Mar 27, 2019
Tabung Haji Tanpa Subsidi?
(The day of human salvation is today)
Abang mayat, nak tanya, pendapat Menteri agama bagitahu
subsidi Tabung Haji akan dikurangkan dengan guna konsep Waqasid istito'ah, iaitu
jika tak mampu, jangan pergi haji, boleh tolong ulas?
*****
Salam satu Malaysia.
Pada pendapat abang mayat, Tabung Haji sebelum ini guna
konsep “Wayurbi-Al sadaqah” iaitu tidak akan berkurang harta orang yang
sedekah, tidak akan kurang harta orang yang membantu,
Maka kita rujuk sejarah, zaman kerajaan lama, Tabung Haji
tanggung berjuta juta subsidi, dan Tabung Haji semakin untung, dan negara
semakin berkembang ekonomi sehingga rakyat tak pergi haji dapat Brim, voucer
buku, eleun nelayan, petani serta pelbagai lagi nikmat.
Janji Allah benar, akan bertambah harta bagi orang yang
membantu, maka tak salah jika Tabung Haji kekalkan Subsidi dengan konsep
“Wayurbi-Al sadaqah” kerana janji Allah itu benar.
Janji Allah bukan manifesto okey, So antara istito'ah dan
Wayurbi-Al sadaqah, jangan tersalah pilih nanti mendapat al tonfok tonfok al
tahik unta.
Woha!
Mar 18, 2019
Mati di bunuh ketika Solat?
(Ingatlah pesanan Amir Khan kepada Manisha Koirala)
Lepas serangan 9 September, agama Islam dilabel oleh media
barat sebagai agama pengganas. Seluruh dunia kenal Islam sebagai pengganas,
tapi bila ramai non muslim kaj tentang islam, di dapati statistik non-muslim yang
convert to Islam meningkat mendadak.
Ini adalah salah satu bukti bahawa, islam tidak berkembang
dengan paksaan, dan tidak berkembang dengan mata pedang, buktinya ramai yang
memeluk islam lepas kaji islam, walaupun mereka tahu islam agama yang melarang
zina, tak boleh minum arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain
lain mujahadah termasuk bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari
hari ada orang masuk islam, malahan agama yang benarkan pengikut murtad, benarkan
seks bebas, minum arak dan tak perlu puasa serta solat, di dapati kurang
popular berbanding dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut Guinness
Book of World Records, islam adalah ugama paling pantas berkembang di seluruh
dunia.
Copy/paste: According to the Guinness Book of World Records,
Islam is the world’s fastest-growing religion by number of conversions each
year: Although the religion began in Arabia, by 2002 80% of all believers in
Islam lived outside the Arab world. In the period 1990-2000, approximately 12.5
million more people converted to Islam than to Christianity.
Jadi, pointnya di sini, kepada orang bukan islam khasnya,
aku nak bagitahu: sama macam urusan dunia, iaitu dalam menilai fakta, kita akan
kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, kita baca journal dan research
paper, tengok jumlah data, perbandingan analisis, dan kajian keisanambungan,
sehingga akhirnya kita faham beza antara teori dan hukum. Beza antara testimony
dan expert opinion, juga beza psedoscince dan sains. Yang mana at the end.
Fakta tetap fakta.
Maka dalam bab agama, bagi orang bukan islam di luar sana,
perkara sama juga anda kena buat, kena kaji dan siasat, kita rujuk semua
dokumentasi, kita rujuk data, kena buat
perbadingan analisis, dan rujuk kajian keisanambungan, yang mana jika kita bias
dalam kajian bab agama, maka jadilah kita sehingga kita menolak fakta dan
menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek moyang,
atau tolak kewujudan Tuhan dan sanggup jadi pengganas pergi bunuh orang sedang
beribadat, Nauzubillah!
So, dalam pengalaman mencari Tuhan, boleh rujuk pengalaman
Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan
lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari Tuhan, mengkaji semua
agama dan buat perbandingan yang mana akhirnya memilih agama Islam kerana Islam
adalah agama yang paling common sense. Paling tepat untuk ummat manusia.
Kemudian jika masih ada yang nak nafikan Tuhan kerana tidak
Nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad?
Ikut logic sains, orang yang lahir tempat jahat, akan jadi
jahat, orang yang tidak pandai membaca akan jadi bodoh, tapi Nabi Muhammad
lahir di tempat ramai orang jahat namun dengan Bantuan Allah, Nabi Muhammad
yang tidak pandai membaca, tapi dalam sejarah telah menjadi pemimpin dunia yang
bijaksana, ketua perang terbaik, pakar motovasi, pakar bisnes, pakar perunding,
pakar kehidupan, mampu menyatukan kaum yang bergaduh seratus tahun, mampu
menawan negara demi negara, pengikut bertambah setiap hari sampai sekarang,
kata katanya berhikmah, rupanya indah, akhlaknya mulia, sehingga seorang
penulis barat nak menulis buku tentang manusia paling berpengaruh dengan guna
hujah sains, Nabi Muhammad lah orang paling layak duduk tempat pertama sebagai
manudia paling berpengaruh dalam dunia ini
Maka, pesan saya: manusia mungkin boleh nafikan Tuhan kerana
tidak nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad yang satu
sahaja seumpanya dalam dunia ini, kitab Al quran yang di bawanya pula penuh
dengan common sense, logic sains. siap cerita tentang Big bang, cap jari,
rahsia cekeralawa, kegelapan laut dan pelbagai lagi common sense walaupun pada
zaman tak ada internet
Ops, satu lagi, jika nak kaji tentang Islam pula, jangan
tengok orang islam, sebab ada orang islam yang nama sahaja islam tapi perangai
tidak islam, perkara ini ada di tulis dalam kitab Al quran 1400 tahun dahulu,
(orang munafik) Jadi, jika nak tengok Islam, tengoklah Kitabnya, itulah yang
dilakukan oleh Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben
Abu Bakr, dan lain-lain.
Akhir cerita, Ingatlah pesanan Amir Khan kepada Manisha
Koirala
“Awak tak jumpa cari saya atau awak tak nak cari saya? Eh awak
tahu tak? Jika kita ikhlas mencari, Tuhan pun boleh kita jumpa”
Perggh, deep betul ayat dia. Woha!
Ps: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan.
Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Atau mungkin kita
akan mati dibunuh sewaktu solat, Maka biarkan aku mati dalam keadaan taat
kepada Allah dan Rasul. Lakum Di Nukum wa liyadin.
Mar 13, 2019
Pelakon kena hensem dulu, bakat kemudian?
Betul ke Pelakon kena hensem dulu, bakat kemudian?
Alkisahnya teringat dekat Syuib Sepahtu waktu temuramah,
kenapa pilih bidang lawak?
Katanya dulu, dia, Jep dan Mawi pergi uji bakat program
menyanyi, Mawi dapat sebab muka Mawi boleh jual.
Muka dia dan Jep, walaupun suara dah macam Ramli Sarip, tapi
sebab muka tak boleh jual maka kena reject.
So dah banyak program TV menyanyi dia pergi asyik kena
reject, maka mereka mencuba program lawak, barulah mendapat, sebab dalam lawak,
bakat dulu, muka kemudian.
Dan sekarang, mereka dah berlakon…, rupa rupanya, bakat
dulu, rupa kemudian, tak begitu?
Jika perhatikan sekarang, lepas dah banyak berlakon, jep dan
Syuib hensem sebenarnya, kan?
Kata bini saya lah, ha ha!
So ni nak cerita mungkin takde kena mengena, Cuma nak tanya,
jika nak jadi penulis, kena hensem dan cantik dulu ke? Atau bakat dulu?
Al maklumlah, Bakat boleh di asah, rupa tak boleh diubah,
tapi rambut boleh di sikat bagi lelaki, perempuan pulak boleh bergaya dengan
tudung pelbagai version..
So untuk itu, sebelum ada orang up penulis kena ada rupa, ni
Hamka keretamayat yang tak hensem nak ajak pergi bengkel menulis di UMP Pekan.
Harga tak sampat seratus pun, kita cerita tentang ilmu
menulis, maklumlah Hamka keretamayat dah tulis dua belas (12) buku pelbagai
tajuk, sekarang masih ada dijual di Popupar, MPH, MBS, kedai buku kinokuniya
dan pernah terjual di Singapore, brunei serta Indonesia!
Malah bukunya pernah masuk carta best seller bagi katogori
penulisan Alternatif.
Jadi, jom jumpa Hamka keretamayat yang hensem tiada tapi
manis ada dan jika pandang lama-lama tanpa kelipkan mata, hensem jugak
sebenarnya.
Woha!
Mar 11, 2019
Kenapa hati rasa gelisah sangat ni?
(Ulangkaji versi 4.0: JIka hati anda gelisah, baca ini sampai habis, akan tenang
dihujungnya, insyaAllah...)
Alkisahnya, Lepas Isyak ada seorang sahabat lama datang
jumpa aku dan mengadu akan permasalahan yang sedang melanda hidup beliau..
"Hamka, aku ada masalah…, Aku rasa macam tak cukup kaki
tangan.."
"Kenapa tak cukup kaki tangan? Kau nak jadi labah-labah
kah?"
"BUKAN! aku serius ni!"
"Okey, jom serius, cer citer"
"Begini.., Aku tak tahulah kenapa lately ni aku rasa
macam tak sedap hati jer, kemudian aku rasa seperti banyak benda aku nak buat,
tapi rasa macam tak sempat, hati aku rasa tak sedap, aku rasa sungguh gelisah,
kat tempat kerja, focus aku hilang, aku rasa masa sangat cepat dan
sempit.."
"okey...."
"Sejak dua menjak ni, aku selalu bermimpi…"
"mimpi apa tu?"
"Aku mimpi langit telah turun sampai ke kepala aku, dan
air telah keluar dari bumi sampai ke paras leher aku, dada aku sesak, aku rasa
sukar bernafas, aku rasa macam nak mati.. Sekarang inipun, aku masih rasa
sesak, rasa serba tak kena.., kau tahu tafsir mimpi?"
"Hmmmm…"
"Kau pernah alami mimpi-mimpi yang pelik tak
Hamka?"
"Hmmm, Aku selalu gak alami mimpi pelik-pelik, biasa
aku mimpi jumpa mayat ler, kadang-kadang mayat orang yang aku tak kenal, ada
jugak mayat member baik, mayat awek lama, kadang kadang aku mimpi aku dah jadi
mayat, terbaru aku mimpi jumpa mayat Nabi.., tapi tak nampak wajah, sebab
terlindung dalam kain kapan, masa tu makam Nabi runtuh, aku dan beberapa orang
lain yang aku tak kenal di tugaskan keluarkan mayat Nabi…"
"Kau rasa.., apa maksud mimpi aku? Aku rasa jiwa aku
sangat sesak, aku rasa macam nak mati.."
"aku sebenarnya tak pandai tafsir mimpi, betul! Aku tak
pandai tafsir langsung, tak belajar ilmu kemimpian…, dalam bab masalah hidup,
apa yang aku belajar, kita kena selesaikan sebarang masalah dengan ugama,
insyALLAH.."
"Aku setuju Hamka…, aku memang rasa nak buat amal
sangat, tapi macam dah tak sempat.., sebenarnya aku ada gak jumpa bomoh, habis
banyak duit aku, tapi kegelisahan hati aku tak hilang, bomoh kata aku kena
buatan orang.."
"Aku rasa kau bukan kena buatan orang.., orang yang
kena ‘buatan orang’ adalah wanita yang mengandung hehehhe,"
"ha ha, tak lawak.., Aku sekarang ni rasa gelisah tak
tentu, takut pada banyak benda, dan rasa serba tak kena, orang tua kata ada
benda buruk nak berlaku.. atau mungkin aku ni dah dekat nak mati, betul ke
hamka?"
"Tak payahlah nak fikir sangat benda buruk nak
berlaku’"
"habis tu macam mana?"
"Bagi aku, apa yang aku faham, bila hati kita rasa
gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri engkau, hidayat ni bila
nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada
banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan
makhluk, maka masa tu hidayat ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat kau
jadi gelisah.., aku selalu gak baca cerita kisah orang kapir yang bila nak
dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, Nabi kitapun bila nak dapat
wahyu, badan berpeluh, hati jadi takut, lalu isterinya meyelimutnya…, kau nak
aku selimut engkau sekarang?"
****
Dia tersenyum panjang dengar aku nak selimut dia.., lalu aku
teruskan berkutbah:
****
Sebenarnya, memang kau akan mati tak lama lagi, bakal jadi
mayat, Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna sudah semakin
sempit masa untuk kita buat usaha selamatkan diri dari azab api neraka!
Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna
semakin sempit masa untuk kita buat usaha masukkan diri ke dalam
shurga.Peristiwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan
hidup kita sentiasa ke depan… Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan
maut’...Menuju tempat menjadi mayat..
Apa kata kau lapangkan masa ikut aku belajar ugama di masjid
esok dan lusa atau beberapa hari yang sempat.., belajar cinta Allah dan belajar
buang cinta dunia? Sebelum malaikat maut datang., sebelum terlambat..
"Aku kerja esok.."
Kau cakap, kau hilang focus bila kerja, Kau ambiklah cuti
rehat..
(Dia Diam.., okey aku sambung ceramah)
"Biasa orang ambik cuti rehat untuk pergi makan angin,
atau untuk balik kampong, atau untuk tumpukan perhatian pada kelurga dan hobi.
Jarang ada yang sanggup ambik cuti semata mata untuk belajar ugama, …, inilah
cinta dunia namanya.. (aku pulak beremosi-perasan bagus..oh)
Kadang kadang bila atap rumah kita bocor atau dinding rumah
kita retak, atau kereta kita rosak, maka kita akan sanggup ambik cuti untuk
betulkan harta kita tu, sape lagi nak tolong hantar kereta kita ke bengkel?
Kalau bukan tuan punya kereta?
Tapi bila iman kita lemah, ilmu ugama kita kurang, maka kita
tak sanggup ambik cuti untuk betulkan kedudukan Allah dalam hati kita, sape
lagi nak tolong rawat iman kita? Ustaz-ulamak? Mereka pun kena bagi masa buat
usaha atas iman, apatah lagi kita? Iman tak boleh di warisi., kita kena tolong
diri sendiri.., aku belum lagi cerita pasal korban harta dan nyawa.., Tak
sanggupkah kita korbankan cuti untuk belajar agama? (aku yang tak hikmah dan
cakap sedap mulut ajer..oh)
"Cuti rehat aku dah habis..(sedikit bingung)
"Kalau ambik MC?..(chech! Aku ni dah jadi macam ajen
MLM pulak.., hehe he)
"Aku tak sakit.. mana boleh tipu majikan?
Berdosa!(betul apa dia cakap.)
"Iyelah tu.. kau tak sakit.., kat opis hilang focus,
tak boleh buat kerja, sakitlah namanya tu.., Kalau kau cerita betul-betul
masalah kau kat doctor, insyAllah doctor bagi cuti rehat, doctor sendiri cakap
sakit zahir datang dari sakit batin, kau sekarang sakit batin, jiwa kau sakit,
iman kau sakit, kau perlukan rehat.., kau perlukan rehat untuh pulihkan iman
engkau.. insyallah (aku pulak yang bersemangat)
"Aku boleh ambik cuti untuk belajar ugama, tapi aku
kena ambik MC betul-betul,syarikat aku tak terima MC air liur..
"Ok, pagi esok lepas solat israq aku teman kau pergi
jumpa doctor ambik MC..
*****
Esok pagi, lepas solat israq, seawal jam 8 pagi, dia dan aku
pergi klinik.., ada ramai jugak orang walaupun masih pagi.., akibatnya, dia
pulak tertidur di bangku menunggu..
Sementara dia tertidur., biarlah aku teruskan bercerita
tentang hati yang gelisah..
Bila hati gelisah.. kita rasa macam tak best sangat, gundah
gulana bertalu-talu, susah hati tanpa sebab, jiwa jadi rawan kebingungan dan
sering bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku..
Baiklah!
Di sini ada satu berita baik untuk orang yang sedang resah
gelisah tanpa sebab...
Sebenarnya, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya
hidayat nak datang ke dalam diri korang, hidayat ni bila nak bertakhta dalam
hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit
hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka, pada
waktu itu “hidayat” terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat korang
jadi gelisah.., menang kalah, pilihan korang yang menentukan dengan izin
Allah..
Masa tu korang akan keliru, hati terus resah gelisah, dan
mula rasa serba tak kena dan macam susah hati sangat, susah hati tanpa sebab,
dan kebimbangan demi kebimbangan pada benda yang tak pasti dan sering
menggambarkannya dengan imej yang buruk..
Padahal masa tu jika korang tumpukan perhatian kepada Allah,
ingat pada nikmatNYa, panjangkan doa dan zikir sambil menangis.., maka penyakit
hati kita akan terlebur dan dengan begitulah hidayatpun mulai masuk dan
bertakhta di hati.. best bukan?
Allah berfirman: Hanya dengan mengingati Allah hati akan
menjadi tenang..
Dan macam yang aku cerita kat mamat tadi, akan cerita atau
kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam
diri, bila mereka tumpukan perhatian kepada Islam dan mendalaminya, akhirnya
hati mereka menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..
Dan korang orang islam pulak bila susah hati, itu tandanya
Allah nak tambah hidayat dalam diri.., dosa yang ada dalam hati menghalang
tetamu Allah yang baik ini, lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang..,
tumpukan perhatian kepada Allah dan belajarlah mendalami kehidupan Rasulullah
SAW. insyAllah akhirnya hati korang yang terpilih itu akan menjadi tenang,
tenang setenang tenangnya..
Ketenangan hanya ada dalam ugama.., tempat lain boleh korang
cari ketenangan tapi hanya bersifat sementara, ada orang yang mencari
ketenangan dengan muzik misalnya, baik, cuba korang buat lagu untuk hiburkan
orang yang 5 minit lagi nak kena sebat atas kesalah rogol.., cubalah buat lagu
untuk orang yang 5 minit lagi nak kena hokum gantung.., nak kena lempang? Cubalah..
huh!
Dalam agama ada kebahagian, kesejahteraan, kemakmuran,
keharmonian, kemuliaan, ketenangan, kedamaian, dan segalanya adalah tentang
kesudahan yang baik (husnul kahatimah)
Siapa yang cari semua ini selain dalam ugama, mereka bukan
sahaja tak jumpa, tapi mereka akhirnya bertemu dengan kedukaan, kehinaan,
kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, kesempitan buat selama-lamanya..
Ada jugak orang yang bila hati gelisah, tak tahu nak buat
camne, teruskan berpoya poya, minum arak, pasang muzik kuat-kuat, teruskan buat
maksiat, makan pil kuda, berzina dan lain lain, yang mana akhirnya hidayat yang
nak masuk itu berlalu, yang membuatkan hati mereka kembali ‘tidak gelisah*
seperti dulu.., mereka sangka telah berjaya buat hati tenang dengan hiburan
dunia, tapi kenapa akhirnya bunuh diri?
*(hati mereka masih gelisah, tapi tidak gelisah seperti
dulu)
Maka terpulanglah kepada korang akan bagaimana caranya nak
hilangkan kegelisahan yang melanda hatimu duhai sahabat…
Nabi Muhammad SAW pada mulanya bertawajuh mencari kedamaian
dalam gua selepas susah hati melihat keadaan Ummat Jahilian di zamannya, pendek
cerita, apabila malaikat jibril a.s datang nak bagi wahyu pertama, apa jadi?
badan berpeluh, hati jadi takut, resah dan gelisah, lari terus balik rumah dan
‘bersembunyi’, lalu isterinya datang dan mententeramkannya…, kemudian bila
pakcik Khatijah r.a menasihatinya., maka barulah hati Nabi SAW faham dan mulai
bertawajjuh, hati kembali tenang dan faham kehendak Allah, sampai tahap Nabi
pergi ke tengah-tengah padang pasir semata-mata untuk menunggu wahyu
seterusnya.., dan Nabi menjadi rindu nak jumpa malaikat jibril a.s
: )
Sebenarnya kita akan masuk shurga bila kita mendapat taufik
dah Hidayat dari Allah.Taufik dan Hidayat bolehlah di ibaratkan sebagai sebuah
erti "kesedaran" yang Allah akan datangkan pada setiap manusia..
Apabila Hidayat ni nak datang,., maka hati akan rasa gelisah
kerana berlawanannya sifat buruk dalam hati, lagi kuat perbezaan dalam hati,
lagi kuat kegelisahan..
Dan hanya orang yang buat usaha atas kesedaran sahaja,
(dengan cara itu) hidayat akan bertaktakta dalam hati..
Jadi untuk dapat hidayat. korang kenalah lapangkan masa buat
pengorbanan untuk usaha atas kesedaran korang, Faham?
Sejauh mana kesedaran korang tentang pentingnya hidayat,
maka sebanyak itu jugaklah pengorbanan atas usaha kesedaran dilakukan.., Orang
yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu
sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan. Maka jadilah
mereka ‘tenang’ dalam dosa dan maksiat..
Seperkara lagi, orang yang beriman juga akan resah gelisah
bila hidayat nak keluar dari hati, bila ujian dunia datang, orang beriman yang
terperangkap dalam kesibukkan dunia.. akan rasa gundah gulana.., kerana waktu
itu, kebesaran dunia dan bebannya telah datang meliputi hati dan memaksa
hidayah keluar.., maka jalan yang terbaik adalah, kena patah balik kepada
kehidupan berugama..
Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan
menjadi tenang.. (Ar- Ra'd, 13:28)
Dan ketenangan yang di perolehi melalui mengingati Allah
ini, tak mampu untuk di ceritakan dengan kecantikkan bahasa, tidak mampu di
suarakan dengan melodi ahlan, atau di gambarkan dalam screen jalur lebar..,
ianya terlalu indah sehingga gagal di copy/paste dalam mana mana bentuk medium
lain..
Ketenangan yang di perolehi dengan mengingati Allah, buat
korang boleh berfalsafah tentang kematian.., boleh bergurindam dan bersyair
tentang mayat, tidak takut untuk tidur berselimutkan kain kapan atau
berbantalkan batu nisan, malahan tidur di dalam keranda juga menjadi mimpi
indah.., kain batik mayat juga boleh buat sebagai kain basahan! Woha!
Korang juga akan suka dengan kereta mayat : )
Akhirnya kereta mayat yang sedang parking dalam halaman
masjid bermadah:
Ahli dunia habiskan tenaga dan harta serta masa , demi
mencari sebuah kebahagiaan.., telah banyak keringat, wang ringgit dan masa
berlalu, tapi kesedihan dan kesempitan jiwa melanda, kalaulah mereka tahu,
bahawa kebahagiaan itu ada di sini.., kalaulah mereka tahu, kalaulah..!
Selamat mencari ketenangan!!!
Ok, kita tamatkan cerita ini begitu sahaja.., member aku dah
keluar dari bilik doctor dan dah dapat MC 3 hari!! Biar betul?
"Apa kau ‘kelentong’ doctor tu sampai dapat MC 3
hari?"
":Aku tak cakap apa-apapun.. Apa yang pastinya, aku
tertidur ketika menunggu giliran, mungkin nurse dah panggil aku dua tiga kali
tapi aku tak jawab, sekali di sergahnya aku terus bangkit dan tergesa gesa
masuk bilik jumpa doctor, kau bayangkanlah muka orang baru bangun tidur, mata
merah dan sedikit kebengingunan.., belum Synchronize lagi., bila doctor tu
tengok rupa dan mata aku, terus cakap aku ada sakit mata dan bagi MC 3 hari.
Woha!
Bila mata merah, orang akan ingat kita hisap dadah atau bela
jin..., eloklah tu dapat MC!
Woha sekali lagi!
Sekian…
Ps: Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan
menjadi tenang...
(dipetik dari buku Semusim di Syurga karangan Hamka
keretamayat-stok masih ada)
Mar 7, 2019
Vaksin bukan Sunnah dan penyebab Autism?
(Saya ada anak OKU dan saya okey)
Lama sebelum saya ada anak autism, saya sudah menulis
pentingnya vaksin. Malahan saya ada tulis dalam buku, dan saya selalu diserang
dalam komen dan email oleh anti vaksin dengan kata kata kejian dan nista.
Dan terkini, oleh kerana saya sudah ada anak autism, maka
ada anti vaksin bagitahu pada saya:
“Padan muka dapat anak autism, itulah akibat cucuk vaksin!
Lain kali amalkan makanan Sunnah pada anak”
Alhamdulillah atas ujian anak autism, terima kasih atas
kutukan Puan, semoga saya dapat pahala atas kesabaran dikutuk, dan semoga Allah
ampunkan dosa Puan.
Tapi Allah nak tunjuk jugak kepada saya perihal fakta,
kisahnya begini, jika lima orang pergi makan di kedai, hanya sorang sakit
perut, adakah kita nak salahkan makanan kedai, dan kutuk kedai tu suruh tutup?
Atau 16 orang pergi makan di kedai, hanya sorang sakit
perut, adakah kedai tu puncanya?
Atau 79 orang pergi makan di sebuah kedai, dan hanya seorang
sakit perut, adakah nak kita kata: Padan muka! Itulah akibat makan di kedai ada
racun!
Orang bodoh sahaja yang salahkan kedai, selepas 5 tambah 16
tambah 79 bersamaan satu ratus orang yang mana atas alasan seorang sakit perut,
dikutuk kedai tu, apa ke jadah?
Bawaklah kes ni ke mahkamah, berikan bukti, seratus orang
makan dikedai, hanya sorang sakit perut lalu tuduh kedai tu jual semua makanan
ada racun?
Jadi itulah yang berlaku dalam keluarga saya, lima anak
saya, semua cucuk vaksin, hanya anak bongsu yang disahkan autism, 16 orang tu
pula adik beradik saya, semua cucuk vaksin, sorang pun tak ada autism, 79 tu
pulak, jumlah anak saudara saya, dari 16 adik beradik, saya ada 79 anak
saudara, semua cucuk vaksin, dan hanya anak saya seorang yang disahkan autism.
Bukti depan mata, autism bukan berpunca dari vaksin tapi ini
adalah ujian dari Allah.
Kajian oleh Andrew Wakefield konon vaksin penyebab autism
dah dibuktikan palsu. Lesen doktor dia telah di tarik balik.
Jadi ada tak kajian lain?
Ada..
Kajian dari jepun tahun 2005 ,oleh Prof Hideo Honda, seramai
170 kanak kanak tak cucuk vaksin pun tapi di sahkan autism.
Kajian dari Universiti Toronto oleh Dr Ghassan Abu Kuwaik
pada tahun 2012, ada ibu bapa anak sulungnya autism lalu stop vaksin untuk adik
beradiknya, tapi masih ada anak lain di sahkan autism walaupun tidak vaksin.
Kajian tahun 2018 study reported oleh JAMA Pediatrics,
menjumpai autism berlaku pada kanak kanak tidak vaksin.
Malahan autism berlaku sebelum vaksin diperkenalkan. Orang
zaman dulu anggap kanak kanak autism ini sebagai gila dan dipasung bawah rumah!
Kawan saya di facebook, ada empat keluarga yang mengaku
anaknya autism
dan mengaku tidak vaksin kesemua anaknya.
Jadi bukti dah depan mata, tapi mengapa masih tergamak
berkata padan muka pada ibu bapa yang ada anak autism? Dan fitnah kami menolak
Sunnah?
Tahu tak hidup ini adalah ujian?, dan semua orang akan
mendapat ujian masing masing?
Nabi Ayub di uji dengan kudis seluruh badan, adakah anda nak
kata Nabi Ayub anti bodi lemah sebab tak ikut Sunnah?
Nabi Muhammad SAW di uji kesemua anak lelakinya mati sewaktu
kecil, adakah anda tergamak nak kata Nabi tak pandai jaga anak dengan makanan
Sunnah?
Tidak! Kan? Nauzubillah.
Ketahuilah bahawa Nabi diuji dan kita semua di uji, saya bersukur
ujian dapat anak autism sebab anak saya ni masih kenal saya dan masih mampu
bermain bersama saya, ada orang ujian anaknya terkena Difteria akibat tak
vaksin dan telahpun mati.
Tapi saya tak akan kata padan muka pada ibu bapa yang
anaknya mati terkena Difteria, saya simpati dari jauh, mungkin mereka mendapat
info yang salah dari orang seperti Puan, saya doakan yang baik baik, dan
berharap agar ibu bapa lain tak sedegil Puan yang masih berbangga anak sihat
sedangkan esok takdir kita semua di Tangan Allah.
Saya maafkan Puan, semoga Allah ampunkan dosa Puan dan kita
semua.
Saya berhenti tulis sampai sini, sebab anak autism ajak saya
main berlari lari di tepian pantai.
Main- Kame Hame Ha!
Woha!
Ps: Sekali lagi, Saya ada nak OKU dan saya okey, Alhamdulilah.
Subscribe to:
Posts (Atom)