Sep 18, 2021

Kisah Tikus Makmal yang mulia?

 

Cucuk Vaksin tanda anda seekor Tikus Makmal?

Alkisahnya, Dari jauh kelihatan seorang doktor sedang berdiri di sisi katil memegang beberapa keping gambar imbasan x-ray. Kepala doktor itu botak, cermin matanya dijatuhkan ke  hujung hidung dan ditangannya memegang telefon sambil menyemak beberapa fakta.

Di atas katil pesakit kelihatan seorang lelaki yang wajahnya seperti saya. Umurnya sekitar 40-an, hensem tiada tapi manis ada.

Selang beberapa bunyi beep dari mesin canggih di bilik sebelah, doktor pun bersuara:

“Encik Hamka, saya dah kaji gambar tompokan darah yang isteri awak ambil di bilik air pagi tadi. Saya nak tanya, awak ada makan apa-apa sewaktu bangun pagi?”

Eh? Rupanya orang itu adalah saya? Apa cerita ni? Tompokan darah? Apa ni?

“Doktor, pagi tadi saya makan dua biji telur separuh masak dan buah tembikai.”

Doktor tiba tiba tersenyum sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket. Beliau mencabut cermin mata dan disangkut di poket baju.

“Encik Hamka, silap kami juga tak buat analisis awal, budak housemanship tak sabar nak tengok dinding perut pesakit kanser lalu dengan tergesa-gesa menjolok perut encik dengan endoscope. Mungkin encik tak pernah dijolok, itu yang pengsan. Encik sebenarnya sihat walafiat, tompokan darah itu adalah luka pada gigi. Apabila gusi dan buah tembikai bercampur dengan ubat gigi, memang nampak macam darah.”

“Alhamdulillah, ingatkan saya ada kanser dan nak mati tadi.”

“Pihak kami minta maaf sebab kebetulan hari ini saya nak ajar budak praktikal tentang luka perut jadi sewaktu awak pengsan kami guna visual dalam perut awak sebagai bahan pelajaran untuk doktor pelatih, maafkan kami.”

“Tak apa doktor, segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya bersyukur kerana masih diberi kesihatan oleh Allah dan saya tak marah akan pelakuan doktor menjadikan saya sebagai bahan latihan kepada bakal-bakal doktor. Saya juga tidak akan viral menyalahkan doktor guna pakai loaksi dalam perut saya sebagai bahan mengajar tentang bagaimana dinding perut manusia berfungsi kepada budak-budak housemanship kerana saya sedar bakal-bakal doktor itu akan mendapat ilmu dan menggunakannya pada masa hadapan untuk menyelamatkan ribuan manusia. Demi kebaikan semua, biarlah saya berkorban”

“Wah, tak pernah saya dapat pesakit macam Encik Hamka, biasanya orang suka cari salah doktor dan viralkan sambil memburukkan kerajaan.”

“Doktor, dosa menfitnah orang lain ini besar, dosa sendiri pun tak habis taubat, nak tambah dosa menfitnah pula?”

“Bagus orang macam awak ni, jarang jumpa, sepsis rare”

“Doktor dah cucuk Vaksin yang baru tiba di Malaysia tu?”

“Mestilah dah, macam awak cakap jugak, awak rela bertahan sekejap waktu saya suluh perut sambil mengajar budak budak pelatih, maka saya ambil vaksin untuk menilai sendiri keberkesanannya pada manusia, jika saya selamat, maka akan selamatkan orang ramai insyaAllah, jika saya mati lepas vaksin, maka cari sukatan lain, agar semua orang selamat, dan kematian saya tidak sia sia sebab dalam kejayaan, pasti akan ada yang tekorban”

“wah, macam merdeka kan, nak menang dari penjajah, berapa ramai yang telah terkorban”

“Betul, dan untuk lawan Covid ni, pengorbanan dari semua pihak sangat penting, berapa ramai dari kita berterima kasih bila vaksin yang sampai pada kita dah melepasi tahap ketiga keberkesanan,”

“Ya, mereka yang awal awal volunteer jadi manusia terawal suntik vaksin sedangkan keputusan belum ada, adalah wira, mereka rela bekorban demi kemaslahan ummat sejagat, Tapi pelik sekarang ini, kes mati lepas vaksin sangat kecil berbanding kes kematian tanpa vaksin, pun masih ada manusia tak bersukur dan anggap wira kemanusia sebagai tikus makmal, Selfish betul golongan anti kajian malmal ini,! Tak tahu bersyukur!”

“Doakan yang baik baik, semoga pintu hidayah terbuka, tahniah bila awak faham bahawa bekorban untuk kebaikkan ummat di masa hadapan adalah sunnah”

“Benar, betapa banyak darah dan air mata Nabi serta sahabat yang telah terkorban demi keselesaan kita beragama hari ini, sungguh dalam kelembutan sejadah, keamanan solat lima waktu, al quran yang dah siap bercetak, buku agama bersusun susun, solat di bawah kipas nombor lima siap dengan pengingin air cond, di seballik semua itu tidak terkira betapa banyakknya mengalir darah dan air mata sahabat”

“Bagi mereka yang mahu berfikir”

*********

Hidup perlukan pengorbanan, dan sebaik baik pengorbanan adalah pengorbanan yang memberi kebaikkan pada ummat.

Sejauh mana kita mahu bekorban hari ini demi kebaikkan dunia dan akhirat?

Renung renungkanlah.

Semoga Woha sampai syurga!


No comments: