Mar 6, 2026

Kuil di tanah haram?


Ada orang bukan islam tak tahu apa itu tanah wakaf, di sangka tanah hadiah dari kerajaan, padahal tanah derma dari individu berharta kepada umat islam, biasanya buat masjid, surau, kubur, madrasah, atau rumah anak yatim.

Begitulah cantiknya islam hingga ada bab “wakaf” demi kebaikkan dunia dan akhirat.

Pernah saya duduk lepak depan rumah, ada orang bukan islam datang mintak derma untuk rumah ibadat mereka, saya pelik, agama korang takde zakat ke? Si minta derma tu tak tahu apa itu zakat, lalu saya dakwah dia bab kami tak boleh bagi duit untuk ibadat agama lain, bersubahat tu salah, (tapi boleh derma untuk bencana kemanusia) dan kami orang islam memang ada zakat dan wakaf yang boleh bantu sesama islam. Lakum di Nukum waliyaddin.

Terkini ada orang bukan islam tanya, jika rumah ibadat orang islam bina atas tanah ceroboh, kena roboh tak?

Aduhai, mana link kisah masjid kampung Bujal di kemaman kena roboh, saya pernah tulis dulu, nak share semula agar mereka dapat cahaya kebenaran.

Pesan Nabi kami:

“Sesiapa yang merampas tanah walaupun sejengkal, akan dikalungkan tanah tujuh lapis pada hari kiamat.”

— Riwayat al-Bukhari & Muslim

Baiklah, nak maklum kepada bukan islam, selain ada wakaf dan zakat, kami ada Jabatan Agama Islam di setiap Negeri yang akan hapuskan ajaran sesat. Dalam agama kami, jika ada orang islam bina masjid atas tanah haram dengan segaja, maka itu kira ajaran sesat, memang kena roboh.

Rujuk gambar, ini kisah ajaran sesatAyah pin Kerajaan langit, siap bina teko, memang kena roboh, walau di bina atas tanah sendiri.

Bina replika kaabah yang kekal atas tanah sendiri pun salah, kena roboh, apatah lagi jika bina atas tanah ceroboh.

(boleh buat binaan kaabah sementara untuk niat belajar Menasik haji)

Jadi nak tanya juga, dalam agama korang takde ke pencegah ajaran sesat?, sebab pernah baca komen seorang berbangsa india, katanya nak bina rumah ibadat ada adat dan abab kena patuhi, bukan boleh bina atas tanah haram, jika bina juga, kira macam ‘ajaran sesat’.

Aduhai, mana link orang india yang tulis bab ini kat FB hari tu, saya nak share agar semua dapat cahaya kebenaran.

Kesimpulannya, nak majukan agama, memang nak kena ada wakaf, zakat, dan Pencegah ajaran sesat.

Pesan Nabi kami 1400 tahun dahulu:

“Yahudi berpecah kepada 71 golongan, Nasrani berpecah kepada 72 golongan, dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan. Semuanya di neraka kecuali satu.”

Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “yang mengikut apa yang aku dan para sahabatku.”

Bermakna Nabi dah bagitahu, semua agama akan akan berpecah dan ada ajaran sesat termasuk islam, maka kena ada lantikan Pencegah ajaran sesat demi kebaikkan ummat yang pantau semua ajatan agar selari dengan Ak Quran dan Sunnah.

Macam ISO standard, yang pastikan semua instrument di kalibrasi agar nilai berat, tekanan, laju, suhu, dan semua parameter fizikal  dapat diukur dengan nilai yang paling tepat, semua kena ada sanad untuk kebaikkan dunia, apatah lagi bab akhirat, kena ada dalil dan sanad.

Sekian pencerahan dari saya. Belajar sesuatu?, komen: Woha!

Feb 28, 2026

Apa makna lagu Gaban?


 Pesanan ayah kepada anak remaja, sempena kemunculan Gaban infiniti!


Ya, ayah hidup zaman gaban 80-an....

Nasihat ayah!

Jangan buang masa, kamu mungkin sangka sedang menikmati masa muda, tapi hakikatnya sedang merosakkan hari tua.

Lima perkara penting dalam hidup, Agama, Keluarga, Sihat, kewangan, dan masa lapang, akan lebih dinikmati oleh orang yang BERILMU dan BERDUIT.

Masa remaja ni, jangan scroll tik tok berjam jam tanpa panduan, masa terbuang, dan otak penat sebab tak belajar apa apa.

Jangan habiskan masa tengok drama bersikir berjam jam yang tak bantu apa apa dalam hidup pun.

Bangun, Urus hidup yang ada banyak masa lapang macam kerj 8 jam.Target, tiap hari baca buku bab lima perkara di atas,

Taklim, tafsir Al quran baca habis. Catat, dan buat karagan menarik tiap satu topik, target satu artikel sehari. Masukkan dalam media sosial sebagai nota kepada diri.

How to win Friends, baca habis, atau buku English, baca, dan islamkan ilmu itu, tulis balik dengan gaya kita sendiri.

Panduan hidup sihat, pemakanan, senaman, tidur, study bab tu, dan terus amal, petang lepas asar, kena berpeluh. Malam tidur awal, pagi brisk walk sambil baca buku, biar diri dijamah cahaya matahari pagi

Bab cari duit, study onlime, dapatkan duit pertama dari media sosial, itu lombong emas orang berimu. Baca rich dad, jutawan planet Jupiter, baca semua.

Study bab beli rumah, bab beli kereta, bab kerja yang kita mahir, pulangan banyak, supply and demand, serta marketplace, study!

Dah buat semua tu, siapkan sikit waktu rehat untuk berhibur, bolehlah main game sekejap jika perlu, atau nak tengok movie yang bagus.

Lebih bagus tinggal terus.

Ayah memang tak main game, tinggal terus seperti tinggalkan dadah, rokok, dan perkara lagha.

Biarkan diri dalam cabaran, tekanan, dateline, rasakan masa itu pantas, dan kita kena bergerak laju, terus berpindah dari satu ibadat kepada satu ibadat, dari satu buku kepada satu buku, dari satu ilmu ke satu ilmu.

Bila melabur dengan masa dan ilmu, jodoh yang terbaik akan datang, rezeki yang terbaik akan datang. Mertua yang baik akan datang, kerjiranan yang baik akan datang insyaAllah.

Ayah dah tua, masih lagi cari duit di internet, masih jual buku, jual ebook, jual tanjak, dan menulis setiap hari.

Rugi sangat ayah tengok anak anak tidur banyak, lepas tu main game, scroll tok tok, dan tak dapat apa apa.

Nikmati hidup dengan ilmu dan duit, lima panca indera kita akan lebih dinikmati bila kita ada ilmu dan duit

Rukun islam wajib ada ilmu, dan ada dua rujun wajin ada duit iaitu zakat dan haji, fikir fikrikanlah.

Apa apapun, Kredit untuk bonda dan anak anak yang banyak bantu ayah hingga kita berada di zon selesa ini. Tahniah sebab tak peningkan kepada ayah dengan maksiat dan anak derhaka, tapi tabiat korang yang banyak tidur dan main game atau tengok anime berjam jam, tak bagus sebenarnya.

Bersukurlah kita berasa di Zon selesa, tiada halangan untuk ibadah, makanan penuh atas meja, peti sejuk padat, rumah besar, ada kereta ke mana mana, dalam rumah pun ada internet laju, takde hutang, anak sihat, kucing tak berak merata rata, pintu pagar masih terbuka sendiri bila tekan remote, jiran semua baik baik, surau pun dekat boleh jalan kaki, pantai dekat nak healing, buku bersusun dalam almari, air bersih, air cond sejuk, perut tak pernah lapar, nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Namun esok lusa, bila ayah dan bonda pergi mengadap ilahi selama lamanya, adalah amalan anak anak yang banyak tidur, suka main game akan membantu?

Fikir fikirkanlah.

Ayah sudahi bebelan hari ini dengan lagu Gaban sempena kemunculan Gaban Infinity

(Lagu ikut tenpo Gaban versi asal)

Wahai orang lelaki.
Jangan lemah jangan kau sangsi
Enjin api didadamu.
Nyalakan dia
Aku seratus Langkah jauh dihadapan mu, mengejar hari esok
Kita pergi!

(wei wei wei)

Apakah ertinya masa muda?
Pantang undur pantang menyerah

Apakah itu cinta?
Keberanian paling tinggi tanpa ragu ragu ragu

Gaban, tiada alasan
Gaban, tiada halangan

Polis Angkasa… GABAN!

GABAN!!!

Feb 26, 2026

Pindah Kuil?


Isu pindah Kuil, dah nampak sinarnya apabila berita melaporkan pihak yang bina atas tanah ceroboh telah pindahkan ke lokasi baru. harap atas tanah sendiri lah.

Semoga undang undang terus berdaulat dan di tegakkan!

Cerita bab pindah kuil, Teringat saya babak filem Baahubali: The Beginning, jika tak silap Ibunya, bernazar melakukan ritual seribu kali — menuang air ke atas batu sembah yang berada di atas daratan, berdekatan air terjun. Nazar itu sukar: berulang-alik, memanjat laluan curam, tubuh ibunya makin lemah, tetapi niat tetap diteruskan.

Bahubali kasihan tengok ibu angkatnya lantas
dia memindahkan batu sembahan itu ke bawah aliran air terjun supaya air mengalir terus, nazar tetap terlaksana, tanpa penderitaan yang tidak perlu.

Maka moral of the story, jika ada pihak susah kerana tempat sembahan, maka alihkan ke tempat yang tak menyusahkan semua pihakterutama pihak yang benar.

Ingatlah pesanan Baahubali:

Nuvvu Na Pakkana Undaga Nannu Champei Magadu inka Puttaledhu Mamaaa!

Woha!

Feb 23, 2026

Nak tak E-Book Percuma?

 SEMUSIM DI BULAN RAMADHAN



Jika nak E-Book ini secara percuma, Email permohonan anda pada :

keretamayat@gmail.com

Woha!