Jan 28, 2019

Bagaimana menjadi Bisnesman?


(Nabi seorang bisnesman, maka marilah kita belajar minda bisnes dari pemandu kereta mayat.)

Hidup kita ni, ada 24 jam, guna pun habis, tak gunapun habis, untuk jadi bisnesman, kita kena belajar menggunakan masa dengan cemerlang, sayapun sedang belajar juga, sama sama pesan benda baik.

Untuk itu, selain dari beribadat dan bercinta, cuba luangkan masa setiap hari untuk buat tiga perkara penting.

Saya ulang, selain dari BERIBADAT dan BERCINTA, cuba luangkan masa setiap hari untuk buat TIGA PERKARA penting!

Apa tiga(3) perkara tu?

1.Investment
2.Money Future
3.Money Now.

Bahasa Englishlah pulak, baik, Saya ulang, tiga perkara penting kita kena buat setiap hari untuk belajar jadi orang bisnes.

1.Investment (pelaburan-duit keluar)

2.Money Future (pendapatan tertangguh-duit akan masuk)

3.Money Now. (pendapatan sekarang-duit masuk)

Jangan Pilih satu atau dua, Hanya dengan buat ketiga tiga ini, maka korang akan jadi bisnesman, insyaAllah.

Keterangan:

1.Investment: adalah pelaburan yang kita buat sehingga terpaksa keluarkan duit. Contoh: Beli Buku. Pergi Kursus Menulis, dan lain lain pelaburan.

2.Money Future: pula adalah wang yang akan masuk di masa hadapan, tapi kita kena buat hari ini, seperti Baca Buku, Amalkan Imu dari Ceramah, Tulis Buku dan lain lain.

3.Money Now: pula adalah wang masuk, seperti Jual Buku, Di jemput berceramah, dapat hadiah dan lain lain.

Nampak tak?

Jika kawan ajak mengeteh, maka itu boleh jadi “Money Future” sebab kawan mungkin ada network yang bagus.

Atau jika kita ajak kawan yang hebat mengeteh, maka itu menjadi “Investment”. Takpe kita belanja orang hebat mengeteh sebab nanti ilmunya lagi tak ternilai kita dapat dan akan menjadi “Money Future”,

Dan andai kata waktu mengeteh tiba tiba kawan terus offer projek bagus, dah jadi “Money Now”

Nampak tak?

So sekarang cuba korang fikir, apa korang buat sekarang?

Investment? Money Future? Money Now? Atau buang masa duduk dalam gua ada aircond sambil bercerita hal politik sokong sebelah pihak sahaja walaupun salah?

Nak mudah fahan, saya beri contoh mudah:

Jika korang baca FB saya ni, banyak tip tip saya share, maka korang sedang buat “money Future”, duit tak habis, tapi ilmu bertambah, Alhamdulullah.

Jika korang ada beli buku saya, atau pergi kursus yang saya jadi penceramah, atau belanja saya mengeteh, maka korang sedang buat “Investment”.

Nampak tak? Takpe duit habis sikit sebab ilmu semakin bertambah dan peluang untuk “money future” semakin cerah.

Atau waktu kita berjumpa bertentangan mata, tiba tiba ada “Money now”, mana tahu ada produk korang yang saya rasa nak beli, kan? Atau kita bekerja sama buat projek win win situation.

So apa saya nak bagitahu ni? Apahal contoh semua dalam bidang penulisan?

Saya nak cakap, 9hb Feb ni, saya ada buat kelas penulisan, RM60 sahaja, inilah “Investment”, yang bakal mendatangkan "Money Future and Money Now".

Jangan cakap abang keretamayat tak payung

Woha!

Whasapp: 0199117163


Jan 25, 2019

Kenapa perempuan suka suami orang?


 (Kenapa orang perempuan jatuh cinta pada suami orang? Walaupun tak hensem?)
.
Ini aku cerita pengalaman sendiri, bilamana ramai (tak ramai pun, tapi tulis ramai supaya nampak macam popular-woha!) jadi bila ada peminat perempuan ajak poligami, dan aku tolak sebab aku belum ada dalam agenda hidup nak kahwin ramai.
.
Maksud aku jika betul nak kahwin lagi, biar untungkan ramai pihak, bukan bini baru sahaja untung, sedang anak dan bini pertama rugi. Itu bukan pelaburan yang bijak. Lagipun bila peminat perempuan suka kat kita, bila masa pulak kita suka kat dia?
.
Jadi Bila tolak, perempuan tu cakap aku takut binilah, aku tak amalkan islam sempurnalah, macam-macamlah!
.
Padahal, bukan mudah juga suami orang nak suka pada perempuan lain jika bini pertama sangat membantu kehidupan dunia akhirat.
.
So aku cakap, jika anda nak sangat poligami, nak sangat kahwin dengan laki orang, pergilah ambik hati bakal madu anda dan pujuk elok elok sebab korang nak kongsi hidup dan kongsi suami, eh tahu pulak tak nak! Suruh kahwin senyap senyaplah, malah lagi teruk, ada pulak suruh cerai bini pertama sebab dia tak nak berkongsi kasih! Dan ini banyak berlaku pada kisah rumah tangga di Malaysia. Nauzubillah!
.
Ok, balik pada tajuk, Kenapa orang perempuan jatuh cinta pada suami orang? Walaupun tak hensem? Apa orang bujang tak menarik ke?
.
Ini adalah kerana, suami orang ni pada pandangan mata perempuan lain, macam Roller Coaster, lagi besar Roller Coaster, lagi menarik! So dalam Roller Coaster tu ada anak bini yang semua kelihatan seronok naik Roller Coaster! Menjerit jerit bahagia dalam hidup. Jadi perempuan lain pun nak tumpang sama naik Roller Coaster!
.
Memang ada pasangan yang izinkan perempuan lain naik Roller Coaster!, tapi berebut kerusi pulak sebab semua nak duduk tepi suami, yang bergilir baguslah! Yang bergaduh alamak runtuhlah Roller Coaster tu!
.
So jangan gaduh gaduh, nak naik Roller Coaster tu ambiklah hati semua penumpang sebab anda berkongsi perjalanan pada Roller Coaster yang sama.
.
Pengajaran di sini, kepada lelaki bujang, kesilapan korang bila jatuh cinta, korang janganlah hidup mati pada perempuan tu, terus hidup korang focus pada perempuan tu lalu kehidupan korang jadi tak menarik. Setakat jatuh cinta macam tu semua orang boleh buat, yang sebetulnya korangpun kena ada Roller Coaster yang menarik! Itu yang perempuan nak.
.
Bila hidup kita macam Roller Coaster yang menarik, berebut perempuan nak!
.
Apa itu Roller Coaster yang menarik? Hidup yang ada tujuan yang jelas, kerjaya yang semakin berkembang, suka terlibat aktiviti kemanusiaan, suka membantu masyarakat, kemampuan hadapi cabaran dengan riang ria macam orang menjerit seronok naik Roller Coaster waktu tiba di laluan paling mencabar!
.
Perempuan jandapun sama, bila si janda tiba tiba hidupnya bertukar menjadi Roller Coaster yang menarik! Bisnes Berjaya, kerjaya berkembang, bakat dicurahkan pada masyarakat, maka berebut pulak si lelaki datang meminang sebab nak naik Roller Coaster duduk kerusi paling depan! Perghhh..
.
Jadi, Roller Coaster hidupku ini, kerusi depan semua dah penuh, namun masih ada gerabak kosong di belakang tapi jika nak naik, pergi ‘mengorat’ bini aku dulu. Dan andai kata bini aku suka pada korang, belum tentu aku suka sebab cinta tak boleh di paksa.
.
I rest my case.


.
Ps: Korang mungkin kenal aku waktu aku sedang gembira, sebab nampak macam selalu ceria, lalu korang jatuh cinta, tapi korang tak pernah tengok waktu aku paling marah, waktu aku paling down, jika korang tahu, dan nampak sikap aku waktu itu, tentu korang akan jatuh cinta buat kali ke dua-Woha!

Jan 21, 2019

Suami anda Caring tak?


(Mari mengumpat orang perempuan)

Ada sorang akak tu share dekat FB dan IG gambar dia dan laki pergi makan angin, tak salahpun Cuma dia ceritalah laki dia ni caring sangat, pandai ambik hati, ambik berat pasal makan, selalu bawak jalan jalan. So caring is darling katanya.

Jadi kebetulan aku kenal dengan laki dia, so nak tahulah jugak tahap caring dia ni tahap mana, kan?

Jadi aku tanya laki dia, tahun lepas ada tak bini puasa ganti pada bulan Syaaban?

Dia jawab ada.

Aku tanya berapa hari? Dia jawab tak tahu.

Dalam hati aku.., ni bukan caring ni.., ni lacking ni.., Lalu aku Tanya lagi, tahun ni punya nak isteri ganti bulan Syaaban jugak ke? Dia kata tak tahu.

Aku pun ceramahlah dia,bagitahu kita orang lelaki kena jaga hal ehwal agama bini kita, kena tahu berapa banyak dia tinggal puasa tahun lepas (sebab haid) dan selalu follow up bila dia nak ganti?

Sebab jika bertangguh sampai bulan Syaaban hadapan baru nak ganti, tak eloklah, jika terlajak kena bayar fidyah, itu jika umur panjang, jika mati awal muharam belum sempat puasa ganti macam mana? Dah mati dalam keadaan berhutang dengan Allah.

Kita jika ada hutang dengan PTPTN pun kena cepat bayar, apatah lagi dengan agama, cepat cepatlah ganti, lagi bagus bini kita bulan syawal tu dah ganti semua puasa yang lepas. Kita pulak boleh gotong royong bantu bini ganti puasa cepat cepat dengan sama sama puasa sunat, apa salahanya?, kata suami caring. Kan?

Lepas tu aku tanya bini jika Haid ada tak kejut jam 3 pagi tanya Haid dah habis ke belum?

‘Dan-dan’ dia kata aku gelojoh nak tak sabar nak bersutubuh,, adohai..

Bukan Tanya nak bersetubuh bang, Tanya sebab jika haidnya dah kering sebelum subuh bolehlah solat isyak sebab masih ada waktu, tapi jika bini terlajak tidur lepas subuh baru bangun, sempat solat subuh alhamdulillah, tapi isyak tu kenalah ganti, silap-silap, magrib pun kena ganti jika isteri tak check darah haid ada berheti ke tak sebelum isyak.

Terus si suami insaf dengan ceramah ringkas aku, terus dia mesej bini tanya puasa ada berapa hari belum ganti, bini dia jawab ada empat, diapun tazkirah bini dia tentang mati awal, kena qadar segara, nak puasa sunat sama sama.

Aku senyum jer dari jauh. Esok aku Nampak FB bini dia share kisah betapa beriman nya suami dakwah dia tentang puasa ganti dan Haid.

Aku like jer dari jauh. Benda elok, kita like lah, kan?

Sila share artikel ini sebab sharing is Caring-Woha!

Ps: So korang pulak, suami semua love and caring kan? Ada mereka ambik tahu pasal puasa ganti korang? renung renungkanlah.

Ps2: Jom hadir bengkel menulis oleh Hamka keretamayat pada 9 Feb ini di Perpustakaan Kuantan, yuran rm60 sahaja, makanan tak disediakan so boleh puasa ganti dan ajak suami sama-Woha!

Whatsapp: 0199117163

Jan 16, 2019

Apa itu Kejayaan?


(Ok, bila masuk tahun baru, maka kita akan renung kejayaan tahun lepas sebagai semangat untuk teruskan kejayaan tahun ini. Tapi apa itu kejayaan?)

Jom tengok sekeliling, ada tak kita kenal kawan lelaki yang badannya semakin sado? Atau kawan perempuan yang berbadan semakin rampin? Tahukah kita bagaimana mereka mendapat kejayaan itu?

Tengok lagi sekeliling? Ada pasangan laki bini yang hidup bahagia aman damai, seronok naik roller coaster masing-masing, dan tahukan apa yang mereka lakukan dalam hidup laki bini mereka? Tengok lagi tempat lain, Ada jugak pasangan laki bini yang selalu bergaduh dan nak bercerai, tengok apa yang mereka buat dalam hidup mereka?

Ada idea?

Tengok pulak kawan yang bisnes semakin maju, wow, tengok pulak yang bisnes semakin merundum..oh…

So kita di sini, adakah sekadar pemerhati untung rugi orang lain, atau apa kata, kita buat jalan hidup kita sendiri yang seronok beronok ronok!

Untuk itu, mari menjadikandiri  kita termasuk dalam golongan orang yang Berjaya!

Apa itu kejayaan?

Bagi aku, kejayaan adalah bila kita target sesuatu dan ianya tercapai.

Lagi bagus, target itu adalah sesuatu perkara yang tak pernah kita buat, (keluar dari zon selesa) dan berjaya di buat, waktu buat tu pulak rasa seronok, dan bila kejayaan dicapai rasa seronok beronok ronok. Itulah maksud kejayaan di dunia. (kejayaan bab akhirat akan menyusul di bawah-sila baca sampai habis)

Untuk mudahkan perjalanan mencipta azam menuju kejayaan: Mari pecahkan kejayaan kepada A paling hebat, B: hebat, C: Biasa, D: Teruk. E: sangat teruk.

Aku ulang:

A paling hebat,
B: hebat,
C: Biasa,
D: Teruk.
E: sangat teruk.

Dan terpulang bagaimana korang untuk tentukan apa itu A dan B, tapi ingat! untuk mulakan azam korang kena anggap korang di markah C, iaitu biasa. Dan sasaran korang adalah A atau B.

Nak mudahkan lagi, Perjalanan Mencipta Azam Menuju Kejayaan ini, sila pecah kecilkan sasaran kejayaan kita kepada 5 bahagian iaitu:

-Kesihatan (mahu sihat setara mana?)

-kecintaan (hubungan dengan pasangan, anak, ibu bapa, mahu tahap mana?)

-Kewangan (berapa banyak simpanan? Harta? Kuasa sedekah?)

-keakuan (apa belum pernah buat dalam hidup? Mengembara? Melancong? Belajar imu baru?)

-keAgamaan (Adakah mati esok membawa ke Syurga? Apa sumbangan saya pada agama?)

So kena set dalam kepala, kesihatan korang belum A, baru C. Kecintaan pun sama, dan lain lain pun sama, semua C.

Dan sudah tentu, untuk capai A dan B kena kerja keras, work Hard, Tiada Work Smart! Work Hard is work smart!

Namun masalahnya manusia ini, ada sifat malas, lemah, mudah putus asa lalu dari tahun ke tahun, hanya markah C dan mungkin dapat D, sampai E pun ada! makin teruk pencapaian nampaknya.
Lalu terlihatlah korang yang ada masalah Kesihatan yang semakin teruk sebab bertambah gemok sebab dapat penyakit baru siap ada segugus bungkusan ubat kena bawak kemana mana.

Isteri pulak makin bosan dengan kita, anak anak menjauh diri, kawan kawan semua menghilang. Kicintaan fail, sebab diri sendiri pun korang benci.

Wang dalam bank tak ada, dalam poketpun wang pinjaman. Makanan atas meja tak sedap, dalam peti ais dah berulat.

Banyak masalah jika nak cerita, lalu sebagai manusia yang takut gagal, malas Berjaya, tak suak dengar cerita azam tak dapat dicapai lalu korang pilih untuk hidup dikalangan orang yang markah lebih rendah agar korang lebih selesa dengan ‘kejayaan C’ kerana kawan kawan korang D dan E. Memang tak maju maju.

Lepas tu korang membawang burukkan golongan A dan B, semuanya di buat sebab korang nak selesa dengan C, D dan E, teruk kan?

Padahal hidup ini terlalu singkat untuk kekal dalam C, semua orang boleh capai A jika berusaha, atau B sekurang kurangnya…

So nak Berjaya, kita kena bergerak dari C ke B, dan dari B ke A. Bila dah sampai di A, kena besarkan minda, bahawa korang masih C dan buat sasaran A dan B yang baru, Nampak tak? Nampak tak cara orang Berjaya berfikir di luar kotak?

Semua ini adalah permainan keluar dari zon selesa (C ) dan menikmati zon baru (A dan B) yang nampak tak selesa pada mulanya tapi hakikatnya jauh lebih selesa dari C.

So bagaimana nak dapat A dan B?

Sebagai contoh, bab Kesihatan. Apa target korang? Kalau aku sebelum ini, berat badan 92 kg, aku target dapat 82 kg sebagai (B) dan untuk (A) aku target kesihatan yang baik sehingga mampu mendaki gunung kinabalu.

So selain jaga makan dan bersenam untuk dapat (B) aku berlatih naik gunung Ledang, Gunung Datuk, Gunung Irau, Gunung Suku, Gunung Berantai sehinggalah akhirnya aku dapat Berjaya naik Gunung Kinabalu pada akhir tahun lepas. Alhamdulillah! Markah A!

Benda simple sahaja, Untuk mudahkan azam menjadi kenyataan, kita set sasaran kejayaan, tulis, dan bagitahu rakan-rakan.

Maka aku tulis, DAKI GUNUNG KINABALU di sebelah kanan kertas, dan di kirinya, aku tulis Things to do untuk capai perkara itu, seperti:

-Study bab Hiking,
-beli alatan hiking,
-berlatih naik gunung Datok,
-Daki Gunung Berantai,
-Daki Gunung Ledang,
-hubungi kawan di sekitar gunung ajak teman daki gunung
-kumpul duit beli tiket kapal terbang-tarikh?
-Hubungi Malim Gunung? Kos?

So begitu lebih kurang, dan Alhamdulillah, waktu daki gunung Irau di Cameron Highland aku ada borak dengan kawan baru yang ada plan nak daki gunung Kinabalu, lalu aku letak nama untuk join, dan akhirnya dengan izin Allah, aku berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu pada umur 41 tahun, Alhamdulillah.

Ok, bab kedua, KECINTAAN. Sasarannya nak buat orang yang kita sayang gembira. Nak buat orang yang kita sayang waktu terima berita kematiaan kita, rasa berbaloi menikmati hidup bersama kita. So siapa yang kita sayang? Mulakan dengan ibu bapa, bini, anak, adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan.

Untuk ibu bapa, terus cari tarikh untuk ziarah mereka, kerapkan ziarah mereka. Kalau boleh sekurang kurangnya sebulan sekali kena ziarah mereka, terus catat di kelendar dan cuba luangkan masa bersama mereka selama yang kita mampu. Ziarah mereka markah (B). Ajak mereka jalan jalan tempat best.(markah A)

Aku plan nak ajak ayah pergi Umrah tapi ayah tak nak, so tak tercapai (A) tapi kekerapan ziarah tercapai, (B) namun aku ada jugak bawak ayah jalan jalan sekitar Malaysia.

Untuk anak Bini, sama jugak macam ibu bapa, cuba cari event yang gembirakan mereka, Bila Birhday mereka, bagi masa bersama mereka dan bawak makan tempat best, tengok wayang, main bowling, (itu markah B) pergi jalan-jalan tempat best, markah A, so aku bawak mereka mandi di taman tema, pergi jalan lama lama sikit, melancong luar negeri (untuk markah A) tak kisah, terpulang pada bajet masing masing, yang penting kita luangkan masa bersama mereka dengan kasih dan sayang.

Jika boleh cuba letak target MENYELAM KE DASAR LAUT BERSAMA ANAK BINI contohnya. Lalu kita senaraikan “things to do” untuk ke sana, dan saksikan betapa seronoknya anak bini menyelam melihat keindahan lautan ciptaan Allah.

Sama jugak untuk kawan-kawan dan saudara mara atau adik beradik, jika mereka ajak ke majlis kahwin anak mereka ke, terus catat di kelendar dan hadir majlis tu, (markah B) kalau boleh bantu mereka di majlis kahwin dengan ambik tugas yang mencabar, seperti MENJADI JURU PANTUN! (markah A) Ha ha, first time aku buat dan Okey jer, dua kali dah aku berpantun dalam majlis perkahwinan anak saudara. Lepas ni siapa nak upah juru pantun, boleh bagi tarikh, ha ha!

Jangan lupa belajar banyak ilmu yang boleh dikongsi dengan orang tersayang, aku pandai menyanyi, pandai main gitar, pandai melukis, pandai bab agama, dan macam macam lagi nikmat kepandaian yang selalu aku share dengan orang tersayang. Jadikan diri kita asset, bukan Liablility!

So, next, KEWANGAN, berapa income kita nak tahun depan? Pecahkan pada bulanan, dan mingguan, dan harian, lepas tu buat reverse Engineer, maka bermulalah things to do kita untuk capai sasaran tu, kes aku, menulis bukulah, (markah B jika siap tulis buku baru) atau buat bengkel menulis (markah A jika ramai peserta)-untuk rekod tahun lepas dapat 60 kerusi penuh dalam satu seisi ceramah. Alhamdulillah. so bab bisnes ni dah ramai orang cerita, maka tak payahlah aku cerita lebih lebih.

OK, Bab kesihatan dah cerita, bab kecintaan dah cerita, bab kewanganpun dah cerita, bab apa lagi?
Ya, bab keakuan, Me time. Dalam hidup ini kita kena ada sasaran peribadi.

Macam naik gunung kinabalu tu, itu sasaran peribadi keakuan aku, dan sekaligus termasuk dalam sasaran kesihatan, selain itu aku ada jugak backpackers ke luar Negara tanpa bawak anak bini, just me time. Pilih tarikh, anak bini faham. Alhamdulillah tahun lepas dapat naik bot si sungai Mekong Kemboja then redah jalan darat ke Viatnam. So pilih Negara yang korang nak pergi, dan tulis Things to do untuk capai matlamat itu.

InsyaAllah. Sasaran Peribadi ni tak semestinya kena ke luar Negara, tapi ianya lebih kepada “hadiah kepada diri sendiri” korang nak bergi bertapake? Apa ke? Lantaklah, asal jangan sampai menyusahkan orang. Bagus jika dapat belajar ilmu baru, atau buat sesuatu yang tak pernah dibuat. Boleh?

Tapi Jangan pilih sasaran kejayaan ikut nafsu, sebab kelak binasa diri, ada kawan aku, azam dia tak nak kahwin selamanya, sebab tak nak jadi hamba system perkahwinan katanya, tak nak jadi hamba wanita, tak nak susahkan anak sebab kita semua jahil. Dia terang terang cakap ni waktu umur dia 25 tahun. Dan dia berjaya tak kahwin sampai sekarang 45 tahun.

Tapi kejayaan dia tu tak terpamer di wajahnya, bila orang cerita pasal anak bini, dia akan menyepikan diri. Sunguh dia tak tahu nikmat balik rumah ada orang sambut dan ada orang peluk. Nikmat masuk kedai makan bersama anak bini, nikmat pergi bermain taman tema bersama anak bini, nikmat buat taklim bersama anak bini, tapi itulah, jika dia kahwin sekarang malu pulak sebab dulu dia menentang system, tapi tak salah telan ludah jika itu pilihan yang benar walaupun pahit, atau istilah lebih murni sekarang, U turn! Woha!

Ok, last bab agama, ini sepatutnya aku cerita awal awal lagi, tapi takut korang bosan pulak, tapi inilah sasaran paling penting, So apa target korang?

Sebelum itu kita kena faham, Kejayaan sebenar adalah bila kita diumum masuk syurga sewaktu berada di mahkamah Allah, Itulah kejayaan hakiki! Jika mati masuk neraka, menangislah air mata darah tak guna dah!

Untuk mencapai kejayaan diumum masuk syurga, pastikan di dunia, kita berjaya taat perintah Allah ikut cara Rasulullah s.a.w.

So Targetnya adalah: Jika saya mati sekarang, berdasarkan Al quran dan Hadis, InsyaAllah saya layak masuk syurga!

Boleh juga buat things to do, contoh: tulis KHATAM AL QURAN DUA KALI, dan tulis list seperti baca beberapa muka surat lepas solat, dan sebelum tidur. Atau tulis KAJIAN KITAB MUTAKHAB HADIS, target KELUAR BERDAKWAH, target melibatkan diri dalam program keagaman, Hadir Ijtimak, menerima jemputan berceramah dan sebagainya.

Jika ada rumah, target rumah di hadiri Jemaah Masturat. Berapa kali setahun?

Sungguh dalam bab agama ni kita jarang ada azam yang besar besar, hidup setakat jaga solat dan pergi denar ceramah sahaja. Lalu selesa dan perasan masuk Syurga, apa ke hal?

Nabi dna Sahabat dahulu hidup dalam mujahadah bersama azam yang tinggi, NABI dikir bagaimana masjid boleh dipenuhkan? Bagaimana seleruh dunia boleh dapat ajaran Islam, tapi kita hari ini:

Ada tak azam nak jadi pendakwah, nak berdakwah rumah ke rumah, pintu ke pintu?
Ada tak azam nak ziarah saudara islam seluruh dunia?
Ada tak azam nak berceramah pulak sebab ilmu ni kena sampaikan walau satu ayat?
Ada tak azam nak kembangkan Islam ke seluruh dunia?
Ada tak azam naik ikut Sunnah Nabi seratus peratus? 50 peratus? 10 peratus?
Ada tak?

Orang kapir tengok masjid kosong tak rasa apa-apa, normal sebab mereka kapir..tapi orang islam tengok masjid kosong tak rasa apa-apa? Nak tunggu rumah terbakar ke baru nak ke masjid? Ada tak azam nak istiqamah solat lima waktu? Ada tak?

So mari kita islah diri, kenapa kita gagal dalam bab dunia dan agama, pertama sebab azam kita tak kuat, keinginan kita lemah, dan kedua kita tak sanggup buat pengorbanan.

Untuk aku Berjaya daki gunung Kinabali, aku sanggup penatkan lutut dan kaki, aku faham dan aku redah, so untuk majukan agama, kita kena korban harta, masa dan perasaan.

Sanggup tak?

Aku pernah Tanya kawan yang selalu hiking walaupun hujan, katanya saya seorang pendaki, ini kerja saya.

Jadi dalam bab agama, ada tak dalam minda kita berkata: Aku seorang pendakwah, maka aku kena berdakwah walaupun hujan dan panas, walaupun sukar dan senang.

Jadi semuanya balik kepada cara kita melihat diri kita, Self image lah yang bakal menentukan kejayaan kita.

Dalam bab Kesihatan, korang kena ada Self image seorang atlit, ya saya atlit dan ini kerja saya.

Dalam bab Kecintaan, korang kena ada Self image seorang Suami romnatik misalnya, ya saya lah suami paling romantik dan kerja saya mencintai isteri saya tanpa syarat.

Dalam bab Kewangan, korang kena ada Self image seorang Ushawabn yang berjaya, ya saya lah pakar kewangan itu (sambil dua jari ditunjuk pada dahi)

Dalam bab Keakuan, korang kena ada Self image seorang paling ideal!, ya saya lah hamka keretamayat-yang dah lama kelakar tapi baru hari ini korang gelak sebab korang lembab. Kah kah

Dalam bab Keagamaan, korang kena ada Self image seorang DAe yang ada fikir risau Nabi, ya saya lah umat terbaik dari Nabi Terbaik dan Dakwah ini adalah kerja Nabi yang diwariskan kepada saya!

Faham ke tak ni?

Jika tak faham, korang hiduplah dengan markah C korang, pergilah berkawan dengan geng D dan E, tapi tolong jangan sekali kali pernah nak membawang dengan mereka yang nak markah A atau B ini, Cuma satu sahaja pesan aku:

Cukuplah jika korang mahu kagum dari jauh!

Woha!