Penulis: Hamka Kereta Mayat |
Aug 22, 2017
Kenapa Laki Bini Islam pun bercerai?
(Kenapa laki bini orang islam pun gadoh dan cerai berai,
bukankah islam dah ajar penganutnya jadi baik?)
Tanya korang, jawapan aku:
Allah dah tahu sifat manusia, sebab tu dalam Islam ni hukum cerai
adalah halal, sebab manusia memang akan ada sifat suka gadoh gaduh, tak puas
hati sini sana, tak bersyukur, suka mengeluh dan sebagainya.
Bayangkan jika Islam letak hokum haram bercerai, maka
meranalah mereka mereka yang ada masalah rumahtangga bila dapat pasangan kaki
pukul, penyakit kelamin dan sebagainya. Nampak tak?
Jadi bila korang dah jadi orang islam, tak semestinya korang
terus jadi baik, sebab islam, ni proses ajar manusia jadi ahli syurga, ajar
manusia berubah KE ARAH YANG BENAR. manusia pulak ada macam macam tabiat dan
perangai. Jadi Islam nak ajar ubah tabiat dan perangai ke tempat yang betul.
Contoh paling klasik, sebelum masuk Islam, Sayidina Umar
merupakan seorang yang pemarah dan sangat memusuhi Islam. Namun, setelah beliau
memeluk Islam, beliau masih bersifat dengan pemarah tetapi kemarahannya adalah
untuk perkara-perkara yang dibenci Allah dan beliau sangat memusuhi musuh-musuh
Islam.
Nampak tak?
Korang yang suka mengeluh dengan pasangan, sepatutnya ubah
kepada mengeluh pada diri sendiri yang banyak dosa, macam tu, macam teori Sains
belajar di sekolah dulu, tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah ke
medium yang lain, lebih kurang begitulah.
Jadi kita semua masih dalam proses belajar jadi ahli syurga,
belajar jadi baik, marah pada tempatnya, syukur pada tempatnya, mengeluh pada
tempatnya, lebih kurang begitulah.
Jadi dalam bab laki bini selalu bergaduh walaupun orang
Islam, tak payah cerita jauh,sama sama Jemaah
islam pun selalu bergaduh sampai ada bunuh membunuh. Rujuk PAS dan PAN,
bergaduh buat parti lain, UMNO dan BERSATU, bergaduh jugak, masing masing islam
tu, sebab manusia ni akan ada benda yang tak puas hati, berbeza pendapat, tuduh
menuduh, perasan bagus dan sebagainya.
Itu belum cerita SYIAH kafirkan SUNNI, WAHABI kafirkan
MAZHAB sampai perang bunuh membunuh.
Untuk atasi masalah ini, lepas perang dunia kedua, Maulana
Ilyas kaji antara sebab orang islam suka bergaduh adalah kerana masing masing
berdakwah guna kitab MASAIL, (kitab hokum hakam). MAsing masing tafsir Al quran
dan Hadis tak selari lalu jatuh hokum kafir mengakfir, halal membunuh dan
sebagainya.
Lalu Maulana Ilyas berharap umat islam dapat berdakwah guna
kitab hadis FADHAIL (Kitab kelebihan amal) agar suasana kasih sayang lebih
mudah terbentuk, tapi masalahnya kitab Kompilasi kelebihan amal belum wujud
lepas perang dunia ke dua, Kitab yang ada bercampur antara KELEBIHAN dan HUKUM
HAKAM.
Maka terpaksalah Sesesorang di lantik menulis kitab himpunan
kelebihan amal dalam skala paling besar, lalu Maulana Zakariya pun menulis
kitab tersebut. Maka akhirnya siaplah Kitab Fadail amal yang menjadi rujukan Jemaah
Tabligh dalam berdakwah, dalam kitab tu ada kelebihan solat, kelebihan puasa,
kelebihan Al quran, kelebihan zikir, kelebihan puasa, kelebihan haji, kelebihan
selawat, kelebihan sedekah, kelebihan berdakwah dan macam macam lagi.
Kitab tu dengar cerita mendapat tempat kedua paling banyak
di cetak selepas Al quran dan telah di alih Bahasa kepada lebih 200 bahasa.
Lalu tersebarlah Jemaah tabligh ke seluruh dunia bawak kitab
Fadhail amal dan takde pun nak gaduh sesama mereka walau ada macam-macam
mazhab, berbeza latar belakang keturunan dan bangsa serta kerjaya, tapi siap
buat ijtimak kumpul manusia berjuta juta, takde gaduh. Nothing to hide.
Cuba rujuk Jemaah yang berdakwah guna hadis Masail (hukum
hakam), memang boleh gaduh besar, seperti: siapa tak sokong Negara Islam,
kapir!, wajib bunuh! Siapa tak nak buat hudud, kafir! Siapa buat bidaah-kafir! Darah
mereka halal! Itu yang jadi perang sama islam, ISIS lah, Daeslah, Wahabilah,
Parti sana kafirkan parti sinilah, dan macam macam, Nauzubilllah!
Note: Orang Tabligh tak abaikan kitab hokum hakam, mereka
ada kelas tersendiri bersama maulana dan ustaz untuk pelajari semua hokum hakam,
Cuma bila berdakwah, mereka akan guna kitab Fadhail kerana manusia suka kepada
kelebihan, dan Allah tahu kehendak manusia, sebab tu dalam Al quran dan hadis banyak
cerita kelebihan amal, rujuk sejarah, perintah solat, puasa, zakat dan haji
turun pada fasa kedua dakwah di Madinah, di Mekkah Nabi berdakwah dengan
kelebihan menjadi orang Islam. Kelebihan bersabar, kelebihan tolong menolong.
Jadi balik kepada kehidupan Laki Bini, yang saling gaduh
sebab masing masing berdakwah sesama pasangan guna hadis Masail (hukum hakam),
lalu bini tuntut hak: Saya tak wajib masak, takde dalam hadis, saya tak wajib
kemas rumah, takde dalam hadis, itu ini begitu begini.
Eh! Si Laki pun apa kurangnya, bukak jugak hadis Masail
(hukum hakam), Bini nak buat apa apa, kena mintak izin, nak keluar rumah, kena
mintak izin, nak alihkan muka kat tempat tidur, kena mintak izin, bini tak
boleh tolak hubungan seks walau atas punggung unta, lepas tu gaduh, sebab Laki
marahkan bini tak amalkan hadis taat laki, dan bini marah laki sebab tak
amalkan hadis layan bini. Pung pang pung pang gaduh, macam parti politik daa…
Kan elok jika korang ikut berdakwah macam Nabi, dakwah lemah
lembut, dakwah dengan hikmah, jangan lupa dalam Al quran ada cerita kisah Nabi
Musa yang disuruh berdakwah lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Laki
korang bukan jahat macam Firaun, bini korang bukan jahat macam Bini Abu Lahab,
jadi tak perlu nak berdakwah dengan keras siap guna hadis Masail (hukum hakam)
dan tulis dalam FB hak korang berdasarkan hadis tu. Lebih baik guna hadis
Fadhail amal (kelebihan amalan),
Contoh: Bini yang buat air dapat pahala sekian sekian, laki
yang beli hadiah dapat pahala sekian sekian, bini yang senyum pada laki dapat
pahala sekian sekian, laki yang mencumbui bini dengan kasih sayang dapat pahala
sekian sekian, Bini bila solat, puasa dan taat, akan masuk syurga melalui mana
mana pintu, bini sakit beranak dan sabar, dapat pahala jihad, laki beri nafkah,
diberikan pahala atas setiap suapan makan bini, orang islam sempurna bila
berakhlak mulia dengan pasangannya, dan lain lain.
Hah! Baru aman damai, baru korang akan saling cinta
mencintai dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah. Bab hadis Masail
(hukum hakam), korang baca untuk diri sendiri amalkan, bukan baca untuk paksa
orang lain amal, pelan pelan kayuh, dakwah dengan hikmah ini ibarat pukul ular
dengan tongkat, yang mana ular mati tapi tongkat tak patah. Lain kali jika ular
lain datang, masih ada tongkat untuk pukul lagi. Nampak?
Tapi bayangkan jika korang dakwah dengan keras, pukul ular
sampai tongkat patah, datang ular lain, dah takde tongkat lagi untuk selamatkan
diri, itu yang laki bini saling gaduh bila masing masing keras kepala sebab
berdalil guna hadis Masail (hukum hakam). Adohai.
Cerita bab pukul ular, kami orang laki selalu dengar bini
jerit mintak tolong bunuh bintanang masuk rumah, “abang, lipas!, abang, ada
lebah terbang masuk rumah! Abang ada lipan dalam bilik air! Abang! kucing kurap
masuk dapur! Abang! Cicak dekat cermin kereta! Abang, labah labah dekat ampaian
tu!”
Hmmm, kami tahu orang perempuan lemah jiwanya bila berdepan
dengan binatang kecil, kami pun pergi tolong mereka, bunuh lipan, penyet lipas,
jauhkan labah-labah, sergah cicak! Halau lebah, dan pujuk kucing kurap keluar
rumah, tapi kami takdepun nak update dalam FB bagitahu hak laki di zalimi sebab
bunuh binatang ni takde dalam hadis ke apa ke bagai macam korang merungut penat
masak dan kemas rumah! Apa ke jadah?
Kenapa kami tak komplen? Sebab kami tahu kelemahan dan
kelebihan perempuan. Kami accept, redho dan pasrah, syukur dan sabar, ikhlas
dan istiqamah (wah dah keluar sound arab) Jadi kepada orang perempuan, ambik
tahulah kelebihan dan kekurangan laki korang, jangan komplen, dan berdakwahlah
guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan), InsyaAllah hidup korang
berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.
Tambah sikit bab binatang tadi, sesungguhnya, dalam kubur
dan dalam Neraka, dah takde lipas atau labah labah merayap, yang ada ular bisa
dan serangga berbisa, menyeksa perempuan yang tak solat dan taat suaminya. Hah!
Dah terguna hadis Masail (hukum hakam). Tengok nak marah lah tu!
Ok, hadis kena seksa dengan ular dalam kubur tu, aku baca untuk
pesanan kepada diri aku sendiri, semoga aku dan korang semua selamat dari azab
binatang bisa dalam kubur. Amin… Okey, dah penat membebel, Bini aku mintak
tolong beli gas sebab dah habis, nak pergi pikul tong gas kejap.
Walaupun tukar dan pikul tong gas 14 kg ni takde dalam
hadis, tapi kami orang laki tak komplen di FB macam korang orang perempuan
kompen penat masak dan kemas rumah sebab kami orang laki lebih faham hal ehwal
rumah tangga.
Buktinya, dunia ni ada Menteri Hal ehwal wanita, tapi takde
Menteri Hal ehwal lelaki!
Woha!
Ps: Bila keinginan kita tak sama dengan pasangan, maka
tegurlah pasangan masing masing dengan lemah lembut, guna hadis Fadhail amal
(kelebihan amalan) dalam majlis Ijtamae(terbuka), dan hadis Masail (hukum
hakam) dalam majlis Infradi(tertutup), InsyaAllah hidup korang berumatangga
akan lebih tenang dan bermakna.
Ps2: Aku tak sehebat Maulana Zakaria, satu hati nanti aku
harap ada ustaz yang layak dapat tulis buku kelebihan amal untuk kehidupan
suami isteri yang patuh Syariah macam Maulana Zakaria, ada hadis dan syarah
hadis yang boleh di baca macam taklim, sementera tunggu ustaz tu tulis, aku dah
tulis 10 (sepuluh) buku kisah kehidupan laki bini, ada kisah masalah rumah
tangga, masalah anak, masalah hantu, masalah dajjal, masalah gay, masalah isu
semasa, dan lain-lain yang mana dalam cerita terselit hadis kelebihan amal dan
sejarah islam yang boleh korang renung dan ambik iktibar, jangan kata abang
kereta mayat tak payung!
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam tuan..tak nafi apa yg jemaah tabligh berdakwah itu ialah cara nabi saw,tapi xberapa berkasih sayang kalo tuan gambarkan jemaah tabligh saja yg ikut cara nabi saw,itu langkah2 x berkasih syg tu tuan,sebab selagi seseorang muslim itu x melanggar syarak dan buat sesuatu yg Allah dan nabi saw x larang secara qattie,mereka juga sedang ikut cara nabi saw juga,apetah pula tuan sendiri tentunya arif yg nabi saw ada mewariskan kaedah usul feqah dgn rincian yg sangat halus hingga putus..jadi kalo seseorang seolah2 x buat ape yg mcm yg
nabi saw buat mengikut "mata" kita,mungkin saja dia sedang ikut nabi saw atas jalan usul feqah..sebab tu nabi saw suruh sangka baik..utk redho kan hati berlapang dada akui yg orang lain pun ikut nabi saw juga bukan hanya kita adalah perkara yg terlalu berat tuan..sangat2 berat walaupun kita x perlu keluarkan apa2 perbelanjaan..
Maaf ye tuan,kalo rasa x betul abaikan saje ye..
Dlm bab azab kubur ni kita ahlusunnah ni beruntung sebab bawak diri sebagai orang bodoh,lalu kita pun bertaqlid lah dgn ulamak2 bersanad smpai nabi saw,kalo kita ni bodoh memang jalan dia bertaqlid la kan?xkan nak pk sendiri2 lak kan hehe..kalo ikut2 persoalan ada atau xda azab kubur ni dah selesai lama secara automatik bg kita ahlusunnah ni semenjak kita belajar akidah lagi..kita memang berpegang ada nya azab kubur,tapi secara majazi,hakikinya terpulang Allah atas sifat harusNya..fi'lu kulli mumkinin autarkuhu,Allah Taala itu berkuasa mutlak berwenang2 buat/cipta sesuatu atau x buat/cipta sesuatu,seauai mengikut kehendakNya..jadi kalo Allah nak atau x nk adakan seksa kubur atas kita nanti lepas kita mati ianya datang dr Allah jua..kalo Allah lapangkan,aman bahgiakan kita dalam kubur beruntung lah kita,kalo Allah seksa kita celaka lah kita,namun kedua2nya dari Allah jua..pada yg berpegang dgn pegangan bahawa seksa kubur itu tiada secara hakiki,jika ditakdir kamu diseksa,ketika tu kamu nak berpegang dgn pegangan yg bagaimana?ini bukan dtg dr Allah,Allah tu sebenarnya xda?nauzubillahiminzalik..semoga kita semua seluruhnya baik2 saja akhirnya ye insyaAllah..
*sesuai
hukum lah bukan hokum, apa la, tak buat cross check ke sebelum post
Post a Comment