Aug 30, 2006
Siapa pencuri terhandal?
(Ceramah oleh aku, “peristiwa israk dan mikraj”)
Cerita ini adalah cerita benar, tapi telah di tokok tambah dan di kurangkan beberapa perkara demi memenuhi hati (nafsu kot) sang penulis- harap maklum.
(bayangkan suasana dalam masjid)
Selepas selesai solat magrib, seorang pengerusi masjid bangun dan membuat pengumuman:
“InsyhaAllah tuan tuan, hadirin sekalian, selepas solat sunnat bar’diah maghrib, kita akan adakan ceramah sempena israk dan mikraj yang akan di sampaikan oleh ustaz Hamka, insyaAllah!”
Hadirin mulai bersolat sunnat.. ada jugak yang beredar ke luar masjid, pergi berak agaknya-aku bersangka baik…
(bayangkan sebahagian hadirin sedang sembahyang solat dua rakkat selepas magrib)
Beberapa minit kemudian, bangkitlah seorang lelaki yang berbulu jarang pada kakinya menuju ke kerusi yang telah di tempatkan di hadapan hadirin bersebelahan tempat imam yang membelakangi kiblat dan mengarah kepada kamera, eh, silap, penonton atau sidang hadirin masjid.
Kata lelaki yang duduk di kerusi sambil melabuhkan perutnya..:
“Asalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh”
(hadirin mulai menjawab salam, secara berbisik..)
“Saya bukan ustaz, saya baru ‘Nak Start’
(ada hadirin yang tertawa-aku tak buat lawakpun-ikhlas, aku mengaku bukan ustaz)
“Saya sebenarnya hanya di minta oleh pengerusi masjid ini iaitu encik ‘S’ kerana ustaz yang sebenar tidak dapat datang, saya tak pandai sangat sebenarnya, jadi dalam masa yang terluang ini, elok rasanya kita penuhkan sedikit dengan pengkosian ilmu..
(wah, skemanya aku)
"Bismillahirahmanirahim, Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata :
'Ya Tuhan kami, tiadakah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia?. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka'"
(Aku sengaja membaca ayat di atas dalam surah Ali Imran: ayat 190-191dengan harapan dapatlah aku menumpang Nur Al- Quran ke dalam majlis ini kerana Nur Al-Quran, adalah bersifat mudah melembutkan hati manusia dan Jin.. insyaAllah!)
Aku mula berceramah…
“ Pertama-tama sekali, syukur pada Allah s.b.w kerana telah pilih kita semua, sedangkan ada ramai lagi yang duduk di luar sana, tapi kerana kasih dan sayang Allah, dapat kita duduk di tempat yang patut kita duduk pada waktu dan tika ini…
Sedangkan Allah berkuasa untuk letak kita depan TV sekarang ini atau di mana sahaja,
Tuan tuan yang di muliakan Allah,
Sekiranya kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk yakni bukan di masjid… maka kita akan duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk,
seperti panggung wayang, padang bola dan sebagainya,
Apabila kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk,maka kita akan buat perkara yang tidak PATUT kita buat…
Dan apabila kita buat perkara yang tidak PATUT kita buat, maka kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan!
Demikian! Bila kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan, maka takut-takut kita akan jadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat!
Dan apabila kita menjadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat, maka kita akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit!!!!
Lalu kita akan duduk ke tempat yang tidak PATUT kita duduk iaitu Neraka jahanam!!!
Naduzubillah,
Maka tuan tuan hadirin sekalian, marilah kita pasang niat untuk duduk dalam majlis ini sampai habis, boleh insyaAllah?!
(hadirin menjawab dengan kuat: insyaAllah!!!)
Satu hari seorang puteri telah keluar ke taman bunga dan memilih beberapa kuntum bunga untuk di letakkan ke dalam pasu di kamarnya bagi mengindahkan pandangan kamarnya,
Maka tuan tuan sekalian, adalah seperti bunga bunga yang telah di pilih oleh Allah s.b.w lalu di letakkan tuan tuan hadirin sekalian ke dalam tempat yang paling baik, iaitu rumah Allah bagi menghiasi 'taman-taman shurga' ini…
Dan sekuntum bunga telah di pilih oleh sang puteri di antara beberapa kuntum bunga dari dalam pasu bunga lalu di sematkan ke telinga, bagi menambah seri sang puteri, dan ‘bunga’ itu adalah saya, he he he, yang duduk di hadapan tuan tuan!
(hadirin tertawa-aku tak sengaja buat lawak..oh)
Bercerita mengenai israk dan mikraj, saya ingin menyentuh satu bab sahaja, iaitu takkala Nabi s.aw dan malaikat jibrail a.s berhenti di masjid.., Nabi telah mengikat buraq di tiang berhampiran masjid sebagai mana binatang lain seperti unta, kuda dan sebagainya.
Maka sidang hadirin yang saya muliakan sekalian, di sini timbul soalan lebih kurang maksud yang di tanya oleh malaikat jibaril a.s, kenapa ikat tali buraq itu pada tiang? Bukankah buraq tidak akan lari? Dan tiada siapa yang mampu mencuri buraq… kerana ia adalah makluk shurga,
(Nota untuk mualaf: buraq adalah..argh rujuk ustaz.)
Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda lebih kurang maksud, Aku takut ummat ku juga tidak mengikat binatang ternakan mereka dan mengaggap ini adalah sunnah, padahal jaga(pelihara) dahulu harta kamu, dengan ikhtiar seperti kunci, ikat dan sebagainya barulah bertawakkal pada Allah….
Tuan tuan hadirin sekalian, di sini jelas menunjukkan bahawa setiap dari orang islam di tuntut untuk menjaga harta dengan ikhtiar, dan barulah bertawakkal kepada Allah.
Saya nak tanya.. apakah harta yang paling berharga?
(hadirin cuba menjawab, tapi aku terus memintas….)
Tuan tuan yang saya muliakan, hari ini Allah dah bagi banyaaaaaaak nikmat kat kita semua, ada kereta, rumah, anak, kerja dan sebagainya,
W.A.L.A.U.B.A.G.A.I..M.A.N.A.P.U.N.!!!!
Nikmat-nimat ni Allah bagi belaka (semua). Allah ‘am’ kan..macam handphone, dulu org kaya jer boleh pakai, tapi la ni budak tadika pun boleh pakai, begitulah jugak nikmat dunia ni yg mana Allah bagi belaka walaupun org tu pijak Al-quran, hina NAbi, tak nak solat., minum arak dan mereka2 yg kapir serta murtad..
Kenapa Allah bagi nikmat sebegitu banyak kepada mereka?
Sebab dunia ini hanyalah sementara..dunia ini hanyalah bangkai, sampah dan najis. kalaulah dunia ini ada nilai setaraf dengan sebelah kepak nyamuk sajapun..maka pasti Allah tak akan bagi walaupun setuguk air kepada org kapir….
Tuan tuan yang saya muliakan…
Nikmat yg sebenar-benar nikmat adalah IMAN!!!..
Org kapir yg kaya raya, ayam itik penuh reban, lembu kambing penuh kandang tapi apabila mereka mati tanpa iman maka mereka akan kekal dalam api neraka selama-lamanya..
Donald Trump atau Bill gates sekalipun jika mati tanpa iman mereka akan kekal selama-lamanya dalam neraka…tapi org islam walaupun ada iman sebesar zarah pasti masuk shurga akhirnya… di beritakan shurga yang paling kecil, tapi shurga yg paling kecilpun adalah 10 kali ganda lebih besar dari dunia ini..malahan menjadi pemerintah yg lebih hebat berkali ganda dari kerajaan Nabi sulaiman manakala rakyat pula terdiri daripada malaikat dan bidadari..nikmat mana lagi yg kita dustakan?
Tuan tuan yang saya muliakan…
Akan tetapi oleh kerana iman adalah benda yg berharga maka dah tentu ada pencuri, kereta kita kunci, rumah kita kunci sebab benda itu berharga dan bimbang takut ada org curi.. dah kunci baru bertawakkal, macam Nabi ikat buraq…
Oleh yang dmikian, tentang iman,yang paling paling berharga- lagilah pencuri suka..
Siapa pencuri iman?
Setanlah pencuri iman yg paling handal…
Dia dah bersumpah untuk matikan anak adam tanpa iman!!!
kalau pencuri masuk kat rumah kita curi peti ais, talivision dll, tapi saya rasa pencuri tu tak curi lampu , nasib baiklah engkau panas wahai lampu..
(ha ha ha)
Pencuri tu tak ambil duit satu sen yg kita punya baki bayar bil api/air.., pencuri tu tak ambik gambar aweks kita yang tersangkut kat dinding, tapi setan bila dia masuk dalam hati kita, dia akan curi iman kita walaupun sebesar zarahpun dia ambik!!!
Oh..setan dah bersumpah untuk maksukkan anak cucu Adam a.s sedaya-upayanya ke dalam neraka!!!
Tuan tuan hadirin sekalian,
Setan sangat faham nilai iman,
Setan faham bahawa org yg ada iman sebesar zarahpun akan masuk shurga akhirnya..
Iman adalah paling berharga sekali dalam dunia ini sebab jika kita beli kayu api, kita tahu bukan,
berapa nilai kayu api?,
selonggok berapa ringgit?,
kita juga tahu nilai gula,
sekilo berapa ringgit?,
dan kita juga tahu nilai emas,
1 gram berapa ringgit?,
tapi iman, dia punya measurement dia bukan takat kilo, gram, miligram, tapi zarah!!!!, menunjukkan betapa berharganya iman sehingga satu zarahpun di kira…!!! subhanAllah!!!
Dengan nilai satu zarah inilah, maka kita boleh dapat Syurga yg paling kecil..tapi luasnya adalah 10x ganda dunia.Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman a.sYg mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..Dan kekallah mereka di dalam shurga selama-lamanya..
Tuan tuan hadirin sekalian,
Maka kerana itulah setan akan usaha seratus-peratus untuk curi semua iman kita walaupun sebesar zarah…
Bagaimana setan curi iman kita?
Huh! Dengan masukkan dunia yg busuk macam bangkai, sampah dan najis ke dalam hati kita melalui..mata tengok dunia, mulut cakap hal2 dunia, telinga dengar kebesaran dunia dan otak hari2 duk fikir pasal dunia- dunia- dunia!!!!..Allah cukup marah org yg cakap urusan dunia kat masjid!!! Tertolak amalan kebaikkan..oh..
Tuan tuan hadirin sekalian,
Iman ni macam darah, dalam badan, jika kita tiru aksi mat remp-it, lalu kita tersalah ambik koner, lalu lutut tersangkut kat jalan dan bergeser seperti kelapa di parut, maka tergolek berok lah kita dan darah mula mencurah curah keluar dari lutut, siku dan bahu seperti pili bomba bocor, seperti kicap pecah, seperti tembikai terhempas,
Maka begitulah di ibaratkan dengan iman, bila kita buat dosa tersalah jalan hidup, dan tersangkutlah ke lembah maksiat, terjerumus ke lereng dosa dan noda, maka iman dalam diri mula mencurah curah keluar dari mata yang lihat maksiat, telinga yang dengar maksiat, mulut yang cakap maksiat, dan otak yang selalu khayal akan perkara maksiat, , iman keluar seperti pili bomba bocor, atau dalam hadith bagitahu seperti anak panah yang di lepaskan…!!!
Naduzubillah!!!!
Akrian, jika mat remp-it tadi yang dah cedera parah di bawa masuk ke hospital, maka si mat rempit ini perlu di masukkan kembali darah ke dalam badannya, akan tetapi… darah yang nak di masukkan tak boleh masuk sekaligus, tapi kena masuk dengan kadar setitik setitik, bergantung kepada jumlah darah yang hilang, maka dah tentu ambik masa, so, kena duduk lama lama sikit kat hospital.. dah tu pulak, si pesakit ni tak boleh ‘buas’, err maksud saya, kena duduk diam2, kalau tak nanti darah yang masuk itu tersumbat, so, si pesakit tadi kena duduk diam – diam sampai darah dah habis darah masuk, kalau nak sembuh,..
(kalau nak mampos, lantaklah koranglah…, -marah aku pada mat remp-it dalam hati)
Akrian, begitulah jugak kita semua termasuk saya sendiri terutamanya, yang mana jika dah banyak buat maksiat, iman dah banyak kurang, maka kenalah karap masuk masjid, lebih 5 kali sehari,
Duduk dalam suasana iman lama lama,
telinga kena dengar banyak kebesaran Allah,
mata kena lihat banyak kebesaran Allah,
hati kena fikir banyak kebesaran Allah,
dan mulut kena selalu banyak cakap akan kehebatan dan kebesaran Allah,
dan iman yang masuk adalah melalui mujahadah, sedikit-sedikit macam darah setitik setitik, so, kena duduk lama lama sikit dalam masjid, lepas salam, jangan terus lompat keluar masjid, sebab itu adalah ciri ciri orang munafik, tak boleh lama dalam masjid, macam burung dalam sangkar,.. tapi kalau ada orang yang terus keluar, kena bersangka baik.. kalau tak kita pulak yang jadi munafik....,oh,
Dah tu pulak, bila duduk dalam masjid tak boleh ‘buas’, err maksud saya kena duduk diam-diam, kena jaga, mata, telinga, mulut, fikiran dan yang paling penting: jaga hati!!!, kalau tak nanti iman terhalang dari masuk kedalam hati…
Tuan tuan hadirin sekalian,
Hati ni macam tasik yang mana ada 4 sungai mengalir ke hati, iaitu sungai mata, telinga, mulut dan fikir,, sekiranya salah satu anak sungai ini kotor, maka kotorlah seluruh hati, sebagai contoh, mata suka melihat maksiat, sedangakn 3 lagi-Ok, maka hati tetap akan kotor walaupun anak sungai yang lain baik, walaupun telinga, mulut dan fikir baik, kerana kesemuanya mengalir ke temapt yang sama…
Maka keempat empat sumber ini sangat perlu di jaga!!!, jika hati baik, bermakna akan baiklah tangan, kaki, kuku dan lutut dan lain lain… insyaAllah
Tuan tuan hadirin sekalian,
Setan buat usaha atas hati, ini soal hati , setan tak menjelma ganggu kita punya solat, tapi setan faham, dengan membisikkan pada hati perkara yakin pada selain Allah juga ada kuasa maka sudah berlaku syirik.. dosa syirik tidak terampun masa jadi mayat kelak, masa hidup boleh lagi…
Saya takut bila yakin selain dari Allah ada dalam hati, maka jadilah syirik, ini soal hati yang paling besar, sebab tu ada syikrik kecil, iaitu yakin jugak dengan makluk lain.. nauzubillah, ini org munafik biasa buat..oh..
Sebenarnya antara sebab musabab manusia masuk neraka ni bila manusia itu syirik dengan Allah…
Apa itu syirik?
Syirik adalah apabilakita yakin selain Allahpun ada kuasa…macam kita yakin :
-ubat boleh bagi sembuh
-kunci boleh jaga barang
-Makan boleh kenyang
-Tidur boleh hilangkan ngantuk
-Garu boleh hilangkan gatal
-insurance boleh menjamin masa depan
-tongkat ali boleh pagi ‘power’
-dan seribu sebelas ratus lagilah!
Maka bila kita yakin pada makhluk :maka syiriklah kita!
Macam org kapir yg sembah berhala, mereka yakin makhluk berhala tu boleh bagi manfaat pada mereka atau majusi sembah api, pendek kata selain dari Allah adalah makhluk, dan makhluk langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat..bila kita yakin pada makluk2 nih..maka syiriklah kita, dan Allah telah berjanji akan mencampakan org yg syirik walaupun syirik kecil ke dalam neraka, maka kerana itulah Allah campakkan orang dalam NERAKA kerana Allah dah janji,:
Sesiapa yg buat jahat sebesar zarah pun! Allah akan kira dan Allah-lah tuhan yang MAHA MENUNAIKAN JANJI!(subhanaAllah)
Yang tak de iman..isk…
MEREKA KEKAL DALAM NERAKA SELAMANYA
Never ending story ..isk….
Tuan tuan yang mulia,
Bila usha atas hati berjaya, maka hati akan jadi baik, dan baiklah seluruh anggota badan yang lain! dan insyaAllah, takkala malaikat maut ambil nyawa kita kelak, maka dari hati yang penuh dengan kebesaran Allah, dapatlah mengucapkan kalimah "La ila hail lallah!!!"(kalimah tauhid)
Dan sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah tauhid di akhir kalam: maka wajiblah shurga untuknya!!!
Oleh yang demikian, marilah kita berazam… untuk taat segala perintah Allah, ikut cara RAsulullah s.a.w.
Untuk perkara ini, saya minta sidang hadirin sekalian, agar angkat tangan untuk mengzahirkan niat kita semua, boleh insyaAllah?
(hadirn teragak-agak nak angkat tangan, mana ada ustaz pernah suruh jemaah angkat tangan, aku ni gila kot)
Aku teruskan berceramah…Satu cerita…
Satu cerita benar yang di ambil dari kitab, kejadian ini pernah berlaku pada zaman dahulu… , satu org jahat telah bunuh 99 org dan nak bertaubat, berjumpa dengan satu org alim…org alim kata, kamu ni ahli neraka, maka si jahat ini bunuh lagi dan dah jadi seratus…
Hinggalah berjumpa dengan org alim yg ke 101, dan org alim itu kata , kamu masih boleh bertaubat dengan syarat kamu kena keluar dari kampong kamu yg ramai org jahat tu ke kampong sebelah yg ramai org baik, maka si jahat ni pun balik rumah dan telah mebuat PILIHAN untuk menjadi baik, maka dia BUAT PERSIAPAN dan terus MELANGKAH KE KAMPUNG BAIK..
Dalam perjalanan, dengan izin Allah dia menjadi mayat…mati tanpa sempat bertaubat..Malaikat punya faham si pembunuh 100 org ni adalah ahli Neraka..tapi Allah buat keputusan bahawa dia adalah ahli SHURGA..
KENAPA?
Kerana dia mati dalam keadaan mengzahirkan niatnya,
Ada riwayat tentang seseorang yang mendapat ganjaran yang sungguh banyak di akhirat, dia menafikan , tapi di beritahu kepadanya dulu waktu di dunia dia telah mengzahirkan niatnya iaitu ketika berjalan dengan sahabatnya maka dia berkata, kalaulah aku ada emas sebesar gunung ini, maka akan aku korbankan pada jalan Allah!!! Lihat, kerana sudah mengzahirkan niat..maka ianya di kira oleh ALLAH!!!
MAKA marilah kita buat niat sekarang..bukan saja niat nak jadi baik, tapi kita kena ZAHIRKAN NIAT ITU!!Pembunuh di atas masuk shurga kerana dia mati dalam keadaan mengzahirkan niat!!!
Dan marilah kita mengzahirkan Niat dengan meberitahu orang di sekeliling tentang SOAL HATI KITA.. silalah angkat tangan siapa yang nak amal apa yang saya sampaikan ini...
Kalau tuan tuan jadi mayat ini malam…, tapi sebab dah zahirkan niat, maka Allah akan kira kebaikan tuan tuan!!!
Maka, perkara yang boleh kita belajar di sini adalah siapa-siapa yang mengzahirkan niat untuk jadi baik, maka sekiranya dia mati lepas mengzahirkan niatnya itu walaupun tidak berjaya menjadi baik lagi, lalu mati, insyaallah dia di kira ahli shurga!!!
Untuk perkara ini, saya minta sidang hadirin sekalian, agar angkat tangan untuk mengzahirkan niat kita, boleh insyaAllah?
(hadirin mulai mengangkat tangan untuk jadi baik.., ramai juga yang nak jadi baik-siap yang tak nak jadi baik?
Argh, dah nak isyak ni, sebelum habis, sedikit peringatan… biasanya ustaz yang mengajar akan habiskan lafaz dangan ‘wallahu’alam’… tok guru makin timbul, dan anak murid makin tenggelam, bertahun mengajar, masjid masih kosong… tak salah nak ucapkan kalimah itu pun, apa yang saya nak sama sama kongsi,
Sebenarnya di dalam diri setiap kita telah ada sebatang ‘besi’ yang panjangnya lebih kurang sedepa, bila tuan tuan dengar mana mana ceramah, maka 'besi' ini akan jadi panas, kerana 'semangat' untuk amal ugama telah datang,
Tapi bila sebaik sahaja tok guru cakap ‘wallahua’lam’,
Maka semangat itu terus padam, dan seolah olah besi itu terus di rendam ke dalam air, maka besi itu tetap menjadi besi, dan iman kita tetap maintain bayak tu walaupun bertahun menadah kitab, solat berjemaah rasa malas, baca al-quran naik jemu dan lain lain lagi, kenapa?
Kerana tok guru atau ustaz tu tak ajak kita untuk buat apa yang mereka buat..!
Jadi hari ni bila tuan tuan hadirin sekalian telah bersemangat dengar ceramah saya, saya tak nak tuan tuan rendam 'besi' itu dalam air, saya nak tuan tuan sekarang juga pergi ketuk besi itu menjadi sesuatu, tak kisahlah jadi apa-apapun, nak bentuk jadi parang boleh, cangkul boleh, yang mana bila dah rendan dalam air kelak 'besi' itu dah tak menjadi 'besi' lagi tapi telah menjadi benda yang berguna, 'cangkul' misalnya, boleh buat gali kubur tanam mayat… maka pada mereka yang dah angkat tangan tadi lepas isyak sila jumpa saya, untuk ‘ketuk’ besi.. boleh insyaAllah?!
Sifat orang beriman adalah menyerah diri, jadi pada mereka yang dah angkat tangan tadi lepas isyak silalah jumpa saya menyerah diri, untuk kita buat kerja Nabi, lepas isyak, ..boleh insyaAllah?!
(insyaAllah.. mereka mengucapkan dengan tegas!!!)
Akhir kata: Yang baik semuanya datang dari Allah, asbab kelemahan diri saya yang hina dina ini, saya mintak maaf pada tuan-tuan dan mintak ampun pada Allah, kita tutup majilis ini dengan tasbih kifarah..
(maka tamatlah majlis dan kitaorang semua solat isyak berjemaah…)
SEKIAN…
Nota: lepas isyak jumlah yang datang jumpa aku untuk ketuk 'besi' sangat sedikit, aku berbaik sangka, mungkin mereka nak pergi tengok abang Mawi World dan Kak Ina ‘ye bang’ berbaik semula atau nak tengok abang K, eh, silap, datok K dan datin N bersanding!, aku nak pergi tengok jugalah, dengar kata ada lagu 'dialova'…oh!
Ps: Masih ada waktu dan ruang serta masa lagi untuk ketuk ‘besi’ buat ‘cangkul’, ketika semangat masih membara, selagi nafas terlekat di rongga, selagi langkah terus di perjalanan, … ketuklah 'besi' itu dengan semangat perjuangan harmoni, dah jadi mayat kelak… ‘cangkul’ itu juga yang berjasa… insyaAllah...

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
aku mendapat maklumat yg beekkk punyerr..
ha ha ha, dapat akhirnya pengkomen pertama ...
peminat setia dah sampai...
hamka, greng tolong compile dan terbitkan jadi buku blog kereta mayat amacam?
Saya ada 1 persoalan.Seorang gadis berniat di dalam hatinya untuk bertaubat dari perbuatannya yang suka mendekati zina tetapi pada masa itu dia tetap mendekati zina.Dia hanya berniat di dalam hati.Tetapi pada masa itu dia di dalam keadaan menghampiri zina.Adakah itu di panggil penzahiran niat(dgn merujuk cerita lelaki yg nak sedekah segunung emas itu.Bagi saya dia hanya berniat.Tetapi tak menzahirkan niat dia tu.Yang menzahirkan niat tu ialah lelaki yang bunuh 100 orang tu.)Saya takot orang kata "'it ok'..buatlah dosa ..tapi dalam hati niatlah nak berubah..Allah akan ampunkan sebab dah niat".Padahal orang yang buat dosa itu tak berusaha menzahirkan niatnya dengan meninggalkan dosanya.Macam gadis yang mendekati zina tulah.Niat ada tapi tetap buat dosa....
Boleh tak pemandu keratamayat terangkan tentang MENGHAMPIRI ZINA. Si balaks dan si aweks duduk berjauhan (beratus-ratus kilometer) tetapi sentiasa ber'sms'. Adakah itu di kira menghampiri zina?
tq post ceramah ni..
"mengzahirkan niat yg baik"
aduhaii...Insya Allah..mnzahirkan niat..
aishah..
niat jek tak ckp..kita kena sertakan dgn amal..mmg niat tu penting..alangkan hadis pertama dlm kitab hadis 40 krgn iman nawawi pun hadisnya innamal a'malu binniat..tu menunjukkan yg niat tu prkara plg penting dlm amal..mmgla..takder niat mana nak amal..sumer bnda kita buat msti ada niat..alang nak berak pun kita niat dlm ati..'aku rasa cam nak berakla~~' kata hati..baru la timbul rasa nak berak tu..tp niat aje alone tak ckp..kita kena amalkan jugak baru nmpk betul niat kita ikhlas..mcm cnth g aishah beri..niat mendekati zina tu dah baik..dapat satu pahala dah..pahala niat perkara yg baik..bila kita tak buat prkara yg kita dah niat tu kita tak dpt apa2 manfaat..pastu buat la prkara yg dpt dosa..dptla satu dosa..bknkah sia2 saja pkrjaanmu itu nak?(pinjam kata2 imam kmpg aku)jom aku tanya ko blk..ada sorg mamat ni nak mkn nasik..dia lapo dah..smggu dia tak mkn nasik..pastu ntah mcm mana ada org bg dia nasik..dia pun ngadapla nasik tu pastu niat..aku berazam aku nak mkn nasik ni smpai aku knyg..pastu dah dia tak mkn nasik tu dia buat kijer lain..stp kali dia nak mkn dia buat cemtu..dia niat pastu dia buat kijer lain..kenyang tak?pk la ek..
anonymous
aiseh~~
dia tanya pemandu kereta mayat r..aku penjaga kubur takleh jwb..senyum2~~
sila r brader hamka..
nurul huda
nak oastikan niat baik jd knyataan?usahalah..kan usaha tu tangga kejayaan..kalo takleh guna tangga,takpe..kita guna lif..l senang lg rileks..apa lif tu?bekerjasamalah..org2 keliling kita..cam tok nek..mak pak..adik beradik..jiran2..sedara2 sepupu sepapat..sumer2la..buat komplot ngan dorg..cnthnya cam ko ckp ko taknak hisap rokok lg..(cnth je ni ek)..ko cp kat org keliling..aku berazam nak berhenti hisap rokok..so kalo saper2 antara korg nmpk aku hisap,korg bleh buat apa yg korg nak kat aku..tendang ke..maki ke..lempang ke..buat stonecold stunner ke..takper..aku redha..tu salah aku sbb tak ikut jnji aku..boleh eh?tolong aku org keliling..aku nak berubah..aku mintak korg tlg aku skali..jgnla sgn2 nak tlg ok..aisehmen..you're my friend...bleh cemtu nurul huda?nak bg istiqamah dlm buat kijer tu bkn sng..kiter manusia ni selalu kena goda..nak2 kalo yg jenis lemah iman cam aku ni..mentah2 kena goda takleh escape2..ubat dia?mintak org keliling tlg igtkan..tp kalo rasa takleh pcaya kat org lain,n nak peringat diri sniri sng jek..sentiasa standby jarum peniti..setiap kali nak give up jek kuarkan jarum peniti tu pastu cucuk kat tapak tangan..serius..tak sempat jarum tu cucuk ko dah dapat smgt balik..
brader hamka..
aku rasa cam aku punya komen tak ckp rencah r..aduss..along2..
Terima kasih kali ni rasa macam dengar bayan... ada nada lebih serius berbanding sebelum2 ni adakalanya sedikit "tersasar"... Hamka, buat dakwah ni bukan macam berlari, tak cukup nafas boleh berhenti tetapi anggaplah macam berenang, tak boleh berhenti... kalau berhenti, tertelan air @ tenggelam boleh lemas. Jadi teruskan usaha mulia anda dakwah umat buat kerja nabi...
dear nurul huda,
greng rasa kita kena salah satu cara untuk berubah ialah kita berhijrah dari berada dalam golongan kengkawan kepada golongan sahabat.. dan org2 soleh..
berada di sini pun greng rasa merupakan satu permulaan yang baik.
boleh cam tu hamka?
Ceramah yang best....cuma aku agk fenin2 sikit kat bahagian "Patut & tak Patut" tuh...nak kena baca lagi skali nanti...:)
isk. arini lambat bagi komen. bz skit siang td. he he he (cara gelak macam bro hamka dah)
insyaAllah, semoga kita mati dalam keadaan MENZAHIRKAN NIAT. sangat takut mati dalam keadaan sebaliknya nauzubillah.
bro hamka--->oouh orang cendering rupanya... dekat la kampung kita. he he he.
greng peminat setiaku
best jugak idea tu, ada modal boleh buat, nak serius, boleh email, tapi aku ingat nak tunggu setahu dulu, kalau tak ajdi mayat..
he he insyaAllah..
--------
aishah
janganlah hampiri zina… zahirkan niat dengan kahwin terus!!!!
Lepas tu nak bersetubuh ke nak hampir pada bersetubuh ke, dah tak kisah..
Jangan over couple couple, nanti masuk neraka…
Wahai wanita, jika lelaki tu baik, dia akn ajak korang kahwin cepat cepat, jangan jadi senjata syaitan…!!!!
Kahwin cepat, bermadu pun takpe!!! Lelaki baik semakin kurang, jangan berlengah lagi,
-----------
Anonymous
MENGHAMPIRI ZINA. Adalah perbuatan yang bukan berzina tapi boleh naik syekh atau stim!!!
Stim dengan sengaja adalah berdosa, dan jika tak sengaja stim, tapi di layan juga stim adalah berdosa..
Berpuasalah wahai perut yang buncit, tak takut mengandung ke?
Kalau takut di landa ombak tsunamai
Jangan berzina di tepi pantai!!!!
-------------
zwitterion .
aku rasa engaku pun angkat tangan jugak kan? Jangan sampai bulu ketiak turut melambai he he he gurau ajer…
----------
nurul huda
aku bagi satu pepatah yang aku tulis sendiri ikut otak dan nafsu aku, boleh rejek sebab aku bukan ustaz…
SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA...(cth satu org nak jadi hafiz usha sungguh2, tapi tak sempat lalu menjadi mayat akan di bangkitkan bersama para hafiz...satu org ikut nabi sungguh2 tapi tak berjaya amal semuanya sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi inshaAllah…)
Satu lagi, adalah, jika engkau nak belajar berenang, kena ada guru, baca buku boleh tapi lepas tu mampus lah korang lemas dalam air! dan kena ada medannya yakni sungai ke, laut ke kolam ke…dan dengan guru2 tu sekali kena terjun…Faham.?
Jangan takut tengelam..jangan takut jurang yang dalam...
Ketuklah besi jadikan kapal selam…
-------------
maniss
mnzahirkan niat.. dengan angkat tangan, jangan lupa bulu ketiak!!! (apa aku merepek ni..?)
-------------
Along
Terima ksih along tapa kerana sudi berkongsi, lubang kubur..
-------------
hanisumayyah
"tersasar"... ?
Terima ksih kerana mengingati…
Komenmu mematang aku, chewah..!
Ps; aku dan isteriku suka baca blog engkau sebenarnya
--------------
13may
Tak patut.. tak patut….!memang kena baca lagi sekali, lepas tu angkat tangan, jangan lupa ketiak! Dan lepas isyak jumpa aku!! Baru patut!!! Kita pergi ke tempat yang patut…!
-----------
orag ganu
ha ha ha, oic..
Semoga aku dan korang semua dapat sifat ikhlas...!!!
Amin!!!
Memang PATUT dan berPATUTan kau buat n3 ini.... dan memang tak PATUT kalau aku abai dan pandang sebelah mata entri kau ini....
Susah nak cari 'tazkirah life' dalam btk tulisan sebegini.... Kalau ada dalam bentuk rakaman audio pun bagus juga ni... Aku org pertama akan beli...!
pssst.......... kaki berbulu jarang...?
Mawi - Ina..? DK - DSN...? No comment sebab kau dah byk mengajar aku 'bersangka baik...'
black..
walaupun bulu kakiku jarang, tapi bulu kening ku lebat macam ulat gonggok..
harap maklum...
aku tetap selamba bila di puji atau di maki..
(ha!)
sungguh ramai org yg tak berakal....ula ika an aami bal hum adhol..ula ikahumul ghafilun..isk..isk..
sedang aku baca, aku angkat tangan juga untuk menzahirkan niat, biarpun depan komputer...
nurul huda
(1) "tarikat" ?
Aku pernah tulis bukan sajer ‘tarikat’, malahan ‘makrifat’, ‘syariat’ dan ‘hakikat’ sekali ha ha ha!
Tak percaya? cuba kau rujuk post aku yang bertajuk: apa itu ‘hakikat’ ugama?
Berguru biar seribu…, tok guru dagu biar berbulu..
(2) aku boleh jadi guru engkau, tapi syaratnya kau kena kahwin ngan aku, takde lah aku nak cabul, naik syekh, berzina yang biasa guru sesat buat…naduzubillah
Apa apapun, oleh sebab kaki aku semut semut dan pijak semut pun tak mati bila bini aku ada di sisi, apa kata kau galakkan, rangsang, psiko, muhrim engkau belajar ugama dan engkau belajar nagn diaorang… mereka adalah, bapak, abang, suami, adik lelaki, anak saudaura.. jangan berlengah lagi..
Bila dah kahwin kelak, memang kena cakap ‘saya’ kat suami..harap maklum!
----------
Anonymous
Sadaqallahulazim..
Ps: Aku tak pandai arab….(hati hati bulu ketiak) ;)
ambik, jgn tak ambik..
Alhadulillah...
ps: aku sedang up date blog, silalah refresh, he he he
Nice site!
[url=http://shblaneg.com/zncd/sugm.html]My homepage[/url] | [url=http://rwnmmlfz.com/ldcc/uhjz.html]Cool site[/url]
Nice site!
My homepage | Please visit
Nice site!
http://shblaneg.com/zncd/sugm.html | http://rvhfekcm.com/cevb/ipls.html
Post a Comment