Nov 22, 2026

50 kata kata Hamka?

Saya dah nak masuk 50 tahun, ada orang minta nasihat, saya boleh bagi 50 nasihat, tapi hari ini saya nak bagi 22 dahulu.. semoga bermanfaat..


1. Mandilah macam membersihkan diri dari dosa
2. Gosok gigi macam nak pergi jumpa doctor gigi.
3. Kemas katil macam hari ini hari terakhir.
4. Bacalah Al quran macam kita sedang menjadi imam dimasjidl Haram
5. Makan makanan sihat macam orang yang dah disahkan penyakit merbahaya.
6. Solat macam kita “melihat” Tuhan.
7. Pakai baju elok macam orang nak ambik gambar
8. Naik tangga macam lift rosak
9. Berjalan jauh macam orang lumpuh baru sembuh.
10. Membacalah macam muka surat seterusnya ada jawapan penting
11. Menyimpanlah seolah 7 kemarau nak datang.
12. Bekerjalah seolah hidup seribu tahun
13. Bayarlah hutang macam esok si pemberi hutang dah mati.
14. Melancong dan ambik gambar seolah itu sahaja harta kita ada bila tua.
15. Menulislah macam anak cucu akan google tulisan kita
16. Bercakaplah macam orang akan jadikan kata kata Mutiara
17. Ziarah mak ayah macam esok dah tak jumpa
18. Layan tetamu macam tetamu tu kiriman Nabi
19. Belilah rumah macam pelarian perang dapat kerakyatan
20. Layang semua orang macam kita nak orang layan kita.
21. Berjimaklah dengan pasangan yang mana jika ada orang mengintai akan cemburu
22. Belajarlah berenang soolah olah banjir Nabi Nuh nak datang
23. Jadikan titik terendah dalam hidup adalah menyelam di laut Cina selatan (ambil lesen skuba)
24. Jadikan titik tertinggi dalam hidup adalah dipuncak gunung Kinabalu
25. bagi hutang hanya jika mampu halal
26. Jika pinjam pulangkan bersama hadiah
27. jika tiada buku yang dicari, tulis buku itu
28. Jangan beli kereta mahal, tapi belilah distinasi yang mahal
29. kena pandai bercerita, mana tahu terperangkap dalam lif, tiada yang bosan
30. Solat berjamaah dengan anak isteri waktu PKP atau bermusafir sahaja
31. Wajib pandai jadi Imam solat terutama jika tolak di RNR
32. Bila buat dakwah berjemaah, anggap semua orang sedang bantu kita
33. Dalam keluarga, jadikan diri orang terakhir kenyang, orang pertama lapar.
34. Pergi umrah solo sebelum pergi haji, dan jadi "mutawif" kepada isteri waktu kerjakan ibadah haji
35. Jangan diam bila orang ajak borak bab agama kerana dalam kubur malaikat kubur ajak borak, siapa diam kena azab.
36. Jangan malu bertaubat kerana banyak dosa, tapi malulah buat dosa kerana sudah banyak bertaubat
37. Masa paling sunyi, sepertiga malam, wajibkan diri berterima kasih kepada Allah dengan menghintung nikmat dari bangun pagi sampai tidur malam
38. Benci syirik sebagaimana benci masuk neraka
39. Satu mata tengok baik orang, satu mata tengok buruk diri sendiri
40. Jadilah mata lebah, mana mana cari madu, jangan jadi mata lalat, mana mana cari tahi41. Bekerjalah macam hidup seribu tahun, maka bila azan, terus tinggalkan kerja sebab hidup ada lagi seribu tahun
42. Beribadatlah macam mati esok, maka bila azan, terus solat sebab esok dah nak mati.
43. jadilah ayah, yang mana anak perempuan kita nak kahwin dengan orang macam kita.
44. Lelaki sejati, boleh tidur di majsid, oleh sebab itu wajib ada kelengkapan iktikaf di masjid,
45. Bersyukur dengan segala nikmat, walau sekecilkecil nikmat.
46. Jangan makan banyak sangat, kesian orang nak mandi mayat, nak angkat keranda, ringankan beban mereka
47. Suka lah kerja kita, sebab sesusah mana pun kerja, susah lagi takde kerja
48. Selagi kita tidak duduk dalam kubur, tersenyumlahdengan segala ujian hidup.
49. Selalu fikir kita ni orang tua terlantar sakit lumpuh, berak tiada yang cuci, tiba tiba Allah bagi peluang kembali muda kepada hari ini, ya, hari ini adalah hari kita paling muda.
50. Jangan cemburu pada orang muda kerana mereka belum tentu sampai sebaya kita.

Lagi?

The rest boleh tambah!

Woha! 

Nov 21, 2026

Cerita lelaki paling sedih?

Borak dengan pemandu pelancong orang Korea, umur 40-An, tidak berkahwin, tiap malam layan Movie

Dia cadangkan saya tonton filem Korea paling best katanya, Ode to My Father

Bila saya tonton, filem bertajuk (Puisi buat Ayah) yang mana menceritakan kisah orang tua yang susah, susah sebagai anak yatim, susah sebagai ayah, susah serba serbi, saya rasa sebak.

Berkaca jugak mata ni.

Betapa dunia ini sangat membebani seorang lelaki, yang menjadi yatim sewaktu kecik, dan terpaksa menanggung beban kehilangan adik depan mata sewaktu perang.

Lepas tu susahnya cari makan…

Lepas tu susahnya nak jaga isteri..

Susahnya nak berniaga…

Susahnya nak jadi A REAL MAN. Yang sanggup bekorban apa sahaja demi keluarga…

jejak kasih tu memang feel dia sampai, siapalah potong bawang tengah malam…

Cerita ni ala ala Forest gump versi korea di mana sejarah Korea bergerak bersama watak utama.. cuma tema cerita ni lebih puitis, dari anak kepada ayah, semuanya kerana ayah...

Siapapun kita, kita semua ada ayah, dan bila kita sudah tua, kita semua rindukan ayah..

Pada awal cerita, biasa sahaja, kita akan nampak orang tua yang cerewet, dan kita tertannya tanya kenapa dia tak nak jual kedai walaupun tak laku? Kenapa dia marah bila orang kecam artis yang dia minat? Kenapa dia marah bila orang marah pada pendatang asing? Kenapa dia marah pada anak-anak dia?

Pada mulanya kita sama tak suka pada orang tua tu, tapi bila dia buka sejarah kenapa dia jadi macam tu, kita simpati, kita rasa bersalah, mata kita berkaca kaca..

Tambah sedih.., sebab saya orang islam, dan saya sangat rasa sedih bila tengok orang bukan islam yang susah, sebab mereka akan dua kali susah, susah di dunia dan akhirat.

Laju air mata ini mengalir…

Semoga Hidayat mengalir melimpah ruah kepada semua orang kafir, lebih laju dari air mata lelaki ini.

Ode to My Father. 10/10

Nov 20, 2026

Dahaga Darah Nabi?

Kisah hebatnya seorang isteri berdakwah pada suaminya: seorang yang paling dahagakan darah Nabi.

Alkisahnya, Ada brother ni, salah seorang daripada musuh paling ketat, paling ganas, paling dahagakan darah Rasulullah SAW
Bila islam mula tersebar, dia dan bapanya antara manusia paling aktif dalam menyeksa hamba dan menindas golongan miskin di Makkah yang cuba mengikut ajaran Nabi SAW
Beliau sering mengejek, memprovokasi, dan melemparkan kata-kata kesat kepada Rasulullah SAW
Tak cukup itu, hamba Allah ini dan kumpulan samseng Quraisy sering meletakkan halangan, membuat bising, dan mengganggu orang-orang luar yang datang ke Makkah daripada bertemu atau mendengar bacaan Al-Quran daripada Rasulullah SAW.
Sampai satu tahap, beliau terlibat dalam memeterai perjanjian zalim untuk memboikot keluarga Nabi SAW (Bani Hashim) daripada sebarang aktiviti jual beli, perkahwinan, dan komunikasi selama 3 tahun, yang menyebabkan umat Islam dan ahli keluarga Nabi menderita kelaparan di Syi'ab Abi Talib. Khatijah wafat sewaktu ini.
Bila Nabi Berjaya hijrah ke Madinah, Beliau berperang di barisan hadapan bersama bapanya, Abu Jahal, menyerbu di Badar.
Selepas bapanya mati dibunuh di tangan orang Islam, dendam Ikrimah terhadap Nabi SAW menjadi panas membara macam larva gunung berapi.
Ya, nama penuda itu adalah Ikramah anak Abu Jahal.
Bila tiba perang Uhud: Beliau memimpin sayap kiri tentera berkuda Quraisy dan bekerjasama dengan Khalid bin al-Walid yang ketika itu belum Islam lalu menyerang balas dan hampir-hampir membunuh Rasulullah SAW serta mengorbankan ramai para sahabat.
Masuk Perang Khandaq: Beliau mengetuai pasukan elit Quraisy yang cuba memecah masuk benteng parit yang digali oleh umat Islam. Tapi gagal.
Pendek cerita, Apabila Nabi SAW memasuki Makkah bersama tentera Madinah, Baginda mengarahkan agar tiada tumpahan darah berlaku melainkan jika diserang.
Namun, Ikrimah bersama segelintir kaum Quraisy telah melanggar perintah tersebut dengan menyerang dan menghadang pasukan sahabat di selatan Makkah, sehingga menyebabkan pertempuran kecil yang mengorbankan nyawa beberapa orang sahabat.
Alhirnya, dalam peristiwa gilang-gemilang Penaklukan Kota Makkah pada tahun ke-8 Hijrah Rasulullah SAW mengisytiharkan pengampunan menyeluruh kepada sebahagian besar penduduk Makkah walau dulu mereka pernah menyakiti baginda.
Namun, ada kira-kira 10 orang individu yang diisytiharkan sebagai Mahdurud Dam—iaitu halal darah mereka dan diperintahkan untuk dibunuh walau di mana-mana mereka dijumpai, hatta jika mereka bergayut pada kain Kaabah sekalipun
Mereka dikecualikan daripada pengampunan am kerana dosa jenayah mereka yang terlampau berat seperti murtad, membunuh, melakukan pengkhianatan ketenteraan yang dahsyat, atau sangat aktif menghina dan memfitnah Nabi SAW dengan syair-syair yang jahat
Aduh.., sebaik sahaja Ikramah tahu namanya dalam senarai maut, Ikrimah terus melarikan diri sehingga ke Yaman untuk menaiki kapal, Isterinya di tinggalkan begitu sahaja.
Namun.., wira cerita ini, sang Isterinya, Ummu Hakim, Selepas memeluk Islam dan sangat menyayangi suaminya hingga tidak mahu Ikrimah mati dalam keadaan kufur dan diburu, lantas dengan penuh keberanian, beliau menghadap Rasulullah SAW dan memohon:
"Wahai Rasulullah, Ikrimah telah melarikan diri darimu ke Yaman kerana takut engkau akan membunuhnya.. Berikanlah jaminan keselamatan kepadanya”
Melihat keikhlasan wanita tersebut, Rasulullah SAW yang bersifat Rahmatan lil 'Alamin (rahmat sekalian alam) dengan berjiwa besar menjawab:
"Dia (Ikrimah) berada dalam keadaan aman (selamat)."
Mendapat jaminan daripada Nabi SAW, Ummu Hakim tidak membuang masa. Beliau segera merancang perjalanan jauh ke Yaman untuk mencari dan membawa pulang suaminya. Beliau ditemani oleh seorang hamba lelaki yang berbangsa Rom.
Perjalanan sejauh 800km, sebulan perjalanan bersama hamba lelaki merentasi padang pasir yang tandus dan kawasan bergolak, bukan sesuatu yang mudah.
Di pertengahan jalan, hamba Rom yang menemaninya telah cuba mengkhianatinya dengan melakukan gangguan seksual
Namun, Ummu Hakim seorang wanita yang sangat cerdik dan berani. Beliau tidak panik, sebaliknya melawan, dan ugut sambil melengahkan masa sehingga mereka sampai ke sebuah perkampungan Arab (kabilah Ak)
Di situ, beliau meminta bantuan penduduk tempatan
"Hamba aku berkasar dan mengkhianatiku."
Penduduk kampung tersebut terus menangkap dan mengikat hamba tersebut, manakala Ummu Hakim meneruskan perjalanannya seorang diri ke kawasan pantai Yaman
30 hari kemudian, Ummu Hakim akhirnya berjaya menjejaki Ikrimah di pelabuhan Tihamah
Ketika itu, Ikrimah sedang berada di atas sebuah kapal yang hampir bertolak dan sedang bertekak dengan kapten kapal
Kapten kapal berkata kepada Ikrimah: "Kamu mesti mengucapkan 'La ilaha illallah' barulah aku akan bawa kamu naik, kerana kapal ini tidak akan selamat di laut jika ada yang menyekutukan Tuhan."
Ikrimah menjawab dengan runsing: "Daripada ucapan itulah aku melarikan diri ke sini!"
Pada saat yang kritikal itu, Ummu Hakim muncul di pesisir pantai. Beliau melambaikan tangan dan berteriak memanggil suaminya
"Wahai Suamiku)! Aku datang kepadamu daripada manusia yang paling mulia, yang paling berbuat baik, dan yang paling menyambung silaturahim (Muhammad SAW)! Janganlah kamu membinasakan dirimu sendiri dengan melarikan diri! Sesungguhnya aku telah meminta dan mendapatkan jaminan keselamatan untukmu daripada beliau!"
Ikrimah yang terkejut melihat isterinya sanggup datang sejauh itu, bertanya dengan penuh ragu-ragu:
"Adakah benar kamu telah berbincang dengan Nabi SAW?"
Ummu Hakim menjawab dengan tegas:
"Ya, benar! Aku sendiri yang bercakap dengan beliau dan beliau telah memberi jaminan keselamatan untukmu. Pulanglah bersamaku."
Kata-kata dan pengorbanan isterinya yang sanggup menempuh bahaya demi menyelamatkannya itu benar-benar meruntuhkan keegoan dan ketakutan Ikrimah. Beliau turun dari kapal dan bersetuju untuk pulang ke Makkah bersama-sama Ummu Hakim
Di sepanjang sebulan perjalanan pulang ke Makkah, sebagai seorang wanita yang telah memeluk Islam, Ummu Hakim menjaga batasnya dengan baik. Apabila Ikrimah cuba mendekatinya sebagai isteri, Ummu Hakim menolak dengan lembut tetapi tegas:
"Sesungguhnya aku adalah seorang Muslimah, sedangkan kamu masih seorang yang musyrik (belum Islam). Kita tidak halal bersatu sehinggalah kamu memeluk Islam."
Terus Ikrimah berasa sangat kagum dari dekat, dan sedar bahawa Islam adalah agama yang sangat agung dan menjaga kehormatan diri
Ringkas cerita, Saat Ikrimah melangkah masuk menghadap Baginda, Rasulullah SAW sangat gembira sehingga Baginda bangun tanpa sempat memakai selendangnya (rida') semata-mata untuk menyambut ketibaan Ikrimah.
Ikrimah berkata: "Wahai Muhammad, isteriku memberitahu bahawa engkau telah memberi jaminan keselamatan kepadaku." Nabi SAW menjawab:
"Benar, engkau aman."
Ikramah terus menangis dan mengucap dua kalimah syahadah.
Kata Nabi kepada semua sahabat:
"Telah datang kepada kamu Ikrimah bin Abi Jahal dalam keadaan beriman dan berhijrah. Maka janganlah kamu mencaci bapanya (Abu Jahal), kerana sesungguhnya mencaci orang yang telah mati itu akan menyakiti orang yang hidup, sedangkan ia tidak sampai kepada orang yang mati."
Sifat pemaaf Nabi SAW ini meruntuhkan terus keegoan Ikrimah, Beliau menangis, islam, bertaubat nasuha, dan berikrar di hadapan Nabi SAW
"Wahai Rasulullah, demi Allah! Tidak ada satu sen pun harta yang pernah aku belanjakan untuk menghalangi jalan Allah sebelum ini, melainkan aku akan tebus dan belanjakan dua kali ganda daripadanya di jalan Allah! Dan tiada satu peperangan pun yang pernah aku sertai untuk menentangmu, melainkan aku akan berperang dua kali ganda daripadanya demi membela agama Allah!"
Ringkas cerita, Perang Yarmuk pun berlaku, yang mana adalah pertempuran yang sangat sengit di mana tentera Islam seramai sekitar 40,000 orang berhadapan dengan ratusan ribu tentera Rom Byzantine.
Ketika tentera Rom melancarkan serangan besar-besaran sehingga menyebabkan sebahagian barisan tentera Islam mula terundur Ikrimah bangun dengan penuh keberanian
Beliau berteriak:
"Aku telah lama memerangi Rasulullah SAW pada masa lalu, adakah hari ini aku akan lari daripada musuh-musuh Allah?! Siapakah yang mahu berbaiat (berjanji) untuk mati bersamaku?!"
Mendengar seruan itu, sekitar 400 orang pejuang Islam—termasuk bapa saudaranya al-Harits bin Hisyam dan sepupunya Ayyash bin Abi Rabi'ah—telah mara bersama Ikrimah
Mereka membentuk benteng manusia yang menggadai nyawa demi mempertahankan barisan tentera Islam, bertempur tanpa berundur sehinggalah serangan tentera Rom berjaya dipatahkan
Apabila pertempuran reda, ratusan pejuang bergelimpangan gugur.
Di satu sudut medan, terdapat tiga orang pejuang daripada pasukan berani mati tadi yang ditemui terbaring dalam keadaan nazak, parah, dan dipenuhi luka-luka yang sangat dahsyat dam minta seteguk air sebelum wafat.
Seorang pembawa air datang menghampiri al-Harits bin Hisyam yang sedang mengerang kehausan, Al-Harits meminta sedikit air Namun, ketika bekas air didekatkan ke mulutnya, al-Harits terdengar suara Ikrimah yang berada di sebelahnya juga sedang menghembuskan nafas dengan kehausan yang teramat sangat
Al-Harits segera memberi isyarat dan berkata: "Bawa air ini kepada Ikrimah dahulu."
Pembawa air itu bergegas membawa air tersebut kepada Ikrimah yang cedera parah, Belum sempat beliau meminumnya, Ikrimah terdengar pula Ayyash bin Abi Rabi'ah yang sedang nazak dan matanya memandang sayu ke arah air tersebut
Ikrimah menolak bekas air itu dan member isyarat agar beri air kepada Ayyash dahulu.
Pembawa air terus berlari membawa air itu kepada Ayyash. Namun, sebaik sahaja beliau sampai ke sisi Ayyash, sahabat tersebut baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir (syahid)
Pembawa air itu segera berpatah balik kepada Ikrimah untuk memberikan air tersebut, tetapi beliau mendapati Ikrimah juga sudah pun gugur syahid
Beliau bergegas pula kepada al-Harits, namun mendapati al-Harits juga telah kembali ke rahmatullah
MasyaAllah, dari orang yang paling dahagakan darah Nabi, kepada orang yang sanggup mati dahaga demi Nabi.
Siapa potong bawang? Sob sob.
Dahaga pulak, ambik air mineral, teguk, dan faham beginilah nikmatnya seteguk air buat semua pejuang perang yang sedang syahid di jalan Allah.
Insaf.