Feb 17, 2017

Upah doa depan Kaabah?

(Tanya sama abang keretamayat, Islam dan Geografi-isu Upah Doa depan Kaabah)


“Abang keretamayat, apa pendapat tentang upah doa di kaabah kerana doa lebih makbul di sana?”

“Doa boleh makbul di mana mana sahaja, bukan depan kaabah sahaja, nak kirim doa tak salah, tapi upah doa tu yang melampau, adohai…”

“tapi di sana, jika solat di Mekah selama 3 hari, pahalanya sama dengan 900 tahun solat di Malaysia kerana ganjaran solat di depan kaabah adalah 100 ribu kali ganda dari bersolat di Malaysia, jika bersolat di Madinah pula pahalanya 10 ribu kali ganda, sedangkan di Malaysia, jika kita berjemaah di masjid baru mendapat 27 kali ganda, tapi bersolat jemaah di depan kaabah bersamaan, 27 darab 100 ribu kali ganda, bersamaan 300 tahun solat di Malaysia untuk sehari di Mekah, dah tentu doa di sana juga berganda ganda makbulnya”

“tak dinafikan pahala lebih besar di sana, dan doa lebih makbul di sana, tapi Allah itu Maha Adil, ada lagi tempat yang lebih besar pahala dan lebih makbul doanya”

“Apa? ada lagi tempat lebih besar pahalanya dari Mekah dan Madinah? Kat mana tu?”

“ya betul, doa dan pahala dalam islam tidak terikat dengan geografi, islamkan adil, dan perlu terlihat adil, antara doa yang sangat makbul walau dimanapun berdoa adalah:, doa orang terniaya, doa ayah kepada anak, doa orang berpuasa, doa orang yang bersabar..”

“saya tahu itu, tapi tentang pahala yang lebih besar dari lokasi Mekah dan Madinah, kat mana tu? Teringin jugak nak pergi, jauh tak? Berapa tambang? Atau abang keretamayat ajar ajaran sesat, sebab mana ada tempat yang pahalanya lebih besar dari Mekah dan Madinah?”

‘”Astarfirullahalazim, buat apa abang nak tipu dalam bab agama, memang ada tempat lebih besar pahalanya..”

“abang keretamayat lupa ke hadith Nabi yang mengatakan, solat di Mekah mendapat ganjaran sebanyak Seratus ribu kali ganda, solat di Madinah mendapat seribu kali ganda, dan solat di masjidil Aqsa mendapat lima ratus kali ganda, lupa ke?”

“Tak lupapun, tapi memang ada tempat yang pahalanya jauh lebih besar dari tiga tempat yang kamu sebutkan tadi, dan tidak terikat langsung dengan kedudukkan geografi, sebelum tu, abang keretamayat nak betulkan, saya langsung tak ada niat supaya korang semua tidak pergi ke Mekah dan Madinah, bodohlah siapa yang faham macam tu, itu perkara wajib sekali seumur hidup, tapi aku nak bagitahu korang semua bahawa terdapat lagi ilmu yang perlu kita tahu tentang ganjaran pahala yang jauh lebih besar dari tiga factor geogarafi tadi”

“okey, kat mana tu bang?”

“rujuk hadis, tempat itu adalah di JALAN ALLAH!”

“jalan Allah kat mana?”

“Jalan Allah tidak terikat pada mana mana geografi, ia mungkin berada di sebelah rumah kita, di kampung sebelah, di Bandar atau di hujung kampung, pendek kata di mana sahaja tempat, asalkan di sana ada takazar(keperluan) ugama yang perlu disegerakan, disitulah jalan Allah”

“boleh terangkan lebih detail tentang jalan Allah?”

“Ok, Untuk bagi mudah paham, Jalan Allah itu senang cerita terbahagi kepada dua, satu jalan Allah umum, seperti pergi solat berjemaah (dapat 27 kali ganda), pergi menuntut ilmu (di doakan Rahmat oleh malaikat), atau pergi mencari rezeki yang halal (diberkati hidup), itu memang termasuk jalan Allah, tapi pahalanya terikat pada hadith Fadhail yang biasa. Manakala terdapat satu lagi jalan Allah yang khusus yang mana ganjaran pahalanya besar sekali!”

“hah! Yang ni saya nak dengar, kalau boleh bagi dalil baru saya percaya”

“okey, aku petik beberapa hadith: riwayat Aisyah: Debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah, akan di haramkan api neraka ke atasnya, hadis riwayat Tabrani, lagi satu: Sehari di jalan Allah, lebih baik dari seribu hari di jalan lain, hadis riwayat Nasai. Ada lagi: Sepagi atau sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isinya, hadis riwayat Anas”

“bab pahala lebih besar dari mekah tu mana hadisnya?”

“dengar ni, Dari Abu hurairah, berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan Hajar Aswad di malam lailatul qadar, korang bayarangakan, LEBIH BAIK DARI BERIBADAT DI HADAPAN HAJAR ASWAD DI MALAM LAILATUL QADAR, hadis lainL Berdiri di jalan Allah, lebih baik dari bersolat di rumah selama 70 tahun.(HR Tarmizi), Siapa yang menjaga harta dan keluarga orang keluar di jalan Allah, akan mendapat pahala yang sama (HR Baihaiki), Setiap amalan di jalan Allah akan di ganjarkan sebanyak 700 ribu kali ganda bagi orang bujang dan di darab 4.9 juta kali ganda untuk orang yang sudah berkahwin. Orang yang mengaji siang malam, tahajjud sepanjang malam, dan berpuasa setiap hari tidak akan dapat menandingi pahala orang yang tidur di jalan Allah”

“boleh bagi dalil sumber hadis mana tak semua tu?”

“korang pergilah rujuk sendiri, memang ada dalam kitab, aku tak hafal sumber mana, tapi insyaALlah, apa yang aku dengar banyak kali, aku sampaikan walau septong ayat, aku bukan suruh korang jangan pergi haji, itu WAJIB pergi, Cuma nak bagitahu kepada yang taksub nak upah orang doa depan kaabah sebab pahala kat sana besar, padahal ada pahala yang jauh lebih besar dalam islam melangkau faktor geografi, kerana itu ramai sahabat keluar berdakwah ke seluruh dunia sedangkan jika mereka mahu pahala banyak, cukup lepak di Mekkah, Madinah, tapi tak, kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam, kerana sahabat faham tentang takazar (keperluan) ugama dan faham bahawa pahala berada di jalan Allah sangat besar sekali”

“betul jugak tu”

“Pernah ketika Abu Hurairah menghantar satu jemaah jihad di sempadan Madinah, selesai jemaah itu bertolak, kelihatan Abu Hurairah berdiri termenung seketika di sempadan tanpa bergerak gerak. Sahabat lain yang rasa pelik lantas bertanya: “buat apa tu?” Jawab Abu Hurairah, Nabi pernah bersabda: Berdiri seketika di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isi-isinya”

“terima kasih keretamayat, masalah ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk upah orang berdoa ke Mekkah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, kena simpan wang itu untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar, betul tak?”

“betul betul betul!”

“wah tiba tiba keluar suara upin ipin, betul betul betul”

“Woha!”

TAMAT.

Keterangan.

Demikian tadi perbulan ringkas antara pembaca blog keretamayat dan Hamka keretamayat, semoga dapat manfaat kepada korang semua walaupun last part keluar suara upin ipin, adohai..

Sebagai penutup: Aku kongsi satu kisah yang ada kena mengena dengan masalah di atas, yang mana pada suatu hari, Rasulullah SAW telah menghantar jemaah dakwah ke jalan Allah kepada pelbagai Raja, antara jemaah itu ada yang di hantar kepada Raja Busra yang mana salah seorang dari jemaah islam itu telah di bunuh oleh pegawai Qaisar, nama sahabat yang syahid ini adalah Haris bin Umar r.a.

Nabi SAW sangat sedih dan telah menghantar jemaah jihad seramai 3 ribu orang, Amir jemaah yang di lantik oleh Nabi adalah Zaid bin Harithah r.a.

Pesan Nabi lebih kurang maksud kepada jemaah tersebut sebelum bertolak:

Wahai Zaid bin Harithah, Jika kamu terkorban syahid, tempat kamu hendaklah di ganti oleh Jaafar bin Abu Talib, jika Jaafar terkorban syahid, tempatnya hendaklah di gantikan dengan Abdullah bin Rawahah, dan jika Abdullah terkorban, bermesyuaratlah antara kamu dan lantiklah salah seorang dari para jemaah sebagai ketua baru.

Seorang yahudi yang merupakan ahli kitab selepas mendengar kata kata Nabi, terus berkata, mereka semua pasti akan syahid, Nabi Nabi terdahulu, jika berpesan sebegini, maka pesanan itu membawa maksud yang sebenarnya.

Abdullah bin Rawahah r.a yang faham bahawa beliau akan mati syahid telah buat satu keputusan, iaitu ketika jemaah jihad itu bertolak di pagi jumaat, beliau telah menangguhkan pemergiannya kerana INGIN BERSOLAT BUAT KALI TERAKHIR DI BELAKANG NABI MUHAMMAD SAW DI MASJID NABAWI, bayangkan betapa besarnya pahala bersolat di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, ketika hampir jumaat, Nabi telah terlihat beliau dan bertanya kenapa belum bertolak?, beliaupun menerangkan hajatnya iaitu MAHU BERSOLAT BUAT KALI TERAKHIR DI BELAKANG NABI MUHAMMAD SAW DI MASJID NABAWI.

Korang tahu apa Nabi cakap?

Nabi bagitahu, Jika kamu ada harta sebanyak dunia dan seisinya, lalu kamu sedekahkan, tidak dapat menandingi pahala sahabat kamu yang telah bertolak pagi tadi di jalan Allah.

Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda, kamu telah terlambat masuk ke syurga berbanding sahabatmu pagi tadi sejauh 500 tahun ketinggalan.

Jadi cuba korang bayangkan betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebenar bukan terhad kepada faktor geogarfi Mekah dan Madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.

Sehinggakan sepagi di jalan Allah adalah lebih besar ganjarannya dari bersolat jumaat di belakang Nabi Muhammad SAW di dalam Masjid Nabawi di zaman terbaik.

Ada riwayat mengatakan, Malaikat Jibril memberitahu bahawa beliau boleh menghitung titisan hujan dari zaman Nabi Adam, tapi beliau tidak dapat menghitung pahala orang yang keluar dijalan Allah.

Oleh kerana sahabat Nabi faham tentang perkara ini, maka tidak banyak kubur sahabat Nabi di Mekah dan Madinah, rekod mengatakan jumlah sahabat Nabi ketika Nabi memberi khutbah terakhir adalah berjumlah 124 ribu para sahabat, tapi jika korang menghitung jumlah kubur sahabat Nabi di sekitar tanah arab, jumlahnya hanya dalam 10 ribu sahaja, itupun termasuk jumlah mereka yang telah mati syahid ketika berperang di sekitar lembah hijaz, tapi baki 114 ribu lagi kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam kerena mereka telah meninggal di hujung hujung dunia terkorban dalam misi mengembangkan agama lalu syahid di jalan Allah.

Tapi jangan salah ertikan jalan Allah dengan sewenang wenang, sebab ada peserta perhimpunan tunjuk perasaan nak gulingkan kerajaan mengaku yang mereka sedang berjuang di jalan Allah, atau ada ustaz cakap, berjaga malam menjaga poster parti daripada dikoyakkan oleh parti musuh adalah sama dengan mata orang yang berjuang dijalan Allah, ada pulak ustaz lain cakap, menggantung bendera di puncak pokok kelapa adalah berjuang di jalan Allah yang mana jika jatuh dikira mati syahid, atau penyani rock ketika buat konsert menyanyi lagu ada unsur ketuhanan sikit bagitahu mereka sedang berjuang di jalan Allah, atau pengarah filem yang buat filem bertemakan ugama walaupun ada babak dalam disko supaya penonton insaf mengaku berjuang dijalan Allah, atau geng whasap serta facebook yang kerjanya copy/paste artikel agama dengan ‘penuh mujahadah’ seperti duduk bersandar pada kerusi dan gerak gerakkan mouse mengaku sedang berjuang di jalan Allah.

Pendek kata semua gerakan, usrah, kumpulan yang mana so call islamic mengaku mereka sedang berada di jalan Allah.

Tapi betulkah mereka sedang berada di jalan Allah yang khusus, atau hanya dijalan Allah yang umum?

Jalan Allah yang umum pahalanya biasa sahaja, tapi jalan Allah yang khusus ganjarannya dahsyat sekali sehingga lapan malaikat yang pikul arasy akan berhenti berzikir dan mendoakan keampunan kepada mereka yang berjuang di jalan Allah yang khusus.

Straight to the point, Jalan Allah yang khusus adalah jalan yang dilalui oleh Nabi Muhamad SAW dan sahabat RA atas maksud ugama secara khusus.

Keluar dengan mesyuarat dari Nabi dan atas maksud ugama semata mata.

Ulamak Buznama ada tafsir, jalan Allah yang khusus ada empat perkara di dalamnya.

1.            Jumpa manusia dan menyeru mereka kepada Allah.

2.            Menjaga ibadat terutama solat berjemmah.

3.            Mengadu kepada Allah dalam solat tahajjud di malam hari

4.            Mencegah diri dari berbuat dosa sepanjang berada di jalan Allah.

Pendek cerita, Empat perkara ini berlaku dalam jemaah dakwah dan jemaah jihad yang di bentuk oleh Nabi Muhammad SAW, contoh dalam jemaah jihad perang,:

1.            Nabi perintahkan sahabat berdakwah dahulu selama 3 hari sebelum berperang.

2.            Dalam perperanganpun, Nabi masih menjaga solat berjamaah bersama sahabat.

3.            Nabi dan sahabat menangis di sepanjang malam memohon bantuan Allah agar hidayat tersebar

4.            Sahabat di sibukkan oleh Nabi dengan perbagai perkara ugama sehingga mereka letih dalam ibadat lalu tidak terdaya lagi untuk buat maksiat

Menguatkan lagi hujah ini, ada hadith yang mengatakan jika satu tempat ada amalan jumpa manusia kerana Allah, ada orang solat tahajjud dan ada orang menjaga solat jemaah, maka Allah akan mempercepatkan Rahmat dan akan tangguhkan bala.(Fadail amal)

Maka pesan aku kepada korang semua, sebelum korang mengaku sedang berada di jalan Allah, Tanya diri masing masing: adakah korang jaga solat jemaah di jalan Allah itu? Adakah korang jaga solat tahajjud di jalan Allah itu?Adakah korang keluar bertemu manusia untuk menyeru mereka kepada Allah sepanjang berada di jalan Allah itu? Dan ada tak korang buat maksiat, bergaul lelaki perempuan, mengumpat, dan macam macam lagi dosa di sepanjang jalan Allah itu?

Jika ada perkara negatif seperti lengah solat, malas tahajjud dan buat maksiat di jalan yang korang claim ‘jalan Allah’ itu, lebih baik korang renung balik dan tanya:

Aku ni sedang duduk di jalan Allah atau duduk di jalan syaitan?

Menangislah dan berguling gulinglah kamu!

Pesan pada diri sendiri-Sekian.


16 comments:

ABU said...

Tuhan Maha Pengasih, Maha Rahmat, Maha Mendengar, Ilmu dan Pendengarannya di mana mana, lebih dekat pd kita dr urat leher kita sendiri, memustajabkan doa bg yg berdoa tak kira di mana pun kita berdoa. Hanya saja hendaklah kita beradab dlm berdoa yg antara adabnya berdoa itu tak mendesak disegerakan ijabahnya, dan dgn hati yg khusyuk, dan doa pula hendaklah utk kebaikan bukan utk mencelakakan sesiapa. Cumanya dlm Al Quran, Tuhan juga meminta kita mengqabulkan seruanNya dgn mentaati segala PerintahNya.

Jika perasan, bnyk sekali sebenarnya doa kita yg diijabahkan Tuhan, bahkan bnyk juga yg kita tak minta, atau lupa utk minta, yg Tuhan berikan, bukankah Tuhan itu Maha Pemberi (Wahhab) ?
Anak yg baik, yg taat, yg meminta kpd ayahnya sesuatu yg baik, berulang ulang kali pula, masakan ayah yg baik dan penyayang tergamak menghampakannya ? Apatah lagi bg Allah swt yg Maha Kaya lagi Maha Pemberi terhdp hamba hambaNya.


Sentuh sedikit ttg ganjaran bagi amal.

Pndgn peribadi saya, ada perbezaan antara amalan yg diganjari dgn amalan yg diterima Allah swt.
Bg saya semua amal kebaikan pasti diganjari, bnyk, sedikit, bergantung darjah keikhlasan dan kekhusukkan masing masing, juga kepayahan, usaha dan ikhtiar dlm melakukannya, juga bahkan digandakan pd masa masa yg dimuliakan dan di tempat tempat yg dimuliakan.
Amalan yg diterima Allah swt pula, adalah satu kehormatan dan kemuliaan, yg mana amalan itu sendiri sempurna zahir dan batinnya, dr hamba yg sempurna taqwanya kpd Allah swt, sbgmn diungkapkan Habil, yg diulang kata oleh Allah swt dlm Al Quran "...dia (Habil) berkata : Hanyasanya, Allah (swt) hanya menerima dr org org yg bertaqwa." 5:27.

WaAllahu'alam !

Anonymous said...

dah lama x baca tulisan panjang mcmni.. dapat juga habiskan..perghhh kagum dari jauh dengan penulisan hamka

khai said...

Jemaah Tabligh dan Gerakan Salafi/Sunnah
Kritikan yang kerap diutarakan :
1- Ahli Tabligh ramai yang jahil dan tiada ilmu yang cukup untuk berdakwah.
2- Tabligh ada campuran sufi,kuburi,asyaari dan sewaktu dengannya.
3- Penetapan 3 hari, 40 hari dan 4 bulan adalah bid'ah.
4- kitab Fadhail A'mal penuh dengan hadis dhaif dan palsu.
Solusi saya kepada kritikan ini :
1&2 - Jom kita para ustaz sunnah buat usaha Tabligh yang menepati al-Quran dan as-Sunnah.
3- Sebagai latihan, kita KELUAR buat daurah ilmi'ah untuk seminggu ke, dua minggu ke, tanpa penetapan.
4- Kita tinggalkan fadhail amal. Kita buat daurah kitab fiqh, hadis, akidah dan seumpamanya dalam tempoh tu.
TETAPI
kita kena duduk di masjid lah selama seminggu, dan kita kena hantar jemaah untuk iklankan kepada orang kampung tentang kehadiran kita dan pujuk mereka datang mengaji.
dan ia bukan program sekali ini, tetapi usaha berterusan. Di samping itu, kita kena usaha untuk wujudkan jemaah seperti solusi saya di atas untuk dihantar ke tempat-tempat lain juga.
siapa sedia? ustaz dan penuntut ilmu sunnah. sila bagi nama anda untuk urusan pembentukan jemaah.

Anonymous said...

masyaAllah akidah asyairah@maturidiah bidaah??..
jgn la ikut trend aliran2 muda@baru yg bermudah2an membidaah2kan ulamak2 yg terdahulu dan sedara mara kita sendiri tanpa tahkik.. jemaah tabligh tu ahlisunnahwaljamaah tu..kerana pendiri jemaah tabligh iaitu sheikh muhammad ilyas kandahlawi tu akidah beliau ialah akidah maturidiah..memangla seseorang tu tidak menolak bab sufi@tesauf@ihsan jika dia berakidahkan asyairah@maturidiah..
akidah asyairah@maturidiah ni dah tentu2 akidah dari golongan salafussoleh yg bersanad sampai nabi saw..ahlisunnahwaljamaah la tu,ape yg nak di biddaah2kan pulak..

Anonymous said...

Assalamualaikum Hamka.. saya tiba2 sedih.. saya dah 5 tahun kahwin tapi belum dikurniakan anak.. kalau saya meninggal.. siapa nak bacakan yassin utk saya. Saya sedih. Sori tade kaitan pun dgn artikel

Saodah

farif said...

tolong betulkan fakta yg jemaah yg dihantar ke parsi tu 3 ribu orang, bukan 300 ribu orang.

Unknown said...

Kaabah tu hanya satu bangunan batu yang tidak ada apa apa hikmat..doa didepan kaabah atau dalam bilek tidur sendiri bagi saya tak ada beza nya
..sungguhnya allah tu maha mendengar tak kira dimana sahaja nya kita berada

ABU said...

Hormati peranan dan sumbangan setiap individu dan jamaah, jauhi sikap ego dan taksub dgn pndgn dan jamaah sendiri. Dan kita pun tak sepatutnya memaksa atau mendesak setiap org mengikuti cara kita, apatah lg memperkecil sumbangan jamaah atau individu lain.

Jamaah Islam yg diasaskan Nabi saw, dan dicontohi Para Khulafa' ArRasyidin, ada ulil amrinya, ada syura penasihatnya ulil amri, ada jamaah dakwahnya, ada jamaah jihad qitalnya, ada golongan yg memperdalam ilmu agama dan mengajarkannya, ada golongan yg memperteguh ekonominya. Alangkah cantiknya jika hari ini kita mencontohinya tanpa memperkecil peranan mana mana golongan, yg semuanya kita usahakan atas dasar taqwa kpd Allah swt. Satu ketika saya melihat jamaah Al Arqam melakukan dgn begitu baik sekali, tp sayang ketaksuban pd jamaah dan pengkultusan pd pemimpin merosakkannya.

Hari ini umat Islam bergerak atas niat utk memperbaiki diri dan memperjuang agama dlm pelbagai jamaah, mk seharusnyalah kita saling menghormati, jgn salah menyalahkan, dan meremehkan peranan golongan lain. Jika ada teguran, atau mungkin umpat keji, atau celaan terhdp diri kita atau jamaah kita, fikir secara positif utk kita memperbaiki diri dan jamaah kita.

Antara cirinya org org yg dikasihi Allah swt itu ;

"...mrk berjln di atas mukabumi dgn rasa rendah diri (tawaddu') dan apabila disapa (dicela, dihina, diumpat keji) oleh org org yg kurang berpengetahuan, mrk mengucapkan (membalasnya dgn) kata kata yg baik." 25:63.

Unknown said...

"Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah aturan hidup (deenahum) dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu (Nabi Muhammad Saw) kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat " AQ 6:159

"dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah iltizam dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah" AQ 30:31

A032

"yaitu orang-orang yang memecah-belah aturan hidup (deenahum) mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.

A052

" Dan sesungguhnya kamu adalah satu ummat, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu" AQ 23:52

A053
"Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing)" AQ 23:53

Harun Ismail said...

So, boleh tak ambil upah berdoa depan kaabah?

Harun Ismail said...

Sedikit pertanyaan dan komen

1. Benarkah doa boleh dikirim-kirim dan tidak salah seperti Abang Keretamayat tulis? Yang salah cuma upahnya sahaja?
2. Bukankah fokus doa dan ibadat ialah pada keikhlasan dan ketepatannya dengan sunnah nabi junjungan SAW?
3. Cuba Abang Keretamayat tulis hadis di jalan Allah itu dengan sumbernya, lagi bagus kalau ada sanad, perawi dan matan. Barulah kita dapat belajar dan tahu ada sandarannya.
4. Begitu juga sumber hadis riwayat Aisyah, Tabrani dan Anas.
5. Hadis berdiri sejenak di jalan Allah tu boleh tak Abang Keretamayat datangkan syarah hadisnya. Jalan Allah yang seperti apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah. Ada tak huraian dalam kitab-kitab ulama-ulama hadis.
6. Adakah jalan Allah yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Nabi SAW itu ialah jihad perang atau umum? Atau yang hanya difahami oleh satu-satu jemaah dalam islam dan untuk golongan mereka sahaja?

hamka said...

Terima kasih ABU

Terima kasih khai

Kepada Saodah, pengalaman kawan, bila ambik anak angkat, tak lama Allah bagi anak sendiri, insyaAllah, anak angkat pun satu Sunnah. Semoga urusan anda dipermudah olehNYA.

Terima kasih farif akan saya betulkan, tiga ribu tu

Ya encik azmi mohd yusoff, waktu cium hajatul aswad, Saidina Umar juga cakap, aku cium kerana Sunnah,

Harun Ismail, jawapannya ada upah haji, maka suruhlah orang yang ambik upah haji untuk berdoa terus depan kaabah.

hamka said...

kepada encik harun ismail

Sedikit jawapan dan komen, jika salah boleh betulkan.

1. Benarkah doa boleh dikirim-kirim dan tidak salah seperti Abang Keretamayat tulis? Yang salah cuma upahnya sahaja?

(Nabi pernah tanya pembantunya apa yang dimahu, jawab pembantunya mahukan syurga, maka nabipun berdoa untuknya, maka boleh kirim doa kepada orang yang lebih bertakwa, Cuma waktu nabi dapat permintaan itu, nabi jawab: bantulah doaku dengan perbanyakkan sujud, bermakna nabi boleh tolong doa, tapi orang yang minta itupun kena kuat juga berdoa dan solat-wallahu’lam)

2. Bukankah fokus doa dan ibadat ialah pada keikhlasan dan ketepatannya dengan sunnah nabi junjungan SAW?
(dah jawab sekali dalam no satu tadi)

3. Cuba Abang Keretamayat tulis hadis di jalan Allah itu dengan sumbernya, lagi bagus kalau ada sanad, perawi dan matan. Barulah kita dapat belajar dan tahu ada sandarannya.
(hadis tu banyak saya petik dari kitab mutakhab hadis karangan maulana yusof dan kitab fadhail amal karangan maulana zakaria, tuan boleh semak kedua dua kitab itu, maafkan saya sebab tak hafal sumber secara detail)

4. Begitu juga sumber hadis riwayat Aisyah, Tabrani dan Anas.
(dah jawab no 3 tadi)

5. Hadis berdiri sejenak di jalan Allah tu boleh tak Abang Keretamayat datangkan syarah hadisnya. Jalan Allah yang seperti apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah. Ada tak huraian dalam kitab-kitab ulama-ulama hadis.

(pernah dengar ceramah, syarah ustaz lebih kurang macam apa yang saya tulis, sedikit kurang dan boleh tambah baik jika ada kefahaman yang lebih baik)

6. Adakah jalan Allah yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Nabi SAW itu ialah jihad perang atau umum? Atau yang hanya difahami oleh satu-satu jemaah dalam islam dan untuk golongan mereka sahaja?

(sudah jawab di no 6)

Terima kasih tegur dan komen.

Harun Ismail said...

Soalan off topik untuk Abang Keretamayat.

Soalannya, setakat mana kah ilmu agama yang paling minimum yang dituntut ke atas seorang mukallaf dalam islam? Contohnya dia dah tahu dan beramal dengan semua rukun islam, rukun iman, yang wajib tidak ada satu yang tertinggal setakat yang dia tahu. Adakah dia dituntut untuk belajar hadis macam student hadis belajar kat pondok atau university, atau ilmu tauhid yang detail-detail dalam kitab-kitab besar, ilmu tafsir Al-Qur’an dan lain-lain. Adakah cukup untuk dia beramal dengan kitab-kitab atau buku-buku yang dia baca? Atau cukupkah dia bertaklid kepada mana-mana ulama yang telah pun diketahui mengikuti jalan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda?

Anonymous said...

Jalan banyak dah jumpa tapi Allah tak jumpa jumpa, itu yang jadi masalahnya
kesudahnya jalan Allah hanya sebutan dan igauan semata mata.
itu pentingnya awaludin makrifatullah.. dah sebut berkali kali dah..

Anonymous said...

Bangunan batu yang tidak ada hikmat? Doa depan kaabah tak ada beza dengan doa dalam bilik tidur? Pergi belajar lagi banyak2..