Aug 4, 2006

Apa itu TAKDIR?

(Soal Hati….)

hari ni aku nak try tulis sebuah cerpen fiction untuk mencungkil bakat
terpendam aku ...terimalah fiction pertama aku, bertajuk:

PEMBUNUH USTAZ…!!!

Di sebuah surau yang berwarna hijau.. kelihatan seorang lelaki sedang meng’vakum’ karpet yang berwarana hijau juga..tiba-tiba datang satu orang lelaki memberi salam.. oleh kerana bunyi penyedut habuk tu kuat sangat, maka lelaki ni terpaksa menjerit dengan kuat!!!
Bila suis vakum di matikan, suasana sunyi sepi… dan terdengarlah perbualan anatara dua lelaki ini..

Pemuda yang bagi salam tadi:
Awak ustaz Ali?

Orang yang vakum tu jawab:
Ya saya, kenapa?

Pemuda :
Saya ada masalah dan nak tanya ustaz sikit…

Ustaz Ali:
Saya sibuk ni.. besar ke masalah awak..?

Pemuda:
Saya ni dah banyak bunuh orang, saya nak bertaubat, adakah Allah terima taubat saya?

Ustaz tu diam sekejap…kemudian ustaz tu senyum, barangkali pemuda ini bergurau agaknya, mana ada orang di zaman ini yang senang senang nak mengaku membunuh?

Lalu ustaz tu jawab:
Boleh, …, oleh sebab kau dah biasa membunuh, Ustaz rasa jika kau bunuh kerajaan kita yang zalim ini, yang banyak menyusahkan rakyat.. tentu Allah terima taubat kamu!!!

(bayangkan bunyi tembakan pistol…BANG!)

Seorang lelaki keluar dengan air mata.. di dalam surau itu, kelihatan sekujur tubuh seorang ustaz yang berkecai kepalanya akibat di tembak dengan jarak dekat…

Tajuk akhbar keesokkannya:
USTAZ DI TEMBAK DALAM MASJID...

Selang beberapa hari kemudian ada beberapa orang ustaz lagi yang mati di bunuh… tak kira ustaz tu dari parti pembangkang atau parti kerajaan… semuanya menjadi mayat akibat di tembak dari jarak dekat… kenapa dan mengapa?, masih menjadi persoalan…

Ok, aku stop cerita tu dulu, jap lagi aku sambung balik… pasal ada benda yang sangat penting aku nak kongsi merangkap nak tanya korang semua yang jauh lebih terer, alim dan beriman berbanding dengan aku yang jahil lagi hina dan dina ini..

Hari ni aku terima email dari sahabat lama…aku copy/paste kat sini:

----------------------
***
Hamka,

Ingat aku lagi tak? Nih aku ada kemusykilan lagi nih... (nak mencari ustaz banyak sangat alasan... hang tau memana tokoh agama punya mail? senang sikit aku tanyakan... mufti Perak ke? hehehe)Ada orang tanya, Allah dah tetapkan segala aturan alam. Naik turun matahari, pasang surut ombak.

Dan jugak kalau sesuatu terjadi kepada kita, semuanya adalah ketentuan Allah. Yang baik mahupun yang buruk. Dia tanya, kalo dah macam tu, kenapa kita mesti dipersalahkan atas dosa kita? Sedangkan Allah yang menentukan segala-galanya? Allah dah tentukan apa yang kita akan buat, apa yang akan jadi.

Kenapa masih ada syurga dan neraka Allah (ataupun sebenarnya Allah dah menentukan sapa yang masuk syurga / neraka)? sebab ada beberapa firman "... bagi hamba yang dikehendakiNya" Aku tak tau nak jawab sebab aku pun konfius.

Aku pun masih tak paham halnya qada' dan qadar Allah nih. AKu tau ko penah buat posting pasal nih tapi aku tak paham. Langsung tak paham. Aku takut aku makin terpesong nih. Banyak lagi persoalan nya tapi baguih kalo hang dapat jawab yang paling besar nih dulu... sebab aku rasa ramai orang yg masih tak paham.

Alhamdulillah selagi iman aku masih ada, aku yakin dengan ketentuan Allah dan kebijaksanaan Allah di atas setiap perkara dan masih menerima kesilapan aku dan dosa atas diri aku kalau aku yg buat dosa tuh. Aku cuma takut...manalah tau, na'uzubillah satu hari nanti aku akan terpesong dan hilang nikmat iman... apa lagi justifikasi aku pada diri aku masa tuh? Ko paham ke nih apa aku cakap nih?

Wasallam..
***

--------------
aku kata:

Begitulah isi emailnya lebih kurang, sungguh sedih..isk..isk.., aku mengaku bila bab2 takdir, aku tersangat tak pandai… Aku rasa sangat susah nak terangkan secara bertulis… oh.. secara lisan pun payah!!!
Seorang member aku pernah jadi sesat bila belajar bab takdir, sekarang langsung tak solat, dia kata Allah dah tetap dia tak solat..cis!!, terasa nak lepaskan sarang kerengga kat badan dia lalu berpesan : “ jangalah engkau garu, sebab Allah dah tetapkan yang kau akan gatal..ish..ish….. “
Arghh, lupakan jugak dia sekejap, Sekarang aku nak mintak tolong kat korang semua yang aku sayangi … nak mintak tolong aku mencari jawapan!!!

Aku rasa tentu ada antara korang yang anak ustaz, atau adik ustaz, suami ustaz, eh suami ustazah, bini ustaz, aweks ustaz atau pun korang memang ustaz.. tolonglah bagitahu aku yang bodoh lagi jahil ini akan jawapan secara ilmiah kat sini atau email.. tolonglah… isk..isk..

Sementara menunggu ustaz atau ulamak jawab soalan tu… atau sufi, kiai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan, menjawab soalan tu…(oi..hamka, ustaz mana yang ada masa nak melayan blog merepek engkau?-.aku berburuk sangka.oh..) atau korang yang bijaksana lagi bijaksini jawab soalan tu.. biarlah aku yang bodoh-bodoh alang dalam ugama ni cuba jawab lebih kurang (saya perasan pandai..oh)…

Oleh kerana aku bukan ustaz, ulama, sufi, kiai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan,.. maka yang baik jadikanlah tauladan, yang buruk jadikanlah sempadan, atau jika korang masih tak berpuas hati dan terasa nak kutuk aku, maka silalah berbuat demikian… amalan kebaikkan aku tak adalah banyak sangat..oh, sesekali ada orang mengumpat, mengutuk atau mengeji, bertambah tebal sikit buku amalan aku hendaknya.. lagipun aku tak nak pahala pembaca blog aku ni jatuh ke tangan orang lain, baik korang umpat aku.. boleh jugak pahala korang kat aku ha ha ha!

Berbalik pasal takdir sebenarnya dah ada dua golongan yang telah membuat kesilapan yang besar (saya perasan betul),
pertama golongan jabariah dan kedua golongan kadariah, betul tak fakta aku ni?

Atau lebih senang nak faham satu golongan yang yakin semuanya dari Allah lalu tak payah buat-apa apa kerana dah di takdirkan, shurga pahala, apa nak susah-susah?
Manakala satu lagi yang yakin semuanya dari kita sendiri .. siapa usaha dia dapat, siapa tak usaha dia tak dapat..ni banyak orang kapirlah nie…
Jadi kesimpulannya kedua-duanya adalah salah!! (saya perasan betul dan pandai..oh..)

Sebenarnya aku takut nak tulis kerana takut salah, tapi jika aku tak tulis dah tentu aku salah kerana takde orang yang tahu aku betul atau salah..oh, maka aku tulis apa yang aku rasa tak salah, namun sekiranya ada yang salah, silalah betulkan..silalah!!!

Ok, untuk menjawab tentang takdir..

Biarlah aku bermula dengan lafaz bismillahirahmanirahhim..
Mintak ampun maaf kat korang jika tak dapat memberi jawapan atau gambaran yang tepat, mintak ampun dengan linangan air mata kepada Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang…

---------------

Dalam dunia ini ada dua perkara yang berlegar di sekeliling kita,iaitu:
-Sunnatullah
-Kudratullah

1- Sunnatullah bermaksud Qadak dan Qadar, seperti contoh, buat baik dapat baik, buat jahat dapat jahat, atau seperti gula yang manis, garam yang masin maka benda benda tu di kenali sebagai asbab, maka ini adalah sunahtullah.. iaitu ketentuan Allah..

2- Kudratullah pula adalah kuasa mutlak dari Allah tanpa asbab seperti Allah jadikan matahari, Allah jadikan setan atau Allah jadikan kita manusia.. ini adalah takdir Allah, Alhamdulilah Allah jadikan korang manusia, Allah boleh jadikan korang batu api neraka atau Allah jadikan korang sebagai setan,, walaubagaimanapun, Allah telah mengtakdirkan korang dan aku menjadi manusia.. ini adalah kudrat Allah…

Org yg tak faham dengan takdir Allah, bila berlaku sesuatu dalam hidup dia, maka imannya akan rosak, sebab dia belum kenal Allah, belum kenal kehendak Allah…bila harga barang naik dia terus marah2, bila rumah dia naik air(banjir) terus marah2, terus tunding jari, terus nampak(khayshaf) keburukkan org lain, terus tunjuk perasaan seperti org yg takde tuhan yg membuatkan iman dia rosak,
Macam anjing yg bodoh, bila org baling kayu, digigitnya kayu…lepas tu baling batu kat dia, anjing bodoh tu gigit pulak batu tu, anjing tu gigit ngan marah dan anggap dia telah buat keputusan yg bijak, bodoh sebenarnya, last2 org tembak ngan peluru baru mampus!
Begitu jugak manusia hari ini, lupa pada takdir, lupa pada qada dan qadar, bila datang sesuatu ujian, terus serang, mogok dan tunjuk perasan, buat seolah2 Allah takde , menentang dangan cara yg salah…
(sampai bila korang nak gigit kayu dan batu!)

Sebenarnya bila malaikat di perintahkan oleh Allah untuk ditiupkan roh kedalam jasad korang dalam perut mak korang, maka pada masa itu juga telah tertulis rezeki korang banyak mana, korang kahwin dengan sape, bila tarikh korang jadi mayat, berapa banyak amalan korang yang baik dan yang jahat semuanya di tulis.. bermakna jika korang ada ijazah tapi masih still menanggur, atau korang muka cun tapi takde pakwe .., atau korang minat gila siti tapi siti kahwin dengan datik K, atau korang sihat tiba tiba menjadi mayat, tak payahlah nak berserabut fikir buang masa duduk termenung menggigit meja..semuanya sudah di takdirkan oleh Allah…

(aku harap korang baca sampai habis-takut salah faham-lalu bertanya: , kalau dah macam tu, kenapa kita mesti dipersalahkan atas dosa kita? Sedangkan Allah yang menentukan segala-galanya? Allah dah tentukan apa yang kita akan buat, apa yang akan jadi. Kenapa masih ada syurga dan neraka?)

Sekejap, jangan buat kenyatan berdasarkan nafsu serakah lagi, guna otak....relax, biar aku explain (saya perasan bijak)

Untuk memudahkan korang semua, aku pecahkan entry ini kepada 4 bahagian, iaitu:

1-KETETAPAN

2-PILIHAN

3-SOAL HATI

4-NIAT

Ok, kita pergi pada bab ketetapan dulu.. biar korang faham pasal rezeki, jodoh, menjadi mayat dll adalah sudah di tetapkan Allah…

-------------------------------
1. KETETAPAN..

Pasal ketetapan aku pecah pulak pada 3, iaitu :
  • Rezeki,
  • Maut,
  • Jodoh
Mula mula aku cerita pasal ketetapan REZEKI…

Pada suatu hari seorang lelaki yang tidak percaya kepada takdir telah pergi berjumpa dengan Nabi sulaiman a.s dan bertanya, ada tak makanan yang bukan rezeki dia, tapi dia nak makan… ?
Maka Nabi sulaiman a.s telah bagi satu kacang sambil menyatakan bahawa kacang ini adalah rezeki ayam di sebuah tempat yang amat jauh… macam Malaysia dengan libya katakan..
Maka si mamat ni ketawa terbahak-bahak lalu makan kacang tu… untuk membuktikan bahawa rezeki kacang tu adalah milik dia dan bukan milik ayam seperti yang di takdirkan Allah, belum sempat dia telan atau kunyah makanan tu, oleh kerana terlalu banyak ketawa, maka kacang itu telah terperosok ke dalam hidung..

Ps: teringat aku pasal lawak tercekik tulang, bila aku juga ketawa sambil nasi penuh dalam mulut, ada nasi yang naik ke hidung..oh!!!

Sambung cerita, oleh kerana kacang itu agak besar (barangkali), maka si pemuda ini telah menderita kerana kacang yang tersumbat dalam hidungnya tidak dapat di keluarkan walaupun telah di gunakan berbagai-bagai cara!! Maka ramai orang telah menasihati pemuda itu supaya pergi ke tempat yang jauh macam ‘Libya’ tu… kerana di situ tinggalnya doctor pakar sakit hidung, oleh yang demikian, demi hidung dan hidup yang sihat, maka si mamat ni pergilah ke ‘libya’ tu…
Di pendekkan cerita setelah doctor di sana memberi satu ramuan yang berbau ‘tengit’ lebih kurang , maka si pemuda itu pun bersinlah dan kacang telah keluar lalu jatuh ke dalam semak berhampiran klinik itu…
Pada masa yang sama ada seekor ayam yang sedang mencari-cari makanan sambil mengais-ngais di sekitar semak, lalu si pemuda itu lekas-lekas masuk semak dan cari kacang tu, maka berlumba lumbalah si pemuda itu dan ayam mencari kacang.. dan seperti takdir tuhan, ayam yang jumpa dan terus makan kacang tu!!! Ha ha ha!
Maka insaflah si mamat ni kerana benarlah bahawa rezeki memang dah di tetapkan oleh Allah..

Maka pada korang yang yakin dengan adanya ilmu dunia maka hidup korang akan senang, atau mudah dapat rezeki, maka itu adalah kefahaman yang salah (saya perasan betul lagi..oh) huh, aku dah banyak menyaksikan ketentuan Allah ni, siti nurhaliza, mawi yang tak masuk U boleh jadi jutawan, yang masuk U merempat di jalanan, bukan aku nak kata salah korang belajar tinggi-tinggi atau nak bagi galakkan kat adik2 di sekolah supaya abaikan pelajaran, bodohlah aku buat statement demikian dan bodohlah korang jika faham demikian, aku tak kata salah belajar tinggi, tapi yakin dengan adanya ilmu hidup korang akan senang, negara akan berjaya.. duit akan dapat di kuasai, itu dah jadi syirik namanya, sebab yakin selain dari Allah boleh bagi manafaat…

Apa yang aku nak bagitahu sebenarnya yang gagal masuk U janganlah bunuh diri!!! Allah dah takdirkan korang tak berjaya, yang tak berduit, yang miskin.. relaxlah, shurga ni dunia orang kapir, jangan berebut dengan mereka, Allah bagitahu jika kamu nak dunia kamu pergilah ambik, tapi kamu akan dapat apa yang Allah tetapkan sahaja… itulah takdir…

ingat!, REZEKI AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA!

-----------
Ok, masuk bab kedua, bab ketetapan menjadi mayat…
Aku bagi cerita lain pulak, satu hari nabi Sulaiman a.s buat satu jamuan makan, lalu di jemputnya semua sahabat2 dia, tapi ada pulak baginda punya sahabat, satu orang yang tak makan.. masa nak balik kena salam dulu ngan tuan rumah, maka bila bersalam, Nabi sulaiman as tanya sedap tak makanan tadi?, si hamba Allah ni serba salah sebab dia tak makan, nak cakap tak makan takut kecik hati pulak nabi sulaiman as , nak menipu -berdosa, apatah lagi Nabi sulaiman ada banyak mukjizat ,

Maka si hamba Allah ni pun berterus terang(lebih kurang)
Saya memang nak makan tapi baru jer nak suap ada sorang hamba Allah duduk depan saya sambil merenung tepat ke mata saya, serba salah jadinya.. renungan matanya sugguh tajam buat saya hilang selera, dan sampai majlis habis, dia masih memandang saya, macamana saya nak makan?, sekarangpun dia masih merenung saya.. gelisah betul!!

Maka Nabi Sulaiman a.s bertanya mana orang tu?, bila di tunjuk memang orang tu masih ada kat situ sambil merenung ke arah sahabat tadi, maka Nabi sulaiman bagitahu itu adalah malaikat maut!!!
Maka si sahabat ini mintak jasa baik nabi Sulaiman a.s hantar dia ke tempat yang tak ada orang, maka Nabi sulaiman a.s suruh dia pejam mata sambil pegang jubah baginda, bila dah letih pejam mata, bukaklah mata, maka sahabat ini pun buat, pegang jubah dan pejam mata, bila dah agak lama dia pun bukak mata.. memang dia duduk kat tempat yang takde orang, kat sebuah padang pasir..tapi malaikat maut sajer yang ada kat depan dia sambil tersenyum…

Berkata malaikat maut…lebih kurang maksud:
Hari ini Allah perintahkan aku ambil nyawa kamu di tempat yang tak ada orang, tapi bila aku turun jumpa kamu, aku terkejut kerana kamu berada di tempat yang ramai orang dan kamu pulak nak makan, sedangkan hari ini rezeki kamu dah takde, tapi sekarang baru aku boleh ambil nyawa kamu, kerana di sinilah tempatnya kamu patut mati…

Jadi kepada korang semua, waktu korang akan jadi mayat atau bagaimana korang jadi mayat, tak payahlah nak serabut-serabut fikir, Allah dah tetap dah, tapi janganlah pulak lepas ni tak nak ikat tali pinggang kaledar sebab maut dah tetap, buat usaha untuk selamatkan diri adalah perintah Allah, tapi yakin dengan usaha diri sendiri boleh selamat, maka itu adalah salah!!!
Jika semua penjahat dan pengganas atau tentera israel berkumpul nak bunuh korang, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan…dan jika semua doctor, bomoh, pawang, dukun, tok batin dan ahli farmasi berkumpul untuk bagi nyawa korang panjang, mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa2 kecuali apa yang Allah telah tetapkan,inilah takdir…

Pendek kata semua oarng akan jadi mayat, walaupun isteri korang doctor, anak anakpun doctor, menantu tok bomoh, depan rumah ada farmasi, belakang rumah ada hospital, berjiran pulak dengan penjual mesin jangka hayat bla bla bla… korang tetap akan jadi mayat yang busuk dan berulat!!!!

------------------
OK, satu lagi, banyak gadis gadis email aku tanya solalan nie.. bab jodoh…
Biar aku cerita sikit serba ringkas.. bab ketetapan jodoh

Ini juga berlaku di zaman Nabi Sulaiman a.s, seekor burung garuda yang tidak percaya dengan takdir telah cuba memisahkan jodoh seorang puteri dengan anak raja, maka setelah di bagitahu jodoh seorang puteri untuk masa hadapan maka si garuda ini telah mengculik sang puteri lalu menyembunyikan di sebuah pulau untuk satu tempoh yang lama, pada suatu hari sang puteri teringin nak makan sejenis buah yang besar(aku lupa nama buah tu).. maka si garuda pun terbang dan terjumpa satu buah yang besar sedang hanyut dalam laut, maka bila di hidangkan pada puteri, maka sang puteri jadikan buah itu sebagai rumah,

Di pendekkan cerita bila dah berlalu satu tempoh yang patut puteri tu kahwin, maka si garuda ini telah bawa buah itu yang puteri duduk kat dalam kepada Nabi Sulaiman a.s .. sambil bagitahu bahawa dia telah berjaya mengubah takdir, tapi alangkah terkejutnya si garuda ini bilamana dalam buah itu sudah ada sang putera.. aku pendekan cerita, rupa-rupanya putera raja ini telah mencari sang puteri dan buat bahtera daripada buah yang puteri tu suka makan…fakir sendiri cerita cinta ini, korang kan suka barangan? He he he

Sebab tu bila Awie bercinta dengan Erra dalam ‘sembilu’, sebab dah takde jodoh, erra kahwin dengan orang lain bla bla bla… maka tak payahlah korang nak bunuh diri bila aweks atau balaks korang blah dan kahwin dengan makluk lain..kahwin dengan datok K, tak payah!!!!

sebab, JODOH AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA!

Orang yang paling faham tentang takdir.. dah tentulah sahabat sahabat Nabi SAW.
Aku cerita balik,
Seorang yahudi jumpa Nabi dan mintak izin untuk uji iman sahabat, maka Nabi benarkan, lalu org yahudi ni telah duduk depan masjid dan menunggu kedatangan sahabat2.

pendek cerita:Abu bakar r.a datang ke masjid dan org yahudi ni tumbuk dia, tapi abu bakar hanya berlalu sahaja. (semuanya dari Allah, sudah ketetapan Allah)

Kemudian datang Saidina umar,r.a pun di tumbuk oleh org yahudi, Saidina umar hanya melihat sahaja dan masuk masjid.

Kemudian datang pulak saidina usman r.a juga ditumbuk, saidina usman sempat bertanya kenapa tumbuk? Belum sempat org yahudi tu jawab, Usman r.a telah masuk ke masjid.

Akhir sekali datang saidina Ali r.a, juga ditumbuk oleh org yahudi, Saidina Ali membalas tumbukan org yahudi itu dan masuk kemasjid.

Apa moral cerita ini? Korang akan faham bahawa semuanya adalah dari Allah, bahawa segala yg berlaku di dunia ini adalah dalam kehendak Allah , tidak ada satu pun yg berkebetulan, yg baik dan buruk semunya dari Allah! Ini rukun iman yang ke enam! Ramai member aku jadi sesat bila belajar bab takdir..nauzubillah…tidak ada sesuatu pun atas muka bumi/dunia atau alam semesta berlaku secara kebetulan tetapi semuanya adalah izin dan kehendak Allah SWT.Orang yang kata "kebetulan itu, kebetulan ini", dan menentang serta mempertikaikan "kebetulan itu, kebetulan ini", maka iman dia pada Allah SWT telah rosak.!!

-------------------
2. PILIHAN

Ok, sekarang aku rasa korang dah dapat gambaran tentang ketetapan Allah, tapi dalam hidup ini ada perkara yang menarik yang tak dapat dalam lain-lain kehidupan.. iaitu PILIHAN

Seperti yang korang semua tahu,
Hidup ini di bahagikan kepada tiga kehidupan…Iaitu:

-sebelum
-semasa
-selepas

atau untuk lagi mudah faham:

1.Kehidupan sebelum hidup
(alam roh, alam rahim)

2.Kehidupan semasa hidup
(bayi, kanak2, remaja, dewasa, tua kutuk)

3.Kehidupan selepas hidup
(alam barzakh, mahsyar, sirat, neraka, shurga)

Tahukah korang?
Bahawa kehidupan pertama ada persamaan dengan kehidupan ketiga.

Tahukah korang?
Bahawa kehidupan sebelum hidup ada persamaan dengan kehidupan selepas
hidup

Tahukah korang?
Apakah persamaan itu?

Persamaan antara kehidupan pertama dan ketiga adalah:-
KORANG TIDAK BOLEH MEMBUAT PILIHAN…!

Contoh:
Peristiwa ketika di alam roh atau alam rahim..
korang langsung tak boleh buat pilihan seperti:

Nak jadi org islam…

Nak jadi org melayu..

Nak jadi hendsome…

Nak jadi anak org kaya

Nak lahir di hospital first class

Nak lahir hari jummat

Nak jadi anak artis

Nak jadi anak raja

Nak jadi lelaki…

TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!

KENAPA?
KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN,
SIAPA KORANG AKAN JADI..
TAHUKAH KORANG?
BAHAWA, INILAH TAKDIR!

Manakala di kehidupan selepas hidup pun begitu jugak,
Peristiwa ketika di alam barzakh, dan akhirat,
Korang langsung tak boleh buat pilihan seperti:

Nak kembali kedunia walau sesaat

Nak jalan2 kubur org lain

Nak jadi hantu

Nak balik kampong ziarah anak

Nak tidur

Nak kiamat cepat

Nak beribadat

Nak jadi org baik

Nak jadi tanah…

Nak jadi mayat

Tak nak jawab soalan malaikat

TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!

KENAPA?
KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN,
APAKAH NASIB KORANG NANTI…
TAHUKAH KORANG?
BAHAWA, INILAH TAKDIR!

Dan tahukah korang
Bahawa takdir di kehidupan ketiga adalah berdasarkan pilihan yg korang
dan aku buat di kehidupan kedua..?

Dan Di dunia ini sahajalah tempat Allah benarkan kita membuat PILIHAN!
Dan segala pilhan kita di sini akan menentukan masa depan kita di
sana(akhirat)…

Oleh yg demikian:,

KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN, KITA TAK NAK BUAT PILIHAN…
TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN,
DI TEMPAT YG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN!
(mengerti?!)

Korang dan aku jangan sombong kalau lahir sebagai org islam, anak org
kaya, cantik rupa paras…siapa yg sombong dengan takdir Allah ni memang
celakalah padahnya..kerana apa yg aku dan korang dpt adalah ehsan Allah
semata2..

Kepada yg cacat, miskin dan kapir janganlah korang rasa hina dan
‘gagal’..tak perlu bunuh diri kerana takdir…Allah Maha adil..
Allah tak letakkan kejayaan korang di ‘next world’..pada ‘siapa’
korang, tapi kejayaan adalah pada ‘pilihan’ korang…

Kejayaan hidup adalah bila kita berjaya membuat ‘pilihan’ yang betul…

Aku ulangi..
KEJAYAAN HIDUP ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL!!!!
Korang di beri 2 perkara untuk memilih di antara 2 perkara…
Korang di beri Otak dan Hati untuk memilih jalan kebaikkan atau jalan
kebinasaan…

Binasalah korang jika mengikut 2 perkara…dalam memilih di antara 2
perkara…

Binasalah korang jika mengikut Nasfu dan setan dalam memilih jalan
kebaikkan atau jalan kebinasaan…
(termasuk aku!)

berikut adalah pilihan2 yg di minta oleh mereka yg berada dalam neraka…tapi tidak di layan!!

-Ya Allah kembalikanlah kami kedunia untuk beramal soleh…

-Ya Allah ampunkanlah kami dan bebaskanlah kami dari azab ini

-Ya Allah berikanlah kami air dan makanan…kami lapar dan dahaga yg amat

-Ya Allah kurangkanlah azab kami sedikit…

-Ya Allah matikanlah kami…(nak jadi mayat tu)

-Ya Allah jadikanlah kami tanah

Menangislah wahai mata di sini kerana, menangis di sana walaupun keluar
air mata darahpun tiada guna sedikitpun…
Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yg
ber’kejolah’.oh..!

-----------------------

So, berbalik kepada takdir, oleh kerana dunia ini adalah tempat yang boleh korang membuat pilihan, maka silalah pilih jalan yang betul…
Tapi di sini seolah-olah bercanggah dengan bab ketetapan tadi,
Jika semuanya telah di tetapkan, kenapa perlu buat pilihan?

Ok, jika korang pergi kedai makan, bila waitress tanya nak makan apa? Korang boleh buat keputusan nak makan apa, nak nasi lemak ke… nak nasi goreng ke…, tapi bila waitress tu cakap: maaflah bang, nasi lemak dan nasi gorek dah habis yang ada mee bandung sajer.. maka di sini menunjukan bahawa korang boleh membuat pilihan tapi Allah still yang buat keputusan, sebab tu jika korang nak benda tu tapi dapat benda ni, dan nak benda ni tapi dapat benda tu, nak kat awek tu tapi awek tu nak kat orang lain..kenapa? itulah yang korang kena faham, sebab Allah tak akan hukum korang melalui takdir yang Dia tetapkan tapi Allah akan hukum korang melalui pilihan korang, ada pening tak?(aku pun pening gak..ish..)

SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA...

(cth satu org buat pilihan nak jadi hafiz dan berusha sungguh2, tapi tak sempat kerana sudah di takdirkan menjadi mayat, maka di akhirat kelak dia akan di bangkitkan bersama para hafiz...atau satu org buat pilihan nak ikut cara nabi sungguh2 tapi tak berjaya amal semuanya sebab dah takdir, sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi inshaAllah…dan ini yang membawanya ke shurga…)

Hebatnya Allah bila mana bila menciptakan dunia ini ada dua perkara yang berjalan serentak, pertama pilihan korang, kedua segalanya sudah di tetapkan!!! Dan hanya mereka yang mempunyai sangkaan yang baik akan dapat nampak dua perjalan ini..pilihan dan takdir!!!
Dan hanya ALLAH yang mampu mewujudkan dua keadaan ini..
PILIHAN DAN TAKDIR!!!

Oleh yang demikian, kekadang bila korang nak pergi solat berjemaah perut pulak sakit nak berak, maka bila korang berak, orang dah sudah selesai solat berjemaah… korang tak perlu rasa terkilan yang amat sebab terlepas pahala 27 kerana sudah di takdirkan korang tak dapat pergi solat jemaah kerana korang sakit perut nak berak dan memangpun korang berniat dan telah buat usaha, untuk orang kes macam ni, ada hadith yang bagi tahu sape2 yang nak pergi soalt jema’ah, tapi darurat, macam pengsan atau sakit nak berak, maka dia tetap dapat pahala jamaah,

Jadi yang penting kat sini adalah usaha dalam membuat pilihan, jika tak dapat nak beramal sedangkan korang sudah buat pilihan yang betul… itu adalah satu kejayaan, sebab tu ada cerita org kapir baru masuk islam lalu pergi perang dan mati tanpa sempat solat dan buat amal-amal lain lagi, tapi Nabi Muhammad saw bersabda bahawa dia adalah ahli shurga kerana dia berada pada jalan yang benar!!! Dia telah mebuat pilihan yang betul dan di takdirkan terus jadi mayat….
Korang rasa pening kepala tak? Ok, cool… relax, Baca tajuk seterusnya:

------------------

3. SOAL HATI

Baiklah aku pergi perlahan-lahan, Sebenarnya bolehlah di buat kesimpulan bahawa ada 4 perkara yang Allah telah tetapkan atau takdirkan kepada semua orang, dan korang semua akan dapat 4 perkara ini yang mana bukan 4 perkara ini yang menentukan shurga dan neraka tetapi ‘soal hati’ yang bakal menentukan hari akhirat kelak..!!!

a).KESENANGAN

b).KESUSAHAN

c).PAHALA

d).DOSA

Korang tentu tak paham bukan? Jika semuanya telah di tetapkan kenapa perlu kita ajak orang buat baik? Kenapa perlu kita mencegah mungkar?

OK, macam nie, Allah pernah tegur Nabi Muhammad SAW yang sedih kerana dah banyak kali ajak bapak saudara dia masuk islam tapi tak dapat kerana Hidayat di tangan Allah.. dan sudah di takdirkan yang Abu Talib tak masuk islam kerana Allah dah tengok hati dia memang tak nak!! Ini adalah soal hati!!

Jika korang nak tahu apabila ummat jahiliah minum arak dalam tengkorak berdarah, tawaf kaabah dengan berbogel, sembah 360 tuhan, apakah perkara pertama sekali yang Allah buat pada nabi sebelum jadi Nabi?

Ya! Allah hantar malaikat jibrail a.s supaya "cuci" HATI Nabi saw..

Dan Nabi bersabda lebih kurang maksud: dalam diri manusia jika hatinya baik, maka selamatlah dia!!!

Maka kerana itu apabila Nabi ajak sahabat masuk islam, perkara pertama yang Nabi saw ajar adalah SHUKUR!!!
Syukur dengan nikmat IMAN!!

Syukur kerana tanpa iman korang akan kekal dalam api nereka selama-lamanya!!
Tapi jika korang ada iman walaupun sebesar zarahpun akan masuk shurga akhirnya..Syurga yg paling kecil.. tapi luasnya adalah 10x ganda dunia.Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman as.Yg mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..Dan kekallah mereka di dalam shurga selama-lamanya..

Dan Nabi SAW pernah solat sampai bengkak kaki, bila di tegur aisyah r.a, kenapa tuan solat sampai bengak kaki?, bukankah tuan takde dosa..?
NAbi bagitahu aku ingin jadi hamba Allah yang bershukur!!!
Apa itu syukur, keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain!!

Kerana itu semua sahabat bila dapat kalimah Tauhid terus nak kongsi dengan orang lain, terus dakwah orang lain , itulah shukur, macam korang jalan jalan tiba tiba nampak pemandangan cantik maka korang akn ajak orang lain sama, lainlah jika korang tamak,

Hari ini ummat islam tamak dengan nikmat islam bila tak nak ajak orang kapir masuk islam (macamlah aku buat,,oh.. tentu celaka pada diriku sendiri bila cakap benda yang tak amal..is..isk..)

.................
a) KESENANGAN

Perkara pertama kita pergi bab kesenangan yang telah di takdirkan…Jadi bila korang di takdirkan SENANG, memang itu dari Allah, bukan Kerajaan, pejabat, ladang yang bagi senang, semuanya dari Allah!! Dan jika korang bershukur dengan nikmat itu, itulah jalan yang membawa korang ke shurga!!

Dan jika korang sombong dengan nikmat tu pasti masuk neraka!! Jadi orang kaya jangan nak berlagak!! Tsunami datang tak sampai 10 minit habis musnah harta korang, jangan nak berbangga dengan takdir tuhan, buat buku rahsia kejayaan, bla bla bla bla .. ingat orang yang ada sombong walaupun sebesar zarah pasti akan masuk neraka, kerana sombong ini adalah ‘pakaian’ Allah, dan Allah tak benarkan mana-mana hamba dia pakai ‘pakaian’ ini..

Jadi secara kesimpulanya masuk shurga bukan sebab korang miskan atau kaya, kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk shurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu SHUKUR atau SOMBONG !!
Ingat!! Shukur dan sombong adalah SOAL HATI!!!!

................
b) KESUSAHAN

Begitu juga jika korang susah, miskin, anak kecik mati, suami curang, muka hodoh , tak pas exam, dan lain-lain..jangan nak menangis atau melolong macam orang gila!! Semuanya dah di takdirkan Allah, Jadi bila korang sudah di takdirkan SUSAH, memang itu dari Allah, bukan Kerajaan, pejabat, ladang yang bagi susah, semuanya dari Allah!!

Dan jika korang bersabar dengan kesusahan itu, itulah jalan yang membawa korang ke shurga!! Dan jika korang berburuk sangka dengan tuhan yang bagi korang susah tu pasti masuk neraka!! Jadi secara kesimpulanya masuk shurga bukan sebab korang miskan .., kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk shurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu SABAR atau BERBURUK SANGGKA!!!BERKELUH KESAH!!!

Ingat!! SABAR dan BERBURUK SANGGKA adalah SOAL HATI!!!!

Kerana itulah terdapat kisah seorang ahli neraka apabila hendak dilontarkan kedalam neraka lalu ia berkata, sesungguhnya aku berbaik sangka dengan Allah.. maka Allah buat keputusan dia adalah ahli shurga, kerana di dunia dulupun mungkin dia kurang amal ibadat, tapi setiap keputusan Allah dalam hidup dia berbaik sangka.. semuanya dari Allah, langsung tak komplen..

Dan aku pernah cerita dulu, jika muka korang tak cun langsung (hodoh gila babi) lalu korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah:
“Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Siti Nurhaliza...”
lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa yg berlaku? Muka buruk tu jugakyg korang nampakkan?
Apa perasaan korang? Sedih? Kecewa,? Nak mampos? Nak bunuh diri..oh..
Sebenarnya doa macam tu salah, dan menyusahkan orang, sebab perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah…
Sepatutnya korang doa macam nih…“Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini:
(sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi org yg muka lebih buruk dari korang)
lepas doa, korang pergi tengok cermin..apa yg berlaku?
Kalau doa ‘sabar’korang makbul.. tentu korang cakap: “cantik jugak aku nih..he he he”

Jadi perkara yg patut korang mintak dengan Allah hari-hari adalah KESABARAN!!!Apa yg Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal, jodoh…korang tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah…ada benda lain lagi yg patut korang doa sampai kelaur air mata darah!!!Antaranya..HIDAYAT DAN HATI YANG SENTIASA BERSABAR…..Ini SOAL HATI!!!

.............
c) PAHALA

Berkenaan pahala pulak, aku dah malas nak cerita, Cuma aku nak bagitahu jika korang dah buat amal sebanyak manapun, janganlah nak berlagak, kerana itu adalah pilihan Allah atau dalam takdir Allah, sebab masuk shurga bukan kerana banyaknya amal, tapi semata mata rahmat Allah, Setan lagi banyak amalannya dulu sebelum jadi iblis, sebab tu bila korang buat amalan kebaikan tak semestinya korang boleh berpuas hati sebab bila korang RIAK.. alamak celakalah padahnya, kerana hanya amalan yang ikhlas sahaja di terima Allah…

Apa itu riak? Buat kerana ada kepentingan lain, nak orang puji dan bla bla blahhh
Jadi secara kesimpulannya masuk shurga bukan sebab korang banyak amal.., kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk shurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu IKHLAS atau RIAK!!!
Ingat!! IKHLAS atau RIAK adalah SOAL HATI!!!!

.........................
d) DOSA

Berbalik pada dosa, pun sama!! Jangan hina orang yang buat dosa, kerana dia telah di takdirkan oleh Allah, Allah boleh buat korang pulak terlibat dengan dosa yang di buat mereka, dan Allah bagitahu jika dosa korang banyak manapun Allah akan ampunkan, dengan syarat korang taubat, apa itu taubat? korang NIAT tak nak buat lagi..

Jadi secara kesimpulannya masuk Neraka bukan sebab korang banyak dosa, kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk neraka di tentukan oleh hati korang iaitu korang ada NIAT tak nak buat lagi yang bermaksud TAUBAT… so ini soal hati, ada orang yang buat dosa dan rasa bangga, dan ada orang yang buat dosa lalu beristigfar dan menangis, so, ini soal hati !!!!
Ingat!! BANGGA dengan dosa atau menyesal dengan dosa adalah soal hati!!!
Adakah korang rasa menyesal dengan dosa korang atau adakah korang bangga dengan dosa korang? Isk..isk…

----

Jadi , secara mudah fahamnya, bila Allah ciptakan roh dulu-dulu..Allah telak letakkan hati kedalam setiap diri manusia, melalui pengetahuan Allah yang Maha Bijaksana, maka Allah telah tahu apa soal hati korang masing-masing, maka dengan pengetahuan Allah maka diperintahnya kalam menulis masa depan korang masing masing, dan NAbi SAW bagitahu, pena menulis takdir telah di angkat dari buku takdir dan dakwat di buku itu juga sudah kering yang bermaksud, segalanya sudah tidak berubah lagi!!!!

Lalu bila jasad korang berumur 4 bulan maka sekali lagi Allah perintahkan malaikat menulis segala perjalan hidup korang termasuk, rezeki, jodoh, amalan kebaikkan, keburukkan, kesenangan, kesusahan, dosa, pahala, cuma satu jer malaikat tak tulis dan malaikatpun tak tahu iaitu SOAL HATI…
Dan bila korang start baligh maka dua malaikat di kiri kanan akan di tugaskan sekali lagi menulis apa yang korang dah buat samada baik ataupun buruk dan sudah tentu perkara itu adalah sama dengan apa yang sudah tertulis di kitab takdir, , cuma satu jer malaikat tak tulis dan malaikatpun tak tahu iaitu SOAL HATI…

Oleh yang demikian, Ada riwayat menyatakan bila mana seorang hamba Allah di hadapkan ke muka pengadilan kelak, malaikat faham dia adalah ahli neraka, sebab buku amalan kejahatannya tebal.. tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli shurga, dan ada seorang pelacur yang bagi minum air pada anjing tapi masuk shurga, kerana ini adalah SOAL HATI.

Riwayat yang lain pula menyatakan bila mana seorang hamba Allah di hadapkan ke muka pengadilan kelak, malaikat faham dia adalah ahli shurga, sebab buku amalan kebaikkannya tebal.. tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli Neraka, sebab tak ikhlas, ikhlas adalah SOAL HATI.

Ada pembunuh yang telah membunuh seratus orang dan malaikat faham dia adalah ahli neraka, sebab tak pernah buat baik.... tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli shurga, walaupun dia seorang pembunuh kerana ini adalah SOAL HATI…(rujuk ustaz)

Bermakana secara mudah nak bagi faham: Malaikat tulis apa yang telah di takdirkan Allah, namun keputusan kat akhirat adalah berdasarkan hati korang…ini adalah soal hati!!

Jadi oleh kerana malaikat tak tahu soal hati korang, dan Nabi SAW telah ajar sahabat tentang soal hati…
Maka buatlah usaha dan doa untuk dapatkan sifat2 hati yang membawa ke shurga
seperti :Shukur, Sabar, khusuk, khuduk, tawadduk, Husnul Zon, Ikhlas, Redha dan lain-lain lagi soal hati, dan..

Hindarilah dan doalah di selamatkan dari penyakit hati yang boleh membawa ke neraka seperti Kufur, Buruk Sangka, sombong, riak, ajub, takkabur, dan lain-lain lagi soal hati..oh..

Ketahulah bahawa hati korang yang sama itulah akan di bawa ke hadapan Allah dan akan di putuskan kelak samaada hati itu mendapat nikmat shurga atau mendapat azab Neraka…oh…

------------------------
4-NIAT

Ok , last… Segala AMAL bermula dengan NIAT
Berbalik kepada cerita ''PEMBUNUH USTAZ'' tadi..

Aku dah malas agaknya, maka cerita itu aku habiskan dengan mayat pembunuh itu dijumpai dengan kesan tembakan di kepala.. di tembak oleh polis di raja Malaysia.. semua orang Malaysia yang membaca berita tentang kematian pembunuh itu membuat keputusan bahawa beliau adalah ahli neraka, maklumlah dah bunuh banyak ustaz dan tak pernah bersolat, Cuma yang di ketahui, polis menembaknya ketika dalam perjalan ke masjid.. dan dia berpakaian jubah dan berserban serta tiada membawa pistol…(tamat)

Satu cerita benar yang di ambil dari kitab, kejadian ini pernah berlaku pada zaman dahulu… , satu org jahat telah bunuh 99 org dan nak bertaubat, berjumpa dengan satu org alim…org alim kata, kamu ni ahli neraka, maka si jahat ini bunuh lagi dan dah jadi seratus…hinggalah berjumpa dengan org alim yg ke 101, dan org alim itu kata , kamu masih boleh bertaubat dengan syarat kamu kena keluar dari kampong kamu yg ramai org jahat tu ke kampong sebelah yg ramai org baik, maka si jahat ni pun balik rumah dan telah mebuat PILIHAN untuk menjadi baik, maka dia BUAT PERSIAPAN dan terus MELANGKAH KE KAMPUNG BAIK..dalam perjalanan, dengan izin Allah dia menjadi mayat…mati tanpa sempat bertaubat..Malaikat punya faham si pembunuh 100 org ni adalah ahli Neraka..tapi Allah buat keputusan bahawa dia adalah ahli SHURGA..

KENAPA?
Kerana dia mati dalam keadaan mengzahirkan niatnya,

Maka, perkara yang boleh kita belajar di sini adalah siapa-siapa yang mengzahirkan niat untuk jadi baik, maka sekiranya dia mati lepas mengzahirkan niatnya itu, dia di kira ahli shurga!!! Kerana Allah MAha mengatahui hatinya dan tahu jika dia hiduppun 1000 tahun lagi, dia memang tetap akan jadi baik!!!

Oleh kerana niat belum di takdirkan oleh Allah dan hatta malaikat pun tak tahu sebenarnya niat korang ni.. Cuma bila korang nak buat baik maka malaikat pun tercium bau wangi, dan di tulis satu pahala… dan bila korang niat nak buat jahat pula maka malaikat akan tercium bau busuk, walaucamnepun malaikat tak tulis lagi sehinggalah korang buat dosa yang korang niatkan itu…
MAKA marilah kita buat niat sekarang..bukan saja niat nak jadi baik, tapi kita kena ZAHIRKAN NIAT ITU!!

Pembunuh di atas masuk shurga kerana dia mati dalam keadan mengzahirkan niat!!!
Dan marilah kita mengzahirkan Niat dengan meberitahu orang di sekeliling tentang SOAL HATI KITA..

Ada riwayat tentang seseorang yang mendapat ganjaran yang sungguh banyak di akhirat, dia menafikan , tapi di beritahu kepadanya dulu waktu di dunia dia telah mengzahirkan niatnya iaitu ketika berjalan dengan sahabatnya maka dia berkata, kalaulah aku ada emas sebesar gunung ini, maka akan aku korbankan pada jalan Allah!!! Lihat, dia hanya mengzahirkan niat sahaja dan sudah takdir dia tak dapat harta yang sebanyak itu.. tapi kerana sudah mengzahirkan niat..maka ianya di kira oleh ALLAH!!!
Marilah menangis, kerana itu adalah mengzahirkan taubat!!!!

Lihat beberapa contoh pengzahiran niat oleh sahabat R.A:

Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang kapir telah menangis sambil mengzahirkan niatnya: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!!

Seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yg di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung, anak nombor dua dan seterusnya anaknya yg bongsu.. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu yg bongsu juga mati , si ibu ini menangis…dia dipujuk org, tapi dia berkata sambil mengzahirkan niatnya: jangan ucap takziah pada aku..tapi ucapkanlah tahniah…aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati...aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah..!!!!

Jika korang niat dalam hati nak taat perintah Allah sahaja, malaikat tak tahu dan di tulis hanya satu pahala…(melaikat tulis satu pahala kerana hati korang berbau wangi bila ada niat yang baik)
Tapi bila korang zahirkan niat tu,maka malaikat akan tulis dalam buku amalan kebaikkan, itu yang zahir..soal hati hanya Allah yang tahu!!!

Kalau korang nak zahirkan niat yang baik kat kotak komen aku alu-alukan, (promote he he he)kalau korang malu but still nak zahirkan niat maka korang boleh email aku…hehehe
Inilah kaedah azam yang sebenar dalam islam!!!

Akhir sekali dah zahirkan niat tu kenalah pulak menyerah diri pada Allah….

Ps: semua orang sudah di takdirkan menjadi mayat..pandai-pandailah menyerah diri..oh!

81 comments:

Anonymous said...

artikel yang cukup bernas. mudah-mudah allah mengganjarmu.

Najwa Aiman said...

memang dah ditakdirkan ko akan menulis sebanyak 6,291 perkataan untuk entry ni dan aku akan membaca sebanyak 6,291 perkataan juga dlm entry ni dan menghabiskan hampir 3 minit menghabiskannya.. dan 3 minit itu dipenuhi barakah pada setiap saatnya, insya-Allah!

(sepatutnya aku baca dengan lebih lambat lagi supaya dpt menambah saat dan menambah lebih kefahaman)

Najwa Aiman said...

err... last... apa moral citer yahudi tumbuk sahabat tu? aku ni mmg tak pandai....

medicos said...

mmg dh ditakdirkan sy yg mls nak belajar(tahap futhur:kelemahan iman) ni membaca blog en. hamka..exam unis lagi seminggu..
hish hish
alhamdulillah lps ni soal hati nk berusha
tp rs nye lebih penting doa ikhlas nak rajin tu kerana Allah..eh2 btul x konsep ni??

shahir said...

najwa..cuba baca citer yahudi tumbuk sahabat tu sekali lagi..mesti nampak 'sesuatu' perbezaan...

Allah dont give what you want, instead Allah give what you need..

lilyputih said...

sungguh mencelikkan mata hati! Terimakasih!

Anonymous said...

ingat soal hati dlm bab2 cintan je mcm movie soal hati tue..

adadia said...

terima kasih, tazkirah untuk hari Sabtu ini.

aan said...

salam..akhi.
saye baru start nak menjadi naqibah n saye rase saye akan cilok sikit isi akhi yang cukup menusuk ni..boleh x??
syukran..

h.m said...

Assalamualaikum..
sama mcm najwa.. tak brp clear psl citer yahudi tuh.. blh anyone terangkan? dh ikut nasihat saudara shahir baca sekali lagi, still tak paham gak.. jzkk =)

Hamka said...

Anonymous

Inilah artikel yang paling susah aku tulis dan nak terangkan sebenarnya, ambik masa yang cukup lama, dulu aku dah tulis separuh, sebab panjang sangat, aku guna pakai kat “bagaimana hilangkan bimbang”, “kenapa orang masuk neraka”, “siapa sufi” dan banyak lagi entry.. lepas seorang sahabat bertanya, aku rasa aku tak boleh tangguh lagi, pasal ramai orang murtad bila tak faham bab ini(macam aku paham)lalu aku buat solat hajat pada Allah supaya takdirkan aku menulis entry pasal takdir ini, dan aku mintak dengan Allah jika aku salah, berilah aku jalan keluar…
Alhamdulillah, petang jumaat aku dapat post pada ‘dunia’…

Bermakna memang sudah di takdirkan Allah aku dapat tulis artikel ini..
Shukur yang amat pada Allah!!!
Aku masih belajar… sila beri tunjuk ajar.!!!!

-------------
Najwa Aiman dan h.m

Para sahabat faham tentang takdir, bila yahudi tumbuk, meraka yakin ini adalah takdir Allah,.. tak perlu menentang..
Dan itu adalah susunan iman sahabat..

1. Saidina Abu bakar – langsung tak toleh, sebab hati penuh dengan zat Allah.

2.Saidina Umar-toleh, belum sempat yahudi itu terangkan, sudah faham, ini dari Allah, bukan yahudi ini nak uji iman dia, tapi Allah!!!

3.Saidina Usman-tanya, tapi belum sempat jawab dah faham...

4.Saidina Ali-tumbuk balik,-memang dlm islam hukum qisas macam tu, tumbuk lawannya tumbuk, tapi tak perlu yahudi itu terangkan sebab dia dah faham semuanya dari Allah..

jadi jika korang ada masalah, kesemua jalan penyelesaian di atas adalah betul, korang boleh,: buat tak tahu, atau ambil tahu, atau bertanya, atau menentang, tapi yakinlah bahawa semua itu dari Allah…

Israel serang palestin sekarangpun dengn izin Allah, kita boleh menentang Israel tapi dalm hati mahu ingat ini ujian dari Allah..

Kejayaan bukan dalam Negara aman, dan kegagalan bukan dalam Negara perperangan, dalam Negara aman ada perintah Allah sekian2, dalam Negara perperangan ada perintah Allah sekian2, kejayaan bila dapat taat perintah Allah!!!
Dalam perperangan nabi suruh solat berjemaah, tapi malysia sekarang Negara aman tapi masjid masih kosong, orang palestin patut menangis tengok rakyat Malaysia yang di uji kemewahan ini!!!!

Eh, boleh cerita panjang lagi ni..he he he, lain kali aku post kat dalm entry!!! insyaAllah(bermakana- jika ada takdir tuhan)

----------
medicos

betul tu, aku patut tekankan bab ikhlas…oh..sebab ini soal hati yang penting!!!

---------
shahir

i like this!!!
Allah dont give what you want, instead Allah give what you need..

------------
lilyputih dan adadia

sama-sama, semuanya sudah di takdirkan Allah!!

---------------
Anonymous

Soal hati dan soalnya siapa, he he he

-------------
aan

salam..

baik punya cilok.. jika Allah dah takdir, aku tak boleh buat apa2pun!!!
aku izinkan, he he he

muhammad fakhrul razi said...

syabas!!! alhamdulillah masih ada yang mampu menerangkan konsep takdir ini dgn baik.. semoga tak hilang individu seperti hamka ini sepanjang zaman untuk menyelamatkan kekeliruan mereka yang berfikir menurut nafsu..

moga Allah selamatkan kita dan tunjukkan kita jalan yg lurus.

ketahuilah,DOA itu senjata umat islam.

mungkin bab DOA patut ditekankan sama dlm entri ini.hubungan DOA dan takdir. tapi tak apa,bab TAUBAT tu pun dah ok.

kalau Allah tak izinkan kita faham.. kita baca byk mana pun tak kan faham entri ini.tapi bila kita baca kita jd faham,maka faham itu datang dari Allah maka SHUKUR!!!!!!!!!!!!!!

alhamdulillah.

Hamka said...

Alhamdulillah...
SEMUANYA DARI ALLAH...

APABILA SEORANG ITU SENTIASA DI PUJI DAN MENJADI TEMPAT RUJUK SERTA SELALU DI BERI PELUANG MEMBUAT KEPUTUSAN(MENJADI PEMIMPIN), MAKA PELUANGNYA UNTUK SOMBONG ADALAH SANGAT BESAR!!!

maka, korang doakanlah aku supaya tidak menjadi sombong, riak, dan takbur serta ajub(perasan diri dekat dengan tuhan) ..oh..

ps: tapi ramai aweks cakap aku sombong(he he he)

Anonymous said...

"Apa yang aku nak bagitahu sebenarnya yang gagal masuk U janganlah bunuh diri!!! Allah dah takdirkan korang tak berjaya, yang tak berduit, yang miskin.. relaxlah, {shurga ni dunia orang kapir}, jangan berebut dengan mereka, Allah bagitahu jika kamu nak dunia kamu pergilah ambik, tapi kamu akan dapat apa yang Allah tetapkan sahaja… itulah takdir…"


mohon maaf, sekadar nak betulkan ayat saudara Hamka dlm ayat di atas.. "dunia ni syurga org kapir...." wallahualam

ainohikari said...

assalamualaikum wbt
satu artikel yg ckp bergune..cm dlm artikel ni ade dibgtau sket psl "yakin".n bg saye kalo ditrgkn sket psl cmne beza yakin kpd Allah dan yakin pd prkara lain tu lg bgus..sbb yakin itu sendri terbhg kpd bbrape peringkt..4 peringkat kalo tksilap..
bile sume org fikir dia gagal msk U n sbgnye sbb Allah dh ditkdirkn,raseny dh tkbrape kena..sbb Allah perintahkn kite supaya berusaha utk mndptkn sesuatu n of course kite kn yakin atas usaha yg dibuat dtmbh ngn tawakaltu'alallah,cm yakin di sini beza ngn yakin kite trhdp kekuasaan Allah SWT..n lg satu rasenye cm segelintir je org yg "btul2" berusaha still ggl dlm u.
wsslm..

p/s: sy pn tkbrape arif dlm hal yakin,cm ini dr ape yg sy blaja slame ini..

Anonymous said...

terima kasih saudara Hamka krn entry yg berisi

Hamka said...

Anonymous

"dunia ni syurga org kapir...."
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK,
INSYAALLAH DENGAN IZIN TUHAN AKU EDIT..
OH..terharunya..

--------------
ainohikari

waalaikumusallam

artikel ni dah cukup panjang aku rasa, bab ‘yakin’, aku akan cerita lain kali jika di izinkan Allah, Cuma aku pernah tulis bab yakin ni dalam “Kenapa orang masuk neraka”
apa-apapun, terima kasih kerana menegur.., aku memang jahil lagi hina..

aku takut bila yakin selain dari Allah, maka jadilah syirik, ini soal hati yang paling besar, sebab tu ada syikrik kecil, iaitu yakin jugak dengan makluk lain.. nauzubillah, ini org munafik biasa buat..oh..
aku sedang takut..

setan buat usaha atas hati, ini soal hati , setan faham, yakin pada selain Allah juga ada kuasa maka sudah berlaku syirik.. dosa syirik tidak terampun masa jadi mayat kelak, masa hidup boleh lagi… (aku tak pandai sebenarnya nak terangkan..)

-------------------
Anonymous
terima kasih kepada yag tak taruk nama!!!

bibun sekibun said...

salam..

aku bersyukur pada ALLAH kerana takdirkan aku berjumpa blog ni..

Hamka said...

Uhuk..uhuk...

aku batuk batuk,
............

isteri tanya kenapa?
aku cakap, agaknya ramai orang sebut nama abang agaknya..

Anonymous said...

salam..

aku suka pada jawapan ini..

'SEMUANYA DARI ALLAH...

APABILA SEORANG ITU SENTIASA DI PUJI DAN MENJADI TEMPAT RUJUK SERTA SELALU DI BERI PELUANG MEMBUAT KEPUTUSAN (MENJADI PEMIMPIN), MAKA PELUANGNYA UNTUK SOMBONG ADALAH SANGAT BESAR!!!'

untuk menjadi sombong dan riak..
ada faktor nama dalam iqrab bahasa arab..

hamka pls mail me ur full name and let me do some check up.

R iak...
takabbu R..

fi R aun..
qa R un..
is R ael..

get the clue?

-nas
This coming istimak 12-15/8/06
Masjid Sri Petaling
(doakan agar Allah swt berikan kebaikan yang banyak untuk Ummat ini -amin)

iabdulr said...

Salaam Bro Hamka dn lelain,

Syukur Alhamdulillah sbb dh abih baca. Dan buat masa ni, alhamdulillah sya faham bab takdir. Tpi mmg agak susah utk menzahirkannya. Kadang2 tu tersebut jugak 'oh kebetulan tu..' astghfirulahhalazim, moga2 sya diampunkan. Tpi, mcm mana pulak kalo kta dgr org yg kata? Mcm mana nk tegur? Bab nk tegur ni agak payah. Sendiri pun tak btul, mau tegur org. Satu cara pemikiran yg mmg setan suka, sbb tak mau jadi posmen Allah.Nauzubillah.

Dan juga, sya nk ucapkan terima kasih bebanyak sbb dh balas email sya tuh. Terharu dn manangis sya bila baca. Dn sya rasa sya post kali ini ada kesinambungannya dgn email tuh. gembira skali bila dh baca.

Kesabaran dn keiklasan, adalah soal hati yg mmg payah nk jaga. Moga2 kita semua digolongkan dlm golongan yg iklhas dn sabar dlm mengerjakan ibadah.

Betul kan comment saya ni kalo tak btul. Saya mmg amat hina dn dhaif dlm ilmu agama. Baru sgt sgt nk belajar.

Wassalam

linanilza said...

panjangnye bro hamka.. aku masih fenin lagi

Hamka said...

Anonymous
salam..

Nas, aku takde email engkau, mungkin aku terlepas pandang, boleh bagi balik tak? Aku ada nasihat untuk kau..

Muhammad Hamka Embong.

---------
iabdulr

Salaam

(((Dn sya rasa sya post kali ini ada kesinambungannya dgn email tuh. gembira skali bila dh baca. )))

Betul tu..

Pasal nak tegur orang tu, aku rasa aku ada tulis sikit dalam ;
-anda di caci
-bagaiman mencegah mungkar

insyaAllah, lain kali jika di takdirkan allah, aku tulis panjang-panjng
(senyum)

Dan pasal kau menangis tu, aku tumpang gembira, sebab aku ni jenis banyak dosa, jika di takdirkan Allah aku ahli neraka(nauzubillah,) maka kau boleh cakap, ya Allah, hamka pernah buat aku menangis keranaMu, ampunlah dosa dia..
Semoga aku dapat berka dari kau..isk.isk…
Amin ya rabbilalamin…
Wassalam

-----------
linalniza

fenin?
memamh kau sedang pening..he he he

kadir said...

nas,

ada beza isRael dengan yahudi. cuba check balik

Anonymous said...

TQ

UglyButAdorable said...

salam n peace brother hamka,

semoga berada dlm keadan sihat. a long albeit easy understanding for me.

jazakallah. hanya tinggal saya utk mempraktikkannyer..insya Allah

Anonymous said...

assalamualaikum...aku minta kebenaran forward blog sedara kat rakan rakan yang lain..selama ni pun aku dah forward ..cuma aku tak minta izin jer..minta halalkan yer

fahada said...

...Soalnya hati sukar di mengerti,
Apa terjadi di luar kawalan diri...

thanks for the enlightenment bro hamka ;)

Anonymous said...

Kalau Allah tu pengatur(Rabb), mesti ada aturannya(rububiyah). Kat malaysia ni bukan aturan Allah yg kite gunakan. Kita guna aturan yg diatur oleh Lord Reid sbg pengatur. Jadi secara praktikalnya kite mengangkat Lord Reid sbg Rabb. Kalau ade pertanyaan Man Rabbuka kita jwb Lord reid la kan??? Adakah ditakdirkan??? TIDAK!!!

Ustaz Rock said...

Aku teringat apa yang ustaz aku ajar

Qadar ni ada 2,

Qadar Mubram dan Qadar Muallaq

Qadar Mubram adalah Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu Lahir, Mati, Jodoh etc.

Qadar Muallaq adalah Qadar yang berubah dengan Ehsan Allah, berdasarkan usaha seseorang. Contohnya mungkin Allah dah tetapkan orang ni rezekinya hanya dapat 500 sebulan tapi dengan usahanya yang banyak serta amalnya (tak lupa doa dan syukur pada Allah), maka Allah tambah2kan lagi rezekinya..

Ni ustaz aku ajar la, bukan aku yang nak mengajar.... Kalau salah korang bagitaula

Wallahu a'lam

Hamka said...

kadir

apa pulak beza isRael dengan IzRAEL?

-----------
UglyButAdorable

salam
semuanya dari Allah, ..insya Allah

------------
Anonymous

Walaikumusallam,
sebarang aktiviti yang tidak mengaut keuntungan wang, aku halalkan..
:) keuntungan akhirat takpe..aku dpt share.

----------
fahada

:)

-------------
Anonymous

Aku pernah tulis ni dalam
“bagaiman rupa ugama”
Harap maklum…

----------
Ustaz Rock

Aku pun sedang belajar..
Terima kasih kerana saling berkongsi,
Walaubagaimanapun, setan sedang dan istiqamah buat usaha atas hati kita, ini soal hati yang bahaya sekali!!

kirim salam kau ustaz kau :)

iabdulr said...

Salaam Bro Hamka,

Sya nk tanya sikit. Leh sentuh psl citer Lina Joy tak? Nk tanya pendapat Bro, cam ner kita nk menunjukan ketidak setujuan kita pasal hal ni. Mcm mana nk zahirkan kita nyer pegangan pasal kes ni?? Sya mmg dh geram. Tp, kita kena sabar. Ramai yg marah2 pasal benda ni. Tak dpt dinafikan. Mmg ramai Melayu Islam marah pasal benda ni. Marah je ke? Mcm bro Hamka ckp, kita tak leh marah sampai buat demo sign petisyen. Tak de maknanya.

Kesedaran solah tu yg lebih penting. Kesedaran bg lelaki berjemaah di masjid dn muslimin solat awal waktu yg lebih2 penting dr semua.

Leh Bro Hamka ulas sikit pasal benda ni?

Wassalam

hangjebat said...

Hamba nak tanya, bolehkah kita mengubah qadar umur kita melalui usaha makan vitamin, ubat2an,dll?

orchid liar said...

salam bro hamka...
sy salah sorg peminat blog bro..sbnrnyer sy tgh penin n ade soklan nak tanye bro...sy nih sorg yg cepat berasa bosan dlm perhubungn...biar la camne baik,caring or handsome pon seseorg tu tp kalo dh smpai ms sy rs bosan mmg xleh nk wat ape2...sbb tu la sbnrnyer sy takut nk bercinta lg..takut akan mengecewakn org lain...adakah sy nih jenis org yg x bersyukur?? menolak tuah or something like that?
sy act berpikiran positif dlm cinta ni..sbb bg sy cinta kpd manusia mmg xkan kekal,bila2 ms leh berubah...hanya cinta kpd Allah yg kekal abadi...tp mslhnyer kat org yg bercinta ngn sy tu la..frust nonggeng...xdpt nk tima kenyataan..camne nak buat yer?? hakikatnya sy mmg xleh nk bohong diri sendrik..cume sy harap satu hari nnti sy boleh menyintai dgn sepenuh ati dan biarlah cinta itu dtg dr Allah swt. dan sy yakin dgn ketentuan Allah. spt kata bro jodoh akan dtg kpd kite spt mn maut akan dtg kpd kite...yup..kite sume akan jd mayat...
salam...

Anonymous said...

salam bro...huraian yg bagus..sangat bagus...Al-Balad:10....nak jadi binatang ternak selamanya atau....pilihan ditangan kita..

hijau said...

nak tlg jawab soalan iabdulr

salah satunya sdr/i boleh sign petisyen online sbg tanda bantahan. kat sini >> http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/

bro ada tulis: buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

tp pernah bl saya buat baik, (nak ckp ikhlas kang xikhlas pulak) mereka balas dgn uji kesabaran sy. (ssghnya sy tak minta sebarang balasan s/ada baik atau tak.) bukan sekali dua. spai sy rasa fedup nak bt baik. nak biar je tanduk nie tumbuh stp masa. supaya diorg tahu mengappreciate kebaikan org lain.

api jgn lawan dgn api nanti hangus teruk. sy cuma nak jd mancis je..boleh??

hijau said...

tambahan..ttg kes lina joy tu, sy dpt sms dari seorg sahabat katanya kes tu dah menang di mahkamah. betul?? maknanya peluang anak Islam lain yg memohon utk murtad mcm petik jari je??

deansama said...

jazakallah kerana telah mengepost satu entry pasal aqidah yang mudah difahami.sememangnya aqidah ni perkara paling payah dipupuk dan senang pulak dirosakkan. Rasulullah sendiri membina aqidah para sahabat selama 13 tahun!!

Sebaiknya aku mencadangkan kau pergi mengajar bab aqidah kat masjid. Pasal ustaz aku pernah kate, perkara aqidah ni kena belajar berguru sbb kalau takde guru maka syaitanlah yg menjadi gurunya.Tu pasal ramai yg sesat padahal bukannya baca buku2 sesat pun. sbb masalah tak faham.

tentang takdir, aku pun sebenarnya dah banyak kali aku dengar soklan camni. dan jawapan yang paling mudah ialah dgn menampar org yg bertanya dan mengatakan 'buat ape marah, itukan takdir' (macam yg kau buat kat member kau; letak kerengga).

kalau nak explaination secara ilmiah bab takdir aku tak reti sgt wpun penah belajar.kang xpasal2 buat ajaran sesat. tanyerla ustaz2 kat tempat kau...insyaAllah boleh jawab punyer..siap dgn dalil al-Quran lagi....

ontahsapo said...

aku belum baca, nak tanya jer. kut kau ada petua utk aku yg kena demam campak ni....

akhie said...

subhanallah..

panjangnya..

+ akhie +

Hamka said...

iabdulr dan hijau

Salaam

Orang yang pertama sekali patut di salahkan bila lina joy murtad adalah..(saspen sikit)
Saya ulangi, Lina joy murtad adalah SALAH saya..oh..
Saya kurang bagi masa buat dakwah..
Saya tak ajak orang kapir masuk islam
Dan saya kurang ajak orang islam yang jauh dari Allah kepada Allah�
Hingga hidayat tersekat ..lalu orang islam keluar ugama(murtad berbondong-bondong)
Jadi marahlah saya..isk..isk�
Saya yang layak di marah�

Insan bersalah...

Kepada Lina joy, aku adalah salah seorang orang islam yang bersalah terhadap anda, maafkan aku� jika di takdirkan tuhan, kita berjumpa� boleh cerita panjang, sambil minum teh� tarik..insyaAllah..

----------
hangjebat

Bersilatuirahim boleh panjangkan umur.. .. tapi kena pergi detail explanation lagi,
Cuma, aku tak nak panjang umur, aku takut jadi tua nyanyuk, menyusahkan anak aku basuk berak di punggungku, aku nak biarlah mati dapat sebut kalimah tauhid..
Amin..
Doakan aku jebat�
Biar mati muda, asal masuk shurga..!!
Daripada mati tua, (sambung sendiri..ewah)

-------------
orchid liar
salam

Orang macam engkau bagus kahwin dengan pendakwah, sebab mereka jarang duduk rumah.. kau pun tak bosan�
(suami engkau pun tak bosan tengok engkau, dan engkau pun tak bosan tengok dia)
He he he..

Intai kami antara nampak..esok..arghh sambung sendiri!!

Kata isteri2 nabi Muhammad SAW:
Hati kami ingin nabi duduk bermesra dengan kami di rumah, tapi jika Nabi berbuat demikian, maka kami sahaja yang dapat keuntungan itu, maka kami redha Nabi bayak berada di jalan Allah kerana berjuta-juta Ummat akan dapat keuntungan�

(Oh..)

----------
Anonymous

nak taruk nama atau nama samaran? pilihan ditangan kita..

---------
deansama

aku sedang belajar juga
:)

-------------
ontahsapo

aku bila demam, makan sup ekor, insyaAllah, sembuhlah dengan izin Allah... nak lagi best solat hajat 12 raka'at..
dah demam, solat sambil dudukpun boleh...

ps: aku ada bukak blog engkau, baca pasal kau demam, rabun telinga dan sebagainya, tapi kenapa entah susah sangat nak komen... dah takdir begitu..oh...

---------
akhie

:)

ILynn said...

citer psl takdir nih best

Hamka said...

best bila dapat amal dan sampaikan!!

yat kecik said...

Aku nak tanya sikit aku kurang paham apa yang kau maksudkan dengan ini "jangan nak berbangga dengan takdir tuhan, buat buku rahsia kejayaan, bla bla bla bla .." adakah membuat buku rahsia kejayaan itu menunjukkan kita riak? Tapi kalau diorang tak buat buku rahsia kejayaan macam mana kita nak berusaha untutk berjaya.

Hamka said...

tak salah buat buku, tapi terlalu banyak keakuan, aku buat tu, aku buat ni, boleh datangkan syirik, sebab itu semua dah takdir...

aku pernah tulis dlm bagaimana hilangkan bimbang-masuk dlm tajuk menghilangkan diri sendiri, menghilangkan hasil, menhilangkan harta dan menhilangkan hari esok..

selamat belajar!

yat kecik said...

Selepas membaca post kau mengenai bimbang alhamdulillah aku dah tak bimbang sangat pasal exam aku walaupun ia menentukan sama ada aku masuk u atau tidak. Sebenarnya , aku suka baca buku motivasi oleh dr hm tuah. tetapi hakikatnya selepas aku baca berkali-kali (itupun baru chapter pertama) aku masih tak dapat rasa kepuasan membaca bukunyer. Walaupun begitu pada pendapat aku , berbanding dengan buku2 motivasi yang lain, bukunyer lah yang paling best.

Hamka said...

motivasi bagus, tapi bila terlalu banyak input dari otak, maka semangat yang di hasilkan adalah sementara..

"semanagat yang hilang.."

tapi bab ugama, motivasi dari Allah adalah semnagt yang kekal..

"semanagt perjuangan harmony"

Anonymous said...

Assalamualaikum wrth,

Semoga ALlah merahmati.

Nak tanya tuan Hamka, kalau hati ini tiba2 terasa sesuatu akan berlaku dan selang beberapa menit ia berlaku seperti yang hati katakan itu namanya apa yer...yang tak mengerti.

Wassalam.

Hamka said...

deja vu!!!

biasa oarng cakap itu gerak hati, hati hati bila sekali jadi, lepas tu datang yakin, takut setan ambil peluang...

hati jika bersih, pandangannya tepat kehendak Allah...

namun tugas kita bukan meramal..tugas kita beramal..insyAllah...

adeq_fauzy said...

sudah ditakdirkan ente menulis dgn penuh maksud mndalam. dan juga suda ditakdirkan ana bc tulisan ente ni. w'pun agak spontan, tp amat bermakna....

jazzakallah..

Hamka said...

Alhamdulillah, semua dalm takdir Allah...

aku juga bersyukur kerana di takdirkan menyedarkan korang, semua dari Allah..

ps:Allah bagi mata, dan Allah bagi melihat..
bukan mata bagi melihat..

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. »

van qif said...

Assalamualaikum...

Pak cik Hamka...saya baru lepas ulangkaji bab "apa itu Takdir"....insyallah semoga Allah jadikan ia sebagai salah satu pedoman hidup ini...Kadang2 risau gak...ikhlas ke aku beramal ni...rasa macam riak pun adak gak...betul2 Soal hati...Moga-moga Allah beri hidayat pada kita semua...

Adioss Amigoss

Hamka said...

Amin...

:)

heal man said...

salam..

sebut pasal hati ini.. paling aku takuti kerana sebab hati lah aku x solat.. hanya dengan mengingati Allah sudah mencukupi..dengan hati hanya memiliki iman sebesar zarah sudah memadai.. bagiku walau sebanyak mana pun dosa ku setinggi gunung menembus awan.. jika hati ku masih mengakui keesaan Allah dan Allah itu tidak mempunyai sekutu sudah memadai bagiku.. tidak memerlukan amalan lagi..

Tetapi...

Allah itu sayangkan aku.. mungkin sebab aku selalu mengingatinya (andaian sahaja) maka Allah telah membuat sebab musabab (takdir )supaya aku membaca artikel ini.. maka faham lah aku..bahawa aku pelu menZAHIRkan apa yang ada dalam hati ku ini dan aku perlu menunjukkan rasa syukur aku terhadap Allah walaupun sebelum ini aku berfikir bahwa pada akhirnya aku akan masuk juga syurga hanya berbekalkan iman sebesar zarah..selepas di siksa di neraka terlebih dahulu.. maka.. aku xnak menyesal di syurga kelak bila syurga ku nanti bertukar warna akibat air peluh ahli syurga ditingkat yg lebih atas dari ku.. aku perlu berusaha..

aku hanya meluahkan rasa terima kasih aku terhadap kau hamka sebab menjadi sebab musabab aku memperbaiki hati ku ini..


p/s = aku baru sahaja mula baca semua artikel kO.. tapi sayang.. kO dah berhenti menulis.. aku harap dapat bertemu dengan kau.. email lah aku..

Hamka said...

kaulah email aku..

: )

art said...

terima kasih..
saya begitu mengagumi anda...
penyampaian yg teramat2 berkesan..
May Allah Bless You~~

?? said...

Berjaya ka, tak berjaya ka, boleh jadi ka, tak boleh jadi ka, tu kerja tuhan..
Kerja kita usaha dan tawakal sungguh2..

Hamka said...

yup!

Anonymous said...

mantap tuan..teruskan usaha. jom dakwah bukan islam,semata2 utk sukakan allah. di dlmnya,ada sabar, ada ikhlas, ada syukur,ada fikir, ...terkandung semua kebaikan....kerana dakwah kalimahtul haq kpd yg belum ada kalimah ...itu sebenar fitrah ahli syukur

Anonymous said...

To ustaz rock

Apa yang ustaz rock terangkan bukan qadar, tapi adalah qadha

qadha adalah ketetapan
manakala qadar adalah pelaksanaan kepada ketetapan tersebut.

qadha ada 2 :
mubram (tetap)
mu'allaq (berubah2)

mubram yang tetap ini ada 3 yang saya ingat, iaitu jodoh, ajal, dan rezeki. ia adalah tetap dan tidak berubah.

manakala muallaq ini yang berubah2 mengikut kepada usaha kita, seperti keputusan peperiksaan. jika satu orang niMEMILIH untuk berusaha bersungguh2 maka dengan izin Allah berjayalah dia, dan sebaliknya.

walaubagaimanapun perlu diingat, bahawa kedua2 qadha ini (mubram dan muallaq) sebenarnya tidak berubah. jangan keliru (warning!part ini orang selalu salah faham). ini kerana jika qadha ini berubah, maka ia bertentangan dengan sifat maha mengetahui Allah taala. dengan kata lain, perubahan ini telah diketahui oleh Allah Taala terlebih dahulu selaras dengan sifatnya maha mengetahui.

Tentang takdir ni, saya nak bagi satu perumpamaan. Sebenarnya kita boleh diibaratkan sebagai pelakon di muka bumi, dengan skrip dan jalan cerita yang sudah lengkap.Mengapa?

Perlu diingat bahawasanya Allah Taala bersifat Maha Mengetahui. Maka dengan sifat wajib ini (dan sifat mustahil Jahil) telahpun SEDIA mengetahui apakah pilihan kita di dunia ini SEBELUM kita ditiupkan roh lagi.maka dengan itu tidak timbul soal tidak adil kerana telah ditetapkan sebagai jahat atau baik kerana ia adalah pilihan kita sendiri.

Wallahua'lam.

manusia said...

-,-" aku sgt confuse. kejap paham, kejap x paham.
kpd anonymous kat atas:
er...kalo dah ditetapkan jalan ceritanya kenapa nak usaha?

as if macam "usahalah banyak mana pun,tp kalo dah Allah ttpkan macam tu...x guna gak nak usaha"...

lepas tu aku cam nak tnya...

kalau Allah dah tentukan bila kita mati, berapa banyak rezeki, kenapa kadang2 ada orang wish

"selamat panjang umur, semoga murah rezeki"...

tolonglah jelaskan :((

sbb tiba2 aku jadi down baca entry ni & aku lambat slowmo nak faham.

Hamka said...

kau baca lagi, dah panjang sangat aku tulis..

then, rujuk ustaz yang datang bertabligh.., ok

Anonymous said...

@manusia
"usahalah banyak mana pun,tp kalo dah Allah ttpkan macam tu...x guna gak nak usaha"...

itu akidah yang salah, menyatakan bahawa usaha tidak mendatangkan apa2 dan terlalu berserah kepada Allah Taala adalah fahaman jabariah. memang Allah Taala dah tetapkan semua sekali ape yang kita buat, sebelum kita lahir lagi. jalan cerita tak berubah. tapi kita kena tetap usaha sebab usaha tersebut adalah sebahagian dari jalan cerita kita yang Allah Taala dah tetapkan (qadha). tapi kita tetap tak rasa 'terpaksa' dalam melakukan satu2 tindakan kan? inilah kuasa Allah Taala dalam menciptakan makhluk.firman Allah Taala dalam surah ar-ra'du yang terkenal "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib kaum mereka sendiri" pun menuntut kita untuk berusaha. Kita ahlus-sunnah berfahaman bahawa usaha dengan kuat agar Allah Taala member ganjaran setimpal usaha kita dan kita bertawakkal selepas berusaha dan disertai doa yang xputus2. Dan perlu kita ingat, Allah Taala maha adil, walau kita gagal sekalipun, ganjaran tetap ada insyaAllah, kalau tak sekarang, mungkin nanti. Kalau tak di dunia, insy di akhirat. Yang penting, kita yakin dengan kuat pada Allah.
pasal rezeki dan ajal, frankly speaking saya tak berapa arif, saya pun bukan guru agama, juz nak kongsi sikit ape yang saya tau. kita kena ingat, doa adalah sebahagian dari usaha. usaha tanpa doa pun tak boleh, seolah2 kita membelakangkan tuhan. kepentingan doa ni sampai kita digalakkan untuk memberi salam dan mendoakan kesejahteraan saudara2 kita. Dengan berkat doa tersebut mudah2an kita dielakkan bala bencana dan kemalangan dsb yang mungkin boleh menyebabkan kematian, sape yang tau kan. Yang penting kita yakin pada Allah Taala doa2 tersebut dimakbulkan.
setiap tindakan dan usaha kita Allah Taala sedia tahu dan semua ganjaran atau perubahan dah siap sedia tertulis sebelum kita lahir.
Cuma saya nak ingatkan belajar ni khususnya akidah perlu berguru dan saya sajes kat en. Manusia supaya cari guru yang bertauliah. Walaubagaimanapun tak salah kita baca diblog2 terutama yang buat open diskasen supaya dapat bertukar2 pandangan. ada gak buku2 yang jual kat bookstore kadang2 salah informasi dan boleh menyebabkan salah faham.
Saya harap komen saya menjawab soalan.
Wallahua’lam.

Hamka said...

sangat!

Anonymous said...

em maknenye pilihan hati kita juga dh dittapkan Allah kan?mcm nk pilih bersyukur atau kufur?sebab kan tidak ada sesuatu d langit dan d bumi yang bleh memberi mudarat atau manfaat melainkan dengan kuasa Allah?explain ckit..huhu...kurang fhm gak bab takdir ni..

Hamka said...

baca 8 kali lagi

Anonymous said...

Aku jatuh cinta pd kau hamka.
With no reason.

en_j

Hamka said...

Aku seorang yang gemok, dahi jendul, gigi berterabur, banyak jerawat, bungcit, ketiak berbulu, dan sedikit jongang.

harap maklum.

Anonymous said...

salam..

Woha!!! yg 1st!
walhal dah ke 70?!!

-epul

mie said...
This comment has been removed by the author.
mie said...

jazakAllahukhairan :)

salsabila said...

salam wbt.

tahniah kepada hamka. semoga allah memberikan kekuatan untuk terus menulis, amin.

Hamka said...

terima kasih kerana tolong ingatkan Ana Raffali supaya Tolong Ingatkan Aku- woha! alhamdulillah, 6 tahun yang lalu aku tulis, masih sempat berkongsi kasih, chewah, moga aku dapat amal apa yang aku tulis...

greenpashmina said...

Salam,

aku ni mmg tertinggal keretapi btl la.huhu..

ustaz aku penah ajar takdir yg mcm ustaz rock ckp tu, tp aku tak ingat nama2 takdir tu sehingga diterangkan anonymous last yg komen pjg tu.
juga berkenaan jabariah, mu'tazilah dan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.ada dlm kitab Zadul Mutaallim.

apepun lps ni kena tambah doa dan solat hajat 12 rakaat utk dikekalkan dlm hidayah dan semoga hati sentiasa dlm sifat2 mahmudah, husnuzzon, ikhlas, istiqamah, sabar dsbnya.

lg 1, ustaz pesan kalo taknak nyanyuk baca sekurang2nya 20ayat quran sehari, semoga umur kita diberkati walaupun singkat, oh sgt takot...

Alhamdulillah atas nikmat kembali kpd Nya.Dia tak penah pegi jauh, tp aku yg dl lari dr Dia.huhu..semuanya dgn izinNya.

p/s: wah, ko hamka solat hajat b4 tulis entry ni. tak silap aku mcm imam bukhari sblm dia nk tulis sesuatu hadith dia solat mtk petunjuk dulu. bagus. Alhamdulillah.

Anonymous said...

jodoh tu qadak mubram ke?

Anonymous said...

Sudah takdir,sy membaca entry ni tahun 3/5/2014. :-)

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan ganjaran yg besar buat tuan.cuma mohon izin tuan untuk copy tulisan tuan.

InsyaAllah moga tersebar kebaikan tulisan tuan buat semua.

Hamka Kereta Mayat said...

bukan semua entry aku tulis solat hajat dulu, hanya entry yang aku takut salah faham dan tidak tepat sahaja.

air di kaki imam bukhari jauh lebih mulia dari aku yang hina.

isk

Bintu Rajali said...

salam tuan...saya ada emel tuan berkaitan entri ni...just utk makluman kot2 tuan tak perasan ada emel...sampaikan salam pada isteri...kalau boleh nak tau kalau2 tuan atau isteri kenal sapa2 yang buat usrah area Kuching...terima kasih...

Thru Riders said...

Alhamdillah...even dah 10 thn... ditakdirkan jgk tuk membaca...

Hamka Kereta Mayat said...

Bintu Rajali, saya tak perasan email, jika ada lagi, boleh re send

Thru riders, dah 10 tahun, baru betul true riders-woha!