rasanya ramai juga orang politik yang
membaca blog saudara. Terima kasih”
Hamka said:
Aku pun terasa kesannya jugak sebab anak aku semua di hantar
ke sekolah swasta, tapi mereka naik yuran tak banyak, naik dari RM150 kepada
RM180, oleh sebab anak aku tiga orang sekolah kat situ, so aku kena tambah lagi
duit yuran, tapi takpe, bagi aku RM180x3 masih releven.., tapi anak aku yang
tadika, mereka naikkan dari RM150 kepada 240, alasan mereka adalah gaji minimum,
so aku pindahkan ke tadika lain, iaitu Tadika PASTI, yuran RM180, 7 pagi hingga
6 petang.., kira okeylah..
Bagi aku usahawan tadika jangan naik tinggi sangat yuran sampai
RM300 satu kepala hanya dengan alasan gaji minimum RM900, bayangkan mereka yang
ada anak 4 orang macam aku? Dah Kena bayar RM1200, yang mana sebelum ni hanya RM600…,
Adohai.., dah kena tukar tadika, nak pergi ke tadika KEMAS, hanya setengah
hari, petang nak kena upah orang lain pulak? Isk.
Alhamdulillah ada orang PAS kat tempat aku bukak tadika PASTI
dari 7 pagi hingga 6 petang dengan kos RM180 satu kepala, kira oleylah.., harap
dapat kekal yuran tu lepas PRU walaupun manifesto korang gaji minimum naik lagi
RM1100.., (what?) itu baru cerita bab jagaan anak, belum cerita kedai makan, naikkan
harga makanan sebab tukang order pun gaji RM900, tak ke naya? Nak salahkan
ushawan pun tak boleh sebab ternyata orang politik ni bukan pandai sangat bab
ekonomi sebab masing masing bagi manifesto terdesak nak memang, tapi kesannya
rakyat jugak yang tanggung.
So, sebelum aku tulis isu ni, aku ada baca dulu beberapa
pendapat di internet yang mana jika belum ada orang tulis, aku akan tulis, tapi
jika dah ada orang tulis dengan hujah yang bernas, aku akan copy/paste sahaja,
yang mana akhirnya aku jumpa artikel yang aku rasa sesuai untuk di baca hingga
habis, dan sila bersetuju di hujung entry.
Copy/paste...
Ahli politik adalah individu-individu yang mereka sangka
mereka mengenali masyarakat dan tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk
mereka. Selain itu, mereka juga sangat pakar dan mahir dalam ilmu untuk
memperdaya rakyat dalam menerima sesuatu perkara yang mereka mahukan ke atas
rakyat.
Dari situ berlumba-lumbalah ahli politik dari kerajaan dan
pembangkang untuk memperkenalkan gaji minimum pekerja. Kemahuan golongan
persatuan pekerja ini tidak dilayan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir
kerana beliau mungkin tahu baik buruk polisi ini.
Atas desakan yang kuat, kerajaan Perdana Menteri sekarang
terpaksa akur dan menetapkan gaji minimum ini kepada pekerja.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kenapa penetapan
ini adalah satu idea yang nampak berniat baik tetapi sebenarnya sesuatu yang
buruk bagi masyarakat miskin dan orang berniaga.
1. Tidak Adil Bagi Semua
Jika benar kerajaan dapat meningkatkan pendapatan golongan
miskin dengan menetapkan gaji minimum, kenapa kerajaan tidak hanya menetapkan
gaji minimum ini kepada RM 5000 sahaja. Dengan mudah semua buruh akan mendapat
gaji tinggi dan semua orang pun akan gembira.
Bagaimana gaji meningkat ? Gaji meningkat apabila
produktiviti per kapita setiap rakyat di sesebuah negara itu meningkat. Apabila
produktiviti meningkat, pendapatan meningkat, perniagaan berkembang dan
seterusnya gaji pekerja akan meningkat dan ini meningkatkan taraf hidup rakyat
secara keseluruhan.
2. Memusnahkan Perniagaan Kecil
Jika buah epal dijual dengan harga RM 1.00 meningkat kepada
RM 2.00. Secara logik mudah, orang akan kurang membeli buah epal. Ini juga yang
akan terjadi kepada pasaran buruh di sesebuah negara apabila kerajaan
menetapkan gaji minimum.
Jika saya mempunyai 10 orang pekerja. Penetapan gaji minimum
mungkin hanya mempunya kesan kepada 2 orang daripada pekerja saya. Tetapi
peningkatan ini akan mengakibatkan saya untuk menaikkan gaji bagi kesemua
pekerja saya. Tidak mungkin pekerja yang sudah 5 tahun bekerja dengan saya akan
bersetuju dengan gaji pekerja yang baru masuk kerja bulan lepas.
Itu yang pertama, yang keduanya saya sebagai pemilik
perniagaan akan memilih untuk mengurangkan penggunaan pekerja sebagai langkah
untuk berjimat supaya saya tidak rugi dalam perniagaan yang saya sedang ceburi.
3. Peningkatan Jenayah dan Meningkatkan Pengangguran
Apabila peniaga mengurangkan bilangan pekerja kerana tidak
mampu membayar gaji minimum. Golongan buruh bawahan ini tidak akan mendapat
sebarang kerja dan ini akan meningkatkan pengangguran dikalangan masyarakat.
Seperti yang anda sudah ketahui, peningkatan pengangguran
akan menyebabkan kadar jenayah juga meningkat.
4. Beban yang terpaksa ditanggung oleh semua
Penetapan gaji minimum akan menyebabkan peningkatan harga
barang. Manakan tidak, kos pembuatan sesebuah barangan itu telah meningkat jadi
sudah tentu kos ini akan digilirkan kepada pelanggan yang akan membeli sesebuah
produk.
Dengan itu akan berlaku peningkatan harga barang serta
peningkatan kadar inflasi. Ini akan menyebabkan semua orang terutamanya
pengguna terpaksa menanggung kerugian
Dalam pasaran bebas, harga barangan dan gaji pekerja tidak
seharusnya ditetapkan oleh sesiapa samada ahli politik atau kerajaan. Ianya
seharusnya dibiarkan terapung dan bebas.
Pernah dalam satu pertikaian pada zaman Rasulullah, baginda
dipanggil untuk menetapkan harga roti di pasar. Baginda bersabda
“Aku tidak mahu darah mereka ini di tangan aku di akhirat
nanti”
(“An Islamic economic system largely supports a market
mechanism for coordination
of economic activity. This is based on a hadith reported by
Ibn Majah and Tirmidhi
on bread prices in Medina where the Prophet refused to
intervene to set prices (of
wheat) saying, “I don‟t want to have the blood of these men on my hands in the
hereafter” because there was a shortage due to natural
causes (drought).”)
Ini dengan jelas menunjukkan Islam sendiri mengakui dan
mengesahkan pasaran terbuka sebagai satu mekanisme yang terbaik dalam
pemerintahan dan hal-ehwal perniagaan dalam sesebuah negara.
Tidak banyak yang kita dapat buat sekarang. Polisi ini tidak
akan ditarikbalik dalam masa terdekat dan Pakatan Rakyat juga sedang berjuang
untuk meningkatkan lagi gaji minimum dalam manisfesto mereka.
Nyata kita telah terperangkap dikalangan kedua-dua ahli
politik kerajaan dan pembangkang yang mengejar undi tetapi secara bodoh sanggup
menggadai masa depan ekonomi negara kita.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
End copy/paste, link asal klik sini.
Ps: Aku setuju dengan encik Shahabudeen yang mana nyata kita
telah terperangkap dikalangan kedua-dua ahli politik kerajaan dan pembangkang
yang mengejar undi tetapi secara bodoh sanggup menggadai masa depan ekonomi
negara kita. Adohai...
Subscribe to:
Posts (Atom)


