Sep 17, 2015
Bila Alien Mencari Tuhan?
(Blogger Detective nie berkata: Anyway hamka, Semoga syiar
islam kita dapat tegakkan semula suatu hari nanti., Agak-agak rajin, sila buat
ulasan movie PK lakonan amirkhan.. Agak deep. Kata aku dua minggu kemudian,
baiklah!)
ULASAN FILEM PK oleh Hamka Keretamayat
Sekonyong-konyongnya, lantas terlihatlah sebuah pesawat
berbentuk aneh yang telah tersesat ke dalam awan di sebuah kawasan lapang di
benua India, dan dari pesawat tadi, turunlah seorang (atau seekor?) makhluk
asing yang mempunyai raut wajah seperti Aamir Khan, berjalan dalam keadaan
berbogel macam bayi yang baru dilahirkan.
Sebagai ‘bayi yang baru lahir’, maka surrounding authortylah
yang akan mencoraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi atau islam.
Akarian, selepas alat kawalan kapal angkasanya hilang kena curi, maka seekor alien berwajah
Aamir Khan ni mencuri pakaian dari dua ekor penzina yang sedang buat projek
dalam kereta.
Untuk kembali pulang ke angkasa, seekor Alien ni perlu
belajar bahasa orang bumi, caranya dengan pegang tangan orang lama-lama. Tapi
siapa larat nak tangan di pegang lama lama tak buat apa-apa macam transfer USB
gaya Yoga. Tapi akhirnya ada seekor perempuan pelacur yang sanggup menerima
layanan pelik, iaitu tak perlu berzina, cukup tangan di pegang oleh seekor
alien ini selama berjam-jam untuk transfer bahasa tempatan.
Ok, masalah bahasa dah selesai, walaupun bercakap macam
gampang sebab guna dialek pelacur tempatan tapi misi mesti di teruskan untuk
mencari alat kawalan kapal angkasa yang di curi orang.
Pendek cerita, bila dia mengadu masalah hilang barang pada
semua orang di jalanan, respon yang diterima:
"hanya tuhan sahaja yang
mampu tolong kamu"
Ok, misi berubah. Kena cari Tuhan dahulu, dah jumpa Tuhan,
baru minta tolong kepada Tuhan carikan alat kawalan kapal angkasa.
Tapi di mana nak cari Tuhan?
Tanya pada orang di jalanan. Yang membuatkan semua orang
kata dia ni dah “PK” yang bermaksud “Mabok”.
Oleh sebab semua orang panggil dia PK, maka PK faham namanya
di bumi adalah PK.
“My name is PK, where is God?”
Pendekkan cerita lagi, PK akhirnya jumpa kedai menjual Tuhan (berhala) area situ. Rupanya
tuhan ada dijual secara runcit, banyak jenis dan pelbagai saiz pulak tu.
Adohai..
Dengan menggunakan duit curi, PK beli sebuah ‘tuhan’
(patung) kecil, itu yang paling murah tapi rasa kena tipu sebab tuhan tu tak
bergerak, di sangkanya tuhan kecil tu sudah habis habis bateri. Maka berdialoglah PK dengan penjual patung
itu. Selepas ini PP.
PK : kenapa tuhan ni tak function? , habis bateri ke? Tolong
masukkan bateri lagi.
PP: Kamu gila ke
apa?, tuhan ni mana pakai bateri.
PK : habis tu kenapa tidak function?
PP: Malas layan orang
mabuk!
PK: Siapa cipta tuhan kecil ini?"
PP: tentulah saya!
PK: Siapa tuhan sebenarnya? Jika kamu yang cipta tuhan ni,
siapa pula cipta kamu?"
PP: Tuhan cipta saya.
PK: jika tuhan cipta kamu, kenapa kamu mahu cipta tuhan
pula?
PP: kamu mahu
rosakkan bisnes saya ke? Berambus!
Nasib baik Raja Namrud tak ada waktu itu, kalau tak, dah
tentu PK ni kena bakar api macam Nabi Ibrahim a.s.
Imbas kembali:
Raja Namrud: Siapa pecahkan semua tuhan (berhala) yang
kecil?
Nabi Ibrahim: Patung yang besar tu, tengok kat tangan ada
kapak.
Raja Namrud: Berhala itu mana boleh bergerak!
Nabi Ibrahim: Habis tu, kenapa kamu sembah tuhan yang tak
bergerak!
Raja Namrud: Bakar!
Tamat Imbas kembali.
PK yang keliru kerana terlalu banyak Tuhan di dunia ini,
akhirnya membuat keputusan mencari Tuhan dengan mencuba semua agama, masuk
kuil, masuk gereja, bersembahyang di masjid lantas membuatkan aku teringat
kepada mualaf seperti Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr
Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari
Tuhan, mengkaji pelbagai agama dan akhirnya berjumpa dengan agama Islam.
Di sini suka aku berpesan kepada orang bukan islam, dalam
bab dunia, dalam menilai fakta, kita akan kaji dan siasat, kita rujuk semua
dokumentasi, baca journal dan research paper, tengok jumlah data, perbandingan
analisis, dan kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita faham beza antara teori
dan hokum. Fakta tetap fakta.
Tapi dalam bab agama, kita tidak kaji dan siasat, kita
tidak rujuk semua dokumentasi, kita abaikan data, tiada perbadingan
analisis, dan tolak kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita menolak fakta
dan menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek
moyang, atau tolak kewujudan Tuhan dan mati bunuh diri, adohai..
Sambung balik, akhirnya PK jumpa dengan orang yang mendakwa
boleh berhubung dengan Tuhan.
Tapi bila tengok orang datang mengadu masalah di suruh
selesaikan masalah dengan cara yang salah, PK gelar orang ni ada masalah
"wrong number".
Sebab jika betul dari Tuhan, maka cara penyelesaian akan
menyelesaikan masalah, bukan menambahkan lagi masalah.
Rupanya di hujung cerita, orang tu ada memiliki alat kawalan
kapal angkasa PK dan tipu itu konon hadiah dari tuhan.
Akhirnya PK berjaya bongkar kesalahan mamat ni kerana
rupanya seorang conman, manusia biasa, yang guna sentiment agama sebagai modal
untuk tipu orang yang jahil lalu mendapat duit dan pengaruh. Adohai, bab duit ni, tuhan pun orang
main-mainkan.
Rujuk Al quran, Nabi tak kenakan cas dalam berdakwah bang,
" wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang
harta benda sebagai upah dalam menyampaikan ugama, tiadalah aku harapkan upahku
melainkan dari Allah semata-mata" (Hud:29)
Last, PK dapat balik alat kawalan kapal angkasa dan kembali
ke langit, dari langit PK datang, kepada langit PK pulang setelah ‘berjumpa’
Tuhan, namun sebelum PK pulang, sempat PK berpesan:
"Dalam dunia ini, ada dua jenis tuhan. Tuhan yang
menciptakan kita. Dan Tuhan yang kita cipta. Berhentilah menyambah Tuhan yang
kita cipta. Kembalilah kepada Tuhan yang menciptakan kita."
PK Aamir Khan Movie part 2
PK sewaktu entry ini ditulis, belum ada part 2, tapi jika
ada mungkin kisahnya begini.
Sebaik beliau naik ke angkasa, maka akan berjumpa dengan
ketua beliau yang akan mintak laporan sepanjang mengembara di bumi, kenapa lama
sangat turun baru balik?
Jadi PK akan bercerita tentang pengalamanya mencari Tuhan.
Maka berkatalah PK.
Tuan, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun
yang terbesar ada 4 iaitu:
Christian
2.0 billion
Islam
1.2 billion
Hindu
811 million
Budda
360 million
Dalam hidup manusia yang beragama, mereka adalah makhluk
yang logic, mereka bersetuju bahawa mereka ini adalah sebahagian dari alam
semesta. Mereka bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’.
Dan mereka
bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’? Jadi mereka
percaya dunia dan mereka di cipta oleh Tuhan.
Untuk pengtahuan tuan, Dunia manusia ini menjadi semakin hari
semakin stabil dalam kehidupan manusia apabila manusia memperkenalkan standard,
seperti ISO yang menyeragamkan semua pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan
genarasi zaman moden menjadi lebih berkesan, sebagai contoh, skru yang manusia
beli di kedai, ada saiz yang standard, pemutar skru juga ada standard, lubang
yang nak diputar ada arah yang standard, dari mana standard ini datang?, ianya
bukan datang secara semula jadi, tapi
dari kesepakatan perwakilan dunia, lalu mencullah ISO, Internasional
Standard of Organitation.
Contoh lain yang orang agama percaya, Jika kita kumpulkan
bahan-bahan yang boleh menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi,
kaca, polimer,getah dan lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir,
berapa tahun masa yang perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan
menjadi Smart phone?
Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.
Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api,
angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan
berevolusi menjadi tumbuhan dan binatang lalu di tengahnya, datang kausa “kun
fayakun” yang menjadikan manusia sebaik
baik kejadian yang mana tiada mana mana binatang mampu mengatasi manusia di
dunia.
Jadi, orang agama percaya pada Tuhan yang mengaturkan
evolusi dan Kun Fayakun, macam telefon juga berevolution dalam ciptaan manusia,
dulu telefon besar gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan,
dulu hanya satu fungsi, sekarang semua fungsi ada, telefon bukan berevolution
sendiri, ada orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi,
maka sudah pasti ada kuasa yang menguruskannya iaitu Tuhan.
Saya pernah berborak dengan manusia, bertanya kenapa kamu
percaya adanya Tuhan?
Jawab mereka:
“ Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya mengelilingi matahari
selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan planet lain? Oh mungkin tak
berlanggar sebab ada orbit? Siapa cipta orbit? Matahari atau bumi? Dan setiap
bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi dengan sudut permukaan yang
sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan putaran 360, maka berlakulah siang
dan malam, bagi garisan khatulistiwa, maka putaran bumi adalah 12 jam siang dan
12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca panas sepanjang tahun kecuali di bulan
Disember, iaitu lokasi bumi di salah satu sudut alam semesta yang buatkan berlakunya
taburan hujan yang tinggi setiap tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat
musim yang konsisten setiap tahun, musim panas, musim gugur, musim luruh dan
musim salji, oh tidak lupa pasang surut air laur yang di kawal oleh gravity
bulan. Jadi siapa yang kawal semua ini? Semula jadi?
Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big
bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemduan,
kita semua ada smart phone?
Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta
yang Maha Kuasa?
Guna Common sense, adakah smart phone itu tiba tiba sahaja
ada?
Maka, pasti dan pasti, dunia dan seluruh alam semesta ini di
cipta oleh yang Maha Kuasa.
Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia, siapa
yang cipta Tuhan?,
Untuk masalah ini, manusia tu suruh saya bayangkan kes aduan
rakyat yang sudah bersedia nak selesaikan masalah rakyat, tapi perlu tunggu
arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan
lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang
atas lagi, so, bila dia boleh bekerja?
Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox,
adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang
atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas,
dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di
cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi
konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih
dari satu, maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya
SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling
tinggi!
Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat
Tuhan yang anti paradox, Tuhan mestilah berlawanan dengan semua makhluk dan
kejadian, yang mana apabila semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta,
Dia satu dan paling atas.
Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan
bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling
memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.
Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik,
maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.
Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan
adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.
Jadi, kepada semua alien sekalian, jika nak cari Tuhan,
pastikan Tuhan itu anti paradox, iaitu Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak
berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan
sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari
ciptaan-NYa
Sebagai makhluk yang di cipta, maka sifat kita adalah saling
berhajat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita
lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan
jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan,
keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan
berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa
tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga disediakan Tuhan
akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau
mengabaikannya.
Di dunia, saya ada jumpa manusia lelaki yang nak bunuh diri
kerana katanya, Cinta tidak wujud. Dia sering dikhiati wanita dan hidup
berputus asa untuk mencari cinta, akhirnya dia hidup tanpa cinta dan ingin
bunuh diri dalam keadaan sedih.
Persoalannya, Adakah benar cinta tidak wujud? Atau dia yang
berputus asa dalam mencari Cinta? Sehingga cinta tiada dalam dunianya.
Dan saya juga pernah jumpa lelaki yang nak bunuh diri kerana
katanya, Tuhan tidak wujud. Dia pernah berdoa, tapi katanya Tuhan tidak ada
sebab doa tidak makbul, dan hidup berputus asa untuk mencari Tuhan, akhirnya
dia hidup tanpa Tuhan dan mati dalam keadaaan sedih.
Jadi, adakah benar Tuhan tidak wujud? Atau dia yang berputus
asa dalam mencari Tuhan? Sehingga Tuhan tiada dalam dunianya.
Begitulah manusia di dunia ini, ada yang mati kerana tidak
jumpa air, ada yang mati kesejukkan kerana tidak bertemu api, dan ada yang mati
kesedihan kerana tidak bertemu cinta, dan ada yang mati lagi sedih sebab tidak
bertemu Tuhan.
Jadi, mencari Tuhan perlu pada usaha, bukan setakat tunggu
datang depan mata, air pun perlu di ambil dalam perigi, api perlu di cari bahan
bakar, cinta perlu di cari pasangan, anak perlu kepada perkahwinan, maka untuk
mencari Tuhan, maka perlu pada usaha kerana Tuhan cipta dunia ini dengan logic
sains. Siapa yang berusaha akan dapat, siapa yang berputus asa akan kecewa.
Maka untuk itu, sudah pasti Tuhan akan hantar wakilnya untuk
bagitahu jawapan berkenaan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini,
dan kemana saya selapas ini.
Maka di sarankan untuk mencari Tuhan carilah seorang wakil
tuhan atau Nabi yang paling common sense, iaitu ajarannya untuk semua manusia,
bukan hanya untuk bangsa, carilah Nabi yang hidup macam manusia, berkahwin,
beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk hidup, jaga kambing misalnya.
Carilah seorang Nabi yang jika dunia ini ada orang paling
berpengaruh, maka dialah orangnya kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi
pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai
mengambil hati, dan pandai serba serbi.
Jika Nabi ini membawa kitab, pastikan kitab yang kita baca
itu sama macam asal, dengan bilangan ayatnya, dengan sebutannya, dengan
keasliannya. Jika kitab yang kita baca di tulis dengan pelbagai versi, makan
mana pergi logic sains kita nak terima beritanya?
Kitab itu pulak, isinya bukan cerita yang bertentangan
dengan logic sains, pastikan kitab tu penuh dengan common sense, penuh dengan
arahan yang sepatutnya, seperti taat ibu bapa, jangan berzina, tolong orang
miskin dan sebagainya, mungkin dalam kitab itu ada cerita yang di zaman itu
manusia tak tahu pun seperti, rahsia cap jari, teori big bang, proses
kelahiran, kegelapan laut, green teknologi, lapisan tanah dan lain lain yang
sangat membantu bagi mereka yang mahu menggunakan akal.
“sudah PK, panjang sangat laporan kamu, macam nak berdakwah
pulak saya rasa, jadi apa agama paling make sense untuk hidupan manusia?”
Lepas di tanya oleh kutua alien, jawab PK:
“agama yang paling ‘make sense’ adalah islam sebab mereka
hanya merujuk satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi
dan tiada rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia
hanya merujuk satu kitab.
Lagipun tuhan orang Islam adalah satu, paling berkuasa,
tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak
akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian
dari ciptaan-NYa.
Nabi yang di utus Tuhan orang Islam juga paling common
sense. iaitu ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, Nabi ini
juga yang hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha
untuk hidup
Malahan Nabi orang islam termasuk dalam senarai nombor satu
orang paling berpengaruh, kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi pandai
mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai mengambil
hati, dan pandai serba serbi.
Selain itu, dalam Kitab Nabi orang Islam juga banyak ayat
yang sesuai dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu..
Lebih menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain
disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba
tanya apakah huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan
memberi jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam tahu dengan serentak dan
mereka semua akan jawab huruf “ba” yakni Huruf asal Al quran dalam bahasa arab.
Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu
bukan English!
Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan
suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung,
tapi hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang,
baca: Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat
tengah, Yassin,.., lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di tanya
pada pengikut ajaran agama lain yang bertaraf otai dalam agama mereka, baca
ayat kitab mereka suruh sambung, pun belum tentu mereka boleh jawab.
Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak DUA orang kawan yang
hafal seluruh kitab agama mereka, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial
nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang
mereka kenal telah menghafal semua ayat Al quran, malahan yang mengaku sudah
hafalpun ada di situ.
Jadi ini adalah keajaiban, mereka orang Islam ada sistem yang
boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan
setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal.
Carilah sebuah kitab yang ada 6000 ayat yang mampu di hafal
dengan dengan mudah sebagaimana Hafiz Al quran menghafal dalam Islam.
Ternyata, hafalan Kitab al quran oleh ramai orang Islam,
adalah Mukjizat dari langit.
“tapi kenapa mereka saling bergaduh dan membunuh antara satu
sama lain?”
Tanya Ketua PK kepada PK.
Ini yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam,
but something wrong with (some) muslims "
Hasil kajian saya, ada dua punca kenapa sesama islam pun
bergaduh:
Pertama, bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah
habis baca Al quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca
Al quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya orang melayu, cuba tanya,
dah habis belum baca makna Al quran dalam bahasa melayu?:
Maka kita akan dapati hampir semua orang yang ditanya secara
spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk,
tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,
Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis
apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?
“kena baca semua makna ke PK?”
Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al
quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, Bro,
Al quran itu ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan,
ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah
dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan
ada kemanisan.. faham?
Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup
dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran? Walaupun untuk
satu juzuk?
Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di
telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?
Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab
tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan..,
sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei
atau dilwana dulhaniya la ja ya jangge atau K pop?”
Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab sudah khatam Al
quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang
islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila
azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang
berlaku.. (cukup satu contoh)
Ketahuilah, Kerana orang islam tidak baca makna Al quran
betul betul, dan hanya serahkan diri pada pendapat ustaz masing masing yang di
ambil luar dari Al quran dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga
PAS dan UMNO berperang mulut saling kafir mengkafir! Syiah dan Sunni pun
berbunuhan, Penyokong Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas
dan fatah, Wahabi dan salafi and
counting, terbaru PAS dan GHB, adohai..
Dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi
kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca
makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah
bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’ Al–quran…
Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat
hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik..,
tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja, belum pernah khatam baca makna Al quran, apa
kes?
Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang
tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al
fatihah pun tak tahu, Adohai..
“Okey, tidak hayati makna Al quran punca orang islam saling
bergaduh, satu lagi?”
Tanya ketua PK kepada PK, Laju PK jawab:
Hadis!
Kedua, Hadis!, ini banyak mendatangkan masalah sebab hadis
ni keaslian dia tidak macam al quran, lalu muncul golongan anti semua hadis,
golongan anti hadis daif, golongan hadis palsu, golongan ambik hadis separuh,
golongan hadis pakai otak, golongan tokok tambah hadis, dan macam-macam lagi,
lantas dari pelbagai perbezaan ini, di tambah dengan kejahilan memahami ayat al
quran, maka orang islam pun berpecah kepada sunni, syiah, wahabi, salafi,
pengganas, ajaran sesat, ajaran songsang dan macam macam fahaman lagi.
“habis tu yang mana paling betul?”
Di sinilah kena guna akal, kerana dalam kejadian penciptaan
langit dan bumi, terdapat tanda bagi orang yang berakal, so carilah golongan
yang berpegang pada Sunnah Wal Jemaah.
“Apa itu sunnah wal jamaah?”
Carilah golongan yang aman damai dan paling ramai dalam
islam, dan paling mirip kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sababat baginda.
“Jadi..”
Ahli Sunah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam
berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat,
tabi'in, dan tabi’ tabi'in. Sekitar 90% umat Islam sedunia berfahaman Sunni,
manakala 8% pula menganut aliran Syiah, lagi 2% lain lain fahaman.
Ahli sunnah menolak keganasan, mereka hidup aman damai
walaupun berbeza mazhab, saling hormat menghormati, tidak mengkafirkan golongan
lain dengan membabi buta. Jika saya kembali ke bumi lagi, InsyaAllah saya akan
memilih Sunni dalam Islam.
Woha!
Akhirnya PK kembali ke bumi dan hidup sebagai seorang Islam yang
aman damai.
Sekian ulasan filem PK lakonan Aamir Khan oleh Hamka
keretamayat, Semoga Allah terima kita sebagai ahli Sunnah wal Jamaah, amin.
Ps: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu
dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya
mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sad: 29)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Alhamdulillah... Terima kasih.
Syiah tu Islam ke ?
owhh. baru tau huruf pertama al-Quran adalah huruf 'ba'.
thanks Hamka for the new ilmu.
Thanks for the evaluation. Superb!...
ba huruf pertama dlm Al-Quran?bleh saudara hamka jelaskan..x paham.
Bismillah
Bismillah
1st time jujur hati aku, aku baca langkau2 coz jujur aku kata , aku ni malas baca coz mesej yg bro hamka nk sampai aku gagal nak masak, sebab hangit di tengah bacaan
sbb juzuk 1 dalam alquran ayat al fatihah, dan bismillah tu pun ada sebahagian dari al fatihah,
dalam Bismillah, huruf pertama adalah huruf "Ba"
jgn diakira dari mukadam "alif" pula....
mukadam bukan alquran... dia buku abc
Langsung bukan
Sbb start dengan bismillah kan? Jd huruf ba la. ;)
Seperb...http://www.charityid.com/pelan-derma/izwanalrazi
balik raya baru ni aku tonton pk dalam MAS, dpt seat business so agak selesa untuk enjoy the whole movie.
movie US europe, walaupun tak islamik, byk ajaran sivik dalam movie mereka. movie dr india pula skrg byk question agama - pk, life of pi, certain movie SRK. kind of freedom yg masih tak ada di Malaysia.
we missed to evaluate our religion from different angle because we were born inside it we never go out. Everybody can claim everything from God if empirical evidence is not required at all. Quran therefore request us to think to relate religion with reason. The key to proving true religion is knowledge and only knowledge.
inilah artikel yang saya cari, mudah dipahami, terimakasih telah berbagi.
thanks bro hamka. sangat deep!!!
panjang betul PK part.2, boleh sampai 5 jam tanpa lagu dan tarian pulak tu...terbaik Hamka.
Blogger azam: Sama sama
Ashari : Islam itu berpecah kepada 73, huh u hu
fafarafa : now you know
detective nie: kiidap
Blogger harry : benar,
Blogger tok jalai: Doakan aku, isk isk
Skyry Haru: terbaik!
khairi mohamad : Filem india, amarica, china, korea maju kerana support dari penonton, filem Malaysia ditonton oleh mat rempit dan pekerja kilang katanya yang ramai, sebab tu filem motor dan hantu agak laku, huhuhuhu
Bursa Lampung : sama sama
MUQARRABINZ : woha!
Pnjgggg Sgt..tp seyies 1st bukk psl bagaimna bljr bhs Inggeris? terus jatuh dupdup kt blog ni,trima kasih
jika ada yang salah, tegurlah, :)
Post a Comment