Jul 6, 2015

Tuhan tidak wujud?


(Tuhan Tidak Wujud sebab agama Islam ada perintah yang tak kena? baca sampai habis)

Bro Hamka, hidup ni memanglah tak  perfect. shit happens, whether you believe there is god or there is no god.

Just because islam ada panduan kesihatan, doesnt mean it's true. Just because islam ada panduan kebersihan, doesnt mean it's true. Just because islam beri anda makna dan tujuan hidup,doesnt mean it's true. Just because islam seems to provide explanation for certain mysteries, doesnt mean it's true. Just because islam seems to solve certain life's problems, doesnt mean it has to be true.

Betul, banyak kebaikan dalam islam, just like in any good system. But it has flaws. Masalah islam ialah, islam tak boleh ada flaw sebab Tuhan sepatutnya perfect .Even kalau ada 1 flaw pun,islam itu adalah palsu. Cuba buka minda dan fikir,berapa flaws yang mungkin ada dalam islam? Poligami?, wanita dipinggirkan? Puasa tahan lapar 18 jam? Kuasa cerai tangan suami? Wanita kena bertudung? Murtad hokum bunuh? Dan lain lain,

Itu semua adalah kecacatan dalam Islam, Islam have flaws. That’s why god doesn't exist.

Hamka said:

“agama ni datang dari Tuhan, dan agama ni datang dalam betuk arahan, dan arahan ni ada yang pandang perfect(believer) dan ada yang pandang flaws(atheist), sebagai contoh dalam Al quran Allah perintah makhluk lain sujud pada Nabi Adam, bagi malaikat, perintah ini perfect, merekapun sujud, tapi bagi syaitan, perintah sujud pada adam, di anggap flaws, syaitan bantah, siap dengan hujah, tapi akhirnya syaitan masuk neraka.


So just because islam look flaws from devil eyes, doesn’t mean God does not exist. Adohai..”

Ps: Kemudian apabila datang kiamat dan mereka melihat azab yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah wajah orang-orang yang kafir itu, "Inilah hari yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya! Al-Mulk 67:27

15 comments:

Anonymous said...

hmmm,nampaknya hamka dah bertemu dengan geng ateis melayu Hishamuddin Rais. Mereka selalu fikir 'logic' berbanding agama, dan agama ni tak mengikut 'logic'. Minta2 mereka ni dapat hidayah

Anonymous said...

Jika tuhan itu wujud, mana DIA?. Jika ALLAH itu wujud, Apa DIA?. Soalan ini ditujukan pada orang Islam.
Janganlah kau fikir kau lahir dari rahim perempuan Islam dari benih suaminya yang Islam, maka engkau lahir sebagai Islam, Kau anggap kau lebih MULIA dari orang kafir? Ateis?.
Kemudian dengan riaknya kau 'sekolahkan' orang, untuk menunjukan engkau lebih ALIM dari orang lain?.
Islam itu dianugerahkan pada engkau secara 'PERCUMA' sahaja, jadi janganlah engkau RIAK!. Baca sejarah NABI. Engkau lihat individu yang lahir dari keluarga Jahiliyyah yang memeluk Islam. Diseksa, direjam, dimalukan kerana memeluk Islam oleh Masyakat Jahiliyyah pada masa itu. KAU TENGOK APA HARGA YANG MEREKA BAYAR UNTUK MENJADI ISLAM?. Sedangkan engkau dapat secara PERCUMA sahaja. Kau belum diuji lagi, jadi berhenti berlagak LEBIH MULIA DARI ORANG LAIN!.
Kalau engkau lahir dari keluarga Cina, Kau lebih mungkin jadi Buddha atau Kristian atau Atheis. Takde hati nak peluk Islam. Tapi nasib baik mak bapak kau Islam, Kau dapat Islam secara percuma saja. Apa harga yang kau bayar?.
Engkau tanyalah Ustaz ustaz engkau, Rukun Syahadat pun masih berpusing pusing nak huraikan. ENGKAU TANYALAH!. Jadi macam mana kau mengucap?. Mengucap main cakap?. Walau amal seberat bumi tetapi tidak sah Kalimah Tahid Engkau ,nak buat apa?. Islam apa engkau?.
Itulah engkau belum bayar lagi harga untuk menjadi Islam. Islam bukan diwarisi dari mak bapak!. Janganlah engkau sangka engkau lebih MULIA dari orang lain sebab kau belum bayar lagi harga untuk jadi Islam. Solat dan puasa ramai yang sanggup. Berzikir juga ramai yang sanggup. Tetapi....
Jika ALLAH itu wujud, APA DIA?. Dimana hendak disampaikan solat dan puasa dan zikir. Cuma amal diratah Jin dan Syaitan, si Iblis tumpang gembira. Makin tua makin banyak penyakit. Di Timur Tengah pula dibom dan ditawan musuh. Disayang ALLAH atau dikutuk ALLAH?.
"Segala puji bagi ALLAH....." Tapi kita 'segala puji' tapi tak 'bagi pada ALLAH'. Bagaimana nak 'bagi', ALLAH pun tak kenal.
Jangan lupa, Agama ini perkara logic. Kewujudan ALLAH itu logic. Atheis dan Saintis tahu...... tapi terlepas pandang. Ibarat sibuta yang dahaga, sedangkan air betul betul depan sibuta. Manakala yang si Islam yang tak mengenal ALLAH, masih terus menerus mendabik, konon dialah yang paling mulia.
Anjing pun kenal tuannya. Kita?. Takkan kita lebih teruk dari anjing. Siapa nak mengaku?.

Anonymous said...

Perkataan "sujud kepada Adam" diterjemah dr ungkapan arabnya "li Adam", yg lebih tepat diterjemahkan dgn "untuk Adam" atau "untuk menghormati Adam", kerana sujud, hanya kepada Allah swt.

WaAllahu'alam !

Anonymous said...

Berhati-hati (bukan jangan) berhujah tentang Ujud, Maujud, Wujud Allah selagi tak putus (tak muktamad) ilmu. Sementara logik berdasarkan akal, apatah lagi akal manusia itu terhad. Allah berkuasa memberi anugerah (ilmu, bahagia, agama, syurga) dan Allah berkuasa memberi seksaan (murka, kejian, bala, neraka) kerana Allah tetap adil. Ketahuilah, Allah menciptakan semua berpasang-pasangan. Ada Islam, ada kafir, ada sihat, ada sakit- ada benar ada batil, ada syurga ada neraka...Islam dilahirkan adalah anugerah, Islam selepas diIslamkan adalah rahmat. Penghujungnya saling redha meredhai....Wallahu'alam

Tornado Assassin said...

Apa kes bro hamka..post ringkas je nie..Ni cita apa..cer cite cer cite

Anonymous said...

mamat tu kalau dia islam rasanya tak baca quran dan hadis nabi gamaknyer, dia tak tau dunia ni pentas lakonan jer, kalau cerita mana nak semuanya ok, mestilah ada pro dan kontra, nak persoalkan kehidupan yang teruk, kalau ada mamat paling seksa dalam dunia ni masuk syurga, mana dia ingat lagi penderitaan kat dunia..

sekurang kurang nya kita yang percaya ni ada sandaran nak motivasinya buat baik dn sebagainya...orang mcm ni apa yang dia fikir? buat baik untuk apa? jadi jangan salahkan orang buat jahat kat ko pasal buat jahat pon tak ada apa balasan... hermmm manusia mcm mana bijak pon tanpa agama tetap bodoh.

Anonymous said...

Tapi itulah bang, "arahan" tuhan hari ini juga bercelaru dan penuh ikhtilaf. Jika dahulu dikisahkan bagaimana muhammad mengajar ajaran tuhan tanpa keraguan, hari ini, segalanya diperselisihkan. Beginikah sifat "arahan" tuhan yg dimaksudkan? Arahan tuhan ikut versi mana? Wahabi? Syiah? Sufi? Quranis? Ahmadi? ah... arahan tuhan..
hasan.

asr said...

Salam sejahtera semua....
Kepada anon yg mempersoalkan kewujudan tuhan! Biarkan kami dgn kepercayaan kami & kamu dgn kepercayaan kamu. Tak perlu gaduh2. Mari kita bfikir sejenak. Katakan tuhan itu takde, macam mana pulak adanye iblis & syaitan? Adakah iblis & syaitan itu nyata/bertubuh @ ghaib? Kalau iblis itu ghaib & tuhan pun ghaib, sudah tentu kamu tak akan mempercayai kedua2nya. Kalau kita tak beriman dgn sesuatu yg ghaib, macam mana pulak hendak kita terangkan tentang ROH kita? Kita hidup dsebabkan adanye entiti yg ghaib dlm tubuh bdn kita. Suatu entiti yg ada fikiran, emosi & kehendak! Kalau tidak kita tak bernama & hanya dpanggil mayat, jenazah @ bangkai. Marilah kita memerhatikan setiap sesuatu kejadian di alam ni & berfikir cara rasional. Memang AGAMA ITU LOGIK & boleh DITERANGKAN! Memang tuhan itu takde tapi ALLAH ITU WUJUD! Cukup2lah baca kitab orang. Bacalah KITAB SENDIRI pulak!




Anonymous said...

salam..
perkongsian aku utk ateis yg dalam "pencarian"...

jika ko mau "mengukur" tuhan mu..

pertama2 sekali..jgn sesekali sandarkanNya pada "logik"..kerana tuhanmu tidak sekali2 dapat "terukur" dgn logik..

jika "logik" dijadikan sandaran utk tuhanmu..
maka sebab tu kamu x berjaya dapatkan jawapannya..

kamu kene buang perkara yg paling kamu sayang ketika "mengukur" tentang tuhanmu,jika kamu "mengukur" tuhanmu pada "logik",ini sendiri adalah perbuatan yg tidak logik..

soklan standard kamu....-
bagaimana tuhan tiada awal dan akhir..??
sebab tuhanmu la yg cipta "awal"..tuhanmu juga yg cipta "akhir"...
sebelum tu "awal" dan "akhir" pun x pernah wujud...sebelum tuhanmu cipta "logik".."logik" pun x wujud..
lepas tu dengan selamba kamu "mengukur" tuhanmu dengan "logik" yg asalnya x wujud..lepas tuhan cipta dia..baru dia wujud...

"kamu" dan "logik" sama sahaja..diri kamu itu bukanla sebenarnya BERASAL dari perak kedah atau pahang atau london atau paris..

kamu berasal dari TIADA...sama je mcm "logik" tu tadi..
dulu kamu TIADA..
kamu itu TIADA...asal kamu ialah TIADA..
aku ulang ye..kamu itu TIADA..
kamu paham x maksud TIADA tu ape??

apakah kamu "rasa" kamu "ada" sekarang padahal kamu itu dah terang2 ialah "tiada" dulu..??

so berani ke kamu nak buang logik..??
x berani punye la kot ..
salam..

wallahuaklam..

Anonymous said...

Assalam

Tuhan yang cipta hati aku dan kau...beritahu,
Hati hanya akan tenang apabila mengingati Dia.
Orang-orang beriman akan dipanggil oleh Rabbulalamin dengan penuh manja dan syahdu ketika menjemput pulang ke alam yang kekal abadi dengan panggilan....Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah...

Wahai hati aku dan kau... adakah kamu tenang?

Crying Fella

P/S: Mari kita pakat-pakat hadiahkan/sedekahkan semua amalan kita yang Allah terima kepada semua ashraful mahlukat yang masih tidak yakin kepada Penciptanya. Pujuk dan rayu mereka dan bilang tuhan sayang mereka lebih dari ibu mereka sendiri.

Syahaz said...

kadang kadang kita selalu keliru dengan terjemahan al quran arab cakap lain melayu cakap lain.

Contoh dalam surah al fatihah ayat "tunjukilah kami ke jalan yang lurus" .Bila fikir balik baik baik kenapa Nabi minta kat Allah suruh tunjukkan jalan yang lurus sedangkan baginda memang dah berada di jalan yang lurus?

Sebenarnya "ihdina" dalam arab boleh juga bermaksud "bimbinglah kami" selain "tunjukkanlah kami".Nampak tak beza dia? Aku takut sangat bila tafsiran yang selama ni aku baca banyak terpesong dari makna yang asal.

hamka said...

terima kasih kepada semua komen, mohon jika ada hujah yang bernas dan make sense, boleh share, email, PM FM< atau sinipun boleh, sebab aku sekarang sedang tulis buku berkenaan gejala murtad.

Terima kasih sekali lagi.

;)

nabilah saraf said...
This comment has been removed by the author.
jenazah sepi said...

Mungkin itulah yang dikatakan dalam ayat AlQuran sendiri bahwa Allah akan tunjuk jalan kepada siapa yang dikehendakinya dan Allah juga akan sesatkan siapa yang dikehendakinya.
Tafsiran tafsiran berbagai rupa mengikut kehendak nafsu itulah yang menyesatkan.
Jika ada sepuloh kelompok maka akan ada sepuloh tafsiran terhadap satu ayat yang sama.
Pendapat saya ialah menjauhkan diri dari tafsiran tafsiran kelompok berkepentingan.dan mengikut tafsiran ulama terdahulu serta empat imam mazhab.

hamka said...

"terdapat tanda bagi orang yang berakal"