May 17, 2008

Kembalikah aku ?

(Kemana kita pergi, dan kenapa kita mesti pergi?)

PENGUMUMAN!

Blog ini tidak akan di update selama 2 minggu (lebih kurang…)

Maaf dan harap maklum.

Apabila sudah sampai masanya aku kena pergi, maka pasti aku akan pergi, lalu janganlah di tanya kemana aku pergi, dan kenapa aku mesti pergi…, walaupun hakikatnya aku boleh menjawab kemana aku pergi dan kenapa aku pergi, namun pasti akan tiba satu hari nanti dimana setelah engkau dan aku pergi, maka diwaktu itu permergian kita sudah tidak boleh di jawab lagi akan kemana kita pergi dan kenapa kita pergi, kerana kemana kita pergi dan kenapa kita pergi sudah ditentukan Ilahi yang menentukan segala jawapan berkenaan kemana kita pergi dan kenapa kita pergi, yang pastinya, yang pergi tak kan kembali lagi …

Ingat ni!, Semua orang akan menjadi mayat dan Anda pasti tidak mampu mengubahnya! Kalau korang kaya, korang akan menjadi mayat orang kaya, kalau korang miskin, korang akan menjadi mayat orang miskin dan Mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah korang! Ha ha ha!

Apa-apapun, jika korang free luar biasa, bolehlah buat Ulangkaji tajuk dibawah dan bincangkan...

Apa itu SEKS?
Kenapa hati gelisah
Apa itu takdir?
Kenapa bunuh diri?

Special Request?
Kenapa Merajuk?

Apa ada di padang Mashyar?
Apa itu Solat?
Sudahkah boikot?

Ps: Jumpa lagi insyallah andai engkau dan aku belum ditakdirkan naik kereta mayat!.

May 15, 2008

Shurga di bawah kaki ?

(Surat tidak rasmi di hari Ibu dari seorang ayah kepada anak-anaknya)

Assalamuailakum semua anakku…

Sebab kamu semua perasan sibuk, ayah terus straight to the point…

Dalam apa-apa keadaanpun, sempena hari ibu, tolong jangan jadi seperti dua golongan orang ini:-

Pertama, orang yang suka menceritakan segala penderitaannya supaya semua orang simpati, lagi ramai orang simpati lagi bagus kerana dia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian.

Kasihan bukan?

Kedua, orang yang menceritakan segala kelebihannya supaya semua orang cemburu, lagi ramai orang cemburu lagi bagus kerana dia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian.

Hampeh bukan?

Namun, kamu semua masih boleh di benarkan untuk menceritakan akan sebarang kesusahan kamu kepada orang yang memang dapat selesaikan masalah kamu, seperti doctor, polis, ustaz, kauter pertanyaan, penunjuk arah atau mereka-mereka yang layak…

Jika kamu cerita pada ayah pulak, tak banyak yang dapat ayah tolong.., serius.. , tapi ayah suka dengar cerita problem masalah kamu semua.., kira ayah tolong dengar ler...

Dan tempat yang paling baik untuk kamu mengadu akan segala kesusahan kamu adalah kepada Allah Tuhan sekalian alam semesta, sesungguhnya:

Hanya Allah sahaja tempat segala kesusahan menjadi kesenangan abadi..

Begitu juga dengan adab menceritakan kesenangan atau nikmat hidup, misalnya kamu suka sangat dengan keputusan kerajaan baru-baru ni yang naikkan had umur pencen, buat kamu ada banyak masa untuk bayar hutang lapuk bertimbung-timbung, maka ceritalah ‘nikmat’ itu kepada kakitangan kerajaan sahaja, kepada nelayan atau penoreh getah, tak payahlah kamu nak cerita lebih-lebih kerana:,

Hakikat nikmat hanya boleh diceritakan kepada orang yang dapat berkongsi nikmat…

Tak kan lah kamu nak bercerita nikmat di inzalkan suami dengan rakan sekerja yang andartu atau janda yang bercerai kerana suami mati pucuk? hampeh! , mengarut dan berdosa!

Namun jika kamu ada duit yang banyak dan ingin cerita pada ayah jumlah duit kamu, maka bolehlah dibenarkan untuk kamu cerita betapa banyaknya duit kamu, dengan syarat…, nikmat itu mestilah di kongsi bersama… he heh, bergurau dengan virus wahan ler pulak… oh!

Baiklah, sekarang ayah nak bercerita sikit sempena hari ibu…

Baru baru ni, ketika kami adik beradik sedang makan serapan pagi di rumah ibu bapa kami di kampong iaitu di rumah nenek kamu, dan ketika kami sedang asyik berborak tentang ekonomi Malaysia dan aplikasinya, tiba-tiba salah seorang dari anak saudara ayah merangkap anak adik ayah juga merangkap sepepu kamu, telah melakukan kesalahan yang biasa kami adik beradik lakukan sewaktu kecil dahulu…

tak perlu ayah detailkan tentang kesalahan sepupu kami itu dan siapa dia..

Namun, Emak ayah a.k.a Nenek kamu yang berada di tempat kejadian hanya menegur dengan kasih sayang…,

Daripada kejadian itu dan akibat dari tindakkan emak ayah merangkap nenek kamu itu, maka perbulan di meja makan yang berkisar tentang subjek ekonomi telah berubah menjadi perbualan tentang subjek sejarah… kami adik beradik pakat-pakat merujuk akan kejadian 20 tahun yang lalu yang mana jika ayah atau adik beradik yang lain buat silap yang sama atau lebih lagi, maka kami dah tentu kena rotan…

Tapi sekarang, Nenak kamu hanya tegur dengan kasih sayang…

Maka bermulalah cerita, adik beradik ayah yang lain terus menceritakan segala penderitaan mereka semasa kecik…,

Kepada anakku, Ingat tak masa kamu kecik dulu?, bila kamu tunjuk luka kat siku pada kawan kamu, maka kawan kamu akan tunjuk pulak parut kat lutut dia yang menunjukkan dia juga pernah terluka, lalu kawan kawan kamu yang lain pulak, pakat-pakat selak baju dan seluar untuk tunjuk parut, kesan lebam, bekas jahitan atau luka yang masih berdarah.., untuk apa?

Supaya semua orang simpati, lagi ramai orang simpati lagi bagus kerana manusia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian…, dalam simpati terselit jugak perasaan ‘aku hebat’ kerana berjaya mengharungi penderitaan yang lebih teruk dari orang lain kononnya..

Perasaan ‘aku hebat’ itu akan bawa masalah di akhirat.., rujuk ustaz.

Sambung cerita, maka adik beradik ayah mulailah bercerita akan bagaimana mak kami dulu menjalankan kerja kerja menghukum mereka, rotan sampai pecah rotan, hantuk kepada ke dinding, kena baling dengan periuk, kena ketuk dengan buku teks, di cubit sampai berdarah, di lempang sehingga berbirat, dipaksa minum air sabun dan di pijak perut, ..err,.. bab minum air sabun dan pijak perut tu ayah tambah untuk lebih mendramatikkan cerita… heh!

Lalu apa dah jadi?, masing masing terus berlumba-lumba menceritakan penderitaan lampau dan terus ‘selak baju dan seluar’ untuk tunjuk ‘parut’, ‘kesan lebam’, ‘bekas jahitan’ atau ‘luka yang masih berdarah’.., untuk apa?

Supaya semua orang simpati, lagi ramai orang simpati lagi bagus kerana manusia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian…, dalam simpati terselit jugak perasaan ‘aku hebat’ kerana berjaya mengharungi penderitaan yang lebih teruk dari orang lain kononnya..

Lagi sekali, kata kunci untuk surat ini adalah tentang perasaan ‘aku hebat’ yang akan bawa masalah di akhirat.. sila rujuk ustaz.

Sambung balik, Maka bila masing-masing pakat-pakat bukak luka lama, jadi kasihan ler kat Mak.., kasihan nenek kamu.., kenapa perlu di ungkit kisah lama? Kenapa luka lama perlu berdarah kembali?, pleaselah.. …, Mak(nenek) jadi garang sebab mangsa keadaan.., Ayah(atuk) yang berkahwin empat, anak tiri yang tak dengar kata, lepas tu pulak nak kena masak nasik untuk 16 adik beradik, nak kena basuh baju yang berguni-guni, kain ampaian yang terhad, TV yang tak berwarna, air yang perlu di angkut dari telaga… bukan senang nak jaga kamu semua yang macam guni beras, macam tiang bank dan macam meja makan semua ni.. pleaselah!

Tapi ayah hanya kata dalam hati sebab ayah juga malas nak ungkit kisah lama, sedang mereka asyik cerita tentang penderitaan masing-masing, ayah hanya diam sambil makan, lagipun nasik penuh dalam mulut, macam mana nak menyampuk, ye tak?

Dah habis nasik ayah hancur kunyahkan, ayah telan dan mula berkata kata..

“Biar aku pulak cerita pengalaman masa kecik..”

Adik beradik yang lain terus berhenti bercakap dan mulai pasang telinga, sebab mereka tahu ayah adalah ‘kambing hitam’ dalam keluarga, mereka tahu hukuman yang mak ayah jatuhkan pada ayah masa kecik dulu-dulu selalunya hampir kepada hukuman mandotori,

Nenek kamu dulu sebanarnya seorang guru Al Quran kat kampung, semua budak kampung habis di tauliahkan oleh Nenek kamu, tapi ayah anak derhaka, ayah ponteng kelas mengaji dan tak peduli mak yang pukul ayah dengan tabah, itu belum masuk bab lain, pukul anak orang, malas sembahyang dan sebagainya… dan untuk makluman: ayah khatam Al quran ketika umur dah nak masuk 25 tahun, itupun sebab kawan dengan budak tabligh… (jangan tiru ayah bab lambat khatam Al Quran dan akhlak yang buruk, tapi tirulah bab kawan dengan budak tabligh)

Tapi dari meja makan, ayah tak bercerita seperti cerita di atas… semua cerita itu ayah dah delete lama dah dalam recycle bin, tapi kira masih ada dalam recycle bin…

Dari Meja Makan, Ayah mula bercerita:

“Kasihan kat korang semua sebab mak pukul kamu teruk-teruk untuk jadi manusia, untuk pengetahun korang, hanya aku sorang sahaja yang mak ‘tak pernah pukul’, malahan ketika nak tidur, mak ‘selimutkan’ aku, dan akan bacakan ‘bedtime story’, lepas tu mak ‘cium dahi’ aku..”

Ayah tak sempat habiskan percakapan, ayah dah ketawa terbahak bahak, semua orang kat meja makan juga turut ketawa terbahak bahak dan ada yang menangis sambil ketawa..

Menangis kerana kami semua memang tak pernah dapat akan nikmat itu… isk.

*****

Tapi hari ini, kami semua 'sujud' di kaki nenek, menyayanginya sepanjang hayat dan akan berebut untuk menjaganya...

Mengakhiri cerita..

Ayah menulis kesedihan ini kerana ayah ingin menceritakan penderitaan yang pernah di alami kepada orang yang dapat mengubati kesedihan ini..

Iaitu kepada kamu wahai anak-anakku…

Maksud ayah, ketika ayah sakit nak jadi mayat kelak, ketika ayah dah nak mati.., dan sebelum ayah tertidur buat selama-lamanya.., tolong selimutkan ayah…, buanglah bantal di kepala ayah, biarlah ayah mati dalam keadaan terdongak, agar Allah kasihan melihat ayah, dan sebelum ayah jadi mayat, bacalah buku dan ceritakanlah pada ayah tentang Rahmat Allah dan Janji Allah yang baik.., agar ayah mati dalam keadaan yang paling bersangka baik dengan NYa…

Harap ayah dapat mengucapkan kalimah Tauyibah lalu terus jadi mayat, dan bila ayah dah ‘tidur’, ciumlah dahi ayah ini buat kali yang terakhir…

Sekian, selamat hari ayah, eh? Silap.., selamat hari IBU…

Jangan lupa solat berjemaah bagi lelaki, dan solat awal waktu bagi perempuan…

Bye!

Ps: Bab alihkan bantal tu, rasanya tak perlulah, kasihan pulak ayah tengok mayat ayah mati terdongak… woha!

May 8, 2008

GAY ?

(Minta tolong akan perkara yang berkaitan hubungan luar tabie)

Siapa antara korang?, yang dulu adalah seorang perokok tegar, kuat gila hisap rokok, satu kotak minama sehari, tapi sekarang dah berhenti.., siapa?

Atau Siapa antara korang?, yang dulu adalah seorang pelancap tegar, kuat gila melancap, kemudian dah berhenti, siapa?

Atau Siapa antara korang, yang dulu adalah seorang kaki betina, walhal kaki korang sebenarnya jantan tapi maksud aku, korang adalah suka berzina, , kemudian dah berhenti,

Atau mudah sikit, Siapa antara korang, yang dulu adalah seorang kaki skodeng, kuat gila berskodeng, kemudian dah berhenti,

Siapa?

Kepada mereka-mereka yang aku maksudkan di atas, tentu korang telah melalui pengalaman getir untuk berhenti bukan, pengalaman yang sulit untuk di kongsikan, sungguh bersusah payah, ‘mujahadah’ kata orang arab, “be in the hot soup’ kata orang putih..

Namun, Merujuk kepada hadith riwayat Al Bukhari, “Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Allah menurunkan ubat untuknya”. Dan juga hadith lain yang bermaksud lebih kurang “semua penyakit boleh di ubati kecuali jadi mayat” maka korang akhirnya berjaya jugak untuk SEMBUH sepenuhnya, 100% sembuh!

Yang mana membuatkan mereka yang dah berhenti merokok tak boleh lagi tercium asap rokok, terus batuk berdarah.., yang suka melancap akan rasa loya bila terpandang kemaluan sendiri, yang suka berzina akan menangis bila melihat anak gadis berpelesaran.., yang suka mengintai akan rasa diri selalu di perhatikan.., begitu lebih kurang…

Namun!, simpan pengalaman berhenti kamu dalam poket masing masing, tak perlu bersusah payah berkongsi di sini, Cuma aku nak tanya kepada seseorang.. iaitu..

Siapa antara korang?, yang dulu adalah seorang lelaki GAY, suka main belakang, tapi sekarang dah berhenti.., siapa?

Jika ada, tolong ceritakan pengalaman anda berhenti daripada GAY, bagaimana anda bermujahadah, atau apa kaedah yang anda lakukan sehingga sembuh…

Bagi yang tak tahu, Gay merujuk kepada pelaku Homoseksual, yang bermaksud"sama jantina" atau nak lebih faham “hubungan luar tabie” atau senang lagi nak faham, “hubungan melalui dubur”…

Dan sebelum itu, aku nak nyatakan awal awal, AKU BUKAN GAY..

AKU LELAKI SEJATI…
Buktinya, Masa muda dulu, selalu gak aku 'ketuk lutut dengan tumpurung' bila terpandang perempuan cantik..

Jadi aku tanya ni merujuk kepada email dalam inbox aku…

Harap, anda boleh membantu…, dan tolong jangan hentam si pengirim email..

Tolong!

: )

************

COPY?PASTE EMAIL.

Assalamualaikum wbt.

Saya sangat suka membaca blog saudara. Terhibur itu cuma secondary, tapi yang lebih penting ialah mengambil pengajaran dari setiap entry, dan alhamdulillah memang banyak
entry-entry saudara yang menyedarkan saya contohnya kepentingan solat berjemaah.

Boleh dikatakan sekarang cuma sekali dua sahaja dalam seminggu saya tak ke masjid untuk berjemaah. Tujuan saya menulis email ini sebab nak bertanyakan suatu soalan yang saya pendam lama dah, dan bro merupakan orang pertama yang saya ceritakan masalah ini. Saya terpaksa set up email baru sebab nak jaga muka, masalah saya ni kalau orang lain tau memang habis saya.

Saya tertarik dengan posts saudara yang menggalakkan kahwin awal, dan secara peribadinya, saya sangat bersetuju. Apatah lagi melihatkan beberapa kerat kawan saya yang mula nak mendirikan rumah tangga, saya memang merasakan ini merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk masalah pergaulan bebas. Saya juga terdetik dalam hati 2-3 kali juga hendak mendirikan rumah tangga. Tapi detik sahaja lah, follow-up nya tak ada.

Masalah saya bro:
Saya dapat berasakan secara fitrahnya saya lebih sukakan lelaki daripada wanita. Perasaan ini bukan dipilih-pilih bro, ia datang secara fitrah. Kadang-kadang saya rasa sungguh sedih tapi saya pasrah, ini cuma ujian khas untuk saya dari Allah. Alhamdulillah, setakat ini tak pernah lagi saya pergi club gay atau buat benda luar tabii dengan sapa-sapa (macam yang sesetengah kenalan saya di sini dah terjebak dengan benda-benda tu semua), tapi ada la sekali dua tergelincir dan termakan bisikan syaitan, ada la jugak saya menyettlekan nafsu dengan melancap. Satu perbuatan yang sungguh saya kesali dan sekarang memang bermujahadah untuk lawan.

Saya ni boleh dikatakan hensem juga lah, dekat sekolah dulu banyak peminat, sekarang pun boleh tahan ramai jugak peminat. Saya pun bukannya seorang yang lembut apatah lagi suka memakai fesyen metrosexual. Dulu saya pernah couple, tapi break-up. Sekarang saya lebih suka busykan diri dengan menambah ilmu agama, tingkatkan amalan sunat, study, aktiviti persatuan dan kegiatan dakwah. Bukan tak ada awek yang minat kat saya bro, tapi oleh sebab saya sendiri pun faham keburukan bersenang lenang dengan yang bukan mahram, saya jauhkan la diri kalau ada awek nak mengurat saya.

Settle satu masalah. Masalah lain tak settle. Kadang-kadang saya dapat rasakan perasaan suka yang lain macam terhadap sahabat lelaki saya. Saya tahu itu perasaan yang salah bro. Jangan dilayan perasaan bangang macam tu. Itu semua saya faham dan saya tau. Tapi seperti yang saya jelaskan tadi, perasaan ini bukan dipilih-pilih, ia datang secara semulajadi. Bukan sekali dua saya duduk termenung seorang diri dan menangis dalam hati mengenangkan ketidaknormalan saya ini. Malam-malam saya bangun mintak dari Allah supaya normalkan kembali naluri saya.

Oleh sebab saya rasa benda ni kadang-kadang memakan saya dari dalam, maka saya terdetik hendak berkahwin. Setakat ni belum betul-betul consider lagi. Tapi kalau betul-betul dah nak, insya Allah boleh je dinikahkan dengan sapa-sapa. Tapi saya takut bro, nanti kalau saya kecewakan bakal isteri saya. Ada juga saya berkenan dekat sorang, kiranya seorang yang insya Allah bakal menjadi isteri solehah. Tapi itulah, walaupun perasaan suka dekat perempuan tu ada, perasaan suka dekat lelaki itu nampaknya mengatasi yang lagi satu.

Saya teringin nak kahwin bro, dengan harapan masalah saya ni selesai. Kadang-kadang saya tak boleh tumpukan terhadap study. Nak perhebatkan kegiatan dakwah saya pun rasa bersalah, sebab perasaan bangang ni yang memakan saya dari dalam. Cuma saya takut kalau kahwin nanti, bukan sahaja masalah saya tak selesai, masalah yang lagi besar pula timbul. Lepas nak kahwin, nak bercerai pulak, mintak dijauhkan.

Umur saya masih muda dan saudara merupakan orang pertama yang saya ceritakan masalah ini.Saya harap saudara sudi bagi opinion pasal masalah kronik saya ni. Saya harap saudara tidak judge saya kerana saya sedar, saya sendiri pun pelik dan jijik dengan naluri saya yang bangang ni.

Terima kasih banyak-banyak bro kalau sudi membaca sampai habis. Kalau tak jawab pun tak apa, sekurang-kurangnya saya dah pernah bagi tau kepada seseorang tentang masalah saya ini. Tapi kalau boleh bagi pandangan, terima kasih berjuta-juta billion saya dahulukan.

Salam.

END COPY?PASTE

********

Ps: Penulis Blog ini sudah berkahwin dan ada 4 orang anak, harap maklum.
: )

May 5, 2008

Tipah Tertipu?

(Aku manusia biasa yang pernah kena tipu, dan parut itu sedikit sebanyak, menghantuiku…TipahTeTipuTipuTeTipah!)

Cerita diri aku yang masih muda belia, umur baru 21 tahun, masih comel dan mentah, baru nak kenal erti dunia dan peristiwa,

Akrian, satu hari dalam perjalanan dari KL ke Terengganu, sebelum naik bas, seorang lelaki tegur aku dengan mesra, umur dalam 30 an, agak kacak, dan memang seorang yang cukup peramah..

Aku pula baru nak belajar menjadi lelaki beriman akhir zaman, dah tentu akan melayan baik mereka yang buat baik..

Pepetah hidup aku kononnya:,

Sekali orang buat baik, sepuluh kali aku buat baik, dan sekali orang buat jahat, 10 kali jugak aku buat baik..

Begitulah hendaknya…

Sambung balik cerita, hari itu aku kena naik bas tambahan di Hentian Putra, sebab tiket dah habis, dan oleh sebab kena naik bas tambahan, maka lokasi bas menunggu adalah agak jauh dari Hentian Putra, dan lelaki itu, memulakan kemesraan dengan menunjukkan sifat friendly yang luar biasa, terus jadikan aku adik angkat sedang aku tak nak jadi adik angkat sape-sape, abang dan kakak aku dah bersepah kat rumah, ayah aku kahwin empat ler bang, buat apa lagi adik angkat-abang angkat merangkak ni semua?, masa aku sekolah menengah, ada kakak kakak pengawas nak jadikan aku adik angkat, aku tolak sebab adik beradik aku dah ‘44 orang naik bas tak termasuk yang berdiri’, tapi yelah, bila brother tu nak jadikan aku adik angkat.., tak kan aku nak sound selamba mamat tu, jadi aku diam sahaja yang membawa maksud semua faham sudah..

Sebagai ‘adik angkat’, dia terus korek siapa aku, apa makanan kegemaran aku, apa hobi aku, apa warna kegemaran, apa artis yang paling disukai, alahai macam budak pempuanler pulak, dan yang paling mushkil bila dia tanya aku berapa ada wang simpanan dan apa aku plan dengan wang itu..

Dan untuk buat aku teruja, dia menyatakan dia adalah kuturanan Di Raja, anak saudara Sultan X, ada kereta jenama mahal tapi sebab hari tu kereta rosak, dia terpaksa naik bas..

Agak logic alasan anak raja tu, sebab naik bas tambahan adalah untuk orang terdesak, macam aku!,


Untuk pengatahuan korang, sebenarnya bas tu ke New Castle (kota bharu) Kelantan, dan aku hakikatnya nak ke Terengganu, tapi sebab tiket dah habis, aku sanggup ke Kota Bharu dulu ikut gua musang, sampai sana baru naik bas ekspress atau naik bas lompat jenis sambung atau, mana-mana yang ada.

Jadi sebagai menunjukkan sifat orang kaya dan berada, brother tu belanja aku minum air bergas, tapi mesin air berkabonat itu jauh ke dalam Hentian Putra, tapi mamat ni mulut manis, dia bagi aku beberapa keping syiling, dalam 4 lima ringgit, suruh aku beli dan dia pulak jaga beg, Aku dengan percayanya pergilah menapak agak jauh juga dari tempat bas menunggu ke dalam hentian Putra, beli 2 tin air, dan menapak kembali, masa tu aku rasa macam orang bodoh pulak bersusah payah sebegitu rupa tapi akukan nak jadi lelaki beriman, aku sangka baikler pulak..

Aku sebenarnya tinggalkan tanda zip yang aku mark pada beg aku, memang aku dalam sangka baik, simpan sedikit prasangka untuk keselamatan.., akhir zaman beb, dan bila sampai, aku dapati ada bergerak tanda zip itu sikit, dalam 0.5 cm, aku dah rasa macamn tak best…, aku rasa tentu mamat ni selongkar beg aku, tapi dalam beg aku takdepun benda mahal, banyak ‘sampah’ sahaja…

Akupun nak pulangkan baki wang, tapi sebagai lelaki yang baik, mamat tu seperti biasa, untuk menangi hati aku, suruh aku ‘keep the change’..., alahai setakat seringgit dua pengorbanan, apalah sangat, sebab lepas ni ganjaran besar menanti..

Dari dalam bas, brother tu susah payah mintak orang sebelah aku tukar tempat dengan dia sebab kononya dia 'abang' aku, apa-apalah, dan bila bas bergerak, bermulalah brother tu karang cerita, dan beliau banyak bercerita tentang kebaikkan dia, dan kekayan dia, buat yayasan tu, derma sana, derma sini, dan buka jalan untuk aku dapat duit kononnya..

Aku pada waktu itu masih dalam keadaan 50-50 dengan brother ni, nak kena percaya ke semua cerita? Macam best sajer, dan aku pasang telinga sajer ler..,

Bila Bas berhenti, aku ajak dia solat dan suruh dia jadi imam, mati mati dia tak nak, dan akulah jadi imam, masa makan dia belanja aku dan mereka yang semeja dengan kami, peramah dia ni, satu meja rasa selesa dengan dia, sekali pandang, nampak brother ni pemurah, al maklumlah belanja satu meja makan, dekat RM50 jugak yang habis...

Akupun macam sukalah jumpa orang macam gini nak jadi abang aku, rajin solat, kuturunan di Raja dan pemurah.. bolelah aku mintak geran tanah satu buat tapak kubur korner lot, heh!

Dalam bas yang bergerak semula, dia bukak cerita lagi, kali ni dia cakap muka aku hensem dan ada peluang jadi pelakon, dia cakap dia terlibat dengan pengembaraan untuk drama TV, dan sekarang ke kota Bharu nak cari lokasi drama yang sesuai untuk projek akan datang, kat sana dia ada seminar dengan pelakon tambahan di dewan sekian sekian, aku macam percayalah pulak, sebab aku jahil bab filem tempatan, tapi filem antarabangsa, aku agak arif, kira aku ni jenis suka mengkritik filem.., apa-apalah..

Dia teruskan cerita bahawa hari ini gaji dia, duit akan masuk dalam 8 ribu, dan dia cakap sampai kota bharu lepas cucuk duit, dia nak belanja aku beli apa sahaja, sebagai meraikan adik angkat.., biar betul mamat ni.. , sebagai lelaki mata duitan dan ada penyakit Wahan, akupun sukalah...

Pendek cerita, kami sampai ke kota bharu dan hari dah pun malam, hajat di hati nak beli tiket terus balik terengganu, mengenangkan brother tu nak belanja sakan aku, aku pun ikutlah brother tu pergi bank.., sampai di Bank cucuk duit, brothet tu terperanjat habis, eh? Apasal duit tak masuk lagi ni? Ke mesen ni rosak? Patut dah masuk RM8000, Cuba cucuk kad adik pulak..

Dengan muka cemas dan sedih, brother tu pun buat rasa terkilan sebab duit tak masuk,

Aku pun cucuk lah kad aku pulak, dan check baki duit, terpampang RM1600 dalam baki kad aku, baru masuk gaji, brother tu senyum tengok baki kad aku.

Aku keluarkan kad dan brother tu ajak makan dulu..

Kat kedai makan, brother tu ngaku dah habis duit belanja siang tadi, dia ingat gaji masuk hari ni, dan dia nak pinjam duit aku dulu.. korang tahu berapa nak pinjam?

RM1500.

Nak buat apa? Pinjam RM 50 dah ler, dia pun bagi alasan yang macam logic akan reason nak pinjam, nak buat tempahan dewan hotel esok untuk seminar pelakon drama katanya…

Puas dia pujuk aku dengan jaminan esok nak ganti, aku dalih macam-macam. Aku cakap jika duit masuk esok, tunggulah sampai esok…

Habis malam ni nak tidur mana?

Aku cakap aku dah biasa tidur masjid, kita tidur masjid sahaja ler..

Tapi dia nak tidur hotel jugak, dia pujuk aku dengan mulut manis dan muka sedih lalu akhirnya terbanglah sikit duit aku tidur hotel, dia janji esok pukul 8 akan tepon pejabat dan suruh masuk duit dan akan ganti balik duit hotel malam tu, RM60 sahaja, tapi kira mahal apa?!, kalau tidur masjid free saja bukan?

Dari dalam hotel tu aku dah tak rasa best dengan brother ni, aku dah rasa macam kena tipu.., sebab masa aku layan cerita beliau dengan teliti dalam bas, dan sambung kat dalam hotel pulak, ada oercanggahan fakta, aku ada tanya soalan-soalan lanjutan dan aku kaitkan pengalaman beliau antara satu sama lain, macam polis pulak aku ni, hasilnya cerita beliau memang bercanggah, jika tadi dia cakap kereta rosak lepas tu kereta kemalangan, aku tanya no plate kereta dia, aku tanya bank pinjaman, aku tanya itu ini, 2 ke tiga jam kemudian sedang dia asyik cerita kebaikkan dia yang lain, aku tanya balik no plat kereta dia dan dah jawab lain, dan dia agak marah bila aku kenakan dia, banyak yang terkantoi…, bila dia cakap pasal yayasan aku mintak no phone, bila dia cerita tentang daerah sekian sekian, aku cakap aku kenal orang tabligh dalam daerah tu, dan kaitkan orang tabligh tu dengan cerita dia…, dan dia marah-marah aku pulak,..

“abang tak suka adik tanya lebih lebih”

Pulak, sebagai abang angkat, tentulah adik kena tahu semua pasal abang, ia tak? Tanya aku dalam hati…..

Ok, teruskan cerita, bila dah lama dalam bilik hotel, brother ni dah tak solat dah, aku jer solat sesorang, dan dengan rasa tak best sebab duit dah terbang RM60, aku terfikir nak lari, tapi serba salahpun ada, macam mana aku nak lari dari mamat ni…, badan dia besar dan aku pulak kurus cekeding, bertumbuk menag dia aku rasa...

Akhirnya, Malam tu menjadi anatara malam-malam yang paling aku murkai, malam syaitan memenjangkan tanduknya, malam neraka melebarkan pintunya.., adakah patut dalam bilik si mamat ni boleh pulak berbogel ke sana ke mari, ingat aku gay ke apa?.., dan walaupun tak ajak aku secara direct, tapi cara bercakap macam nak ajak aku ‘bersetubuh’.., oh tidak, maka aku terus blah…

Aku lari, dan aku tahu, orang berbogel tak akan sempat kejar aku.., aku terus naik teksi dan balik terengganu, terbang lagi duit aku..

Hampeh…!

Sejak itu sekali lagi, aku nak nyatakan disini, bahawa aku tak nak jadi adik angkat atau abang angkat sape-sape, setakat kawan sahaja apa salahnya, aku malas nak ada komitment, maka pada mereka yang dah bersusah payah email aku, aku menolak pelawaan kamu untuk jadi abang angkat, sebab abang dan kakak aku dah bersepah kat rumah, ayah aku kahwin empat ler dik, buat apa lagi adik angkat, abang angkat-merangkak ni semua, nak kawan, kawan sahajalah..ok? nak bagi duit lebih kat abangpun boleh, tak payah pakai tiket 'abang angkat-merangkak'.., bagi sahaja..he he he

Sebagai moral cerita ini, AWASLAH kepada lelaki yang mulut manis, dan ada parut di bontot kanannya (sempat pulak aku cam, cis…) dan ketahulah, di luar sana, ada ramai penipu yang sanggup buat apa sajer untuk menipu, yang jujur dan yang lurus sikit, habislah kena tipu, aku rasa kalau aku perempuan dan berjumpa pulak mamat mulut manis di atas tu, tentu aku akan mudah percaya dan sanggup pulak menyerah kehormatan, alhamdulillah, aku masih di beri peluang oleh Allah untuk menjaga kesucian lubang lubang di badanku…

Dulu aku pernah tulis kepada mereka yang gila harta dan takut mati, betapa golongan ini mudah kena tipu dengan skin cepat kayer ler, MLM ler, piramidler, Bermuda triangle ler, gores menang ler, paraduan SMS ler ke apa, bla bla bla..

Dan sebagai ubat akan segala masalah ini adalah menghindari GEJALA WAHAN…

Apa itu penyakit wahan?, wahan adalah nak kaya cepat-cepat, tapi nak mampos lambat lagi, kalau boleh nak delay 100 tahun…!

Yelah, dah kaya nanti tak bestlah pulak kalau umur pendek, nak kena panjang umur sikit baru seronok menikmati hidup kononnya…

Tapi janganlah kita sangka bila kaya itu gembira, tengok Qarun, kaya dan masuk neraka!!

Bukan semua orang yang kaya itu layak untuk kaya…
Orang kaya yang masuk shurga sahaja yang layak untuk jadi kaya…

Berbalik kepada mereka yang tak ada penyakit wahan, dimana ‘korang tak cinta dunia dan takut mati’ tapi still kena tipu.., mungkin korang mudah percaya atau mangsa keadaan, atau penipu itu terlalu handal,

Tapi kat akhirat nanti, tak boleh salahkan penipu 100% kerana penipu biasanya rangsangkan nafsu kita dan tipu kita, salah nafsu kita sama, macam syaitan yang jadikan nafsu manusia sebagai jambatan ke neraka

Macam kes aku diatas, sikit dalam hati aku ada jugak nak kaya, yelah, ada abang angkat yang gaji beribu, nak belanja kita hidup mewah, tapi siapa nak bagi kita kaya adik kakak semua? Siapa?

Dan memang susah dalam dunia ni nak cari orang yang betul betul jujur, dalam Negara islam hadhari inipun masalah rasuah orang boleh cerita sampai depan kaabah..oh!

Dan aku mengaku.., aku selalu dan banyak gak kena tipu oleh syaitan dan kadang kadang aku hidup dalam rasukan iblis, sungguh pandai sekali si setan ni menipu sehingga ahli ibadat yang hebat-hebatpun di tipunya…

Sesungguhnya, Kita manusia ada nafsu yang kuat, nafsu yang telah di bakar dalam api neraka beribu tahun tapi masih juga derhaka kepada Allah…, maka di atas kaki yang memijak nafsu, bertubatlah dengan sungguh sungguh…

Dan Allah akan terima taubat semua anak adam walaupun dosanya tinggi menggunung mencapai awan.., dengan syarat tiada syirik.. dan ini yang buat setan bengang gila!, lalu tipu manusia dengan rosakkan niat dan buat amalan bidaah yang di sangka hasanah, lalu tak bertaubat lagi manusia itu..oh!

Sungguh handal setan ini, Namun manusia di beri akal dan hati untuk mengalahkan syaitan, dan siapa yang berjaya tundukkan nafsu, akan kalahlah syaitan dan hadiah untuk manusia yang handal ini adalah shurga..

Sesungguhnya, shurga itu adalah untuk mereka yang handal…

Moral cerita:-
  1. Kalau orang tak dikenali nak belanja korang minum, suruh dia pergi beli sendiri, jika korang sanggup menapak, maka tahulah sipenipu bahawa kita ni lembut hati dan mudah diperdayakan…
  2. Kalau minum air yang dibelanja pulak, minum dari bekas tertutup, ini kes anak gadis yang minum air bila sedar dah kena rogol…
  3. Bila orang baru di kenali buat baik, belanja dan bagi hadiah misalnya, belum tentu dia adalah ahli shurga, bab kata orang muda, ada udang di sebalik mee, berapa ramai cerita yang aku baca tentang mereka yang kena tipu sebab sipenipu tu nampak sungguh baik pada mulanya… err, wakil rakyat yang sungguh baik sebelum pilihanraya juga cerita ajaib, dan itu cerita lain.
  4. Bila orang yang baru di kenali ajak korang tidur di hotel, baik tak payah ikut, ajak sajer dia tidur di masjid, sesungguhnya, semalam tidur di masjid dengan niat beriktikaf, akan di jauhkan dari api neraka sejauh tiga parit, yang mana setiap parit jauhnya seperti langit dan bumi.., tapi jika korang nak tidur di hotel jugak bersama si dia, awaslah 'parit' korang dari di cemari…
  5. Jangan cerita jumlah simpanan duit anda pada sesiapapun, tapi bila dan banyak kenalah bayar zakat dan bersedakah, nanti bila kena tipu, tahulah sebab kenapa duit lesap…
  6. Berhati hatilah apabila berjumpa dengan lelaki yang mulut manis dan ada parut di punggung kanannya…

Sekian.

Ps: Semoga lelaki yang berparut di punggunnya itu di beri Hidayat, dan lain kali, aku nak tulis pasal lelaki GAY pulak..

Apr 30, 2008

Siapa yang Rosak?

(Save the Cheerleader, Save the World)

Satu petang yang damai di sebuah kaferia…

Gelembung teh tarik pecah satu demi satu, isipadunya didalam gelas semakin berkurang, di sebelahnya gelas itu, satu pinggang kosong terisisa habuk habuk roti bakar bersama sehelai tisu,

Roti bakar berintikan peanut, lokasinya sekarang dalam mulut aku, di gigit aku akan roti itu sambil mengunyah perlahan-lahan, sesekali aku pindahkan gumpalan roti yang sedang dipenyek dengan gigi garaham itu kekiri dan kekanan pipi, aku gunakan lidah dalam proses pemindahan tersebut.., kalau takde lidah, nak alihkan makanan terpaksalah guna sudu, ye tak?

Hebatnya Allah yang cipta lidah untuk manusia, boleh guna untuk berkata-kata, boleh guna untuk merasa, boleh pula guna untuk alih makanan dalam mulut, boleh guna untuk jilat sisa sia inti kacang di luar bibir, boleh guna untuk jilat setem, untuk inzalkan pasangan, untuk itu ini begitu begini…

Kerana Lidah masuk shurga dan kerana lidah juga masuk neraka..

Mamat depan aku yang sedang minum Milo ais sambil baca berita internet, tiba-tiba bersuara:

“Rosak dunia ni sekarang, kau tengok, Oxford Child Prodigy Sufiah Yusof Is Now A Prostitute Known as Shilpa Lee…, budak genius masuk Oxford umur 13...sekarang dah jadi 'call girl'.., rosak..rosak”

Ada nada keluhan di wajahnya… Aku telan roti, dan hirup teh tarik yang bertindak membersihkan sisa-sisa roti di celah celah gigiku.. manakala Mamat terus baca berita dengan kuat mengharapkan aku turut menyampuk dan mengeluh bersamanya..

“Sufiah also told one reporter in the Daily Mail how she now quotes equations and algebra to entertain clients while having sex.”

(Ini cerita lama, dan cerita minum petang ini pun dah lama, 2 ke tiga minggu yang lalu…, )

******

Bercerita tentang Shilpa Lee yang pandai matematik, Aku kadang-kadang terfikir akan beberapa soalan matematik yang tak mampu aku jawab, seperti berikut.



  1. Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh satu pohon yang besar dalam shurga di mana kuda yang paling pantas akan mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut, maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut?,
    Dan seandainya selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?.


  2. Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat, sekiranya di ambil perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun, berapakah panjang sebenar ular tersebut?


  3. Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi, maka semua tumbuh-tumbuhan akan mati, berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun bisa tadi, berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?.


  4. Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s, batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, berapakah kedalaman neraka yang sebenar?


  5. Panjang titian sirat adalah 1500 tahun perjalanan, 500 tahun mendaki, 500 tahun mendatar, dan 500 tahun menurun, sekiranya ummat bani Israel enggan masuk shurga dengan rahmat tapi ingin masuk shurga dengan amalannya, berapakali lallatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas titian sirat ini.
    (Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)


  6. Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya, berapakah pahala solat berjemaah Ali..(soalan bonus)

Heh! Jika soalan berbentuk begini yang digunakan dalam pelajaran matematik, aku rasa mungkin akan insaf sedikit para pelajar kita dan mungkin, Shilpa Lee akan batalkan niat untuk mengajar matematik sambil buat hubungan seks, mungkin?

Kita balik kepada lokasi kaferia di awal cerita..

****

Rewind sikit..

Mamat depan aku yang sedang minum Milo ais sambil baca berita internet, tiba-tiba bersuara:

“Rosak dunia ni sekarang, kau tengok, Oxford Child Prodigy Sufiah Yusof Is Now A Prostitute Known as Shilpa Lee…, budak genius masuk Oxford umur 13...sekarang dah jadi 'call girl'.., rosak..rosak”

Ada nada keluhan di wajahnya… Aku telan roti, dan hirup teh tarik yang bertindak membersihkan sisa-sisa roti di celah celah gigiku.. dia terus baca berita dengan kuat mengharapkan aku turut mengeluh bersamanya..

“Sufiah also told one reporter in the Daily Mail how she now quotes equations and algebra to entertain clients while having sex. Rosak ugama macam ni”

Aku lap sisa serpihan roti bakar yang mungkin melekap di janggutku, lalu berkata..

“Yang rosakkan ugama bukan sufiah, sufiah rosakan diri sendiri, yang rosakkan ugama adalah ustaz ulamak yang bagi fatwa sesat.., macam ugama yahudi dulu-dulu, yang rosakkan ugama mereka bukan pelacur yahudi, tapi ahli kitab yang ubah maksud kitab demi kepentingan diri sendiri…, maka rosakklah ugama…”

“Di akhir zaman yang paling dahsyat, ulamak yang memandang dunia, tabiaatnya busuk bak bau bangkai, siapa tercium akan mati jiwanya”

Aku sempat pulak bermonolong dengan ciplak lirik lagu dari arqam-perstiwa akhir zaman.

“Jadi kau nak kata, rosakknya ummat ini kerana ulamak yang rosak?”

“Tak juga, sekiranya kita rosak, kita tak boleh salahkan orang lain yang rosakkan kita, kes sufiah yang kononnya masa kecik kena dera seks, bila besar balas dendam dengan brutal fashion. Arghh, aku malas cakap bab ni…"


Aku minum air, berlagak malas nak bercakap bab dunia yang rosak, tapi habis sahaja minum air, aku sambung lagi cakap…

“Dunia ni dah lama rosak…, Dulu kalau tak silap aku ada sorang ustazah yang comel dan jadi Mentari berkata,: sorang perempuan yang terdesak, boleh melacur untuk menyara kehidupan, tak pasti sama ada beliau sudah menarik balik kenyataannya atau masih berpegang teguh…, tapi bab darurat, pura pura murtadpun di benarkan, cuma... sejauh mana darurat boleh itu di mata kita dan sejauh mana darurat itu di benarkan dalam pandangan Allah.., yang penting kita doakanlah untuk mereka”

“Siapa? Sufiah Yusof atau Mashitah Ibrahim?”

“Aku, engkau, Shilpa Lee dan Dato’ Mashitah.., semua kita kena pakat pakat doa hidayat, terutamanya aku, aku sendiripun banyak rosaknya..oh”

Kata aku, sambil order lagi 2 set roti bakar berintikan peanut, Sedap pulak…, kata aku dalam hati..

“Banyak kau makan, ni nak rosakkan tubuhler nie, berapa berat badan kau sekarang hamka?”

Eh, apsal pulak tukar topic perbualan ni.., kenapa tiba tiba tanya berat badan pulak, macam orang perempuan kecoh kecoh. Bisik aku dalam hati.., tapi bagus jugak tukar topic, malas dah nak cakap bab ‘rosak-rosak’ ni..,

“Kau tahu mamat? Ini lagi bukti bahawa dunia ini dah rosak, kebanyakkan alat penimbang yang aku timbang, banyak yang dah rosak, tiap kali aku check berat badan, mesti angka penimbang tu makin naik.., tak kira jenama tempatan atau luar, sama sajer, hampeh!”

Mamat gelakkan aku dan kita habiskan cerita itu kat situ… Apa-apapun, kepada Sufiah Yusof, ada masa boleh kita minum teh tarik sambil borak panjang-panjang.., aku nak tanya soalan matematik, nanti aku belanja kamu roti peanut, heh!..
(Semoga Allah ampunkan dosa kita dan sentiasa bagi peluang untuk kembali)

Ps: Remember this... save the cheerleader, save the world ... OK?: )

Apr 25, 2008

Hilang dalam terang?

(Selamat hari bumi, selamat berbakti kepada bumi, LHDN dah isi belum?)

Bumi ini sudah terlalu tua untuk manusia hidup selama-lamanya disini, akrian, terdapat segelintir manusia cuba mencari bumi baru untuk manusia akan datang, tapi masih tak jumpa dan tak akan berjumpa kerana Allah telah siapkan dunia akhirat untuk semua manusia tinggal di sana, tiada satu orangpun boleh mengelak dari tinggal di dunia akhirat, baik orang jahat mahupun orang baik…

Dan di akhirat hanya ada dua tempat sahaja, dan semua tahu sudah…

Baiklah, pendek cerita.., Setiap 22 April dan bermula sejak Tahun 1969 lagi, manusia pakat-pakat menyambut Hari Bumi… dan aku bukan nak cerita tentang bumi, rimba dan lautan tapi aku nak cerita tentang cerita lain iaitu pada bulan april yang sama, sejurus sebelum Hari bumi, aku terima email ini…

**************
Assalamualaikum Hamka,

Dulu pernah saya email mengenai kawan saya yang bawa saya pergi belajar ilmu agama dalam bilik tertutup duduk berdua dengan lelaki muhrim. Hamka, saya rasa sekarang dia dah jadi orang kuat kumpulan tu. Ada saya tanya kawan serumah dia.. dia tak baca al-quran.. hanya baca tafsir. Teman lelaki dia pulak salah seorang orang kuat kumpulan tuh jugak... semalam jumpa saya tanya dia kata dia tak mahu bagi tau apa pon. Saya tanya lagi kawan serumah dia, kalau benar apa yang dia sampaikan pada sayalah, kawan saya ni dah pandai panggil kawan yang lain kafir pasal tak join kumpulan tuh.

Sekarang saya tengok dia lagi pelik, out of focus, Saya tak tau nak buat apa…
Kalo saya call kawan saya ni tanya dia dimana.. dia kata "kat langit", maybe dia buat lawak je kot. Kumpulan ni macam nak ikot sunnah nabi... ye la dulu awal-awal nabi dakwah cara tersembunyi, mereka pon buat cara begitu. saya ingat lagi, bila saya tanya kenapa tak buat kat masjid, macam macam alasan yang diberi.

Pls, Hamka, saya sayang kawan pompan saya sorang tuh. dia warak.. semayang tak tinggal tapi mudah terpengaruh. Banyak duit dia dah habiskan untuk kumpulan tuh.

Apa saya boleh buat sekarang?

******

(((Apa aku boleh buat sekarang? kejap, aku cari dulu email pertama yang kamu maksudkan, melalui search gmail, susah jugak nak cari, klik sana, klik sini, dan akhirnya jumpa jugak email pertama kamu, oh! Email yang aku tak jawab lagi sejak 6 bulan yang lepas rupanya, takpelah, ni kira remind aku balikler ni, aku cuba jawab lebih kurang…)))

******
Email terdahulu


Assalamualaikum saudara,

Kiranya tak mengganggu hari saudara memikirkan apa yang nak ditanya oleh otak kosong saya ni, pernah dalam 2-3 bulan lepas, saya di bawa kawan dengan penuh rahsia dan dia tak mahu diberitahu kemana arah tujuan. (Naik kereta-malam pulak tu). Hati sungguh bengang memberontak ingin tahu arah tujuan. Bila sampai. Saya di bawa ke satu rumah kedai. Terdapat 2-3 buah bilik. Terdapat seorang lelaki yang di tugaskan di dalam sebuah bilik. Berteman kan kawan saya ni, dia berkata kita akan mempelajari al-quran.

Terdapat sebuah meja, beberapa buah kerusi duduk mengadap, tafsir al-quran dan white board. Malam itu ada dua lelaki yang akan bercerita dan quote ayat-ayat al-quran dan mengaitkan tentang apa yg berlaku di zaman sekarang.

Apa yang di sampaikan tak nampak mana yang terpesong, tapi caranya,hrmm boleh tahan.., bagai setiap inci al-quran sudah dihafal. Dia akan mengambil isi darr al-quran dan membuat perbandingan/persamaan dengan zaman ini, banyak berkisar tentang ISLAM zaman sekarang dan dahulu, pekara yang sentiasa berulang sejak zaman nabi hingga sekarang.

Saya tak puas hati dengan cara penyampaian yang bersembunyi macam tu, saya nak tahu kenapa. mereka cuma kata saya akan tahu nanti. Selagi hati rasa ragu-ragu, macam mana ilmu nak lekat?.

Kata-kata yang keluar dari mulut kawan saya,:

"MANA YANG LEBIH PENTING?
CARA YANG NAK DISAMPAIKAN ATAU TEMPAT YANG NAK DISAMPAIKAN ATAU ILMU YANG NAK DISAMPAIKAN".

Banyak dia habiskan duit ke sana-kemari jemput/hantar kawan-kawan dia. Sampai lewat-lewat malam. Demi ISLAM katanya.

Tempat yang saya pergi tu somewhere in Klang Lama, tempat banyk penempatan orang cina dan india. Semacam tarikat yang saya sendiri tak jelas latar belakang. Sesi akan di adakan di bilik kecik, whiteboard, tafsir al-quran. kawan saya jadi peneman, sebab itu pertama kali saya pergi. Pintu bilik akan di tutup. Saya tidak di benarkan bertembung dengan kumpulan lain. Banyak lokasi-lokasi kumpulan macam ni.

Yang jelas, penyampaian secara tersembunyi. Di rumah kedai yang di hias seperti rumah keluarga, tetapi menjalankan kegiatan menyampaikan al-quran.

Saya bertanya sendiri kepada penyampai, kenapa perlu buat cara begini, bersembunyi macam ini, dan pulak kenapa tak boleh buat secara berkumpulan. Kenapa PERLU secara individu. Kenapa tidak saja buat di masjid atau surau. Saya nak berhujah setiap apa yang dia kata, ilmu maseh cetek dalam otak. Tapi dia tanya saya balik "berapa kali pegi masjid/surau?" dia kata lagi "banyak protokol nak guna masjid dan surau"

Saya akui memang jarang. Saya ingin tahu kenapa dengan cara begini. Memang saya jenis yang tak puas hati selagi saya ragu-ragu.

Dia kata nabi dulu sebarkan islam mula-mula, di buat secara individu, bukan sekali, ramai. Tapi setahu saya dulu nabi terpaksa buat macam tu untuk mengelak dari orang kafir. Wallahualam. Saya banyak buat rujukan tanya kawan-kawan yang belajar di al-azhar, tanya sana sini semua jawapan tidak menyebelahi cara penyampaian yang sedemikian.

Saya baca blog saudara dari entri pertama sampai terkini, banyk menitik beratkan jemaah di masjid, masjid kosong, banyak lagi. Nak tahu sangt pendapat saudara mengenai pekara ni. Sebab yang join aktiviti tu kawan baik saya sendiri. I may be wrong, in every way. Cuma ingin tahu pendapat saudara.

Sudi ya, beri pendapat. Amat-amat membantu saya ni.

Terimakasih bangat.

**********

Hamka said:

Walaikumusallam…

I

Tentang isu ini, sebenarnya aku dah tulis panjang lebar bawah tajuk “siapa benar”.

Pendek cerita, masalah sebanar yang kau nak tanya adalah,

AKU RASA PERKARA INI TIDAK BETUL, ENCIK HAMKA PULA, BAGAIMANA?

Jadi, aku mintak banyak-banyak sebab aku tak tahu sejauh mana kebenaran kumpulan itu.. , apatah lagi aku tak tahu apa yang mereka tafsirkan, maka aku tak boleh kata mereka salah dan sesat…

Namun, secara mudahnya, Sesatlah sesiapa sahaja yang tersalahTAFSIR AL QURAN..

Jadi acu cuba try test tengok cara mereka tafsir ayat ini:

“Wahai orang yang beriman, berimanlah…”

Secara mudah tamsilnya, ayat itu mengulang perintah atas apa yang telah di kerjakan, kira macam kalau korang sedang duduk, aku sound:
“Wahai orang yang duduk, duduklah…”

Tentu korang konfius dan marah bukan? Sebab korang dah duduk, kenapa nak suruh duduk lagi, baik aku berdiri!

Aku terus sound:
“Wahai orang yang berdiri, berdirilah…”

Lagi sekali korang konfius dan marah kat aku, bilang aku bodoh, sebab korang dah berdiri, kenapa nak suruh berdiri lagi?, baik aku duduk!

Aku dengan tabahnya sound:
“Wahai orang yang duduk, duduklah macam nabi SAW duduk, cara kau duduk tu cara Berok duduk, cara Yahudi duduk, ikut suka engkau saje!!!

Jadi.., Itulah maksud ayat dia atas, kita dah beriman, tapi kita sebenarnya masih belum beriman macam Nabi SAW dan Sahabat beriman..

Beriman yang mana apabila mendengar nama Allah, akan gementar hati..
Beriman yang mana apabila di baca ayat Al quran, akan bertambah iman…

Jadi perkara pertama dalam nak mebenarkan satu satu ajaran ugama, cuba tengok tafsir mereka tentang solat berjemaah, bukak Al quran surah Al taubah ayat 18, atau ayat Al-Baqoroh:43 yang berbunyi: rukuklah bersama orang yang rukuk..

Jika Ustaz tu semua tafsir kita semua wajib(fardu kifayah) solat berjemaah, kira betulah, tapi jika ustaz tu tafsir tak payah solat berjemaah, maka mulalah aku akan ragu-ragu kepada mereka.., yelah?, dah kita di perintahkan agar beriman macam Nabi beriman, dan bersolat macam Nabi bersolat, tapi ada pulak ustaz-ustaz yang tafsir ini zaman permulaan islam nak kena dakwah sembunyi-sembunyi dan perintah solat masa tu takde lagi, lalu tak payahlah solat..

Maka, tak payahlah ikut mereka, dah ternyata kesesatannya…

Kesimpulannya,

Kebanyakkan manusia ini ada sikap buruk tersendiri yang nafsu suka seperti malas bersolat, suka mengumpat, malas mengaji, malas berdakwah, nak berzina dan lain lain..

Yang mana jika ada ajaran ugama yang benarkan dan halalkan tabiaat buruk mereka, suka sangatlah mereka, sehingga sanggup buat apa sahaja, dan sanggup mati untuk pertahankan ‘kebenaran’ ugama baru yang sesuai dengan nafsu mereka..

Macam contoh ajaran X yang kata kita tak payah solat dan tak payah puasa, just zikir.., ramailah yang ngikut sebab selari dengan nafsu mereka..

Atau ajaran Y yang benarkan mengumpat atau ajaran Z yang halalkan zina mencuci dosa, terus sahaja ramai yang ikut.., almaklumlah, nafsu suka..

Atau ajaran X yang kata kita tak payah berdakwah, cukup ibadat sahaja, jangan jaga tepi kain orang, seronok jer orang yang ngikut sambil perasan masuk shurga dan kata pulak orang yang berdakwah masuk nereka paling awal..,

Ialah tu, golongan pendakwah ni mereka pikir suka berdakwah macam mereka suka kumpul setem, ini perintah Allah!, adalah untuk uji iman manusia, untuk uji sejauh mana akal menguasa nafsu!

Sedangkan Ugama yang Nabi Muhammad SAW bawa adalah bertentangan dengan nafsu, sebab tu ada hadith cerita satu kaki pijak nafsu maka satu kaki lagi akan terus masuk shurga!

Jadi, sebagai mudah dalam membuat perkiraan dalam mengecam ajaran yang benar, tengok sahaja sama ada mereka solat berjemaah ke tak?, tengok perkara yang basic dalam ugama mereka langgar tak?, itu petunjuk yang paling jelas…

Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a katanya,

Sesiapa yang berhasrat menemui Allah pada hari esok sebagai seorang islam maka hendaklah dia memelihara solah solah fardu dengan mengerjakan solat di tempat azan di azankan(yakni di masjid). Allah telah mengsyariatkan untuk Nabi kamu jalan petunjuk, dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan jalan petunjuk. Jika kamu bersolat di rumah sebagaimana yang di lakukan oleh mereka yang meninggalkan solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu Dan apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu maka sesatlah kamu…
(hadith riwayat imam muslim, abu daud, Nasai dan Ibnu Majah)

Pengajarannya di sini, Nabi waktu sakit, di papah pergi masjid, orang munafik zaman nabi selalu ponteng solat subuh berjemaah…,

Bila ada pendapat mengatakan solat jemaah di masjid itu fardu kifayah, maka orang munafik mulai berfikir dengan ambil mudah iaitu, jika dah ada orang pergi, kita tak payah pergi, cukup solat kat rumah.., ini fikir orang munafik.., orang beriman bila dengar fardu kifayah, mereka kata: saya kena buat, orang lain tak payah!!

Jika semua orang kampong fikir dengan fikir orang yang beriman, maka penuhlah masjid!!
Hari ni masjid kosong sebab korang berfikir macam orang munafik, aku tak kata korang munafik, aku sendiri banyak buat amalan munafik,..oh! tapi aku kata teknik berfikir korang tu macam orang munafik.., nak lepas sahaja!! huh!!

Maka akhirnya aku buat keputusan, mana mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang tidak menjaga solat lima waktu kat masjid adalah sesat dan menyesatkan ummat…., ingat!! pendapat ini terpakai untuk aku dan untuk korang terpulanglah kepada hati dan akal sendiri..

Akhir sekali, jika guru tafsir kau itu tidak menolak hadith dah tentu tiada masalah, mereka akan faham hadith di atas, dan jika guru-guru tafsir Al quran tu masih solat berjemaah, langsung tak jadi masalah, kira mereka memang berada di JALAN yang LURUS…

Al, maklumlah, Setelah kita di wajibkan wajibkan oleh Allah dalam surah al fatihah supaya mintak “JALAN YANG LURUS” sebanyak 17 kali…, maka usaha untuk dapatkan “JALAN YANG LURUS” itu lagi-lagilah kena wajib di usahakan lebih 17 kali sehari!!!

“JALAN YANG LURUS” yang kita mintak pada Allah dalam al fatihah itu di rujuk kepada jalan “orang yang Allah cintai”..

Sudah tentu orang yang Allah cintai adalah kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW dan sahabat sahabat baginda yang Allah telah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah seperti mana tertulis dalam Al Quran…

Dan antara jalan yang lurus adalah SOLAT BEREJAMAAH DI MASJID bagi lelaki, DAN SOLAT AWAL WAKTU bagi perempuan…

Begitulah lebih kurang…

Mat rempit yang mati di jalan yang lurus adalah cerita lain...

II)

Bab kawan kau yang sanggup habiskan duit jemput orang ramai ke sana, itu dah bagus, sebab bila Ustaz Ulamak dah malas nak pergi rumah ke rumah atas sebab perasan sibuk atau memang sibuk, maka menjadi kewajipanlah kepada kita untuk pergi ajak orang dari rumah ke rumah macam member kau buat tu, baguslah habiskan duit untuk perkara baik..

Cuma setakat ni, takde lagi member member yang semakna dengan member kau datang ketuk pintu rumah aku ajak pergi belajar tafsir sama, itupun jika aku tak perasan sibuk…

Cuma nasihat aku kepada pentafsir pentafsir itu, buatlah kelas secara terbuka, jangan buat secara sembunyi, macam ada benda nak sorok pulak.., jika kamu betul pasti Allah akan tolong kamu!

Jika kamu salah, biarlah masuk Warta dan semua orang tahu kamu bersalah, dan senanglah orang yang terpesong itu bertaubat… barulah tiada yang sesat dalam cahaya.

amin...

III)

Bab tak nak buat aktivit di Masjid sebab banyak protokol pula, ini satu lagi masalah ummat akhir zaman…

Ramai Ummat islam yang nak kemajuan, nak ekomomi kuat , nak ilmu tinggi, nak senjata canggih, dan nak Negara islam tapi lupa nak makmurkan Rumah Allah macam Nabi buat, masjid jadi tempat solat sahaja.., dan banyak aktiviti keugamaan mereka di buat kat balairaya, kat hutan, tepi pantai, rumah kedai dan sebagainya…

Macam mana Allah nak Bantu mereka jika tak ikut Sunnah Nabi dalam memakmurkan masjid?

Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat… (at taubah:18)

Nasihat aku yang bukan ustaz ni adalah…Semua pertubuhan so call islamic kena ada dan duduk kat masjid 24 jam secara bergilir-gilir, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis 24 jam.

Maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..Bila bomba dah duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam.. Bila polis dah duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..

Tapi hari ini, Wahai ustaz dan ulamak…Tuan tuan sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak pulak ada duduk kat masjid 24 jam, macam doctor, polis dan lain lain organisasi, buat ummat kat malaysia ni begitu ramai sekali yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, macam balai polis dan balai bomba!

Kenapa? Kenapa masjid berkunci? Kerana takde fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang sudi lapangkan masa untuk hidupkan masjid 24 jam macam masjid Zaman Nabi saw!!!

Alasan: Banyak Protocol…

Bang! , nak masuk Shurga lagi banyak protokol tau?

Jangan jadikan masjid macam jamban, pergi bila berhajat sajer, bila nak guna tandas, bila nak kahwin, bila nak tahlil dan bila jadi mayat baru tunjuk muka kat masjid!!!

Kata Ustaz Tasauf, apabila kita tidak ke masjid, janganlah beranggapan bahawa kita sendiri yang tiada keinginann untuk ke sana, hakikatnya Allah yang tidak jemput kita ke masjid kerana dosa-dosa kita.., maka bertubatlah dan beristigfarlah setiap kali kita gagal ke masjid sebelum kita diusung ke masjid dalam keadaan jasad tidak berdaya untuk di solat jenazahkan..

Oh!

Akhir sekali bab kau takut kawan kau sesat, aku cuma mampu doa dari jauh (terukakan aku ni?..oh!),

Namun, sebagai tindakan segara, kau boleh call no ini:

Tel: 03-88864000

Atau kau boleh Fax pada no ini:

Faks : 03-88891993

InsyAllah, orang dalam No telefon tu boleh Bantu sikit-sikit.., sebab Nombor tu aku ambik dari halaman web Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang bertempat di Blok D7, Parcel D,62502 PUTRAJAYA.

Mereka dah banyak tangkap ajaran sesat..

InsyAllah..

Ps: Selamat Hari Bumi, dan selamat ‘menyalamatkan’ penduduk bumi….

Apr 22, 2008

Siapa Hamka ?

(Menyahut cabaran 'Blogger syok sendiri'- lagi entry bosan dari aku…)

Ada ramai pembaca blog ini yang mintak gambar aku, ehem, ehem, (perasan glamerlah pulak)

Apa korang nak buat dengan gambar aku?, tak cukupkah gambar tapak tangan aku sebagai rujukan bila kita ditakdirkan berjumpa?..

Senang bila korang jumpa aku, just tengok tapak tangan aku, jika ada corak no 16. itu adalah aku, sebab tapak tangan aku bukan ada corak 99 macam korang..
Dan cara itulah yang diguna pakai selama ini sebagai bukti aku adalah Hamka sepanjang tempoh menjadi blogger yang sekali sekala peminat datang belanja minum teh tarik…

Namun korang tetap nak gambar jugak, dan terpaksalah korang berpuas hati satakat ini sebab aku bukan nak bagi gambar tapi just bagi gambaran…, iaitu:-

Bayangkan seorang lelaki yang berdahi luas, muka banyak parut jerawat, hidung kemik, sejemput janggut, gigi sedikit jongang, dan seluar bersaiz 35, perut boroi, serta berbulu kaki jarang..

Tolong jangan lupa sifat itu 10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata.., supaya kamu tak salah orang.., atau tak salah mayat…

Lalu melalui gambaran itu, korang pakat-pakat tafsirlah pulak..

Tafsir *Korang tentang Aku, yang di petik pada ruangan komen entry ini.

*****

SIAPA HAMKA?(tafsir korang)
Lelaki yang berdahi luas,..
Dahi luas seluas pandangan yang membenarkan antara logic akal dan penasaran rasa beragama

Muka banyak parut jerawat,...
Parut jerawat selaras pada dahulu punya angan-angan panjang terputus pada realiti terikatan bahawa kacak bukan segalanya

Hidung kemik,...
Hela nafas yang pendek-pendek adalah hati-hati yang selalu ingin menjuarai tumpuan usaha, namun batasan fizikal membuat sedar rasa diri

Sejemput janggut,...
Kehormatan lelaki pada kelibat air wuduk yang singgah pada janggut dan manisnya pandangan mata bila air tersisa masih lagi membasahi

Gigi sedikit jongang,...
Tersebut pada kalimah yang dikeluarkan pada tiap nafas yang keluar tiada menghalang utuhnya La iLaha Illah kerana asalkan lidah tiada yang jongang

Seluar bersaiz 35,...
Selalu exersice nanti boleh jadi saiz 33..Woha!
Boleh ker?

Perut boroi,..
Kurangkan manisan... pada titik perut 7 ke atas (hati,peparu, mulut,hidung,mata,telinga dan akal) dan pada titik perut 7 ke bawah (nafsu lebihan makan,nafsu lebihan minum, nafsu jimak,nafsu lebihan jimak, nafsu...,nafsu... dan nafsu....) terkalahkah kepala atas pada kepala bawah pada perut?
jawapanya YA!

Berbulu kaki jarang,...
Berbulu pada kaki satu tanda subur bagi lelaki, kalau bulu jarang-jarang tapi anak rapat rapat macam hamka.. itulah namanya rezeki...Woha!

10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata..,
Bagi lelaki memandang wanita, pandanglah pada mata kirinya kerana disitulah letak cantik dan ayu cintanya
Bagi wanita memandang lelaki, pandanglah pada mata kanannya kerana disitulah upaya akal dan cekal kata-katanya

Jika jumpa hamka jangan lupa lihat mata kirinya, ada tanda tahi lalatkah? hingga kritis sekali bait kata, noda pada akal telah jadi bual bicara dalam blog, tapi ramai yang suker kan.. kan? ahak!

Supaya kamu tak salah orang…
Salah mayat... larikkk jumpa mayat tanpa kepala!...wawawawa adegan yang tidak mungkin kita lihat tapi benar-benar berlaku apabila ramai antara kita tidak menunaikan solat!...

(*Tafsir daripada : Abu Adam, Sarah, dan RON)

******
Wah wah wah, suka hati korang jer tafsir tentang siapa Hamka, lalu aku pun pura-pura marah dan sempat pula melayankan komen korang , sebab aku suka jugak layan sesuatu yang ringan dan agak merepek…, layan.. (padahal malas dan takde idea nak menulis)

Tafsir sebenar Aku tentang Aku

*****
SIAPA HAMKA?(tafsir aku)
Lelaki yang berdahi luas,..
Luas tapi tidak botak, masa bujang suka tutup dengan rambut panjang, sekarang tutup dengan kopiah, walaupun dahi luas, kadang kadang masih sempat keluarkan jambul perasan macho.., eh?!, rupa-rupanya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang berdahi luas, lagi sekali perasan macho dibuatnya..

Muka banyak parut jerawat,...

Ruang tamu dan kamar tidur rumah aku di hias lampu kuning, kerana di bawah lampu kuning, parut jerawat tidak kelihatan, muka gelap atau keruh nampak sewarna dengan alam dan mengujakan mata yang bertentang.., heh!,

Bagi yang dah berkahwin, bersetubuh di bawah lampu kuning lebih mengujakan dari bersetubuh di bawah lampu putih, lebih bagus tutup lampu terus! Dan Sunnah Nabi adalah berselimut bila bersetubuh,

Kepada mereka yang meletak jawatan dalam kerajaan kerana malu akibat rakaman curi video seks, ketahuilah, kesilapan anda bukan sahaja kerana bersetubuh di bawah lampu putih atau kuning, tapi kerana tidak berselimut!

Dan berselimut bersama bukan isteri juga adalah kesalahan walaupun sudah berselimut. Harap maklum.

Hidung kemik,...
Lalu mencari pasangan yang hidung mancung, dan bila diejek rakan sebaya, terus cover dengan pepatah,
“walaupun aku hidung kemik, tapi hidung bini aku mancung, walaupun aku tak hensem, tapi isteri aku cun,”

Apa-apalah!

Sejemput janggut,...
Kesan warisan keturunan baka kurang berbulu.., duhai anak-anakku, maafkan ayahmu, tidak banyak bulu-bulu yang dapat ayah wariskan, tapi walaupun sejemput janggut, simpanlah ia dengan sungguh-sungguh kerana itu adalah Sunnah Nabi,

Di petik dari kitab Ibni Hibban, Hadith dari Abu hurairah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Di antara fitrah islam, ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu”.

Di tempat lain Nabi bersabda: “sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum akan di anggap sebagai mereka”..

Wallahu’lam.

Gigi sedikit jongang,...
jika di perhati dari sudut sisi dan di ukur dengan jarak permukaan gigi lain, of course ada sedikit jongan, tapi masih dalam julat senyuman menawan.., bak kata P Ramlee ketika mengorat anak Haji Bakhil dalam Labu Labi,

“Pilihlah aku jadi temanmu.. Hensem tiada, manis ada…


Seluar bersaiz 35,...
Err, bersaiz 36 sebenarnya, tapi sebab aku terasa sedikit longgar, jadi aku anggap 35, sebab baru lepas berak kot…,

Perut boroi,..
Sudah lama 9 bulan 10 hari berlalu, tapi due tidak pernah berhenti, dan perut semakin membesar, tapi aku tak bimbang sebab isteriku telah mendahuluiku, perutnya makin besar buat aku rasa selesa, sebab ada lagi orang yang lebih besar perutnya.., woha!

Dalam Hadith Nabi bersabda yang lebih kurang bermaksud, akhir zaman ummat islam tidak akan jatuh kerana masalah makan, tapi akan jatuh sebab bergaduh sesama sendiri.., orang PAS yang boroi dan orang UMNO yang boroi, fikir-fikirkanlah!

Err, penulis blog ini juga seorang yang boroi.

Berbulu kaki jarang,...
Sesungguhnya Bigfoot itu berbulu kaki lebat dan mempunyai gigi yang jarang, sedangkan aku pula bergigi lebat dan berbulu kaki jarang, jadi aku adalah manusia biasa, jangan puji aku lebih lebih, masuk neraka aku nanti..oh!

10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata..,
Eh, macam mana tahu ini?, macam mana you tahu ada tahi lalat dalam mata I? eh, silap itu anak mata daa, macam mana you tahu ada tahi lalat kat mata I, tahi mata I memang ada di hujung mata I, eh silap lagi, tahi lalat I memang terletak belah kiri dalam cermin, tapi di dunia nyata tahi lalat I di belah kanan di bawah mata, saiz sama dengan tahi lalat dato’ Siti Nurhaliza…

Ada orang kata muka I ada iras-iras perempuan, ala ala feminim gitu, sebab tu kot dulu masa sekolah menengah, I selalu kena berlakon watak perempuan dalam drama pentas, benci betul I, mentang mentang I takde misai dan janggut, mereka suruh I berlakon sebagai perempuan dengan alasan mereka boleh pegang I masa berlakon tanpa berdosa, tapi I pulak yang terdosa kerana jadi lembut dan pakai baju perempuan, menyampah I..

Tapi kan, bila I tengok wajah I dalam cermin..

I dapati, wajah I memang macam perempuan…

I tengok lagi, ha ah!, ialah, betul betul macam perempuan..

Macam perempuan hodoh!!!


Arghh!

Apa aku merepek ni, apasal pulak tiba tiba aku jadi lembut, geli aku!

Sudahlah, habiskan entry bosan ini disini. Habiskan begitu sahaja..
Bye!

Ps: Harap ini entry bosan yang terakhir, dan sesungguhnya..., bersyukurlah dengan nikmat Allah, nescaya akan ditambah nikmat untukmu.. Dan.., Tuhan tidak memandang rupamu, tapi dihatimu…